1993 part 9

Azlan

Khamis

Pagi tu hujan renyai dari subuh sampailah jam 8 pagi. Aku perlu bertemu dengan Datuk Bakri, yang bakal menjadi Pengerusi SPR tahun depan, untuk aku berjumpa dengan Datuk Rahizan.

Tapi ia perlu dilakukan di tempat yang rahsia serahsia-rahsianya. Aku menggaru-garu kepala tentang macam mana aku nak berhubung tanpa diekori orang.

Maka aku pun rembat hoodie si Kecik, kawan kepada Ali. Memandangkan nama dia pun kecik, maka hoodienya pun keciklah juga. Agak sempit untuk lelaki berdada bidang macam aku ni.

"Alahai bodoh la kau pergi rembat sweater si Kecik tu, nampak macam sarung nangka, Lan," kata Ali.

"Habis tu, aku nak pakai apa?"

Ali menghulurkan hoodie yang saiznya macam aku. Tapi yang celakanya boleh pulak hoodie ada lambang daun jari lima.

"Kau ingat aku ni tokan ganja ke, pakai macam ni nak masuk pejabat Menteri?"
"Ah dah tu, kau pakai hoodie camni pun macam la tak kena judge? Kau masuk je la dengan aku. Biar aku pakai suit kau. Orang tak kenal aku."

Kesimpulannya, Ali pakai suit aku, dan aku pakai hoodie tokan dadah dia.

--

Dalam kereta, Ali pasang lagu Cypress Hill, Insane In The Brain.

"Pakai kalung CD ni, baru nampak true."

Aku tepuk dahi, dah kenapa pulak aku kena dress up macam budak hiphop ni?

Dalam kereta, si Ali ni boleh balut dulu dalam kereta. Bau semerbak daun lima jari menyelusuri jaket hoodie aku.

"Li, aku ni nak jumpa Timbalan Perdana Menteri. Kau boleh pulak bal kat dalam kereta?"
"Rilek la Lan. Nerd la kau ni," dia hembus asap tu macam Gelanggayu ni Jamaica.

Nak tak nak, aku kena bergantung pada mamat ni juga. Apa boleh buat, Ali ni la orang pertama yang mengajar aku hisap daun ni.

Sampai ke pejabat Datuk Rahizan, aku terus paging Datuk Bakri.

"Salam Datuk, Ace ni. DR ada kat office? Ada hal urgent."

Pager pulak bateri dah nak mati. Kenapalah pager ni tak digabungkan je dengan telefon bimbit besar batu bata ni?

--

Datuk Bakri geleng kepala bila tengok penampilan aku.

"Kau rembat baju tokan mana pulak ni?"
"Datuk, saya rasa saya diekori. Sebab tu saya perlu silent off kejap."

Mujurlah aku ada nombor pager Datuk Bakri. Kalau tak, mampos aku tak dapat masuk office dalam dress up macam ni. Ali pulak jalan berlagak dengan suit aku.

"Kau hisap daun Bob Marley ke, Ace?"
"Tak, dia ni yang hisap."

Ketawa Datuk Bakri. Macam dia pulak yang kena asap daun tu pulak.

--

Aku menceritakan peristiwa semalam pada Datuk Rahizan. Daripada si Jessica kena acu dengan pisau, sampailah ke hal Datuk Sidek hantar orang untuk aku masuk ke dalam rumah Mastura Rahim.

Ali pulak melepak kat kafetaria, sebab tak ada urusan dalam pejabat ni.

"Dia ingat gambar dia pergi bercuti dengan Mastura Rahim kat Mexico tu, ada kat rumah Mastura. Padahal ada kat aku."

Datuk Rahizan mencampakkan gambar-gambar Datuk Seri Azmi yang berjalan-jalan di sekitar San Pedro dan Acapulco dengan Mastura Rahim yang berpakaian seksi.

"Tayang gambar ni kat orang kampung, confirm kalah teruk pilihanraya," Datuk Rahizan ketawa.

Boleh tahan gatal juga orang tua ni.

"Mastura ni kerja untuk siapa?"
"Kerja untuk duit. Siapa saja yang nak servis dia, dia buat, asalkan bayar dengan harga yang sedap."

Jadi, yang masa aku kena tolak dalam toilet tu, ada orang upah dia? Aku dah kena trap?

Tapi siapa yang bayar Mastura untuk buat kerja macam tu pada aku?

"Hal ni, tak payah risau. Tapi kau kena lay low dulu. Silap-silap aku kena tangguhkan dulu hal kau nak jadi calon ahli parlimen untuk pilihanraya akan datang. Nama kau tengah panas."

Aku dah tepuk kepala aku. Aku kena cari juga kalau ada gambar aku kat mana-mana. Tapi Mastura simpan ke gambar tu? Lagipun peristiwa tu pun tahun 1990. Dah lama dah.

"Rilek, Lan. Kat sini biar aku settle. Kau pergilah menyorok sampai reda benda ni."

Datuk Rahizan tepuk bahu aku. Jadi aku terus bersalam untuk ucapkan selamat beransur.

"Lagi satu, kau datang dengan Ali ke?"
"Datuk kenal dia ke?"
"Aik, dia yang tolong aku dulu. Mestilah jasa dia sentiasa dikenang."

Aik? Ali pernah tolong Datuk Rahizan? Bukan ke dia anti betul dengan geng Diamond Hijau?

"Kirim salam Ali," Datuk Rahizan tersenyum sinis. Sinis senyuman tu lain macam.

--

"Ali, Datuk kirim salam."
"Hah? Datuk mana?"
"Datuk Rahizan. Dia cakap kau pernah tolong dia. Kau tolong apa? Bukan kau tak suka geng Diamond Hijau ke? Dia kan ayahanda Diamond Hijau?"

Muka Ali jadi merah pucat.

"Peristiwa lama. Nanti aku cerita."

Ada benda pasal Ali yang aku tak tahu ke?

Aku makan di sebuah restoran Suvarnabhumi yang dibawa oleh Ali. Ali kata tempat ni private, takde orang yang tau kecuali orang-orang tertentu.

Aku masuk je, semua panggil Ali, 'boss'. Kenapa side sini, aku tak tahu? Kalau ni budak geng Gagak Merah, kenapa takde sekor pun yang aku kenal?

"Li, siapa dorang ni? Kenapa dorang panggil kau bos? Lagi satu, dorang ni budak Gagak Merah ke?"
"Ni geng aku. Ayam Hitam."
"Kau buat kongsi lain ke Li? Kau nak mampos ke? Bang Iz tahu ni, mampos kau nanti."
"Bang Iz tahu, kau orang pertama aku cari dulu, Lan."
"Ali, baik kau beritahu aku, apa sebenarnya yang berlaku?"

Ali menghembuskan asap rokok dan tiup ke atas.

"Sejak Az dengan Wak biarkan aku tersadai kat Sungai Banol sorang-sorang, aku tak percaya pada Gagak Merah. Jadi, satu hari, Datuk Rahizan upah aku, dan lari ke Suvarnabhumi."

"Upah kau? Upah kau buat apa?"
"Kalau aku beritahu kau ni, maknanya aku percayakan kau dengan nyawa aku dengan kau."

Kedengaran serius.

"Janji dengan aku, kau takkan pecah di mulut? Kau pecahkan rahsia ni, aku cari kau sampai lubang cacing."
"Okay, aku janji aku tak beritahu sesiapa."
"Datuk Rahizan upah aku untuk bunuh Datuk Seri Imad masa dia kat Melaut."

Terbuntang mata aku bila Ali cakap macam tu.

"Seriuslah, Ali?"
"Dengan duit tu, aku lari ke Suvarnabhumi, buat geng aku sendiri. Aku bina sindiket seludup barang kat sana. Datuk Rahizan nak supply senjata kat pemberontak, orang-orang aku yang hantar. Pelacur-pelacur kat sini, semua aku yang hantar ke sini. Segala jenis dadah pun aku yang bawak."
"Macam mana kau buat?"
"Ada la ilmu sihir aku ambik dari dia ni. Aku nak jumpa dia kejap lagi ni. Nak bayar duit pengeras."
"Ilmu apa ni?"
"Ilmu ghaib, ilmu hitam, santau, ilmu pengasih. Kau besok dah jadi calon pilihanraya pun kena pasang juga ilmu penggerun. Supaya orang takut dengan kau. Ilmu pengasih, supaya orang ikut cakap kau."

Next level si Ali ni punya game. Main bomoh terus.

"Aku ni ada hajat sebenarnya, Lan. Dari dulu aku tak pernah minta favour kau, tapi kali ni aku mintak."
"Apa dia?"
"Aku nak main dengan Mastura. Dah lama asyik jadi modal kat jamban tengok majalah je, aku nak main real."
"Hish, kau ni gila ke apa, Ali? Karang kena sabit rogol pulak?"
"Kau nak tolong aku adjas ke tak?"

Aduh, kalau cakap tak karang, mamat ni dah banyak tolong aku. Tolong selamatkan nyawa aku.

"Tapi macam mana?"
"Kau tau rumah dia kat mana?"

Aku tau rumah dia, cuma masa dengan penculik semalam tu, aku saja je cakap aku tak tahu. Tapi dengan Ali ni, takkan aku cakap aku tak tahu?

"Camni member, kau mintak tolong aku, ada tak kurang daripada 10 minit, aku sampai? Aku mintak tolong kau sikit pun tak boleh ke?"

"Tapi Ali, macam mana?"
"Kita jumpa tok bomoh tu, untuk pakai ilmu pengasih kat Mastura. Lepas dapat romen tu, chow la. Aku janji aku pakai kondom. Tak pancut dalam. Kau jangan risau la."

Serba salah aku dibuatnya.

"Kerja kau cuma tunjuk mana rumah dia je, tu je. Kau tak payah nak kecoh ke apa kat dia."

Memandangkan aku takde apa perasaan kat Mastura, lagipun dah ramai pun pakai dia, aku jadi tak kisahlah.

--

Malam tu dia berjumpa dengan tok sami Suvarnabhumi yang bernama Paraporn Sricharmarvan. Untuk memudahkan sebutan, aku sebut Paraporn atau sami Suvarnabhumi je.

Selepas mengasapkan gambar Mastura, dan memerah limau ke gambar, sambil baca mantera dalam bahasa Sanskrit, dia kemudiannya memberikan sebotol minyak dagu dan air yang diasapkan kemenyan.

Selepas membayar sejumlah wang yang banyak, dia terus gerak ke kereta. Jadi, lepas ni, aku kena pergi ke rumah Mastura, tunjukkan kat mana rumah Mastura, untuk mamat ni pecah masuk rumah dia ni dan calitkan minyak dagu kat hidung dia.

"Boleh percaya ke benda-benda macam ni, Li?"
"Kau tengok je aku buat. Kau jangan ikut pulak. Kau kan alim, sembahyang tak tinggal. Benda camni khurafat."
"Ye lah, kau dah tau benda ni khurafat, yang kau pergi buat, buat apa?"

Ali menyengih pandang aku.

"Aku ni manusia yang bakal masuk neraka, Lan. Dah kalau bidadari syurga aku tak dapat, baik kejar bidadari dunia je. Cara jahat pun jadik."

Aku tau "all is fair in love and war", tapi taktik macam ni, aku tak pernah terfikir nak buat.

Sampai di depan rumah Mastura, aku tunjukkan mana pintu rumahnya. Ali kemudian merenjis-renjis air kemenyan tadi di depan pintu rumah Mastura.

Dengan skill membuka pintu rumah yang terperinci, dia pecah masuk tanpa bunyi bising.

"Fuh, harumnya bau rumah ni!"
"Weh, bodoh. Jangan cakap kuat-kuat la, nanti dia dengar."

Risau pulak aku dengan kerja mamat ni.

"Aku sembur dah depan pintu rumah tu. Kau jangan risau."

Perlahan-lahan, dia masuk ke bilik Mastura yang sedang enak beradu. Dia calitkan minyak dagu tadi pada hidung Mastura, kemudian dia calit minyak dagu tu kat leher dia.

"Jom, chow. Besok dia mesti tak keruan cari aku lepas dia bangun tidur."

Lepas kunci balik rumah, aku kembali ke rumah Ali. Aku masih musykil terhadap ilmu-ilmu yang macam ni. Tak pernah pun Pengetua ajar aku benda-benda yang macam ni?

--

Jumaat

"Kau tak mandi ke?" aku tanya Ali.
"Aku nak buktikan pada kau keberkesanan minyak dagu dia ni. Aku tak mandi pun dapat main dengan artis."

Tang benda macam ni aku lagi tak boleh masuk akal. Sedangkan orang yang mandi pakai deodorant Follow Me, minyak wangi Dashing tu pun susah dapat makwe.

Inikan pulak kena tak mandi? Bau jibaok macam ni mana ada perempuan nak dekat. Apatah lagi artis terkemuka macam Mastura Rahim tu.

Untuk membuktikan minyak dagu dia ni hebat, dia rilek je pakai baju Punk Not Dead dan jeans koyak dia, dengan kasut Converse koyak ala Kurt Cobain dia.

"Ali, Kurt Cobain yang rock star tu pun mandi."
"Tu Kurt Cobain, ni aku, Ali. Kurt Cobain kalau jumpa tok bomoh minyak dagu ni, dia pun tak minat la jadi rock star. Calit minyak ni kat hidung perempuan, calit minyak ni kat leher, setel."
"Bila sihir ni akan hilang?"
"Lepas main, dia tidur. Lepas tu bila dia sedar, dia dah tak ingat apa dah."

Lepas tu, dia terus ajak aku pergi Tower Heights. Jumpa Mastura kat depan pintu.

Dia tunggu Mastura untuk keluar rumah.

Sebaik sahaja Mastura buka pintu rumah, Ali dah tercegat depan muka dia.

Dari jauh aku perhatikan Ali dan Mastura. Perbualan nampak mesra dan takde sebarang masalah. Akhir sekali, Ali dapat ciuman di pipi.

Masa ni aku terkejut. Macam mana Ali boleh mengayat macam tu punya mudah. Tanpa bagi duit puluh ribu macam Datuk-Datuk tu semua? Atau orang yang ada kepentingan macam aku ni?

Malam tu, dia cakap dengan aku, tinggalkan kunci kereta aku, sebab dia nak cabut lari dengan senang. Sebelum tu, aku nampak Mastura yang sudah berpakaian dalam satin menyambut Ali dengan mesra di depan pintu.

"Serius la?"

Jadi, aku pun tidur dalam kereta. Aku tak dapat bayangkan betapa happynya Ali dapat main dengan Mastura, tapi dengan cara yang macam ni.

--

Sabtu

Esok pagi, aku bangun jam 7 pagi. Hari masih hujan lebat. Aku kelaparan dan aku putus rokok. Takkan aku nak pergi ketuk rumah Mastura pulak untuk mintak Ali rokok?

Jadi, aku pakai je payung dan turun ke warung mamak berhampiran. Aku order roti canai, sambil tu aku nampak tanah lereng bukit tu dah makin melonggar.

Benteng tembok batu kat bukit tu dah mula merebah. Sebagai Ahli Majlis, aku kena bertindak cergas.

Roti canai sampai je, aku baru kunyah roti dua kali, aku nampak bangunan kondominium tu runtuh.

Holifak!

Semua orang berkerumun tepi jalan menyaksikan bangunan tu rebah.

Aku terus bayar mamak tu sepuluh ringgit, tak minta balance. Aku terus berlari menuju ke kondominium tu.

Dalam masa 20 minit aku berlari, sampai aku dah tak dapat rasa kaki aku ni, aku terus rebah bila nampak kereta Aston Martin Tengku Ariffin terhempas dek bangunan runtuh ni. Lagi luluh, Ali ada dalam bangunan tu.

"Ali!"

Masa aku sedang mencangkung meratapi kesedihan tu, kereta Tengku Aminah berhenti di tepi.

"Mana you hilang tiga hari ni?"

Apa aku nak jawab, dengan kereta Aston Martin ayah dia kena penyek bangunan? Dan paling penting, apa aku nak jawab dengan Bang Iz, bila Ali ada dalam bangunan tu?

Kau rasa orang akan percaya ke cerita aku ni?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top