1996 part 7

Sejak peristiwa letupan bom di ibu pejabat Nadi Citra, Pengetua terpaksa berhati-hati kerana dia sudah dapat merasakan jentera Sayap Kuning sudah dapat mencium gerakannya.

Dia dapat tahu bahawa beberapa ahli republikan seperti Gabenor Luqman, Natasha, Shahrizal Hamdi, Datuk Rahizan dan Tengku Ariffin serta Tengku Aminah sudah diekori.

Jadi, bagaimana untuk berjumpa dengan selamat? Nak tak nak, mereka kena bertemu di luar negara. Kebetulan, Shahrizal Hamdi mempunyai rumah di Manchester.

Tetapi Manchester pun boleh dijangkau Sayap Kuning, maka dia perlu ke suatu tempat yang paling tersorok dan tak terjangka.

Kebetulan Euro '96 dianjurkan di England, jadi dengan kehadiran ramai pengunjung, kerajaan United Kingdom sudah semestinya mengetatkan keselamatan pengunjung.

Jadi, Shahrizal memilih kedai fish and chips di Old Trafford tempat dia biasa melepak sebagai meeting point, sebelum menuju ke satu tempat yang akan diputuskan kelak.

Tengku Aminah dan Tengku Ariffin tidak dapat pergi kerana Wijaya TV menganjurkan Karnival Wijaya TV sempena 20 tahun syarikat itu bersiaran di Gelanggayu.

Tengku Aminah dan Tengku Ariffin selaku ahli keluarga al-Daulah tidak boleh dilihat bersama sangat, nanti pergerakan mereka dikesan Tengku Mahkota.

Lagipun tak perlu semua orang untuk pergi. Datuk Rahizan juga ada urusan dengan orang-orang parti untuk langkah seterusnya menjatuhkan Datuk Seri Azmi.

Tujuan perjumpaan ini untuk brief Luqman, sebagai Ace, dan bertemu dengan jaringan antarabangsa yang menyokong gerakan ini.

Datuk Mohd Nor akan bergerak dari Zurich, Shahrizal menaiki kapal terbang dari Temasik, sementara Luqman dan Natasha menaiki kapal terbang dari Durban, Afrika Selatan.

Pengetua pula menaiki kapal terbang dari Jeddah, Arab Saudi.

Shahrizal akan mendarat di Paris, dan menaiki EuroTrain, Pengetua akan mendarat di Schipol, Amsterdam sebelum menaiki kapal laut ke England, sementara Luqman dan Natasha akan mendarat di London.

Pengetua akan menaiki kapal persiaran dari Rotterdam, sebelum menuju ke pelabuhan Hull, sebelum terus ke Manchester.

Shahrizal akan naik kereta api lebih awal daripada Luqman dan Natasha dari London ke stesen Picadilly di Manchester.

Mereka bertiga akan bertemu di restoran fish and chips depan Old Trafford ketika pasukan Jerman bertemu dengan pasukan Rusia dalam pertandingan itu.

Semua tak perlu bawa baju, kerana semua baju sudah dihantar kurier oleh Pengetua ke rumah Shahrizal di Manchester.

Dengan bergerak secara selerak ini, agak sukar Tengku Mahkota untuk memantau semua pergerakan ahli ini.

--

Azlan

"You nak pergi London? Jumpa siapa ni?" Tengku Aminah memeluk tubuh dengan muka merah padam.

"Kawan, ajak tengok bola. Euro '96. Dia tak pernah pergi London, so I want to show him around."

"Siapa kawan you tu?"
"Kawan I, Ali."
"Ali ke, Alia? Ke Alisha? You jangan nak kelentong I?"
"Ish, kawan lelaki lah. Ali nama dia, tu kat dalam kereta tu."

Ali tengah banging dengar demo punk kawan dia dalam kereta.

"Budak punk? Bila you kawan dengan dia ni?"
"Dari sekolah lagi. Come on..."
"Panggil dia, I nak cakap something."
"Ish, tak percaya pulak dia."

Aku terus berjalan menuju ke kereta, ketuk cermin kereta.

"Ali..."
"Mende?"
"Teman aku jap. Jumpa mem besar."
"Aduh, dah macam bini pulak kena mintak kebenaran. Kuat jeles betul awek baru kau ni."

Ali keluar dari kereta, dan mengiring aku ke Mina.

"Nama Ali ke ni?"
"Haah, aku Ali. Awek kau ke ni, Lan?"
"Ya, nama dia Mina. Sekarang dia tak percaya kita nak pergi tengok bola kat England."
"Ni, dah beli tiket ni. Tiket kapal terbang pun dah beli ni. Bagi je la dia bujang kejap, Nina..."
"Mina laa..."

Tengku Aminah dah muncung.

"Sorry, sorry. Tengok raut wajah macam Nina Juren pulak dia ni."

Menyampah aku bila Ali cuba bodek Mina muka macam artis.

"Okay, Ali, boleh janji dengan Mina tak?"
"Apa dia?"
"Kalau dia keluar dengan perempuan lain, beritahu I. Call I, I bagi upah tengok bola di Manchester."
"Aku fan Arsenal la!" kata Ali.
"Okay, kat Arsenal. Kalau dia tak curang, takpelah."
"Baik kau curang, Lan! Aku nak jumpa Dennis Bergkamp ni."

Aku menyinggung lengan Ali.

"Bukan apa, dia ni ada sejarah buruk sikit kalau jumpa perempuan," Mina mencebik.

Ali dah tersengih-sengih, dah faham isu.

"Yes, mam! Takde hal!"
"I sebab ada Karnival Wijaya TV ni pulak. Kalau tak tunjuk muka karang, apa kata staff nanti. Kalau tak, I pun nak ikut."
"Percaya la cakap I, Mina. I janji, I sampai hotel, I pergi stadium, lepas tu I balik hotel. Tak pergi mana-mana."
"Dia bukan soal awak tu pergi mana-mana. Dia soal awak jumpa siapa-siapa."
"Jumpa siapa?"
"Perempuan la! Ingat tau Ali."
"Best jugak kalau aku fitnah kau ni, dapat tiket kat Highbury free."

Aku tau Ali ni cakap main-main. Kalau dia nak buat betul, dia tak cakap. Tapi aku usha panas je la mamat ni.

"Nice to know you, Ali. You pun, tak kenalkan best friend you. Nanti nak jadi pengapit kahwin nanti, cari dia jugak."
"Belum kahwin lagi!"
"Kahwin cepat!" aku terus sekeh kepala Ali. Tak ramai orang boleh sekeh kepala mamat ni. Sebagai best friend, aku ada privilege.

--

Mina

I jadi tak sedap hati untuk biarkan Azlan pergi London. It's not like I akan jealous dengan dia kalau-kalau ada perempuan lain yang cuba nak mengorat dia ke apa. Azlan depends on me a lot right now.

Lagipun tengok dia sekarang, dia macam dah serik nak hanky panky macam dulu sejak kes dia dengan Dila, yang jadi punca kejatuhan dia dulu.

Lagipun, bukannya I tak kenal Ali pun. Ali ni pun anak didik Pengetua, and Ali ni pernah je jumpa dengan daddy. And I tau tujuan utama Ali bawa Azlan ke England pun bukanlah pasal bola pun. I knew every details sebab I am part of the team.

Ever since Luqman jadi Gabenor, memang I dah lama rasa he's not the right person for this. I mean, dia takdelah jahat macam ayah dia, or abang dia, Damian, but he's just a dimwit. Stupid dumb dumb.

Banyak je careless mistake yang dia buat masa dia jadi Gabenor, and nasib baiklah dia ada Natasha yang tolong backing dia. Tapi dalam masa sama orang pun kata Natasha ni dah jadi defacto governor pun.

I perasan sejak Nat dengan Luq ni, dia nampak macam menyesal. Itu la, siapa suruh percaya dengan dakyah Dila. Nat ni kalau bab urustadbir, I must admit dia memang pandai.

But politics and relationship ni dia jenis lurus bendul. But that's okay. Sebab tu I dapat Azlan. And sebab tu I tak takut pun kalau Azlan terjumpa dia nanti.

But I tak sedap hati ni, sebab I dapat rasakan something trouble ahead of him. Something bad. I don't know.

By the way I kena jumpa Uncle Norm dekat Bukit Istana. Dia nak lebih banyak maklumat pasal Datuk Rahizan.

Of course I have my own spy. Of course kalau I minta Sayap Kuning tolong siasat Datuk Rahizan, they will do it for me. Sebab I memang nak jatuhkan Datuk Rahizan pun.

Kalau Datuk Rahizan jadi Perdana Menteri, dia akan stay lama macam Datuk Seri Azmi. And Azlan takkan berpeluang untuk naik.

I rasa Datuk Mohd Nor nak naikkan Luq jadi PM. Ada kemungkinan tu, but macam biasa, dia akan jadi puppet. Dan puppet ni biasanya won't stay that long.

I buat semua ni demi Azlan. Kalau dia nak curang lagi dengan I, tak tahulah nak cakap macam mana lagi.

--

Azlan

"Aku sampai London nanti, perkara pertama aku nak cari ialah makan fish and chips bungkus surat khabar," kata Ali.

Aku nak pergi ke London sebab hari tu aku pergi masa winter. Kali ni aku pergi masa summer. Lagipun dah lima tahun aku tak ke sini.

Lima jam dalam kapal terbang, Ali tiba-tiba menolak kepala aku untuk dia tengok permandangan dari bawah.

"Kau rasa, kawasan gunung-gunung ni, Afghanistan ke?" tanya Ali.
"Entah, agaknya. Ali, pakai tali pinggang, karang kena marah."
"Rilek la, skema la kau ni."

Kapal terbang langgar awan berat. Kapal terbang pun bergegar.

"Woi, kimak! Jangan la crash pulak!"
"Ali, kau ni mulut jangan gampang, boleh tak? Langgar awan je la. Kau pakai je la tali pinggang tu. Balik Wijayapura kau duduk tepi la."

Eiii, mujur la mamat ni yang belanja aku flight ni. Aku bawak ni pun duit ngam-ngam je. Tu pun Mina yang tambah.

"Kawan aku ada sorang kat sini," kata Ali.
"Kawan? Siapa?"
"Tak boleh beritahu nama, tapi dia join Taliban."

Ish, kawan dia ni, pelik-pelik betul la.

"Betul la. Aku cakap tak nak percaya."
"Mana kau jumpa mamat ni?"
"Supply senjata kat Osman Kassim."
"Kejap, Osman Kassim ada link dengan Taliban? Tu pakcik aku, weh!" aku berbisik.
"Ya aku tau pasal pakcik kau tu, dan GMM ada link dengan Taliban."
"Kau ni biar betul? GMM geng dengan PLO la. Bukan Taliban. Kau jangan memasal."
"Dorang dah tau Yasser Arafat dah makin tua, dah tak boleh nak function sangat. Sebab tu dorang beralih ke Taliban."
"Baru ke?"
"Ye."

Selamba betul cakap hal terrorist dalam kapal terbang. Kena tahan karang, sia-sia.

"Sekarang ada satu rangkaian tentera Islam, dorang buat group kat banyak negara. GMM pun dah makin radikal sekarang."
"Ali, cakap pandang-pandang. Dalam kapal terbang ni."
"Nak takut mende. Benda ni pun CIA yang plan."
"Mana kau tau?"
"La, kau ni dah lama tak update dengan Pengetua kau ke?"
"Kan aku dah putus hubungan dengan Pengetua."
"Ooh, lupa pulak hal tu."

--

Disebabkan match England ni semua berlangsung di Wembley, tempat paling dekat untuk sewa hotel, tapi murah ialah di Edgware, Brent Park atau di Churchend.

Jadi, aku memilih di Churchend, dan yang tu paling okay antara tempat yang kita semua pergi.

Suasana di London meriah, dikunjungi oleh banyak negara sempena Piala Kejohanan Eropah ni.

"It's coming home, it's coming home, it's coming! Football is coming home!" jerit Ali yang menyanyi lagu bola England.

Pada mulanya aku nak tutup muka sebab malu tengok perangai Ali, tapi lepas tengok semua orang pun tengah mabuk pun join nyanyi sekali, aku biarkan je lah.

Dia tengah seronok tu.

--

"Ali, kita nak pergi mana ni?" aku dah terbaring kepenatan.
"Jom la, jalan-jalan! Amende la kau, sampai London je terus nak tidur! Nak tidur, tidur kat rumah la!"
"Weh, cilaka. 16 jam dalam kapal terbang, kaki kau tak cramp ke? Tidur la dulu, besok kita gerak la memana."
"Aahh, lemah la kau ni. 16 jam tu bukannya kau angkat batu bata ke apa," respon Ali.

Tak faham betul la aku dengan Ali ni.

"Kau nak ke tak nak ikut?"
"Aku nak tidur!"

Ali terus ikat tali kasut dan keluar.

--

Aku bangun dari tidur je, aku nampak Ali tengah rilek snot cocaine kat hotel.

"Weh!"
"Pahal? Tak pernah tengok orang hisap dadah ke?"
"Ali, kena tangkap nanti, mampos kita. Kena deport, kena ban. Bukan kau kata kau dah insaf ke benda macam ni?"
"Mende la kau ni, takut benda yang bukan-bukan je. Tu, aku belikan kau chips and curry. Kau makan la, aku dah makan dah," Ali hulurkan sebungkus pada aku.

"Aku memang nak insaf, Lan. Tapi benda macam kokain ni susah nak buang. Kecuali la kalau ada motivasi tinggi."
"Macam?"
"Aku kahwin, aku tak nak la rosak lagi sebab aku dah ada tanggungjawab."
"Celaka, nak tunggu kahwin baru nak berhenti!"

Ali kemas barang-barang dadahnya, kemudian pakai baju.

"Pelik betul orang England ni. Orang Gelanggayu makan fries cicah cili sos. Dorang cicah dengan kari. Kari pun takde rasa kari. Tak pedas. Mende entah."

Aku diam je dan terus makan.

"Kau dah cukup tidur ke belum? Kita nak pergi Manchester ni?"
"Manchester? Apasal kau cakap pergi situ pulak? Ikut jadual, team England lawan kat Wembley. Yang kau nak pergi Manchester, buat apa?"
"Ala, kau ikut je la. Banyak cakap pulak."
"Kau nak pergi tengok England ke tak ni?"
"Jom la. Kau ni, dah tidur lama pun nak melayan katil lagi. Aduh!"
"Ye la, ye la. Kau yang bayar kan?"

Memenatkan jugak ikut si Ali ni.

--

Menaiki kereta api dari London ke Manchester memakan masa 2 jam 40 minit. Sampai Manchester, aku dah tak tahu apa nak buat. Si Ali ni jalan menonong macam dah tahu jalan.

"Ali, kau nak pergi mana ni?"
"Match orang ramai la, kena la cepat pergi. Kau ni pun."

Aku dah macam tak sedap hati. Tapi kaki aku berjalan laju je lah ikut mamat ni.

Dalam aku berjalan, aku terserempak dengan Luqman dan Natasha. Dorang buat apa kat sini?

Aku terus mengikut mereka berdua, lupa dah mana Ali menonong. Ah fvck!

Ada sebuah lori berhenti tepi jalan. Tiba-tiba lori tu meletup.

Aku terus capai tangan Natasha secepat mungkin dan lindungi dia dari serpihan kaca yang hinggap ke badan. Luqman terus lari mencicit macam Ato Boldon.

"Alan?"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top