1996 part 1
Azlan
New Year's Eve, 1996
Dah masuk dua bulan aku bekerja sebagai guru muzik di Alice International School Wijayapura, sebuah sekolah antarabangsa yang selalunya dihantar oleh expats dan anak-anak diplomat.
Memandangkan konsep sekolah private ni baru di Gelanggayu, aku dan Mina selalu mengeluh dan bandingkan betapa bestnya sekolah private ni berbanding sekolah yang dibiayai oleh kerajaan.
Hubungan aku dengan Mina dah semakin rapat, dan banyak benda yang aku tahu pasal dia, dan dia juga banyak tahu pasal aku.
Kami sambut New Year di Gáucho's, tempat kegemaran Mina. Aku suka St. Pierre sebab aku dah biasa di situ. Tapi disebabkan aku dah dengan Mina, maka ke sinilah aku kerap makan.
Lagipun, Mina kata, Paragon Mall ni dah macam 'tempat yang creepy', dan dia takkan nak ke tempat yang macam tu.
Aku survived dalam personal crash as much as economic crash in 1995. Walaupun gaya hidup aku tak sebebas dan sebest dulu, tapi dengan Mina, aku rasa aku dah boleh start utamakan benda penting dan benda tak penting.
Tengku Ariffin, dia bagi sokongan pada aku untuk majukan hidup aku, walaupun terdapat banyak restriction dari Pengetua, macam tak benarkan aku menjawat apa-apa jawatan dalam Wijaya Media misalnya.
Sebaliknya, Pengetua nak aku usaha sendiri tanpa bantuan mana-mana kabelnya.
Mina pakai jaket warna biru navy dengan skirt tartan, macam skirt Liv Tyler dalam filem Empire Records, dengan ikat rambut ke belakang. Dia nampak comel, tapi versi yang dah dewasa.
Masa aku kenal dia dulu tahun '88, dia masih bawah umur. Tapi dah hampir lapan tahun aku kenal dia, aku rasa dia dah makin dewasa.
Sejak pilihanraya 1995, politik Gelanggayu dah banyak berubah. Dalam perbentangan Belanjawan 1996 untuk Wijayapura, misalnya, Luqman sebagai Gabenor telah meluluskan akta yang memberikan kebebasan individu, memotong banyak cukai, serta meningkatkan kesedaran orang awam terhadap hak wanita.
Dan mengenali Luqman sebagai budak pemalas yang duduk sebelah meja aku masa sekolah, dan selalu upah orang untuk siapkan assignment dia, aku rasa orang lain yang fikir dan orang lain yang buat kerja.
Dan kalau ada hak kewanitaan ni, ada bau-bau Natasha. I'm just saying, sebab aku tak ada dalam group tu lagi.
Sejak Dewan Rakyat meluluskan resolusi untuk menerima pakej bantuan IMF, World Bank dan Asian Development Bank bernilai $60 billion, dengan syarat meliberalisasikan ekonomi, restructure and reorganize dengan memansuhkan polisi kuota dari Dasar Ekonomi Merdeka (DEM) yang digunapakai sejak 1970.
Secara automatik, keluarga al-Daulah terpaksa melepaskan segala haknya terhadap ekonomi negara, menyebabkan ekonomi lebih terbuka, walaupun nampaknya dikaut habis oleh Nadi Citra dan anak-anak syarikatnya, yang dimiliki Datuk Mohd Nor.
Pasaran saham mula kembali stabil dan pelaburan mula masuk. Yang aku nampak, banyak syarikat IT dan teknologi macam Siemens, Motorola, Nokia, Microsoft, Cisco Systems banyak membuka pusat mereka di Teluk Chendana, yang mula digelar sebagai Silicon Valley of Gelanggayu.
Mungkin arwah Datuk Abdullah dulu ralat bila projek Teluk Chendana untuk menjadi ibu negara tidak menjadi, tapi disebabkan kini ekonomi banyak dikuasai Nadi Citra, maka make sense banyak syarikat antarabangsa ke situ.
Dan dalam pilihanraya 1995, Haji Ghani menang dalam pilihanraya Gabenor Kenidiri, maka banyaklah limpahan projek itu diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Rahizan.
Kini dah takde dah orang yang berpangkat 'Tengku' menguasai sektor kewangan, sebaliknya dilantik oleh pakar ekonomi dan golongan teknokrat.
Isu gambar tahun 1990 apabila Tengku Mahkota mengetuk kepala caddy semasa main golf juga dimainkan sepanjang tahun 1995, menyebabkan rakyat hari ini mahu kuasa monarki disekat.
Menurut laporan polling, populariti keluarga al-Daulah merosot daripada 68 peratus sebelum ini, kepada 48 peratus - pertama kali dalam sejarah di bawah 50 peratus.
Cuma kalaulah aku tak buat hal dulu, semua ni memang jalan yang dibuka untuk aku. Tapi, aku adalah orang yang terbuang dalam group ni.
Yang tak buang aku cuma Tengku Ariffin dan Mina.
Bang Iz kini dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Pengguna, dan tugasnya menjaga harga barangan runcit dan barangan lain. Dan dengan gang Gagak Merah menguasai pelabuhan dan supply chain, mereka dapat mengurangkan kos berbanding sebelum ini.
Paling aku terkejut, Saiful. Dia sekarang dah jadi Menteri Infrastruktur dan Komunikasi, dengan banyak projek infrastruktur seperti jalur lebar sudah mula banyak dibina.
Sejak Telekom Gelanggayu dipecahkan monopoli, kini komunikasi dikuasai oleh lima telco companies, iaitu Axis, Gelcom, Digitelco, TG Touch dan Adam Com.
Tapi aku tahu Nadi Citra memiliki syer dalam Axis, dan dikatakan mempunyai coverage telefon bimbit yang terbesar di Gelanggayu.
Aku rasa mungkin Hafiz bekerja salah sebuah daripada syarikat telekomunikasi ni, dan nampaknya Saiful benar-benar merealisasikan impiannya.
Aku dah lama tak dengar khabar tentang Adilah. Baru aku tahu, sebab Mina cakap yang dia sendiri pecat Adilah kerana memalukan nama syarikat.
Aku harap dia okay, dan aku sentiasa berharap satu hari nanti aku akan memperoleh kemaafan dari mereka berdua.
--
Kami berdua melepak di pelabuhan, untuk menanti jam 12 sebelum tahun 1996 menjelma. Macam biasa tiap kali New Year aku mesti lepak sini, cuma kali ni aku dengan Mina.
"Finally, this year has come to the end. What a roller coaster ride," kata aku.
"Apa tak roller coasternya, dah you la cari pasal. Mujur ada I, kalau tak, kerja kedai bakery la you lagi."
"Tapi banyak benda I belajar kat kedai kek tu, Mina."
"Okay, kalau macam tu, buatkan I kek chocolate moist satu?"
"I buat you lava cake, nak?"
Seorang busker bermain gitar di jeti, tempat orang ramai berkumpul. Sekarang jeti dah makin cantik dah, tak macam dulu. Orang dah malas nak sambut New Year kat Dataran Perwira lagi.
Busker tu menyanyi lagu Oasis - Wonderwall.
And all the roads we have to walk are winding
And all the lights that lead us there are blinding
There are many things that I
Would like to say to you but I don't know how
Because maybe
You're gonna be the one that saves me
And after all
You're my wonderwall
"Are you my wonderwall?" tanya aku pada Mina.
"Sorry, what?"
"Cuba dengar lirik lagu tu. You're gonna be the one who saves me, and after all, you're my wonderwall."
"Are you trying to be sweet?"
"Nampak ke?"
"Nampak la kegigihan tu."
Mina pegang tangan aku, sambil melihat bunga api meletup di sebalik awan.
"Happy New Year, my wonderwall," Mina cium pipi aku.
--
Hafiz
Bunyi motor Jimmy sampai depan rumah masa aku sedang tenang main badminton depan rumah dengan Hazimah yang sedang cuti semester universiti. Petang-petang New Year ni beriadahlah sikit.
"Abang Jimmy dah sampai," jerit Hazimah.
Jimmy terus buka helmet, dan tersenyum pada aku sambil hulurkan salam.
"Fiz, minggu depan kau kena pergi Wijaya TV. Dorang nak interview kau."
"Interview aku?"
"Haah. Dorang nak interview kau pasal Y2K dan kesannya terhadap infrastruktur."
"Siapa yang petik nama aku ni?"
"Kawan baik kau la, Saiful. Sekarang kan dia Menteri Infrastruktur dan Komunikasi. Aktif ya dia buat program Kampung Internet tu."
"Bagus dia tu buat kerja. Orang-orang Kementerian dia pun ramai yang dulu classmate aku. Minggu depan hari apa?"
"Hari Khamis, jam 10 pagi. Rancangan Gelanggayu Hari Ini."
"Kau ada tak?"
"Eh, kau la company face. Macam kalau Microsoft muka Bill Gates, Fizzy Technologies muka kau la."
"Aku ingat aku nak tukar la nama syarikat aku tu. Nama Fizzy ni macam jenama air gas je."
"Masa kau namakan nama syarikat tu, kau fikir apa? Nak minum air gas."
"Entah. Kau ada cadangan?"
"Apa kata, kita merge. Company aku gabung dengan company kau. Kita buat rangkaian cybercafe seluruh Gelanggayu. Kau buat bab internet, aku buat bab kopi. Ah, biar la Fizzy tu. Nama kau kan Hafiz. Ada fiz, fiz."
"Habis tu yang Y2K tu?"
"Y2K tu kita kasi jalan la macam biasa. Kau dah ada client ke belum?" tanya Jimmy.
"Baru dua je. Satu pegawai daerah ni, satu lagi company accounting."
"Kesedaran orang ramai pasal Y2K ni belum meluas lagi. Yang baru guna internet ni tak sampai 10% lagi, Fiz. Kita buat satu-satu, Fiz. Kita settlekan projek Y2K kita ni, lepas tu kita dapat duit, kita go big!" Jimmy memeluk bahu aku.
--
Lepas makan malam, aku dan Jimmy duduk tersidai kat beranda sambil menahan kekenyangan.
"Kau amacam sekarang, Fiz?" tanya Jimmy.
"Okay la, cuma sejak aku berhenti kerja SUKOM ni, contact negara Komanwel aku ni agak limited."
"Alah, Fiz. Mujur krisis ekonomi kita ni tahun 1995. Kalau krisis ekonomi kita tahun 1997, 1998? Tak naya Sukan Komanwel tu? Silap-silap bungkus," kata Jimmy.
Aku diam je. Aku termenung tentang apa perasaan aku bila aku sampai Wijaya TV, sebab ada seribu satu kenangan aku dengan Adilah kat situ.
Tergamak kau buat macam ni kat aku, Adilah?
"Kau ok ke ni?" tanya Jimmy.
"Entahlah, rasa macam berat nak pergi Wijaya TV untuk interview ni. Atau nak pergi Wijayapura."
"Ala, apa yang kau fikirkan?"
"Banyak kenangan aku dengan Adilah kat situ."
Jimmy mengangguk.
"Kira kau tak nak pergi ke?"
"Bukan, interview tu penting. Aku kena lawan perasaan aku."
"Kau masih sayang ke pada Adilah?"
Aku diam. Aku sayang dia sepenuh hati kot. Dari mula aku kejar dia, sampai aku berjaya memenangi hati dia, sampai dah bertunang dah.
Tiba-tiba dihancurkan macam tu je oleh si jahanam tu.
"Dahlah, Hafiz. Benda dah lepas."
"Dendam aku pada Azlan tak akan dapat dipadamkan. Eh, kejap, apa cerita, kes bakar stadium?"
"Mahkamah dah decide yang polis dah menjalankan tugas dengan baik, dan memang tak ada bukti. Jadi keluarga mangsa tu settle di luar mahkamah dengan polis."
"Dan orang yang bakar stadium tu masih terlepaslah?"
"Macam tu lah."
"Kalau keadilan tak dapat didengar di mahkamah, biar aku suarakan di internet."
"Kau nak buat apa?"
"Cyber attack kat komputer mahkamah."
"Hafiz, kalau kantoi, bahaya."
"Revenge will bring back the justice. Aku tau apa aku nak buat."
--
Disebabkan cover album Succubus Humungus yang cantik, punca lebih ramai orang mula membeli demo tape kumpulan Kimi ini.
Kimi juga sudah mula dapat ramai peminat-peminat, dan sudah pasti peminat-peminat perempuan juga mula mendekati Kimi.
Pernah sekali semasa di konsert, Merlina telah dihalau oleh peminat-peminat Kimi yang berkejaran untuk mendapatkan autograf.
"Ye lah, kau dah popular, kan? Camni la perangai. Dah naik, lupa orang," kata Merlina seorang diri, kemudian dia menaiki bas seorang diri.
Nak cemburu pun, buat apa. Lagipun dia pun perempuan yang biasa-biasa je. Takdelah lawa sangat. Cuma kebijaksanaan dia dalam hal-hal marketing dan kewangan yang membezakan dia dengan perempuan lain.
Pada usia 16 tahun, Merlina dah ada harta berjuta ringgit. Bahkan masa kegawatan ekonomi yang melanda tahun lepas, Merlina mengambil kesempatan membeli saham-saham yang telah jatuh dengan harga rendah.
Sekarang dah naik kembali, dan membawa keuntungan kepadanya.
Tapi Merlina masih bersifat low profile. Masih pakai seluar jeans dan baju band Smashing Pumpkins. Kawan-kawan sekolah dia pun tak tahu yang dia sebenarnya jauh lebih kaya daripada semua mak ayah seluruh pelajar sekolah ini, digabungkan pun masih lagi dia lebih kaya.
Tapi dia masih pakai kasut Converse, masih tak beli baju mahal seperti Gucci, atau Tommy Hilfiger, paling mahal pun dia beli seluar jeans Levis.
Nak beli kereta pun, belum boleh ambil lesen lagi.
Disebabkan betapa berdikarinya Merlina ini, ayahnya Hashim dan ibunya Ayuni berbangga dengan Merlina. Merlina biayai kakaknya, Marina untuk belajar dalam bidang undang-undang di Australia.
Simple je, apa-apa hal kalau ada kes lawyer, suruh kakak dia bela dia pro-bono. Nak bayar lawyer ni mahal, jadi baik biayai pembelajaran kakak dia untuk jadi lawyer, kemudian dah besar jadilah lawyer untuk dia.
Simple, kan?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top