1992 part 8

Sudah tiga hari Leftenan Kolonel Abu Bakar, Koperal Safuan dan Koperal Muhammad ditahan oleh tentera pemberontak Lamas Liberation Front (LLF).

Walaupun menjadi tahanan, mereka bertiga diberi makanan, minuman, serta hak untuk beribadat walaupun berlainan agama.

Tiang besi diketuk, tanda makanan akan diberikan. Makanan yang diberikan ialah ubi rebus, dan air sungai. Itu sahaja makanan yang diberi sepanjang tiga hari.

"Awak boleh cakap bahasa Lamas?" tanya pemberi makanan itu kepada Leftenan Kolonel.
"Maaf, saya tak boleh."
"Bos nak berunding, tapi dia tak tahu cakap Melayu."
"Awak translate la," kata Koperal Muhammad.
"Telanlet? Apa tu?"
"Translate. Awak faham cakap Melayu kan?"

Pemberi makanan itu mengangguk.

"Saya cakap Melayu, awak cakap Lamas pada dia, boleh?" tanya Leftenan Kolonel.
"Boleh, saya cakap dengan bos."

Leftenan Kolonel dilepaskan untuk bertemu dengan ketua gerila, Pasak Paigilan.

"Komandor Pasak," ketua gerila menghulurkan salam kepada Leftenan Kolonel.

"Leftenan Kolonel Abu Bakar, Rejimen 14, Tentera Darat Gelanggayu."

"Wa'ak kuwato tak?"

Leftenan Kolonel memandang kepada pemberi makanan yang faham bahasa Melayu.

"Dia tanya, awak sihat tak?"
"Baik, alhamdulilah."
"Baro tok, habita Dewata," balas balik penterjemah kepada Pasak.
"Habita Dewata, Jesus Kristo. Ik ari maok damai, ka'ash tak tri kalat."
"Bos cakap, kami mahu berdamai, tapi mahu tiga syarat."
"Baiklah, apa syaratnya?"
"Sato, tinin ampang sunai kek Ligunan."

Leftenan Kolonel pandang penterjemah.

"Satu, berhenti bina empangan sungai di Ligunan."

Leftenan Kolonel mengangguk.

"Duo, nyapek camar hutan ik. Gelanggayu ek Lamas, damai. Ka'ash, tinin camar hutan, camar sunai."

"Dua, jangan mencemar hutan kami. Kami mahu Gelanggayu dan Lamas berdamai. Tapi, jangan cemar hutan kami, jangan cemar sungai kami."

"Baik."

"Trigo, ik worang Lamas sik babas hok tui."

"Ketiga, bebaskan orang Lamas yang ditahan di tahanan penjara."

"Leftenan Kolonel worang jabis, ik sikma hunus."

"Leftenan Kolonel orangnya baik, jadi kami tak nak berbunuh."

"Macam mana saya nak sampaikan pesan Komando Pasak ke tentera kami?"

"Jabe ik ka Kem Lasigun. Ik sana sabato."

"Kami akan hantar Leftenan Kolonel ke Kem Lasigun. Kat sana kita bincang."

"Dua orang pemandu dan pengiring saya, macam mana?"

"Duo drebar kelanro Leftenan Kolonel?" tanya penterjemah pada Komandor Pasak.

"Huk ta kana ik asda jame'un hula."

"Kami tahan dulu sampai dapat jaminan yang perjanjian kita dapat capai."

"Baik, kita ke sana, dan saya akan bincang dengan orang atas saya sekali."

Bagaimanapun, perbincangan terhenti apabila helikopter berbunyi. Semua anggota mengerah membawa senjata. Leftenan Kolonel dibawa kembali ke tempat tahanan.

--

Firdaus

Kompeni Bravo Rejimen 14 turun dari helikopter. Aku dan rakan-rakan lain ditugaskan untuk menyelamatkan Leftenan Kolonel Abu Bakar. Selain itu Kompeni Alpha dibawa ke bahagian 30 darjah ke arah utara untuk menggempur mereka dari kawasan belakang, serta menutup sempadan dari jalan tikus sempadan Gelanggayu-Suvarnabhumi.

G5 howitzer 155 mm mula membedil kubu kuat LLF. Tembak menembak mula berlaku antara tentera kerajaan dan tentera pemberontak. Mereka menggunakan senapang jenis AK-47, tapi kami menggunakan M16 Calibre 5.56 mm.

Tembak menembak berlaku, dan bom asap berwarna merah dilemparkan oleh Kompeni Alpha sebagai tanda mereka sudah masuk ke dalam kem musuh.

"Fire in the hole!" aku melempar bom ke arah menara peninjau musuh sambil menembak pengawal di tepi pintu pagar.

"Team Bravo dah masuk, saya ulang, Team Bravo dah masuk!"

"Team Alpha one down, over!"

Sorang dah kena tembak pulak. Aku pandang kiri dan kanan, dan seterusnya menembak dua lagi orang pemberontak.

"Prebet Karim, Prebet Karim, ikut aku!" aku menjerit melihat dia sedang mencari tempat berlindung.

"Kau cover aku, aku pergi tempat tahanan tu," aku melihat pada peta yang ada di tangan aku.

Peluru sesat terkena lengan kanan aku.

"Aaarrrgggghhh! Kimak! Aku kena tembak! Cover aku Karim!"

Aku berlindung di sebalik tembok, aku terus capai pisau komando dan cuba keluarkan peluru dari lengan aku.

Dalam hal ni aku teringat pesan abang Ali masa aku dalam kongsi dulu. Dulu masa aku ikut dia masa dia tembak budak Diamond Hijau dulu, aku kena peluru sesat. Dia cakap, cuba jangan bagi darah keluar banyak. Ikat dengan kain atau apa-apa dulu. Peluru tu masa kat hospital nanti baru keluarkan.

Satu lagi peluru terkena helmet Kevlar aku.

Si Karim ni cover aku ke tak ni? Cover la!

Aku nampak ada dua orang sedang menjaga tahanan. Aku mengambil keputusan untuk tembak dua orang tu sebelum aku terajang pintu grill tu sampai pintu grill tu patah.

"Leftenan Kolonel, take cover!"

Nampak beberapa orang tentera pemberontak sudah lari dari tempat ini. Aku dan Prebet Karim terus berlari ke arah helikopter.

Dalam berlari menuju ke helikopter, aku nampak ada orang cuba tembak Leftenan Kolonel, aku hadang dan satu lagi peluru terkena bahu aku.

"Kimaaaaakk!"

Aku tembak muka dia.

"Okay ke, Prebet Firdaus?"
"Okay tuan!"

"Team Bravo mission accomplished, team Bravo mission accomplished!"

Lepas dah naik helikopter, aku terus pitam bila tengok darah aku semakin banyak yang dah keluar.

--

Aku sedar je, aku di dalam hospital tentera. Dalam misi menyelamatkan Leftenan Kolonel, lima orang termasuk aku WIA.

Koperal Haizi dan kawan aku, Prebet Karim melawat aku yang sedang terbaring atas katil.

"Koperal..."
"Kau ok tak ni, Firdaus?"
"Okay tuan."
"Kau memang hero la, Firdaus. Team Platun 2 Kompeni Bravo memang bangga dengan kau. Dalam ramai-ramai orang, kau dengan Karim yang lepas masuk dalam tu."

Aku senyum je lah.

"Kau keluar dari hospital nanti, kami nak belanja kau makan. Sebab kalau kau lambat, lagi ramai yang cedera, silap-silap ada yang terkorban."
"Dah tugas, koperal."
"Kau jaga diri elok-elok. Jangan ngorat nurse pulak," Koperal Haizi fistbump aku.

Dalam masa nak dekat enam bulan ni, inilah first time Koperal Haizi cakap elok-elok dengan aku.

--

Azlan

Aku memandu pulang dari Bandar Tun Zairi Abu Bakar, selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara yang memenatkan.

Aku singgah di kedai runcit, dan beli sekotak rokok. Aku bakar sebatang rokok, buka tingkap kereta, dan longgarkan tali leher aku.

Lagu Rooster dari Alice In Chains mengiringi pemanduan aku menuju jalan pulang.

Aku jadi penat. Penat dengan segala yang aku buat ni. Rutin hidup aku sentiasa kena bergerak ke sana dan ke sini. Aku kena jumpa Bang Iz untuk kerja-kerja Parlimen dan Menteri, aku kena jawab soalan MP (sebab Bang Iz malas nak fikir, jadi tugas menjawab soalan tu sebenarnya tugas aku, cuma Bang Iz baca balik di Dewan), kemudian aku kena ke Majlis Perbandaran, melawat kawasan, dan berkenalan dengan penduduk setempat.

Kalau macam hari ni, perang antara tentera kerajaan Gelanggayu dengan tentera pemberontak LLF, aku kena hadir juga sebab Bang Iz sebagai Menteri, dan aku kena fikir juga memandangkan Bang Iz tak ada kapasiti memikir yang cukup kuat.

Kemudian aku kena jumpa dengan Tengku Ariffin dan anak dia, sampai aku rasa aku dah lama tak tengok rumah. Belum lagi cerita aku di studio radio lagi.

Kalau aku balik pun, rumah dah gelap, dan aku cuma balik bilik, tukar baju, dan mandi. Kemudian tidur.

Kemudian esoknya sebelum subuh lagi aku dah mandi, solat dan keluar kerja. Hari minggu aku tak pernah ambil cuti.

Semua ini aku lakukan sebab aku mahu mencapai kuasa itu. Mungkin aku tertanya-tanya, adakah masa Datuk Seri Azmi masa muda dulu, hidup dia juga terkejar-kejar macam aku?

Entahlah. Sebenarnya aku masih marah lagi dengan apa yang berlaku pada aku dan Natasha. Aku ingat, dia ke UK, dan kami mampu kekalkan hubungan ini.

Aku rasa dalam situasi sekarang, Hafiz lagi bahagia daripada aku. Aku rasa aku perlukan nasihat dia. Sebenarnya tak ada seorang pun kawan aku di Gelanggayu ni tahu yang aku dah broke up dengan Natasha.

Yang tahu cuma Tengku Aminah, itupun sebab dia di London.

Aku rasa aku perlu bercakap dengan Hafiz.

Aku tiba di rumah jam 11 malam. Badan aku penat, tapi aku perlu bercakap tentang perasaan ini.

Aku buka pintu rumah, dan aku nampak dia sedang menelaah beberapa buah buku, yang aku terkejut sebenarnya.

History of Political Philosophy oleh Leo Strauss, The World As Will And Representation oleh Arthur Schopenhauer, Al Muqadimmah oleh Ibnu Khaldun, dan bermacam-macam lagi jenis buku.

Kelihatan dia sedang sibuk menulis, jadi aku hanya duduk di sebelahnya, dan melihat dia sedang menulis nota.

"Assalamualaikum," Hafiz bagi salam sambil menulis.
"Waalaikumsalam."
"Kau okay ke tak ni? Macam baru kalah judi je aku tengok gaya kau ni?" tanya Hafiz.
"Lebih kurang macam tu lah. Kau belajar apa ni?"
"Ni buku ayah aku. Entah kenapa baru sekarang aku nak belek buku ni balik. Ada orang pulangkan balik buku ni pada aku. Jadi, aku baca, aku rasa macam menarik, aku baca lah."

"Interesting..."
"Kau tak jawab soalan aku, Alan. Apa yang buat kau rupa macam kalah judi je ni?"
"Letih. Pagi aku kena pergi Majlis Perbandaran, lepas tu kena siapkan jawapan untuk Parlimen, lepas tu mesyuarat Majlis Keselamatan Negara, pasal perang di Utara. Penat, sampai takde life."
"Biasa la tu, kerja dengan menteri."
"Aku nak tanya kau satu soalan kat kau la, Hafiz."
"Tanyalah."
"Kau dengan Adilah macam mana? Happy tak?"

Hafiz berhenti menulis dan pandang aku.

"Kenapa kau tanya macam tu?"
"Takdelah, bila kau dah busy, dia pun ada kerja, kau pun aku dengar dah kerja dengan SUKOM, ada masalah dalam komunikasi tak?"

Hafiz letakkan pen di tepi.

"Untuk side aku, aku happy dengan dia."
"Side dia?"
"So far so good."
"Hmm, macam tu je jawapan kau?"
"Kau expect apa, Alan?"
"Aku expect dalam bentuk nasihat, sebab aku rasa love life aku fvcked up sekarang ni."
"Kau gaduh dengan Natasha?"
"Bukan gaduh lagi. Break up terus."
"Bila kau putus dengan dia?"

Aku bakar rokok Lucky Strike yang aku beli tadi.

"Masa aku pergi London hari tu. Aku jumpa dia, dia terus minta putus."
"Faktor jarak kot?"
"Tak, dia jumpa gambar aku dengan perempuan lain."
"Kau pun satu, Lan. Benda macam tu, memang la pencetus putus."
"Kau rasa aku patut tak menang hati dia balik?"

Hafiz hirup kopi dari cawan di tepi bukunya.

"Tak pernah-pernah kau minta nasihat cinta dengan aku selama ni?"
"Aku mengaku apa yang aku pernah cakap pada kau dulu tu, silap. Aku terlalu sibuk dengan kerja, sampai jadi macam-macam. Dan of course, perempuan-perempuan lain."

Hafiz bangun dan bergerak menuju ke meja makan, dan tuang kopi.

"Kau nak kopi?"
"Ok, boleh juga."

Dia tuang secawan kopi pada aku.

"Kau cintakan Natasha?"
"Of course aku cintakan dia."
"Tapi kenapa kau kantoi dengan perempuan lain?"
"Perempuan tu yang datang pada aku dan aku tak berdaya nak menghalang."

Tersembur kopi si Hafiz.

"Kalau kau jawab macam tu, aku dah takde soalan lagi nak tanya."
"Sebab?"
"Sebab kalau kau cintakan seseorang, kau akan rempuh apa saja yang halang kau, tapi kalau perempuan lain goda kau pun kau tak berdaya nak halang, aku tak tau nak jawab apa."

Hafiz ke dapur, ambil kain lap untuk lap air kopi yang tersembur atas meja.

"Aku ada cerita kat kau kan, pasal Cindy blow aku sampai aku tak pakai seluar dulu kan? Dia acu pistol pada aku."

"Alan, aku tak rasa director filem porno pun akan terfikir cerita yang kau cerita ni."
"Memang stranger than fiction, Hafiz."
"Kau rasa kalau kau cerita ni kat orang lain, orang nak percaya ke?"

Aku gelengkan kepala.

"Dan kau rasa alasan ni boleh digunakan untuk buat Natasha terima balik kau?"
"Hafiz, aku cuma nak tanya, macam mana aku nak menangkan hati dia balik?"

Hafiz habiskan kopi dalam cawannya, kemudian basuh cawan tu.

"Aku tak pernah ada perempuan acu pistol kat aku sebab dia nak hisap zakar aku lagi. Jadi, aku takde jawapan untuk soalan kau tu. Tapi, kalau kau rasa kau kesunyian dan perlukan cinta, why not kau pergi je kat perempuan yang kejarkan kau tu?"

Aku rasa perbualan ni takkan membuahkan hasil.

"Okaylah, aku cuba cari jawapan lain."
"Good luck," kata Hafiz.

Aku capai tuala, dan terus pergi mandi.

--

Adilah

Akhirnya! Setelah hampir berpuluh tahun arwah nenek aku perapkan semua ramuan-ramuan dalam pasu ini untuk membuat minyak senyonyong, akhirnya siap jugak!

Sebenarnya minyak senyonyong ni arwah nenek aku buat untuk arwah makcik aku, Wan Rohana untuk menggoda ayah Azlan, Muhammad Niat.

Tapi entah macam mana, ada orang lain yang tepis jampi tu, sampai arwah makcik aku dan arwah nenek aku meninggal serentak.

Yang tinggal hanya pasu yang peram minyak senyonyong ini. Untuk siapkan minyak ini memerlukan masa berpuluh tahun untuk siap.

Arwah makcik aku tak sempat menggunakannya. Mungkin dah jadi takdir aku untuk gunakan pada Azlan.

Esok aku kena buat laporan tentang pertandingan catur yang berlangsung di sekolah lama aku. Aku rasa sebagai anak kepada bekas juara kebangsaan, dia mesti datang.

Lagipun aku ada nampak papan catur di bilik pejabatnya. Aku rasa inilah masa yang sesuai untuk aku menggunakan minyak senyonyong ini pada Azlan.

Kemudian, aku akan goda dia, sehinggalah dia tumpas pada aku!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top