1994 part 5

Natasha

"Nat, call for you!"

Sedar dari tidur, akibat jet lag baru sampai dari London, I terus je bangun and pick the call.

"Hello, who's there? Zizan! Yes, I baru sampai ni. Nak ajak lepak? Kat mana? Apa? Pick up Hafiz kat airport?"

--

Hafiz

Penerbangan dari Bridgetown, Barbados ke Heathrow, kemudian dari London ke Wijayapura, hampir dua hari perjalanan aku ni. Kalau dalam perjalanan ni, entah berapa marhalah dah aku berjalan.

Badan aku keletihan, dah tak ada daya. Semua ni aku kumpul duit, demi nak meminang gadis yang aku cinta selama ni, Adilah.

Tapi kalau dah cinta, tak perlu nak mengeluh. Semua ni aku buat untuk dia. Biar aku susah sekarang, supaya bila dia ada dalam hidup aku sebagai permaisuri hati nanti, dia tak perlu bersusah-susah. Itu janji aku pada Pak Wan Radzi.

Dalam aku keletihan tu, tiba-tiba bahu aku dicuit oleh orang.

"Woi, cepatlah! Aku tak boleh nak park kat situ lama-lama," kata Zizan.

"Woih, dah sampai dah kau? Okay, okay!" aku terus capai beg dan terus bergerak mengekor Zizan.

Aku masuk dalam kereta, Natasha menoleh aku ke belakang dari seat depan.

"Eh, Nat?"
"Hafiz! You dari mana ni?"
"Flight baru sampai dari Heathrow."
"Seriouslah? I baru sampai dari London jugak."
"Actually dari Barbados. Flight berhenti transit kat Heathrow."
"Barbados? Wow! Best gila pergi tempat macam tu!"
"Haha, you tak tau, Bangladesh pun I pergi hari tu."
"You kerja apa ni?"

Zizan masuk dalam kereta.

"Nat, pakai seat belt. Nanti mampos kena marah."
"Your dad is Prime Minister pun kena marah?"
"Kena marah dengan my dad la! Kepimpinan melalui tauladan!"
"Ok, fine Zizan bin Datuk Seri Azmi!"

Natasha tarik seatbelt kemudian meneruskan perbualan.

"Okay, sambung. You kerja apa ni?"
"I pegawai teknikal dan multimedia untuk SUKOM. Commonwealth Games."
"Wow, Hafiz! Masa Queen bagi baton kat Buckingham Palace tu, you ada la?"
"Oh, yang tu untuk Victoria, tahun ni punya. Kat Canada. I takde, tapi boss I je ada. This August, upacara penutup for that Commonwealth Games, baru I pergi untuk handle technical for Wijayapura 98 punya section."

"Orang penting Sukan Komanwel ni, Nat. Besok kalau papan tanda stadium tu rosak teknikal, si Hafiz ni la yang pening!" kata Zizan.
"Tak lah, aku handle hal software, multimedia dengan communication je. Hal teknikal tu stadium la pening, aku nak pening buat apa, hahaha!"

--

Kami lepak di restoran Mexico yang port yang kami semua first time lepak masa mula-mula aku kenal si Zizan ni dulu. Masa aku aku frust gila dengan Adilah, lepas konsert band Ryukyu, Flipper's Guitar tu.

Sebenarnya aku letih gila, tapi disebabkan Natasha pun baru balik dari London, kami sama-sama penat. Jadi kalau dia boleh ajak lepak, kenapa tak boleh lepak.

Zizan belanja kami semua makan lamb chop, tapi aku tak lalu nak makan. Satu kunyah, dua kunyah, jadi tak lalu nak makan.

Sedang aku melepak tu, tiba-tiba ada lelaki berhenti kat meja.

"Excuse me, Hafiz Samsudin kan?"
"Ya?"
"Tengku Ahmad. May I speak with you for a while, in private?"

Kalau ni pasal Hanis, memang aku tumbuk muka mamat ni.

--

Tengku Ahmad bakar rokok Rothmans, dia hulur pada aku.

"Not smoking," kata aku, yang dah janji nak berhenti rokok dengan Adilah.

Tengku Ahmad pandang cincin kat jari aku.

"Oh, faham. Hehehe!"

Eh, dia gelak pulak.

"Boleh aku tanya kau pasal kejadian studio terbakar tu tak?"

Aku terus rasa sentap, dan teringatkan kat Hanis.

"Kau nak tanya pasal apa?"
"Boleh aku tau, kau kat mana masa tu?"
"Aku kat bilik dorm universiti aku. Apasal, kau nak tuduh aku?"
"Relax, chill. Sebab polis tengah tanya aku ni."
"Polis?"
"Hafiz, aku tau, dulu kau rasa aku jahat sebab kau ingat aku pukul Hanis, kan?"

Aku rasa pelik.

"Aku nak beritahu kau, yang sebenarnya, ramai ingat aku yang pukul dia. Dia cerita dengan semua orang, yang aku pukul dia."
"Habis tu, cerita sebenarnya?"
"Bapak ayam dia yang pukul dia. Aku sebenarnya cuba bebaskan dia daripada belenggu ni semua. Tapi disebabkan dia takut untuk dedahkan perkara sebenar, dia cakaplah nama aku. Padahal tak pun," Tengku Ahmad mula membakar rokok.

"Kejap, Hanis jadi pelacur?"
"Untuk kelas atasan. Macam Mastura Rahim jugak la."
"Jadi, kenapa kau tanya aku?"
"Sebab Hanis pernah cakap dengan aku, lelaki yang betul-betul dia akan jujur ialah Hafiz Samsudin. Kau lah tu."

Aku tergamam. Tak sangka Hanis cakap macam tu.

"Sekarang, polis tengah bukak dua fail. Kejadian kebakaran kat studio tu, bapak Hanis yang report. Kejadian stadium Puncak Jaya terbakar, pihak Puncak Jaya FC yang report. 26 orang mati dalam kejadian tu, Hafiz. Bukan main-main ni. Polis syak, kejadian khianat, tapi sampai fail ke atas, diklasifikasikan sebagai accident."

"Habis tu, kau nak aku buat apa?"
"Aku tau, kau dan Hanis dulu dalam kumpulan hacker. Aku tau kau hebat dalam bidang tu."

Tengku Ahmad buka briefcasenya, kemudian menghulurkan beberapa gambar orang yang terkorban.

"Yang mati ni, anak orang, bapak orang, suami orang, adik orang. Berapa ramai yang pilu tentang kejadian ni. Jadi, aku harap, kau boleh berikan sedikit kerjasama."

"Sure," kata aku.

"Yang pasal Hanis tu, aku tau, yang paling terkesan antara semua tu, sebenarnya kau. Kau yang paling sayangkan dia. Alan yang skandal dengan dia pun, nampak macam tak peduli."

"Kau tau ke siapa yang bakar stadium tu?"
"Belum tahu, sebab tu aku tanya kau. Aku nak kita clear kat sini, supaya aku tak tersalah tuduh."
"Jadi, kau tuduh aku?"
"Bukan, Hafiz. Aku sedang jalankan siasatan. Peguam aku pun sedang kumpulkan fakta. Sekarang kau dalam senarai saksi."
"Saksi?"
"Ya, kes ni sedang dibawa ke mahkamah. Kes sekarang, keluarga Puncak Jaya JusticeFor26 ni sedang bawa Polis Diraja Gelanggayu untuk dakwa yang mereka tak menjalankan tugas dengan amanah. Mereka suspect ada campur tangan orang besar."

"Kau suspect sesiapa?" aku tanya dia.

"Yang bakar stadium atau yang bakar studio?"
"Dua-dua?"
"Yang bakar studio, aku syak bapak ayam dia, atau sepupu aku."
"Sepupu kau?"
"Tengku Aminah. Dia crush dengan Alan sejak zaman Digital Tribe. Dia obsessed, bukan crush. Sebab tu dia bakar Hanis. Mujur Nat tak kena apa-apa."
"Takkan sampai macam tu?"
"Kau tak kenal si Mina tu macam mana dia punya gila. Dia psychopath. Kalau dia nak, dia nak. Dia akan buat apa saja untuk dapat apa yang dia nak."
"Yang bakar stadium?"
"Sebelum ni, kau dengan seorang lagi. Tapi sekarang, aku nak kau testify kat mahkamah, buat akuan bersumpah, cakap kau kat mana masa kejadian stadium terbakar tu."
"Aku kat bilik dorm universiti, masa tu final subjek C++. Dan, aku tak minat bola, jadi aku tak ke stadium ni semua."
"Macam tu, ada tinggal seorang saja suspect orang yang bakar stadium tu?"
"Siapa?"
"Azlan."

Berubah muka aku bila dia cakap macam tu. Seolah-olah macam ada guruh halilintar yang menghentam bumi. Sebab aku pun syak benda yang sama. Cuma aku mengenangkan dia kawan aku, jadi aku tak nak suspect bukan-bukan.

"Macam ni, Hafiz. Here's my card. Aku harap sangat kau hubungi aku untuk bantu aku dalam kes ni. Sebab nama baik aku sebagai bekas pemilik kelab Puncak Jaya FC, tercemar. Apa-apahal, contact me."
"Okay. Tengku?"
"Call me Jimmy."
"Jimmy?"
"Yes, dari kecik orang yang aku rapat, panggil aku Jimmy. Ada apa?"
"Aku minta maaf sebab aku ingat selama ni, kau yang bakar studio tu."
"Tak tergamak aku nak bakar orang yang aku sayang, Hafiz. Aku tahu, kita berdua cintakan perempuan yang sama. This is for her justice."

Jimmy salam dan kemudian peluk aku.

"Aku harap kau dengan tunang kau bahagia."
"Mana kau tau aku dah bertunang?"
"Cincin kau pakai tu, cincin tunang. Design tu. Cincin kahwin lain bentuk dia. Observation aku memang tajam."

Dia terus bergerak ke arah keretanya, kemudian berhenti.

"Lagi satu, hanya sebab aku ni keluarga al-Daulah, aku tak jahat macam diorang!"

Aku mengangguk.

"Aku minta maaf, Jimmy!"
"Takde hal! Ada masa, jom lepak!"

--

Natasha

Hari ni ada meeting BOD Nadi Citra, dan I nak present my proposal untuk jadikan project daddy di Teluk Chendana, yang dulu hampir jadi ibu negara tu, dihidupkan semula untuk projek Silicon Valley Gelanggayu.

Tapi untuk berdepan dengan Damian ni, I kena berpura-pura untuk baik dengan dia. Kenalah pakai topeng berpura-pura lagi.

First day driving at Wijayapura after four years tak drive, quite scary, actually. Dulu jalan tak sesibuk ni. Dulu construction jalan tak sebanyak ni. Dan dulu, tak ada banyak highway macam sekarang ni.

Wijayapura, pada I, transforming because of Commonwealth Games. Everything yang dibina, baik new shopping mall, new roads, new railways, new stadium, new subway stations, semuanya dibina untuk support for the Games.

Tapi habis Sukan Komanwel nanti, projek ni semua jadi apa?

Semalam Zizan ada cakap, masa lepak dengan Hafiz, yang Commonwealth Games ni would be his dad limelight before he resign. Dia kata, next election will be his father's last election.

Maybe this is why Gelanggayu put so much effort untuk Sukan Komanwel ni. Imagine, when Scotland anjurkan Commonwealth Games, Edinburgh 1986, as far as I can remember, tak ada pun siaran langsung, just a small 5 minute news kat segmen sukan.

I remember the stadium for that Commonwealth Games, was only at 3,500 capacity. And Gelanggayu join the boycott pada masa tu because of them allowing apartheid South Africa to join the Games.

In 1990 when it was in Auckland, stadium Sukan Komanwel cuma 35,000 capacity, which is they claim, the biggest stadium that ever hosted opening ceremony for Commonwealth Games.

This year, according to Hafiz, stadium Victoria for Commonwealth Games tu cuma 5,000 orang je stadium dia.

Which is why on hell Gelanggayu nak bina stadium sampai capacity 80,000 orang, which such a massive infrastructure, for this tiny little games?

But Zizan cakap, his dad wants to leave office with a bang, so tak ada la dia dilupakan. After all, sejak dia jadi Perdana Menteri, it was always his Deputy yang lebih menyerlah.

During Imad's era, hampir semua projek syarikat dia je dapat. Termasuklah projek ibu negara baru di Kota Warisan.

During Rahizan's, barulah nampak openness dan banyak syarikat Datuk Mohd Nor dapat untuk tender projek.

But regardless, I'm here to continue daddy's legacy. Kalau Datuk Abdullah failed to build the future capital city of Gelanggayu, I'm going to build his dreams - by turning it into multi-billion futuristic Silicon Valley.

--

Faridah dan Aziz duduk di luar rumah baru yang baru dibeli oleh Merlina di Katanning, Australia. Apa yang terkejutnya oleh Faridah, rupanya ada ramai orang Melayu yang tinggal di sini. Katanya sebahagiannya datang dari Pulau Cocos, tapi ada juga yang berhijrah kerana pada era British menjajah Gelanggayu dahulu, Sultan Amiruddin banyak membeli tanah dengan British di sini, dan membuka ladang di Australia Barat.

"Kaya betul Sultan Gelanggayu ni rupanya. Banyak tanah dia dekat sini," kata Aziz.

"Zaman almarhum Sultan Amiruddin, dia banyak beli tanah kat sini. Bila anak dia pulak, almarhum Sultan Jaafar, dia beli tanah kat Amerika pulak. Masa tu Jeneral Yahya jadi Duta Amerika. Masa tu ayah Azlan jadi anak angkat dia, duduk sana."
"Ibu, ayah Azlan, ayah Aziz la. Apa la ibu ni," Aziz tegur Faridah. Tapi Faridah senyum sahaja.

"Ibu?"
"Apa dia?"
"Kenapa semua orang-orang kenamaan, macam Pengetua, macam Tengku Ariffin, ramai Datuk-Datuk, semua nak rapat dengan Azlan? Aziz tak faham?"
"Ada cerita panjang tentang tu yang aku susah nak cerita kat sini," kata Faridah sambil menjeling ke arah pintu, kalau-kalau orang Tengku Norman ada mendengar. Tambahan pula Hashim pun bekerja sebagai pegawai di Bukit Istana.

"Kenapa, ibu?"
"Aku sebenarnya tak sedap hati pasal Azlan ni. Naluri aku sebagai seorang ibu, merasakan dia macam dalam bahaya."
"Bahaya, kenapa?"
"Entah. Masa tadi nak pergi keluar dari rumah, ibu tak sedap hati. Macam ada sesuatu yang buruk akan jadi pada dia. Tapi ibu harap firasat ibu ni silap lah."
"Ibu jangan risaulah. Mesti Ali akan jaga dia punya. Dia tu gangster besar Wijayapura. Dia mesti jaga Alan punya."
"Bukan, bukan tu. Entahlah, aku susah nak explain dengan kau benda macam ni."

Aziz makin pening dengan ibunya. Tetapi Faridah tetap merasa sesuatu bakal terjadi kepada Azlan.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top