1997 part 9
Hafiz
Baju Melayu bersiap sampin dari Haji Tarmimi sudah siap digosok dan digantung depan pintu oleh Adilah.
Nampaknya Adilah sibuk depan komputer menulis laporan berita. Kadang-kadang aku rasa malu pulak bila Adilah tak kisah pun buat kerja rumah sambil bekerja keras cari news.
Tiap kali aku cakap aku boleh buat sendiri, dia cakap "tanggungjawab saya untuk awak".
"Awak ada idea tak, apa nak cakap dengan Tengku Mahkota?" tanya aku.
"Boleh tak, kita adakan temuramah eksklusif dengan Tengku Mahkota bila ada peluang?"
"Saya cuba tanya. Lagi satu, apa yang awak cakap semalam?" tanya aku balik.
"Okay, awak duduk."
"Kejap, nak pakai butang baju Melayu," aku terkial-kial pasang butang baju.
"Mari, saya tolong awak."
Adilah menjongket bila dia nak pasangkan butang baju aku. Dia pandang aku dengan senyuman.
Comel betul la bila dia fokus pasangkan butang baju aku. Macam ni rupanya perasaan jadi suami.
"Siap pun. Nak pakaikan sampin dulu ke?"
"Nanti dulu. Saya nak tanya awak tentang rancangan awak."
"Okay, duduk," Adilah ambil sebatang pen dan kertas.
Dia kemudian menconteng-conteng dan melukis peta minda.
"Masa awak bawa saya pergi Rumah Gabenor, lepas tu Pejabat Gabenor, ada tiga perkara yang saya perhatikan. Pertama, Luqman bukan Gabenor sebenar. Gabenor sebenar ialah Natasha. Luqman cuma boneka sahaja."
"Betul. Saya first time jumpa pun, dia asyik menghadap game. Yang buat paperwork, fikir polisi semua, Nat."
"Kedua, pergolakan Datuk Seri Azmi dan Datuk Rahizan. Saya tak rasa Datuk Seri Azmi dapat bertahan lagi. Tapi, Tengku Mahkota tak suka Datuk Rahizan."
"Okay, yang ketiga?"
"Tadi saya godak-godak fail komputer awak. Saya jumpa gambar-gambar aneh."
Bahaya betul Adilah ni, perasaan ingin tahu dia kuat betul. Naluri kewartawanannya kuat.
"Saya nampak peluang besar," Adilah naik kening macam The Rock, atau Ziana Zain memandangkan versi perempuan.
"Maksud awak?"
"Kita singkirkan Azmi dan Rahizan, dan nak naikkan Luqman sebagai Perdana Menteri."
"Dia tak terlalu muda ke?"
"Muda atau tua tu bukan sebabnya. Masa kat pejabat Gabenor, saya ternampak bekas ketua junta tentera MARENA, Jeneral Yahya Atan."
"Yahya Atan? Macam selalu dengar je nama ni?"
"Nama penggawa kolej kediaman awak. Orang semua panggil dia, Pengetua. Dia ni lah mastermind untuk jatuhkan keluarga al-Daulah. Saya ada menyelidik latar belakang dia. Awak percaya tak, yang Jeneral ni di belakang Datuk Rahizan dan Shahrizal Hamdi untuk Akta Liberalisasi Ekonomi 1996?"
"Awak berteori konspirasi ni, kanojo," kata aku.
Dia buka briefcasenya.
"Ini pattern mengundi Ahli Parlimen dari tahun 1995-1997. Cuba tengok, pernah tak Shahrizal dan Datuk Rahizan bercanggah, walaupun dua-dua ni parti yang berbeza?"
Tiba-tiba aku teringat kata-kata Tok Aki tentang republikan vs monarki.
"Ini undi Majlis Gabenor-Gabenor tentang Akta Liberalisasi Ekonomi," Adilah tunjuk lagi sekeping kertas.
"Luqman menentang? Dia monarki ke?"
"Sama ada dia sengaja undi macam ni, atau dia pengecut. Belakang dia ni pro-republikan yang diketuai Jeneral Yahya Atan."
"Takkanlah...
"Dan Natasha ni, dah ganti tempat lelaki celaka tu. Dulu, awak kan selalu tanya kenapalah Penggawa Kolej awak tu rapat semacam je dengan si puaka tu."
"Ye, saya ingat tu."
"Jeneral Yahya Atan yang buat republican move ni. Tapi saya tak boleh tulis, sebab tak ada bukti. Tapi kita tengok polisi Rahizan dan Natasha, selari dengan Shahrizal. Semua liberal. Kita tidak ada akses untuk Shahrizal atau Rahizan, tapi kita ada akses untuk Luqman dan Natasha."
Ya tak ya juga.
"Tok Aki ada beritahu saya, Tengku Mahkota tak ada peluang untuk jadi Sultan kalau Datuk Rahizan jadi Perdana Menteri. Pengaruhnya terlalu kuat. Jadi, saya fikir, apa kata kita singkirkan Datuk Seri Azmi sebab dia terlalu lemah, dan kita singkirkan Datuk Rahizan sebab terlalu kuat."
"Tapi Luqman pun terlalu lemah juga. Mana boleh memimpin dia tu," kata aku.
"Tahu, tapi kalau kita pegang Natasha, kita akan pegang Luqman. Dan sebab tu kita kena naikkan dia jadi Perdana Menteri. Kita akan letak orang-orang yang kita mahu untuk laksanakan polisi yang kita nak. Tapi, perkara pertama yang awak kena buat, ialah convincekan Tengku Mahkota yang..."
"Gantikan Azmi dengan Luqman?"
"Ya..."
"Okay, macam mana kita nak pegang Natasha?"
Adilah senyum seolah-olah dia sudah tahu apa yang dirancangnya.
"Saya tahu macam mana nak buat Natasha ikut cakap saya. Sebab saya dah tahu, dimana titik kelemahannya."
"Okay, kalau macam tu, awak nak buat apa?"
"Saya akan yakinkan Natasha untuk suruh Luqman mencalonkan diri jadi Ahli Parlimen. Saya dah pilihkan satu kawasan parlimen yang sesuai. Parlimen Bukit Pagar, sebelah je dengan Puncak Jaya ni."
"Kenapa dengan Bukit Pagar?"
"Ahli Parlimennya ada hutang bank dan tak mampu bayar. Kemungkinan bankrap dan hilang kelayakan jadi ahli parlimen. Suara Gelanggayu akan main isu ini sampai dia diisytiharkan muflis."
"Jadi, awak nak suruh Luqman bertanding di situ?"
"Ya, sebab Luqman ni lemah, dan kalau kita dapat kawal Natasha, kita dapat kawal Luqman. Dan sebab tu saya nak push dia jadi Perdana Menteri. Kedengaran gila, tapi plausible."
Aku terus pandang Dila.
"Dalam erti kata yang mudah, kita singkirkan Azmi dan Rahizan, ketepikan Shahrizal, naikkan Luqman, kemudian kita tunggang Luqman dengan kita mengawal Natasha. Kita tak perlu jadi ahli politik untuk kawal Gelanggayu. Saya ada pengetahuan media massa, awak ada pengetahuan internet dan modal. Dengan dua ni, kita mampu mengawal Gelanggayu tanpa menjadi wakil rakyat pun," kata Adilah.
"You're genius! Patut la Tok Aki pujuk saya betul-betul untuk pulang ke awak."
Adilah senyum.
"Saya bawa Natasha dan Luqman pergi Barbados ya? Nanti awak bawa Luqman pergi main golf ke."
"Dia suka main game."
"Okay, main game. Saya akan hasut Natasha di sana."
--
"Tengku Mahkota, Hafiz dah sampai," kata Jimmy.
"Hafiz, apa khabar? Ni kenapalah kau pakai baju nak pergi istiadat istana je. Santai, pakai je baju biasa," Tengku Mahkota pakai baju Polo.
"Patik kurang periksa, tengku mahkota."
"Kau ni mendajal member betul la, Jimmy. Pakai baju Melayu istiadat ni kalau ada istiadat atau urusan rasmi je. Nak ajarkan aku internet je, pakai je baju biasa," kata Tengku Mahkota sambil tepuk bahu aku. Jimmy dah ketawa sebab tak beritahu aku pakai casual je.
"Hafiz..."
"Ampun, tengku mahkota."
"Chill. Kalau kau kawan baik Jimmy, kau pun kawan aku. Jadi, panggil je aku, Uncle Norm kalau tak rasmi. Kalau rasmi, guna bahasa istanalah," nama Tengku Mahkota yang sebenar ialah Tengku Norman.
"Okay, Uncle Norm."
"Kau ajar aku sikit, macam mana nak guna internet ni. Pegawai istana kat sini semua tak celik IT."
"Okay, tengku ambil wayar telefon ni, sambung kat modem. Nampak tak lubang ni?"
"Okay, macam tu."
"Lepas tu, klik ikon JalaDotNet ni. Okay, username, password...click benda ni, lepas tu akan dengar bunyi robot."
Troootttt treeetttt!
"Okay, dah boleh masuk dah internet."
"Kau boleh ajar aku macam mana nak buat virus?" Tengku Mahkota pandang dengan aku.
"Kalau Uncle Norm sanggup nak study tiga tahun dalam sains komputer..."
"Hahaha, memang tak lah. Tak larat nak belajar benda macam ni. Tapi aku tau, kau tau kan?"
"Ya, Uncle Norm. Saya tahu buat."
"Jimmy, keluar kejap."
Jimmy keluar dari pejabat, dan Tengku Mahkota tutup pintu pejabat.
Aku dah cuak dah. Reputasi dia ni sebagai psychopath memang dah lama ramai orang perkatakan. Aku bertawakkal je lah.
"Apa yang kau tak puas hati dengan Azlan?"
Aku diam.
"Takpe, Jimmy dah beritahu segalanya pada aku. Dia dilindungi oleh jeneral yang jahat. Mass murderer, hands full of blood. Presiden Serbia pun kalau jumpa dia, segan la dengan rekod pembunuhan dia."
"Maksud Uncle Norm?"
"Daripada dulu lagi aku perhatikan budak Azlan ni. Dia punya kenaikannya, mendadak. Tapi tiba-tiba, ghaib. Duduk, Hafiz."
Aku kasi center sampin aku, kemudian aku duduk.
"Aku faham konsep internet ni, tapi aku tak boleh nak huraikan."
"Internet ni Uncle Norm, jaringan antara..."
"Tak, tak. Bukan tu. Dengan internet, TV dan suratkhabar akan mati. Sebab semua orang boleh tulis dan buat laporan sendiri."
"Betul tu, Uncle Norm."
"Aku nak kau attack Datuk Rahizan. Sebarkan gambar gay dia di internet," Tengku Mahkota tersenyum.
"What's the catch?" tanya aku.
"Anything you want."
"Do you know what I want?"
Tengku Mahkota sandar di kerusinya dan senyum.
"Revenge."
Rasa bersemangat, bila aku dapat tahu yang Tengku Mahkota berpihak pada aku dalam perang ini.
"Tapi kau jangan risau, aku takkan hukumkan untuk kau. Tugas menghukum Azlan terletak di tangan kau."
"Consider it done."
--
Ali dan Kecik memandu van menuju ke Air Putih untuk mengambil mak dan adik Hafiz. Pemanduan selama tiga jam dipenuhi dengan lagu punk dan skinhead.
Lagu Boo Hoo Clapping Song dari Carburetor Dung dinyanyikan bersama Ali dan Kecik.
And everyday, we share our dreams
And everynight, we laugh at things
Now you don't care, now you don't feel
So many friends, now where they'll be?
Now you tell me...
"Bro Ali..."
"Mende?"
"Ni first time saya pergi Air Putih ni. Sini makan apa sedap?"
"Sini durian la. Sekarang bukan musim lagi."
"Lawa-lawa gak awek kat sini. Tu, kat kedai runcit tu," kata Kecik.
"Woi bodoh, tu jiran Hafiz la. Kau jangan memacam."
"Asal muka bro Ali merah semacam? Alamak, takkan bro Ali sudah tangkap cintan?"
"Mana ada la, kau ni pepandai je."
"Eleleleleleleleeee..."
"Eii, geram pulak aku dengan kau ni. Nak gosipkan aku dengan jiran sebelah Hafiz."
"Sungguh ku tak mampu, menahan rindu, ah ah ah!" Kecik mengajuk Ali dengan lagu Amelina.
"Eiii, kau ni. Dah sampai dah. Kau tolong angkat barang-barang dorang, lekas."
"Apa khabar Makcik Shamsiah, adik Hazimah..." Ali salam cium tangan.
"Hafiz tunggu kat Puncak Jaya ke?" tanya mak Hafiz.
"Eh, dia bertolak terus ke airport. Saya datang pickup makcik dengan adik Hazimah lah. Semua kumpul kat airport."
"Ooo, macam tu. Lekas, lekas, Zimah, angkat beg."
Penerbangan dari Wijayapura ke Jeddah memakan masa 10 jam, bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Jaafar jam 8 malam. Sekarang pukul 2, tapi nak check in, cop passport, jam lagi, kena sampai pukul 6 petang, paling kurang.
Masa nak angkat-angkat beg tu, Hidayah melintasi rumah mak Hafiz.
"Makcik dah nak bertolak ke?"
"Haah, Dayah. Kau tolong tengok-tengokkan ya rumah aku."
"Baik, makcik."
Tiba-tiba Kecik sekali lagi menyanyi lagu Amelina.
"Sungguh ku tak mampu, menahan rindu, ah ah ah!"
"Kau diam la Kecik, aku stunner kau karang."
"Eleleleleleeehhh...."
--
Azlan
Aku tak boleh tidur lelap selepas kejadian hari tu. Macam mana budak yang berusia 17 tahun boleh run business dan ada aset sampai macam tu?
Dan ibu, dia macam sayang sangat dengan budak tu. Aku ingatkan antara aku dengan Aziz, dia sayang Aziz lebih.
Aziz takpelah, dia abang aku. Tapi budak ni siapa pulak?
Aku tak puas hati, aku terus ajak Aziz pergi makan. Sejak dia bercinta dengan Asmah orang gaji Tengku Aminah ni, bukan main lagi dia.
Jadi aku bawa dia ke 2 Jalan Cendana, memandangkan aku dah ada kunci rumahnya.
Kebetulan aku nak kena bawa Mina pergi tengok cerita Titanic lakonan Leonardo di Caprio dan Kate Winslet. Jadi sementara aku nak tunggu dia bersiap, aku dengan Aziz minum kopi dulu dekat rumah yang dahulunya masa kami kecil dulu pernah duduk sini.
"Lan, kau ingat tak dulu masa kita kecik, ayah cakap kalau kita rendam lama-lama, tangan kita mengecut, kita jadi katak? Hahaha!" kata Aziz.
"Kau je yang percaya, aku tak," kata aku.
"Haha! Toksah tipu la! Kau menangis kuat masa tu bila tengok tangan kau mengecut!"
Haha, ayah sebenarnya seorang yang kelakar. Dia seorang yang fun, dan easy-going.
"Sayang kan, abah tak sempat tengok kita besar?" kata aku.
"Aku faham Lan, kau masih sedih pasal tu. Masa arwah ayah meninggal, semua orang risau dengan kau. Kau tak keluar bilik, kau tak makan."
"Ziz, aku nak tanya sikit la."
"Apa dia?"
"Kau kenal tak, budak yang kerja kat kedai printing ibu tu?"
"Merlina? Dia anak pakcik Hashim la. Kawan arwah ayah. Kau takkan tak ingat?"
"Anak pakcik Hashim. Pakcik Hashim tu penulis novel kan?"
"Ya, dengan mak dia Ayuni pelakon zaman 60an zaman P. Ramlee dulu. Memang keluarga seni dorang tu. Asal?"
"Betul ke kedai printing ibu tu dia punya?"
"Dorang partner la. Ibu tengok masa tu kau asyik mengikut je Pengetua, jadi dia bawak la Merlina tu ke bisnes dia. Ibu kan minat benda-benda seni ni."
"Betul ke Merlina ada share? Budak Form 5 je tu?"
"Weh, Merlina tu kaya weh! Main saham, main business hartanah. Dia ada tanah kat Australia, kau tau tak?"
"Kau tak join pulak business ibu?"
"Aku tak pandai graphic design ni. Lagipun aku kan sekarang tolong pakcik Jamal marketkan sayur-sayur dia kat GARDI."
"Ooohh ya, kau sekarang kerja kat GARDI."
"Boleh la Lan. Esok kalau kau dah jadi ahli politik, kalau kau menang, aku boleh tolong buat kabel untuk kau, Lan."
"Nepotisme, Ziz."
"Mana ada ahli politik yang jujur, Lan. Parti Jujur pun tak jujur, banyak skandal rasuah. Kau tengok Wak Brahim sudah. Benda ni Ali yang cerita dengan aku. Aku dapat job GARDI ni pun sebab Ali yang rekemenkan kat orang dalam dia."
"Ali ada orang dalam kat GARDI?"
"Orang dia merata, beb. Senang cerita, apa je bab makanan, ada orang dia. Pemborong beras, orang dia, sayur-sayur, orang dia, ayam? Orang dia. Dalam GARDI tu, orang Ali tu kawan dia masa dia kat Sungai Banol tu. Amir nama dia. Amir tu lepas dia bebas, dia kerja kutip sayur kat Pakcik Jamal. Lepas tu Ali yang letak dia dalam GARDI, tolong pakcik Jamal la."
"Macam mana dia boleh buat macam tu?"
"Pengetua la tolong dia. Dulu Pengetua tolong kau, kau pulak main pompuan. Hahaha!"
Mina turun dari tangga, dan terus aku bangun. Aku dan Mina nak tengok cerita Titanic di panggung wayang private keluarga al-Daulah di Bukit Istana. Mina tak suka tengok wayang kat shopping mall. Budak bising la, budak sepak seat la, orang borak la.
"Okay, Ziz. Gerak dulu."
"Lan, nanti bab Kate Winslet suruh Leonardo di Caprio lukis, fokus sikit tang tu."
Hah? Lukis? Lukis apa?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top