1995 part 1

Hafiz

Tanah Perkuburan Islam Kampung Delima, Tanjung Kapur, Ketil

"Kau dah bersedia, Fiz?"
"Ya, Jimmy."

Tengku Ahmad yang nama manjanya Jimmy membawa aku ke tanah pusara tempat Hanis dikebumikan.

Perlahan-lahan, aku baca Yasin, dan sedekahkan Al-Fatihah untuk perjalanan hidupnya di alam baqa'.

"Ya Allah, walau berat macam manapun dosanya, kau ampunkan dosanya. Sesungguhnya Kau Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang."

Aku memegang batu nisannya, sebelum mencurahkan air bacaan Yasin yang aku letak dalam botol mineral.

"Hanis, aku takkan lupakan kau. Aku akan tuntut bela kematian kau. Aku janji, kalau orang yang buat aniaya kau ni orang yang berkuasa, aku akan lawan sampai nyawa aku sekali hilang. Demi kau, Hanis."

"Kau okay?" Jimmy menepuk bahu aku.
"Okay, Jimmy. Let's go.".

Ketil merupakan negeri jelapang padi Gelanggayu. Terasa indah bila membawa motor Cagiva Mito membelah jalanraya yang diapit sawah padi yang sedang menguning.

Aku dan Jimmy plan nak makan sarapan pagi di sebuah gerai yang menjual apa yang dipanggil Roti Apollo, sejenis roti canai yang fluffy dan berlubang di tengah, dan dituang kuah kari di tengahnya. Macam roti tu jadi mangkuklah kiranya.

Kreatif betul orang Ketil ni. Mana entah Jimmy boleh tahu tempat macam ni. Mesti dulu dia biasa pergi jumpa Hanis.

"Jimmy, boleh aku tanya kau?"
"Apa dia?"
"Mana kau tau tempat ni?"
"Hanis tunjuk aku tempat ni. Katanya, tempat favorite sarapan dia masa sekolah."

Aku hirup kopi.

"Padu kopi ni. Apa nama jenama kopi ni?"
"Kopi Cap Burung. Tapi ni keluaran Melaut. Kopi ni tin kuning cap biru je yang ori. Kau nampak colour lain je, tu semua knock off," kata Jimmy.
"Jimmy, macam mana kau boleh kenal Hanis?"
"Zaman muda, anak orang kaya, tak tau nak buang duit mana, pergi la langgan babygirl. Macam bohsia la zaman sekarang ni."
"Kenapa dia terjebak dengan benda ni?"
"Dulu, dia orang kampung. Ayah dia orang kuat Parti Persekutuan. Sampailah berjaya jadi setpol Gabenor kat Kenidiri. Ayah sentiasa sibuk, dia pun bosan. Jadi dia join la budak-budak liar ni."

Aku diam. Aku rasa Wijayapura dah ramai yang rosak moral. Aku rasa kalau aku duduk situ lama lagi, aku pun akan jadi rosak moral.

Tapi, siapalah aku nak judge orang.

"Fiz, kau punya company tu, sekarang asset ada berapa? Sorry la kalau classified."
"Dekat lima ratus ribu ringgit. Banyak jugak la aku tolong set up company, government sector, NGO punya internet. Basically ni kerjasama dengan Telekom Gelanggayu. Saiful, abang ipar Adilah yang tolong."
"Kau kuat, Hafiz," kata Jimmy.
"Kuat? Kuat amende, bukannya aku macam Hulk Hogan."
"Hulk Hogan kau cakap kuat? Hahaha!"
"Aku mana la layan WWF. Kau layan ke wrestling, Jimmy?"
"Nama aku Jimmy sebab aku suka Jimmy Superfly Snuka. Kau kena layan wrestling, Hafiz. Syok!"
"Macam-macam la kau ni, Jimmy."
"Fiz, kau berminat tak, nak scam orang?"
"Jimmy, kau ni kerabat diraja. Takkan la hina sangat nak kerja scam orang ni?"
"Bukan scam macam skim piramid tu. Ni scam orang dengan Internet."

Hah?

"Okay, masa aku belajar kat MIT Boston dulu, ada kawan aku, budak IT. Dia cakap, kau tau tak dalam komputer, nak set up kalendar?"
"Tau la, benda basic."
"Apparently ramai yang tak tau benda ni. Ok, katakan kau kat 31 Disember 1999, dia tulis apa?"
"31/12/99."
"Lepas tu New Year. Jadi apa?"
"01/01/00."
"Yang 00 tu 1900 ke 2000?"

Aku terdiam. Lama juga aku terfikir benda ni, tapi tak pernah aku bincangkan dengan group hackers dulu.

"2000....la kot?"
"Ha, kau yang student IT pun tak pasti. Kau bayangkan pakcik tua yang jadi government sekarang ni tak tau langsung pasal komputer, tapi dah start rasa internet ni benda penting, macam mana kau boleh scam orang macam ni?"
"Macam mana?"
"Kita buat la CD-ROM, konon untuk tukar sistem supaya tak kacau sistem komputer. Kawan aku kat US cakap dia dah start buat marketing dah. Label dia Millennium Bug."
"Menarik, menarik idea ni. Kau nak buat benda ni ke Jimmy?"
"Dengan kau, aku nak. Amacam, kau share contact negara Komanwel kau, aku share contact oversea aku. Aku banyak kat Asia lah. Europe dengan Amerika jangan kacau. Jepun pun jangan. Kita main rantau Nusantara je dulu."
"India tak payah..."
"India kau tengok tempat. Kalau Bangalore, Bombay, Delhi, tak payah. Kita main Visakhapatnam, Thiruchirapalli, Thiruvananthapuram."
"Masya-Allah, aku nak sebut nama tempat tu pun susah, Jimmy."
"Lepas tu, Arab. Yes, Arab paling senang kena scam hal cyber ni."

Kalau dah keturunan al-Daulah tu, memang akal jahat dia memang macam tu. Tapi aku suka dia ni.

"Jom, kau dengan aku, kita tagteam. Kita scam dunia dengan Y2K," kata Jimmy.

Aku laga gelas kopi dengan Jimmy, tanda deal.

--

"Berapa jauh lagi kampung kau ni, Hafiz?"
"300 kilometer, tapi ada lalu jalan bukit kat Sri Kencanapura."
"Mak ai, jauh gila rumah kau. Ada tak sampai dalam tengah hari?"
"Boleh. Sekarang pukul 10 pagi. Kita berhenti rehat pukul 11:30 macam tu, lepas tu kita sambung riding. Bolehlah kau merasa gulai ikan gelama masak tempoyak mak aku."
"Bergegar perut aku, Hafiz!"

Membawa motorsikal ni ada pro and cons. Pro, kalau cuaca cantik macam ni, sedap la bawak motor. Tapi kalau hujan, sendu juga.

Inilah masanya untuk aku bawak motor macam Mick Doohan.

Jalan landai sawah padi mula bertukar menjadi kelapa sawit kemudian jadi kawasan hutan, dan lalu perkampungan orang asli sebaik sahaja masuk ke sempadan negeri Sri Kencanapura.

Kawasan negeri ini berbukit bukau, dan antara negeri yang kawasan paling luas hutannya di seluruh Gelanggayu.

Lagu Hijau Bumi Tuhan dari XPDC berkumandang dalam kepala aku.

Sekali ku memandang
Kehijauan saujana mata
Semusim yang benderang
Hati riang nikmatnya tuhan
Kita bela lah, bersama-sama
Kita jagalah, harmoninya

Semusim ia datang
Keindahan ciptaan tuhan
Hijau yang terbentangan
Makhluk tuhan, bermesra-mesra
Kita bela lah, bersama-sama
Kita jagalah, harmoninya

Damai terperi kicau bernyanyi
Burung berkicauan riang terbang
Ombak menghempas pantai menanti
Indah biru laut ini pasti

Selepas satu hari suntuk bawa motor, kami tiba di rumah mak betul-betul azan Zuhur berkumandang.

"Assalamualaikum, mak! Hafiz balik ni!"
"Waalaikumsalam, anak mak! Bawak motor pulak. Mana kereta kau?"
"Dah jual. Bawak motor je. Mak, ni kawan Hafiz, Jimmy nama dia."
"Amboi nama mat salleh. Nama Melayunya ada?"
"Ahmad, makcik."

Nama 'tengku' tu dia drop.

"Jemput masuk. Langkah kanan kau ni. Si Dayah, jiran sebelah, dia buat nasi ayam untuk budak-budak taska kat kampung kita ni. Ada lebih, dia bawak sikit. Ni, Zimah! Abang kau ni dah balik."

Berlarilah adik aku terus datang ke pintu rumah dan salam aku.

"Abang, Kak Dayah ada kat dapur. Tak nak jumpa dia ke?"
"Bukak stokin dulu. Eh, ni kawan abang, Jimmy nama dia. Jimmy, ni adik aku, Hazimah."
"Jemputlah masuk, Jimmy."
"Jadi mak tak masak la ni? Si Jimmy ni nak makan ikan gelama masak tempoyak mak."
"Petang kalau kau larat, kau kukur nyior belakang rumah. Jangan nak mengorder je," kata mak aku.

Ketawa Jimmy dengar sound pedas mak aku.

"Ingat dah duduk sini 2-3 hari."
"Kau nak duduk bertahun pun makcik tak kisah. Asalkan kau jangan asyik membongkang je. Hafiz, bawak kawan kau ni simpan barang-barang dalam bilik, lepas tu, mandi, makan."

Jimmy masuk ke bilik aku, dia tengok ada poster Luca Cadalora, pelumba motorsikal Itali yang aku minat.

Selepas kami bersiap-siap, kami jamak Zuhur dan Asar, sebelum ke dapur.

Hidayah duduk di kerusi meja makan, tersenyum manis. Dengan telekung bawal gaya ustazah dan baju kurung bunga kecil, dia menjemput aku dan Jimmy makan.

"Jemput makan, abang Hafiz."

Hidayah cedukkan nasi dalam tupperware ke pinggan aku dan Jimmy.

"Fiz, wife material ni," bisik Jimmy pada aku.
"Aip, anak Ustazah Zabedah sebelah tu. Kau kalau nak tackle, kau hafal doa Qunut tak?"
"Yang aku baca masa Subuh tadi tu apa? Aku bukan cakap untuk aku la. Aku dah kahwin la. Aku cakap untuk kau."
"Jimmy, aku baru putus tunang ni. Bagi la luka terawat dulu."

"Abang Hafiz sihat?" tanya Hidayah.
"Kalau tak sihat, takde la bawak motor, Dayah. Datang sini naik ambulans."
"Ala, abang Hafiz ni. Kita tanya betul-betul, dia main-main pulak."

Hidayah ni manis bila dia senyum. Tapi tu la, dia ni anak ustazah aku mengaji dulu. Dengan perangai aku yang jahanam ni, hahaha!

Lagipun, buat masa ni aku tak mahu fikir tentang perempuan. Baik aku settlekan projek aku ni dulu, dan juga dendam aku yang masih belum dilunaskan.

--

Luqman memakai tali leher di depan cermin, dan Natasha pula membetulkan kolar bajunya.

"How do I look?"
"You look fantastic, Luq."
"Okay, let's go. Pengetua dah tunggu kat rumah dia."

Luqman dan Natasha menaiki Ferrari 250 TR dan memandu laju di lebuhraya yang baru siap dibina, terus ke rumah Pengetua.

Setibanya di rumah Pengetua, dia sudah menunggu di kerusi rotannya.

"You're late," kata Pengetua, yang sedang hisap curut.

"We're sorry, Pengetua. Stuck in traffic jam," kata Natasha.

"Don't waste my time. I have things to do."

Luqman dan Natasha duduk di kerusi yang diperbuat daripada kayu mahogany.

Pengetua mencampakkan fail ke meja.

"Tahun ni akan ada dua major events yang akan shifting the political dynamics. So aku nak kau listen carefully, Luqman."

"Okay, Pengetua."

"George Soros and his economic hitmen akan mula speculate matawang ringgit Gelanggayu, starting on February. So, expect major companies will fall. Your dad will acquire much of these companies, and buying their stock at the cheapest price possible."

"Okay, faham," kata Luqman.

"The second event, this year is general election year. Datuk Seri Azmi akan bubarkan Parlimen, whether he likes it or not. Kat sini, we have two forces. Shahrizal and Datuk Rahizan will lead to storm the Parliament, and you will take over as the next Wijayapura Governor. Get that?"

"Yes, Pengetua."

"Luq, focus. Kau je aku boleh harapkan sekarang ni. Aku harap kau tak hancur macam budak Azlan tu. I'm expecting you to be better than him. Faham?"

"Okay."

"Ada apa nak tanya?"

"Clear, Pengetua," kata Luqman.

"Kejap..." Natasha angkat tangan.

"Ada apa, Nat?"

"Within the period of economic crisis tu, as the Governor of Wijayapura, what should Luqman do? And do you agree that, if we emphasize our economy on new technology. Umpamanya, hari tu, I ada private meeting dengan general manager for Siemens Technology South East Asia branch, dekat Temasik. How about we allocate more money to education sector to prepare our teachers on new technology?" tanya Natasha.

"Yang tu, you have to refer to Datuk Rahizan since dia Deputy Prime Minister."

"And also, Pengetua, how about campaign? Luqman is basically new in Gelanggayu politics. Umur dia baru 26 tahun. For the record yang I check, the youngest governor is Sabri Murad, Governor of Sri Kencanapura, dan umur dia 42 tahun. And Sri Kencanapura basically hutan and gunung with small farming and mining. We talk about Wijayapura, one of the biggest cities in South East Asia, which represents 20 percent of Gelanggayu's economy," Natasha tanya sambil menyalin nota.

"Your concern is valid, Nat. I think what's important is Luqman has to create his team for developing his manifesto."

Luqman memandang Natasha dengan blur.

"What is manifesto?"

Pengetua dah rolled eyes bila Luqman tanya soalan macam tu.

"Political promise. Maksudnya, apa yang you akan buat sekiranya dipilih menjadi Gabenor," kata Natasha.

"Ooo, ok ok. Can you think about it?"
"Sure, dear," kata Natasha.

"So, kalau tak ada apa lagi, aku kena catch flight ke Zurich."
"Thank you, Pengetua."

Sebaik sahaja mereka berdua keluar, Pengetua dah gosok dahinya.

"Obviously it's not him who's going to run the show. It's going to be her show," Pengetua merujuk kepada Natasha.

--

Azlan

"Azlan, kau jangan la letak tepung tu banyak sangat! Tengok, dah keras dah roti ni. Susah nak uli nanti," kata abang Dol, supervisor tempat kerja aku di Famous Bakery.

"Maaf, bang."
"Kan aku dah ajar kau, tepung ni kau hanya tambah kalau dia dah lembut macam ni. Aduh, kau ni. Membazir la tepung macam ni. Kau ada letak butter tak?"
"Ada bang."
"Macam tak je? Tambah lagi sikit butter. Ni kau mesti tak letak yis lagi."
"Belum lagi."
"Azlan, patutnya kau letak la dulu yis tu. Kau tak bagi tumpuan ke bila aku ajar kau?"

--

Otak aku penat untuk belajar macam mana nak buat roti. Atas tekanan, habis kerja, aku main lumba Daytona seorang diri. Hanya dengan berlumba Daytona, aku dapat rasa diri aku ini seorang pemenang, dan bukannya loser dalam realiti sekarang.

Macam lagu Beck, Loser. Soy de perdedo, I'm a loser baby, so why don't you kill me.

Selepas habis main game, aku bermain lumba kuda 20 sen. Kalau untung nasib aku, dapatlah seringgit. Lepas tu aku rugi lima ringgit.

Mungkin macam tu lah kehidupan, hidup ni penuh dengan kerugian.

Aaahhh, letih aku nak ikut hidup ni. Kalaulah ayah masih hidup lagi, mungkin dia dah nasihatkan aku jangan percayakan Pengetua tu.

Tapi dah memang salah aku, nak buat macam mana, kan.

Sampai di rumah, aku nampak Aziz sedang menonton tv sambil makan nasi. Baguslah abang aku ni, sekarang dah pandai masak nasi. Kalau dulu harapkan aku je.

Aku harap dia bukan beli nasi bungkus la.

--

"Koyak teruk adik aku sejak dua menjak ni," kata Aziz.

Aziz sedang ralit menonton drama penyiasatan paranormal yang kini semakin popular, The X-Files. Sedang dia kusyuk menonton Agent Molder dan Agent Scully mencari tempat pendaratan UFO, telefon berbunyi.

"Hello?" Aziz jawab.
"Ziz! Lama tak dengar pasal kau!"
"Siapa ni?"
"Kau keluar la rumah kau. Tu tengah tengok tv la tu?"
"Mana kau tau aku tengah tengok TV?"
"Aku tau la. Aku kan alien. The truth is out there. Tooo tooo tooo tooo tooo..." orang di talian membuat bunyi lagu tema X-Files.
"Siapa kau?" Aziz ketakutan.
"Woi bodoh, tengok tingkap kau la!"

Kelihatan Ali sedang telefon Aziz pakai telefon bimbit Ericsson sambil ketawa-ketawa.

"Babi la kau ni, Ali!"
"Hahaha! Jom ngeteh?"
"Ajak Azlan sekali ke?"
"Takyah. Aku ada benda nak cakap dengan kau."
"Asal takyah bawak Azlan?"
"Dia letih tu. Nampak dia tengah tido atas katil dengan baju kerja dia tu."
"Ha, okay okay."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top