1995 part 10

"You better have explanation for this, Rahizan!" jerit Datuk Seri Azmi tepat ke muka Datuk Rahizan.

"Datuk Seri pernah dengar falsafah tak, tentang hidup ni umpama roda? Kejap di atas, kejap di bawah? Parti Persekutuan dah memerintah Gelanggayu sejak 1970. Dah 25 tahun. Dan Datuk Seri dah pegang jawatan Perdana Menteri sejak 1981. 14 tahun. Britain dah tukar dua Perdana Menteri, Presiden Amerika dah tukar tiga kali, and God knows berapa kali Ryukyu tukar Perdana Menteri. Orang mahu perubahan. There's nothing you can do about it," kata Datuk Rahizan.

"Senang kau cakap macam tu, Rahizan!"

"Habis tu, Datuk Seri nak saya buat apa? Marah rakyat yang undi Parti Jujur? Cuba Datuk Seri tengok realiti hari ni. Indeks Wijaya berada paling dalam tahap terendah, 1 US dollar dah nak dekat dengan 6 ringgit Gelanggayu, kadar pengangguran dah nak capai 20%, pelabur asing lari, syarikat penerbangan kita dah nak bankrap, syarikat keluli besi dah berapa kali bailout tak bawak apa-apa keuntungan juga, kereta jenama JENTAYU orang panggil kereta tin susu, kenapa dalam banyak-banyak kesalahan ni, semua ni, Datuk Seri nak halakan pada saya?"

"Sebab kau dan tangan-tangan ghaib sabotaj parti ni!"
"Cakap jangan sebarang, Datuk Seri. Kalau nak menuduh tu, kena bawa bukti."
"Kau yang jemput Michel Camdessus datang ke mari, lepas tu kau juga mahu George Soros serang matawang kita kan?"
"Datuk Seri, sebelum Datuk Seri masuk dalam rabbit hole conspiracy theorist dari geng surat layang, mana buktinya? Michel Camdessus tu Pengarah IMF, datang melawat Gelanggayu untuk melihat prestasi ekonomi negara. Pengarah World Bank pun ada. Apa salahnya? Mereka datang, bagi assessment untuk rujukan semua pelabur asing untuk melabur. Kalau bagus dan terbuka ekonomi kita, dia cakap la bagus. Kalau asyik nak pentingkan keluarga tertentu je..."

"Ahaah! Cara kau bercakap pun macam Shahrizal, kau berdua pakat nak jatuhkan institusi diraja, kan?"

"Macam ni lah, Datuk Seri. Tuduh menuduh ni tak bawa manfaat. Kita dah jadi parti terbesar dalam Dewan Rakyat sekarang. Tapi kita tak ada simple majority. Sekarang kita kena pujuk Gagasan Ummah untuk join kerajaan, atau kita jadi pembangkang kalau Parti Jujur cepat. Datuk Seri nak ke jadi Ketua Pembangkang?"

Datuk Seri Azmi terus duduk ke kerusinya.

"Tak sangka kau buat macam ni pada aku, Rahizan?"

"Saya buat apa? Selama ini memang saya buat dan ikut cakap Datuk Seri. Saya ni timbalan kepada Datuk Seri. Kalau Datuk Seri tak percaya pada saya, susahlah kerajaan ni nak berfungsi. Ada tak saya cabar Datuk Seri dalam kepimpinan parti, macam mana Datuk Seri Imad buat dulu? Takde. Saya toe the line. Tapi kalau Datuk Seri dah tak percaya saya lagi, saya tak boleh buat apa. Tapi kalau suruh saya letak jawatan, saya tak nak. Sebab kesalahan bukan di tangan saya."

Datuk Seri Azmi hanya mendiamkan diri.

"Kita perlu ke Air Putih cepat, untuk berjumpa dengan Haji Syaaban. Sama ada Gagasan Ummah jadi kerajaan, atau supply of confidence. Atau kalau kita duduk diam macam ni, dan Shahrizal dapat dulu, kita duduk kerusi pembangkang ni."

"Lekas!" Datuk Seri Azmi terus bangun dari kerusi pejabatnya.

--

Dengan memperoleh dua kerusi bebas dan dua kerusi parti ULAP menjadi rakan dalam Parlimen, komponen yang menyokong Shahrizal sebagai Perdana Menteri kini sudah 92 orang, berbanding Persekutuan yang ada 91 kerusi.

Sasaran terakhir ialah ke rumah Haji Syaaban di Air Putih untuk mendapatkan sokongan 17 ahli parlimen dari Gagasan Ummah untuk menjadi kerajaan.

Siapa yang Haji Syaaban sokong, itulah yang menjadi kerajaan.

--

Hafiz

Pagi-pagi lagi media sudah berkerumun ke rumah Haji Syaaban. Tak memasal, parking kereta sesak sampai ke rumah aku sebab semua media dan beberapa orang penting dalam usaha memujuk Haji Syaaban menyokong mereka.

Walaupun hanya 17 kerusi, tetapi Gagasan Ummah yang bakal menentukan siapa yang bakal jadi kerajaan baru.

Sementara itu, walaupun Jujur terlepas Wijayapura dalam Gabenor, tapi Jujur berjaya merampas empat kerusi iaitu Air Putih, Wilayah Utara, Geri dan Sepetang selain Lingga yang kekal menyokong Jujur. Begitu juga dengan kedudukan Dewan Negeri.

Hanya Kenidiri, Melaut, Sri Kencanapura, Ketil disamping Wijayapura yang kerusi Gabenornya dimiliki Parti Persekutuan.

Kalau dalam keadaan biasa, selalunya macam ni, Tengku Mahkota akan jadi undi penentu dalam Majlis Gabenor-Gabenor. Tapi menurut Tok Aki, tiga gabenor tu dimusykilkan kesetiaannya.

Terutamanya Gabenor baru Wijayapura, Luqman, disebabkan dia baru berusia 26 tahun, takde siapa yang dapat menjangka permainannya.

"Tak memasal, kampung kau masuk TV," Tok Aki ketawa sambil minum teh di rumah aku.

Sebelum dia pulang, aku jemput dia dan Fauzan bersarapan di rumah aku dulu.

"Tok Aki bincang apa dengan Haji Syaaban semalam?" tanya aku.

"Adalah, strategi semasa. Aku cakap, siapa je ajak masuk kerajaan, jangan masuk. Cuma sokong je. Nanti kalau kerajaan buat pasal, Gagasan Ummah akan terpalit sama. Tengku Anuar telefon Haji Syaaban pagi semalam, dan mahu bersama Datuk Seri Azmi."

"Haji Syaaban jawab apa?"

"Dia jawab nanti dulu, tengok akar umbi jawab apa. Dah dia kalah, tak bolehlah dia bising. Sekarang Haji Syaabanlah ketua Gagasan Ummah dalam Dewan."

Dan sepanjang minggu itu rumah Haji Syaaban tak putus dikunjungi oleh kedua-dua belah pihak, sama ada sebelah Persekutuan atau Jujur.

Dan walaupun cuma ada 17 kerusi, Gagasan Ummah, sebuah parti yang dianggap untuk golongan pak imam surau atau golongan tabligh, tiba-tiba menjadi tumpuan.

Ada yang offer Haji Syaaban duit. Ada yang offer kontrak, ada yang offer pangkat. Tapi apa yang Haji Syaaban buat ialah kata, "tunggu apa kata akar umbi."

Ini menyebabkan kerajaan baru tidak ditubuhkan selama hampir lebih seminggu disebabkan perangai Haji Syaaban yang asyik menangguh jawapan.

Tok Aki, yang menjadi penasihat tak rasminya, duduk di rumahnya selama seminggu.

Tapi dalam satu perbualan antara Tok Aki dan Haji Syaaban, aku terdengar dua ayat dan hanya dua ayat tu yang paling menarik.

"Biarkan mereka semua tunggu keputusan kau sampai semua permintaan kau akan ditunaikan. Kalau mereka desak, kau yang ada pilihan, bukan mereka."

Siapa sebenarnya Tok Aki ni? Aku rasa aku perlu belajar sesuatu daripada dia.

--

Haji Syaaban keluar TV hari ini, dan mengumumkan bahawa Gagasan Ummah akan menyertai mana-mana kerajaan yang menjalankan undang-undang Islam seperti mengharamkan penjualan arak, atau membanteras maksiat.

Dan apabila mendengar itu, ULAP pula menyerang Gagasan Ummah dengan cuba menjadikan Gelanggayu seperti Afghanistan.

Beberapa sayap liberal dalam Parti Jujur mula menuduh yang Haji Syaaban menggunakan agama untuk mendapatkan kuasa.

Sementara itu, Datuk Seri Azmi dalam TV pun mulalah melakukan photo op dengan pergi ke surau dan masjid untuk mendapatkan perhatian golongan ini.

Sehinggalah hari ke 12 selepas pilihanraya, pada hari lahir aku yang ke-25, Haji Syaaban mengumumkan bahawa Gagasan Ummah akan memberi sokongan kepada Parti Persekutuan, tapi tidak masuk kerajaan dan tidak mahu menerima jawatan Kabinet.

Barulah Datuk Seri Azmi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Selama 12 hari, media asyik sibuk memperkatakan tentang Gagasan Ummah.

Untuk 12 hari tu, Haji Syaaban telah berjaya mempermainkan establishment dari dua pihak sampai media penuh berkampung kat sini. Secara tak langsung kegiatan ekonomi kampung macam kedai pisang goreng depan rumah pun masyuk.

Ustazah Zabedah siap masak dan berniaga depan rumah untuk pendapatan. Sibuk juga Hidayah sampai tak datang rumah dah.

For a while, dalam masa ekonomi Gelanggayu tengah teruk, masa ni jugak kampung aku masyuk. Siap dijanjikan pelbagai projek.

Aku suruh Haji Syaaban mintak kat kerajaan supaya buat line internet kat kampung ni. Jadi kampung aku dikatakan bakal menjadi projek perintis kepada Kampung Internet, yang dirancang oleh Kementerian Infrastruktur dan Komunikasi.

Bijak betul Haji Syaaban, atau sebenarnya Tok Aki punya idea.

--

Malam tu, masa aku tengah sedap tune gitar, dengan ditemani cawan tin besi yang diisi air kopi, aku melayan angin malam yang sepoi-sepoi meniup kain pelekat aku.

"Assalamualaikum..."
"Waalaikumsalam?"
"Abang Hafiz tak tidur lagi?"
"Ooh, Dayah. Belum nak tidur lagi."
"Hari ni hari lahir Abang Hafiz kan? Dayah ada bawak kek pisang. Tadi Dayah cuba buat resipi Chef Wan tadi. Abang Hafiz cubalah kek ni. Selamat hari jadi," Hidayah hulurkan sepiring kek pisang pada aku.

"Susah-susah je Dayah buat kek ni. Kan Dayah busy buat nasi tomato untuk media kat rumah Haji Syaaban tu?"

"Mak cakap kan, duit tu dia nak bina dapur, jadi dia tengok orang bandar datang, dorang mesti banyak duit. Jadi dia buatlah nasi tomato, nasi minyak, nasi lemak. Dayahlah penat buat kerja. Tapi, dapatlah beli baju raya cantik nanti. Mak bagi upah!"

Senyum sampai telinga Hidayah bila cakap pasal baju raya.

"Raya kan dah lepas?"
"Bila?"
"Pilihanraya?"
"Eii Abang Hafiz ni, suka la bergurau!"

Dua-dua ketawa.

"Duduk la, tak penat ke berdiri tu, Dayah?"

Hidayah terus duduk di tangga, dan memandang aku dengan mendongak dagu.

"Abang Hafiz mainkan la satu lagu, Dayah nak dengar."
"Ish, sumbanglah."
"Tipu! Dayah selalu je dengar Abang Hafiz nyanyi lagu Wings la, lagu Search la. Bilik Abang Hafiz kan, bukak tingkap je Dayah boleh nampak."

"Okay, okay. Dayah nak lagu apa?"
"Dayah suka lagu baru Man Bai. Kau Ilhamku."
"Kejap ya, tune gitar kejap."

Hidayah pandang aku macam ada letrik. Tak pernah orang pandang aku macam tu. Atau selama ni aku tak pernah perasan Hidayah ni sebab dia jiran sebelah.

Beribu bintang di langit kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul dalam diam
Ada kerdipan, ada sinar
Itukah bintang ataupun rembulan
Terima kasih ku ucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan kumencuri khayalan denganmu
Maafkanlah, oh
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu

Kau senyumlah, oh
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku, oh

--

"Luq, ni office Gabenor, bukannya bilik bujang you. Tengok, coat pun main campak je. File ni, susun la elok-elok," komplen Natasha.

Luqman sedang excited dapat PlayStation yang diberi oleh pelabur Ryukyu. Bukan main khusyuk lagi dia main game.

Natasha mencekak pinggang.

"You la buatkan. I tengah nak main MegaMan ni," kata Luqman yang main game sampai bersila kat sofa macam office ni rumah dia je.

Natasha tersentak. Kemudian dia terdiam. Kalau macam ni, dialah secara defacto Gabenor Wijayapura.

"I guess this is what you have to do, when you have emperor like Nero," bisik hati Natasha, dengan merujuk Luqman seperti Maharaja Rom yang keanak-anakan.

Natasha pun meluluskan beberapa projek arwah ayahnya yang tertangguh sebab karenah birokrasi zaman Wak Brahim dulu.

Dia kemudian membuat statement Gabenor dengan menurunkan cukai perniagaan kepada 3% daripada 9%.

Dengan selambanya dia meluluskan beberapa perkara yang dia rasa okay, dan yang mana dia rasa tak okay, dia terus sahaja reject.

Sementara Luqman sedang khusyuk main game PlayStation, Natasha pula bermain game kuasa sebagai Gabenor Wijayapura.

--

Azlan

Aku ada interview kerja dengan international school hari ini, jadi aku capai coat aku yang dah lama aku tak pakai sejak aku kena buang dari Pengetua.

Aku pakai tali leher, dan sikat rambut aku dengan kemas. Dan aku shave jambang aku, untuk kelihatan kemas, walaupun Mina mungkin rasa aku berjambang lagi handsome.

"Pehhhh, handsome gila! Nak ke mana kau?" tanya Aziz.
"Aku ada interview dekat international school."

Aziz memandang aku dengan senyuman.

"Semoga berjaya," kata Aziz sambil hulurkan salam. Aku memeluk Aziz.

"Terima kasih Ziz sebab masa aku jatuh, kau banyak tolong aku."
"Aku kan abang kau. Walaupun aku tak sepandai kau, tapi aku nak tengok kau berjaya, Lan. Ni kau nak ke sana ni, siapa hantar kau?"

Kereta Jaguar dah depan rumah.

"Mina," kata aku.
"Tengku Aminah? Peh, kau ni putus cinta dengan anak taikun hartanah, bercinta pulak dengan kerabat. Memang bukan caleng-caleng."
"Kau bila nak kahwin? Jangan sampai aku langkah bendul."
"Haha, aku tak handsome macam kau, Lan. Kau dapat baka ayah. Ayah handsome."
"Tapi ibu pun boleh tahan apa."
"Entahlah, agaknya design muka aku ni terpeloot."
"Aku gerak dulu, Ziz."

Aku nampak Aziz senyum sambil melambai melihat aku pergi.

Mina ajak aku ke rumahnya di 2 Jalan Cendana. Tengku Ariffin nak jumpa aku sebelum aku ke international school.

Ketika aku tiba, Tengku Ariffin baru sedang nak makan.

Tengku Ariffin pelawa aku duduk dan makan sekali bersama Mina. Kami bertiga di meja dan kerusi rotan tepi swimming pool yang jadi tempat kegemaran aku di 2 Jalan Cendana ni.

"Azlan, aku pesan kau satu je ni. Kalau orang tanya macam mana kau dapat kerja ni, jangan sebut nama aku atau Mina. Kalau Pengetua tahu pasal ni, habis aku susah nak tolong kau."
"Baik, Uncle Ipin."
"Aku tolong kau bukan apa, Lan. Arwah ayah kau tu sahabat baik aku. Jadi, aku tak sampai hati tengok kau kerja dekat kedai roti tu."
"Kerja tu okay je, Uncle."
"Memang okay. Baguslah, dengan cara tu, kau belajar apa erti kesusahan. Cuma, prospek untuk kau nak naikkan taraf hidup kau tu, susahlah. Lagipun, Mina ni selera dia besar."
"Daddy ni!" kata Mina.

Aku pandang Mina, dan dia tersenyum. Kemudian aku pegang tangan dia.

"Mina ni anak aku yang sorang je, Lan. Dan dia amat mencintai kau. Masa kau jatuh dulu, setiap hari dia susah hati pasal kau. Aku harap lepas kejadian yang dulu tu, kau insaflah."
"Baik, Uncle."
"Bukan apa, arwah ayah kau dulu pun kasanova juga. Tapi bila dia dah kahwin dengan Idah, ibu kau, dia dah boleh control dah. Yang sudah tu sudahlah."

Tengku Ariffin bangun dari kerusi, kemudian dia berjalan menuju ke biliknya.

Kemudian dia kembali, dan memberi aku kunci rumah.

"Ini kunci spare rumah ni. Dulu, kau ingat tak, masa kecik dulu ayah kau pernah duduk kat sini."
"Ya, dah tentu saya ingat. Saya pernah duduk sini."
"Rumah ni sentiasa jadi rumah kau, Lan."

Aku mengangguk faham.

"Terima kasih, Uncle," aku hulurkan salam. Tengku Ariffin peluk aku.

"Kau dah macam anak aku, Azlan."

Mina dari tepi jadi stress.

"Kalau Alan anak daddy, mana boleh Mina kahwin dengan dia? Daddy ni pun."
"Macam, faham tak? Maknanya I care both of you. Belajar sikit ilmu sastera dengan Azlan ni."

Mina senyum memandang aku.

--

Mina memandu kereta Jaguar, sambil lagu dari kumpulan Take That, Back For Good berkumandang.

"Mina, can I ask you a question?"
"Sure."
"Lepas apa yang dah berlaku, kenapa you still tolong I?"
"Because I love you."
"I know, tapi sebab lain?"
"Tak ada sebab lain. I percaya yang you boleh berubah. Itu je."
"Kenapa you cintakan I?"
"Entahlah. Agaknya sejak first time you bawak kereta Aston Martin ayah I tu, I rasa thrilled."
"Masa I curi-curi bawa kereta tu? Itu masa I was 7, 8 years old?"
"You darjah dua! I empat tahun masa tu."
"Gila betul, umur lapan tahun bawak kereta your dad."
"Ye lah! Sebab you gila macam tu, I jadi crush dengan you."
"Thanks for helping me, Mina."
"Don't mention it. Okay, kita dah sampai! Good luck for your interview!"

Aku keluar dari kereta, dan terus melangkah.

"Alan, sini kejap!"

Aku patah balik ke arah Mina.

"Kenapa?"

Mina buka balik ikatan tali leher aku.

"You ikat senget," kata Mina, sambil mengukir senyuman.
"Dah lama tak pakai necktie agaknya."
"Okay, done. Handsome boy!"

Dah jadi habit dia, kalau ikat tali leher aku, mesti dia akhiri ayat tu.

Mina kemudian cium pipi aku, untuk tuah.

"Pergi dulu!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top