1997 part 8
Pilihanraya gabenor Kenidiri menyaksikan kemenangan calon Parti Jujur, Rashdan Ali, menewaskan orang kuat Datuk Seri Azmi, Saifuddin Hashim.
Pilihanraya ini sebagai mahu menggantikan Gabenor Haji Ghani yang ditemui mati di tepi gaung di Bukit Baloh.
Berita kematian itu sepatutnya dapat meningkatkan undi Parti Persekutuan, tetapi disebabkan Datuk Seri Azmi bertegas mahu meletakkan orangnya, maka orang-orang Datuk Rahizan mengundi Rashdan dan lambang harimau, macam tahun 1995.
Kekalahan ini merupakan satu tamparan hebat untuk Datuk Seri Azmi dalam parti. Nampaknya banyak ahli parti lebih menyebelahi Datuk Rahizan. Dia kini diasak dengan teruk.
Datuk Seri Azmi ke Bukit Istana, dipanggil oleh Tengku Mahkota selepas berita kekalahan tu.
Tengku Mahkota nampak muka Datuk Seri Azmi, dia terus campak surat khabar tu ke muka dia.
"Apa ni? Apa ni?"
"Ampun Tengku Mahkota, patik tak mampu nak halang kemaraan mereka."
"Tak mampu? Tuan hamba dengar sini molek-molek. Kalau tuan hamba tak mampu, berhenti. Biar beta lancarkan kudeta, gantung parlimen, bakar parlimen dan Tuanku Sultan sahaja yang direct perintah negara ni. Dengar sini, tuan hamba cuma ada masa setahun dari sekarang. Kalau tak, jangankan office baru PM di Kota Warisan, stadium Sukan Komanwel pun tuan hamba takkan dapat duduk kat VVIP, faham?"
"Faham, tengku mahkota."
"Sekarang, mereka dah ada enam kerusi Gabenor dalam Majlis Gabenor-Gabenor. Ikut Perlembagaan sekarang, apa juga yang diluluskan Dewan Rakyat, akan terus lulus tak bertapis. Lepas ni mereka nak hapuskan Perkara 3. Kedudukan Tuanku Sultan akan tergugat. Tuan hamba nak biarkan orang gila kuasa macam Datuk Rahizan ni jadi presiden Republik? Mampos kita semua nanti. Sebab keturunan al-Daulah, dah biasa pegang kuasa. Tapi bila orang yang tak biasa pegang kuasa, akan menggila gunakan kuasa untuk hapuskan kita semua. Tuan hamba faham tak?"
"Faham, tengku mahkota."
"Datuk Bentara..."
"Ya, Tengku Mahkota?"
"Panggil Tengku Ahmad."
Tengku Ahmad terus masuk ke dalam pejabat Tengku Mahkota.
"Jimmy..."
"Ya, Tengku Mahkota?"
"Beta nak tanya, bila Hafiz akan pergi haji?"
"Minggu depan, tengku."
"Cakap pada dia, beta nak dia datang menghadap. Beta nak belajar senjata terbaru dalam internet ni dengan dia."
"Menjunjung titah, tengku mahkota."
--
Hafiz
Natasha suruh aku datang ke Pejabat Gabenor untuk "ambil hadiah kahwin" daripada dia di pejabat. Masa dia datang wedding aku, dia cakap dia belum dapat approvekan lagi plot tanah tu, tetapi lepas pilihanraya baru, Gabenor baru Kenidiri, Rashdan Ali luluskan pemberian tanah di Teknojaya.
"Hafiz!" Natasha terus datang ke arah aku dan bersalam. Adilah berdiri di sebelah aku.
"Hai, Adilah! Come, let's sit and discuss. First of all, I nak ucapkan terima kasih pada you, Hafiz sebab do me a favor."
"Takde hal."
"So, memandangkan you melakukan kerja dengan cemerlang, here you go!"
Natasha serahkan envelope yang terisi geran tanah untuk aku di Teknojaya.
"500 hektar tanah kat Teknojaya," aku tunjuk geran tanah pada Adilah. Adilah tersenyum.
"The best part is, tanah tu located kat centre tau. Bukan tepi-tepi. Hari tu, berapa harga dia I sebut kat you?" tanya Natasha.
"RG27,000 satu hektar."
"Sejak Microsoft dengan Sun Microsystems nak bina office kat kawasan tu, kawasan tu dah naik harga. RG48,000 satu hektar. Maybe akan naik lagi."
"So, sekarang dah RG24 juta lah nilai dia?"
"Yes."
"Kalau I jual sikit tanah tu untuk beli tanah kat area tu jugak, boleh ke?"
"Hafiz, it's your name. It's up to you!" kata Natasha.
"I tengok dulu harga dia berapa. Kalau dah cecah RG200,000 satu hektar, mungkin boleh jual. Dah boleh dapat RG1 billion."
"I think better you simpan dulu. Boleh naik lagi, sebab kat situ, akan ada pelabuhan laut dalam, which is far bigger than Wijayapura."
"Okay, thank you Nat."
"And for Adilah, ni present I untuk you. Gabenor Luqman dah luluskan lesen untuk Suara Gelanggayu. Maknanya korang dah boleh mohon pass masuk Dewan Negeri, dah boleh interview Gabenor, dah boleh buat portal news."
"Terima kasih, Natasha."
"Anyway, korang honeymoon kat mana?"
"Hafiz cakap kami semua pergi umrah dulu, lepas tu my dad, teringin nak pergi Istanbul. Nak tengok Hagia Sophia," kata Adilah.
"Wow, bestnya."
"Lepas tu, family kami balik Gelanggayu, tapi kami nak ke Barbados. Si Hafiz ni, nak jumpa kawan lama dia. Honeymoon sekali kat situ," kata Adilah lagi.
"Bestnya! Cantik tau pantai kat Barbados tu. Kawan I pergi St Lawrence Gap, best gila!"
"Tu tempat clubbing, rasanya Dila tak suka tempat bising kot. I beli villa kat Bottom Bay."
"Amboi, romanticnya korang ni. Have fun ya?"
"Thank you Nat, for this."
"Sure, Hafiz. We'll see again."
--
Ali parking lori di depan rumah Hafiz, dengan membawa pakar rumah tradisional yang dia cari di suratkhabar, Haji Ramli.
"Assalamualaikum!"
"Waalaikumsalam, ada apa ya?" Hazimah menyahut.
"Saya ni kawan kepada Hafiz, dia ada rumah?"
"Abang Hafiz tak ada, dia kat Wijayapura. Siapa nama ya?"
"Ali. Saya datang nak ukur rumah, nak renovate."
"Ya, ya! Abang Hafiz ada cakap. Kejap ya, saya cakap dengan Abang Hafiz."
Ali terpandang seorang gadis yang sedang menyapu sampah di laman rumah.
"Lawa jugak jiran si Hafiz ni," getus hati Ali.
"Abang Hafiz cakap boleh ukur dulu, lepas tu dia datang, bincang dengan kontraktor."
"Okay!"
Sambil mengukur tu, mata Ali asyik terpandang gadis sebelah. Tapi lama-lama gadis sebelah tu jadi menyampah dengan Ali.
"Kau ni, jangan pandang anak dara orang macam tu kat kampung. Kena belasah nanti, sia-sia," kata Haji Ramli.
Ali terkebil-kebil bila tengok gadis tu berlalu pergi. Adakah ini namanya cinta pandang pertama?
Lagu Gadis Misteri dari Indigo kedengaran dari bilik Hazimah. Lagu acapella ni memang bukan taste muzik Ali, tapi entah kenapa lirik lagu ni buat Ali terawang-awang dengan perasaan?
"Dik, yang kau ukur sampai pasu tu dah kenapa? Fokuslah, aku nak ambik ukuran ni," Haji Ramli terus sound Ali.
"Eh, sorry bang Haji!"
"Kau umur berapa ni?"
"30 tahun, bang."
"Bujang lagi?"
"Ye bang."
"Bujang lapok la kau ni. Kau kalau nak perempuan macam ni, kau kena khatam Quran, agama tu kena kasi mantap."
"Tapi cantik, bang Haji."
"Cantik tu benda paling last kau kena tengok. Benda first, agama. Dahlah, bersembang je, sampai bila tak siap."
--
Hafiz
Tengah sedap baca buku kursus umrah, bunyi motor kuat depan rumah Pak Wan Radzi.
"Koibito, Jimmy datang," kata Adilah yang sedang menghadap komputer dan menulis berita.
"Ya, saya tahu. Awak buatkan kopi untuk dia."
"Baik, koibito."
"Assalamualaikum ya tuan Haji Hafiz!"
"Aku pergi umrah je lah. Apa cerita?"
"Ada dua perkara. Pertama, benda paling gempak, fakulti sains komputer University of Tokyo jemput kau untuk berucap kat kampus mereka untuk terangkan tentang e-commerce. Yang kedua, err...pakcik aku nak jumpa kau."
"Pakcik kau? Siapa?"
"Orang nombor dua dalam negara."
"Tengku Mahkota? Dia nak apa?"
"Dia ajak jumpa. Nak minta kau ajar dia pasal internet."
Aku duduk menyandar. Kalau dah sampai Tengku Mahkota ni, aku kena berhati-hati. Sebab banyak benda aku dengar tak sedap pasal dia ni.
"Bila dia nak aku jumpa?"
"Bila-bila kau free. Ala, kau santai je. Tengku Mahkota ni sebenarnya dia jenis rilek je. Kau jumpa dia, kau buat rilek je."
Adilah datang bawa satu teko kopi dan dua cawan.
"Jemput minum, Jimmy."
"Kanojo, nak beritahu Jimmy ke pasal dua surprise kita sekarang?"
"Ala, kalau dah cakap tu tak surprise lah," Adilah ketawa.
"Apa dia, Dila?"
"Pertama, Hafiz dapat tanah dekat Teknojaya. 500 hektar."
"Huish, besar tu Fiz! Berapa estimation value tanah tu?" tanya Jimmy.
"Sekarang dah RG48,000 satu hektar. Tak lama lagi naik lagi."
"RG24 juta? Lek dulu. Jangan jual beb, boleh naik lagi."
"Aku ingat nak buat office dengan server farm la kat situ."
"Lepas tu office tu kau nak sewakan?"
"Yup. Akan banyak lagi syarikat nak bukak situ. Aku rasa banyak juga Natasha dapat ni."
"Kenapa pulak?"
"Tanah tu bapak dia punya, bapak dia beli tanah kat area tu tahun 1985. Masa bapak dia beli tu, tanah tu harga RG7k je."
"Luas ke tanah dia kat situ?" tanya Jimmy.
"Entah, aku tak tanya pulak hal tu. Tapi tengok syarikat besar je masuk situ. Kita syarikat dari Gelanggayu pertama yang masuk."
"Okay, yang kedua, Dila?"
"Yang kedua, permit media Suara Gelanggayu untuk Wijayapura dah ada. Maknanya kita nak temubual ke, nak masuk Dewan Negeri, semua tu kita dah boleh akses," kata Adilah.
"Peh, Hafiz pegang tech sector, Adilah pegang media, aku pegang ladang kopi, bini aku pegang cybercafe. Agak-agak Fizzy Inc ni boleh cecah billion tak?" tanya Jimmy.
"Little by little, Jimmy. Sebab selain nak jadi kaya, aku ada misi nak cari siapa yang bakar stadium tu. Aku dah tahu, cuma nak mencari bukti untuk sabitkan kesalahan tu."
--
Azlan
Sejak Island Jamboree Festival, aku mulai rapat dengan kumpulan Succubus Humungus, terutamanya Kimi. Dia sungguh berminat dalam topik politik dan falsafah.
Melihat Kimi hari ini sama macam melihat diri aku sendiri sepuluh tahun yang lepas. Dan aku nak jadikan dia Penghulu Pelajar macam mana aku pernah jadi dulu.
Kimi ambil kursus sosiologi di Universiti Wijayapura, jadi secara tak langsung dia bertanya dengan aku pasal postmodernity.
Zaman aku melepak dengan Pengetua dulu, selalu juga kami berbual topik ni, tapi sejak aku dah dibuang, aku dah tak ambik pot lama dah topik ni.
Cuma budak ni baru tahun pertama, banyak perkara pun dia tak faham, dan dia takde sosok macam Pengetua untuk guide dia.
Aku nampak Ali naik lori, kelam kabut.
"Ali, dari mana?"
"Air Putih. Kawan aku bagi job renovate rumah."
"Apa jauh sangat? Kau buat area Wijayapura, dah la."
"Ehh, dah dah. Aku nak cepat. Karang kita sembang."
Ali, sejak saham pelaburan dia naik, bukan main busy lagi. Dengar kata Bang Iz pun dah bagi dia kawasan ni pada dia.
Tapi aku dapat rasakan, satu hari nanti, Ali akan tikam balik Bang Iz. Sebab dalam diam, dia buat geng dia sendiri.
Aku tak berani nak cakap benda ni pada Bang Iz, dalam kedudukan aku sekarang. Aku perlukan Ali buat masa ni.
--
Selepas makan, aku ke kedai printing ibu, dan macam biasa Merlina, pekerja ibu sedang sibuk membuat kerja.
Nampak dia begitu tekun membuat kerja, jadi aku tak nak kacau dia.
Sukan Komanwel akan berlangsung pada tahun depan, jadi dia dapat banyak job dari orang-orang yang nak buat merchandise untuk reka design untuk barangan yang bakal dijual.
Macam mana ibu boleh dapat job Sukan Komanwel ni? Bukan calang-calang job macam ni.
Tiba-tiba datang seorang mamat, berdiri depan pintu, kemudian dia tanya kepada aku. Aku rasa lelaki ni macam nak interview kerja. Dari cara pemakaian baju dia lah.
"Assalamualaikum, nak tanya, bos kat kedai ni mana ya?" tanya lelaki tu.
"Mer, ibu mana?"
Merlina bangun dari kerusi, kemudian terus bersalam dengan lelaki tu.
"Merlina Hashim, owner company ni. Ada apa ya?"
Owner kedai ni? Amboi kereknya perangai dia ni. Ibu yang owner, dia yang pekerja, berlagak owner pulak.
Aku diamkan sahaja sambil memerhatikan Merlina menemubual lelaki tu. Lelaki tu bernama Ardan, tapi orang panggil dia sebagai Art. Baru habis SPG, dan nak tunggu result nak masuk universiti.
Selepas habis interview, lelaki tu pun blah, dan kemudian aku mencekak pinggang.
"Bukan main lagi kau mengaku yang kau ni owner company ni?"
"Memang ni company aku pun."
"Ni company ibu aku la."
"Memang la, tapi aku pun owner kedai ni. Aku yang run company ni. Bila aku umur 18 nanti, ibu kau tukar la nama syarikat ni ke nama aku."
"Eh apasal pulak tiba-tiba ibu aku nak tukar nama kau pulak?"
"Sebab ni company aku la!"
Ish, tak puas hati aku. Terus aku capai telefon bimbit Ericsson aku, dan call ibu.
"Ibu, datang kedai kejap!"
--
Ibu tiba dengan bawa nasi bungkus untuk Merlina.
"Aku mana tau kau nak datang sini, Lan?"
"Ibu tau tak, tadi ada orang nak interview, lepas tu, pekerja ibu ni cakap dia bos, dia owner kedai ni."
"Pekerja kau cakap?" Merlina cekak pinggang.
"Ye lah! Kau memang pekerja ibu aku pun!"
"Dia owner la. Kau tak tau cerita hujung pangkal, main tuduh je cakap Merlina ni pekerja. Kau nampak nama company tu, Merlin Printing and Advertising Sdn Bhd. Kan nama dia tu."
"Habis tu kenapa nama kat SSG nama ibu?"
"Dia belum cukup umur, dia tumpang nama aku. Kau ni pun, kecoh betul."
Aku jadi pelik. Kenapa ibu boleh sesuka hati je bagi tumpang nama dia kat budak ni.
"Ibu, tak bahaya ke letak nama budak ni nama ibu? Karang ibu muflis karang, nama ibu kena blacklist?"
"Woi, woi, woi. Aku hutang bank semua aku clear wei. Tolong sikit," kata Merlina.
Aku pandang Merlina besar kecik.
"Company ni, aku buat sebab kau juga. Merlina ni bakal jadi marketing executive untuk kempen pilihanraya kau. Kau patut respect dia sikit, hanya sebab umur dia baru belasan tahun, kau pandang dia senget je. Knowledge dia pasal marketing, pasal PR, pasal advertising, tip-top."
"Ibu, saya mana la nak berkempen pilihan raya pulak ni. Saya dah jadi cikgu sekolah. Pengetua dah buang saya dari kumpulan dia."
"Kau ingat semua benda, Pengetua je ke kawal?"
"Pengetua dah pilih Luqman jadi Ace. Saya dah tak ada apa dah."
"Habis tu kau ingat kenapa Tengku Ariffin tunangkan kau dengan anak dia? Kalau kau sekadar jadi cikgu sekolah?"
Aku terdiam, kemudian pandang ke Merlina.
"Merlina ni anak pakcik Hashim. Pakcik Hashim tu pegawai di Bukit Istana. Kau ingat mentang-mentang la dia ni tak dressed up macam Natasha, macam Tengku Aminah, kau ingat dia ni cikai-cikai? Harta dia lagi banyak daripada kau sekarang tau," kata ibu.
"Aku jenis tak suka nak berlagak je, Lan," kata Merlina.
"Kau memang owner syarikat ni?" tanya aku.
"See the leg la. Ibu kau tolong aku cari client. Itulah kau, jarang nak rapat dengan ibu kau, benda macam ni pun kau tak tau."
Terkedu aku.
"Aku minta maaf, sebab salah sangka," kata aku kepada Merlina.
"Aaahh, takde hal lah. Lagi bagus sebenarnya bila ramai orang underestimate aku. Aku suka jadi bawah anjing."
"Bawah anjing?"
"Underdog. Orang pandang aku selenge, lagi aku suka. Jadi takde la aku jadi orang yang diharap-harapkan, bila terjatuh tergolek dog, terus down."
Pedas betul perli Merlina ni.
"Aunty, Mer sambung buat kerja dulu."
Aku dah tersilap sangka pasal budak Merlina ni. Ternyata dia bukan calang-calang!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top