1994 part 3
Azlan
"Tutup mata," kata Tengku Aminah sambil memimpin tangan aku menuju ke belakang villanya.
Dia tak puas hati lagi, dia ambil kain berwarna hitam dan menutup mata aku.
"Ada apa ni?"
"Surprise."
Sampai kat belakang rumah, dia suruh aku berhenti.
"Okay, bukak kain tu."
Aku nampak kereta Jaguar XJ220 warna silver depan mata aku.
"Kereta siapa ni?"
"Kereta you la. Kereta Aston Martin hari tu dah kena hempuk bangunan runtuh, takkan you nak pergi function ke, gala event ke, pakai kereta tin susu kawan you tu?"
"Serious lah?"
"Ya, serious. Cuma, lepas ni, please stop looking for other girls," Tengku Aminah memeluk leher aku.
"Tengku..."
"Why?"
"I'm not ready for relationship, Tengku. I baru je break up."
"You broke up 1992. Sekarang dah 1994. Sampai bila lagi you nak deny cinta I?"
"Give me some time, okay?"
"Okay, Ace. Kalau macam tu, no Jaguar, for you," terus dia masukkan kunci kereta Jaguar tu dalam purse dia.
Telan air liur aku.
"Tengku..."
"Dah berapa kali I cakap, call me Mina. I told you lama dah."
"I'm sorry."
"Alan, mungkin you tak tahu, tapi lepas kereta you kantoi parking kat Tower Heights masa bangunan tu runtuh, there's a lot of people dah start having doubt on you. Pengetua dah risau. So far, only me and my dad are having faith in you. Please."
"I dah ceritakan apa yang berlaku, kan?"
"Yes, I percaya cerita tu, with all my heart. But others? So please, accept your privilege, with responsibility. I kan ada. I tak cukup cantik ke untuk you?"
"No, it's not about cantik ke apa. It's about..."
"Our class? You tak boleh berfikiran macam ni sampai bila-bila. Class is social construct, not by nature. Benda tu boleh ubah. One day kalau you akan jadi Presiden Republik Gelanggayu, you kena juga berdepan dengan kings and queens, presidents and prime ministers. You tak boleh terus berfikiran macam ni. And you beruntung sebab my dad and I masih terus sokong you."
Aku kelu, tak tahu nak cakap apa.
"You tak sedar, ramai orang nak position you ni. Any time, akan ada orang yang tikam you, including your best friends. Politics is a vicious game. Sesiapa je boleh dipergunakan demi kepentingan. Lagi satu, keep in touch with your family. Kalau you ada problem dengan family you, I boleh bawa you jumpa mereka. Bawa Jessie sekali."
"Complicated problem family I ni..."
"It's complicated until somebody take action and resolves it. I can do that for you. I will do anything for you, Azlan. My dad believe in you, I believe in you. Hantar kereta tin susu kawan you ni ke rumah, I follow dari belakang drive kereta ni, then bawa Jessie jumpa your family. I bawa korang semua dinner kat satu tempat hari ni. I dah book."
"St. Pierre?"
"I kurang minat makan di St. Pierre. Ada satu tempat baru, nama restoran tu, Gaúcho's. Restoran ni sediakan Argentinian steak. Okay?"
"I kena hantar Jessie balik before maghrib."
"Tell Uncle Danny and Mak Su you, I belanja korang semua dinner. They will be fine."
"Okay, Tengku."
"Aip," dia letak jari telunjuk di bibirnya. "Call me, Mina. From now on, Mina, kalau tak, I ambik kunci kereta ni."
Dia kemudian betulkan kolar baju aku, dan memandang mata aku sambil betulkan ikatan tali leher aku.
"Handsome boy."
--
Aku tiba di rumah ibu dengan kereta Jaguar, dan sebaik sahaja aku sampai rumah, abang aku Aziz tergamam sampai banjir pasu bila dia siram pokok bunga.
"Along, siap cepat. Kawan aku nak belanja makan."
"Kat mana?"
"Jangan banyak tanya. Pakai kemas sikit."
Aku masuk ke dalam dan ibu aku terkejut bila aku pulang ke rumah.
"Lan, lama kau tak balik?"
Aku terus cium tangan ibu.
"Ibu, siap cepat. Kejap lagi Tengku Aminah ajak dinner. Pakai lawa-lawa tau."
--
Uncle Daniel, Mak Su dan Jessica tiba di Gaúcho's awal, diikuti oleh Tengku Ariffin, Tengku Aminah dan Suzaine.
Aku tiba lambat sikit memandangkan keadaan trafik di Puncak Jaya memang teruk sebab pembinaan lebuh raya yang menghubungkan bakal Kompleks Sukan untuk Sukan Komanwel dengan pusat bandaraya nanti.
Mak Su melambai tangan ke ibu, tetapi ibu tidak mempedulikan Mak Su. Melihat reaksi itu, Tengku Aminah tanya aku kenapa sampai macam tu.
"Kenapa tu?"
"I tak tahu."
"Mesti ada konflik keluarga ni."
"Cerita tu I tahu. Pasal Mak Su dulu kahwin dengan Uncle Daniel, berlawanan parti dengan arwah atok I masa 1982 general election."
Suasana makan malam tu agak dingin, dengan hanya Tengku Ariffin dan Uncle Daniel sahaja yang rancak berbual. Suzaine, yang tak faham bahasa Melayu atau Inggeris sekali sekala bertanya pada Tengku Aminah atau aku dalam bahasa Perancis.
Tengku Aminah berbisik pada aku.
"Jom, keluar kejap."
Tengku Aminah mahu menyelesaikan masalah keluarga aku, sedangkan aku sebenarnya tak berminat untuk selesaikan. Bagi aku, tak perlu dipaksa pun kehendak ibu aku untuk berkerat rotan berpatah arang dengan Mak Su.
"Azlan, keluarga ni penting. Tapi kalau ada orang yang lebih pentingkan ego dan kuasa daripada hubungan keluarga, yang ini masalahnya. Dalam situasi you ni, sangat penting you buat hubungan ibu dan Mak Su you kembali pulih. Kalau you tak fikirkan macam tu, I yang concern, okay?"
"But why?"
"Because I memang nak jadi ahli keluarga you. I tak nak bila kita dah kahwin nanti, keluarga you berpecah belah. Lagipun Uncle Daniel pun baik, dan Jessica pun rapat dengan you. You kenalah bagi ibu you berbaik balik dengan Mak Su."
--
Dalam kereta, ibu aku diam sahaja memeluk tubuh. Abang aku, Aziz bawa kereta dia sendiri, sebab kereta aku ni cuma ada dua seat je.
"Ibu marah Lan ke?"
"Ibu tak marah kau. Ibu tak selesa bila Mak Su kau ada."
"Kenapa? Ibu tak boleh nak berbaik-baik dengan dia?"
"Kata-kata dia masa dia nak kahwin dengan Daniel dulu melukakan arwah atok kau. Dan sebab tu, dia meninggal dalam keadaan sedih."
"Ibu, arwah atok dah meninggal lama dah pun. Ibu berbaiklah dengan Mak Su. Dia sedia nak minta maaf."
"Habis tu tadi kenapa dia tak nak cakap?"
"Dah ibu dari tadi muka muncung je, dia jadi takut."
Ibu diam sambil memandang cermin.
"Lan bawa ibu jumpa Mak Su kat rumah dia nanti, ya? Jumpa anak dia, Jessica."
"Anak dia yang tadi tu, nama Jessica?"
"Ya, ibu. Lan rapat dengan dia."
"Nama anak pun nak letak nama mat salleh! Nak jadi kafir agaknya!"
"Ibu...kalau dulu ibu boleh terima Natasha yang kacuk Denmark, takkan la anak saudara sendiri tak boleh? Jessica tu bijak budaknya, ibu."
"Ye lah."
--
Keesokan harinya, Tengku Aminah mengajak aku membawa Jessica untuk ke Wijaya TV, untuk menghadiri ujibakat Bintang Kecil, sebuah rancangan TV yang baru diterbitkan.
Bukan main seronok Jessica bila dengar dapat masuk TV seawal usia 10 tahun. Dia terloncat-loncat sambil ibunya sedang menyikat rambutnya.
"Jessie dah ready ke nak nyanyi lagu apa?"
"Dah!" Jessica memandang aku dengan senyuman.
"Lagu apa?"
"Kak Mina suruh Jessie nyanyi lagu Untukmu!"
"Okay, make sure hafal lirik."
"Jessie dah hafal lirik sebab tiap hari nyanyi kat karaoke!"
Aku memandang Mak Su, tersenyum saja sambil menyikat rambut.
Dalam kereta, aku dan Mak Su hanya tahan telinga mendengar Jessica menyanyi dalam kereta.
"Angin bayu membawa diriku, sepintas lalu ku terkenangkanmu, memori silam meresap malam, kenangan bersama bersama selamanya!"
Aku tak suka lagu ni, sebab lagu ini mengingatkan aku pada cinta aku yang gagal dengan Natasha. Lagu ini mengisahkan cinta jarak jauh, berpaut janji dari kejauhan. Aku tak percaya cinta jarak jauh akan mampu bertahan.
Kerana exhibit A, kes aku dengan Natasha. Macam tu je cinta aku putus. Tetapi disebabkan lagu Feminin ni lagu pop yang mudah dihafal oleh kanak-kanak 10 tahun macam Jessica, aku rasa lagu tu memang sesuai untuknya, jadi sebagai her favorite cousin, aku kenalah memberi sokongan.
Setibanya aku di Wijaya TV, Tengku Aminah dah melambai tangan pada aku dan Jessica.
"Kak Mina, Kak Mina!" jerit Jessica.
"Jessie dengan Mak Su, pergi ke tingkat dua, dekat bilik nombor lima. Kat situ ujibakat berlangsung. Good luck tau. Kak Mina ada benda nak cakap dengan Uncle Alan kejap."
Aku mengikut Tengku Aminah ke pejabat ayahnya, dan sambil berjalan tu, aku lalu ke department berita.
Adilah baru nak keluar menuju ke studio berita untuk membaca laporan berita tengah hari, dan terserempak antara aku dan Tengku Aminah.
"Dila!" aku panggil nama dia.
"Oh, Alan! Tengku," dia sebut nama Tengku dengan nada perlahan tanda hormat, tahu yang dia ni anak kepada bosnya.
Aku memandang pada Adilah, senyum. Tapi Adilah seolah mahu mengelak.
"Saya pergi dulu. Kena bersiap, lagi 10 minit on air."
Lidah aku terkelu, sebab aku mahu mengajaknya keluar makan lagi, tapi memandangkan Tengku Aminah ada di sebelah tengah pandang slack pada aku, jadi aku hanya mengangguk sahaja.
"Kenal ke Dila tu?" tanya Tengku Aminah.
"Dulu satu universiti. Rumah dia pun dekat dengan rumah I."
"Ooo," tapi aku faham sangat Tengku Aminah ni. Dia pandai downplay perasaan dia. Dia buat muka tenang, tapi aku tahu, dia cemburu.
Adilah, makin cantik kau sekarang. Takkan aku nak biarkan kau macam tu je.
--
Adilah
Ooo, pandai jugak si Mina ni susun strategi. Tau-tau je, dia dah berkepit dengan Azlan macam pakwe dia. Dia ni memang patutlah jadi juara blackjack. Memang pandai buat muka poker face.
Dengan menggunakan pangkat kerabat dia, kemudian bagi Azlan kereta Jaguar, boleh la dia gunakan untuk pikat Azlan.
Tapi aku tak rasa Azlan mencintai Mina pun. Cuba tengok bahasa badan dia. Dari tadi nampak canggung. Kemudian dari tadi terpandang-pandang aku.
Nampak sangat dia dah asyik ingatkan pada aku lepas kena minyak senyonyong tu.
Sekuat mana pun kau pakai darah kerabat kau, minyak senyonyong aku jauh lagi kuat. Aku akan tumpaskan Azlan, dan kau akan menangis nanti.
Kau cuma budak kecil sahaja pada Azlan, Mina. Dan kau cuma adik-adik pada aku.
--
Merlina membelek-belek surat khabar dan melihat harga saham naik, tapi dah tak secemerlang dulu.
"Apasal ek, dah tak naik banyak? Ni ke tahap maksimum kita boleh pergi?" tanya Merlina dalam hati.
Dia tak sedap hati, dia terus call remiser sahamnya dan mahu menjual semua stoknya.
Selepas menjual semua saham-sahamnya yang terkumpul bernilai RG15 juta, Merlina terus telefon ayahnya.
"Ayah, betul ke hari tu Tengku Norman nak jual tanah dia kat Australia?"
"Haah. Keluarga al-Daulah sekarang banyak hutang sebab kes Bank Negara si Tengku Razak buat. Kenapa?"
"Mer nak beli tanah dia sikit. Tak banyak pun."
"Hah?"
"Ye lah. Mer serius ni. Tanah dia kat Australia tu banyak kan? Apa nama tempat dia tu? Katanning? Berapa dia jual? AUD 2 juta? Dalam RG5 juta lebih la. Takde, Mer dah jual semua saham Mer. Takpe la, nanti bila ayah dah bersara nanti, kita ada la rumah kat Australia. Okay, cakap dengan Tengku Mahkota yang ada orang nak beli tanah tu. Dia mesti jual punya tu. Okay, baik ayah."
Merlina letak telefon kemudian dia melepaskan nafas yang lega.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top