1993 part 1

New Year's Eve, 1993

Hafiz

"Awak dah makan, koibito?" aku tanya sebaik sahaja Adilah naik kereta.

"Belum. Tadi kerja banyak sangat. Besok nak New Year kan?"
"Best tak, kerja kat Wijaya TV?"
"Best tapi penat! Ada banyak sangat kerja. Kena pergi kejar berita, tulis berita, tulis skrip, macam-macam."
"Tadi saya tengok berita, ada live muka awak."
"Oh ya, tadi saya pergi projek rumah tergendala. Projek tu rupa-rupanya, tak dapat disiapkan sebab pemajunya dah lama tak bayar pinjaman bank. Habis duit orang yang beli rumah kat kawasan tu."

"Banyak sangat projek perumahan tak siap. Kerajaan cakap, ekonomi bagus. Tapi macam tak bagus pun."

"Itulah, dengar cerita dari colleague tadi, sebab Tengku Razak, Menteri Kewangan. Dia silap buat pelaburan forex. Negara rugi teruk sampai banyak projek kerajaan kena potong."

"Tapi itu pun nak buat Sukan Komanwel," kata aku.
"Nak buat macam mana. Dah terpilih jadi negara tuan rumah, kena la selamatkan air muka negara. Jangan risau la, Sukan Komanwel awak tu pasti jalan je," kata Adilah.

Tiba-tiba Adilah tepuk bahu aku.

"Kuatkan bunyi radio! Lagu kegemaran saya!"

Lagu Ella dari Layar Impian, berkumandang.

Kami berdua duduk di bangku sebuah taman, untuk menyaksikan bunga api menjelang tahun baru.

"Ingat tak, masa New Year dua tahun lepas?" tanya aku.
"Ingat. Kita masih tukar-tukar kaset lagi, kan?"

Bukan tu maksud aku.

Aku maksudkan janji aku untuk kahwin dengan dia menjelang 1995.

Tapi aku tak nak spoil mood dia. Ye lah, kerja kat tempat glamour macam Wijaya TV, nanti tiba-tiba cerita pasal kahwin, macam potong mood pula.

"Awak, sejuklah malam ni. Pinjam coat awak," kata Adilah.

Aku sarungkan coat aku pada badannya. Kemudian dia baring menyandar pada aku.

"Apa azam baru awak?" tanya Adilah.
"Berganding bahu untuk menjayakan Sukan Komanwel."
"Saya harap tahun ni saya dah dapat jadi news anchor. Penatlah kerja wartawan, kena pergi banyak tempat."

Adilah seluk poket coat aku, dan rasa aneh.

"Kotak apa ni?"

Aku ke kedai emas hari tu, tempah cincin emas untuk dia. Aku baru nak surprisekan malam New Year, sebab malam ni malam 2nd anniversary.

Dia tengok ada kotak cincin.

"Cincin siapa ni?"
"Buka la, tengok. Awak suka tak?"

Adilah buka cincin tu, kemudian sarung ke jari manisnya.

"Cantik, kenapa awak beli cincin ni?"
"Sebab malam new year kan, malam anniversary kita."
"Mahal lah cincin ni. Ada berlian lagi."
"Takpelah, mahal ke murah ke, yang penting awak suka."
"Terima kasih, koibito!"
"Kasih diterima, kanojo."

Bunga api meletup di Dataran Perwira, menandakan bermulanya tahun 1993. Another new year, another new journey!

--

Ali

Malam new year aku melepak seorang diri kat tangga usha bohsia kat Dataran Perwira. Aku berjalan takde hala sambil tengok bunga api.

Nak hisap rokok, kedai pulak jauh. Tapi sangap rokok ni memang memaksa kau bergerak jugak, bai.

Gerak la, dah habis letup bunga api, mana ada apa lagi dah. Bohsia semua pun dah kena angkut dengan mat bohjan naik motor. Nak usha pun tinggal bapuk je.

Tengah aku berjalan menuju ke 7-Eleven, ada dua budak muda datang nak pow aku.

"Nak pergi mana ni?" tanya budak tu.
"Pahal?"
"Eh, kitorang tanya, jawab je la. Jangan tunjuk kerek."
"Pergi kedai, beli rokok. Pahal?"
"Dia ni kerek la. Kau sayang wang kau, atau nyawa?"

Aduh budak-budak ni. Silap orang la nak pow aku.

"Atau."
"Eh, brader ni ingat kita main-main. Sekali aku tikam karang!"

Budak ni keluarkan pisau. Serius la? Dengan aku, budak ni nak ajak aku bertikam?

"Dik, simpan la pisau kat rumah tu. Mak nak siang ikan takde pisau nanti."
"Kurang ajar!"

Dia terus nak tikam aku, tapi aku kalis tangan dia, lepas tu aku grip kepala dia macam Big Boss Man dalam wrestling tu.

"Kau tunggu kejap, aku panggil taiko besar kawasan ni. Mati kau!"

Budak tu berlari menuju ke belakang lorong. Sementara tu kawan dia ni dah nak start menggelupur sebab tak boleh lepas grip kepala aku.

Kejap lagi, budak tu datang, bawak member. Member dia bawak parang.

Tapi bila aku amati balik member dia yang bawak parang ni, si Kecik ni. Kecik ni dulu budak aku jugak ni.

Dah sampai pertengahan jalan, Kecik terkejut nampak aku, lepas tu dia lepaskan parang.

"Bro Ali!"

Aku lepaskan je lah budak ni. Dah menggelupur macam ayam kena sembelih dah.

Rupanya taiko besar kawasan ni, budak aku, si Kecik.

"Bro apa khabar?" Kecik salam, cium tangan aku.
"Baik je. Aku nak beli rokok ni, saja lalu sini."
"Bro Ali nak rokok? Tak payah susah-susah, biar budak saya belanja. Woi, Joni, Lias, belikan bro Ali ni rokok!"

Dua budak ni muka merah padam bila 'taiko besar' kawasan ni suruh dia belikan aku rokok.

"Lighter sekali," kata aku.

"Apa yang kau tercegat lagi? Cepatlah beli!" jerkah Kecik. Mencicit dua budak tu lari pergi beli rokok.

"Lama tak nampak bro Ali kat sini. Bro Ali kat mana?"
"Bersepah aku pergi. Tapi aku sekarang ni sibuk sikit. Uruskan bisnes warung tomyam. Kumpul duit sikit untuk terus hidup."

Kejap lagi dua budak tu hulurkan rokok Lucky Strike pada si Kecik. Si Kecik letakkan rokok kat mulut aku, lepas tu tolong lightkan.

"Budak-budak ni, adab takde dengan orang tua, bro Ali. Saya minta maaf sangat," kata Kecik.

"Tadi tu gurau-gurau manja je lah," aku gosok-gosok kepala budak tu.

"Kau jangan main-main dengan bro Ali ni. Dia ni bunuh orang pakai sebelah tangan, sebelah lagi tangan hisap rokok je, kau tau tak?"

"Faham, bang Kecik."
"Sekarang aku nak korang berdua minta maaf dengan bro Ali, lekas!"

Kecik sepak betis dua budak tu, melutut dua budak tu kat aku.

"Maafkan kami, bro Ali!"
"Haaa, bagus. Pandai kau ajar budak-budak ni respect orang tua. Kau amacam, ok tak?"

Kecik kerut dahi.

"Banyak dah berubah sejak bro takde. Sejak Diamond Hijau pegang kawasan ni, bos atas macam dah tak peduli kami. Ye lah, dah jadi menteri."

Aku fikir dalam-dalam. Aku rasa dah jadi tanggungjawab aku untuk tolong budak aku sendiri ni.

"Kecik, kalau kau jadi sidekick aku, kat Puncak Jaya, kau nak tak? Kita unitekan semua budak kita balik, lepas tu kita kumpul modal, kita buat geng kita sendiri. Amacam?"

"Hish, abang berani ke nak pangkah Bang Iz? Bang Azham? Old timer tu."

"Pelan-pelan la. Yang penting kau bawak budak kau, kerja dengan aku. Sebab aku nak jaga kongsi aku kat Krung Thep lagi. Jadi aku perlukan sidekick macam kau. Daus dah jadi tentera, payahlah aku nak panggil dia."
"Ye ke? Dia dah jadi tentera?"
"Haah. Budak tu dulu kena tampar dengan aku, dah besar jadi orang berguna juga. Kau berdua ni, nanti jadi orang berguna juga, faham?"
"Faham, bro Ali."
"Eh, bro Ali. Bro Ali dah makan ke belum?"
"Mana makan sedap kat sini?"
"Ada mamak, mi goreng dia sedap. Jomlah, budak saya belanja," Kecik ketuk kepala dua budak ni.

--

"Rancangan aku, kita cari geng-geng kecik kat sekitar Wijayapura ni, lepas tu, kita satukan geng ni bawah pimpinan aku. Lepas tu, dalam masa dua tahun, bila geng kita dah besar, barulah kita lawan Diamond Hijau."

Kaki aku atas kerusi, sambil ketik rokok, masa aku berbincang dengan Kecik.

"Tapi bro Ali, bro nak langgar Gagak Merah ke? Bro dah angkat sumpah setia, bro. Kalau dorang tau bro tubuhkan geng kongsi sendiri, dorang langgar kita nanti!"
"Sebab tu kita kumpul geng-geng kecik ni dulu. Kita jangan langgar Gagak Merah dulu. Kita rilek dulu. Sementara ni, kita kekal dua identiti, geng Gagak Merah, geng Kisida."
"Kisida tu apa, Bro Ali?"
"Bahasa Suvarnabhumi, maksud dia ayam hitam."
"Nama dia macam jahat semacam je, bro Ali."

Aku bakar lagi sebatang rokok.

"Weh, ni HSBC tau," kata aku.
"Apa tu bro? Bank ke?"
"Bukan, habis sebatang, baru chow. Dah lewat ni. Besok aku nak pergi airport ni."
"Bro nak saya hantar ke airport pun takde hal, bro. Bro nak pergi mana?"
"Nak pergi Krung Thep. Nak settlekan hal geng kongsi aku kat sana. Minggu depan, aku balik. Lepas tu, aku akan lantik kau sebagai assistant aku. Bawak dua budak ni sekali. Biar aku bagi pendidikan jalanan sikit."
"Flight pukul berapa, bro?"
"1:30 tengah hari. Baju aku, passport aku, semua dalam beg. Kau datang jemput aku jam 11 pagi."
"Set boss."

--

Celaka, dah pukul 12!

Berlari aku ke bilik air dan bersiap. Rasanya aku pakai deodorant je lah. Tak sempat aku nak mandi ni.

Aku turun bawah, nampak Kecik dengan dua budak dia dah standby nak tolong angkat beg. Tiket, passport semua aku masukkan dalam kocek.

"Apasal kau tak kejut aku?"
"Dah suruh receptionist tu call bilik hotel bro Ali, tapi bro tak bangun."
"Menyesal aku lepak sampai 4 pagi semalam!"

Mujurlah si Kecik ni bawa kereta macam Ayarton Senna, sempatlah aku sampai airport walaupun dah lambat.

"Bro, balik sini bila?"
"Ahad depan?"
"Saya jemput bro, pukul berapa?"
"Biasa flight sampai sini petang. Gua chow dulu!"

Salam calit tangan dengan semua, lepas tu aku gerak.

Sambil aku berlari ke pintu pelepasan, aku nampak ada ramai askar kat situ.

"Bang, ada apa askar ramai-ramai kat sini?" aku tanya sorang askar kat situ.

"Nak pergi Bosnia. Jadi tentera pengaman," kata askar tu.
"Okay bang, jaga diri kat sana. Abang jumpa orang Serbia, ganyang sampai lumat."

--

Tentera Gelanggayu sertai misi pengaman ke Bosnia

WIJAYAPURA - Seramai 500 orang tentera Gelanggayu berlepas ke Bosnia Herzegovina dari Rejimen 14, menyertai tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPROFOR) hari ini.

Rejimen tentera itu diterbangkan dengan pesawat khas tentera PBB yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Jaafar, dan akan tiba di Sarajevo dalam misi pengaman di negara bergolak itu.

--

Firdaus

"Koperal Firdaus?"
"Ya, tuan?"

Leftenan Kolonel Abu Bakar bersalaman dengan aku.

"Saya belum sempat ucapkan terima kasih sebab selamatkan saya hari tu."
"Sama-sama, tuan."
"Sebenarnya, saya rasa bersalah dengan orang-orang Lamas tu," kata Leftenan Kolonel.
"Kenapa, tuan?"
"Masa team kamu gempur base mereka, saya dan mereka sedang uruskan perjanjian damai. Mereka mahu berdamai, tapi dengan syarat, kita tak bina empangan di kawasan mereka dan tak teroka kawasan hutan."
"Saya ikut arahan, tuan. Orang atas suruh selamatkan tuan, saya pergilah."
"Saya tak salahkan kamu. Kamu cuma jalankan tugas. Baik, selamat menjalankan tugas di Bosnia. Semoga selamat di sana."
"Baik, tuan."

Kapal terbang berlepas, dan dalam fikiran aku, aku rasa ada amat gementar sebab kali ni aku berdepan dengan cuaca yang sejuk.

Aku tak takut dengan orang Serbia, walaupun aku dah dengar macam-macam pasal mereka. Yang aku takut, aku tak biasa dengan cuaca kat sana, atau apa binatang kat sana. Yang macam mana bahaya.

Tapi, tenang je lah. Bukan senang dapat sertai misi Bangsa-Bangsa Bersatu ni.

--

Jeneral Yahya ke Washington untuk menyaksikan upacara mengangkat sumpah Presiden baru Amerika Syarikat, Bill Clinton menggantikan kawan baiknya, George HW Bush.

Menurut apa yang Yahya kaji, Clinton adalah sejenis presiden yang tidak berapa arif tentang polisi luar, tidak seperti Bush. Kempen Clinton juga lebih berkisar tentang isu domestik seperti isu kenaikan cukai, isu kesihatan dan isu pengangguran.

Selepas 12 tahun sejak 1981 Parti Republikan menduduki White House, kali ini ia kembali ke Demokrat.

Tidak seperti Reagan dan Bush, Yahya tidak berapa rapat sangat dengan Clinton. Yahya tidak rapat dengan Bill macam mana dia boleh tepuk bahu Reagan dan panggil 'Ron' dan makan malam di rumah George Bush.

Jadi dia perlu perhatikan seketika keadaan semasa politik Amerika, kerana sejak merdeka, Amerika adalah rakan sekutu Gelanggayu yang paling rapat.

Selepas tamat upacara angkat sumpah Presiden Clinton, mantan Presiden Bush menaiki kapal terbang menuju ke Texas, bersama Yahya.

Dalam kapal terbang, Presiden Bush meminta Yahya untuk mendidik anak sulungnya, Bush Jr untuk menjadi presiden satu hari nanti, dan dia akan membalas jasa Yahya nanti.

Yahya dah perhatikan perangai Bush Jr ni. Sebijik macam Luq. Susah untuk dia jaga. Disebabkan itu, Yahya kata dia terima sahaja tugas itu, tetapi dia hanya akan mengajar dari jauh.

Menerusi apa yang dipanggil sebagai internet, Yahya akan merangka strategi dari Wijayapura untuk diberikan kepada orang-orang yang akan dibina untuk Bush Jr.

Langkah pertama mereka ialah untuk memastikan Bush Jr, dan adiknya Jeb, akan bertanding sebagai Gabenor di dua negeri yang ramai penduduk tapi berpotensi untuk dimenangi Republikan.

California besar, tetapi sejak Reagan bersara, ia menjadi kubu kuat Demokrat dan ia sukar untuk dimenangi. Maka mantan Presiden Bush meletakkan Bush Jr di Texas, dan adiknya Jeb di Florida.

Bersama-sama Karl Rove, John Ashcroft, Colin Powell dan Dick Cheney, yang merupakan contact rapat Henry Kissinger, kawan baik Yahya, mereka merancang dalam masa dua tahun, Bush Jr akan menjadi Gabenor Texas dan Jeb jadi Gabenor Florida, dan pada tahun 2000, salah satu dari dua orang ini akan menjadi Presiden Amerika untuk menyelamatkan legasi keluarga Bush yang tercalar akibat kekalahan dengan Bill Clinton.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top