1993 part 4
Shahrizal Hamdi duduk berdepan dengan penemuramah Radio Millennium. Keadaan bilik studio sedikit dingin, jadi penemuramah Radio Millennium terus bertanya pada Ketua Pemuda Parti Jujur itu sama ada sejuk atau tak. Shahrizal nampak rilek je walaupun yang lain dah menggigil. Maklumlah, air cond baru pasang.
"Dah boleh mula?" tanya penemuramah kepada Faiz, yang sedang handle teknikal.
"Mic check!"
"Check!"
--
Penemuramah: Bersama saya, Ketua Pemuda Parti Jujur, yang muktahir ini sering memberikan komentar dan pandangan yang kritikal. Saya Hasmi dari Radio Millennium, mengucapkan selamat datang.
Shahrizal Hamdi: Terima kasih.
Penemuramah: Soalan pertama saya, saudara Shahrizal boleh dikatakan muda dalam politik sekarang. Boleh tahu mengapa saudara mahu mencabar Gabenor Ibrahim dalam jawatan presiden parti.
Shahrizal Hamdi: Pertama sekali, saya lahir tahun 1953. Umur saya berusia 40 tahun pada Ogos ini. Tak adalah muda sangat, pada saya.
Penemuramah: Tapi agak muda untuk standard politik Gelanggayu.
Shahrizal Hamdi: Saya rasa tidak ada masalah untuk seseorang yang berusia 40 tahun untuk memimpin parti. Saya bukanlah nak bandingkan diri saya dengan Rasulullah, tapi Rasulullah sendiri dilantik menjadi Rasul pada usia 40 tahun. Saya cuma mahu bertanding presiden parti, rasanya takde masalah tu.
Penemuramah: Tetapi masih ada ramai kepimpinan yang lebih berpengalaman dalam parti, kenapa tidak memberi mereka peluang?
Shahrizal Hamdi: Sejak 1969, bila Parti Rakyat diharamkan junta tentera, dan bila kita tubuhkan semula parti dengan nama Parti Jujur, kita belum pernah berjaya menafikan 2/3 kerusi parlimen Parti Persekutuan. Kalau mereka ada belajar dari pengalaman, dah boleh kalahkan Parti Persekutuan dah.
Penemuramah: Jadi saudara berpendapat, Parti Jujur perlukan kepimpinan baru dan dibarisi barisan muda?
Shahrizal Hamdi: Antara masalah orang, ialah terlalu bersentimental, terlalu bernostalgia. Mereka ini merupakan pemimpin-pemimpin pada zaman Tun Rizal dulu. Saya tak kisah untuk mengaku bahawa sebab zaman Tun Rizal yang terlalu mementingkan kroni, menyebabkan kerajaan Parti Rakyat tewas dengan Parti Persekutuan, sehingga tercetusnya rusuhan, dan kerajaan tentera merampas kuasa kudeta.
Penemuramah: Belum ada lagi mana-mana pemimpin yang berani mengkritik Bapa Kemerdekaan, saudara Shahrizal merupakan orang yang pertama berani mengkritiknya di radio.
Shahrizal Hamdi: Kita kena sedar dan insaf dengan kelemahan kita. Hanya dengan berdepan dengan kesilapan, barulah kita mampu betulkan dan maju ke depan.
Penemuramah: Saudara Shahrizal begitu kritikal dengan sistem kerajaan hari ini. Contohnya laporan berita minggu lepas, saudara ada mengkritik jabatan bekalan air. Mengapa saudara Shahrizal begitu lantang dalam mengkritik kerajaan?
Shahrizal Hamdi: Apabila ada masalah, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mencari punca masalah dan selepas itu, barulah kita dapat menyelesaikan masalah itu. Tetapi di sini, saya nampak, Gabenor Wijayapura, Ibrahim Abu Samah hanya tahu nak menyalahkan kerajaan pusat, sedangkan sudah 24 tahun menjadi Gabenor di ibu negara ni. Dan drama salah menyalah antara Gabenor dan Kerajaan Pusat berterusan sebab nak tunjuk hebat pada rakyat. Padahal masalah tak selesai pun.
Penemuramah: Pada pandangan saudara, apa punca masalah bekalan air di Wijayapura?
Shahrizal Hamdi: Pertama sekali, cuba kita tengok jabatan ni semua milik siapa? Milik kerajaan. Bila milik kerajaan, akan ada orang-orang tertentu terutamanya golongan pembesar dan aristokrat yang memegang syer untuk membeli peralatan seperti pam air atau alat-alat lain. Sekarang, berapa kali kita dah dengar alasan Ketua Jabatan, saudara Jamal Yunus kata, masalah bekalan air berpunca dari pam air. Berapa kali pam air rosak? Apa puncanya? Puncanya ialah bila mereka ini tidak mempunyai motivasi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, sebab kawasan rumah agam dan istana mereka, walau macam mana teruk pun, akan tetap ada air. Pernah dengar kawasan Bukit Istana tak ada air?
Penemuramah: Jadi, pada pendapat saudara Shahrizal ialah penswastaan?
Shahrizal Hamdi: Kita boleh tengok negara demokrasi yang masih mengekalkan monarki seperti England, Denmark, Ryukyu, cuba beritahu saya, ada tak raja atau ratu mereka memiliki syer dalam jabatan bekalan air?
Penemuramah: Agak bahaya juga kenyataan saudara ini boleh disalahtafsir sebagai anti monarki.
Shahrizal Hamdi: Dalam Perkara 301 Perlembagaan Gelanggayu, berkenaan larangan untuk menghina raja. Saya tak hina raja, bahkan saya menjunjung institusi diraja dengan mahu mereka menjadi contoh yang baik untuk negara ini. Saya cuma mahu masalah bekalan air ini tidak berulang-ulang.
Penemuramah: Baiklah, tentang peluang Parti Jujur dalam pilihanraya akan datang. Komen saudara Shahrizal?
Shahrizal Hamdi: Saya penyokong Manchester United, dan saya suka bila pasukan bola saya menang. Saya tak nak pasukan bola saya kalah. Jadi saya yakin, kalau dengan kepimpinan muda yang berani, saya yakin, Parti Jujur mampu menang dalam pilihanraya akan datang.
Penemuramah: Apa perkara pertama yang saudara Shahrizal mahu buat sekiranya menang pemilihan parti nanti?
Shahrizal Hamdi: Saya akan rombak parti ini untuk lebih mesra orang muda, serta mendraf manifesto untuk pilihanraya akan datang, untuk merapatkan jurang kemiskinan di Gelanggayu, serta memansuhkan banyak karenah birokrasi di negara ini.
Penemuramah: Baiklah, kita ucapkan terima kasih kepada saudara Shahrizal atas kesudian ditemuramah oleh Radio Millennium.
--
"Budak Shahrizal ni dah melampau kurang ajarnya, kalau kita biarkan dia ni berleluasa, memang hancur binasalah negara kita," kata Datuk Sidek kepada Datuk Seri Azmi.
Datuk Seri Azmi hanya diam, dan fokus untuk memukul bola golf.
"Sidek, aku nak kau bertanding, boleh? Aku tak ada orang yang aku boleh percaya dalam parti. Lepas pilihanraya, barulah kita boleh mulakan proses menyingkirkan orang-orang Rahizan. Sekarang, tak boleh. Rahizan terlalu kuat."
"Kalau dia pilih semua orang dia, macam mana?"
"Aku takkan sign, Sidek. Aku dah masak sangat dengan permainan Rahizan. Dan Tengku Mahkota pun dah cakap dengan aku tentang hal ni. Masalahnya, dalam parti kita ni ada ramai orang dia. Dah macam ada parti dalam parti."
Datuk Seri Azmi memukul bola golf dan terkena bunker.
"Butoh, masuk bunker."
Datuk Sidek memandu golf buggy, dengan Datuk Seri Azmi duduk sebelah.
"Sejak krisis forex tu, dah nampak taring puak-puak republikan ni. Shahrizal Hamdi ni salah satu daripadanya. Bapak dia pun tak kurang ajar macam ni. Masih reti hormat raja," kata Datuk Sidek.
Datuk Seri Azmi fokus untuk keluarkan bola dari kawasan berpasir yang dipanggil bunker tu.
"Aku daripada birdie, jadi par pulak pasal masuk bunker," Datuk Seri Azmi terus capai kayu golf iron.
"Datuk Seri, yang sini pakai kayu 5," Datuk Sidek keluarkan kayu golf iron nombor 5.
"Aku kena jumpa Tengku Mahkota ni. Kalau tak, golongan republikan ni akan semakin bercambah," Datuk Seri Azmi terus memukul bola tersebut keluar dari bunker.
--
Adilah
"Miss Adilah, flowers for you!"
Entah siapa-siapa lagi lah yang bagi bunga ni. Naik jelak betul. Dah orang tak nak tu, tak nak la.
Bunga diletakkan di atas meja.
"Congratulations for your new job,
- Alan"
"Alan? Azlan?"
"Siapa bagi bunga tu, Dila?" tanya Ida, rakan sepejabat.
"Azlan."
"That guy? Homai, dia tu dulu keyboardist Digital Tribe. I suka dia tau! Tapi bukan dia dah ada girlfriend ke? Yang mix tu?"
"Natasha? Tak silap saya dia dah putus dah."
"Wah, nampaknya dia macam berminat dengan awak je?"
"Tak lah. Saya ni kekasih kepada kawan dia. Mungkin dia hanya berniat nak ucap tahniah."
"Eh, dah lunch hour la. Kita makan dulu la, nanti petang nak pergi kejar story," kata saya pada Ida.
"Makan kat mana tu?"
"Warung depan tu je."
"Kalau you balik office, tapau goreng pisang kat situ," kata Ida.
"I rasa tak kot. Sebab nak cover masalah rumah setinggan kat Wijaya Barat. Jauh tu."
"Okay! Have a safe ride, Dila!"
Sampai di lobi, saya nampak Azlan sedang menunggu saya.
"Dila!"
Dah kenapa pula dia ni?
"Busy ke?"
"Nak pergi lunch kejap, lepas tu ada story nak kena cover."
"I hantar you. Jom, kita lunch dulu."
Dia terus ajak saya naik kereta Aston Martin DB7 dia.
"Ni kereta awak?"
"Haah. Kereta baru. Kereta lama tu dah jual dah," kata Azlan.
Dia terus memandu sambil buka Radio Millennium, di mana Faiz sedang menjadi DJ. Dia memang sangat bangga dengan studio radionya sejak dulu lagi.
"Dapat bunga dari I?" tanya Azlan.
"Kenapa bagi bunga?"
"Ramai sangat ke yang bagi bunga?"
"Ya."
"Jom, kita makan kat St Pierre. Lama betul tak makan kat situ," kata Azlan.
"Tapi tu kan tempat makan elit?"
"Don't worrylah, I belanja. Hari tu kan you belanja."
"Masa tu 1989, masa tu saya single, dan masa tu saya belanja awak mi udang Kuala Sepetang."
"Yang penting saya nak belanja balik, kan?"
"Saya rasa kurang selesa sedikit bila awak belanja tempat mahal ni."
"Mahal ke, murah ke, yang penting kenyang, betul tak?"
--
Lagu Kenny G berkumandang di St Pierre ketika kami duduk di meja.
"Order je, I belanja."
Dia pesan Angus steak, saya tak tahu apa nak order, jadi dia pesan Wagyu untuk saya.
"So, how's work?" tanya Azlan.
"Okay, baru nak kenal industri tv."
"Ramai peminat?"
"Hari-hari dapat bunga sebenarnya. Kalaulah Hafiz tahu, mesti dia kecil hati."
"Kenapa pulak dia nak kecik hati? Dia patut rasa bangga, ramai orang minat girlfriend dia."
"Awak tau la kan Hafiz tu macam mana..."
"Hafiz tak boleh halang awak untuk capai impian awak. Cemburu ni bagus, tapi kalau sekat impian awak, yang ni, toxic."
"Bukan macam tu. Dia tu, susahlah. Asyik rasa rendah keyakinan diri je."
"Tapi tak boleh macam tu. Nanti awak tak ke mana nanti, Dila."
--
Adilah
Hahaha, nampaknya dia semakin mula mengejar aku. Kereta Aston Martin tu aku tahu, tu kereta Tengku Ariffin. Dia yang bagi Azlan pinjam.
Kau bayangkan, kau pinjam kereta ayah kepada budak perempuan tu, untuk pikat perempuan lain. Tak ke gampang perangai si Azlan ni?
Mesti kalau Mina tahu ni, dia akan sakit hati dengan aku. Bayangkan, dengan segala kekayaan yang dia ada pun, dia masih tak dapat pikat Azlan.
Tapi aku, dengan pengetahuan mistik dari arwah nenek aku, aku berjaya buat Azlan jadi bodoh, pinjam kereta ayah Mina untuk mengorat aku.
Ahhh, lelaki. Bila dia mula nak mengorat dia pun mula tak guna otak.
--
"Aunty Idah, Aunty Idah baca buku apa ni?" tanya Merlina.
"Oooh, ni buku mujarobat. Doa-doa perlindungan, doa murah rezeki, doa kau nak selamat daripada gangguan sihir."
"Sihir? Ni zaman moden la, aunty. Orang mana pakai ni lagi."
"Itulah silapnya kau, Mer."
"Silap? Kenapa?"
"Sihir ni daripada dulu lagi dah wujud. Dan sebagai keturunan Yom Puteh, aku belajar dari turun temurun macam mana nak elakkan diri dari sihir, atau nak ubat orang daripada sihir. Cuma, ilmu macam ni tak boleh nak tunjuk-tunjuk pada orang. Tak boleh riak."
"Ooo, macam menarik je?"
"Kau nak belajar dengan aku?"
"Eh, nak! Nak!"
"Nanti aku ajar kau."
"Aunty nak ajar Mer ilmu sihir ke?"
"Hish! Bukanlah! Orang nak ajar kau ilmu nak mengubat orang, bukan nak mendajal orang!"
"Aunty, ilmu sihir ni macam David Copperfield tu ke? Yang buat magic tu?"
"Tu salah satu daripada cabang sihir. Tu silap mata. Sihir ni ada banyak cabang. Ada santau, ada pelalau, ada senyonyong, ada pelaris."
"Apa tu?"
"Santau tu macam kalau kau kena je, kau muntah paku, muntah kaca. Kau jadi sakit. Santau biasa ada dua jenis, santau biasa, campur dalam makanan, atau santau angin. Pelalau pulak kalau kau kena, takde orang nak berkenan nak kahwin dengan kau. Kalau senyonyong, dia macam minyak, diperbuat daripada janin bayi, dengan darah haid, diperam dengan ada la beberapa benda lain selama berpuluh tahun. Yang tu kalau kau calit kat lelaki, lelaki tu pun jadi bodoh ikut je cakap kau. Tapi, dia ada pantang larang. Kalau lepas kau main dengan dia, benda tu dah tak lut dah. Kalau nak kasi lut berterusan, kena bagi lelaki tu makan nasi kangkang."
"Eh, macam tu?"
"Ada macam-macam jenis lah. Kalau pelaris, kalau bisnes kedai kau sendu, letak pelaris, orang datang la."
"Buat apa la nak buat pelaris-pelaris ni. Belajar marketing je, kan senang? Ni nak laku buat benda-benda jahat pulak."
"Ilmu marketing tu ilmu mahal, Mer. Ilmu tu kalau kau tau, kau punya business akan berkembang."
"Sebab tu Aunty, selain graphic design, Mer nak ambik course marketing. Mer nak belajar semua tu supaya dah besar nanti, Mer senang dapat projek."
"Dah besar kau tak nak tolong abang Azlan?"
"Nak tu nak. Sebab aunty cakap dia bakal dilatih jadi pemimpin, sebab tu Mer nak belajar semua tu. Supaya senang nak tolong dia nanti."
Faridah senyum bila dengar kata-kata Merlina. Dia tahu, sekurang-kurangnya sebagai seorang ibu, dia mampu membantu Azlan dari tepi dengan menggunakan Merlina sebagai pengantaranya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top