1998 part 1
Azlan
Hari ni seperti tahun-tahun sudah, festival Hari Konvokesyen Universiti Wijayapura berlangsung. Disebabkan aku kerap melepak di universiti kerana Kimi, aku jadi seronok menjadi alumni.
Universiti tak banyak berubah, cuma studio radio terbakar tu kini dah jadi mini perpustakaan. Ramai pensyarah yang aku kenal dah bersara, tapi ramai yang masih stay.
Cuma aku rasa janggal, sebab dulu masuk universiti, aku yang belajar tapi sekarang, aku yang perhatikan orang belajar.
Hari ini, Succubus Humungus akan membuat persembahan. Aku dijemput sebagai pemain keyboard sambilan je lah.
Nama Mat Danger tu pun aku tak nak guna dah, sebab segan kot. Tahun depan, aku dah 30 tahun, letak nama macam tu, aku rasa macam tak grow up pulak.
Tapi aku masih lagi dipanggil Mat Danger, mungkin sebab aku dikenali dengan nama ni.
Tapi yang pelirnya, festival ni dirasmikan oleh Gabenor Luqman. Agak menyampah juga la aku tengok muka dia masa menerima cenderahati dari organiser.
Aku nampak Natasha, duduk di padang bersama ramai orang yang menonton. Aku rasa for sure dia tengok persembahan ni.
Kimi suruh aku perform untuk petang ni. Ish, seganlah aku. Kalau masa tahun 1989 masa Digital Tribe dalam puncak kegemilangan, takpe la jugak. Malu betul aku.
"Kimi..."
"Apa lagi, bro. Perform la. Tu, ex lu ada kat situ. Dia tengok kau tu."
"Ish, dia tu girlfriend Gabenor sekarang."
"Eh, bro, boyfriend dia Gabenor Wijayapura, tapi lu Mat Danger. Bro legend. Bro mintak je lagu yang bro nak, kitorang ikut. Bro nak main lagu apa?"
"I Will Survive."
"Gloria Gaynor ke Cake?"
"Cake la, suara aku baritone. Mana boleh jerit macam Gloria tu."
Kimi ketawa. Dia nampak girlfriend Gabenor ada datang, jadi dia faham la kenapa aku nak perform lagu ni.
At first I was afraid
I was petrified
I kept thinking
I could never live without you by my side
But then I spent so many nights
Just thinking how you'd done me wrong
I grew strong
I learned how to get along
And so you're back
From outer space
I just walked in to find you here
Without that look upon your face
I should have changed that fvcking lock
I would have made you leave your key
If I had known for just one second
You'd be back to bother me
--
Habis perform, band Succubus Humungus mengemas-ngemas gitar dan segala kabel, distortion semua, aku nampak seorang perempuan berpeluk tubuh pandang aku.
"Bro, broooo..."
"Shh, kau buat tak tau je."
Dia tak puas hati, dia naik ke atas stage.
"Hi, Mat Danger."
"Oh, hi girlfriend Gabenor."
Kimi dan the rest of member dah duduk tepi.
"Sepatutnya I yang nyanyi lagu I Will Survive tu, sebab you yang cheat on me?"
"Just perform a song, Nat. Don't took it seriously."
"So, you sekarang jadi keyboardist dengan band budak universiti ke?"
"Gang, perkenalkan, Natasha."
Semua angkat tangan.
Kali terakhir aku nampak dia di tepi katil aku, masa aku kat Manchester dan selamatkan dia dari letupan bom tu.
"Nanti Luq nampak karang?"
"Dia tengah syok kat pertandingan Playstation tu. So I ada masa nak borak dengan you. You apa khabar?"
"Camni je lah. Siang jadi cikgu sekolah, malam main muzik."
"Nanti I datang sekolah you. Ada career talk kat situ. Nak tengok juga you jadi cikgu sekolah, rosak tak akhlak budak-budak."
Semua orang ketawa bila Natasha tekankan perkataan "rosak akhlak".
"Okay, Nat. Got to go. Nice to talk to you. And also, thanks."
"Thanks, for what?"
"For your smile. Beautiful, as always. Since 1985."
"Woooooo..." satu band dah riuh. Natasha berdiri dengan muka kemerahan dengan pickupline aku.
--
Natasha
Malu tau I bila Alan cakap macam tu depan those kids. I don't know, tiap kali nampak dia perform atas pentas, reminds me of him masa I dengan dia dulu.
Seluar corduroy coklat yang dia pakai tu I belikan untuk dia untuk present birthday dia 1989. Tak sangka dia masih pakai lagi seluar tu.
Dia sekarang dah berisi sikit, compared masa dia kerja kat kedai bakery dulu.
Cuma sekarang ni rambut dah macam budak surfer pulak. Dulu, masa I couple dengan dia, tiru gaya rambut Tom Cruise.
"Nat, you okay?" Luqman tegur I dalam kereta.
"Oh, okay je. Kenapa?"
"Kenapa senyum sorang-sorang?" tanya Luq.
"Teringat zaman universiti. Nostalgia. Zaman gila ikut gaya Kylie Minogue, Nena, Molly Ringwald, Sheila Majid."
"I pulak time tu tengah gila Scorpions," kata Luqman.
Time is like sand in your hand. It's slips away no matter how hard you try to grab.
--
Azlan
Lagu Have You Ever See The Rain berkumandang dalam radio kereta aku. Si Kimi pasang mixtape dia.
"Band mana cover ni?"
"Spindoctors."
"Dulu Clearence Clearwater Revival main lagu ni. Lagu aku kecik-kecik. Ayah aku selalu jamming lagu ni. Masa tu Perang Dai Viet," kata aku.
"Mesti cool kan bro hidup in the 70s?" kata Kimi.
"Everything is cooler when we look it retrospectively, Kimi."
"Masa bro 70s, bro macam mana?"
"Uniform sekolah dulu kelakar. Takde tempah seluar macam budak zaman sekarang ni. Jenama Cantona 7, Jun Saito..."
"Man, when I was in school, I pergi sekolah pakai Kiki-Lala je hahaha," gelak Kimi seorang diri dalan keadaan stoned.
"Okay lagi, Kiki-Lala. Zaman aku dulu, baju sekolah Cap Angsa. Kau dengar Cap Angsa pun dah gelak."
"Mesti bro tension je lepak dengan Jessica," kata Kimi.
"Now you noticed her, kau tau tak dia peminat kau?"
"I know. Like Cindy, peminat bro masa zaman Digital Tribe dulu."
Berubah muka aku bila dia sebut nama Cindy.
"Kau kenal Cindy?"
"Cindy Wong, pengacara rancangan TV, Feminis. I ingat lagi, ada senior pernah cerita dengan I pasal betapa taksubnya Cindy Wong dengan Mat Danger."
Sejak peristiwa tu, aku dah tak jumpa dia lagi dah.
"Feminis tu rancangan TV mana?"
"Kat Angkasa Ria, setiap Sabtu jam 7 malam."
"Patutlah. Aku takde TV Angkasa."
"Why, bro?"
"Tunang aku kan CFO Wijaya TV. Rival la. Kau ni pun."
Kimi gulung sebalut bal lagi. Dia buka tingkap, lepas tu dia hembus kat luar.
"Kalau roadblock, aku sekeh kau."
"Rilek bro, highway mana ada roadblock."
Dia hembus ke luar.
"I think she's still into you."
"Siapa? Cindy?"
"Cindy tu gua tak tau, bro. I'm talking about your ex, Nat."
"Natasha? Yang kau nampak tadi?"
"Bro, takkan bro tak tahu bahasa badan wanita? Kena pulak tadi bro bukak baju lepas perform gig, terembeslah pheromone bro ke hidungnya, maka terangsanglah segala memori-memori silam, segala senggama, segala ciuman, segala gigitan..."
Mamat ni kalau dah stoned, macam ni la perangai dia. Mat lyricist memang berpuisi macam ni.
"Dia dah dengan Gabenor kot."
"Bro, lu pernah dengar tak apa budak-budak universiti cakap? Luqman ni mat petak. Budak skema. Nerd. Tak extreme langsung. Gua gentle cakap dengan lu la, kalau lu bertanding jadi calon bebas jadi Gabenor lawan Luqman, jamin lu menang besar la! Lu jauh lagi cool, jauh lagi intelek, jauh lagi sado. Silap-silap Natasha pun undi lu. Entah-entah dia beromen dengan Gabenor pun, dia bayangkan muka lu."
"Aku dah pernah ada kisah hitam pasal perempuan. Lagipun, aku dah bertunang dengan Mina. Tahun ni kahwin. Aku dah tak boleh macam dulu dah."
"Rilek la bro, belum kahwin lagi dah rasa kena ikat. Gua dengan Merlina pun free love. Gua nak fvck dengan groupies gua, dia tak bising. Dia nak fvck dengan sesiapa, gua tak bising."
Pelik betul perangai budak sekarang.
"Cuba try, tapi jangan try hard la. Kalau bro nak rasa selamat, bawaklah Jessica tu jadi perisai bro. Kot-kot Ku Mina pasang spy, kan?"
Lagu Physical dari Olivia Newton-John terlintas kat radio. Tiba-tiba aku teringat aku dengan family Natasha kat Teluk Chendana masa aku ikut Datuk Abdullah dulu.
Aku terbayangkan Natasha pakai seluar spandex warna pink dan hijau fluorescent menari sambil work out depan TV.
Walaupun ada benda aku menyampah dengan Natasha, macam asyik tak nak kalah, lepas tu suara dia bila dia jerit, memang nyaring, pekak telinga aku bila dengar, tapi dia baik dengan aku.
Tahun ni aku kahwin, weh. Aku tak nak fvcked this up. Tengku Ariffin dah bagi aku peluang kedua dah ni.
--
Natasha
"He's late again! Luq, it's 9'o clock! You should be at the office right now! Bangun la!"
Macam ni ke jadi Gabenor? What the hell? Semalam I tidur pukul 3 pagi tau, sebab nak siapkan kempen dia nak masuk by-election Bukit Pagar.
Flashback trauma 1995, cuma kali ni lebih besar, sebab dah jadi nasional. Adilah dengan Suara Gelanggayu dah jadi media propaganda Luqman.
While it's good for his PR, tapi perangai mamat ni yang tak semenggah, dah canang sana sini yang mamat ni bakal jadi Menteri Kabinet, aaaahhhh tensionnya!
Adilah maybe ada niat baik for our carrier, politically speaking, but...
I stress gila dengan perangai Luqman ni. He doesn't want to help himself!
"Fine! I go to office by myself!"
--
If it makes you happy
It can't be that bad
If it makes you happy
Then why the hell are you so sad?
"You understand me well, Sheryl Crow," I bermonolog dengan diri sendiri, sambil menghadap jem depan Stadium Sukan Komanwel ni. Setiap hari I lalu highway ni, I tengok banyak dah berubah.
Stadium dah nak siap, begitu juga dengan shopping mall terbesar di Nusantara, maybe Asia Tenggara, kalau tak kira the entire underground shopping malls kat Temasik.
Everything is changing, and slowly, I kena let go everything I have for the future. Tapi tengok perangai Luqman ni, I jadi tak boleh nak fikir pasal future.
Maybe politically speaking, my future can be very bright. But personally speaking, I feel it's dooming.
I masuk signal ke Bukit Pagar, and slowly, I drive sampai ke pintu pagar Alice International School.
I tak ada mood nak masuk office, sebab makin masuk office, makin sakit kepala I dibuatnya.
I stalk dia di kafetaria. Dan I nampak dia dengan Crazy Mina berbual dengan cikgu minah salleh dengan rancak.
Dah kenapa I jadi creepy stalk ex ni?
--
Azlan
Aku, Mina dan Mia berbual tentang konflik di Serbia, dan sebagai rakyat Bosnia, Mia mengatakan bahawa Serbia salah dalam menyerang Kosovo.
Cuma dalam hal ini aku melihat dalam konteks yang lebih luas, iaitu dari segi geopolitik, di mana saki baki Yugoslavia ini adalah kesan kejatuhan komunisme sembilan tahun yang lalu.
Dan pada aku, aku merasakan Serbia sekadar mahu mengekalkan kedudukan geopolitik mereka, memandangkan Serbia, dalam hal ini Yugoslavia mahu mengekalkan apa yang mereka ada selepas mereka hilang Slovenia dan Macedonia pada tahun 1991, dan kemudiannya hilang Bosnia Herzegovina dan Croatia selepas perang tiga tahun, dan kemudiannya tamat menerusi Perjanjian Dayton 1995.
Dengan Rusia di bawah Boris Yeltsin yang semakin melemah dengan masalah ekonomi, terutamanya matawang ruble yang jatuh merosot diserang IMF, dengan krisis kemiskinan yang teruk pasca Perang Dingin, konflik ini akan berterusan sehinggalah mereka temui strongman, iaitu pemimpin kuku besi yang mampu mengembalikan kegerunan dunia kepada Rusia, seperti Soviet Union dulu.
Eh, tadi aku nampak macam Nat datang sini tadi. Dia buat apa datang sekolah ni?
--
Habis sekolah, aku mengambil keputusan untuk melepak di kedai printing ibu.
Aku nampak ibu bersama Merlina sedang menyusun risalah-risalah.
Aku capai risalah itu dan baca tajuk hadapannya.
"30 Dalil Mengapa Rahizan Tak Boleh Jadi PM"
Aku jadi risau memandangkan ini adalah satu serangan peribadi terhadap Datuk Rahizan. Datuk Rahizan ni adalah Timbalan Perdana Menteri, dan orang kanan Pengetua.
"Ibu, kalau polis dapat tahu ibu cetak benda macam ni, boleh kena dakwa atas Akta Mesin Cetak tau! Denda tak kurang RG20,000 atau tiga tahun penjara!"
Ibu dan Merlina pandang aku dengan wajah selamba.
"Alan cakap serius ni!"
"Heh, tak heran. Sebab yang suruh buat ni pun orang besar juga."
"Entah, sibuk je," kata Merlina.
Siapa yang buat benda macam ni?
Kemudian aku nampak kereta Jaguar Mina park kat sebelah kedai.
"Mina?"
Mina masuk ke dalam kedai, kemudian berpelukan dengan ibu.
"Bakal menantu ibu dah sampai!" kata ibu.
"Ibu dah siap ke semua ni?"
"Tinggal lagi sikit je ni."
Aku tarik tangan Mina.
"Apa ni?"
"Sorry, but you're not part of the team."
"Pengetua nak pancung Rahizan ke?"
"Nope. Pengetua nak Rahizan jadi PM."
"Bukan you and Tengku Ariffin patut dengar cakap Pengetua ke?"
"Azlan, this is none of your business."
"But this is my family business!"
"Your family will be fine, Azlan. You akan kahwin dengan I tahun ni. Maknanya, family you akan berbesan dengan keluarga al-Daulah."
Mina dan Tengku Ariffin khianat Pengetua rupanya!
"Nanti orang I ambik, ya ibu? Jom, kita makan dulu," kata Mina kepada ibu.
"Makan? Mer, nak join?"
"Takpelah, Aunty Idah. Mer nak sambung kerja ni."
"Aku tapau kau makanan."
"Baik, Aunty Idah."
Aku terkejut dengan perkara ni berlaku di depan mata aku. Kenapa Mina buat macam ni?
Aku tak puas hati, aku tarik tangan Mina.
"Apa?" Mina pandang aku dengan tak puas hati.
"Apa semua ni?"
"Look, I tak boleh beritahu you walaupun you tunang I. Ni semua P&C. You are not part of the group."
"Tapi you sabotaj Pengetua?"
"I dengan your mom nak makan dulu. Talk to you later!" Mina cium pipi aku.
Aku pandang je Merlina terus buat muka selamba stapler surat layang itu.
"Cantik gila tunang kau, Alan. Maklumlah, tuan puteri."
"Mer, kau tau tak apa semua ni?"
"Simple je, Lan. Aku budak umur 18 tahun pun boleh baca. Datuk Seri Azmi nak pecat Rahizan tak lama lagi."
"Kenapa?"
"Okay, cuba kau bayangkan yang kau ni seorang penghulu kampung. Tiba-tiba kau dapat tahu, yang naib penghulu ada komplot nak jatuhkan kau. Kau nak buat apa?"
"Itu aku tau, Mer. Tapi, aahhh, kau takkan tahu cerita sebenar!"
"Pasal Tengku Norman dengan Jeneral Yahya? Mestilah aku sokong Tengku Norman. Bapak aku kerja istana. Kau gila ke nak sokong Jeneral Yahya?"
Ish, apahal ibu pun terlibat dalam benda yang macam ni?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top