1993 part 5

Hafiz

Majlis perkahwinan Saiful dan kakak Dila berlangsung meriah. Seronok tengok mereka berdua bersanding di pelamin.

"Selamat pengantin baru, Epul," aku bersalaman sambil menabur tepung tawar, disusuli Adilah, sambil berpelukan dengan kakaknya.

"Azlan tak dapat datang, dia ada kerja sikit," aku kata pada Epul.

"Bakal Perdana Menteri la katakan," kata Epul, ketawa.

Dengar cerita Epul sekarang dah jadi pegawai teknikal telekomunikasi dan multimedia kat Kementerian Pendidikan, ganti tempat aku dulu.

Pusing-pusing situ juga orang yang pegang jawatan ni. Dah dalam bidang ni masih ramai yang belum mahir, jadi geng-geng kita je yang akan pegang jawatan tu.

Saiful cakap dia dapat offer bertanding jadi Ahli Dewan Negeri di Sepetang, jadi lepas ni mereka pun akan duduk kat situ. Ayah Adilah, Pak Wan Radzi yang aturkan.

Itupun kalau menanglah.

Uncle Nasrul pun tanya aku, aku nak bertanding tak dalam pilihanraya. Aku cakap, aku tak minat. Aku cuma berminat nak bangunkan internet di Gelanggayu, yang sekarang dah makin berkembang, dan nak menjadikan internet sebagai sumber maklumat utama.

Aku jenis pemalu, tak suka menghadap orang ramai. Lagi satu, aku rasa kuasa ni sesuatu yang jahat. Dengan kuasa, kau akan melakukan kejahatan demi nak mempertahankan kuasa tu.

Yang penting aku dapat membina masa depan, untuk aku dan Adilah.

Sedang aku duduk berbual dengan Pakcik Nasrul, aku ternampak ada seorang lelaki memberi sejambak bunga pada Adilah.

Tangan aku terus menggenggam, dan bangun dari tempat duduk. Terus aku berjalan laju menuju ke mamat tu.

"Kau siapa?" aku tanya lelaki tu dengan nada yang sedikit keras.

"Hekeleh kau ni, pahal pulak nak tanya aku?"

Aku terus tarik kolar baju dia.

"Aku tanya kau siapa, kau jawab la elok-elok!"

"Awak, dah la tu. Dia peminat saya je," Adilah menarik hujung baju aku.

"Pahal nak tarik baju aku ni? Nak gaduh ke?" lelaki tu mula nak buat aku melenting.

"Aku tanya kau tadi, kau buat langsi kat sini!"

Orang ramai terus berkerumun sebelum Pakcik Nasrul cuba meleraikan keadaan.

"Dah, dah. Dia Hafiz, dia ni teman lelaki Adilah. Kau Hafiz, bawak bertenang," Pakcik Nasrul tarik badan aku.

"Lain kali kalau orang tanya, kau jawab elok-elok, bangsat!"

Ikutkan hati aku, memang aku nak bagi penumbuk kat mamat ni.

"Sudah, sudah..." Pakcik Nasrul leraikan perkelahian.

Adilah menutup muka, menahan malu orang ramai memandangnya. Kemudian dia tarik lengan baju aku, ajak aku pergi dari situ. Bunga tadi aku campak tepi.

--

"Kenapa awak nak marah-marah ni? Awak kan tau dia tu peminat saya?" kata Adilah.

"Saya tanya tadi elok-elok kan? Kenapa dia nak buat suara langsi macam tu?"

"Awak tau tak, awak dah malukan saya tadi?"

"Jadi, lain kali kalau ada lelaki lain nak mengorat awak, saya kena diam je?"

"Bukan macam tu, koibito. Saya faham awak nak lindungi saya, tapi awak percayalah saya, ya? Jangan macam ni lagi."

"Saya sayangkan awak."
"Saya faham, tapi jangan marah-marah macam ni ya? Please?"

Adilah memegang tangan aku, kemudian memandang mata aku dengan penuh harap.

"Kena ada limitnya, sayang."
"Saya faham. Saya jaga batasnya, awak jangan risaulah, okay? Dah, pergi borak dengan pakcik Nasrul. Saya nak jumpa kakak saya kejap."

Menyedari perkara ni, aku tiba-tiba terfikir tentang betapa pentingnya kuasa. Bila kau ada kuasa, orang takkan berani kacau harta kau, keluarga kau, atau kekasih kau.

Tapi aku tak berminat jadi ahli politik. Aku merasakan untuk jadi ahli politik ni, kau perlukan tiga skill set, pertama pandai bodek orang atas dan orang yang berduit untuk kau dapatkan dana. Kedua, kena pandai belit, supaya apa yang kau tipu pada rakyat tidak kantoi, dan ketiga, kau kena pandai buat muka toya bila dah kantoi. Buat muka tembok dan buat tak tau bila bersalah.

Aku takde skill set ni. Aku percaya pada maruah perlu dijaga. Ayah aku Haji Samsudin. Keturunan Datuk Panglima Salleh Merah, pembesar Air Putih pertama yang bangkit menentang penjajahan British. Keluarga aku tak diajar untuk jual maruah untuk kuasa dan kepentingan.

Dalam keramaian majlis kahwin tu, aku perhatikan, walaupun orang ramai, tapi rata-rata orang duduk berkelompok.

Adilah duduk dengan kakaknya, dan saudara mara perempuan.

Pakcik Nasrul duduk dengan kawan-kawan politik Gagasan Ummahnya.

Ayah Adilah duduk dengan kawan-kawannya.

Aku teringat masa aku buat assignment dengan arwah Hanis dulu. Masa tu kalau tak silap, subjek yang kitorang belajar ialah tentang communication node.

Dalam bahasa sains komputer, node ni ialah tempat pengumpulan data, sama ada untuk redistribution point atau communication endpoint. Node adalah tempat bagaimana maklumat bergerak.

Hasil daripada teknologi yang dipanggil Internet ni, menurut arwah Hanis, akan mewujudkan networking yang pada akhirnya memecahkan massa kepada banyak kelompok.

Pada aku, kematian Hanis merupakan satu kehilangan besar kepada teknologi Internet untuk Gelanggayu. Sebelum wujudnya Radio18, dan Azlan muncul dalam geng ni, kami belajar banyak benda tentang internet.

Aku teringat pada Hanis. Aku rasa dia perempuan yang paling bijak yang pernah aku kenal.

Dan walaupun dia tak terima cinta aku, mungkin sebab aku tak ada karisma macam orang perempuan suka, tapi aku suka bila berbual dengan dia, dan aku pandang tinggi ilmu dia.

Satu hari nanti, aku akan cari siapa pembunuh Hanis. Aku akan tuntut bela kematian dia.

--

Malam tu, aku datang berkunjung ke warung masakan Suvarnabhumi, untuk bertemu Ali. Ali ajak jumpa sebab dia "nak belanja aku makan atas jasa aku berkongsi ilmu internet" kat dia.

Ali menyambut aku dengan gembira. Dia terus memeluk aku, dengan senyuman.

"Apa khabar, Pis?"
"Okay."

"Kau order je apa yang kau nak, aku suruh budak aku masak," kata Ali.
"Apa paling sedap?"
"Ikan siakap masak stim limau. Tomyam udang galah."
"Mahal sangat tu."
"Aku belanja, Pis. Order je."

--

"Aku ada masalah, Li."

"Kau cakap dengan aku, apa masalah kau?"

"Girlfriend aku."

"Kenapa? Sebab dia popular? Biasa la, kau ni pun. Dia pembaca berita, mestilah ramai peminat. Muka dia pun selalu keluar TV. Tu risiko la couple dengan awek popular."

"Bukan tu masalahnya, Ali," aku buka cermin mata aku, lap peluh.

"Habis tu?"

"Ada lelaki mula mengacau. Siap kurang ajar lagi dengan aku."

"Habis tu, kau nak aku buat apa?"

"Aku nak join gang kau."

Ali berkerut dahi.

"Aku ni, Pis, banyak buat kerja illegal. Kerja haram. Aku tak nak kau rosakkan masa depan kau."
"Aku rasa, kalau aku tak masuk gangster, orang takkan hormat aku."

Ali duduk menyandar, kemudian capai teh o suam, dan habiskan teh tu.

"Kalau kau nak penghormatan, bukan masuk gangster. Kau masuk gangster tapi kalau kau takde tu, orang tak respect kau."
"Takde apa tu?"
"Keberanian."

"Okay, aku faham."

Ali duduk menyandar, kemudian bakar rokok.

"Macam ni lah, Hafiz. Kalau ada lelaki yang melampau kacau awek kau, kau beritahu aku. Pandailah aku menguruskannya. Kau tak payah la join kongsi ni. Bukanlah aku tak respect kau, tapi aku tak nak pandang kau sebagai anak buah. Aku nak pandang kau, sebagai kawan."

"Aku nak buat deal," kata-kata aku tu buat Ali terdiam.

"Deal apa?"

"Aku ajar kau macam mana nak hack akaun bank, dan in return, aku nak join geng kau."

"Hack akaun bank?"
"Anything yang berbentuk data, aku boleh dapatkan untuk kau."
"Termasuk fail sulit kerajaan?"

Aku gelak.

"Kau nak suruh aku hack Pentagon pun, aku boleh usahakan. Cuma susah sikitlah, sebab dorang yang cipta Internet ni."

Ali menyandar, kemudian menghembuskan asap rokoknya.

"Kau pernah buat?" tanya Ali.

"Dah banyak fail Kementerian yang aku masukkan dalam data. Pendidikan, Pertahanan, Komunikasi dan Infrastruktur, Belia dan Sukan, Pertanian, Kementerian Dalam Negeri, Kewangan..."

"Kalau aku nak kau padam rekod saman speeding aku kat highway, kau boleh?"
"Boleh, bagi aku details."
"Rekod jenayah?"
"Boleh."
"Padamkan nama aku dalam rekod penjara aku?"
"Asalkan ada data, aku boleh masukkan, Ali."

Dia keluarkan sebatang rokok, kemudian dia hulurkan pada aku.

"Welcome to our brotherhood, Hafiz."

--

Datuk Rahizan masuk ke pejabat Datuk Seri Azmi, berbincang dengan tentang Pengerusi Suruhanjaya Diraja Pilihanraya (SDPR) yang bakal tamat perkhidmatannya menjelang tahun 1994.

Datuk Rahizan mencadangkan nama Datuk Bakri sebagai bakal Pengerusi SDPR yang baru.

"Aku tak setuju," Datuk Seri Azmi geleng kepala.
"Datuk Seri ada nama cadangan lain?" tanya Datuk Rahizan.
"Cari orang lain," kata Datuk Seri Azmi.
"Datuk Seri ada senarai nama yang lain ke?"
"Ada banyak lagi ketua jabatan dan pegawai yang kau boleh ketengahkan, kenapa nama Bakri juga yang kau nak ketengahkan?"
"Okay lah kalau macam tu," Datuk Rahizan bangun, dan bergerak keluar dari pejabat Perdana Menteri.

Sebelum buka pintu untuk keluar, Datuk Rahizan menoleh Datuk Seri Azmi.

"Datuk Seri..."

Datuk Seri Azmi pandang mata timbalannya.

"Datuk Seri buat apa dengan Mastura Rahim kat San Pedro?"

Datuk Rahizan naik kening.

"Kau cuba ugut aku?"
"Janganlah macam tu. Saya faham, jadi Perdana Menteri ni stress. Perlu ada masa untuk happy-happy."

Datuk Seri Azmi mengetip bibir, menggenggam tangannya dan dalam hatinya ada seribu sumpah seranah.

"La isla bonita...hehehe, steady, Datuk Seri," Datuk Rahizan keluar dari pejabat.

--

Bakri Abdul Jalil sebagai Pengerusi SDPR baru

WIJAYAPURA - Perdana Menteri, Datuk Seri Azmi Ibrahim melantik Datuk Bakri Abdul Jalil sebagai pengerusi baru Suruhanjaya Diraja Pilihanraya (SDPR) untuk tempoh 1994-1999.

Pelantikan itu diperkenan oleh Sultan Aminul Rasyid dalam satu pengumuman ringkas dari pejabat perdana menteri di Seri Bendahara, pagi ini.

Datuk Bakri merupakan bekas setiausaha politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Rahizan Abu Talib.

Perkhidmatan beliau dalam kerajaan yang cemerlang melayakkan beliau untuk menjawat jawatan tersebut.

--

Dalam keadaan hujan lebat, Shahrizal memandu kereta ke rumah Jeneral Yahya.

Jeneral Yahya seperti biasa, makan malam seorang diri seperti hari-hari biasanya. Sejak kematian isteri dan anaknya, kebanyakan hidupnya berjalan seorang diri.

"Jeneral makan sorang diri?" kata Shahrizal sambil melihat Pengetua sedang makan dan menonton TV.

"Takkan aku tengah basuh kain, Shahrizal. Apa hajat kau datang sini?"
"Jeneral, saya nak tanya, nampaknya Rahizan dah mulakan move dengan lantik Datuk Bakri sebagai pengerusi suruhanjaya pilihan raya. Adakah selepas ini Datuk Rahizan yang akan jadi Perdana Menteri?" tanya Shahrizal.
"Kenapa kau nak tahu?"
"Sebab saya rasa saya mampu buat lebih baik daripada Rahizan. Jeneral bagi saya, saya akan laksanakan, dan yang paling penting, saya akan lindungi Azlan dari ancaman sesiapa pun."

Jeneral Yahya letak garfu dan sudunya, kemudian memandang ke arah Shahrizal.

"Engkau nak lindungi Azlan? Hahaha! Lawak jenaka apa kau buat ni, Shahrizal?"
"Saya serius ni, Tuan Jeneral."
"Beginilah, Shahrizal. Kau buat je apa yang kita dah deal masa di London dulu. Tentang Azlan, biarlah dia kerja di bawah Izham dulu. Biar dia kumpul pengalaman dulu. Kau tak perlu nak menyibuk tentang dia."

--

Balik dari rumah Jeneral Yahya, Shahrizal rasa tidak puas hati sebab tidak dapat mengubah rancangan Jeneral Yahya.

"Mesti ada kelemahan budak ni yang aku boleh pegang. Dan apa yang special sangat budak ni sampai Jeneral bagi tumpuan khusus kepada dia? Lagipun, perangai dia sama je macam ayah dia. Just another stupid hippie!"

Dia kemudian pergi ke rumah Datuk Mohd Nor, dan berbincang dengan Datuk Mohd Nor tentang rancangannya.

Datuk Mohd Nor mahu jadikan Luqman sebagai Perdana Menteri, sekaligus mencantas Azlan. Bukan apa, walaupun Azlan ini golden boy Jeneral Yahya, tapi untuk Datuk Mohd Nor, Luqman adalah anaknya dan perlu dinaikkan.

Tetapi rancangannya ialah menjadikan Luqman sebagai gabenor Wijayapura dahulu. Barulah Nadi Citra lebih mudah dapat kontrak-kontrak. Lagi pula sekarang ini, Natasha, yang merupakan anak didik Jeneral Yahya juga sedang bercinta dengan Luqman.

Tugas Shahrizal adalah untuk mencantas Gabenor sekarang, Ibrahim Abu Samah dalam pemilihan Parti Jujur nanti. Dengan itu, dia akan memimpin parti, dan akan menaikkan partinya.

Mengikut perjanjian dengan Rahizan, Persekutuan menang tapi Jujur menafikan 2/3 majoriti, tetapi Shahrizal tak mahu sekadar hanya menafikan super majoriti Parti Persekutuan.

Shahrizal mahu Parti Jujur menang, walaupun ia amatlah sukar dilakukan.

Deal yang Datuk Mohd Nor ingin buat ialah menjadikan Luqman sebagai Gabenor Wijayapura, dan Shahrizal menang Presiden Parti Jujur.

Tetapi deal ini harus dibuat tanpa pengetahuan Jeneral Yahya, kerana kalau dia tahu, maka habislah Nadi Citra dan Parti Jujur memandangkan funder utamanya ialah jeneral itu sendiri.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top