1993 part 2

Azlan

"Adalah amat ironi dan sangat hipokrit, bagi Gelanggayu menghantar tentera untuk menyokong kemerdekaan Bosnia, dan menentang rejim Yugoslavia, kalau Tengku Mahkota berperangai macam Slobodan Milosevic," kata aku kepada Pengetua. Pengetua sedang tenang menggunting pokok bonsai yang diterimanya dari Maharaja Ryukyu.

"Mahu tak mahu, Gelanggayu kena la bekerjasama dengan US dan UN. Kalau kita ni macam Switzerland, semua orang simpan duit dalam bank kita, bolehlah kita kekal berkecuali dalam segala hal," balas Pengetua.

Aku terus membelek akhbar, satu demi satu mukasurat aku baca.

Nadi Citra beli 30% saham PW Corporation

WIJAYAPURA - Nadi Citra akan membeli 30% saham PW Corporation, dengan nilai 1.2 billion ringgit.

PW Corporation, sebuah syarikat membuat paip saluran air, dijangka akan mengumumkan penjualan saham itu pada hari ini.

"Aku harap, kau siap-siaplah beli baldi, dan tempat simpan air," kata Pengetua, mencelah.

"Kenapa?"

"Datuk Rahizan akan desak Izham untuk beli paip air dengan Datuk Mohd Nor. Seperti yang kau tau, bekalan air di seluruh Gelanggayu dibekalkan oleh syarikat yang dimiliki Tengku Mahkota. Jadi, kos air akan naik, dan orang ramai akan marah pada kerajaan."

Sekarang aku faham, sekarang fasa Datuk Rahizan mencetuskan kegoyangan pada kerajaan. Dengan Datuk Mohd Nor sebagai 'bankroller', Tengku Ariffin sebagai 'propagandist' dan pemberontak GMM dan LLF menjadi 'troublemaker', kerajaan akan menjadi tidak popular.

"Tapi kenapa Datuk Seri Azmi masih tak bertindak apa-apa? Takkan dia nak biarkan Datuk Rahizan tanpa dia syak sesuatu?" tanya aku.

"Azmi tahu, cuma dia tak tahu apa yang dia perlu buat. Dia macam orang yang rumah dia terbakar, tapi dia tak tahu nak buat apa. Sebab kalau dia buang Rahizan, dia sendiri pun tak kuat dalam parti."

Baru aku teringat masa 1990 dulu, masa Datuk Rahizan jadi Pemangku Perdana Menteri, harga minyak pun naik.

Tapi yang dulu, dia kata "terpaksa naikkan kerana Menteri Kewangan, Tengku Razak tak approve, itu apa?

Adakah Datuk Rahizan sengaja mencipta masalah, kemudian menggunakan Shahrizal Hamdi, anak kepada ketua pembangkang untuk membangkitkan isu-isu rakyat?

Lalu kemarahan rakyat ini akan diterjemahkan dalam pilihanraya tahun 1995, di mana Parti Jujur akan berjaya menafikan 2/3 kerusi Parlimen Parti Persekutuan.

"Pengetua, Datuk Rahizan ni, anak murid cikgu ke dulu?"

Pengetua hanya ketawa.

"Anak didik Tun Iskandar, tapi kurang penyabar sikit. Aku harap kau sabar sikit, terutamanya bab nafsu kau tu," Pengetua terus angkat pasu menuju ke laman.

Pedas betul perlian Pengetua kali ni. Aku terus capai kunci kereta.

"Gerak dululah, Pengetua."
"Azlan, ada benda aku nak cakap dengan kau."

Riak muka Pengetua nampak serius.

"Kau sajalah harapan kami semua. Kalau kau rosak, maka rosaklah perancangan kami selama ni."

"Kenapa ni, Pengetua?"
"Hati-hati sikit dengan perempuan. Aku faham, sejak kau putus dengan Natasha, kau rasa kekosongan. Kau mahu dicintai. Azlan, jangan sebab ni, kau rosakkan rancangan kami."
"Ada apa ni?" aku cuba nak korek daripada apa yang dia cuba sampaikan.
"Aku dapat tahu, Mastura ni dihantar Tengku Mahkota. Sumber aku jarang salah. Aku harap kau faham, Mastura adalah pakar penggoda VVIP. Diplomat, jeneral tentera, presiden, raja, semua jatuh di bawah celah peha dia. Kalau kau ada apa-apa dengan dia, baik kau mengaku dengan aku."

Aku tergamam sebab aku tak tahu nak cakap apa.

"Ada tak?"
"Ada, Pengetua."

Pengetua meletakkan tangan di dahinya.

"Tak apa, pandailah aku selesaikan nanti. Kalau macam tu, aku nak kau play along. Jangan tiba-tiba mengelak, nanti dorang tahu, kau dah tahu."

Aku angguk.

"Boleh tak kau dapatkan apa-apa tentang Mastura ni?"
"Boleh, Pengetua."

--

Bila Pengetua dah bercakap pasal Mastura ni, aku dah pening kepala. Tapi bukan aku yang datang pada dia.

Bila memikirkan balik, adakah aku memang terpaksa kejar balik dia ni, walaupun aku sedar ini perbuatan yang memerangkap diri?

Dalam kereta, dalam kesesakan lalu lintas, aku melalui di sebatang jalan yang melalui stadium lama Puncak Jaya, yang kini sudah mula dalam proses diruntuhkan.

Kesan kebakaran masih kelihatan, terutamanya dinding yang berwarna hitam. 26 orang mati angkara kemarahan aku pada Tengku Ahmad.

Tengku Ahmad sekarang menceburi industri perladangan, iaitu penanaman kopi di negeri Geri, dan sejak dia berkahwin, dia buat hal sendiri.

Di sebelah stadium lama, kelihatan banyak struktur yang baru dibina untuk Kompleks Sukan Komanwel, termasuk stadium baru yang dibina dengan kapasiti 80,000 orang.

Projek ini dikendalikan oleh Nadi Citra, syarikat Datuk Mohd Nor yang semakin hari semakin besar kekayaannya. Datuk Rahizan benar-benar membantunya, dan tak lama lagi, bila George Soros mula menyerang matawang ringgit Gelanggayu, banyak harta dan aset keluarga al-Daulah terpaksa dilepaskan.

Dan dari situlah, Datuk Mohd Nor akan mula 'menakluk' Gelanggayu dengan kapitalnya.

Sedar tak sedar, dah empat tahun sejak peristiwa studio Radio18 FM terbakar. Hanis terkorban dalam kejadian tu, tapi sampai sekarang keadilan terhadap dia belum ditegakkan.

Dengan menjatuhkan keluarga al-Daulah, bila aku jadi presiden nanti, aku akan mulakan kertas siasatan dengan mengheret Tengku Ahmad ke muka pengadilan bila kerajaan republik berdiri di Gelanggayu nanti.

Aku takkan lupakan Hanis.

Cuma aku terfikir beberapa perkara, siapa yang ambil gambar Cindy blow aku dan hantar gambar pada Natasha, dan kalau Mastura ini dihantar Tengku Mahkota untuk menghancurkan karier aku, apa lagi yang Tengku Mahkota dah tahu pasal aku?

--

Adilah

Sudah dua bulan aku bekerja di Wijaya TV. Hari-hari sibuk, dan jarang dapat cuti hujung minggu.

Aku sebenarnya masih belum bersedia untuk kahwin, tapi aku terpaksa pakai cincin ni. Kalau tak pakai karang dia cakap banyak pulak nanti. Lagipun aku ada rancangan untuk pisahkan Azlan dan Hafiz.

Mereka berdua kalau bergabung, akan jadi dua orang yang sangat kuat bila internet dah berleluasa nanti.

"Eh, lawanya cincin tu, Dila? Siapa belikan? Dah ada Datuk yang nak melamar kau ke?" kata Azmil Zawawi, kawan baik dan co-host rancangan KuizPop.

Selain menjadi wartawan, saya juga menjadi pengacara rancangan hiburan berbentuk informatif ni.

"Bukan lah, ini kekasih saya yang bagi."

"Boyfriend kau kerja apa? Takat jadi officeboy je, tak payahlah. Pengacara tv macam kau ni Dila, glamour dan famous, mesti berlambak Datuk, takpun anak Tengku nak masuk minang kau. Takkan bapak kau tak nak? Eh, peserta acara KuizPop dah sampai kat studio tu, jom cepat-cepat, kau nak make up lagi, nyah!"
"Baik, maju terus!"

--

"Dila, ada orang hantar bunga pada you. Tu ada atas meja you."

Siapa pula yang beri bunga ni?

"Hey gorgeous, let's have some dinner next time. Cheers. - Harry Dato' Mubin."

Buang.

"Hey, kenapa buang bunga tu dalam tong sampah?"
"Tak berminat."

Aku lihat jam tangan aku menunjukkan sudah pun pukul 11 malam. Selepas aku kemas, aku turun ke lobi pejabat, kereta Hafiz sudahpun menunggu.

Kelihatan dia sedang tidur dalam kereta menunggu saya habis kerja. Jadi aku ketuk pintu kereta dia.

"Buka pintu!"

Hafiz buka pintu kereta dalam keadaan terpinga-pinga. Dah selalu macam ni. Selalunya dia habis kerja dalam pukul 5 petang, kemudian memandu, meredah kesesakan lalu lintas, sampai sini pukul 8 malam.

"Macam mana kerja hari ni?" tanya Hafiz, sambil start enjin kereta.

"Hari ni jadi pengacara KuizPop dengan Azmil. Tapi hari ni ada juga ke site, tengok satu lagi projek rumah terbengkalai."

"Ye lah, banyak betul projek rumah terbengkalai ni. Risau betul," kata Hafiz.

"Risau? Kenapa awak nak risau?"

Hafiz diam sahaja, tidak menjawab soalan itu. Ketika melalui tol lebuhraya, dia kemudian masuk simpang ke sebuah taman perumahan yang baru dibina.

"Awak nak bawa saya pergi mana ni?"
"Saya dah tempah rumah di kawasan ni. Double storey, semi-D. Bukan corner lot, tapi ada ruang untuk laman. Dapur dia besar tau, lepas tu ada empat bilik, dua bilik air."
"Awak beli rumah? Awak tak beritahu saya pun?"
"Ni saya nak beritahu la ni. Dijangka taman perumahan ni siap 1996. Dari sini ke tempat kerja awak, 20 minit. Tempat kerja saya, 40 minit. Kalau dari Puncak Jaya, tak ke nak sampai sejam macam tu?"

"Berapa harga rumah ni?"
"200,000 ringgit."
"Mahalnya! Rumah ayah saya tu pun 60,000 je."
"Tu zaman bila ayah awak beli tu?"
"1979."
"Sekarang dah 1993, sayang. Normal la tu harga dah naik."
"Awak mampu ke nak bayar macam tu?"
"Kena la mampu. Kalau tak mampu, kenalah berusaha untuk mampu. Kan saya kata saya nak halalkan awak? Kenalah sediakan rumah yang selesa."

"Hafiz..."
"Apa dia?"
"Kenapa awak ni baik sangat?"
"Eh, baik salah, jadi jahat salah, habis tu nak jadi macam mana?"

--

Nampaknya Hafiz pun dah belikan rumah untuk aku. Dah merancang dengan serius untuk berkahwin dengan aku.

Dalam masa sama, aku tahu yang Jeneral Yahya sedang cuba menutup kesalahan Azlan. Terutamanya kes Mastura, dan yang paling penting, kes bakar stadium tahun 1989 dulu.

Apa? Apa yang korang tak faham? Kenapa kau rasa aku ni pelik? Kejap aku, kejap saya?

Aku ada dua sisi. Satu sisi yang kau nampak, yang semua orang nampak, adalah sisi sopan santun dan yang aku perlu tunjukkan pada semua orang.

Sisi wanita Melayu terakhir, penuh lemah lembut dan berbudi bahasa. Sisi yang menggoda Azlan lembut bak sutera.

Sisi gelap aku adalah watak aku yang sebenar. Seorang penagih kokain, sejenis 'bitch' yang bakal menghancurkan hati lelaki.

Aku mengaku, aku penat berlakon jadi sopan santun depan orang ramai ni. Tapi aku perlu lakukan perkara ini demi janji ayah - supaya menghancurkan Azlan dari menjadi Ace kepada Jeneral Yahya.

Kalau tidak, dia mahu aku kahwin dengan Jimmy. Bukan apa, Jimmy tu playboy lah. Dan ayah nak naikkan Jimmy sebagai Sultan, sekaligus mencaras Tengku Norman.

Sebab Tengku Norman ni walaupun dia Tengku Mahkota, dia bertindak tak pakai otak. Dan selalu menyusahkan keluarga al-Daulah. Jimmy pun bukannya jenis ada otak pun tapi sekurang-kurangnya dia boleh diperalatkan oleh ayah dan aku.

Tapi misi utamanya ialah menghalang Jeneral Yahya. Itu yang paling penting. Ayah kata pada aku, dialah yang telah membunuh arwah atok aku, Tan Sri Sir Wan Husin.

Pada tahun 60an dia bersama agen KGB bernama Vyacheslav telah berpakat untuk merosakkan kapal terbang yang dinaiki arwah atok aku yang terbang dari Washington menuju ke Wijayapura.

Tapi kapal terbangnya rosak dan tenggelam di lautan Atlantik berhampiran Antartika. Sampai sekarang orang masih belum temui bangkai pesawat malang itu.

Jeneral Yahya juga membunuh atok saudara aku, Wan Hamid sebelum merampas kuasa dan mewujudkan kerajaan junta.

Ayah aku bergolok gadai untuk dapatkan keadaan status quo seperti hari ini. Tetapi perkara ini takkan tahan lama. Dah nampak Datuk Rahizan buat kerja-kerja sabotaj kerajaan ini.

Sebelum mereka ini merosakkan negara ini, aku perlu menghalang dengan apa cara sekalipun.

--

Perlahan-lahan, Ali bersama pembantunya Awe Bamrung dan Man Pattaya menyerap masuk geng-geng Ayam Hitam ke Gelanggayu menerusi pembukaan gerai-gerai tomyam.

Cawangan gerai tomyam mula bercambah di sekitar Wijayapura, kerana semakin ramai orang berpindah ke pusat bandaraya ini, semakin ramai orang makin malas memasak dan makan di luar sahaja.

Ini adalah sebahagian daripada proses industrialisasi, tambahan pula, ia memberi alternatif kepada gerai mamak.

Disebabkan itu, Azham melihat Ali sebagai seorang yang bijak mengembangkan perniagaan. Azham nampak sejak Ali kembali selepas lama menghilang, kedudukan kewangan Gagak Merah sudah kembali pulih seperti biasa.

Selain itu juga, Ali juga sudah mula menceburi bidang memborong barangan-barangan basah terutamanya yang melibatkan masakan yang berada di gerai tomyam.

Sedang Ali sibuk menguruskan gerai tomyamnya, ada sebuah kereta BMW parking di tepi. Kemudian kelihatan Pengetua datang ke arah meja.

"Nak makan apa, bang?" tanya pelayan yang merupakan budak Kecik.
"Abang kau panggil aku? Umur aku dah 68 tahun."
"Alah, abang nampak macam 34 tahun je. Awet muda."
"Pandailah kau nak membodek. Panggil Ali."

Berubah muka budak tu bila Pengetua suruh panggil Ali.

"Bang Ali, ada orang panggil!"

Ali datang dengan apron dan porchbag, jalan menuju ke arah meja.

"Pengetua!" kata Ali, tersenyum.

--

"Pandai betul kau niaga ni, Ali," kata Pengetua.
"Alhamdulillah, syukur. Rezeki. Ni semua pun arwah ayah punya kawan yang ajarkan pada saya."

Pengetua mengangguk.

"Pengetua nak makan apa? Saya belanja."
"Aku nak makan siakap sweet sour, lepas tu udang goreng petai, dan sayur kailan ikan masin."
"Eh, banyak betul order ni?"
"Kejap lagi Azlan dengan Tengku Aminah datang. Ali, kau tak jumpa lagi dengan mak kau?"

Ali menggelengkan kepalanya.

"Dia datang sini balik sebab nak cari kau. Tapi aku tak dapat jumpa dia. Aku bukannya macam dulu. Tapi aku akan cuba cari dia, Ali."
"Saya harap dia okay lah."
"Ali, kau jangan beritahu Azlan lagi pasal rahsia yang aku beritahu kau. Dia belum bersedia lagi. Dan aku nak kalau apa-apa jadi pada adik kau, aku nak kau tolong dia."
"Pengetua tak perlu ingatkan saya pasal tu. Dia adik saya. Dan saya akan pertahankan dia sampai titisan darah saya yang terakhir."
"Tu pun dorang berdua dah sampai."

Kereta Aston Martin parking sebelah kereta BMW.

"Siapa tu?" tanya Ali.
"Mina, anak Tengku Ariffin. Bakal adik ipar kau."
"Eh, apa jadi pada Natasha?"
"Dah putus."
"Pulak."

Azlan datang ke arah Ali kemudian tersenyum.

"Steady la, Ali! Tak sangka, kau dah ada kedai tomyam!"
"Boleh la sikit-sikit, Lan. Kau lagi pandai masak. Masak ayam goreng, masak spaghetti."

Ali pandang Mina seperti segan. Anak tengku keluarga al-Daulah makan gerai tomyamnya.

"Okay ke makan sini?" tanya Azlan.
"I okay lah. My dad pun selamba je makan nasi kandar Mustafa Ibrahim dulu. Takde masalah pun. My dad bukannya macam abang dia tu. Dia suka je duduk tempat macam ni," kata Mina.
"Lama betul tak dengar nama Mustafa Ibrahim ni," kata Ali.
"Itulah. Rindu nasi kandar arwah abang Kadir tu."
"Eh, korang. Korang makan dulu, aku pergi dapur nak tolong pekerja aku jap."
"Tapi kau boss, Ali?" tanya Azlan.
"Sebab aku boss la aku kena kerja lebih daripada semua orang!"

Pengetua senyum, mengangguk setuju.

"Banyak benda kau kena belajar dengan Ali, Lan," kata Pengetua.
"Kagum betul dengan dia."
"Walaupun dulu dia belajar cuma darjah tiga, otak dia jauh lebih bijak dari kebanyakan budak universiti kat dalam sana tu. Sebab tu aku nak kau belajar dengan dia. Tengok macam mana dia buat networking."
"Baik, Pengetua."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top