1997 part 10
Azlan
Celaka betul Aziz ni. Aku ingatkan apa benda la dia suruh aku fokus kat Kate Winslet suruh Leonardo di Caprio lukis, rupanya cisssss! Tak memasal dalam panggung wayang peha aku kena piat dengan Mina.
Dalam kereta tu aku masih lagi dalam kesakitan.
"Tu baru I cubit, belum lagi I gigit," kata Mina dalam kereta.
"Mana la I tau dalam cerita tu ada scene macam tu? Sakit tau!"
"You lukis la I macam tu."
"I takut kalau I lukis, lukisan I rupa macam Godzilla nanti. Tak pasal-pasal..."
"You panggil I Godzilla?"
Mina sekali lagi cubit di peha kiri aku.
"Eh eh eh! I tengah drive ni! Karang kita senasib macam Princess Diana dengan Dodi al-Fayed kang?" kata aku.
"I tau siapa yang bunuh Lady D."
"Siapa?"
"MI6 yang arahkan, sebab dia tak nak Dodi kahwin dengan Lady D. Sebab you fikir la, cuba nanti bila Prince William dengan Harry dah besar nanti, kemudian dia ada mak, yang kahwin dengan orang Islam? Senang-senang je seorang Raja England dikawal oleh orang Islam."
"Dari lifestyle Dodi tu, tak macam orang Islam pun."
"You tengok keluarga al-Daulah tu ada lifestyle macam orang Islam? Tak, kan? Tapi institusi raja memang macam tu. But, here's a big but. Walaupun MI6 yang arah buat benda tu, siapa yang rosakkan brek kereta Lady D tu?"
"You tau ke?"
"Of course la I tau."
"Siapa?"
"Uncle Norm yang arahkan orang Sayap Kuning suruh buat benda tu. By the way, did you know yang Sayap Kuning also involved in JFK assassination?"
"Semua benda Sayap Kuning buat. Biar betul you ni?"
"Azlan, Sayap Kuning is the oldest intelligence agency that still survive to this day. Even British MI6 pun wujud in 1863. Mereka belajar dengan Sayap Kuning."
"Really? Tapi kenapa umum tak tahu ek? Orang selalu tahu CIA, KGB. Paling-paling pun MI6 sebab cerita James Bond. Or Mossad. Tapi tak pernah pun orang cakap pun Sayap Kuning?"
"Sebab the better the intelligence agency, the less people know about it."
"I tau Special Branch je."
"Special Branch tu Pengetua yang buat, untuk bersaing dengan Sayap Kuning in the 60s dulu. Tapi lepas Uncle Norm naik jadi Tengku Mahkota, dia subordinate je SB tu bawah Sayap Kuning."
"Siapa yang jaga Sayap Kuning sekarang?" tanya aku.
"Wan Radzi. Memang keluarga dia sejak dulu lagi. Wan Demang keluarga Temenggung."
"Macam biasa dengar je nama ni?"
"Memang la. Perempuan yang you kena tangkap khalwat dulu, anak dia."
"Adilah?"
"Sebab tu I cakap bukan salah you pun. Dia yang goda you lepas tu dia buat you rasa bersalah."
"Macam mana you tau ni?"
Mina gelak.
"I kan belajar kat RPM. RPM dulu orang panggil apa?"
"Ramai pundamauneh?"
"Yes. Ramai bitch. Tapi ketua bagi segala bitch kat RPM tu you tak pernah dengar ke, nama Psycho Dila? Dan sejak dari awal lagi, siapa je yang cuba mengorat you, dia akan musnahkan hidup dia."
"I? Kenapa I?"
"Sebab you golden boy Jeneral Yahya, Azlan. Handsome pulak tu. Perempuan mana yang tak nak kejar you? You mesti pelik, kan, kenapa tiba-tiba you kejar dia bagai nak rak?"
"Ibu cakap dia pakai minyak senyonyong."
"Minyak senyonyong tu, kalau you kena calit, you dah tak nampak perempuan lain dah. I tak nak buat benda-benda macam tu. Nak buat minyak tu, kena penyek janin bayi la, kena letak darah haid la. Eiii, tergamak keluarga dia buat macam tu."
Serius la Mina cakap benda macam ni?
"Habis tu, kenapa Dila tak kacau Natasha?"
"Ye ke tak kacau? Kalau tak, mana Natasha dapat gambar you and Cindy dulu?"
"You tahu pasal semua ni?"
"They all hang out dekat rumah I, Alan. I know it all. Tapi pasal I yang paling muda, mereka underestimate I."
Wait? Cindy was part of all this? Natasha kena apa-apakan dengan si Dila ke?
--
Bottom Bay, Barbados
Walaupun Hafiz dan Adilah dalam percutian bulan madu, tapi hakikatnya mereka berdua masih buat kerja.
Adilah menyiapkan laporan berita dan membalas e-mail wartawan-wartawannya, walaupun sedang bercuti.
Hafiz pula ada meeting dengan beberapa orang pelabur dari Silicon Valley untuk memperluaskan syarikatnya.
Ini membuatkan Natasha kebingungan. Mereka ajak dia dan Luqman bercuti, tapi mereka masih bekerja. Jadi Natasha pun ke pantai, seorang diri. Dan dia teringat kenangan dia dengan Azlan semasa di Teluk Tenang dulu.
Natasha tersenyum, tetapi kenangan tinggal kenangan. Sekarang, dia pun dengan Luqman, dan Azlan pun dah bertunang dengan Crazy Mina.
Luqman pula dari pagi sampai petang seronok main jet ski. Katanya dia nak release stress sebab sebagai seorang Gabenor, dia takde masa untuk berehat.
Nak muntah Natasha bila dengar Luqman cakap macam tu.
Selesai kerja, Adilah tutup komputer, dan terus berlari ke pantai.
Angin Carribean meniup ke arah mukanya, bayu yang sungguh menyegarkan.
"Nat! Kenapa tak mandi laut?"
"Ada seminggu. Nantilah. Sekarang nak layan angin dulu," jawab Natasha.
Entah kenapa Luqman cuba buat aksi stunt atas jetski, sampai dia jatuh dalam laut. Mujur tak jadi apa-apa.
"I minta maaf kalau selama ni I salah sangka dengan you," kata Natasha.
"Salah sangka? Awak sangka apa?"
"Yang awak curang dengan Hafiz sampai kantoi tangkap basah dengan Azlan. Did he drugged you?"
"Ilmu sihir. Saya tak sedar pun saya ikut dia. Tau-tau je dah atas katil dengan dia."
"You must be traumatized," kata Natasha.
"Memang trauma. Saya tak boleh lupa muka Hafiz marah saya masa tu. Saya sedih sebab saya lukakan hati dia."
"Tapi masa kat universiti dulu, you memang kejar Azlan pun kan?"
"Kan masa tu dia couple dengan awak, jadi tak berani la. Lepas tu bila saya masuk office Penghulu Pelajar, ternampak dia dan Mastura Rahim berasmara atas meja, saya rasa dia memang sex maniac."
"Wait, what? Tahun bila tu?"
"Hujung 1990."
"Maknanya, dia dah curang dengan I lama dah."
"Bila awak putus dengan dia?"
"I broke up dengan dia early 1992. Tapi I found out dia curang dengan I, around September 1991 macam tu. Dengan best friend I pulak tu. Lepas tu, Mastura tu, cousin I. Dah arwah dah pun, rumah dia kat Tower Heights tu runtuh."
"Kita disakiti oleh lelaki yang sama. Cuma bezanya, awak cuma perasaan. Saya, fizikal, mental, emosi, maruah diri," kata Adilah.
"Hafiz ke mana?" Natasha cuba mengubah topik. Topik Azlan ni depressing bagi Adilah.
"Dia jumpa investor from US. Dia nak luaskan syarikat dia."
"You're so lucky to have a guy like him, Dila."
"Tahu tak lagu Kylie Minogue, I Should Be So Lucky?" tanya Adilah.
"Oh my God, I miss that song! Jom, kita pasang lagu tu kat villa sambil prepare for our barbecue!"
--
Selepas makan barbecue, yang lelaki sibuk main Playstation yang dibawa Luqman, sementara itu Adilah duduk berdua dengan Natasha menghadap angin laut malam.
"Awak rasa tahun depan, Gelanggayu macam mana?" tanya Adilah.
"Anjurkan Sukan Komanwel?"
"Bukan tu lah. Politik."
"I think Datuk Seri Azmi will fall somehow. Lagipun dah lama sangat dia jadi PM tu."
"Saya rasa Datuk Rahizan jatuh dulu."
Natasha pandang Adilah dalam keadaan yang pelik.
"Datuk Rahizan pegang 63 kerusi MP dalam Dewan Rakyat. Tak mungkin dia akan jatuh. Shahrizal pun akan sokong dia."
"Saya rasa, tak. Shahrizal ni licik orangnya. Kalau berlaku pergolakan dalam Parti Persekutuan, Shahrizal perlu tarik beberapa orang sahaja untuk membentuk kerajaan."
"Jadi, you rasa, Shahrizal akan jadi PM tahun depan?"
"Kalau awak lambat bertindak."
Natasha cuba nak menganalisis kata-kata Adilah, seolah-olah dia ada maklumat dalaman.
"Dila, apa maksud you, lambat bertindak?"
"MP Bukit Pagar bakal hilang kerusi sebab bankrap. Kalau saya jadi awak, saya suruh Luqman masuk bertanding. Dengan itu, bolehlah dia masuk Parlimen."
"Kenapa you nak dia masuk Parlimen?" tanya Natasha.
"Kenapa awak nak biarkan Datuk Rahizan atau Shahrizal jadi Perdana Menteri, kalau tak jadikan Luqman sahaja, kan?"
Natasha berkerut dahi.
"You nak suruh Luqman jadi Perdana Menteri? Jadi Menteri Belia dan Sukan je lah. Tinggi sangat tu," kata Natasha.
"Saya rasa Datuk Mohd Nor lagi suka Luqman jadi Perdana Menteri, daripada jadi Gabenor, kuasa kecil je. Yang saya tahu, tahun depan, akan berlaku krisis politik. Kalau awak lambat, maka Shahrizal jadi PM."
"I don't think Tengku Mahkota will approve Shahrizal jadi PM pun. Tengku Mahkota benci Shahrizal."
"Sebab tu, Hafiz sedang cuba pujuk Tengku Mahkota untuk sokong Luqman. Mungkin susah sikit lah memandangkan Datuk Mohd Nor dah banyak beli company dia, dah buat kewangannya lemah, tapi Luqman undi menentang dalam Akta Liberalisasi Ekonomi."
"Dia penakut."
"Penakut atau tak, tu tak penting. Yang penting, di mata Tengku Mahkota, Luqman bukan orang Rahizan atau Shahrizal," Adilah terus menegaskan pendapatnya.
"You nak Luqman jadi Prime Minister, Dila?"
"Anggaplah saya membalas budi pada awak, sebab bagi Hafiz tanah prime lot di Teknojaya. Saya pasti, Hafiz tengah pujuk ramai investor US untuk melabur di kawasan tanah awak tu."
"Genius juga you ni, Dila. Thank you for your advice. Tapi, I rasa kalau dia nak bertanding Parlimen pun, biarlah dia jadi Menteri Belia dan Sukan dulu. Jadi Perdana Menteri ni, pada I yang kenal dia, too much la."
Adilah hanya senyum sahaja, sambil merancang apa langkah seterusnya.
--
Setiap hari, ketika Ali bertukang dengan Haji Ramli dengan pekerjanya, Ali terintip-intip bilakah anak jiran sebelah ni nak sidai kain ke, atau nak sapu laman rumah. Sampai satu tahap, si Ali ni terketuk jari sendiri akibat terpandang anak jiran sebelah baru balik dari pasar.
"Macam-macam la kau ni, Ali," Haji Ramli balutkan jari yang bengkak diketuk Ali.
"Sakit, tuan Haji!"
"Muka gangster, tapi kena ketuk sikit, dah sakit."
"Bukan sakit jari tok, sakit pilu di dada ni. Melihat si dia masuk buat tak tahu je."
"Mengada la kau ni."
"Dah petang dah ni. Besok aku sambung lagi, aku balik dulu," Haji Ramli dan pekerjanya pun pulang.
Sepanjang renovation rumah ni, Ali duduk di rumah mak Hafiz untuk jaga rumah sementara renovate tu. Jadi, Ali tidur di bilik Hafiz sementara Hafiz masih di Barbados.
Hafiz bagi tiga syarat, tak boleh ada dadah, tak boleh ada arak dan tak boleh ada maksiat dalam rumah ni, memandangkan rumah ni rumah pusaka Panglima Salleh Merah.
Ali sebenarnya dalam proses nak berhenti daripada gejala dadah ni, sebab tu dia join tarekat. Masa dia pergi UK menjalankan misi bawa Azlan ke Manchester, Luqman mengajaknya layan dan dia kembali hanyut.
Dia berazam mahu berhenti dari semua ni. Kokain, heroin, pil kuda, semua dia dah pernah rasa. Dia perlu satu sebab untuk berhenti. Walaupun dia join tarekat, tapi pengaruh kuat sekeliling membuatkan kadang-kadang dia hanyut.
Dia capai gitar Hafiz, kemudian dia main lagu Nothing Else Matters dari Metallica, menghiburkan seorang diri.
So close, no matter how far...
Couldn't be much more from the heart
Forever trusting who we are
And nothing else matters...
"Tolong! Tolong! Ada perompak!"
Ali terus cargas dan tengok ke tingkap. Dan ada dua orang sedang menghendap di tepi rumah jiran. Dua orang lagi dah masuk.
"Kurang ajar!"
Dengan selambanya, dia terjun ikut tingkap, dan keluarkan pisau komandonya, simpan dalam poket.
Dengan pantas, Ali terus tutup mulut salah seorang perompak, dan mematahkan lehernya. Kawan dia lagi sorang cuba nak menyerang, tapi dengan dua jurus penumbuk, dah rebah.
"Tolongggg...."
Ali masuk rumah jiran sebelah melalui dapur. Terus dia terajang lelaki yang dah nak buka seluar untuk merogol.
"Kepala hotak kau nak rogol anak ustazah? Nak kena babab ke?" Ali terus cekik lelaki tu, tapi ada kawan lagi sebelah cuba nak menyerang, Ali terus terajang perutnya.
Lelaki yang dicekik tu tumbuk perut Ali, Ali senak perut, tapi Ali headbutt perut mamat tu balik, sampai jatuh. Dengan gaya Stone Cold Steve Austin, dia terus meloncat kat lelaki yang cuba merogol tu dan tumbuk bertalu-talu.
Kawan dia lagi sorang cuba nak tolong, tapi Ali terus bangun dan stunner kawan tu.
Lelaki yang kena tumbuk tadi keluarkan spanar untuk pukul Ali.
"Ha, ha, ha! Kau main senjata, kau ingat aku takde senjata?" Ali keluarkan pisau rambonya.
Lelaki tadi cuba nak merampas pisau Ali, tapi Ali mengelak dan tersembam ke almari.
Ali terus campakkan telefon bimbitnya kepada gadis tu.
"Telefon polis, cepat! Makcik, ambik tali!"
--
Keempat-empat lelaki perompak tadi ditangkap polis selepas bergelut dengan Ali, tetapi ternyata Ali tangkas.
"Terima kasih la anak ya, kalau takde anak ni, entah apa jadi pada kami ni. Nama anak ni siapa ya?"
"Ali, saya kawan Hafiz. Renovate rumah dia ni."
"Nama makcik, Zabedah. Anak saya ni, Hidayah. Terima kasih ya sebab selamatkan kami."
"Kebetulan je belum tidur lagi. Yang almari terlanggar tu nanti saya gantilah."
"Takpe, almari buruk pun. Dalam tu pun cuma bantal, selimut je."
"Saya balik dulu ya?"
"Ya la nak."
Ali menoleh ke belakang, dan nampak Hidayah melambai dengan senyuman ke arahnya.
Ahhh berbunga pulak hati Ali!
--
Azlan
"Bang, kerepek Jack and Jill perisa sour cream and onion habis ke?" aku tanya tauke kedai runcit tu.
"Haah. Tu, budak kedai printing tu borong habis semua. Yang tinggal flavor lain, BBQ, tomato."
Ish dia ni. Kot ya pun tak payahlah borong semua.
Tiga kedai runcit aku pergi dekat kawasan ni, tiga-tiga flavor ni habis. Dia ni beli semua ke apa? Dasar tamak haloba!
Aku mengambil keputusan untuk belanja dia KFC untuk pujuk dia minta maaf atas apa aku cakap tempoh hari.
Aku masuk ke kedai, nampak dia tengah bersila sambil makan kerepek Jack and Jill sambil tengok drama Tamil.
"Cerita apa kau tengok ni?"
"Arunachalam. Rajinikanth berlakon ni."
"Kau faham ke apa dorang cakap?"
"Lah, kan ada sari kata tu?"
Okay. Asal aku dengan dia je, mesti dia ada bagi sedas pada aku.
"Ni aku beli KFC untuk kau."
"Nak rasuah aku la tu," kata Merlina ketawa.
"Bukan rasuah la. Minta maaf la."
"Ala, aku tak kisah la kau nak anggap aku apa. Seposen kobek pun duit aku tak luak."
"Okay la kalau kau cakap macam tu."
Aku tengok kelakar betul cerita Tamil ni. Rajinikanth lawan sepuluh orang pun dia boleh menang.
"Tak logik, sorang lawan sepuluh pun boleh menang."
"Habis tu cerita mat salleh pakai spender kat luar boleh terbang tu logik la sangat? Jedi lawan pedang macam lampu tomyam kat angkasa tu logik la pulak?"
Eh, sensitif pulak kau ni bila aku cakap pasal cerita Tamil.
"Aku tak tengok cerita tu semua. Cerita aku layan macam Godfather, Raging Bull, Apollo Creed."
"Alan, dia macam ni. Tak kisahlah cerita ni logik ke tak, tapi yang penting, naratif. Kalau takde naratif, macam mana nak jadi hero? Macam cerita kau sebut tu, cuba kalau Silvester Stallone tu jadi mat nerd duduk library, Robert De Niro jadi pengumpul setem, atau Marlon Brando kerja dia bajak sawah je, hujung ke pangkal tu je dia buat, kau akan rasa cerita tu boring kan?"
"Ye lah."
"Sama juga macam cerita Tamil ni. Tak kisah la logik ke tak, yang penting ada naratif. Benda ni kau kena tahu bila kau jadi ahli politik nanti."
"Aku tak pandai benda macam ni."
"Sebab kau tak pandai la, kau kena tanya aku," kata Merlina, terus dia ambil kotak KFC dan makan ayam.
Budak ni, bijak. Tapi jenis tak cover ayu.
"Kau tak ambik cili sos ke? Amende sial makan ayam tak ambik cili sos?" kata Merlina mengorek plastik KFC.
"Ayah aku ajar makan ayam goreng Amerika tak makan dengan cili sos, makan dengan gravy. Dia pernah jadi tukang masak kat Amerika."
"Tu Amerika, doh! Ni Gelanggayu! Orang Gelanggayu makan ayam dengan cili sos! Lepas tu potato wedges takde cheese. Aduhhh!"
"Mana aku tau style kau makan macam mana."
"Tu la, nak rasuah aku kepci, tapi tak tau taste aku macam mana. Nasib baik aku tak kisah."
Kelakar la budak ni.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top