1996 part 8

Pengetua mengintai keadaan Azlan yang terbaring dalam koma akibat terkena bom dari lori tersebut.

Natasha cuma cedera ringan, dan sedang dirawat di hospital. Dia agak bengang sebab Luqman lari, dan Azlan yang selamatkan dia daripada bom.

Dia tak sangka yang Azlan ada di situ untuk selamatkan dia.

Selepas dibalut luka, Natasha terus berjalan ke arah Pengetua.

"Is he okay?"
"Tak sedarkan diri lagi. Nampaknya dia masih cintakan kau, Nat."
"Cintakan I apanya, dia dengan Mina kan sekarang? Lagipun, kalau cintakan I, takde la buat perangai macam dengan pembaca berita tu."

Pengetua mengeluh panjang.

"Kalau tak kerana si Luqman yang incompetence, takde la aku terpaksa suruh Ali heret dia ke sini."
"Tapi, you kan dah pilih Luqman as your Ace?" tanya Natasha.
"Aku risau, takut kat tangan Luqman, semua rancangan kita akan gagal. Aku tak boleh nak harapkan dia sangat."
"Yang bom tadi tu, Sayap Kuning ke?"
"IRA. Tapi tak terkejut kalau Tengku Mahkota ada hubungan dengan mereka," kata Pengetua.

Ali dan Luqman hilang entah ke mana.

--

Letupan bom di Manchester, 212 cedera

MANCHESTER, 15 Jun - Sebuah lori dengan muatan bom seberat 1,500 kilogram meletup di sebuah pusat kewangan bandaraya Manchester, di Corporation Street.

Tiada kematian, tetapi angka kecederaan mencecah lebih 200 orang.

Menurut kenyataan dari polis di Greater Manchester, menyatakan pihak puak pemberontak Ireland Utara, IRA mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu.

Keadaan bertambah parah apabila keadaan sedang sesak apabila peminat bolasepak sedang menuju ke Old Trafford untuk menyaksikan perlawanan di antara Jerman menentang Rusia dalam Kejohanan Eropah Euro '96.

--

Mina

Azlan, kenapa you ni selalu buat I risau? Kan I dah cakap I tak sedap hati pasal ni!

Pengetua kata dia stabil. Currently dia dekat hospital, badan dia kena serpihan kaca pasal letupan tu. I nak marah Ali pun, tak boleh juga. Sebab memang Pengetua tugaskan Ali untuk bawa dia ke sana.

Cuma entah kenapa tiba-tiba IRA ni nak buat serangan dekat Manchester masa tu juga? Ke ada dapat funding dari Uncle Norm?

I suspect Uncle Norm terlibat dalam hal letupan ni, sebab Sayap Kuning pun memang ada connection dengan IRA untuk destabilize Britain.

During the 70s and 80s masa I kecil lagi, Sayap Kuning banyak buat operasi dekat UK dengan menggunakan IRA sebagai proksi.

Dulu Pengetua, for some awkwardly speaking, membantu Tengku Norman bersama dengan penasihat ekonominya, Khalid Ibrahim melancarkan Serangan Subuh untuk mendapatkan semua syarikat-syarikat British yang memiliki ladang-ladang di Gelanggayu.

Mungkin sebab itu kompromi antara Pengetua dan Tengku Norman ialah meletakkan Datuk Seri Azmi sebagai Perdana Menteri.

I tak puas hati, I call Uncle Norm. Dia dah janji tak nak apa-apakan Azlan.

--

"Hello? Siapa bercakap?" tanya Tengku Norman.
"Mina. Did you watch the news?"
"Which news?"
"Manchester bombing. IRA involved. It was part of your plan, kan?"
"Nope. Kenapa tuduh uncle macam tu pulak?"
"Because Shahrizal semua ada kat situ."
"Kebetulan je kot."
"Uncle, don't lie to me."
"Eh, dia ni. Pernah ke uncle tipu Mina?"
"Uncle, Azlan cedera parah sebab bom tu."
"Look, I am so sorry for what happened to Azlan. But bukan uncle yang buat pun. Tak baik tuduh orang macam tu. Is he alright? Dia buat apa kat situ?"
"Doktor cakap dia stabil. He just want to watch football."
"Euro 96? Hmmm...nanti I call Pesuruhjaya Tinggi Gelanggayu ke UK untuk deal pasal ni. You jangan la tuduh I macam tu."
"Okay, I trust your word, uncle."
"Okay."

Tengku Norman letak telefon.

"Ye ye je budak tu tengok bola. Entah-entah Jeneral Yahya panggil dia. Tapi aku dah janji aku takkan apa-apakan dia. Lagipun, bukan ke dia dah tak jadi Ace kepada Jeneral lagi? Bukan semua orang tumpu kepada si bodoh Luq tu ke?"

Lama juga Tengku Norman fikir, dan teringat yang dia pernah nampak Azlan dan Aziz pernah menonton Piala Eropah dengan Tengku Ariffin masa Liverpool lawan Real Madrid dulu.

"Maybe dia memang nak tengok bola lah kot. Aku je bersangka buruk."

--

"Rosak program aku!" jerit Shahrizal sekuat hati dalam rumahnya.

Dia bengang, bila dapat tahu yang Pengetua membawa Azlan untuk ke sini secara senyap.

"Kenapa budak tu mesti nak kena menyelit? Bukan budak tu dah takde kaitan dengan kita lagi ke?"

Faiz hanya diam sahaja, tak cakap apa-apa.

"Sikit-sikit Azlan, sikit-sikit Azlan! Budak tu fvcked up la! Kalau dah tak nak bagi Luqman jadi Ace, kasilah aku! Aku boleh jadi leader la! Kenapa mesti nak bawak budak main bomoh nak main perempuan ni jadi leader! Tak faham la aku, percaya sangat dengan ramalan karut Sayyid Muluk tu!"

--

Azlan

Apahal pulak aku terbaring kat hospital pulak ni? Apahal tangan aku dah berbalut semua ni? Aku lupa apa yang berlaku sebenarnya.

Mana Ali? Mana Natasha? Apasal aku ada kat sini? Kenapa ada bom pulak?

Aku bangun sikit badan aku, aaarrgghh sakit gila sial!

"Eh, jangan gerak. Doktor cakap you takde apa-apa. Cedera kena cermin je," Natasha tarik selimut aku.

Lagu Celine Dion - Because You Loved Me berkumandang dalam hospital saat aku bertentang mata dengan Natasha.

"Who are you, again?"
"Alan, you tak ingat I ke?"
"I cuba ingat. Kejap, kejap. Ish, siapa you ek?"
"Alan, tak kelakar la. Please don't tell me you lost your memory!"
"Kejap, kejap. Makcik Senah?"
"Huh?"
"Eh, bukan. Timah Jongos?"
"Kenapa you sebut nama I macam tu?"
"Bukan jugak. Saodah Goreng Pisang?"
"I Natasha la. Your ex girlfriend!"
"Patutlah lupa. Ex girlfriend rupanya."
"You tak ingat langsung ke?"
"Ingat la. Saja bergurau. Tau gabra!"
"Ye la, kena bom sekuat tu, kira okay la tak mati. You ni, dari dulu suka sangat buat-buat lupa nama I."
"Your boyfriend mana?"
"Entah? Menghilang dengan Ali."
"Kejap, why Ali bring me to Manchester?"

Natasha bersihkan kerongkongnya, berdehem.

"Kalau I cakap ni, promise me, jangan beritahu Pengetua tau?" tanya Natasha.
"Apa dia? Lagipun dia mana nak jumpa I lagi dah lepas kejadian tu."
"Just, promise me."
"Okay, apa dia?"
"Dia yang suruh Ali bawa you ke sini, tapi dia tak nak beritahu. Dia rasa Luqman tak boleh diharap. Tapi dia tetap tak nak jumpa you, sampai dia rasa dia boleh terima you balik."

Aku tak tahu nak cakap apa lagi dah. Dah lama aku rasa Luqman tu tak boleh diharap. Harap duit bapak je.

"Kenapa you buat macam tu pada Hafiz? He's your best friend. Tergamak you buat macam tu kat dia. He loves that bitch so much..."
"Bukan salah Dila, Nat. I punya salah."
"Semua orang tahu la dari universiti lagi dia kejar you. I pun tahu. Zaman Mat Danger you tu lagi," kata Natasha.
"No, not her fault. I yang bomohkan dia sampai dia ikut I. Dia tak sedar pun apa yang berlaku. And I drugged her."
"Why are you doing that?" tanya Natasha.
"Stupidity."
"Why are you so stupid? Kesian Hafiz, you buat macam tu. And kalau betul apa you cakap tu, itu dikira you rape dia tau. You tau tak hukuman rape apa? 20 sebatan rotan. You nak ke?"
"Masa tu I lost. I nampak you dengan Luqman, orang yang I anggap best friend, rampas you dari I. So, I buat macam tu untuk puaskan hati I."
"No, Alan. First, Luq tak rampas I dari you because a) I bukan barang komoditi and b) I yang nak break dengan you. Kes Hafiz dengan Adilah lain. Dorang dah tunang, dah nak kahwin dah. Jangan samakan I dengan Luq dengan apa yang you buat."
"Kalau I jumpa Hafiz, I akan minta maaf dengan dia. Dia nak pukul I sampai cedera parah pun I rela."
"Alan, kenapa you jadi macam ni? Dulu you tak macam ni. I kenal you dari 1980 kot? You dah jadi orang lain."
"Power corrupts, Nat."

Natasha memandang aku dengan sayu.

"Sayang, you ada talent yang cukup hebat, tapi wasted macam tu je."
"Kejap, you panggil I sayang ke?"
"Tak. Sayang dalam maksud 'what a waste', bukan 'love'. Okay?"
"Tau la. Gurau je pun."
"I'm so sorry about what happened masa kat kedai roti dulu. Masa tu I stress betul nak handle campaign si Luqman ni. Lepas tu, I lepaskan kat you."

Aku senyum je. Rasanya benda tu pun aku dah lama lupakan.

"Take care tau, Alan. Nanti Ali akan temankan you. I kena cari Luq dulu, lepas tu ada meeting. Nampaknya I la kena guide mamat ni."
"Kejap, nak tanya?"

Natasha menoleh ke arah aku.

"Apa dia?"
"Selama ni, urusan Wijayapura ni siapa yang handle?" tanya aku.
"I la, dia bukan boleh harap apa pun. Jumpa Ahli Dewan Negeri pun I. Jumpa Ahli Majlis pun I. Draf ucapan pun I. Fikir dasar, polisi, semuanya I."

Aku tergelak.

"Dah agak dah. Kalau takde you, rasanya seminggu dah Wijayapura dah rusuhan, terbakar sana sini."

Natasha ketawa.

"Take care tau, Alan. Ingat, you're a good guy. Bukan Alan yang macam apa you buat pada best friend you tu."
"Hopefully dia maafkan I lah."
"Good bye, take care."

--

Hafiz

Sejak FizzyTech memperoleh keuntungan yang banyak daripada menjual CD-ROM antivirus dan patch Y2K, aku mengembalikan semula keuntungan itu kepada penduduk setempat.

Umpamanya aku ke kampung sebelah dan mendermakan lima buah komputer untuk kegunaan sekolah rendah. Aku juga derma pembelian modem internet dan kos pemasangan.

Aku melihat beginilah caranya untuk aku pulangkan kembali kekayaan aku kepada masyarakat. Aku juga membina tembok di sepanjang tebing sungai di kampung aku dan membiayai projek tebatan banjir, dengan sedikit lagi sumbangan dari Ahli Parlimen, Haji Syaaban.

Haji Syaaban berulang kali ajak aku masuk politik, tapi aku tak minat. Dengan duit yang aku ada hasil pengetahuan aku terhadap teknologi Internet ini, aku salurkan semula wang tu kembali kepada orang awam.

Repair bumbung surau, turap jalan masuk kampung, beli speaker dan sound system untuk sekolah, dan untuk taska tempat Hidayah kerja, disebabkan kerajaan dah bina pusat internet kampung sebelah taska tu, aku jadikan pusat internet kampung tu untuk kelas komputer penduduk kampung.

Aku ajar dari kanak-kanak sampai orang tua macam mak aku atau Ustazah Zabedah, tentang cara menggunakan internet, guna Words, Lotus 123, PowerPoint, dan jika ada yang berminat belajar nak baiki komputer pun, aku ajar juga.

FizzyNet, cabang cybercafe kami yang pertama dah dibuka di pekan Tohor. Tapi sudah ada empat cawangan, lagi tiga di Wijayapura.

Dengan merudumnya perniagaan snooker dan game arcade yang popular dari tahun 80an, pemilik kedai snooker atau arcade ni menawarkan diri untuk menjadi francais cybercafe kami.

Sementara FizzyNet baru nak mula, FizzyTech dah pergi ke banyak negara luar dah, termasuk negara-negara Komanwel yang aku pergi masa aku kerja SUKOM dulu.

FizzyNet ni belum nampak profitnya lagi, tapi bila internet semakin ramai digunakan, maka kepentingan cybercafe akan semakin meningkat.

"Assalamualaikum...Abang Hafiz..."
"Waalaikumsalam, Dayah!"
"Dayah nak minta tolong, boleh tak?"
"Tolong apa tu?"
"Macam ni. Hari ni ada mesyuarat JKKK di taska. Haji Syaaban yang akan rasmikan. Lepas tu, budak-budak taska ni ada persembahan nasyid. Jadi, nak pasang speaker dengan sound system tu, semua orang tak tahu. Itu yang Dayah minta tolong Abang Hafiz."

"Bila tu?"
"Mesyuarat lepas Zuhur, jadi kalau boleh, sekarang."

--

Mesyuarat JKKK kampung belum bermula, tapi dah ramai orang kampung berkumpul di perkarangan taska.

Hazimah sibuk menyusun makanan yang dia dan mak masak sejak pagi tadi untuk tetamu yang hadir, sementara Hidayah sedang bersama anak-anak muridnya praktis lagu Puji-Pujian dari Raihan secara koir.

Aku tengah pasang sound system, dan check bunyi mic, okay atau tak.

"Eh? Apasal tak bunyi ni?"

Aku pasang dah betul dah. Tapi apa yang buat takde bunyi ni? Kemudian aku pandang kipas mulai berhenti.

"Power trip ke?"

Aku pergi ke bahagian meter elektrik, dan tak bergerak.

Jadi aku terus berjalan menuju ke Hidayah, yang sedang bersama-sama berlatih dengan anak muridnya nyanyi lagu Puji-Pujian.

"Dayah, blackout."
"Haaa, macam mana boleh blackout?"

--

Seluruh Gelanggayu kehilangan tenaga elektrik, dari kampung hingga ke Wijayapura. Jabatan Elektrik Gelanggayu jadi kelam kabut, menerima panggilan telefon bertalu-talu berkenaan dengan masalah ini.

Saiful sebagai Menteri Infrastruktur dan Komunikasi tak duduk diam dalam kejadian itu. Dia menerima banyak soalan dari pihak wartawan yang bertalu-talu bertanyakan soalan ni melalui telefon.

Nak faks beritahu nak adakan sidang media pun tak ada elektrik.

Terus dia telefon Pegawai Perhubungan JEG, Datuk Khamis.

"Datuk, Menteri bercakap ni. Boleh saya tahu apa yang berlaku?"
"Transformer kat stesen janakuasa Palong, Sri Kencanapura meletup. Sebab itu adalah janakuasa pusat, jadi bekalan elektrik seluruh negara tak ada."
"Boleh beritahu jangka masa bila boleh dibaiki semula?"
"Tak tahu lagi, tuan. Tapi pihak Jabatan sedang nak hubungi pihak penyelenggaraan untuk uruskan."
"Baru nak hubungi? Datuk Khamis, satu negara blackout ni. Kecemasan ni. Takkan nak ikut karenah birokrasi lagi?"
"Nak buat macam mana, ini prosedur, tuan."
"Bila dah start baiki, tolong beritahu office Kementerian. Saya nak kena menjawab dengan wartawan ni."

Dia terus dial nombor Datuk Rahizan.

"Boleh saya jumpa Datuk kejap?"

--

Datuk Rahizan dan Saiful bertemu di pejabat Timbalan Perdana Menteri. Datuk Rahizan buka coat, buka tali leher.

"Panasnya bila tak ada air cond ni," komplen Datuk Rahizan.
"Saya nak tanya Datuk, adakah JEG ni memang banyak karenah birokrasi?"
"Maksud awak?"
"Tadi saya telefon Ketua Pegawai Perhubungan Awam JEG, Datuk Khamis. Dah sejam blackout, lepas tu bila saya tanya, baru nak hubungi jabatan penyelenggaraan. Sebagai Menteri, saya rasa benda ni menyusahkan."
"Jadi, apa pendapat kamu?" tanya Datuk Rahizan.
"JEG ni perlu diswastakan, dan perlu ada pesaing lain untuk pembekal tenaga agar bekalan tenaga kita lebih kompetitif, sekaligus mengurangkan hal karenah birokrasi ni."
"Kau tau kan JEG ni milik Tengku Mahkota?" tanya Datuk Rahizan.

Saiful terus terdiam.

"Tak apa, nanti dalam Parlimen, pembangkang akan tanya ni. Kau sebagai menteri, kau jawab exactly apa yang aku suruh. Lepas tu, aku akan bagi habuan untuk kau," kata Datuk Rahizan.
"Baik, Datuk."

Datuk Rahizan senyum sambil menyandar, dan berfikir apa rancangan untuk menswastakan bekalan elektrik negara.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top