1994 part 7
Azlan
Aku dah tak peduli. Aku rasa apa yang Adilah buat pada aku tadi, sudah mencabar kejantanan aku. Malu aku kena sound depan orang ramai kat St Pierre tadi.
Dan lepas tu, bila aku dapat tahu, si jongos Luqman tu yang rampas Natasha daripada aku! Tak sangka, aku dimalukan sampai macam ni.
Mentang-mentang kau anak Datuk Mohd Nor, kau buat aku macam ni. Dan Natasha, tergamak kau buat macam ni pada aku?
Aku rasa apa yang berlaku kat St Pierre tadi, betul-betul bagi satu tamparan celaka pada aku. Bukan satu, dua tamparan celaka!
Aku terus memandu tanpa hala tuju. Aku terus pusing dan pusing, menghabiskan minyak kereta.
Hal Natasha tu, mungkin sebab Luqman kaya, dia berharta. Bapak dia billionaire terkaya di Gelanggayu, mungkin terkaya di seluruh Nusantara.
Tapi macam mana aku tak boleh kalahkan Hafiz, budak office boy kat SUKOM je. Aku ni Ace, kau tau tak Adilah? Kau tau tak aku ni siapa?
Aku lepaskan tali leher aku sambil memandu laju di lebuhraya. Kemudian aku terus memandu menaiki sebuah bukit.
Dulu kau kejar aku, Adilah. Mungkin masa tu aku tak nampak kau, sebab kau cuma wartawan cabuk Berita Kampus! Siapa yang perkenalkan kau pada Tengku Ariffin, seterusnya kau dapat jadi pembaca berita paling popular di seluruh Gelanggayu?
Aku, semuanya kerana aku!
Apa yang kau pandang sangat dengan Hafiz tu? Dia satu apa pun takde. Masih lagi pakai kereta tin susu dia tu. Aku mampu bagi kau kuasa, aku mampu bagi kau segalanya.
Kau buat macam ni pada aku ya, Adilah? Takpe, kau tengok la apa aku akan buat.
Aku terus memandu menuju ke tok pawang yang Ali bawak aku masa dia nak main dengan arwah Mastura dulu. Paraporn, nama dia.
Aku terus belek majalah hiburan, kalau ada muka Adilah kat situ. Memang ada kat situ. Aku santet kau, Adilah!
Lalu Paraporn mengasap gambar Adilah, sambil mengambil secalit peluh aku untuk dibuat minyak dagu. Kalau cara begini baru kau jadi milik aku, baik, aku akan buat cara kotor!
"Ini air, renjis depan rumah dia. Jadi, bila you pecah masuk rumah dia, dia tak tahu. Ini minyak dagu. Letak pada hidung dia."
"Kalau orang lain yang letakkan, boleh?"
"Ini peluh, peluh you maa! Dia hanya mau cari you saja. Tapi, ini barang bukan lama punya. Nanti dia akan sedar, you cepat lari. Kalau tak, habis la you."
Aku terus setuju.
"Berapa bayarannya?"
"Dua puluh ribu. Nanti you bayar depan."
"Cheque boleh? I tak bawak cash?"
"Boleh, boleh."
Tok bomoh pun mengikut perkembangan zaman, boleh terima cheque.
Aku terus bayar, dan memandu ke Wijaya TV. Tapi, macam mana aku nak calitkan benda ni kat hidung dia?
Sambil memandu tu, aku cuba bekerjasama dengan syaitan macam mana nak capai matlamat ni. Jadi, aku fikir, aku cuba rasuah jurumekap dia masa dia nak baca berita nanti, kalau susah sangat.
Sampai sahaja di Wijaya TV, aku cuba tengok bila dia akan tinggalkan beg make up dia. Dia masih di pejabat, sedang menghafal teks berita. Kemudian dia turun ke bawah, dan pada masa tu aku merenjis pintu pejabatnya dengan air bomoh tadi, supaya tidak ada siapa yang menyedari perbuatan aku ni.
Selepas menitikkan dua titik minyak dagu ke make upnya, aku turun ke bawah, dan tunggu pukul 8. Habis dia baca berita, dia mesti tertunggu-tunggu aku.
Dah tak lama dah, sekarang dah 7:40. Habis baca berita dalam pukul 8:45. Dalam pukul 9, aku akan call office dia.
Penantian ni sangat mendebarkan aku. Sebelum Hafiz sampai nampak kereta aku, aku harap aku dapat cepat.
Tunggu punya tunggu, dah hampir jam 8:50. Masa ni mesti dia tengah asyik fikirkan aku, kalau minyak dagu tu berjaya macam Ali buat.
Aku terus call.
"Boleh saya cakap dengan Adilah? I ni, Azlan. You pening kepala? I hantar you balik, okay?"
Malam ni, kau milik aku. All is fair in love and war.
--
Hafiz
Lagu Nirvana Where Did You Sleep Last Night dari Kurt Cobain ni cukup menikam kalbu, tambah pulak baru-baru ni berita dia tembak kepala dia, bunuh diri.
Tapi mana Adilah ni? Busy sangat ke dia hari ni? Aku tengok jam, dah nak pukul 10 dah.
Sedang aku menunggu, tiba-tiba colleague dia, Azmil Zawawi sedang berjalan ke car park.
"Mil?"
"Oh, Hafiz! Dila dah balik awal tadi. Dia pening kepala masa baca berita tadi."
Dah balik? Kalau balik, kenapa tak call aku? Kenapa tak beritahu aku? Aku terus saja start kereta, mungkin kat rumahlah aku call dia.
Tapi sampai pertengahan jalan, aku tak sedap hati. Aku terus memandu ke rumah Adilah. Sebab aku rasa tak selesa dengan perasaan ni.
Perasaan berdebar-debar, risau, dan rasa nak marah dengan kereta Volkswagen yang memandu lembab depan kereta aku ni bercampur-campur.
Aku sampai ke rumah Adilah, dan aku terus menyapa ke Pak Wan. Pak Wan pandang pelik pada aku.
"Mana Dila?"
Aku pelik.
"Kawan dia cakap dia dah balik rumah?"
"Eh, takde pun?"
Aku dan Pak Wan Radzi berjalan mundar-mandir kerisauan. Apa sudah jadi ni?
Telefon rumah berbunyi.
"Hello? Ya, saya, Wan Radzi bercakap. Apa? Kena tangkap basah?"
Berderau jantung aku, terus luluh dalam hati aku. Tunang aku kena tangkap basah dengan lelaki lain?
--
Azlan
"Kenapa awak buat macam ni pada saya, Azlan! Awak memang lelaki paling jahat yang pernah saya kenal!"
Pundek, rupanya benda ni sekejap je. Asalkan lepas benda tu, dia tertidur, dan bila Jabatan Agama Islam Wijayapura datang serbu, dia jadi sedar.
Adilah mencapai bra jenama Cleopatranya dan memakainya depan pak imam dan beberapa orang pegawai.
Lagi bertambah parah, bapak dia pulak sampai depan pintu hotel.
"Kenapa kau buat macam ni pada aku, Dila?" ayah Adilah dah start menangis.
"Ayah salah faham!"
"Salah faham apa ni? Macam ni ke aku didik kau? Kau memalukan keluarga, Adilah!"
Kejap lagi satu shot penumbuk muka aku tepat dari Hafiz.
"Pukimak kau, Azlan! Kau memang sial!"
"Sabar, encik. Sabar!" pegawai agama tu terus capai bahu Hafiz.
"Kau tau tak dengan siapa kau buat ni? Dengan tunang aku, bangsat! Aku nak bunuh kau!"
"Koibito, saya explain!"
"Kau memang dari dulu memang kejar jantan sial ni kan? Nah la cincin, kita putus!"
"Hafiz! Saya nak terangkan."
"Tak payah! Memang dia yang kau kejar, kan? Tak payah ingat aku lagi, Adilah. Dan kau, Azlan. Kau dengar sini, ya? Tuhan Maha Adil. Apa yang kau buat ni akan timpa kau balik. Sekarang kau berlagak la, ada kereta besar, jawatan besar! Satu hari nanti, aku harap kau akan mati sakit AIDS!"
Dan itulah kali terakhir, aku nampak muka Hafiz. Fvck, kenapa aku bodoh sangat?
--
Esok pagi, Pengetua panggil semua ahli pro-republikan berjumpa di rumah dia. Aku syak ini sebab kes semalam.
Aku tidur di hotel, sebab aku tak berani nak balik rumah. Silap-silap Hafiz bunuh aku nanti.
Adakah aku masih Ace untuk mereka? Dan aku tak tahu nasib Adilah kalau Tengku Aminah tahu pasal ni. Aku rasa dia mesti kena teruk.
Tak sangka benda ni jadi betul. Dan kenapa aku nak buat dengan tunang kawan aku sendiri? Kenapa aku bangang gila ni?
Aku hantuk-hantuk kepala aku kat stereng. Hafiz dah berpatah arang dengan aku.
Aku tiba di perkarangan rumah Pengetua. Semua berdiri di depan porch keretanya, dan memandang aku dengan perasaan meluat.
Pengetua berdiri di tengah dengan tegak. Sebagai bekas jeneral tentera, postur berdirinya memang tegak dan tegap.
Tengku Ariffin, Datuk Rahizan, Luqman, Shahrizal Hamdi, dan Tengku Aminah berdiri memandang aku tanpa bercakap apa-apa bila aku keluar kereta.
Aku berdiri di tengah, seolah-olah aku sudah tahu apa yang aku akan berdepan.
Pengetua memandang aku dengan mata yang penuh kemarahan. Belum pernah aku nampak Pengetua semarah begini. Macam berapi.
Satu pelempang sulung dari Jeneral Tentera yang memimpin Majlis Reorganisasi Nasional tahun 1969, hinggap di pipi aku, dan aku hilang imbangan, dan kepala aku terhantuk pada lantai.
Aku tahu Pengetua memang betul-betul marah. Sepanjang aku rapat dengan dia sejak kecil, belum pernah aku tengok dia marah sebegini.
"Tak kenang budi! Bajingan!"
Aku terus bangun dengan perlahan-lahan. Kemudian memandang semula ke muka Pengetua.
"Kami semua dah buat keputusan. Mulai hari ini, kau bukan lagi dengan kami. Kami putuskan, kami memilih Luqman sebagai Ace yang baru," kata Datuk Rahizan.
What?
"Kami berpendapat, kau mudah terpedaya dengan wanita, jadi kau bukan ciri-ciri pemimpin yang ideal," kata Shahrizal pula.
"Alan, pulangkan kunci kereta tu. Daddy, I nak pergi office kejap. I nak uruskan pemecatan Adilah. Memalukan nama syarikat," kata Tengku Aminah.
"Nak balik macam mana nanti?" tanya aku.
"Ada kaki kan? Jalan la," Tengku Aminah terus sound pedas.
"Rasanya takde apa lagi kan? I nak balik office Parti Persekutuan ni. Ada mesyuarat MT," kata Datuk Rahizan.
"Tak ada lagi," kata Luqman, sebagai 'Ace' yang baru.
"Kau dengar sini, Azlan. Jangan harap kau dapat bercakap dengan aku selagi kau berperangai jijik macam ni," kata Pengetua.
"Faham," kata aku, akur.
"You're despicable! Jijik!" herdik Pengetua.
"Dah la, balik la kau. Nah, ni duit teksi. Kesian aku tengok kau ni," Shahrizal hulur dua puluh ringgit pada aku.
Memang dia ni daripada dulu tak suka aku. Nak memalukan aku la tu.
"Aik? Malu? Kekah tunang member, pakai duit perempuan, joli sana sini, takde pulak malu?" kata Shahrizal Hamdi.
"It's okay, Shah. Aku balik dulu. Maafkan saya, Pengetua. Saya tak layak jadi murid Pengetua."
Aku rasa kad kredit yang aku pakai dari subsidari Tengku Aminah dah kena block. Memang aku tak boleh keluarkan duit.
Aku rasa dengan nama aku yang dah tercemar pasal peristiwa semalam, aku sudah pasti dipecat dari semua jawatan yang aku pegang.
Aku dengar cerita, Shahrizal dan Luqman dah pegang share di Radio Millennium. Aku dah tak ada apa, satu apa pun.
Macam ni agaknya perasaan Adam dan Hawa bila dihukum buang dari syurga kerana makan buah khuldi? Aku tak tahu, dan aku rasa malu dengan diri sendiri.
Aku ingat dunia ni aku yang punya. Ya, aku bodoh.
--
Natasha
Tragic.
Masa I kenal Azlan dulu, dia bukan jenis yang macam ni. He was a quirky shy guy. Bukan jenis yang egomaniac macam ni.
What a waste. Otak bijak, muka kacak, tapi gagal mengawal emosi.
Masa I dapat gambar Cindy blow dia, dan Mastura had sex at toilet, I dah dapat agak, satu hari nanti, perkara macam ni akan berlaku.
He needs help. Kalau dibiarkan macam tu, dia jadi sexual predator. Jadi per0gol bersiri nanti. But I dah dengan Luqman sekarang. And tak mungkin I nak balik dengan orang macam tu.
Luqman dah secure, his dad dah buy his ticket untuk bertanding jadi Gabenor Wijayapura next year, and possibly win.
It could be Azlan. Tapi, sebab dia fikir guna dick, maka jawatan ni pun diberikan kepada Luqman, lelaki yang tak pandai guna dick, tak pandai guna otak, dan dapat jawatan sebab daddy bayar.
But watak macam Imelda, isteri bekas Presiden negara Arroyo back in 1986, perlu ada. I can play that. I akan jadikan Hillary Clinton, isteri kepada Presiden Bill Clinton sebagai idola.
Dengan menunggang lelaki yang berkuasa untuk mencapai matlamat. Maybe this is my fate.
I paling kesian dengan Hafiz. Masa jumpa hari tu, dia cerita dia dah buat company yang uruskan software dan hal-hal internet kat negara-negara Komanwel yang dia pergi tu.
Dia berusaha keras untuk Adilah. Dari masa kat universiti lagi. If I can namakan seorang lelaki yang bekerja keras untuk perempuan yang dia cinta, it's Hafiz.
Adilah, what a bitch! Dari masa I couple dengan Azlan lagi, dia dah terhendap-hendap, mengendeng. She don't deserve Hafiz!
I decide untuk call Hafiz. I nak belanja dia, nak consult dia, I nak ajak Zizan sekali. Tapi telefon dia, tak angkat pulak. Never mind, maybe he needs his own time.
Be strong, Hafiz. I'm not a religious person, but I pray to God, one day you will find your true love.
--
Hafiz
"Kau betul ke nak road trip dengan aku ni, Hafiz?" kata Tengku Ahmad pada aku.
"Serius, Jimmy. Jom, kita keliling Gelanggayu. Hati kering tak?" kata aku.
"Eh, kering. Kalau kau selamba, aku selamba, Fiz!"
"Aku nak pergi tengok kubur Hanis. Dah lima tahun dia pergi. Aku tak pernah tengok kubur dia lagi."
Tengku Ahmad menepuk bahu aku.
"Jom, kita pergi Tanjung Kapur. Lepas tu kita lajak sampai kampung kau."
"Kau nak ke tidur kat rumah aku, Jimmy? Kau dah la kerabat."
"Weh, aku pernah tido rumah rakit la! Aku ni memang jenis adventure punya orang!"
Aku baru je jual kereta tin susu aku, sebab nak sambar motor Cagiva Mito 125. Syarikat Fizzy Technologies aku dah dapat cecah 10 juta ringgit dah senyap-senyap.
Datuk Hashim kata pada aku, dia suruh aku cuti, tenangkan fikiran. Aku tanya sampai bila, dia cakap "sampai kau dah tenang, tapi janganlah sampai tahun 1998 pulak."
Ye lah, masa tahun 1998 tu dah start sibuk dengan macam-macam persiapan. Aku decide nak ambik cuti enam bulan. Disebabkan Datuk Hashim cakap aku ni pekerja cemerlang, maka aku deserve cuti selama tu. Tapi takde gaji la. Haha! Aku gelak je lah.
Aku ingat, aku nak balik kampung kejaplah. Aku ada tengok kat satu dokumentari berita, kat Dallas, Texas. Orang bukak kafe kopi, dengan sewa internet.
Aku ingat aku nak buka konsep macam tu. Orang panggil cybercafe. Biar Pekan Tohor, negeri Air Putih boleh berbangga, mempunyai cybercafe pertama di Gelanggayu.
Eh, rasanya dah ada satu cybercafe dekat sebelah Wijayamall. Satu jam dia charge sepuluh ringgit.
Kawasan office, orang nak guna internet sebab nak balas e-mail je. Sebab tu harga macam tu.
Pasal Adilah, aku dah tak nak tengok berita lagi, aku dah tak nak peduli lagi pasal dia. Kejarlah Azlan tu sampai kau dapat.
Dan pasal Azlan, kau jangan ingat aku akan biarkan kau. Bila kau naik jadi pemimpin penting macam semua orang cakap tu nanti, aku akan jatuhkan kau. Ini bukan amaran, ini janji.
"Eh, jom la!" Tengku Ahmad dah capai helmet. Aku pun sarung helmet full face jenama Nolan ke kepala aku.
"Okay, pelan kita, malam ni kita ride dari Wijayapura, lepas tu kita singgah makan malam kat Kuala Geri, lepas tu kita redah bawa motor sampai Tanjung Kapur. Kalau tak ada aral, pukul 2 pagi kita sampai," kata Tengku Ahmad, bersalam dengan aku.
"Set!"
"Jom kita race, siapa sampai dulu, belanja makan!" kata Tengku Ahmad aka Jimmy.
"Malas la. Karang polis saman kang? Kau takpe la, kau kerabat. Tunjuk IC confirm lepas!"
"Alah kecohlah kau. Duit dalam bank, berkepuk! Kecoh pulak saman polis!"
Dua-dua start motor, dan meninggalkan Wijayapura yang penuh fana ni!
Born to be wild!
*******
Adilah
Ahah! Lepas ni Mina dah tak boleh cakap besar dengan aku. Aku dah boleh cakap pada semua yang aku dah 'pernah' dengan Azlan.
Adakah aku menyesal dengan apa yang aku dah buat? Langsung tak. Aku dengar cerita yang Jeneral Yahya dah pecat Azlan daripada jadi Ace.
Dan dengar cerita, dia gantikan dengan Luqman. Hahaha, dia gantikan dengan si bodoh tu. Sekaligus aku telah mencacatkan rancangan Jeneral Yahya. Aku lebih bijak daripada jeneral yang dah bertahun-tahun susun atur politik di negara ni, baru kau semua tahu.
Dalam hotel, ayah pura-pura marah. Dalam kereta dia ada cakap, kenapa sampai ke tahap macam tu sekali idea aku ni untuk jatuhkan Azlan.
Aku jawab, sebab aku memang nak buktikan kepada ayah yang aku memang nak hancurkan misi Jeneral Yahya.
Aku sedar, reputasi aku sebagai perempuan suci dah jahanam. Tapi aku tak kisah pun. Matlamat menghalalkan cara, dan benda itulah juga yang Machiavelli ajar.
Cuba kau bayangkan kalau aku tak calit minyak senyonyong tu, sampai bila-bila Azlan takkan jatuh. Hah, sekarang bila dia dah jatuh, aku dah berjaya.
Walaupun aku terpaksa putus tunang dengan Hafiz.
Adakah aku sedih aku putus tunang dengan Hafiz? Aku akui aku sedih sikit la, terutamanya bila dia buang hadiah anak patung dinosaur yang aku belikan untuk dia dulu dalam tong sampah.
Tapi bukan salah aku pun bila dia sakit hati atas apa yang berlaku. Hey, aku kena buat apa yang aku kena buat. Ini bukan sahaja demi masa depan keluarga aku sebagai keturunan Wan Demang, keturunan Temenggung.
Ini adalah untuk masa depan kesultanan al-Daulah di Gelanggayu. Jadi kalau Hafiz nak marahkan aku, marahlah.
Tapi aku tahu nanti aku boleh pujuk dia balik. Pandailah aku mengaturnya.
Alah, lelaki macam Hafiz tu cepat lembut hati. Senyum sikit je nanti dia dah cair.
--
Azlan
Aku duduk seorang diri dalam bilik, dan kemaskan barang-barang aku. Aku malu dengan diri aku sendiri. Aku tak tahu kenapa aku jadi bodoh sampai macam tu sekali.
Barang-barang yang mengingatkan aku pada Natasha, aku simpan dalam kotak. Aku sedar, punca aku jadi macam ni adalah sebab aku putus dengan dia. Dan lepas itu bila aku tau dia kini bersama Luqman, aku mengikut emosi. Aku tak patut buat macam tu pada Adilah.
Aku kemudian kemas beg aku, dan aku nak berangkat pulang ke kampung. Aku malu duduk di sini.
Aku rasa bersalah pada Hafiz atas apa aku buat pada Adilah. Aku rasa bersalah pada arwah ayah, aku rasa bersalah pada ibu, aku rasa bersalah pada semua orang. Aku rasa bersalah pada Pengetua sebab aku dah gagalkan dia.
Ibu tiba di rumah bersama Aziz, baru pulang dari Australia. Dia nampak aku dah pikul beg.
"Apasal muka kau lebam ni?" tanya ibu.
"Kereta kau mana?" tanya Aziz.
Aku ceritakan semua kepada mereka berdua. Aziz letakkan tangannya pada bahu aku.
"Tak sangka kau ni dijatuhkan dengan cara macam ni. Aku rasa dekat atas tu ramai orang rasuah, Lan! Ramai orang korup!" kata Aziz.
"Yang kau pun bodoh pergi dengan anak perempuan Wan Radzi tu dah kenapa?" kata ibu.
"Hah? Mana ibu tau?"
"Tau la. Dulu kau ingat tak, ada perempuan nak ngorat ayah?"
"Ramai perempuan nak mengorat ayah, ibu."
"Wan Rohana. Dia nak mengorat ayah sebab dia ingat ayah kau tu The Chosen One. Tapi entah macam mana, bapak si Hafiz yang kena guna-guna tu. Atok kau nak mengubat dia sekali dia yang sakit. Tapi arwah nenek kau dah hantar balik saka tu ke dua orang tu, punca dua orang tu mati. Tapi sekarang, anak saudara dia pulak yang kenakan kau."
Aku sebenarnya tak faham sepatah haram apa benda ibu cakap pada aku.
"Kau siap, nanti ikut aku," kata ibu.
--
Ibu bawa aku pergi ke Darul Syifa dan bertemu dengan Ustaz Harun Din. Ibu menceritakan yang aku dah terkena ubat guna-guna jenis senyonyong.
"Nabi Muhammad SAW sendiri pun, kekasih Allah yang maksum dari melakukan dosa, Allah uji dengan sihir yang dihantar oleh seorang Yahudi yang bernama Labid bin Aksam dari Bani Zuraiq.
Peristiwa ini berlaku tatkala Nabi SAW balik dari Hudaibiah dalam bulan Zulhijjah tahun tujuh hijriah. Setelah selesai perang Khaibar maka datanglah ketua-ketua Yahudi bertemu seorang tukang sihir Yahudi yang terkenal dalam kalangan mereka bernama Labid bin Aksam, bertujuan untuk melakukan sihir ke atas Nabi SAW.
Dengan kerjasama daripada seorang budak Yahudi yang juga khadam nabi, mereka telah mencuri sikat rambut Nabi SAW beserta rambut yang terdapat pada gigi sikatnya. 40 hari Nabi terkena sihir," kata Ustaz Harun.
"Dalam surah al-Baqarah ayat 102, Allah berfirman tentang bagaimana orang-orang menggunakan sihir itu diamalkan pada zaman Nabi Sulaiman lagi."
Selepas ustaz membaca air Quran dan membaca surah Yasin, sebelum dia suruh aku meminum air tersebut.
"Orang calit minyak senyonyong pakai janin bayi dan dagu mayat ni. Tu yang kau rasa macam kau ikut je cakap perempuan tu."
Aku pandang ibu, kemudian ibu pandang pada aku.
"Kenapa kau pandang aku macam tu?"
"Patutlah semua ni berlaku..."
"Aku nak cakap pada kau, tapi kau dari dulu tak nak dengar cakap aku. Dengar cakap Pengetua kau tu je. Ye lah, zaman moden. Tak percaya dengan ilmu ghaib ni."
"Balik rumah ni, solat taubat, kemudian amalkan baca ayat 102 surah al-Baqarah ni. Perlahan-lahan, Insya-Allah cepat pulih."
--
"Habis tu, kau lepas ni macam mana?" tanya ibu.
"Macam mana apa?" tanya aku.
"Ye la, dah Pengetua buang kau. Kau nak kerja apa?"
"Kerja dengan ibu kat kedai printing tu, boleh ke?"
"Tu kau kena tanya Merlina. Dia boss."
"Hah? Budak kecik tu jadi boss?"
"Ye la. Kau ingat apa, budak tu bijak gila kot. Aku rasa jauh lagi bijak dari semua makwe-makwe kau tu."
"Natasha study kat UK, ibu. Come on."
"Merlina form 2 dah beli tanah kat Australia."
"Ah, tipu la ibu ni."
"Aku balik dari Australia ni sebab nak beli tanah dia la."
"Dah tu kalau tanah dia, kenapa ibu pulak yang kena pergi?"
"Sebab dia bawah umur la, Azlan. Duit dia, letak nama aku. Bila umur dia dah 18 tahun, dia jaga la sendiri duit dia. Daripada kau, ikut je Pengetua kau, apa pun tak dapat. Kau nak kerja dengan dia? Kalau kau nak, aku cakap dengan dia."
"Tak nak la. Takkan Alan kena dengar cakap budak form 2 pulak."
"Itulah kau, ego. Tak sedar lagi diri dah jatuh teruk macam ni, pun nak menyombong lagi."
"Bukan ego, ibu. Takpelah, Alan nampak kat depan rumah kita tu ada bakery, nak pekerja. Alan kerja situ je lah."
"Berapa gaji dia offer?"
"RG650."
"Sukati kau lah. Kalau kerja dengan Merlina, dia boleh bagi kau gaji RG800. Tapi ye lah, kau dah biasa dapat gaji lima angka kan, mana nak pandang kitorang ni..."
Ibu ni memang tunggu lama nak balas dendam ke pada aku sampai asyik hentam aku macam ni je?
Ah sudahlah, aku kerja je dekat kedai roti tu. Lagipun kerja printing, design graphic ni aku tak reti. Lagi pulak aku dapat boss umur tingkatan dua.
--
Ketika Ali sedang mencuci kedainya selepas tutup, Ali nampak kereta BMW Pengetua di depan gerainya.
Ali pun berjalan menuju ke arah kereta Pengetua. Pengetua buka tingkap.
"Masuk kejap, Ali."
Ali masuk ke dalam kereta.
Pengetua bakar curut, kemudian dia hulur sebatang curut Cohiba dari Cuba kepada Ali.
"Adik kau buat hal," kata Pengetua sambil bakar curut dengan mancis.
"Azlan? Dia buat apa?"
"Kena tangkap khalwat dengan anak Wan Radzi."
"Hah? Itu kan tunang kawan baik dia."
"Itu la pasal. Aku terpaksa singkirkan dia jadi Ace."
"Takkan Pengetua nak buang Azlan hanya sebab macam tu," kata Ali.
"Besar sangat mistake dia ni, Ali. Aku tak tahulah. Mungkin kau yang akan jadi Ace, tapi sementara ni aku kena letak Luqman."
"Tak, tak. Saya tak nak jadi Ace. Saya tak layak."
"Tapi kau keturunan Tengku Ishak, Ali. Darah ayah kau ada pada kau."
"Pengetua, saya tak mampu. Cadangan saya, biar Azlan betulkan jalan hidup dia dulu. Jangan dibuang terus. Saya akan suruh budak-budak saya perhatikan dia. Saya yakin, dia boleh betulkan diri dia balik."
"Kau yakin? Haha. Aku tak yakin kalau perangai kasanova dia tu boleh dibuang."
"Dia jadi kasanova sebab putus dengan Nat. Dia belum jumpa perempuan yang tepat."
"Ali, aku dah jodohkan dia dengan Tengku Mina. Sudahlah lawa, kaya, keluarga kerabat. Apa lagi yang dia nak?"
"Mungkin sebab tu ayah dulu marah dengan Pengetua. Pengetua ingat lelaki pandang pada semua tu. Pengetua tak ingat apa Pengetua buat pada ibu saya?"
"Ali, aku terpaksa. Kalau Mamat tak kahwin dengan Faridah, kena pulak Mat Nor tak nak bertanggungjawab, susah aku. Aku ada rancangan aku."
"Pengetua kena la sedar, kita ni manusia, kita hanya merancang, Allah akan menentukan."
Pengetua ketawa.
"Dah jadi Islamik pulak kau ni. Dulu budak punk, hisap dadah, minum arak, seks rambang."
"Sejak saya terselamat di Tower Heights tu, saya sedar yang Allah sayangkan saya, sebab tu saya ada umur yang panjang walaupun hampir maut."
"Baguslah kalau kau rasa macam tu," kata Pengetua.
Pengetua hembuskan asap curut ke luar kereta.
"Aku terpaksa gerak tanpa Azlan. Jadi, kalau apa-apa jadi pada aku, aku nak kau guide Azlan untuk dia dapat tempat yang dia layak."
"Macam mana saya nak tolong dia, Pengetua?"
"There will be the way, Ali. There will be the way. Untuk sekarang, biar Azlan belajar dulu erti hidup susah. Tapi aku nak kau tolong dia, boleh?"
Ali senyum.
"Dia adik saya, Pengetua. Saya sanggup mati untuk dia."
Pengetua tepuk bahu Ali.
"Kau jaga Azlan ya, Ali."
"Ya, Pengetua."
--
Pengetua pulang ke rumahnya, kemudian dia pandang gambar Mamat. Gambar itu sudah berusia hampir 33 tahun. Gambar Mamat yang bergambar dengan Presiden John F. Kennedy, semasa dia melawat kedutaan Gelanggayu di Washington sempena Hari Kebangsaan Gelanggayu.
Pengetua kemudian pandang gambar isterinya, Laila, dan gambar anak perempuannya, Aminah.
"Rasanya dah terlalu panjang untuk semua ini. Aku mulakan gerakan ini sejak umur aku 20 tahun. Dah macam-macam aku lalui. Macam-macam kerja aku dah buat. Tahun depan umur aku 70 tahun. Hampir setengah abad aku berjuang untuk capai cita-cita Sayyid Muluk. Walaupun isteri, anak, dan Mamat yang aku dah anggap macam anak sendiri tu terkorban. Aku buat semua ni untuk kau, Azlan? Kenapa kau leka, kenapa kau lalai? Mungkin kata-kata Sayyid Muluk itu tak benar. Mungkin memang tak ada The Chosen One. Apa yang aku mimpi itu, cuma mainan tidur sahaja. Azlan terlalu lemah dengan perempuan. Itu bukan sifat seorang pemimpin yang digambarkan Sayyid Muluk. Tapi dah setengah abad, takkan aku nak biarkan sahaja semua ni? Aku kena teruskan juga. Nak tak nak, aku terpaksa jadikan Luqman sebagai gantinya walaupun aku sedar, memang dia ni takkan mampu galas tugas besar untuk jadi Ace. Aku dah letih, tapi aku kena teruskan juga. Biar kematian orang-orang yang aku sayang itu tidak dipersiakan!"
Pengetua menumbuk meja dan bertekad akan meneruskan misinya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top