1995 part 9
Natasha
Yeah, that Crazy Mina is here. Dengar kata dia terkejar-kejarkan Alan dulu kan? Kenapa sekarang dah tak nak kejar?
Dah orang tu terjatuh tersembam macam tu, biarkan je kan? Tapi bagus jugak tengok Alan tu menderita macam tu. Siapa suruh dia buat Hafiz macam tu?
"Hi..Natasha, right?" Crazy Mina hulur tangan nak salam.
"Yeah, and you're the famous Mina."
"Of course I famous, sampai ex you kejar I."
"Sekarang dia kejar lagi tak?"
"Tak."
"Good for you, Mina. I kenal perangai dia, sebab tu I geli hati tengok perempuan yang kejar dia."
"Tapi you tak rasa you downgrade ke, daripada kejar guy macam Alan, end up settle down dengan guy macam Luqman?"
"Well, he will be Governor, not a downgrade. And I will be Governor's girlfriend."
"Itupun kalau dia menang. Internal polling cakap, 50-50. Plus, I ni royal blood lah. Tak pandang pun Governor ni."
"Oh yeah? Pergilah kejar Alan tu then. Dia kerja kat Famous Bakery Seksyen 16 Puncak Jaya. Bukan I tak tau you pun nak mengorat dia dulu."
"Sorry sikit. Tak hingin I dengan dia. You, meanwhile, will always be remembered as his first girlfriend. Siapa sangka kan, your first boyfriend is a fornicator. Kena tangkap basah pulak tu. And you, akan selalu hinggap kat orang yang Pengetua pilih jadi Ace."
"Jangan berlagak suci lah, Mina. I know who you are."
Dia tenung mata I macam nak makan I. Ingat I takut dengan dia.
"We will face each other again, Nat. And I will make you remember my name."
"Of course I will remember your name, Crazy Mina. Got to go. Ada banyak lagi kerja kena buat, daripada nak melayan perempuan gila macam you ni."
I terus capai kunci kereta, and balik ke office dengan bawa buku yang Pengetua bagi pada I.
--
Terdapat 200 kerusi Parlimen, dan 400 kerusi Dewan Negeri, disamping 10 kerusi Gabenor dipertandingkan dalam pilihanraya kali ini. Setiap satu kerusi Parlimen ada dua kerusi Dewan Negeri.
Sementara Dewan Negeri akan diketuai oleh Ketua Majoriti Dewan, yang akan bertanggungjawab menguruskan dasar Gabenor, Parlimen pula diketuai oleh Perdana Menteri.
Berikut adalah jumlah kerusi mengikut negeri-negeri di Gelanggayu.
1. Wijayapura - 47 kerusi Parlimen, 94 kerusi Dewan Negeri.
2. Geri - 21 kerusi Parlimen, 42 kerusi Dewan Negeri.
3. Air Putih - 18 kerusi Parlimen, 36 kerusi Dewan Negeri.
4. Sri Kencanapura - 8 kerusi Parlimen, 16 kerusi Dewan Negeri.
5. Wilayah Utara - 10 kerusi Parlimen, 20 kerusi Dewan Negeri.
6. Kenidiri - 26 kerusi Parlimen, 52 kerusi Dewan Negeri.
7. Sepetang - 25 kerusi Parlimen, 50 kerusi Dewan Negeri.
8. Melaut - 20 kerusi Parlimen, 40 kerusi Dewan Negeri.
9. Ketil - 10 kerusi Parlimen, 20 kerusi Dewan Negeri.
10. Lingga - 15 kerusi Parlimen, 30 kerusi Dewan Negeri.
Pada tahun 1990, Parti Persekutuan telah memenangi 144 kerusi Parlimen daripada 200 kerusi, dan 288 kerusi Dewan Negeri, daripada 400 kerusi.
Kerusi Gabenor pula, Persekutuan menang 8 kerusi, Jujur menang Wijayapura dan Lingga. Mereka yang memenangi kerusi Gabenor akan ke Majlis Gabenor-Gabenor, di mana setiap rang undang-undang yang dibahas dan diluluskan di Parlimen, akan diteliti oleh MGG sebelum ditandatangani oleh Sultan Gelanggayu, Sultan Aminul Rasyid Jalaluddin Syah ibni Almarhum Sultan Jaafar Riayatuddin Syah.
Jika undi MGG terbahagi 5-5, penentu undi terakhir akan jatuh ke tangan Tengku Mahkota, Tengku Norman ibni Sultan Aminul Rasyid Jalaluddin Syah.
Tetapi disebabkan selalunya MGG dikuasai oleh Parti Persekutuan, maka tak pernahlah Tengku Mahkota melaksanakan tugas mengundi. Tapi masa Sultan Aminul Rasyid jadi Tengku Mahkota tahun 70an dulu, dia pernahlah jadi undi penentu sekali.
--
Adilah
Kalau aku masih lagi pembaca berita di Wijaya TV, mesti aku tengah sibuk macam Shawati yang sedang baca keputusan pilihanraya sekarang. Mungkin ini kemuncak karier aku.
Tetapi sampai bila aku hanya nak jadi pembaca berita, kalau satu hari nanti aku yang kawal berita?
Kak Jehan sudah pasti menantikan keputusan di Parlimen Teluk Menteri, tempat Saiful bertanding. Tetapi ayah, selaku orang kuat Gagasan Ummah, pasti nak partinya menang, tapi Gagasan Ummah tak bertanding banyak kerusi pun.
Aku hanya duduk di kerusi sambil memeluk patung Denver, menonton keputusan satu demi satu diumumkan. Aku menanti kawasan di Puncak Jaya, kawasan tempat duduk aku.
Aku undi Daniel Hakim sebab dia merupakan ahli parlimen yang sangat bagus. Untuk Ahli Dewan Negeri pun aku undi calon Parti Jujur bagi kawasan Bukit Kantan.
Untuk gabenor, aku memilih Luqman sebab Ibrahim Abu Samah dah jadi Gabenor sejak aku belum lahir lagi. Lagipun, aku ada pelan macam mana nak masuk ke dalam circle mereka.
Aku tahu siapa yang control Luqman daripada belakang. Nampak manifesto Luqman banyak bercerita tentang hak-hak wanita, sebab banyak wanita yang menjadi mangsa teraniaya tidak terbela nasibnya.
Kalau Luqman menang, aku tahu macam mana nak rapat dengan Natasha. Sebab Luqman ni cuma puppet perempuan tu je. Dan Natasha tu anak didik Jeneral Yahya, sama macam Azlan. Kalau aku dapat tukarkan dia ke side aku, dia akan menjadi aset.
Keputusan di Teluk Menteri sudah dikatakan mempunyai pemenangnya.
"Calon Parti Persekutuan Nasional, Saiful Abdul Rahman, 27,635 undi. Calon Parti Jujur, Taib Daud, 17,962 undi. Dengan ini, Saiful menang dengan majoriti 9,673 undi."
Melompat Kak Jehan.
"Abang Saiful menang, Dila!"
Aku gembira, sebab Saiful menang Parlimen. Melalui ayah, Saiful sudah pasti akan dinaikkan ke taraf menteri. Kalau dia boleh dinaikkan, aku ada orang aku dalam kabinet. Jangan ingat Jeneral Yahya sahaja yang ada boneka dalam kerajaan. Aku pun ada.
--
"Calon Parti Persekutuan Nasional, Datuk Rahizan Abu Talib, 41,655 undi. Calon Parti Jujur, Abdul Rahim Ariffin, 13,457 undi. Pemenang di Parlimen Kota Putra Selatan ialah Datuk Rahizan Abu Talib dengan majoriti 28,198 undi."
Datuk Rahizan melihat keputusan di televisyen. Setakat ini Persekutuan 63 kerusi Parlimen, Jujur 54 kerusi Parlimen, sementara Gagasan Ummah sudah memenangi 3 kerusi. Beberapa muka besar seperti Tengku Razak juga dikatakan bakal tewas.
Perancangannya dengan Pengetua selama ini nampaknya membuahkan hasil.
Menurut penganalisis politik, keadaan semasa menunjukkan Parti Jujur telah merampas sekurang-kurangnya 20 kerusi.
Pejabat Parti Persekutuan mulai terdiam, kerana satu demi satu kerusi 'orang besar' tumbang ke tangan Parti Jujur. Faktor ekonomi, di samping banyak masalah rakyat seperti bekalan air dan rumah terbengkalai gagal diselesaikan oleh kerajaan.
Datuk Seri Azmi hanya diam, merenung skrin TV. Keputusan di kawasannya masih belum diumumkan lagi. Karier politiknya mungkin akan berakhir malam ini.
"Datuk Afzan, Menteri Alam Sekitar, hilang wang pertaruhan!" kata Datuk Sidek.
Kalau kalah tu takpe lagi, ini kalah hilang wang pertaruhan, untuk seorang menteri kabinet, memang ia memalukan.
Dewan Majlis Tertinggi senyap tiada bunyi. Jika jatuh sebatang jarum pun boleh dengar. Hanya suara pengacara tv sahaja yang kedengaran.
"Rahizan, tomorrow I demand answers for this! Zizan, aku nak balik!"
Datuk Rahizan hanya pandang tepi sahaja saat Datuk Seri Azmi melangkah keluar dari bilik Majlis Tertinggi.
--
"Calon Parti Persekutuan Nasional, Tajudin Ghazali, 3,546 undi. Calon Parti Jujur, Shahrizal bin Datuk Hamdi, 33,694 undi. Pemenangnya ialah Shahrizal bin Datuk Hamdi dengan majoriti 30,148 undi."
Pejabat Parti Jujur meriah. Shahrizal Hamdi sudah berdiri di atas meja, sambil ramai-ramai menyanyi "We Got The Whole World In Our Hands". Sejak penubuhannya tahun 1970, Parti Jujur tak pernah melebihi 60 kerusi.
Walaupun baru 72 kerusi setakat ini, Parti Jujur merasakan ini kemenangan yang paling hebat sejak mula ditubuhkan. Mungkin inilah dividen yang ayahnya Datuk Hamdi dapat, apabila bekerjasama dengan Jeneral junta tentera yang pernah memusnahkan Parti Rakyat dahulu.
"We got the whole world in our hands, we got the whole wide world in our hands, we got the whole world in our hands, we got the whole world in our hands!"
--
Hafiz
Aku menemani Tok Aki dan Fauzan dalam dewan, menyaksikan kemenangan Haji Syaaban di kawasan parlimen aku. Buat pertama kalinya, Gagasan Ummah berjaya mencapai 17 daripada 50 kerusi yang dipertandingkan.
Dengar cerita, Presiden Gagasan Ummah, Tengku Anuar tewas di tangan Parti Jujur di Geri, menyebabkan aku terfikir, ada kepelikan di sini.
Ada beberapa kerusi Persekutuan yang selalunya Jujur menang, pergi ke parti Persekutuan. Ada kerusi Gagasan Ummah yang tak disangka-sangka menang.
Keputusan pilihanraya ni, menurut penganalisis politik di TV, memberi isyarat yang mengelirukan.
"Tak keliru mana pun. Macam mana boleh jadi penganalisis politik ni," Tok Aki ketawa.
Maknanya betul lah apa yang Tok Aki cakap semalam. Ini bukan Persekutuan vs Jujur dengan Gagasan Ummah menyelit, tapi jelas republikan vs monarki.
"Kau tengok keputusan dekat Gabenor Wijayapura, dah 60 peratus kertas undi dikira. Luqman 2.5 juta undi, Ibrahim 1.8 juta. Tapi cuba kau tengok kerusi Parlimen? Persekutuan kalah teruk sesetengah kerusi. Ada menteri hilang wang pertaruhan."
"Kenapa Ibrahim kalah? Sebab dia dah lama ke?"
"Tu sebab kecil je tu. Sebab utama ialah media yang dikuasai Tengku Ariffin mahu dia kalah. Pilihanraya 1995 ni terlalu kompleks, aku percaya ia akan disebut dalam sejarah Gelanggayu sampai bila-bila."
--
"Gabenor! Gabenor! Gabenor! Gabenor! Gabenor!"
Luqman tersenyum kambing sambil berdepan dengan kamera. Tinggal lagi beberapa peti undi untuk dikira, tetapi dia sudah jauh ke depan menewaskan Ibrahim Abu Samah dari Parti Jujur.
"Luq, say something," bisik Natasha di sebelahnya.
"Nak cakap apa?"
"Thank you for all voters, campaigners, semua."
"You cakap la."
"Ni you yang bertanding Gabenor ke, I yang bertanding? You la kena cakap."
"I don't know what to say?"
"Thank you voters, campaigners for working hard. Come on, Luq."
"I would like to say thanks..."
Natasha singgung lengan Luqman.
"Cakap Melayu lah!"
"Oh, saya nak ucapkan terima kasih pada semua pengundi yang mengundi saya, dan berterima kasih kepada semua campaigners yang menjayakan kempen kali ini. Terima kasih pada semua. Selamat malam."
Luqman menuju ke biliknya sambil dihimpit para media tempatan dan antarabangsa yang melaporkan pilihanraya kali ini. Dia sebenarnya tak tahu apa yang perlu dibuat.
Dia masuk dalam bilik, kemudian kata pada Natasha, "leave me alone".
Selepas dia kunci pintu bilik itu, dia terus duduk di kerusi, kemudian dia keluarkan sepeket serbuk putih dari poketnya.
"I want to get high into the sky. Come on, hit me!"
Dia terus pasang CD Oasis Definitely Maybe yang dia beli di England, lalu diacukan hidungnya ke serbuk putih yang dibentuk seperti satu garisan.
Tabiat melayan crack cocaine mula melanda Luqman sejak dia kenal benda tu daripada Ali, membawa ke Cardiff, di mana budaya dadah amat biasa di sana. Disebabkan dia anak orang kaya, dia beli cocaine yang berkualiti tinggi, dan berhenti layan benda murah macam crack.
I live my life in the city
There's no easy way out
The day's moving just too fast for me
I need some time in the sunshine
I gotta slow it right down
The day's moving just too fast for me
I live my life for the stars that shine
People say it's just a waste of time
Then they say I should feed my head
That to me was just a day in bed
I'll take my car and drive real far
They're not concerned about the way we are
In my mind my dreams are real
Now we're concerned about the way I feel
Tonight I'm a rock 'n' roll star
Tonight I'm a rock 'n' roll star
--
Azlan
Selesai pun mop lantai! Dah masa untuk tutup kedai.
Selepas Abang Dol selesai kira duit sales dalam cash register, aku tarik shutter, sambil tunggu Abang Dol tutup lampu.
"Okay Lan, besok ada budak baru masuk. Datang awal sikit, jumpa esok."
"Okay."
Pelik, malam pilihanraya ni, aku tak ambik peduli tentang keputusan siapa menang siapa kalah. Tak macam sebelum-sebelum ni.
Pilihanraya 1986 aku berada di Teluk Chendana bersama Natasha. Pilihanraya 1990 aku dengan Pengetua. Tahun ni, dua-dua tak bersama aku dan aku hanya mop lantai di kedai bakery.
Aku balik jalan kaki je, walaupun ada la dalam 5 kilometer dari rumah. Takdelah jauh sangat, tapi balik kerja ni, boleh tahan jugak la menggagah.
Ali ada cakap, kalau ada job yang sesuai dengan aku, dia kata dia nak tolong carikan untuk aku. Tapi aku tak berharap sangat dengan dia. Kerja dia ni selalunya benda haram je.
Sejak peristiwa tu, sebenarnya aku jarakkan diri aku dengan semua orang. Aku malu dengan diri aku sendiri. Kalau aku sendiri pun tak mampu nak maafkan diri sendiri, aku tak rasa mereka berdua akan maafkan aku.
Terutamanya Adilah. Aku dah musnahkan masa depan dia. Aku dah musnahkan impian rumah tangga dia dan Hafiz. Aku ingatkan dia seperti kebanyakan perempuan lain, jatuh cinta pada rupa atau harta.
Aku harap satu hari nanti, Hafiz dapatlah maafkan Adilah, dan mereka kembali bersatu. Kalau mereka berdua sekalipun tak maafkan aku, aku redha. Aku yang salah.
Sedang aku berjalan, ada bunyi kereta yang bunyinya aku biasa dengar. Aku toleh belakang, dan aku nampak kereta Jaguar.
Kereta lama aku.
Dah kenapa Tengku Aminah nak lalu sini pulak?
"Alan!" dia buka tingkap dan memanggil aku. Aku hanya berjalan dan buat tak tahu.
"Alan, listen here. Masuklah."
"No, thanks."
"Alan..."
"I say no, thanks."
Dia jalan ke depan, kemudian dia block laluan aku.
"Woi, nak bunuh aku ke? Bawak kereta elok-elok la! Kimak la!" aku menjerit depan kereta dia.
Tengku Aminah buka pintu kereta.
"Azlan, listen here."
"Apa lagi yang kau nak? Kau dah buang aku dari hidup kau, kan?"
"Alan, I tak pernah buang you dalam hidup I. Walau sekalipun. Yang buang you, Pengetua. Yang buang you, dorang. I dengan my dad cari you, you faham tak?"
"Cari aku konon. Toksah nak drama la!"
"Alan, for once, buang ego you, okay? I'm coming here because I cari you."
Tengku Aminah datang ke arah aku, dan memegang tangan aku.
"Please, Alan. Masuk kereta, dan kita bincang. You dah makan? Come, let's go somewhere else where we can eat."
--
"Keputusan pilihanraya 1995, Parti Persekutuan muncul dengan parti terbesar dalam Dewan Rakyat, dengan 91 kerusi. Parti Jujur dengan 88 kerusi. Parti Gagasan Ummah Bersatu, 17 kerusi, United Lamas Association Party (ULAP) dua kerusi, Bebas dua kerusi."
Persekutuan bukan sahaja tak dapat 2/3 macam biasa, tapi tak dapat simple majority pun. Besar kemungkinan dia akan buat kerajaan campuran dengan Gagasan Ummah.
"Keputusan Gabenor Wijayapura pula..."
Aku terus tutup radio.
"Luqman menang," kata Tengku Aminah.
"Pergi mampos dia la."
"You're much better than him, Alan. Pengetua, my dad, selalu merungut pasal attitude dia."
"Like I care!"
"Alan, I nak tolong you ni. Tapi without Pengetua's consent."
"Nak tolong apa lagi? Dah takde masa depan dah I ni."
"You ingat Pengetua tu Tuhan ke? Tanpa dia pun you boleh berjaya la."
"Pergi mana-mana je, orang dah cop kat dahi ni, L O S E R, loser!"
"Kalau you fikirkan you loser, teruskan jadi loser. Kalau you rasa you tak nak jadi loser, you dengar cakap I, okay?"
--
Lagu Concerto No. 21 dari Paul Mauriat berkumandang rumah alamat 2 Jalan Cendana sambil Mina masakkan burger dan french fries untuk makan malam aku.
Rumah 2 Jalan Cendana ni banyak sejarahnya dalam hidup aku. Aku cerita sikitlah. Dulu, masa arwah ayah aku tengah nak cari rumah kat Wijayapura, masa tu aku baru umur 2 tahun, Tengku Ariffin bagi kami satu keluarga jaga rumah ni, sementara dia ada kerja di Perancis.
Piano kayu walnut tu, piano tu lah aku belajar main piano dengan Tengku Khalidah, yang kini Raja Permaisuri Gelanggayu.
Banyak kenangan aku kat rumah ni masa aku kecik. Aku ingat lagi, kat kerusi rotan tepi swimming pool tu, tempat aku belajar main gitar dengan arwah ayah. Tempat berbual dengan arwah ayah, selain memancing dan berkhemah.
Aku suka duduk situ kalau aku pergi rumah ni. Terasa macam ayah ada kat situ.
"Sorry, tak sempat nak sediakan makanan yang proper untuk you. My dad takde rumah, my mom kat Paris, so kita berdua je tonight. You suka Paul Mauriat?"
"Pernah dengar."
"He's the most famous French orchestra conducter tau. My mom suka betul dengan dia. How's your mom?"
"Macam tu je lah dia."
"Jessie?"
"Tak jumpa dia sejak kejadian tu. Tak jumpa Uncle Daniel pun."
"Kenapa?"
"Malu tunjuk muka."
Mina gosok belakang aku.
"It's okay, Alan. I'm right here, for you," sambil tunjuk ke dada aku.
"I dah takde apa-apa lagi. Nak buat apa?"
"Nah, makan dulu! Sorry, kalau tomatonya hangus sikit. Leka cakap dengan you sikit."
"Dah pandai masak you ni?"
"Alaa, I belajar dengan you kan?"
Dua keping burger dengan roti, bersama tomato bakar dua keping, salad dengan thousand island sauce, dan segenggam french fries.
"Here we go! Sorry if I ruin your diet. You dah nampak kurus, tak macam dulu. Lama ke you tak pergi gym? Sorry, wrong question."
Aku capai pinggan tanpa banyak cakap.
"Here, fork and knife!"
"Aku marhein. Aku makan burger pakai tangan."
"Okay, whatever suits you."
--
Mina ratah seketul french fries sambil pandang muka aku.
"I rasa kan, you berjambang lagi handsome daripada you shave," Mina raba-raba rahang aku.
"Rugi syarikat Gillette kalau macam ni," kata aku.
"Alan, you berminat tak, nak ajar kelas muzik, kat international school?" tanya Mina.
"Boleh ke I dapat?"
"Dorang ni, tak tahu pun kes you. Don't worry, you ingat tak, Mia?"
"Mia?"
"Yes, Mia. That Bosnian girl yang you kalahkan dia chess tu. Dia mengajar chess and mathematics kat sekolah tu. I nak refer kat guru besar tu, you, subject History and Music!"
"I tak pandai baca note."
"Ala. You boleh belajar kejap kan? You kan terang hati."
"Okay, I'll learn."
"Gaji dia 3k tau, tapi ada benefit, ada bonus. I think this can help you, daripada kerja pagi balik malam, gaji pun RG600. Penat, I tau you bukan jenis macam tu."
Mina, aku curang dengan kau, kenapa kau masih lagi nak tolong aku?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top