1998 part 10

Ali dan Hidayah duduk bersanding di atas pelamin. Punyalah ramai geng Ali ni datang, sampai kena bukak lima khemah. Dari depan rumah Hidayah sampai rumah Pak Salim, jiran Hafiz.

Rumah Hafiz dah jadi port penanggah dari orang-orang kampung dan orang-orang Ali. Team penanggah Ali je turun satu lori.

Lagu Joget Usik Mengusik dari Sharifah Aini berkumandang, memandangkan Hidayah ni suka sangat lagu Melayu 70an. Bunyi kompang beralun-alun menyambut tetamu yang hadir.

Antaranya, Abang Iz dan anak-anaknya serta isterinya Maria, Azham dan isteri serta anak dalam kandungan, geng-geng Gagak Merah (dan Ayam Hitam) juga hadir.

Hafiz dan Adilah jadi pengapit kepada Ali dan Hidayah.

Zizan selaku crime partner masa tahun 1997 dulu pun datang bersama isterinya.

Suasana perkahwinan di kampung yang semakin hari semakin kurang dan makin rare.

Tiba-tiba ada seorang berpangkat Kolonel datang. Semua orang ke tepi memandangkan dia datang dengan baju Melayu askar siap sampin khas tentera.

"Eh, kau Daus? Kau apa khabar?"
"Wow, tak sangka bro Ali dah kahwin. Tahniah. Ini pun anak buah yang beritahu ni."
"La, ye ke? Bukan aku tak nak jemput kau. Kejap kau kat Bosnia, kejap kat Somalia, karang kau kat Afghanistan ke apa, aku tak hantar la kad. Kalau aku tau kau ada sini, aku hantar kad."

Sejak sudah menyertai beberapa misi, Firdaus perlahan-lahan naik pangkat sampai jadi Kolonel dengan mengikut jejak Mejar Jeneral Abu Bakar yang menjadi mentornya.

"Takpe bro Ali, lepas ni kita sembang panjang. Nak makan nasik ni. Lapar," kata Kolonel Firdaus.
"Terima kasih la datang, Daus."
"Bro Ali punya pasal!"

--

Azlan

"Tak sangka kan, Ali pun dah kahwin?" kata Nat dalam kereta.
"Yang si Ali ni macam mana la dia boleh kenal awek orang Air Putih ni? Pelik betul."
"You ni, nama je best friend dia, tapi tak tau ke yang dia tu merata kawan dia. Takkanlah kawan dia kat Air Putih takde langsung."

Aku macam kenal jalan ni. Dan jalan ke kampung ni. Aku pernah pergi sini. Cuma entahlah, aku jarang pergi Air Putih ni. Jadi aku pun tak ingat.

Sampai ke depan rumah, Nat keluar dari kereta. Aku rasa aku pernah tengok rumah ni, cuma dah besar sikit dari yang dulu.

Aku pandang ke pelamin, dan aku nampak Hafiz dan Adilah sedang mengipas Ali dan pasangan pengantinnya.

"Jom lah?" kata Natasha.
"You go alone lah."
"Why?"

Aku hanya menjuihkan mulut aku ke arah Hafiz.

"Ali is your best friend, okay?"
"Tapi macam mana Hafiz boleh jadi pengapit Ali?"
"Maybe you're too busy kejar tunang orang sampai orang lain rembat your best friend?"
"Nat, you go alone ya. I'm so sorry. I tunggu kat kedai kopi kat simpang kampung ni."
"Yeah, fine. I'll call you bila I nak balik, okay?"
"Alright, love you."
"Love you too."

Dah la semalam masa Sukan Komanwel grand opening tu aku terserempak dengan Hafiz dan Adilah. Hari ni dia jadi pengapit Ali pulak.

Macam mana aku boleh tertinggal bas tak tahu cerita ni? Macam mana Hafiz boleh kawan dengan Ali sampai jadi pengapit?

This is surreal, man.

--

"Natasha!" Adilah terus *cipiki-cipika Natasha.

*cium pipi kiri cium pipi kanan

"Macam mana you boleh kenal Ali?" tanya Natasha.
"Ali ni best friend Hafiz. Sebab dulu, masa kat rumah saya ada kuliah agama dulu, Ali selalu datang rumah saya dengan Hafiz."
"Ali? Kuliah agama? Meragukan," kata Natasha.
"Eyyy kau ni, Nat. Mentang-mentang la muka aku ni pecah, kau ragukan aku belajar agama pulak."
"Ala, rilek la, Ali. Jadi pengantin pun nak marah ke? I datang dari jauh tau?"

Ali gelak je.

"Siapa nama gadis yang menawan hati Ali ni?"
"Hidayah. Kau mesti tak tengok kad jemputan ni. Eh, Nat! Jemput la makan!"

"Koibito, saya tukar turn dengan Zimah ya? Saya nak borak dengan Nat kejap," kata Adilah.
"Okay, kanojo."

Hafiz nampak Azlan masa Natasha turun dari kereta tadi. Dia dapat rasakan, sejak peristiwa di Stadium Nasional semalam, aura ketakutan jelas menyelubungi Azlan sekarang.

Memandangkan hari ini majlis perkahwinan Ali, dia tidak mahu mencetuskan kekecohan. Kalau Azlan nak merenjis air mawar sekalipun, Hafiz takkan menimbulkan kekecohan.

Cuma tak tahulah Adilah macam mana. Takut dia naik histeria je.

--

"Nat! Macam mana awak kenal Ali?" tanya Adilah.
"Ali ni kawan I since 1986 lagi."
"Lama dah rupanya. Macam mana boleh kenal?"
"Ala, kawan kepada kawan, pusing-pusing macam tu la."
"Wijayapura tu pun pusing-pusing, jumpa muka yang sama, betul tak?"
"Ye lah tu."

Tiba-tiba lelaki berbaju Melayu tentera datang berdiri di sebelah Natasha.

"Assalamualaikum?"
"Waalaikumsalam," jawab Natasha.
"Saya Kolonel Firdaus."
"Ya, Kolonel. Ada apa ya?"
"Dah lama nak cakap ni, tapi saya nak minta maaf pasal peristiwa dulu."
"Peristiwa dulu?" tanya Natasha.
"Masa tu di restoran, saya kecik lagi, jadi pengikut Abang Ali. Saya tercakap lucah pada Kak Natasha, lepas tu Abang Ali lempang saya. Kak Natasha ingat tak?"
"Ooohh, ya ingat. Masa tu umur you pun berapa ya?"
"14 tahun."
"Masa tu I marah gila. Tapi takpelah, benda dah lepas. Sekarang elok pun, jadi askar. Sampai jadi Kolonel. Tinggi tu."
"Saya nampak Kak Natasha dengan Pengetua masa meeting hari tu."

Mata Adilah menjeling.

"Ya, ya. Tapi I langsung tak ingat you masa tu. You dengan Mejar Jeneral Abu Bakar ya?"
"Haah. Dia kawan baik Pengetua. Kak Natasha sekarang dengan Gabenor ke? Abang Azlan mana?"

Natasha jeling ke muka Adilah, tapi Adilah buat muka tenang.

"Dah clash dah pun. Dia pun dah kahwin. Saya pun dengan Gabenor Luqman. Begitulah nasib kehidupan."

"Sekali lagi, saya mohon ampun dan maaf, Kak Natasha."
"Dah 12 tahun dah pun. Masa tu pun you budak-budak lagi. Sekarang dah jadi askar, jadi Kolonel. Hebat!"
"Saya minta dulu ya, Kak Natasha. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."

Mata Adilah memerhati gerak badan Natasha bila dia bercakap dengan Azlan. Dia menganalisis dua perkara, satu mungkin dia kurang selesa bercakap tentang Azlan di depan Adilah, dan kedua, dia tak nak orang lain tahu hubungan mereka masih ada lagi.

Cuma nanti dulu, sebab sekarang misinya ialah meletakkan Luqman di Seri Bendahara. Lepas tu, pandailah dia menguruskannya.

--

Sejak beliau dipecat, Datuk Rahizan mengadakan sidang media di rumahnya. Rumahnya sentiasa sesak dengan orang media dan pengikut-pengikutnya.

"Ini adalah satu konspirasi jahat yang sengaja dicipta Datuk Seri Azmi, untuk mengaibkan saya. Ini tuduhan bohong dan tidak berasas. Ini semua fitnah!" kata Datuk Rahizan di depan ramai media.

"Saya ada bukti...Datuk Seri Azmi, dia terlibat dalam penyelewengan wang semasa krisis forex di Gelanggayu tahun 1992 dulu!" Datuk Rahizan menunjukkan sekeping kertas.

"Ini, gambar Datuk Seri Azmi...dengan aktres bernama Mastura Rahim, sedang bercuti di San Pedro, Mexico!"

"Ini pula, bukti Datuk Seri Azmi membantu kroninya dalam hal Bank Merchant Gelanggayu berjumlah RG200 juta!"

"Saya ada banyak bukti lagi, tidak seperti Datuk Seri Azmi, yang sebarkan fitnah, kononnya saya ni gay. Gambar dalam surat ni pun tipu. Ini adalah satu konspirasi jahat, yang terang lagi bersuluh!"

Beberapa unit kereta berwarna hitam bersama polis pengiring tiba di hadapan rumah Datuk Rahizan. Unit Komando Sayap Kuning sudahpun mengepung rumah Datuk Rahizan.

Pengikut-pengikut Datuk Rahizan menghalang Unit Komando dari masuk ke dalam rumah Datuk Rahizan.

Dengan bersenjatakan Steyr AUG, Unit Komando Sayap Kuning menerjah masuk dari dapur Rumah Datuk Rahizan.

Pihak media semua terkejut apabila beberapa unit komando dengan memakai topeng balaclava membawa senjata dalam rumah.

"Diminta semua bersurai, diminta semua bersurai!"

Pengikut-pengikut Datuk Rahizan menghalang unit komando ini dari menangkap Datuk Rahizan.

"Sila beri kerjasama. No camera," kata seorang lagi unit komando sambil merampas tape kamera.

Senapang Steyr diacukan ke pengikut-pengikut Datuk Rahizan yang cuba menghalang.

"Relax, relax. I follow the order," kata Datuk Rahizan. Datuk Rahizan menyerah diri.

Dengan memakai baju Melayu warna putih, Datuk Rahizan dibawa ke kereta tinted hitam itu, diserkup kepalanya dengan kain hitam, sebelum dibawa ke lokasi rahsia.

--

Datuk Rahizan ditahan tanpa bicara di lokasi rahsia selama satu minggu di dalam sebuah lokap kecil yang tidak ada tingkap dan gelap.

Kadang-kadang, ketika beliau sedang tidur, beliau disepak perutnya dengan but tentera, dipijak kemaluannya dan ditumbuk.

Datuk Rahizan diberi makanan nasi basi bersama ikan yang hanyir, direbus begitu sahaja. Berhari-hari dia diseksa sebegitu rupa.

Sehingga seminggu kemudian, Datuk Rahizan menjadi terlalu lemah untuk berdiri. Datuk Rahizan diheret ke bilik siasatan.

Dalam bilik siasatan itu, cuma ada dua kerusi dan satu meja serta lampu mentol berwarna kuning.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Jabbar Noor masuk, dan mencampakkan fail ke meja.

"Saya tak nak buang masa dengan Datuk, harap Datuk jawab soalan saya ni."

Datuk Rahizan dah duduk melepek atas kerusi, tiada daya untuk melawan.

"Siapa ketua gerakan pro-republikan ni?"
"Ha? Siapa apa?"
"Ketua gerakan pro-republikan ni."
"Apa Tan Sri merepek ni?"
"Datuk Rahizan, sila beri kerjasama."
"Publikan publikan apa benda ni?"
"Saya ulang. Siapa ketua gerakan pro-republikan ni?"
"Ketua Republikan? Entah, George Bush kot?"

Tan Sri Jabbar Noor tak gelak dengan percubaan lawak Datuk Rahizan.

"Dengar sini, takde siapa tahu kau kat sini, Rahizan! Kau jangan nak kerek dengan aku!"
"Kau nak buat apa dengan aku? Ha, nak tunjuk kuat konon!"
"Rahizan, aku cakap elok-elok ni. Karang aku hempuk kau, baru kau sedar langit ni tinggi ke rendah. Jangan cabar kesabaran aku."
"Kau punya sabar je kau fikir, yang aku ni, kau tiba-tiba campak aku dalam bilik gelap, bagi makan nasi basi, tak fikir sabar aku?"
"Kau tak payah kerek lagi dengan aku, Rahizan. Semua bukti kami dah dapat. Kau dan konco-konco kau telah melanggar Perlembagaan Negara!"
"Dah ada bukti, pergi tanya lagi. Bodoh betul. Dasar macai."

Tan Sri Jabbar Noor mula naik angin. Dia terus capai kolar baju Rahizan, dan terus tumbuk mata Rahizan.

Dua orang Unit Komando Sayap Kuning menyepak perut dan kepalanya.

"Stop!" jerit Tan Sri Jabbar.

Tan Sri Jabbar mencangkung, dan mencekik leher Datuk Rahizan.

"Aku punya soalan ni, simple je. Siapa ketua gerakan pro-republikan ni. Baik kau gunakan otak kau, sebelum otak kau terburai dalam bilik ni."

Datuk Rahizan terbatuk-batuk. Tan Sri Jabbar Noor campak muka Datuk Rahizan ke dinding.

"Babi punya gay tua! Batuk ke muka aku. Kau nak jangkitkan AIDS kat aku ke?"
"Aku bukan gay, bodoh! Korang fitnah aku!"

Satu sepakan tepat ke dagu Datuk Rahizan, sebelum dia terpengsan akibat pendarahan dalam kepala, bila kepalanya terhentak di bucu dinding.

"Pengawal, hantar dia ni ke hospital tentera," kata Tan Sri Jabbar Noor.

Ternyata Datuk Rahizan masih setia pada Pengetua, walaupun Pengetua telah menyingkirkannya dari kumpulan.

--

Adilah

Aku tersenyum bila tengok berita lewat malam, lepas wedding Ali. Berita pemecatan Datuk Rahizan ini telah memberi peluang kepada aku untuk membuat political move.

Ayah dah mula percayakan aku. Tambahan dengan duit Hafiz yang berkepuk tu, macam-macam aku boleh buat.

Sekarang move yang seterusnya ialah meletakkan Luqman sebagai Perdana Menteri dan menjatuhkan Azmi. Azmi ni jenis main dua kolam, dengan Tengku Norman pun dia ada, dengan Jeneral Yahya pun dia ada.

Dengan meletakkan Luqman sebagai Perdana Menteri, sekaligus aku telah berjaya mengawal pentadbiran negara.

Oohh, macam kenal je pelakon iklan ni. Is it, Azlan? Wah, bukan main hensem lagi kau ya?

Well to be frank, he's the best sex I ever had. He's a beast. Bukan macam Hafiz, boring. Tiga minit at max. Takde intro. Duh, what do you expect budak baik macam Hafiz tu kan?

But sekarang dia dah kahwin dengan Mina. Seronok la dia ya?

Tiba-tiba aku dapat SMS dari Jimmy.

"u nk lada sulah x?"

Lada sulah? Ohh, codeword untuk serbuk putih tu.

"jap, i chck hafiz dah tdo or not"

Nampak di atas katil, Hafiz dah tidur.

"orait, line clear. nk lyn mne?"
"i book a room @ hotel."

Nice lah Jimmy! Buntu aku kalau takde serbuk lada sulah ni. Susah aku nak fikir!

--

Merlina dan Ardan tersenyum bangga menonton iklan Dashing yang dilakonkan oleh Azlan.

"Tak sangka betul my first commercial dapat masuk prime time!" kata Ardan.
"Bagus, Ardan. Kau bina nama kau dari sini. Kau ikut je aku buat iklan. Lepas ni aku akan tukar business aku buat advertising."
"Kejap, nak tanya, model ni anak Aunty Idah, kan?"
"Laaa, ye lah! Kau baru tau ke?"
"Ooohh, lepas tu yang Tengku Aminah tu girlfriend dia ke?"
"Hotak kau girlfriend. Isteri dia la."
"Peh, gila la dia ni. Asal bos pilih dia jadi model?"
"Sebab nak popularkan dia. Akan datang, dia akan bertanding kawasan parlimen sini. Kau ingat, tak bergetik para gadis bila dapat MP hensem?"

Ardan pandang pelik kepada Merlina.

"Asal kau pandang aku macam tu?"
"Ada ke orang mengundi sebab handsome?"
"Oh boy, banyak benda kau kena belajar dengan aku ni, Art! Dan bila dia naik nanti, aku akan jadi setiausaha media dia. Makin dia naik, makin naik la nama company aku."
"Bos umur 18 tahun, tapi terror gila marketing."
"8 tahun ke, 18 tahun ke, 80 tahun ke, kalau kau pandai berniaga, pandai pemasaran, kau akan kaya."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top