1993 part 7
850,000 ahli Parti Jujur dari peringkat akar umbi memilih presiden parti hari ini. Mereka semua mengundi di cawangan masing-masing, dan jumlah undi akan dikumpulkan di pejabat bahagian parti, sebelum diumumkan oleh pejabat pusat di Wijayapura.
Sebagai ahli Parti Jujur, Daniel Hakim merupakan sebahagian daripada mereka yang mengundi dalam pemilihan kali ini. Selain itu juga, dia juga bertanding untuk menjadi Pengerusi Parti Jujur peringkat negeri Wijayapura, yang masih dipegang oleh Ibrahim Abu Samah.
Daniel Hakim juga merupakan faction pro Shahrizal Hamdi, yang dipanggil "Sayap Perubahan Jujur", golongan muda yang mahu menumbangkan old guard, terutamanya mereka yang dah menjadi relik dinosaur dari zaman Parti Rakyat Tun Rizal.
Di rumah, Datuk Rahizan tak senang duduk. Dia mahu apa yang dirancangnya menjadi kenyataan. Dia mahu Shahrizal Hamdi menjadi Presiden Parti Jujur, kemudian akan menjadi Ketua Pembangkang dengan bertanding sebagai ahli parlimen apabila ayahnya, Datuk Hamdi meletakkan jawatan ahli parlimen nanti.
Kerana selepas ini, tugas membongkar kes forex, penyalahgunaan kuasa keluarga al-Daulah serta menggerakkan idea meminda perlembagaan Gelanggayu, terutamanya Perkara 3 dan Perkara 301 yang menjamin kedudukan keluarga al-Daulah dan Sultan sebagai pemerintah Gelanggayu.
Selepas pemilihan ini, langkah akhir ialah memastikan George Soros untuk memanipulasi nilai matawang, dan seterusnya menjatuhkan ekonomi Gelanggayu. Dengan ini barulah IMF akan mencelah masuk dan memberikan syarat-syarat ketat untuk pinjaman, termasuklah memaksa keluarga al-Daulah untuk melepaskan harta dan aset mereka untuk dijual.
Dan pada masa itu, Nadi Citra yang dipimpin oleh Datuk Mohd Nor, akan membeli semua saham-saham itu dan keuntungan itu akan membiayai pergerakan golongan republikan.
Walaupun Shahrizal Hamdi merupakan pemimpin yang popular dari kalangan orang muda, tapi ahli parti yang tua lebih gemarkan Ibrahim Abu Samah sebagai pemimpin parti.
Terdapat 200 perwakilan yang akan memilih Presiden berdasarkan jumlah kerusi Parlimen dalam negeri-negeri seluruh Gelanggayu.
Dalam perancangan, Shahrizal akan mensensasikan isu-isu ini dan ditambah dengan krisis ekonomi, sekaligus memastikan Datuk Seri Azmi tidak ada pilihan lain selain meletakkan jawatan dan memberikan jawatan tersebut kepadanya.
Sekiranya Shahrizal memenangi pemilihan presiden ini, ayahnya akan meletakkan jawatan selaku Ahli Parlimen Kebun Teh, dan dia akan masuk bertanding.
Dengan ini Shahrizal akan lebih kerap keluar TV, dan lebih kerap mengeluarkan kenyataan yang menyerang institusi Kesultanan Gelanggayu.
--
Setiausaha Agung Parti Jujur, Datuk Shuib Moghni duduk di hadapan kamera, mengumumkan keputusan pemilihan presiden parti.
"Shahrizal Hamdi, 161 bahagian, Ibrahim Abu Samah, 39 bahagian. Presiden baru Parti Jujur ialah Shahrizal Hamdi!"
Shahrizal menaiki pentas, dengan senyuman lebar. Beliau merasa bangga kerana menjadi presiden parti politik paling muda dalam sejarah negara.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada akar umbi, kerana memilih saya sebagai Presiden baru untuk parti ini. Saya berikrar akan menjadikan parti ini sebagai parti yang berkaliber, dan mampu menjadi kerajaan, selepas sekian lama Parti Rakyat dijatuhkan pada tahun 1969 dahulu. Misi saya, Insya-Allah, kita akan menang dalam pilihanraya akan datang. Saya juga akan bertanding dalam PRK Kebun Teh apabila ayahanda saya, Datuk Hamdi meletakkan jawatan nanti, dan sekiranya dipilih, saya akan membawa semua isu rakyat ke Parlimen, dengan tuntas dan bernas, kerana saya sedar dan insaf, bahawa tugas menjadi wakil rakyat, tugas hakikinya ialah untuk rakyat dan hanya kepada rakyat, saya akan berbakti. Terima kasih!"
--
Pengetua duduk di kerusi malasnya, sambil bermain blackjack dengan Tengku Aminah, sambil menonton berita tentang keputusan pemilihan Parti Jujur. Wan Adilah yang membaca berita tersebut.
"Berminat betul Tengku dengan politik Parti Jujur ni?" tanya Pengetua.
"Shahrizal Hamdi will be a great and popular Prime Minister. He's a gem for Gelanggayuan politics in the future."
"Ye ke? Ke sebab Wan Adilah Radzi yang baca berita ni?"
"You think Azlan into this kind of girl? Please. Tak sama level intelektual kot," kata Tengku Aminah, gagal menunjukkan muka tenang seperti biasa.
Pandai betul Pengetua mengusik emosi Tengku Aminah. Dia tahu, kalau sebut nama Adilah mesti dia akan terusik, terutamanya sejak dua menjak ni, Azlan dilihat seperti cuba untuk rapat dengan pembaca berita paling popular ketika ini.
"I told you, patience. One day, his ego will be dropped to your knee, begging you for everything he needs for his political throne. Because in blackjack, it's not about who's put the card first, but who's winning at last."
Pengetua letak kadnya. Royal flush.
"Kalah lagi!" Tengku Aminah menutup mukanya.
"Cuba you kenal family dia, macam Natasha buat dulu. From there, maybe you can understands him. Lagipun, Wan Adilah ni orang Puncak Jaya."
Tengku Aminah rasa tercabar bila Pengetua kata "Wan Adilah orang Puncak Jaya".
"Saya ada appointment dengan Ir. Belinda von Dusseldorf, pakar geologi dari Jerman. Nak tanya sikit tentang geologi di kawasan tebing bukit Tower Heights."
"Kenapa?"
"Sebab Mastura Rahim duduk situ," Tengku Aminah bangun dan fliphair, sebelum mengikat rambutnya dengan riben berwarna merah.
--
Beberapa hari selepas kemenangan pemilihan Parti Jujur, Shahrizal Hamdi datang ke pejabat Radio Millennium.
Faiz teruja bila Shahrizal Hamdi, pemimpin yang popular dari kalangan golongan muda, datang ke pejabatnya.
"Encik Shahrizal, congratulations! Tahniah!"
"Come on, Faiz. Panggil Shah je. If you insist, jom kita mengopi kat Café Medellin? I belanja."
"Ish, tu kopi mahal tu. Kopi Colombia. Takpe ke?"
"It's on me, come on. Jom!"
Shahrizal Hamdi membawa Faiz dengan kereta BMW M Sportnya menuju ke Café Medellin, yang terletak di Menara Tun Jaafar.
Sebaik sahaja capai suratkhabar, Shahrizal capai surat khabar.
"Yes, Manchester United menang lagi!" kata Shahrizal Hamdi apabila membaca result perlawanan dengan Oldham Athletic.
"Encik Shah minat bola ke?"
"Panggil Shah je la. Minat lah, you minat ke?"
"Minat lah. Saya minat Maradona."
Shahrizal tergelak.
"Sekarang, Cantona la king! You minat tak, nanti kita pergi tengok bola kat Old Trafford?"
"Hish, seriuslah?"
"Come on, you dah tolong I. I must repay you back."
"Tapi saya layan Serie A."
"Try layan Premier League la. Sejak Hillsborough, dorang dah banyak improved."
"Cakap pasal Hillsborough, kita pun ada tragedi juga. Pasal stadium bola terbakar dulu."
"Ya, I ingat dulu ni, Faiz. I walaupun sokong Wijayapura United, tapi simpati la juga dengan Puncak Jaya. I think kita kena buka kembali kes ni."
Air kopi sampai. Dua-dua diam seketika.
"Bilanya Encik Shah nak ke Manchester?"
"Hujung tahun ni. Kalau you nak, I book tiket untuk you."
"Nak la!"
"Kalau macam tu, I'll let you know. Tapi dalam hujung tahun ni."
--
Tengku Razak bertemu dengan Datuk Mohd Nor di Zurich dengan hanya satu tujuan, untuk mewakili keluarga al-Daulah untuk meminjam wang untuk menyelesaikan isu skandal forex.
Datuk Mohd Nor kini sudah menjadi top 10 paling kaya di Asia, disamping menjadi orang terkaya di Gelanggayu.
Beliau memiliki aset sebanyak $24 billion hasil pelaburannya, kini menetap di Switzerland kerana urusniaga lebih mudah di situ. Anak sulungnya, Damian yang banyak menguruskan syarikat di Wijayapura.
"Yes, Tengku, ada apa I boleh tolong?" tanya Datuk Mohd Nor, bersilang kaki sambil minum kopi tanpa gula.
"Keluarga al-Daulah tengah ada masalah sekarang. Sejak hal forex tu, kami kerugian besar."
"Sure rugi besar if you guys put all eggs in one basket, Tengku. Mungkin sebab keluarga al-Daulah ni senang dapat semua benda yang mereka nak, jadi tak pandai nak menguruskan."
Tengku Razak menelan air liur atas teguran Datuk Mohd Nor. Kalau di Gelanggayu ni, dah boleh dianggap derhaka.
"Apa, tak betul apa I cakap? By the way, ni bukan Gelanggayu. This is Switzerland. Federal Republic of Switzerland."
Perkataan 'republik' ditekankan.
"Jadi, boleh tak beli bon Gelanggayu untuk bayar kerugian forex tu?"
"Boleh je, tapi better jual je aset yang ada."
"Such as?"
"Utilities, airports, infrastructure, highway concessions."
"Tapi yang tu Tengku Mahkota masih nak pegang lagi kepentingannya."
Datuk Mohd Nor bangun, kemudian menggaru-garukan kepalanya.
"Ini yang masalahnya bila keluarga diraja nak masuk dalam business. Bila tengah rugi, tak boleh nak lepas sebab ada kepentingan. Say to him, kalau tak nak lepaskan pada I, I tak berminat. Atau boleh je loan dengan Sheikh kat negara Arab."
"We thought you're going to help us, our country."
"Well, I cannot help you guys if Royal Family keep interfering people's business. I ni orang niaga. I pun ada kira untung rugi juga. I tak nak bagi duit macam tu je, lepas tu lebur macam tu je."
"Macam nilah, I balik Gelanggayu, I discuss dengan Tengku Mahkota."
"Sure, but let me set my terms and conditions. Kalau boleh, let me discuss with Tengku Mahkota himself."
Selaku Menteri Kewangan, Tengku Razak rasa ini kegagalannya yang paling teruk. Dan bagi Datuk Mohd Nor, sebenarnya dia tunggu aset-aset tu turun harga akibat serangan matawang yang bakal dilancarkan oleh George Soros tahun depan.
Pada masa tu, ego Tengku Mahkota akan jatuh dan terpaksa melutut kepadanya.
--
Tuk, tuk, tuk!
"Assalamualaikum!"
Pagi-pagi lagi ada orang ketuk pintu. Aziz menggosok-gosokkan matanya.
Suara perempuan?
Salesman ke?
Aziz sarung baju, kemudian terus menuju ke pintu.
"Waalaikumsalam, salesman ke? Sorry, tak nak beli," kata Aziz yang masih menggosok mata.
"Saya bukan salesman lah."
Aziz buka mata. Terkejut tengok ada perempuan cantik depan rumah.
"Cari siapa ni?"
"Ini...rumah Azlan Muhammad Niat ke?"
"Ya, tapi dia dah lama tak balik. Ada apa cari dia?"
"Ibu dia, ada tak?"
"Kejap ya. Ibu! Ada orang cari Alan."
Ibu Azlan keluar dari bilik, terpinga-pinga.
"La, Aziz! Kau ni tak semenggah betul. Ni Mina la, anak Tengku Ariffin! Takkan kau dah tak ingat dulu kita duduk rumah dorang di Jalan Cendana?" tegur Faridah.
"Ooohh Mina! Dah besar panjang rupanya. Masa kita jumpa dulu, baby je! Eh, jemputlah masuk!" kata Aziz.
Aziz cuit ibunya, dan berbisik, tapi suaranya kedengaran.
"Ni girlfriend baru Alan ke?" tanya Aziz, dari tepi.
"Ya, saya girlfriend baru dia."
"Dia dah tak dengan budak perempuan yang muka mat salleh tu ke?" tanya Aziz lagi.
"Eh, kau ni. Menyampuk pulak. Pakailah semenggah sikit," kata Faridah kepada Aziz.
"Maaf ya, mengganggu pagi-pagi ni."
Tengku Aminah masuk ke dalam rumah, dan melihat persekitaran ruang tamu rumah Azlan.
"Kenapa dengan Azlan?" tanya ibu Azlan, di dapur untuk menjerang air.
"Dah tiga hari orang tak jumpa dia. Semua orang tanya saya, tapi tak jumpa. Takde siapa tahu ke mana dia pergi."
"Dia pergi Teluk Tenang kot," kata Aziz.
"Aziz, cuba jangan menyampuk perbualan orang, boleh tak?"
"Kalau takde di sini, saya memang nak report polis."
"Azlan ni buat perangai macam ni lagi la ni."
"Maksud Aunty Idah?" kata Tengku Aminah.
"Dia kalau merajuk, dia akan pergi jauh-jauh. Ada sekali tu entah kenapa dia merajuk, dia pergi ke kampung, di Teluk Tenang. Situ memang tak ada line telefon. Memang kawasan ceruk kampung tu."
Air di cerek sudah mendidih. Faridah buat air kopi.
Tengku Aminah menghirup kopi kampung dari Teluk Tenang.
"Sedaplah kopi ni. Kopi ni dari mana ya?"
"Kopi Cap Burung, jenama dari kampung kami di Teluk Tenang."
"Ada macam rasa kopi Acheh."
"Acheh dekat je dari Melaut, jadi ada pengaruhnya di situ."
Aziz buka TV. Ada laporan tentang kondominium runtuh di Tower Heights, berhampiran Puncak Jaya.
"Eh, Tower Heights ni yang kawasan kat bukit belakang ni kan?"
Tengku Aminah terpandang pada kaca TV, dan dia ternampak kereta Aston Martin yang Azlan pinjam dari ayahnya di celah runtuhan.
Tengku Aminah terus keluar dari rumah Azlan, kemudian dia menangis.
"Qu'est-ce que j'ai fait?" dia terus menangis dalam kereta.
"It can't be. Tak mungkin dia pergi rumah Mastura!"
--
Faridah tahu Azlan pergi ke Tower Heights, dan dia tahu yang Mastura Rahim tinggal di situ.
"Budak bertuah ni menyusahkan aku betul! Nak beranakkan dia pun susah, dah besar pun menyusahkan aku! Dah elok-elok kau bakal dijodohkan dengan tuan puteri, dengan perempuan sundal ni jugak kau nak pergi? Apa masalah kau ni!" kata Faridah mengomel seorang diri.
Merlina yang sedang merekabentuk sticker 4U2C sambil mendengar lagu Fiona di radio.
"Amende DJ radio cakap ni lagu rap? Langsung takde rap pun. Ini macam tahap New Kids On The Block je kot. Kalau Nico tu ya la rap," kata Merlina sambil fokus kepada kerjanya.
Tapi Merlina tak boleh nak fokus kepada kerjanya sebab Faridah mundar-mandir.
"Aunty, kalau lagi dua kali aunty mundar-mandir macam ni, aunty dah boleh tawaf seluruh Puncak Jaya dah ni. Apa yang aunty serabutkan ni sebenarnya?" tanya Merlina.
"Azlan la, pergi buat pasal dengan Tengku Aminah. Orang tu nak kahwin dengan dia, dia pergi gatal merenyam dengan si betina sundal Mastura Rahim ni!"
"Mastura Rahim pelakon tu? Handal betul anak aunty ni."
"Handal amendenya? Ni dah kantoi kereta dia orang jumpa kat Tower Heights!"
Muka Merlina berubah bila Faridah sebut Tower Heights.
"Aunty, Tower Heights tu runtuh la. Tadi keluar berita," kata Merlina.
"Sekarang aku dah risau, budak ni hidup lagi ke tak!"
"Entah-entah parking situ je kot, mana tau, dia nak makan roti canai kat mamak bawah tu ke," kata Merlina cuba memberi kata-kata positif.
"Kau ni pun, logik la sikit, Mer. Takkan kau nak parking kereta kat atas bukit tu semata-mata nak makan roti canai kat mamak bawah tu?"
"Mana tau parking takde kat bawah, jadi dia terpaksa parking kat atas?"
"Eh kau ni Merlina! Aku tengah serabut anak aku dalam runtuhan tu ke tak, kau pulak yang tambah serabut aku!"
"Gini, Aunty. Cuba Aunty tarik nafas panjang-panjang. Lepas tu aunty minum air."
"Anak aku mungkin dalam bangunan runtuh tu la! Kau nak suruh aku bertenang ke dalam keadaan macam ni?"
"Entahlah Aunty, somehow Mer ada instinct yang Alan takde dalam bangunan tu."
"Macam mana kau boleh tahu yang dia takde dalam bangunan tu?"
"Sebab saya bakal jodoh dia."
"Ewah ewah, confidentnya kau! Habis tu Tengku Aminah nak letak mana? Sudahlah kau!"
Tak kena masa juga Merlina mengusik Faridah masa dia tengah suspense yang kereta Aston Martin Tengku Ariffin yang digunakan oleh Azlan berada di dalam runtuhan tu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top