1996 part 4

Beberapa orang komando elit Sayap Kuning sedang memantau bangunan Wisma Nadi Wijaya, yang menjadi ibu pejabat kepada syarikat Nadi Citra, syarikat Datuk Mohd Nor.

Mereka menyamar menjadi tukang sapu sampah, tukang lap tingkap bangunan, security guard, tukang pasang lampu dan bermacam lagi kerja sejak dua bulan yang lalu.

Sejak pilihanraya 1995 dan Datuk Seri Azmi dalam kedudukan politik yang lemah, serta selepas Gelanggayu menerima syarat IMF untuk bantuan ekonomi, banyak aset-aset keluarga al-Daulah mula dijual.

Dengan persaingan yang sengit dari dalam dan luar negara, syarikat-syarikat yang dimiliki keluarga al-Daulah pun terpaksa bersaing untuk pasaran yang semakin kompetitif.

Tengku Mahkota melihat Datuk Mohd Nor sudah banyak menguasai sektor ekonomi yang penting. Pembinaan kompleks Sukan Komanwel, dia punya. Pembinaan TAR dan laluan metro, dia punya. Pelabuhan Wijayapura pun dia dah ambil alih.

Dari segi hartanah, banyak kawasan yang telah diambil alih oleh Datuk Mohd Nor.

Kumpulan elit komando ini memasang alat dengar untuk mencari siapakah perancang utama, dan siapakah Ace dalam kumpulan republikan ini.

Tengku Mahkota syak Datuk Mohd Nor, billionaire yang mahu mengawal Gelanggayu dari celah jari jemarinya. Dengan meletakkan anaknya, Luqman sebagai Gabenor, banyak kawasan hartanah baru yang bernilai dikurniakan kepada Datuk Mohd Nor.

Tengku Mahkota mendapat tahu yang Datuk Mohd Nor akan kembali ke Wijayapura untuk mesyuarat tahunan syarikat, pada tarikh 5 Mac, 1996.

Komando-komando elit Sayap Kuning memerhatikan bentuk bangunan serta bagaimana untuk memasuki bangunan ini dengan mematikan segala aspek keselamatan tanpa dikesan.

Dalam masa dua bulan, Tengku Mahkota memantau rapat pergerakan beberapa orang. Datuk Rahizan, Gabenor Luqman, Shahrizal Hamdi.

Tengku Mahkota agak terkejut juga bila Azlan hanya jadi cikgu muzik di sekolah antarabangsa, tetapi selepas diceritakan oleh Tengku Aminah, Tengku Mahkota faham dan menjangkakan yang Azlan bukan lagi bersama Pengetua.

--

Azlan

Para guru Alice International School nak mengadakan pertandingan bowling, dan aku kalau main bowling ni, mestilah aku masuk ke longkang.

Sejak Rizal Square bukak pusat bowling, ramai la yang mula berjinak-jinak untuk bermain sukan bowling ni. Dengar kata di sinilah venue bowling untuk acara Sukan Komanwel nanti dianjurkan.

Jadi sementara pusat bowling ni masih bau kedai, aku pun cubalah main bowling seorang diri.

"Abang Alan!"

Aku macam kenal je suara tu. Aku menoleh belakang dan lihat Jessica dan kawannya.

"Kenapa main bowling sorang-sorang?" tanya Jessica.
"Takde kawan nak main."
"Tak ajak Jessie! Apa la, dah la asyik masuk longkang je."

Celaka betul, kena gelak dengan budak umur 12 tahun. Mujurlah kau ni sepupu kesayangan aku, Jessica.

"Meh sinilah Jessie ajar abang Alan macam mana nak main bowling."

Jessica capai bola bowling yang sesuai dengannya, lalu membaling bola dengan pro.

"Strike!" jerit Jessica.
"Macam mana Jessica baling macam tu?"
"Abang Alan tangan kidal ke kanan?"
"Kidal."
"Patut la. Abang kalau kidal, kena berdiri tepi sikit, yang penting aim tu kena tepat. Okay, abang ambik bola tu."

Aku capai bola yang baru keluar dari mesin.

"Abang berdiri tepi sikit, sini. Haa, sini. Dari sini, abang cuba aim bola tu kena ke tengah tu."

Aku aim, kemudian baling bola tu. Jatuh lima pin. Not bad.

"Kira ok la daripada masuk longkang je," kata Jessica.

"Nak lawan bowling ke?" tanya aku.
"Abang kalah nanti. Oh ya, perkenalkan, ini kawan Jessie. Nama dia, Donita."
"Jessie, I knew Sir Azlan lah. Dia ajar muzik kat my school."
"Do I teach you in school?" tanya aku.
"Not really. My mom tak hantar I kat kelas muzik."
"Wait, your name is Donita? Donita Ramos?"
"Yes. My dad is Spanish, my mom Melayu Gelanggayu. Jadi ramai yang terkejut I boleh cakap Melayu."
"I know you sebab Miss Mia selalu cakap pasal you kat sekolah. Don't worry, she told me that you're a smart girl."
"I know. Hey, Jessie! Kita dah lambat nak ke studio jamming!" kata Donita.
"Abang nak ikut kitorang pergi jamming?" tanya Jessica.
"I'm free today, so why not?"
"Tapi kitorang naik cab tau."
"Abang Alan hantar la. Kat mana? Jom!"

Mereka kata mereka jamming di Depeche Studio, iaitu di Jalan Maxwell. Dah nama Depeche ni mesti ada pengaruh band Depeche Mode ni.

"So, tell me what's your band's name, and what genre you play?"
"Donita main gitar, Jessie vocal, lepas tu ada dua orang lagi main bass and gitar. Nama band kitorang The Polka Dots. Kitorang main ska punk."

Terbeliak aku dengar bila Jessica kata, ska punk.

"Ska punk?"
"Ye lah, macam No Doubt. Uncle pernah dengar?"

Band-band budak-budak zaman sekarang ni cuba-cuba juga dengar.

"Sure, sure. Pernah terdengar."

Mereka nyanyi lagu Just A Girl, dan beberapa lagi lagu ska yang aku tak tahu.

"Abang Alan, Abang Alan main la keyboard. Uncle kan dulu keyboardist Digital Tribe!" kata Jessica.

Drummer dia, Zack terkejut.

"No way! Uncle, you're Mat Danger?"

Aku ingat orang dah lupa nama Mat Danger ni. Aku sendiri dah lupa dengan nama ni. Malu aku mendengar nama panggilan zaman remaja aku ni.

"Seriously, Jessie? Your cousin is Mat Danger? You're the coolest!" kata Donita.

"Abang Alan main la satu lagu, kitorang follow," kata Robin, pemain bass.

"Bro, you're fvcking legend!" jerit Zack.

Aku dah tersipu-sipu bila kena tarik dengan budak-budak ni suruh main keyboard.

"Take On Me, tau?" tanya aku pada mereka.
"Ok, cun bro! Kitorang tau main! Tapi versi cover Reel Big Fish la?"
"Macam tu, tak payah keyboard la. Sir Alan main gitar," Donita hulur gitarnya pada aku.

Tak sangka seronok pulak lepak dengan budak umur 12-14 tahun ni. Umur dah 27 tahun dah ni. Aku tak tahu apa nama band yang dorang sebut ni, tapi Robin sebut chord, aku ikut je lah.

--

"Next time, ajak la Sir Alan jamming lagi!" kata Donita pada Jessica.
"My cousin is a busy man. Dia ni macam orang penting tau. Dia jumpa Datuk-Datuk, Tan Sri-Tan Sri, Jeneral-Jeneral."

Jessica ingat aku kerja macam dulu. Padahal aku sekarang dah jadi cikgu sekolah je.

"Robin, Zack, jom la lepak kat McDonald's!" kata Jessica.
"Aku kena balik, mak aku suruh balik. Korang lepak la," jerit Zack, capai skateboard sebelum tolak skate pakai kaki sampai bus stop. Robin pulak nak kena pergi main skate, kawan dia ajak.

So aku melepak la dengan anak buah dan anak murid si Mia ni. Aku berjalan menuju ke arah bangunan yang dahulunya milik Ayam Goreng Harun.

"Eh, dah jadi McDonald's dah?"
"Tahun lepas Ayam Goreng Harun dah bankrap la, Abang Alan," kata Jessica.

Sedihnya. Krisis ekonomi yang dibuat-buat untuk membuka syarikat antarabangsa banyak yang masuk ke sini, seterusnya syarikat tempatan seperti Ayam Goreng Harun pun jatuh.

Zaman aku dulu, McD ada satu je kat depan Paragon Mall. Tempat aku selalu stalk Natasha dengan kawan-kawan dia.

"Abang Alan, kenapa Abang dah lama tak datang kat rumah? Mommy tanya," tanya Jessica.
"Sorry la, abang busy kerja."
"See, I told you, my cousin is a busy man," kata Jessica pada Donita.
"Sir tak kahwin lagi ke? Umur Sir berapa tahun?" tanya Donita.
"27 this year."
"Sir memang tak nak kahwin ke? I think Miss Mia is so into you."
"Haha, nope. Kawan satu office. No way!" kata aku.
"Lawa tu Miss Mia. Orang Bosnia."
"Really? Abang Alan punya girlfriend semua lawa-lawa. Dari kecik asal jumpa je, girlfriend dia semua lawa tau!" tambah Jessica.

Pening betul aku lepak dengan budak sekolah ni. Benda-benda macam ni yang diboraknya.

Tapi, aku perasan sejak tadi, ada dua orang asyik dok mengusha aku. Tadi masa kat bowling pun ada mamat ni. Tapi aku buat rilek. Kau nak buat apa ekor aku lagi? Aku bukannya ada apa-apa dalam geng tu lagi.

Sejak makan penampar Pengetua, aku dah tak ada kaitan dengan apa yang berlaku. Lantak kau lah. Mungkin agen Sayap Kuning yang masih tak update lagi.

--

Hafiz

Sejak computer worm Cutekittens tersebar, aku telah mencapai dua daripada tiga objektif utama kenapa aku buat worm tu. Dua objektif yang tercapai ialah nombor satu, profit, dan nombor dua, kes itu kembali disebut oleh beberapa ahli politik penting seperti Ketua Pembangkang, Shahrizal Hamdi.

Dari segi profit, company aku telah mengeluarkan antivirus (yang aku cipta sekali masa aku cipta worm Cutekittens) dan dalam masa sebulan lebih, lebih 100,000 unit CD-ROM yang aku jual setiap satu dengan harga RG 55.00 (lima ringgit untuk cover tax), dan aku dan business partner aku, Jimmy sebanyak RG5 juta.

Kami split 50-50 dan dengan keuntungan pertama kami, kami laburkan sebanyak 20 peratus setiap seorang untuk modal cybercafe kami, FizzyNet.

Jadi dua perniagaan ini adalah entiti yang berbeza. Sementara Fizzy Technologies (FizzyTech) ialah membuat software, programming dan sekali sekala buat virus dan worm untuk cipta antivirus, FizzyNet pula ialah cawangan cybercafe yang akan meluas.

Dan untuk ini, Jimmy melantik isterinya, Tengku Khairunnisa yang kebetulan ada MBA, untuk menjadi CEO. Dan cybercafe kami ada dua segmen sumber keuntungan iaitu sewa Internet, dan cafe.

Dan dengan modal aku set up Internet masa dulu tu, aku beli share Telekom Gelanggayu, dan Axis, sebuah syarikat telekomunikasi yang baru naik. Ada juga aku beli share Digitel, Gelcom dan sebagainya, tapi Axis yang paling banyak aku beli.

Dan sejak krisis ekonomi 1995, dan bantuan IMF mula disalurkan, Kementerian Kewangan melalui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Rahizan mula menabur wang ke sektor teknologi maklumat dan multimedia.

Cybercafe pertama FizzyNet dibuka pada tahun 1996 di pekan Tohor, daerah Air Putih untuk formaliti (dan sebab aku anak jati Air Putih, jadi kena la make proud sikit), tapi duit yang banyak adalah di Wijayapura.

Dan di Wijayapura, kami mula membuka rangkaian cybercafe. Biasanya sewa Internet ialah RG10 sejam, harga yang tak pernah turun sejak 1994, tapi dengan adanya FizzyNet, kami berjaya turunkan harga dengan separuh daripada harga kebanyakan, dan competitors kami kalah di situ.

Kami buka tiga cawangan, dan merancang nak buka lagi 10 menjelang tahun depan.

Okay, untuk FizzyTech, isu Y2K mula diberi perhatian, selain isu cyber-security seperti worm Cutekittens dulu. Selain tu, ada banyak juga virus dan trojan horse (ada yang kitorang buat, dan ada orang lain yang buat) pun kami encounter isu itu sehingga memberikan keuntungan berlipat ganda.

Kalau dulu ekonomi Gelanggayu bergantung pada komoditi macam getah, kelapa sawit atau melombong bauksit dan bijih timah, masuk 70an bila Tun Iskandar jumpa minyak, banyak kawasan perindustrian, dah nak masuk new millennium ni, kita dah masuk ke K-economy, ekonomi yang berdasarkan pengetahuan (K untuk knowledge).

Dan kalau cukup modalnya nanti, aku nak pindah operation base FizzyTech dari Air Putih (yang ni akan jadi secondary base, untuk distribution, packaging etc.) ke Teluk Chendana, di mana kawasan tu kerajaan dah isytihar sebagai Silicon Valley Gelanggayu.

Dan aku find out, rupanya properties kat Teluk Chendana tu diuruskan Natasha, kawan baik aku yang dulunya couple dengan si lelaki jahanam tu, sekarang dia dah dengan Gabenor Wijayapura, Luqman.

Dengan ada kabel yang macam ni, FizzyTech dan FizzyNet boleh pergi jauh.

Objektif yang kedua, iaitu memberi kesedaran orang awam tentang kejadian bakar stadium pada tahun 1989 sudah mula mendapat perhatian.

Baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Shahrizal Hamdi menyebut tentang kegagalan sistem kehakiman untuk memahami sentimen orang awam terutamanya di Puncak Jaya tentang kes ni.

Sementara Shahrizal berdepan dengan macam-macam tohmahan yang mengatakan dia menghina sistem mahkamah dan keadilan negara ni, kesedaran mula muncul dari kebanyakan orang terbawah.

Tetapi ruling mahkamah masih tak berubah.

Objektif yang ketiga ialah dendam aku kepada lelaki jahanam tu. Dan walaupun kawan-kawan dia yang lain dah mula masuk ke dalam kerajaan, dia mungkin disimpan.

Aku tahu, dia ni ada ramai orang penting protect dia. Aku tunggu dia naik dulu, sebelum aku boleh terus hentak dia sampai aku dapat pijak dia balik.

--

Merlina menjual saham-saham Citra Sari, sebab dia mula berminat dengan saham-saham syarikat telekomunikasi seperti Axis, Digitel, Telekom Gelanggayu, dan Gelkom.

Tujuannya supaya dia dapat diversify portfolionya.

Sesudah sahaja dia tamat urusan jual beli, dia kembali menonton TV, dan dia ternampak iklan di televisyen.

"Adakah anda rasa kesunyian? Adakah anda ada kekasih, tetapi anda tahu dia curang? Atau adakah mahu meluahkan perasaan? Dial talian luahan hati di nombor 600-85-LUAH(4713)."

Merlina seperti rasa perasaan itu, tetapi baru dia angkat gagang phone je, dia terus letak.

"Babinya model business dia ni? Orang dok luah perasaan cerita macam-macam lepas tu dia buat untung. Lepas tu dia dapat data free-free! Eh, babinya dia ni buat duit! Lepas tu dapat database pulak!"

Merlina bangun, dan capai buku novel yang paling dia minat, Atlas Shrugged dari Ayn Rand.

Merlina dapat rasakan, pada zaman k-economy bila mencapai alaf baru nanti, database adalah benda penting.

Databaselah yang boleh kita tahu siapa target customer, siapa target consumer, dan kalau dalam politik, siapa target voter kita.

Merlina tahu, Aunty Idah menaruh harapan untuk dia naikkan Azlan. Tetapi Azlan masih, sombong dan tak nak bercakap dengannya.

Takkan nak terhegeh-hegeh pulak?

Merlina tahu, dengan imej Azlan yang handsome tu, dia boleh menarik ramai pengundi. Merlina tahu macam mana nak buat orang popular.

Kimi yang tak berapa handsome banding dengan Azlan tu pun boleh ada ramai peminat perempuan, inikan lagi Azlan.

Tetapi dia menunggu di saat yang tepat. Lagipun, usianya masih di bangku sekolah lagi. Azlan pun masih cikgu sekolah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top