1995 part 11

Saiful jadi MIK, menteri paling muda dalam sejarah

Saiful Abdul Rahman, ahli Parlimen Teluk Menteri hari ini mencipta sejarah apabila menjadi menteri paling muda dalam sejarah Gelanggayu, apabila dilantik sebagai Menteri Infrastruktur dan Komunikasi (MIK).

Beliau tersenarai dalam senarai Kabinet baru Gelanggayu selepas diumumkan Perdana Menteri.

Selain itu, beberapa nama baru dan muda dipilih sebagai menteri kabinet.

Senarai Kabinet Menteri diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Rahizan Abu Talib pada sidang media ringkas hari ini.

--

"Saya bersyukur ke atas Allah, dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, kerana memberi kepercayaan kepada saya. Tumpuan saya selaku Menteri ialah untuk menjadikan Gelanggayu sebagai negara yang terawal mencapai internet menyeluruh di rantau ini. Internet adalah masa depan, jadi saya harap Gelanggayu tidak ketinggalan dalam pembangunan infrastruktur ini," kata Saiful sebaik sahaja keluar dari Seri Bendahara.

--

"Epul, tak sangka kau jadi Menteri Kabinet sekarang. Dulu kau ni kutu kat Radio Universiti je," kata Din yang dipilih oleh Saiful sebagai setpolnya.
"Din, tolong aku satu benda."
"Apa dia?"
"Sabtu ni aku ada perjumpaan dengan Datuk Rahizan, aku tak dapat pergi majlis pecah tanah Pusat Projek Internet Kampung kat Kampung Tohor, Air Putih. Kau jadi wakil aku, boleh? Nanti kau contact dengan Haji Syaaban. Dia MP situ."
"Okay, boss!"

Saiful boleh je pergi sebenarnya, dan dia tahu, Hafiz ada di situ, berdasarkan pertanyaan dia kepada rakan pejabatnya di SUKOM.

Disebabkan kegawatan ekonomi, SUKOM terpaksa mengurangkan pekerja, dan Hafiz dengan sukarelanya nak berhenti, sebab dia ada projeknya yang sendiri, iaitu membina sebuah pusat penghasilan CD-ROM Y2K yang dia dan Jimmy sedang nak buat.

Pusat penghasilan ni akan mula menghasilkan CD-ROM Y2K bila dah siap. Sementara tu Hafiz sedang menghubungi hubungan dengan kontek-kontek negara Komanwel untuk memasarkan 'perisian' anti Y2K.

Saiful tahu Hafiz di mana, cuma dia takut Hafiz masih belum bersedia untuk bercakap tentang Adilah. Jadi baiklah dia hantar Din je dulu.

--

"Lama betul kau tak ke Wijayapura," Pengetua terus bersalam dengan Tok Aki sebaik sahaja Tok Aki tiba di rumahnya bersama Fauzan.

"Masing-masing sibuk, jadi hari ni barulah ada peluang untuk datang rumah kau, Yahya."

"Sila duduk. Fauzan, duduk sekali."

Pengetua tuangkan teh ke kedua-dua tetamunya.

"Permainan Tok Aki kali ni memang bijak. Tak sangka, berhari-hari media berkampung di kampung Haji Syaaban sebab nak menunggu jawapan dari dia nak side mana," kata Pengetua.

"Ada satu masa, Haji Syaaban tengah bakar sampah pun ada orang media datang tanya, dah ada jawapan ke belum. Aku yang kat tepi tu balas balik, tunggu asap ni tukar warna putih, baru ada jawapan."

Berdekah ketawa Pengetua.

"Dah macam nak pilih Pope kat Vatican pulak hahaha!" Pengetua ketawa.

"Seronok 12 hari tu. Kebetulan musim tuai kobis dah lepas bulan 2 lepas, jadi ada banyak masa senggang, aku duduk situ kejap."

Pengetua hanya memandang Tok Aki dengan senyuman. Dalam fikirannya, dia cuba menduga apa yang difikirkan oleh Tok Aki dalam strateginya.

Pengetua tahu, dalam pencatur politik Gelanggayu ni, cuma Tok Aki sahaja yang setaraf dengan dia.

Sementara Pengetua dan Tok Aki di side yang sama iaitu pro-republik, mereka berdua bercanggah pendapat tentang satu hal, kerana Pengetua pro-Barat, pro-globalisasi, pro-liberalisme dan mengikut falsafah Francis Fukuyama.

Sementara Tok Aki pula berpegang kepada prinsip Islamic democracy dan Islamic republicanism, kerana tokoh pemikirannya datang dari tokoh seperti Ali Shariati.

Buat masa ini, strategi mereka berhasil untuk menggoyangkan Datuk Seri Azmi yang dilihat pro-monarki. Sementara Pengetua ada dua orang kuat, iaitu Datuk Rahizan dan Shahrizal Hamdi dalam Dewan Rakyat, Tok Aki ada buah caturnya iaitu Haji Syaaban.

"Nak lawan catur?" tanya Pengetua.
"Silakan."

--

Azlan

Minggu ni aku last kerja kat sini. Sebab aku dah interview kerja di sekolah tu dan dapat mengajar muzik. Crash course juga aku belajar pasal nak baca nota muzik ni sambil kerja kat kedai bakery ni.

Aku sekarang in a relationship dengan Mina, whether it's good or bad. Aku dah takde tempat lain nak bergantung selain dia.

Things are getting a little bit better berbanding bulan-bulan sebelum ni. Mina seems supportive dengan aku, dengan dia berkongsi muzik yang dia ada.

Setiap malam lepas aku kerja, dia datang dan jemput aku. Hantar aku balik rumah. Dia betul-betul komited dengan aku.

Tapi aku tak pasti perasaan di sebelah aku ni macam mana, terutamanya lepas apa yang aku buat pada Hafiz dan Adilah. Aku rasa aku tak layak ada relationship, sebab aku dah buat satu perkara yang jahat. Aku dah musnahkan sebuah percintaan yang suci.

Mina masuk kat kedai bakery dan buat-buat nak beli roti.

"Encik Azlan, saya nak roti sosej ni, boleh?"

Aku hanya senyum je. Abang Dol pandang pelik pada aku.

"I tunggu you dalam kereta," kemudian Mina cium pipi aku.

"Lan, awek kau ke tu?" tanya Abang Dol yang sedang lap dulang roti.

"Haah, awek saya."
"No way!"
"Kalau bukan awek saya, kenapa dia cium pipi saya?"
"Gila la. Pakai pun kereta Jaguar!"
"Kereta lama saya ni. Tak caya Abang Dol tanya abang saya, Aziz."
"Power gila kau ni. Apasal kau kerja sini?"
"Sebab saya jatuh dan saya perlu naik semula. Terima kasih Abang Dol, sebab bantu saya."
"Kau nanti dah berjaya, jangan lupakan aku pulak. Weh, siapa nama awek kau tu?"
"Tengku Aminah. Panggil Mina je."
"Weh, takpelah. Kau balik dulu la. Nanti aku punchkan untuk kau. Aku buat closing. Kesian awek kau dah tunggu."

Jadi disebabkan kecantikan awek aku, aku pun dapat balik setengah jam awal. Atau mungkin sebab nama dia Tengku Aminah.

Dalam kereta, Mina sedang menunggu sambil dengar lagu Someday dari Michael Learns To Rock.

"Eh, dah balik dah?"
"Abang Dol suruh balik awal."
"Okay, tutup mata."

Apa lagi dia nak bagi aku ni?

"Okay, bukak mata."

Handphone Motorola 5080 yang besar tapak tangan? Takde la besar gabak macam handphone zaman dulu, ye tak?

"Suka tak?"
"Of course."
"I dah registerkan number you. So lain kali, senanglah I nak call you. Tapi bil you bayar la, okay?"
"Bila you beli ni?"
"Sebelum sampai sini. I beli I punya sekali, sebab malaslah nak bergantung pada telefon rumah je."
"Why you're so nice to me, Mina?"
"Because I love you."

Mina memandu kereta hingga ke tepi pelabuhan, tempat yang aku selalu lepak masa aku dengan Natasha dulu. Tapi aku tak nak cerita pasal Natasha memandangkan dia tengah bercinta dengan Gabenor Wijayapura.

Mina duduk di kerusi batu, tempat aku, Natasha dan Hafiz duduk masa celebrate New Year tahun 1990 dulu. Aku masih ingat lagi perbualan kami masa tu.

Hafiz cakap dia tak sabar nak ke tahun 2000 sementara Natasha cakap dia akan rindukan 80s. Cuma aku je yang cakap, let's stay in the moment, let's celebrate the 90s.

Tapi baru lima tahun, kami bertiga dah tak sehaluan. Natasha dah broke up dengan aku tahun 1992 dan Hafiz, aku tak tahu apa aku nak cakap. Aku tahu dia memang takkan maafkan aku.

"Kuat betul angin hari ni?" kata Mina, sambil rambutnya terbang ke muka aku. Terus dia capai pengikat rambut.

Aku terus capai rokok Lucky Strike dalam poket aku, dan bakar rokok.

Mina memandang aku dengan berkerut dahi.

"You mind?" tanya aku.
"No, go ahead."

"I have nothing to give back to you, Mina. Absolutely nothing."
"Your love is all I need."
"But why?"
"I percaya Adilah yang salah pasal tu. Dia pura-pura innocent pulak. Dah la tipu tunang dia. You, as a man, fall into her trap. I kenal sangat pembaca berita famous ni punya perangai macam mana."
"It was my fault, Mina."
"Tak, not you. Perempuan, dia goda lelaki, lepas tu bila things not work it out, dia akan salahkan lelaki."
"Tapi..."
"I percaya, dia diupah untuk musnahkan karier you. Masa tu you are almost there. Kalau tak jadi peristiwa tu, hari ni you dah jadi Gabenor Wijayapura dah, instead Luqman."
"You rasa Luqman okay ke jadi Gabenor? Polisi dia so far ramai yang kata memberi impak positif. As we getting closer to 1996, kita punya kegawatan ekonomi nampak dah kurang sikit."
"You percaya ke Luqman yang fikirkan semua tu?" tanya Mina.
"Not at all. I think it's Pengetua. Or Datuk Rahizan. Bab-bab wanita tu Natasha."
"My dad selalu complain perangai Luqman. Dia cakap, baik bagi Azlan je. But of course he wouldn't dare to say it in front of Pengetua."
"Hey, thank you."
"Thank you for?"
"Loving me."

Mina hanya pandang mata aku, dan belai rambut aku.

"I still believe you're The One. Just because one mistake, doesn't make you a bad person. Lagipun, perempuan tu yang goda you..."
"Mina..."
"No no no. I tetap akan cuba naikkan you. Someday you will be on the top again."

--

Jam 12 tengah malam dan Natasha masih lagi menaip teks ucapan Luqman untuk Belanjawan 1996 untuk peringkat Wijayapura.

Luqman tak datang office hari ni sebab dia cakap dia tak sihat. Sehari suntuk Natasha berada di office dan hanya makan sekeping roti dan secawan hot cocoa, dan bekerja untuk draf, menaip dan membetulkan ayat untuk ucapan Luqman.

Antara yang akan diperkenalkan ialah cuti wanita bersalin selama 6 bulan berbayar, cuti Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac, bantuan makanan untuk pelajar miskin, bantuan buku sekolah bagi mereka yang berpendapatan kurang daripada RG2,000, dan bermacam-macam lagi.

Seharian dia pandang komputer tu sampai dia penat.

"You've worked so hard for the rest of the day, Nat. Take a rest."

Terkejut bila dia nampak Pengetua berada di depan pintu pejabat Luqman.

"Oh, Pengetua. Tak boleh ni. I kena siapkan before this morning."
"You worked so hard as if you're a Governor. Gabenor betul mana? Tidur kat rumah, main game. I don't know whether this is a mistake or what."

Pengetua duduk di kerusi depan meja. Natasha sambung minum koko.

"Panjang lagi ke?"
"Almost done. Tinggal kata penutup. I'm sorry, I tak berapa bagus sangat bahasa rasmi kerajaan ni. Sebab tu I kena pergi library untuk cari kamus Bahasa Melayu for this. Otherwise Luqman akan clueless apa dia nak cakap. Dia tu dah la bercakap pun tergagap-gagap."

"Kalaulah Azlan tak buat perangai..." keluh Pengetua seorang diri.
"You mean, you prefer Alan than me?"
"No Nat. I was saying about Luqman. Masa you and him together, I'm quite happy, sebab korang berdua ada level of knowledge, and courage. Not Luqman. He always hiding behind his father. Imagine if you and Azlan...rasanya you don't need to work so hard."
"So, you want to forgive him?"
"Apa yang dia buat tu berat, Nat. Aku takkan mampu nak maafkan dia. It will create more problems in future. Benda macam tu, susah untuk seorang politician nak berdepan. Cuba tengok anak Tun Zairi Abu Bakar, the 3rd Prime Minister..."
"Zahar?"
"Yes. Sampai sekarang dia tak boleh recover atas apa yang dia buat. In 1981, dia berdepan mahkamah pasal kes rogol. His dad baru tiga bulan jadi Perdana Menteri, dapat tahu je, terus sakit jantung dan mati."
"What a tragic story."
"I feel ashamed to Azlan's father after what happened. Aku tak boleh maafkan dia."
"Okay, I'm done. I print speech dia kejap, lepas tu I nak kunci office."
"Dah makan ke belum, Nat?"
"Belum."
"Jom, kita makan sup kambing. Kedai tu tutup pukul 3 pagi."
"Pengetua belanja?"
"Of course, Nat. You're the only hope I have right now."

--

Disebabkan cover demo Succubus Humungus yang direka oleh Merlina ni lain daripada yang lain, demo Succubus mula dibeli oleh ramai anak-anak muda.

Di kedai Aunty, di Paragon Mall, Jessica ke kedai kaset dan mendengar lagu Succubus dan dia tertarik dengan muziknya.

"Demo dia ada sini, dik," kata Aunty yang jaga kedai kaset tu.
"Demo tapi siap ada cover? Menariknya!"
"Siapa yang design logo Succubus Humungus ni memang ada taste. Cantik betul. Sebab tu ramai nak beli."

Jessica terus membeli demo kaset di kedai Aunty, kemudian mendengarnya menggunakan walkman.

Sejak itu, dia bercita-cita untuk tubuhkan kumpulan band. Tetapi muzik yang macam mana dia harus buat. Yang tu dia kena tanya abang Azlan lah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top