1995 part 7

Tengku Aminah membetulkan tali leher ayahnya, Tengku Ariffin sebelum naik ke pentas, sambil beberapa orang jurumekap memakai make up padanya untuk pencahayaan yang cantik.

Sejak Datuk Bakri menjadi Pengerusi Suruhanjaya Diraja Pilihanraya (SDPR), beliau meletakkan beberapa undang-undang baru seperti membenarkan sesi debat antara dua parti utama, di samping tempoh masa kempen yang lebih lama.

Pada sesi debat yang julung kalinya diadakan, perdebatan akan berlangsung antara Datuk Seri Azmi dari Parti Persekutuan dengan Shahrizal Hamdi, dari Parti Jujur, dan disiarkan secara langsung dari Wijaya TV.

Selaku CEO kepada Wijaya TV, Tengku Ariffin diberi penghormatan menjadi moderator dalam perdebatan yang menggunakan debat cara Presiden Amerika.

"You look handsome, daddy," kata Tengku Aminah kepada ayahnya.

--

Tengku Ariffin: Tuan-tuan dan puan-puan, para penonton di Wijaya TV, hari ini kami akan menyiarkan secara eksklusif, buat julung kalinya, perdebatan sempena pilihanraya umum.

Mempersilakan, dari sebelah kanan saya, Presiden Parti Jujur dan calon Ahli Parlimen Kebun Teh, Shahrizal bin Hamdi! Dan si sebelah kiri saya, Perdana Menteri, Presiden Parti Persekutuan, dan calon Ahli Parlimen Padang Tinggi, Datuk Seri Azmi Ibrahim.

Terlebih dahulu, suka saya ingatkan, bahawa penonton di auditorium Wijaya TV tidak membuat bising atau bersorak agar tidak mengganggu pendebat dan pendengar yang lain.

Baiklah, kita mulakan dengan Perdana Menteri, memulakan hujah, kenapa rakyat perlu pilih parti anda dalam Pilihanraya 1995 ini? Masa yang diberikan ialah tiga minit, dengan tiga puluh saat sebelum tamat, akan dibunyikan loceng.

Datuk Seri Azmi: Baiklah, alhamdulilah, segala puji bagi Allah. Assalamualaikum, saya, Datuk Seri Azmi Ibrahim, merupakan Perdana Menteri, dan calon Ahli Parlimen Padang Tinggi, ingin membentangkan manifesto kami dalam pilihanraya ini.

Sepanjang penggal lalu, dari tahun 1990 hingga 1995, kerajaan telah berjaya meningkatkan prestasi ekonomi semasa. Kita juga telah berjaya melaksanakan banyak program pembangunan, terutamanya dalam bidang infrastruktur, yang telah menjadi keutamaan Parti Persekutuan sepanjang menjadi kerajaan.

Kami juga telah berjaya membawa pelabur luar untuk melabur ke negara ini dalam pelbagai jenis sektor, dan meningkatkan pendapatan rakyat dari purata RG1,283 pada tahun 1990, kepada RG3,310 pada tahun 1994. Kita berharap kita akan dapat bertahan daripada krisis ekonomi ini agar kita dapat meningkatkan keupayaan negara kita. Sekian, terima kasih.

Tengku Ariffin: Encik Shahrizal, balas anda?

Shahrizal Hamdi: Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya melihat kenyataan Datuk Seri Azmi seperti 'syok sendiri', dengan menyebut angka-angka, tetapi tidak menyedari realiti bahawa hakikatnya rakyat telah tersepit akibat krisis ekonomi ini.

Tahu tak, hari ini, laporan berita dari Wall Street Journal, mengatakan Gelanggayu bakal kehilangan 200,000 peluang pekerjaan akibat pelabur asing yang mahu keluar dari negara ini.

Tidakkah Datuk Seri Azmi cakap tu tak sama dengan realiti yang berlaku?

Datuk Seri Azmi: Ekonomi kita jatuh akibat diserang spekulator mata wang...

Shahrizal Hamdi: Itu semua alasan, Datuk Seri. Kita boleh salahkan spekulator mata wang, kita boleh salahkan Zionis, salahkan Freemason, salahkan Nazi dan Klu Klux Klan, macam dalam lirik lagu Bukalah Hatimu. Tapi hakikatnya satu, sistem ekonomi di negara ini tidak terbuka seperti negara-negara jiran. Setiap pelaburan, akan ada bahagian ke keluarga tertentu yang membolot hasil negara ni.

Datuk Seri Azmi: Shahrizal, jangan melampau...

Shahrizal Hamdi: Saya cakap perkara yang betul. Cuba tengok apa yang berlaku lima tahun ke belakang ni. Masalah bekalan air kerap berlaku di Wijayapura, projek rumah terbengkalai, kemudian Datuk Seri kata kita dapat banyak pelabur asing. Untuk pengetahuan, kita hanya dapat pelabur asing dalam sektor industri sahaja. Tahun lalu, Nokia, syarikat telefon bimbit Finland telah melabur wang dan teknologi berjumlah $12 billion di Temasik. Kita hanya pasang semikonduktor sahaja. Kerana terlalu banyak karenah birokrasi, red tape, yellow tape, semuanya banyak halangan.

Tengku Ariffin: Saya ingin mencelah ya, Shahrizal Hamdi. Memandangkan saya ni pun merupakan ahli keluarga yang disebut tu, bolehlah kiranya saudara Shahrizal menyebut beberapa contoh?

Shahrizal: Terima kasih, Yang Mulia Tengku. Saya menyebut begitu, bukanlah mahu memburuk-burukkan keluarga tersebut. Yang Mulia Tengku pun menjalankan perniagaan dengan baik.

Maksud saya, korupsi dan ketirisan telah berlaku di pelbagai sektor. Dalam bidang infrastruktur, lebuhraya yang dibina bermula pada tahun 1972, baru siap tahun lalu. Sebagai perbandingan, negara Ryukyu mampu menyiapkan lebuhraya dengan jarak kilometer yang sama dan siap dalam masa 10 tahun.

Datuk Seri Azmi: Shahrizal, adakah saudara rasa tidak adil, untuk membandingkan negara Ryukyu, yang sudah ada industri berat sejak 1870an, dengan Gelanggayu yang baru ada industri berat sejak 1970an? Perbandingan ini tidak adil seolah-olah mahu membandingkan pasukan bolasepak Brazil menentang Gelanggayu.

Shahrizal: Saya berpendapat begini, Datuk Seri. Saya peminat bolasepak, Manchester United. Mereka merupakan pasukan bolasepak yang terkuat, walaupun sekarang mereka di belakang Blackburn Rovers...

Tengku Ariffin: Ini debat politik ke, debat bola?

Shahrizal Hamdi: Maaf, Yang Mulia. Saya hanya mahu memberi contoh. Baik, walaupun saya penyokong Man United, tapi saya masih lagi mengambil tahu liga tempatan. Saya merupakan penyokong tegar Wijayapura United, dan saya tidak akan bandingkan MU dengan WU. Tapi, kita ambil contoh Temasik, yang ada kadar peningkatan ekonomi 10% setiap tahun, kenapa? Sebab mereka mengamalkan sistem ekonomi terbuka. Kalau kita masih mengamalkan crony capitalism dan oligarchy, kita akan ketinggalan.

Tengku Ariffin: Datuk Seri Azmi?

Datuk Seri Azmi: Nampaknya saudara Shahrizal masih lagi mentah dalam politik. Saudara memang pandai beretorik, tapi bukan senang nak jadi kerajaan.

Shahrizal: Saya ingin memetik kata-kata mantan Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy, yang berbunyi, "we want to go to the moon, not because it is easy, but because it is hard". Kami Parti Jujur, nak jadi kerajaan bukan sebab ia senang tapi ia susah. Sebab susahlah kami nak buat. Sebab kami adalah parti yang mahu berkhidmat untuk rakyat!

Tengku Ariffin: Kita sekarang masuk ke isu keselamatan dalam negeri. Apa pandangan anda berdua terhadap pemberontakan puak Lamas dan di Melaut? Kita mulakan dengan Datuk Seri Azmi.

Datuk Seri Azmi: Kita adalah sebuah negara yang tidak boleh diperkotak-katikkan. Kalau satu wilayah menuntut kemerdekaan, wilayah lain juga akan tuntut merdeka, dan pada akhirnya, kita akan jadi seperti Yugoslavia hari ini.

Di sana, Serbia perang dengan Bosnia, perang dengan Croatia, lawan dengan Montenegro, adakah kita nak Wijayapura perang dengan Geri, Sepetang perang dengan Air Putih? Kita perlu menjaga kedaulatan negara kita agar negara kita kekal merdeka dan harmoni.

Tengku Ariffin: Shahrizal?

Shahrizal Hamdi: Kita memang perlu mengekalkan perpaduan antara negeri. Saya pun tak mahu negara ini jadi Yugoslavia. Tetapi dalam satu hal, state's rights, atau hak anak negeri, hendaklah dijaga.

Seperti yang kita tahu, keadaan di Melaut, ia lebih konservatif berbanding di Wijayapura. Di Wilayah Utara, puak Lamas beragama Kristian, dan majoriti penduduk Gelanggayu beragama Islam.

Perbezaan-perbezaan ini, jika tidak dijaga dengan baik, akan mencetuskan konflik. Saya berpendapat, sekiranya Parti Jujur menang dalam pilihanraya ini, kami akan berbincang dengan semua pihak bagaimana untuk mencari jalan perdamaian.

Saya ada berbual dengan seorang Leftenan Koperal, yang pernah cuba berbincang dengan ketua pemberontak untuk berdamai.

Mereka cuma mahu kawasan hutan mereka tak diteroka, sumber air mereka tak dicemari, dan mereka bebas mengamalkan budaya mereka. Itu sahaja.

Datuk Seri Azmi: Cakap senanglah...

Shahrizal Hamdi: Sebab tu bagi kami jadi kerajaan. Daripada tak buat apa-apa langsung, lebih ramai lagi yang terkorban, dan lebih ramai lagi yang sengsara.

Tengku Ariffin: Kita buat sesi pergulungan kali ini. Kita mulakan dengan Datuk Seri Azmi. Silakan.

Datuk Seri Azmi: Saya melihat saudara Shahrizal mempunyai cita-cita yang tinggi. Orang muda memang selalu macam tu. Bagus, tapi dalam kita memanjat tu, perhatikan apa halangannya supaya kita tahu apa masalahnya dan kenapa sampai sekarang ia masih tak selesai.

Kita mahu negara ini maju dan makmur, tapi dalam masa sama, ada benda yang perlu kita kekalkan agar tidak hancur di masa depan.

Tengku Ariffin: Saudara Shahrizal?

Shahrizal Hamdi: Bagi saya, negara ini mempunyai banyak potensi, tetapi terlalu banyak halangan untuk dimajukan.

Perkara ini harus dihentikan. Kita mestilah sedar dan insaf bahawa masalah ini hanya akan membantutkan potensi negara untuk menjadi lebih cemerlang lagi.

Dan tentang halangan dan rintangan tu, kami sedar. Tapi kami tidak menjadikan ia alasan untuk kekal statik begini. Jika anda mahu progres dan membasmi korupsi dan karenah birokrasi, undilah kami, Parti Jujur!

--

Anak sulung kepada Datuk Mohd Nor, Damian menonton perdebatan itu di rumahnya, bertemankan whiskey di sebelah tangan kirinya.

Tetapi dia bukanlah menumpukan sangat pada perdebatan antara Datuk Seri Azmi dan Shahrizal Hamdi, tetapi memikirkan tentang apakah dia harus memulakan syarikat penyiaran yang mampu menyaingi Wijaya TV.

"Cable TV is the new future," kata Damian, sambil terus mendial telefon bos kepada CNN, Ted Turner.

Dalam masa setahun lagi, beliau akan melancarkan satu revolusi media yang bakal menggulingkan Wijaya TV sebagai sebuah syarikat televisyen yang dominan di Gelanggayu.

--

Datuk Seri Azmi terus membuka tali lehernya, dan melemparkannya ke dalam kereta.

"Zizan, drive!"
"Baik, abah."

Cepat-cepat dia tukar gear dan bawa kereta.

Berdengus Datuk Seri Azmi. Di hadapan kaca TV, dia dimalukan dengan hujah-hujah Shahrizal Hamdi. Rata-rata pemerhati menyatakan Shahrizal Hamdi lebih dapat menyakinkan orang ramai daripada hujahnya.

Dia merasakan soalan-soalan yang diberikan seperti mahu menjatuhkannya.

Krisis ekonomi, masalah dalaman parti, serta ada banyak lagi masalah yang sedang timbul.

Apabila dia lalu di sebatang jalan, dia nampak orang-orang yang dia kenal sangat.

"Muka budak ni aku ingat ni. Dia ni budak Pemuda Persekutuan. Tapi kenapa kibar bendera harimau?"

Datuk Seri Azmi tak berpuas hati. Dia terus memanggil ibu pejabat Parti Persekutuan dan bercakap dengan Setiausaha Agongnya.

"Apa, tak cukup lagi dana? Kau gila ke dah spent RG500 juta masih tak cukup? Kenapa orang bawah masih ramai tak dapat? Dan kenapa, ada orang bawah ni, ada yang kibar bendera rimau? Ada sabotaj ke?"

"Tak tahu, tu kena tanya Timbalan Presiden, sebab dia yang handle perbelanjaan tu. Lagipun, dia kata Ketua Pengarah Pilihanraya parti?" jawab Setiausaha Agong.

Dia terus tepuk dahi. Lagi tiga hari sebelum pilihanraya, baru dia sedar, dia sudah ditikam dari belakang oleh Rahizan.

Tidak seperti Datuk Seri Imad yang mencabarnya jawatan Presiden pada tahun 1987 dulu, cara Datuk Rahizan jauh lebih licik dan halus.

"Kau baik berdoa aku dah tak jadi Perdana Menteri lepas 9 haribulan ni, Rahizan. Kau tunggu, kau yang akan kena lepas ni."

--

Azlan

Aku suka cara perdebatan Shahrizal, walaupun aku agak tak suka perangai dia in real life. Koyak mental Datuk Seri Azmi dibuatnya. Dari segi riak muka pun dah tahu memang Datuk Seri Azmi tak boleh berdebat dengan Shahrizal.

Mujurlah aku tak payah nak kerja gantung bendera, sebab Ali dah bagi aku duit.

Sejak peristiwa tu, Pengetua bekukan akaun aku. Aku ada duit, tapi aku tak boleh nak keluarkan. Aku agak menderita juga tanpa duit tu. Sebab walaupun tu duit ayah aku, tapi ayah aku amanahkan duit tu kepada Pengetua.

Aku kemudian menonton berita tentang kempen Luqman '95, kempen Gabenor Wijayapura yang semakin sengit menentang Ibrahim Abu Samah, atau dikenali sebagai Wak Brahim.

Aku nampak Natasha. Aku nampak dia walaupun berdiri sebelah Luqman, tapi aku dapat rasakan yang dia rimas dengan Luqman.

Aku akui, aku susah nak lupakan cara Natasha pandang aku masa dia nampak aku kat kedai roti tu. Aku masih tak boleh lupa hari yang dia minta putus dengan aku masa kat London tu.

Tak apa lah. Semua ni salah aku.

--

"Luq, you dah isi borang pernamaan calon you?" tanya Natasha sambil cekak pinggang.

Luqman buat tak tahu, sebab dia sedang fokus main game Metal Slug.

Natasha jadi menyirap, dia capai air kopi yang berada di atas mejanya, kemudian dia simbah kopi itu ke muka Luqman.

"Apa masalah you ni? I lagi sikit je nak habiskan stage ni."
"You know what? Staff semua campaign untuk you tau. Orang pasang poster, pasang bendera, buat iklan untuk you, hantar flyers. Yang I ni, fikirkan pasal campaign strategy you, fikir pasal rival attack ads. You buat apa?"
"I bayar korang apa."
"You know what, Luq? Kalau macam ni attitude you, I quit."
"Okay, okay. Sorry. You tolonglah I isikan borang tu. Tangan I sakit sebab pegang joystick ni. Tangan cramp nak pegang pen."

Natasha ambik pen dan borang percalonan, dan letak atas meja.

"Tangan you tak kudung kan? Tulis sendiri!"

Natasha terus keluar dari pejabat dengan muka menyirap. Dia kemudian perlahan-lahan memandu ke arah rumah Azlan. Dia pandang dari keretanya, tingkap bilik Azlan.

"Alan, kenapa lah hari tu you buat perangai? You tau tak, kalaulah you tak buat perangai, you could be the youngest governor in Gelanggayuan history. Orang akan forever ingat you yang jauh lebih charismatic than Luqman. Alan, I wish I can help you."

Natasha memendamkan perasaannya - demi harta ayahnya berada di tangan Datuk Mohd Nor.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top