1995 part 8

Tok Aki tiba di surau bersama Fauzan yang memandu dari jauh dengan lori kobisnya. Semua mahu mendengar ceramah pilihanraya Haji Syaaban, dalam kempen sebelum hari terakhir.

Hafiz hanya lepak belakang dan makan kuih ketayap yang dibuat oleh Ustazah Zabedah dan Hidayah, sambil pasang telinga.

"Assalamualaikum, boleh duduk sini?"
"Eh, Tok Aki, Fauzan. Boleh je. Silakan."
"Kamu apa khabar?"
"Baik je, alhamdulilah."

Tok Aki diam dan kemudian fokus dengan ceramah Haji Syaaban.

"Tok Aki tak bertanding ke?" tanya Hafiz.
"Ha, bertanding? Nak buat apa bertanding?"
"Hafiz memandang Tok Aki dengan pelik.
"Esok mengundi, hari ni kat sini. Tok Aki tak daftar mengundi pun."
"Kenapa macam tu?"
"Kamu daftar mengundi?"
"Tak."
"Kenapa kamu tak daftar?"
"Sebab saya tak percaya pada sistem pilihanraya ni. Tok Aki kenapa tak daftar mengundi?"

Tok Aki hanya ketawa.

"Malas," jawab Tok Aki.
"Jawapan yang lebih jujur daripada saya," kata Hafiz.
"Kemalasan datang dari kekecewaan. Kekecewaan datang dari pengharapan yang tidak kesampaian."
"Pertama kali saya dengar orang cuba rasionalkan kemalasan dengan cara berfalsafah macam ni," kata Hafiz.
"Malas tu sifat manusia biasa. Semua manusia pun akan sampai satu tahap, dia akan berasa malas."
"Tapi kampung Tok Aki, di Melaut, jauh dari sini. Untuk bergerak jauh ke sini semata-mata kerana nak tengok ceramah, itu satu komitmen bukan datang dari orang yang malas?"
"Tok Aki bersahabat dengan Haji Syaaban. Dah dekat 30 tahun dah. Mengembara sama-sama, masuk penjara sama-sama, ternyata dia bukan sahabat yang mengecewakan. Jadi, takdelah timbul kemalasan tu."

"Jadi, Tok Aki rasa siapa akan menang?"
"Pilihanraya ni? Puak republikan."

Hafiz kelu, tak faham. Bukan ke Republikan tu parti kat Amerika? Ronald Reagan, George Bush.

"Kenapa?"
"Saya ingat Tok Aki cakap Persekutuan ke, Jujur ke?"
"Kalau kamu rasa pilihanraya ini pertarungan antara Persekutuan menentang Jujur, kamu silap. Pilihanraya kali ini ialah pertarungan antara pro istana, dan pro republikan."
"Ada pro republikan ke dalam negara ni?"
"Ada, di semua parti."
"Termasuk Gagasan Ummah?"
"Ya."

Hafiz tergaru-garu kepala.

"Bila baca berita kat akhbar, tengok berita kat TV, jangan tengok satu lapis. Ada banyak lapisan. Contohnya, Fauzan, bak sini suratkhabar hari ni?"

Fauzan menghulurkan akhbar Warta Rakyat pada Hafiz.

"Cuba baca tajuk berita ni?"
"Pelabur lari kerana sistem ekonomi tidak terbuka, kata Shahrizal."
"Okay, kau rasa ini ayat untuk orang pro mana?"
"Entah? Haa, republikan?"
"Sebab apa?"
"Bunyi macam menentang je?"
"Jawapan kau betul. Tapi huraian kau salah. Kegawatan ekonomi yang sedang kita berdepan ni, adalah dirancang. Ia untuk memastikan puak yang menyokong keluarga al-Daulah, akan dijatuhkan."
"Tak faham?"
"Sebab keluarga al-Daulah menguasai separuh dari ekonomi Gelanggayu. Jadi macam ayat Shahrizal, pelabur lari sebab ekonomi tak bebas. Jadinya apa?"
"Dia nak keluarga al-Daulah kurangkan percent?"
"Bukan kurangkan. Hapuskan terus. Okay, baca ni," Tok Aki selak satu lagi mukasurat.
"Masalah bekalan air akan selesai sekiranya saya menang, Luqman."
"Republikan ke monarki?"

Hafiz angkat bahu.

"Dua parti berbeza, tapi statement sama."
"Kenapa Tok Aki cakap macam tu?"
"Sebab pengurusan air di bawah pengurusan keluarga al-Daulah. Begitu juga elektrik dan lain-lain. Dan kamu dengar ceramah Haji Syaaban ni."

Haji Syaaban bercerita tentang betapa perlunya umat Islam berganding bahu menentang korupsi dan penindasan.

"Republikan? Habis tu, siapa Gagasan Ummah yang monarki?"
"Tengku Anuar. Masa tahun 1990, lepas Gagasan Ummah kalah, Tengku Mahkota nak ambil alih Gagasan Ummah untuk jadikan parti ni parti peribadi dia. Tapi Majlis Syura menentang. Jadi, apa Haji Syaaban buat, ialah berpura-pura bekerjasama dengan Tengku Mahkota, dan biarkan je Tengku Anuar menjadi Presiden Parti."
"Tengku Anuar tu siapa?"
"Tanyalah Jimmy kawan baik kamu tu. Sepupu dia."
"Tok Aki sokong republikan ke monarki?"
"Tok Aki? Tok Aki sokong Islam."
"Yang mana satu sokong Islam?"
"Dua-dua tak, sebenarnya. Baik republikan mahupun monarki. Tapi permainan Gagasan Ummah ialah mahu menyelit dan menyokong agenda-agenda yang pro Islam dalam Dewan. Mereka tak nak menang banyak, cuma dalam 10-15 kerusi, sudah."
"Macam mana nak jadi kerajaan?"
"Mereka tak nak jadi kerajaan, mereka nak jadi kingmaker. Penggal kali ni memang akan pening kepala penganalisis politik," Tok Aki bangun dan terus menuju ke Haji Syaaban sebaik dia tamat membuat ucapan.

--

Hafiz

Aku ikut Tok Aki dan Fauzan ke rumah Haji Syaaban, pada malam terakhir pilihanraya. Esok sudah pasti semuanya sibuk pada hari pengundian.

Tapi aku betul-betul nak tahu apa pemikiran Tok Aki, dan kenapa semua orang nak dengar kata pekebun sayur ni cakap.

Mereka bersila di berandah, sambil Ibu (semua orang panggil isteri Haji Syaaban sebagai Ibu) datang menghidangkan kopi.

"Kawan kamu, Jimmy tu kat mana?" tanya Haji Syaaban.
"Balik Wijayapura, Tuan Haji."
"Banyak betul tanah dia beli kat sini?" tanya Fauzan pula.
"Tengah ekonomi gawat ni, masa ni lah invest kat tanah. Sebab harga tengah jatuh, lepas tu akan datang akan naik balik. Kata dia lah," aku menyambung.
"Apa pelan kamu, Hafiz?" tanya Tok Aki.
"Sebab sekarang ni ekonomi pun tengah gawat, jadi saya tengok dulu situasi. Jimmy ajak saya invest dalam bidang IT."
"Bidang IT ni masih ramai belum ceburi di Gelanggayu ni. Tapi tak stabil. Nasihat aku, jangan invest kat semua satu tempat. Letak sana sikit, letak sini sikit. Masa bursa saham jatuh ni, kita biarkan dia lagi jatuh. Lepas tu, kita tengok perbentukan kabinet, siapa yang in charge dalam Komunikasi. Kalau orang Azmi, jangan. Orang Rahizan, ya, kau invest."
"Macam mana nak tahu?"
"Kau akan tahu nanti."

--

Azlan

9 April telah tiba. Aku bersama ibu, dan abang aku, Aziz membuang undi di Sekolah Menengah Puncak Jaya 1. Ini pertama kali aku membuang undi, memandangkan masa tahun 1990 dulu, aku berusia 21 tahun masa pilihanraya, jadi aku tak sempat nak mendaftar.

Untuk Ahli Parlimen, aku mengundi Parti Jujur, untuk Uncle Daniel. Aku rasa dia ahli parlimen yang baik dan buat kerja, dan sepanjang dua penggal, dia memang bagus.

Untuk Ahli Dewan Negeri, aku mengundi Parti Jujur, aku tak ingat dah nama calon tu. Sementara gabenor, aku undi rosak. Aku dah bosan dengan Wak Brahim jadi Gabenor, sebab dia jadi Gabenor tahun kelahiran aku. Sekarang aku dah 26 tahun. Lama sangat.

Tapi aku memang takkan undi si Luqman ni. Sebab selain tak ada pengalaman, budak ni aku kenal sangat. Dapat jadi Gabenor kalau menang ni pun sebab duit bapak.

Tuhan selamatkanlah Wijayapura ni.

--

Natasha

Today is the D-Day. Selepas hampir berbulan-bulan berkempen dan berminggu tak tidur, dah tiba masanya untuk election day.

I voted for Jujur in parliamentary seat, while voted for Persekutuan in govervor's and state seat ballot. Although to be honest, I'm not that confident that Luqman can handle this.

Selepas mengundi, I balik ke headquarters Persekutuan, dan tengok Luqman masih kat depan tv and main game Mortal Kombat dengan one of our staff.

"Guys! Today is the D-Day! Takkan hari ni pun nak main game? Berkempen la lagi! Turun jumpa pengundi. Takkan ini pun nak I kena cakap, Luq? Are you serious nak jadi Governor ni?"

"Bagi la I relax kejap, honey. You tau tak, seminggu ni I asyik jumpa orang ramai je. Penat tau jumpa dorang."

Menyakitkan hati betul bila dengar respon dia macam tu.

"Then macam mana you nak jadi Governor, kalau masa sekarang pun you dah penat? You tau tak, five years from now, you still kena jumpa orang lagi tau kalau you menang? I can't believe I elect a child in the Governor's seat!"

Macam budak-budak! I jadi geram dengan perangai Luqman ni. Sepatutnya lepas mengundi tu, pergi pusat pengundian, jumpa orang, tunjuk muka. Dah la daripada buat manifesto, design pamphlet I kena consult dengan designer, I kena fikir locality voters, kena jumpa NGO untuk dapat sokongan, lepas tu fikirkan idea for campaign.

Dia tinggal show up lepas tu tunjuk muka, cakap sikit, lepas tu blah. Tu pun dia kata penat?

Kalau dia penat, I ni dah peringkat dah nak meninggal dah untuk dia. My physical, my mental, my emotion, semuanya I penat. Apa dia buat? Duduk depan TV main game?

Kenapalah I setuju nak sign up kat benda-benda macam ni? Patutnya masa ni I buat je benda yang I suka macam join activism, fight for women's right ke.

I sampai ke rumah Pengetua, and I nak vent out segala perasaan yang terbuku dalam hati I.

"Kau dah makan?" soalan pertama Pengetua. I geleng kepala, sebab daripada Subuh tadi, sampailah ke tengah hari, I sempat makan roti lipat strawberry jam je.

"Aku masak mandy chicken. Join aku makan," kata Pengetua.

Mandy chicken? Wah, dah lama betul tak makan Arab cuisine ni!

Masuk dapur dia, berbau harum. Pengetua cedokkan nasi berserta ayam untuk I, dengan the spices dia, sedapnya!

"Pengetua ke yang masak ni?"
"Ya, aku masak."
"Siapa lagi yang akan datang?"
"Aku sentiasa akan ada guest yang datang. Sebab tu aku selalu masak lebih. Tambah pulak, hari mengundi ni. Kejap lagi Tengku Ariffin dengan anak dia nak datang."

Oh my God. Here we come, Crazy Mina is coming! I tak nak ada drama, so better I balik cepat.

"Macam mana proses pengundian? Okay?"
"Luqman tu Pengetua! I ni satu hari suntuk ke sana, ke sini. Check out bilik gerakan seluruh Wijayapura ni. Sebar pamphlet. Tau tak, Luqman buat apa? Dia main game. Alasan dia, dia stress jumpa orang. I penat la macam ni!"

Pengetua ketawa dengar rungutan I.

"What to do, kan kau nak jadi perempuan paling berkuasa kat Gelanggayu ni?"

I stop berhenti makan.

"Huh?"
"Oh ya, Margaret says hello to you. Baru balik dari London. She gave her memoir. Kejap, aku ambik."

Margaret? Margaret Thatcher?

Pengetua terus letakkan buku memoir Margaret Thatcher, The Downing Street Years di sebelah lengan I.

"You meet the Iron Lady?"
"Bukak la mukasurat depan tu."

I selak buku tu, dan ada autograf dari Maggie sendiri. Oh my God!

"Ini untuk I ke, Pengetua?"
"Maggie wrote your name, isn't it?"
"To Natasha, thank you very much, Margaret Thatcher! Thank you, Pengetua!"

"Walaupun Luqman is the Ace sekarang ni, but everything I rely on you. You're the only hope that I have right now."
"Kenapa I?"
"Because I think you're the only person who has capability to bring this carry on."
"But I'm not that brilliant macam Alan."
"Budak tu pandai, tapi gagal kawal emosi. You have much temperament than him. If you follow me, I will show you the path to be Gelanggayu's Iron Lady."
"Dengan imej I ni, Pengetua, orang kampung takkan nak undi I. Kena pulak I memang active dengan NGO macam my mom."
"I bet you will. Trust me."
"Well, okay then."
"But first you need to make sure Luqman tu berubah. Itu tugas you, for now."
"Tapi dia memang spoil brat lah, Pengetua. Susah betul nak bentuk dia."
"Dia nampak aku bagi pelempang sulung kat Azlan. Aku sure dia tak nak makan pelempang sulung aku. I'll do my part, you do yours."

Bunyi loceng rumah. Oh no, it's Crazy Mina!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top