1992 part 2

"Datuk, Datuk dah siap?" tanya Datuk Bakri, setiausaha politik kepada Datuk Rahizan.

Datuk Rahizan simpan kembali foto tadi dalam laci. Dia kemudian capai kot yang tersangkut pada kerusi dan terus bergerak keluar dari pejabat.

Hari ini ada upacara pelancaran Sukan Komanwel 1998 yang berlangsung di Wijayapura, dan pelancaran rekabentuk baru stadium nasional yang terletak di Puncak Jaya.

Projek ini telah berjaya diperoleh oleh Nadi Citra Corporation, iaitu gabungan syarikat Datuk Abdullah, Citra Sari Corporation dan syarikat Datuk Mohd Nor, Nadi Wijaya Corporation.

Nadi Citra dibahagi secara 52-48 antara keluarga Datuk Mohd Nor dan keluarga Datuk Abdullah, dengan Datuk Mohd Nor menjadi Pengerusi Syarikat, sementara itu tiga portfolio penting dibahagi kepada Damian Mohd Nor selaku CEO syarikat, Mrs Birgitt sebagai CFO, dan Safian Wahid sebagai COO syarikat.

Nadi Citra memiliki syer sebanyak 63 peratus dalam kelab bolasepak Puncak Jaya FC, yang telah kerugian banyak akibat pasukan bolasepak itu digantung selama dua tahun akibat kebakaran stadium yang berlaku pada tahun 1989.

Disebabkan itu, Puncak Jaya FC memutuskan untuk runtuhkan stadium lama pada tahun 1990, dan apabila Gelanggayu berjaya memperoleh hak penganjuran Sukan Komanwel, Nadi Citra dengan pantas mendapat kontrak pembinaan stadium yang pada akhirnya akan menjadi stadium kepada Puncak Jaya FC yang lebih canggih.

Stadium itu dibina dengan kapasiti 80,000 orang dan akan mula dibina Mac ini, dan dijangka akan siap lagi lima tahun.

Selain itu, Nadi Citra mempunyai banyak projek seperti pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Wijayapura, Lebuhraya Layar-Puncak Jaya (Lebuhraya LPJ), pembesaran terminal kargo Lapangan Terbang Sultan Jaafar, serta Bandar Baru Teluk Chendana yang sebelum ini diuruskan oleh Citra Sari.

Melalui hubungan rapat Datuk Rahizan dengan Datuk Mohd Nor melalui Pengetua, Datuk Rahizan berjaya membina hubungan politik dan perniagaan yang sudah pasti menguntungkan.

"Datuk Rahizan, ini teks ucapan," kata salah seorang pekerja seliaan Datuk Bakri.

Dia simpan dalam kocek. Sebenarnya dia ada misi ke sana. Dia bukanlah berminat sangat dengan Sukan Komanwel ni pun.

--

Setibanya di Dewan Expo Wijayapura, Datuk Rahizan diberi sambutan selaku VVIP. Perdana Menteri, Datuk Seri Azmi tidak dapat ke upacara ini, kerana sedang menghadiri sidang World Economic Forum di Davos, Switzerland.

"Apa khabar, Datuk?" tanya Datuk Mohd Nor sebaik sahaja Datuk Rahizan duduk di kerusi.

"Okay je. Datuk macam mana?" tanya Datuk Rahizan.
"Splendid. Thanks to Damian, what a brilliant kid," Datuk Mohd Nor jack anak sendiri.
"Damian ni yang Harvard tu kan? Adik dia sekarang kat mana?"
"Wales," kata Datuk Mohd Nor, merujuk kepada Luqman.
"Okay, sekarang ni, Datuk boleh tak tolong saya?" tanya Datuk Rahizan.
"Tolong apa sahaja pun boleh, Datuk."
"Boleh tak tolong aturkan pertemuan saya dengan Daniel Hakim, Ahli Parlimen Puncak Jaya?"
"Tapi dia Parti Jujur, Datuk. Rasanya dia tak nak get into the trouble dengan pucuk pimpinan," kata Datuk Mohd Nor.

Datuk Rahizan senyum dan pandang pada Datuk Mohd Nor, dan terus berkata;

"I'm going to make an offer, that he cannot refuse," lalu minum seteguk air kosong dari cawan bertangkai.

"Bila tu?" tanya Datuk Mohd Nor.
"Saya nak jumpa Pengetua di London, dia ada meeting kat sana."
"Kebetulan saya nak pergi jumpa anak saya di Wales," kata Datuk Mohd Nor.
"Nanti belanja sekali semua ahli keluarga dia ke sana," kata Datuk Mohd Nor.
"No problem, Datuk."

Datuk Rahizan tersenyum. Begitu juga dengan Datuk Mohd Nor. Dua-dua sedang memikirkan agenda masing-masing.

Datuk Rahizan memerlukan orang dalam Parti Jujur untuk dia menjatuhkan Datuk Seri Azmi, sementara Datuk Mohd Nor mahu menjadikan Luqman sebagai ahli politik pada pilihanraya yang akan datang.

--

Hafiz

"Syukur, alhamdulilah! Berjaya juga kau dapat kerja jadi penolong pengarah teknikal komunikasi dan multimedia untuk Sukan Komanwel," Zizan tepuk bahu aku, tersenyum.

"Tapi aku sayang la nak tinggalkan Kementerian Pendidikan ni," kata aku.

"Sebab lepas ni, kau dah tak dapat lalu kat office TV Pendidikan untuk jumpa makwe kau kan? Kau beruntung, Hafiz. Awek kau tu ramai orang minat, tapi dia masih setia dengan kau."

"Aku yang beruntung sebenarnya, Zizan. Dia istimewa untuk aku."

Adilah baru keluar dari pejabat, dan melihat Zizan dan Hafiz sedang menunggu dia.

"Sorry, koibito. Lambat, tadi ada kerja sikit, Encik Fauzi nak discuss pasal skrip untuk rancangan minggu ni. Korang lama ke tunggu saya ni?" tanya Adilah.

"Taklah. Jom, hari ni Hafiz nak belanja kita semua makan!" kata Zizan.

"Awak, kenapa nak membazir ni? Simpan la duit tu. Kata nak masuk minang saya kan?"
"Makan je, bukannya beli benda bukan-bukan, kanojo."

Zizan pandang aku dan Adilah dengan pandangan yang pelik.

"Kau panggil dia apa, Fiz?"
"Kanojo. Dalam bahasa Ryukyu, maksudnya girlfriend. Dia panggil aku, koibito, maksudnya boyfriend."

"Dila, kalau Hafiz ni curang, jangan panggil dia koibito."
"Panggil dia apa?"
"Kaubuto."

Berdekah ketawa kami bertiga.

"Nak makan kat mana ni?" tanya Zizan.
"Jom nak, kita makan kat Ayam Goreng Harun," kata aku. Adilah dah tersenyum. Aku tau tu tempat makanan favorite dia.

Ayam Goreng Harun dah berkembang pesat sekarang. Selain cawangan utama di Puncak Jaya, AGH dah ada 15 buah cawangan di seluruh Wijayapura, selain ada 8 cawangan di seluruh Gelanggayu.

Kebangkitan Radio Universiti, yang lepas ni pindah ke Bukit Besar untuk office yang lebih besar, yang sering mempromosi AGH, menyebabkan Pak Harun kini berjaya mengembangkan perniagaannya menjadi francais makanan segera dari Gelanggayu yang terbesar.

Besar kemungkinan akan ke luar negara seperti Hillary, Temasik, atau Kundur atau bandar yang lebih besar seperti Kota Temasik, Krung Thep atau Betawi tak lama lagi.

Pada tahun 1991, Pak Harun berjaya memenangi Anugerah Best Brand oleh komuniti perniagaan Wijayapura.

Anak watan Puncak Jaya menguasai rantau Nusantara dalam bidang perniagaan francais makanan.

Tengah nak cari meja untuk makan, sebab restoran agak sesak, aku terjumpa dengan Ari.

"Ari! Wei, lama tak jumpa!" aku dan Ari berpelukan.

Zizan tercengang sebab aku berpelukan dengan striker bolasepak yang popular, walaupun dia bermain untuk Melaut FC.

Dulu, dia hampir ke Puncak Jaya FC, tapi sebab stadium terbakar dan kelab bolasepak tu digantung dua tahun, maka Ari pun bermain untuk negerinya.

"Kau makan fastfood ni, tak kena marah dengan coach ke? Piala Asia dah nak dekat ni?" tanya aku.

"Hari ni cheat day."
"Eh, perkenalkan, ini Azizan Azmi, anak Perdana Menteri."
"Saya peminat, Azhari!" kata Zizan, star-strucked dengan Azhari.
"Ala, biasa je. Jom la, makan sekali!"

Masa nak order makanan tu, Ari beritahu satu trivia pada Zizan.

"Kau tau, Buttermilk Chicken Burger punya tagline, 'rasa seperti jatuh cinta' ni siapa punya idea?" kata Ari pada Zizan.

"Siapa?" tanya Zizan.
"Hafiz, sebab masa ni, dia crush teruk dengan Adilah, lepas tu dorang ada assignment untuk promote Ayam Goreng Harun untuk product ni, Hafiz letak tagline ni."

Adilah tersipu malu, tutup muka.

"Wow! Tak sangka skill marketing kau ni power, Hafiz. Macam ni, aku akan perkenalkan kau ke Jawatankuasa Sukan Komanwel 1998, untuk pilih logo dan tagline, amacam?" tanya Zizan.

"Tak nak la, dah macam kronisme je ni," aku menolak. Bukan apa, aku dapat job jadi penolong pengarah teknikal komunikasi dan multimedia Sukan Komanwel ni pun atas pertolongan dia.

"Besar gaji dia wei. Gaji je dah lapan ribu ringgit. Elaun penerbangan lagi. Lepas ni job kau, kalau dapat, kena pergi negara-negara Komanwel untuk mempromosi Sukan Komanwel. Australia, Kanada, UK, India..."
"Jamaica pergi tak? Kalau pergi, aku nak join sekali," kata Ari.
"Jamaica negara Komanwel kan? Ada la, kena pergi juga tu, amacam? Kalau aku rekomen, mesti dorang bagi punya. Tapi kau kena perform la," kata Zizan pada aku.

Aku jeling pada Adilah. Adilah angkat bahu.

"Nanti aku discuss dengan Adilah."
"Sayang betul kau ni dengan Adilah. Dila, kira kau bagi je la, senang sikit. Dapat duit ni, dia nak minang kau jugak," kata Zizan.
"Nanti kami bincanglah," kata Adilah sambil pegang tangan aku.
"Bila korang plan nak kahwin? Lepas Sukan Komanwel, on tak on?" tanya Zizan.
"Kalau ada jodoh, dalam lingkungan tu lah," jawab Adilah.
"Serius, Fiz. Kau pergi Jamaica, aku nak ikut," kata Ari.
"Nak berasap macam Bob Marley la tu. Kau tu atlet, Ari. Kang urine sangkut, jadi Maradona kau karang!" kata aku.
"Dia hisap kokain, yang aku layan ni natural," kata Ari.
"Dah, dah! Jom kita order, hari ni, Hafiz belanja!" kata Zizan sambil memeluk bahu aku.

--

Daniel Hakim, Ahli Parlimen Puncak Jaya menerima tiga keping tiket penerbangan ke London. Bagi Kathy, isteri kepada Daniel, atau Khatijah nama sebenarnya, London merupakan tempat yang terlalu diidam-idamkan untuk pergi.

Jessica, berusia lapan tahun turut serta untuk ke sana.

Tapi Daniel perlu berhati-hati, kerana tahun ini merupakan tahun pemilihan Parti Jujur.

Tahun ini juga, Presiden parti, Datuk Hamdi bakal melepaskan jawatan, selepas memimpin parti tersebut sejak Tun Rizal bersara daripada politik selepas tewas pilihanraya 1969.

Dan mana-mana ahli Parti Jujur yang berbaik-baik dengan Jeneral Yahya Atan, adalah seperti mengkhianati parti.

Daniel faham, pemberian tiket ke London ini dari Datuk Mohd Nor untuk bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Rahizan, bukanlah percuma dan suka-suka hati nak belanja keluarganya melancong.

Tetapi ia adalah satu grand design yang dirancang oleh Jeneral.

Sejak melepaskan jawatan daripada Jeneral tentera yang memerintah kerajaan junta, Jeneral Yahya memilih untuk jadi low-key dan menjadi pengetua di Kolej Melayu Wijayapura.

Dan tujuan dia jadi pengetua itu pun, adalah untuk menjaga The Chosen One, atau dipanggil Ace, iaitu Azlan.

Pada mulanya Daniel selaku ahli parlimen Puncak Jaya tidak menyedari pun yang isterinya merupakan makcik kepada Azlan, tetapi sebagai orang dalam circle politik, Daniel sering juga mendengar cerita tentang ramalan Sayyid Muluk ini.

Kali pertama dia bertemu Azlan semasa pelancaran kelab bolasepak Puncak Jaya FC pada tahun 1986, dia rasa pelik kenapa budak lelaki ini seolah-olah dijaga begitu rapi oleh Jeneral.

Selain pucuk pimpinan Parti Jujur, dia juga perlu mengelak daripada terserempak dengan orang-orang Sultan, sebab sebenarnya pergerakan pro-republik ini sudah mula dicium oleh Tengku Norman.

Dari lapangan terbang Sultan Jaafar, penerbangan itu berhenti di Sydney, Australia dulu, sebelum ke London. Ini memang pelik sebab sebenarnya perjalanan yang lebih jauh.

Kenapa tak gunakan saja transit di Kota Temasik, atau direct flight, kan? Sebab memang tujuannya untuk mengelak.

Tapi atas tujuan apa dan kenapa Datuk Rahizan nak berjumpa, dia langsung tak tahu. Lagipun, di London pun ramai perisik orang-orang Bukit Istana.

Sultan Aminul Rasyid sendiri pun duduk London daripada di Gelanggayu.

Selepas satu penerbangan jauh, Daniel disambut oleh Azlan dan Jeneral di Lapangan Terbang Heathrow.

"Apa khabar, Uncle?" tanya Azlan, sambil cium tangan.
"Baik je. Yang lain semua dah sampai?" tanya Daniel.

Azlan bersalaman dengan makciknya dan Jessica, anak buahnya yang seronok melihat pakciknya.

"Semua dah tunggu Uncle di The Waldorf. Uncle akan menginap di situ nanti."

Hotel The Waldorf ini merupakan hotel yang bersejarah, siap dibina pada tahun 1908. Ia dibina oleh William Waldorf Astor, seorang ahli perniagaan yang terkemuka di New York City pada eranya.

Beliau menerima pangkat Baron pada tahun 1916, dan kemudian Viscount pada tahun 1917, atas sumbangan kewangan beliau kepada Britain semasa Perang Dunia Pertama.

Kemudian beliau pun jadi ahli di House of Lords dan sejak itu keluarga Astor memainkan peranan dalam politik Britain.

Daniel bertemu dengan Datuk Mohd Nor, yang biasa dia jumpa di kelab bolasepaknya, dan bersama Luqman, anak kepada Datuk Mohd Nor, turut bersamanya.

"Alan!" Luqman terus meluru ke arah Azlan.
"Lama betul aku tak nampak kau ni. Last sekali aku nampak kau masa birthday Nat, 1987."
"Aku belajar kat Wales lah, kau buat apa kat sini?"
"Ikut Pengetua la, macam biasa."
"Aku selalu terserempak dengan Nat kat Bristol tu. Bristol dengan Cardiff bukannya jauh sangat pun. Kau tak jumpa dia ke?" tanya Luqman.
"Belum lagi, buat masa ni aku ada la call dia. Tapi nantilah dulu."
"Kau ada sini sampai bila?"
"Sabtu depan, kenapa?"
"Esok malam, ada show live kat John Peel BBC Radio 1, konsert Ride. Kau pernah dengar nama band tu?"

Azlan senyum je.

"Luq, aku kat universiti, handle college radio kot. Takkan la aku tak kenal band Ride. Tak sangka kau dah ke arah shoegaze. Bukan dulu kau rock you like a hurricane ke?"
"Zaman dah berubah dah, nanti aku bawa kau jumpa band aku."
"Kau dah ada band?"

Terkejut Azlan dibuatnya. Kali terakhir dia kenal Luqman, mamat ni langsung tak reti main muzik pun.

"Ada dah. Aku sebenarnya nak cakap thank you la kat kau, sebab banyak perkenalkan aku dengan banyak band best."

Sementara tu, Azlan dari tadi hanya tengok pagernya. Sebab dia ada beritahu Natasha untuk tunggu dia di stesen keretapi Charing Cross, berhampiran dengan Trafalgar Square.

Walaupun pada Azlan yang Luqman ni dah upgrade, tapi dia masih lagi seorang mamat yang membosankan. Jadi, dia tak sabar untuk jumpa girlfriend dia yang dah lama dia tak jumpa ni.

Tapi perkara pertama, dia kena hadir mesyuarat ini dulu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top