1995 part 6
Hafiz
Pertarungan WWF Intercontinental Title antara Shawn Michaels berlangsung sengit. Jimmy tak senang duduk. Dia minat betul Shawn Michaels punya aksi yang lincah.
Aku hanya melanguk tak faham kenapa ada orang minat tengok wrestling.
Dalam sedap-sedap main wrestling, aku nampak Pak Walid, datang dengan bendera harimau.
Aku singgung lengan Jimmy.
"Amende?" tanya Jimmy yang sedang khusyuk tengok wrestling.
"Tu Pak Walid. Dia ni, Ketua Cawangan Parti Persekutuan kampung ni. Tapi kenapa dia berkempen untuk Parti Jujur?"
"Lompat parti la tu, tak masyuk. Tak dapat jadi calon."
"Tak, tak. Eh kau ni, buat apa nak masuk parti pembangkang. Kawasan ni daripada dulu lagi memang Persekutuan pegang la."
Jimmy terus toleh Pak Walid yang sedang menuju ke meja kami.
"Jangan lupa 9 hari bulan..."
"Pak Walid, kenapa Pak Walid berkempen untuk Parti Jujur?"
"Arahan. Nak jatuhkan Datuk Seri Azmi dengan konco dia."
"Datuk Arman tak marah ke?"
"Dia tak tahu. Dia sibuk di Wijayapura."
Terkebil-kebil aku.
"Kau nak undi, undi harimau. Jangan undi kuda. Kita nak dorang kalah. Ajar sikit Datuk Seri Azmi ni. Lembab sangat. Jahanam ekonomi kita ni."
"Kitorang geng rehal bang. Daulah Islammiyyah!" kata Jimmy, menyakat.
"Okay, jangan lupa 9 haribulan ni ya?"
Lepas Pak Walid blah, aku pandang Jimmy.
"Habislah, mengamuklah Tengku Mahkota bila dapat tahu result pilihanraya nanti," Jimmy terus hirup teh tarik.
"Kenapa?"
"Sampai ke kampung ni duit Soros masuk ya? Dahsyat."
--
Datuk Bakri sedang brief orang-orang dalam SPR berkenaan pilihanraya kali ini dari segi logistik dan perjalanan pilihanraya pada hari Ahad, 9 April 1995.
Tetapi beberapa orang dalam, sedang dalam proses untuk memanipulasi keadaan di beberapa kawasan yang dikatakan kawasan orang-orang Datuk Seri Azmi.
Selaku Timbalan Perdana Menteri, Datuk Rahizan juga menjadi Ketua Pengarah Pilihanraya. Dia hanya akan memastikan orang-orangnya menang, dan tinggalkan mungkin dalam lima orang sahaja untuk penyokong Datuk Seri Azmi dalam Dewan Rakyat nanti.
Operation Downfall sedang dijalankan dengan giatnya oleh puak republikan yang dipimpin Pengetua. Di sebelah pengumpulan dana, Datuk Mohd Nor sedang mengumpul wang untuk membeli semua aset-aset yang bakal dijual Tengku Mahkota.
Di sebelah perang saraf, dilakukan oleh Shahrizal Hamdi di pihak Parti Jujur, dan Luqman di pihak Parti Persekutuan.
Operation Downfall ini adalah serangan pelbagai arah terhadap Datuk Seri Azmi, sekaligus melumpuhkan tongkat pertama pemerintahan keluarga diraja al-Daulah, iaitu bahagian legislatif.
Selepas puak republikan menguasai Parlimen nanti, Datuk Seri Azmi akan diasak sehingga meletak jawatan. Jika dia masih bertahan sehingga tahun 2000, undi tidak percaya akan dilancarkan.
Apabila menjatuhkan Datuk Seri Azmi, tongkat kedua iaitu bahagian eksekutif pula dijatuhkan. Bahagian ketiga yang akan dijatuhkan ialah dengan mendraf semula hak-hak raja seperti Perkara 3 dan Perkara 301 Perlembagaan Gelanggayu, berkenaan hak-hak istimewa Sultan dan keturunan Al-Daulah.
Ia seterusnya menjurus untuk perlantikan hakim-hakim yang pro-republikan, dan membuang semua hakim yang setia dengan Sultan, sekaligus membolehkan Sultan boleh didakwa.
Peringkat kelima ialah dengan bekerjasama dengan negara-negara jiran sekiranya berlaku perang saudara, maka dapat bantuan dari negara mereka. Begitu juga bantuan dari negara-negara EU dan kuasa besar seperti Amerika Syarikat.
White House dah bagi lampu hijau untuk regime change. Lagi senang kalau Parti Demokrat yang suka busy body hal-hal negara orang lain ni. Bill Clinton (atau sebenarnya Hillary) kata okay.
Peringkat yang terakhir ialah menguasai bahagian tentera. Hal ini biarlah Pengetua yang handle, memandangkan dia mempunyai pengaruh yang cukup kuat dalam kem tentera.
Kalau pihak monarki tak dapat mencium semua ni, Republik Gelanggayu dapat diasaskan dalam sekitar 2005-2010.
Pengetua sudah merancang ini sejak 1969 lagi. Perancangan selama 26 tahun ni nampaknya sudah boleh memulakan langkah pertamanya.
Pada Pengetua, inilah pilihanraya terakhir untuk Parti Persekutuan Nasional sebelum dia menuju kehancuran sebelum tahun 2000.
--
Azlan
Aku ikut abang aku, Aziz untuk bertemu dengan bos yang bernama Kecik. Kecik, kenapa macam aku pernah dengar nama dia dulu?
"Abang Aziz, dia ni boleh ke buat kerja macam ni? Bahaya la panjat-panjat tiang letrik ni. Tengok budak ni macam budak nerd je," kata Kecik.
"Dia tengah terdesak nak duit ni. Boleh la," kata Aziz.
"Ha, kalau dia slack, aku maki. Aku tak peduli. Big boss dah cakap kerja kena tip-top."
"Boleh, bang," jawab aku.
"Okay, poster ni aku nak kau gantung dari tiang letrik ni, sampai lima tiang sana. Lepas tu aku nak kau gantung bunting ni kat sepanjang jalan ni. Lepas tu kau ikut budak ni semua pasang bendera dekat Kantan Indah sana, faham?"
"Baik bang."
Aku rasa menyampah betul bila aku nak gantung muka Luqman ni. Kau bayangkan, katakan penyailang ex kau bertanding pilihan raya, lepas tu kau pulak kena jadi macai dia gantung poster muka dia.
Rasa pukimak tu pekat tak campur air, beb.
"Wei budak, sini!" jerkah Kecik pada aku.
"Panggil saya?"
"Ye la, kau pekak badak ke apa? Cargas sikit, banner ni kau gantung kat tiang lampu. Pergi ambik tangga kat brader baju ungu tu."
Aku bawak banner tu menuju ke arah brader baju ungu tu, untuk aku panjat tangga ke tiang lampu.
"Bang, nak pinjam tangga, Kecik suruh."
Brader tu pun terus bagi tangga tu, dan aku panjat tangga tu dan mengikat banner gambar Luqman di tiang lampu.
"Cepat pasang tu, kita ada beratus tiang lampu nak pasang ni. Kau ni reti buat kerja ke tak?" jerkah lagi si Kecik ni.
"Cepatlah sikit! Terhegeh-hegeh macam penagih!" sekali lagi Kecik jerit.
Motor Honda Cup berhenti depan tiang lampu.
"Woi!"
Aku menoleh ke bawah. Nampak Ali sedang mencekak pinggang di bawah.
"Eh, Ali!"
"Kau turun jap!"
Aku pun ikut apa Ali cakap.
"Kau panggil Kecik jap."
"Kecik!"
"Amende?"
"Ali panggil!"
Dengar nama Ali, mencecet dia lari. Dengan mengah-mengah, dan tangannya kedua-dua pegang lutut, dia terus bertanya.
"Ada apa, bos?"
"Kepala hotak kau, letak mamat ni kerja pasang bendera pasang poster. Ni kawan Bang Iz la, gila! Kawan aku! Dulu aku tidur rumah dia lagi. Kau ni agak-agak la bagi job macam ni kat orang cerdik pandai macam Azlan ni. Aku ketuk kepala kau karang. Mintak maaf kat Azlan ni," Ali mencekak pinggang.
"Mintak maaf, Azlan."
"Bukan macam tu. Panggil dia bos!"
"Mintak maaf, bos!"
"Eh, Ali. Aku dah tak kerja lagi dengan Bang Iz lah," aku jawab balik Ali.
"Aku tau. Tapi kau kawan aku, Lan. Budak-budak sekarang ni, tak reti respek betul senior. Jom, ikut aku, mengeteh," Ali hulur helmet spare kat aku. Aku rasa dia rembat helmet Kecik tadi.
--
"Amende la abang kau ni. Bongok betul. Kot ya pun nak tolong kau, ada ke bagi kerja pasang poster? Kau pun, apa teruk sangat kau jatuh sampai macam ni, Lan?" tanya Ali.
"Kau tak tau cerita?"
"Aku tak tahu cerita. Sejak aku terselamat dari bangunan runtuh kat Tower Heights tu, aku join Tarekat. Setahun aku kat Narathiwat, aku tak tahu apa. Balik tu, aku busy setting business tomyam, bukak cawangan baru."
"Kenapa kau join Tarekat?"
"Sebab dah berkali Tuhan bagi aku peluang hidup. Kalau lagi sekali ni, memang aku mati. Kena tembak, dah. OD dadah, dah. Kena riot, dah. Sejak bangunan runtuh tu, aku insaflah. Jadi, masa lepas je aku pergi ke Krung Thep, aku jumpa dengan seorang Murshid. Nama dia Murshid Jalal al-Fathoni. Aku mendalami ilmu Sufi sekarang. Okay, sekarang, kau apa cerita?"
"Aku buat kesalahan besar yang tak mungkin dapat dimaafkan oleh Pengetua."
"Apa dia tu?"
"Aku rog0l orang."
Ali pandang slack je ke muka aku.
"Kau pakai Paraporn, kan? Celaka betul. Kau dah hilang akal ni kenapa? Eh, kau tak payah pakai Paraporn pun kau boleh dapat perempuan la! Macam mana kau boleh terjerumus dengan benda macam ni?"
"Sebab perempuan tu...bukan semua perempuan minat lelaki macam aku, Ali."
Ali memandang aku, kemudian menggulung rokok. Kemudian dia hulur rokok gulung tu pada aku.
"Join geng Ayam Hitam," Ali hulurkan rokok tu pada aku.
"Takpelah. Buat masa ni, aku nak lay low dulu."
"Macam mana Bang Iz pun buang kau jugak?" tanya Ali.
"Bang Iz cakap, dia dah tak boleh ambik aku lagi jadi setiausaha politik dia. Sebab Pengetua yang arahkan dia suruh dia pecat aku. Tapi aku masih ahli Gagak Merah."
"Kau tinggalkan je Gagak Merah tu. Takpun buat macam aku. Buat kerja senyap," kata Ali lagi.
"Serius, aku nak lay low dulu."
Ali terus bakar rokok yang dia bagi tadi, dan hisap. Dalam sistem gangster di kebanyakan kawasan di Gelanggayu, menghulur rokok adalah offer kepada orang tu untuk join geng, atau tanda bersetuju memberi bantuan.
Budaya ni berasal dari zaman Kesultanan Melayu Gelanggayu masa zaman Sultan Mansur Riayat Syah lagi. Tapi bukan hulur rokok, tapi sireh. Tapi dah moden, hulur rokok lah.
"Ali, aku nak pinjam duit kau, boleh tak?"
"Pinjam? Beb, kita brotherhood. Tak payah pinjam, kau ambik je la. Berapa kau nak?"
"Dua ratus ringgit. Tadi wallet aku kena copet. Aku nak kena buat IC baru semua."
"Malam ni, kau tidur rumah aku. Besok aku settlekan semua untuk kau. Satu, dua, tiga, empat, lima. Nah, lima ratus. Ambiklah."
"Banyak sangat ni, aku tak mampu bayar ni, Li."
"Aku dah cakap, tak payah bayar. Duit ni, besok pagi, kau beli wallet. Lepas tu kau ikut aku pergi Jabatan Pendaftaran. Kau mengundi kan?"
"Haah."
"Sijil pengenalan sementara boleh dijadikan bukti kau warganegara. Simpan elok-elok. Kau undi Luqman ke?"
Aku geleng kepala. Ali ketawa.
"Apasal kau gelak?" tanya aku.
"Macam budak tak betul je. Petak aku tengok budak macam ni jadi calon gabenor. Baik undi Wak Brahim je."
"Kau rasa Luqman akan kalah?"
"Wak Brahim dah pegang lama sangat. Orang pun dah menyampah. Luqman menang, tapi setahun dua, orang dah menyampah. Silap-silap, masa Sukan Komanwel tu orang dah maki hamun dia, kau tengok."
Aku hanya mampu angguk kepala je lah.
"Eh, kau nak makan apa, kau makan la."
"Aku takde duit ni."
"Ni lima ratus ni. Kau nak makan kat tempat elit memang tak la. Lagipun, aku belanja la. Cepatlah, order."
"Aku nak makan tomyam sotong, telur dadar, dengan nasi putih, boleh?"
"Tanya aku, buat apa. Tanya la perut kau. Kau orderkan aku teh o suam. Lepas tu makan, aaa...roti bakar je lah."
Daripada aku kenal dia dulu sampai sekarang, dia ni asyik selamatkan aku je. Terima kasih Ali.
--
Malam tu, aku bermimpi aku dalam perperangan di zaman perang naik kuda. Aku mimpi aku terjatuh dari kuda, lepas tu kuda aku hilang dalam tempat penuh asap tu. Aku terkial-kial mencari kuda aku di medan perang tu.
Kemudian ada seorang tuan puteri menunggang kuda putih dan menarik tangan aku dan menaiki kudanya. Macam mana aku tau dia tuan puteri? Design muka dia macam tuan puteri, gaya-gaya macam Tengku Aminah macam tu.
Entahlah, kalau aku cerita kat Abang Dol boss aku yang aku pernah couple dengan tuan puteri, pembaca berita, dan anak taikun hartanah yang sekarang ni bercinta dengan calon Gabenor, mesti dia lempang aku sebab aku cakap gebang.
--
"Azlan, Azlan. Dah jatuh teruk jadi pekerja kat kedai roti pun, muka kau masuk TV," kata Tengku Ariffin, sambil tutup TV guna remote, selepas tengok iklan pilihanraya untuk Luqman '95.
Tengku Ariffin lipat suratkhabar, kemudian naik ke atas. Dia nampak Tengku Aminah sedang berada di beranda, memandang bandaraya Wijayapura. Permandangan dari 2 Jalan Cendana memang cantik. Rumah tepi tasik, dan ada pepohon redup, tapi boleh nampak bandaraya.
"Mina, kenapa tak tidur lagi?"
"I saw that ad, daddy," kata Mina.
"What ad?"
"Daddy rasa betul ke Azlan kerja kedai roti tu? Daddy agak-agak, kedai roti tu kat mana?"
"Puncak Jaya lah kot."
"Sometimes I hate being myself. Tengku, tak boleh pergi sana. Tengku, jangan buat ni. Mina tak peduli, Mina nak cari Azlan."
"Mina, Mina tak ingat ke apa dia buat kat Dila?"
"People deserves second chance. Lagipun, Mina kenal sangat perangai Dila tu. Dekat sekolah, orang panggil dia Psycho Dila."
"Jeneral Yahya tak kasi, Mina..."
"Jeneral Yahya tak boleh halang perasaan Mina pada Azlan!"
Tengku Ariffin terdiam.
"I know, since I was a baby lagi, daddy dah arrange untuk Mina kahwin dengan Azlan. Walaupun Azlan later on dia couple dengan Natasha, I waited for him. Yes, he make mistakes because that's what human should be. Making mistakes!"
"Apa yang dia buat tu, terlalu besar, Mina. He can't be our Ace if he behave recklessly macam tu."
"You nak cakap pasal reckless? You tengok la Luqman tu macam mana? Macam tu nak dibuat jadi Ace?"
"Then who do you think should be Ace?"
"Azlan, sebab memang dah jadi takdir dia untuk jadi The Chosen One!"
"Mina, forget about him. Nanti daddy carikan orang lain."
"No! I rather die than marrying someone else!"
"Mina tak faham..."
"Daddy yang tak faham!"
--
"Kau ni pun kalau nak buat demo tape pun, apa benda la pakai pen Kilometrico tulis tajuk lagu camni, Kimi?" kata Merlina.
"La, nama pun demo tape."
"Kimi, apa gunanya aku, seorang graphic designer untuk design cover demo kau."
"Aduh, demo je pun. Buat apa nak sampai design cover?"
"Ha, tu la pemikiran budak-budak underground. Nak kekal dalam underground, tak nak majukan diri. Konon tak true kalau commercial. Kutuk orang yang nak sign record label, sellout. Buat design cover demo, tak berguna. Patutlah masyarakat memandang jijik pada korang."
"La, apa yang kau membebel ni, Mer?"
Merlina bawa beberapa majalah tentang grafik dan letak ke meja.
"Apa yang kau ingat bila nampak lambang kerang warna kuning, background merah?"
"Shell?"
"Apa yang kau ingat, bila aku cakap, 'Just Do It'?"
"Nike."
"Gambar smiley mata dua x, bibir zig-zag keluar lidah. Apa?"
"Nirvana."
"See, bila kau ikonik, atau brand kau orang kenal, maknanya kau diingati. Bila kau diingati, orang akan lebih nak consume barang yang kau jual. Contoh, bagi aku brand mi segera selain Maggi?"
"Errr, entah? Aku tak makan mi segera."
"Mi Ruski, Indomie, Mi Sedap, Mamee. Tapi kenapa orang tetap panggil Maggi?"
Kimi terdiam tak tahu nak jawab.
"Branding! Kau tengok logo Metallica ni. Huruf M dia ni, ikonik. Kau conteng kat meja ke, grafiti kat dinding lambang ni, orang akan terus ingat apa?"
"Band Metallica."
"Exactly. Nampak tak, cara pemikiran aku ni macam mana? Kau bergaul dengan budak-budak punk, budak-budak hardcore, budak-budak metal, aku tak kisah, Kimi. Aku pun layan je muzik-muzik tu. Tapi dorang tak nak commercialize. Dorang rasa corporate companies are evil..."
"Tapi against the ethics..."
"Fuck the ethics, Kimi. Kalau kau nak berjaya dikenali orang ramai, sampai berduyun-duyun orang datang konsert kau, kau kena ubah mindset bodoh yang datang dari budak punk yang membenci kapitalisme tanpa sebab. Apa, salah ke nak jadi kaya?"
"Tapi capitalism ni exploitation kata dorang..."
"Susah la kalau suruh buat kerja kau panggil eksploitasi. Macam kau sekarang, pergi kedai mamak, order makanan. Dia masak ikut perintah kau. Adakah itu satu eksploitasi?"
"Aku bayar makanan tu, sebab tu dia masakkan untuk aku."
"La, dah tu, memang tu la dia kapitalisme. Orang yang kerja, bos dia dapat profit, apa salahnya? Payah betul fikiran aliran kiri ni kalau nak berkembang. Kau tunggu besok, aku design cover kaset demo kau."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top