1991 part 6

Kereta aku berhenti di depan rumah Tengku Ariffin di 2 Jalan Cendana. Madam Suzaine sedang menyiram pokok rosemary yang ditanam di laman rumahnya.

"Allo, madam. Bonsoir!"

Aku ucapkan selamat petang.

"Pardon moi? Quel est votre nom...?"

Ah, sudah dia ni. Asyik lupa je nama aku. Jenis memori dia memang memori ikan emas. Tapi dah Tengku Ariffin suka perempuan Perancis, pelupa pun pelupalah.

"Je m'appelle Azlan."
"Oohh bien, bien!"

"Votre mari est à la maison?"

Aku tanya Tengku Ariffin dah sampai rumah ke belum.

"Il est en route. Quinze minutes."

Dalam lima minit lagi dia sampai, dia dalam perjalanan pulang. Aku terus longgarkan sedikit tali leher aku.

"Tengku Aminah est-il à la maison?" aku tanya anak perempuan dia ada kat rumah ke tak.

"Oui, elle est dans sa chambre."

Dia kat bilik dia. Mungkin sedang bersiap.

Hari ini hari lahir Tengku Aminah ke-18. Tapi mana kawan-kawan atau saudara-mara dia yang lain?

"Où sont les autres amis de Tengku Aminah?"

"Non, elle ne vous invite que comme son invitée," jawab Madam Suzaine, yang kata dia cuma jemput aku seorang sahaja dalam birthday dia yang ke-18 ni.

Aku cuma naikkan kening. Dan duduk di kerusi luar rumah, menunggu kepulangan Tengku Ariffin.

Beberapa minit kemudian, sebuah van caterer datang membawa kek hari lahir.

"Joyeux anniversaire de 18, Mina!" tertera pada kek itu.

Beberapa minit kemudian, Tengku Ariffin pula tiba.

"Bonsoir, mon cheri," Tengku Ariffin bercium Perancis dengan isterinya.

"Mina est-elle prête?" tanya Tengku Ariffin pada Suzaine.
"Elle est dans sa chambre. Comment va ta journée, bébé?"
"Trépidant! La guerre de Nord est désormais hors de contrôle, et je dois en quelque sorte penser à la sécurité de notre équipage dès maintenant."

Tengku Ariffin pening kepala tentang situasi perang yang berlaku di Wilayah Utara. Nampak serabut.

"Lama sampai?" terus dia menghulurkan salam pada aku.
"Baru je," aku terus salam cium tangan.
"Mina dalam bilik dia. Kau tunggu kejap."
"Tau, Madam Suzaine dah cakap pada saya."
"Kau tanya dia bahasa apa?" Tengku Ariffin tanya aku.
"Perancis. Kat sekolah memang ambik bahasa tu."
"Je suis impressionné, Azlan."
"Merci beaucoup."
"Jom, masuk rumah."

--

Tengku Aminah memakai baju gown yang pernah digayakan oleh Tatjana Patitz, supermodel dalam majalah Elle edisi September 1990.

Aku hafal sebab setiap kali aku tunggu Natasha buat rambut dia, aku akan belek majalah tu.

"Alors, Mina, quel est ton plan après ça?" tanya Tengku Ariffin sambil mengunyah hors d'oeuvres atau makanan kudapan sebelum menanti main course.

Hors d'oeuvres yang dimakan Tengku Ariffin ialah roti kecil yang diatasnya ada cream cheese dan salmon diatasnya.

"Aller à l'université, étudier les médias et se préparer à contrôler le monde."

Masuk universiti, belajar media dan bersedia mengawal dunia.

Tengku Ariffin ketawa besar.

"Vous avez une mentalité de méchant, Mina."

Dia kata anak dia ni ada mentaliti watak jahat.

"Il n'y a pas de noir et blanc, Papa. seulement gris," kata Tengku Aminah yang bermaksud, takde putih atau hitam, yang ada cuma kelabu.

Tengku Ariffin hanya ketawa.

Untuk makan malam, tukang masak hari ini menyediakan coq au vin, iaitu masakan Perancis yang berakar umbi dari zaman Julius Caesar menjadi proconsul di Gaul, nama lama untuk Perancis. Masakan ayam yang dimasak bersama sejenis cendawan.

"Essayez-le, César."

Tengku Ariffin tahu aku minat Julius Caesar. Dulu masuk pejabat Penghulu Pelajar pun gambar Caesar terpampang di pejabat aku.

"Bon appètit, Azlan. Joyeux anniversaire, Mina," Madam Suzaine hulurkan gelas wain. Aku cuma minum air kosong.

Aku dan Tengku Aminah disuruh duduk bersebelahan seperti bersanding pula.

"La vin, s'il vous plait?" Tengku Aminah minta wain. Suzaine hanya tuangkan macam normal.
"La vin, Alan?" tanya Tengku Aminah.
"Je ne bois pas d'alcool."

Aku tak minum alkohol.

Satu keluarga gelak.

"Et tu manges du coq au vin?" Tengku Aminah memandang aku. Baru aku sedar, yang kuah ayam ni ialah stok ayam yang dimasak bersama wain merah. Aku punyalah sedap mengunyah ayam dan cendawan ni, aku terlupa yang masakan Perancis dan wain merah berpisah tiada.

Aku terus facepalm muka aku. Terus aku rebah.

--

Aku sedar-sedar, aku berada di katil Tengku Aminah, tanpa seurat benang, dan berbungkus dengan selimut. Aku nampak Tengku Aminah memandang aku sambil tersenyum.

"What happened?" terkejut beruk bila dia pun tak pakai satu apa dalam satu selimut dengan aku.

"I'm 18 now. It's legal. You takkan kena tangkap dengan budak bawah umur."

Aku kebingungan. Apa dah jadi ni?

"Cendawan yang awak makan tu, cendawan afrodisiak. Kalau di Perancis, tu macam tongkat ali. And wow, performance awak, power juga ya."
"We had sex?"
"Ya."
"Holy..."
"My dad okay la. Dia yang angkat you ke sini."
"You pernah buat benda ni ke dulu?"
"Nope. I was a virgin, two hours ago."

Ya Allah, dah la bagi aku minum arak, lepas tu aku tebuk dara anak tengku pulak.

Lagu pop Perancis yang aku tak tahu namanya berkumandang dalam bilik Tengku Aminah.

"Takut Nat tahu ya?"

Aku masih tak boleh nak faham apa yang berlaku.

"What have I done?"
"Toksah drama lah, Azlan. Okay je ni. I anggap ni present birthday I."

Aku terus pening kepala, dan terus sambung tidur.

--

"Bonjour, Alan! Comment est ton sommeil la nuit dernière?" tanya Suzaine, sambil naik-naik kening, tersenyum-senyum. Dia tanya semalam aku tidur macam mana, nyenyak ke tak. Tapi maksud naik kening tu lain maksudnya.

Aku tak tahu nak jawab apa. Ni first time aku jumpa mak seliberal macam ni. Lagi rilek bila anak dia beromen dengan orang.

"Il est comme un étalon hier soir, Mama," kata Tengku Aminah, tersenyum sambil ikat riben di rambutnya. Dia kata aku bernafsu kuda malam semalam.

Tengku Ariffin gelak besar. Aku jadi bingung.

Sarapan pagi Perancis ialah makan quiche, sejenis pai pastri telur dadar. Tengku Aminah pandang senyum-senyum pada aku. Aku cuma tunduk memandang pinggan, tak nak cakap apa-apa.

--

Aku datang ke pejabat, dalam keadaan yang sakit kepala. Seumur hidup aku, aku dah bersumpah yang aku takkan sentuh arak. Tiba-tiba semalam, aku telah langgar sumpah aku sendiri.

Aku gagahkan diri ke pejabat walaupun sakit kepala. Aku masuk pejabat dengan pegang dahi tak sudah.

"Kau okay ke, Azlan?" tanya Sahari, colleague aku satu office.
"Aku sakit kepala, Sahari."
"Ambik la cuti sehari."
"Aku tak boleh. Ada kerja banyak ni."
"Kerja banyak pun tak guna kalau sakit kepala, dah makan Panadol?"
"Dah, tadi. Masih sakit lagi."

Akhirnya aku cakap pada Sahari, aku tidur di stor. Aku tak tahan.

--

Aku pernah terbaca tulisan esei dari ahli sosiologi Perancis, Jean Baudrillard yang bertajuk Perang Teluk Tidak Pernah Berlaku (La Guerre du Golfe n'a pas eu lieu).

Tulisan ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:

1. Perang Teluk Tidak Akan Berlaku (La guerre du Golfe n'aura pas lieu) yang ditulis pada 4 Januari 1991.

2. Perang Teluk Tidak Berlaku Sebenarnya (La guerre du Golfe a-t-elle vraiment lieu) yang ditulis pada 6 Februari 1991.

3. Perang Teluk Tidak Pernah Berlaku (Guerre du Golfe n'a pas eu lieu) yang ditulis pada 29 Mac 1991.

Tulisan-tulisan ini ditulis pada masa Perang Teluk yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan Tentera Berikat yang terdiri daripada NATO dan beberapa negara lain, menyerang Iraq pada Februari 1991.

Tapi apa yang maksudnya "tak pernah berlaku" ni? Menurut Jean Baudrillard, penulis buku Simulacra dan Simulation, berkata perang ini sebenarnya cuma simulasi yang dilakukan oleh pihak media terutamanya CNN.

Dalam tulisan Baudrillard, Perang Teluk ini merupakan perang yang pertama berlaku "secara langsung dari televisyen".

Maknanya, segala serangan Tentera Berikat disiarkan oleh media terutamanya CNN, yang menghantar wartawan di Baghdad dan bersama Tentera Berikat merakamkan serangan tersebut.

Maksud tidak akan, tidak berlaku sebenarnya dan tidak akan berlaku, menurut Baudrillard, ialah peperangan ini sebenarnya tidak berlaku antara rakyat negara Amerika Syarikat dengan rakyat negara Iraq, tetapi dilaga-lagakan oleh media bertujuan untuk mendapat rating yang hebat.

Seperti kau tonton Piala Dunia bolasepak, tapi peperangan yang disimulasikan oleh media untuk tontonan orang ramai.

Penderitaan orang Iraq hanyalah mainan oleh CNN.

Perkara yang sama juga dilakukan oleh Wijaya TV ketika melaporkan berita pertempuran tentera kerajaan dengan LLF.

Perdana Menteri, Datuk Seri Azmi Ibrahim menyatakan "anggota keselamatan kita akan mati syahid mempertahankan negara kita dari ancaman puak pemisah".

Sama seperti apa yang dikatakan Presiden George HW Bush ketika melancarkan Perang Teluk, "perang ini dilancarkan untuk menentang kejahatan Saddam Hussein", tapi apa yang Saddam Hussein buat jahat kepada Amerika Syarikat sampai Presiden Bush rasa dia berhak untuk menyerang Iraq?

Dalam slogan dan propaganda yang disiarkan oleh Wijaya TV, dan akhbar yang dicetak oleh Wijaya Times, seolah-olah pertarungan ini menyelamatkan negara daripada berlaku perpecahan seperti Soviet Union, atau Yugoslavia yang di ambang perpecahan.

"Lebih baik kita selesaikan sekarang, sebelum keadaan melarat," kata Menteri Pertahanan, Datuk Tahir Jamaluddin.

Tapi perang secara live di televisyen ni, macam mana nak naikkan rating?

Salah satunya ialah memainkan lagu-lagu propaganda dengan video tentera darat mengendalikan kereta kebal, askar terjun dari kapal terbang dengan payung terjun, jet pejuang terbaru sedang melakukan gerakan akrobatik, semua ini disiarkan untuk menaikkan morale rakyat dengan menunggang nasionalisme.

Cuma cara Tengku Ariffin sangat halus, sebab dalam dia bermain propaganda itu, dia selitkan gambar rumah kampung terbakar, bayi mati terkena bom dan penduduk kampung ditangkap oleh tentera kerajaan.

Imej-imej ini akan menghantui Datuk Seri Azmi selaku Perdana Menteri dalam pilihanraya akan datang.

--

Adilah

Kau memang perempuan bangsat, Mina! Kau perangkap Azlan untuk beromen dengan dia?

Bila aku dapat tahu yang Mina bercerita tentang dia lost virginity dengan Azlan, tangan aku genggam dan rasa macam nak tumbuk je muka dia.

Pakkal je dia ni keluarga al-Daulah. Kau khianat aku, Mina. Satu hari nanti aku akan ajar kau macam mana nak hormat orang yang pangkat kakak macam aku ni!

Aku rasa menyirap. Lebih lagi, dia ambil gambar Azlan tak pakai baju dengan dia di sebelah. Aku tahu dia memang sengaja nak langgar aku sebab Tengku Ariffin yang suruh.

Dalam keluarga al-Daulah ada pengkhianat! Bangsat!

Kawal diri, Dila. Kawal diri.

Aku letakkan serbuk kokain di atas meja untuk aku kembali tenang seperti sedia kala.

Aku mesti cari peluang untuk rampas semula Azlan. Kalau aku tak halang Azlan, ramalan Sayyid Muluk akan terjadi, dan habislah negara ini jadi negara republik. Hancurlah institusi al-Daulah kalau dia tidak dihalang.

Aku mesti halang Mina. Aku mesti pastikan perempuan tu tak ganggu Azlan lagi! Kurang ajar punya perempuan. Berani dia langgar aku ya? Kau tunggu!

--

"Mer, kau boleh tolong aku tak?" tanya Kimi.
"Amende?"
"Gini. Kawan aku ajak aku masuk band dia. Tapi kitorang takde nama band lagi. Kau rasa nama apa yang paling grunge, paling best?"
"Hmmm...entah?"
"Ala, kau kan selalu penuh dengan idea."
"Kejap, bagi aku makan gula-gula Sugus dulu," Merlina ambil gula-gula berbentuk petak perisa strawberi, kemudian dia tonton kartun Rugrats.

"Angelica, that's humungous!" kata Chuckie dalam kartun tu.

"Haaa, Succubus Humungus!" kata Merlina.
"Hah? Tak grunge betul nama macam tu."
"Percayalah cakap aku. Nama ni cool. Kau tau Succubus tu apa? Maksudnya syaitan. Humungus tu besar. Syaitan yang besar!"

Kimi garu-garu kepala.

"Aku letak nama band aku Pearl's Garden je lah."
"Amende sial nama band grunge camtu?" jerit Merlina.
"Ye la, Pearl Jam campur Soundgarden."
"Pearl Jam, cool. Soundgarden, cool. Pearl's Garden, entah mende-mende. Orang ingat kau takde identiti."
"Habis tu Succubus Humungus kau tu macam mana pulak? Hanya sebab kau tengah makan Sugus dan tengok cerita Rugrats?"
"Eh kau ni kan, tadi tanya aku. Lepas tu bila aku bagi pendapat, kau tak nak. Kau kalau letak nama Pearl's Garden tu, kalau kena gelak, aku tak tau. Lagipun, show some identity la sikit. Ini balik-balik tiru orang. Baik kau letak nama band kau Temple of the Cat je."
"Temple of the Dog dah ada."
"Haaa! Tau pun. Kau nak sama dengan nama dorang, buat apa? Entah apa-apa la kau ni."
"Mer, aku bukan apa. Kau ni pandai, tapi kan, kadang-kadang aku rasa kau macam merendahkan aku."
"Amende pulak ni, Kimi. Gini, first sekali, kau yang tanya aku. Cuba kalau kau tak tanya aku tadi, ada aku bagi pendapat tak? Takde kan? Kedua, aku bagi pendapat sebab aku ikhlas. Kalau aku nak ngakal kau, nak majal kau, aku bagi je nama band kau, Mirwana."
"Mirwana? Macam band dakwah je?"
"Ha tau pun! Dah kau tu tanya pendapat aku, aku bagitau la."
"Ye lah, ye lah Mer. Mer, kau dah banyak tolong aku. Aku takkan lupakan jasa kau kat aku."
"Ah, lelaki. Sembang."
"Alaaa. Aku tau la kau sukakan Azlan anak si Aunty Idah."
"Aku umur pun 11 tahun. Dia dah berapa, 22 tahun? Kau rasa dia nak ke pandang aku? Rilek la, aku cakap tu, aku gurau je lah. Asal, kau insecure ek dengan dia?"
"Ye lah. Hari tu aku nampak dia goreng gitar main lagu metal ke apa, tangan dia macam labah-labah weh. Belajar pandai, muka handsome, main gitar pun power. Mana la makwe tak keliling dia."
"Alah kau tu, cuba la rapat dengan dia."
"Segan la. Dia tu dah la pernah main untuk Digital Tribe. Band power tu. Menang Battle of the Band manjang."
"Alah, kau tanyalah Aunty Idah. Dia mesti okay punya lah."

Faridah masuk ke dalam kedai.

"Haaa, panjang pun umur Aunty!" kata Merlina.
"Apa dia ni?"
"Kimi nak berkawan dengan abang Azlan."
"Azlan? Haha! Dua puluh ayat kau cakap dengan dia, sepatah dia jawab dengan kau. Dia tu jenis berat mulut nak bercakap tu."
"Dia takde kawan ke, aunty Idah?"
"Ada. Tapi dia jenis memilih kawan. Baik kau kawan dengan abang Aziz je la."
"Tak nak la! Aziz tu dah la suka buat lawak tak jadi! Boring la, tak cool macam Azlan!" kata Kimi.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top