1991 part 3
Datuk Rahizan mula mencaturkan langkahnya, dengan melantik ketua-ketua jabatan yang pro kepadanya. Secara perlahan-lahan, kakitangan kerajaan mula diganti dengan muka-muka baru.
Kesemua muka-muka baru ini dipilih sendiri oleh Datuk Rahizan, dan 'Ace' adalah langkah tersembunyi. Dengan melantik Izham sebagai Menteri Telekomunikasi dan Infrastruktur, Azlan dapat membentuk teamnya di situ.
Secara tidak langsung, ini menjadikan Datuk Rahizan semakin berkuasa.
Pun begitu, Datuk Rahizan mempunyai kesukaran di bahagian kementerian dalam negeri, kerana mereka adalah unit yang setia dengan Sultan. Ditambah pula dengan Sayap Kuning yang sering memantau.
Operasi ini memerlukan sokongan dari rakyat. Oleh itu, Datuk Rahizan memerlukan media massa untuk mencapai misi ini.
Tengku Ariffin, CEO Wijaya TV, sedang memikirkan bagaimana untuk mempengaruhi rakyat untuk menyokong gerakan mereka.
Mereka berdua sedang duduk berbincang, sehinggalah Pengetua dan Azlan masuk ke pejabat.
"Ayuh, kita bergerak sekarang?"
"Restoran Haji Salleh?"
Pengetua mengangguk.
--
Azlan
Daripada dulu lagi aku tertanya-tanya, macam mana Restoran Haji Salleh ini selalu menjadi port perbincangan rahsia? Tak kantoi ke kalau semua orang datang ke sini?
Dan bagaimana untuk memastikan tidak ada pihak musuh yang mendengar?
Siapa Haji Salleh ini dan kenapa restorannya sering dipilih oleh ahli politik?
Dalam kereta, Pengetua menerangkan tentang siapa Haji Salleh dan mengapa semua orang berkumpul di sini setiap kali mahu menyusun plot menentang keluarga al-Daulah.
"Haji Salleh, sebenarnya dia ini buka kedai makan, sekadar buka sahaja. Patutnya kau tanya sejarah Bukit Besar ni."
Aku berkerut dahi.
"Ada apa di kawasan ni, Pengetua?"
Pengetua tunjuk ke arah sebuah bukit.
"Kau tau tu bukit apa?"
"Bukit Besar? Ada apa tentang bukit tu?"
"Mungkin kau belum habis baca buku sejarah Gandawa tu lagi. Bukit Besar ini, ada gua. Gua ini menjadi tempat orang zaman dulu menyimpan harta. Macam bank. Tapi gua ni ada penjaganya. Nama penjaga tu bernama Aguban Srivandas."
Aku mendengar dengan penuh teliti cerita ini.
Dalam peperangan Raja Gautama dengan Raja Gurwara, ada satu peperangan yang berlaku di sini. Disebabkan rakyat Raja Gurwara menyimpan harta di sini, tentera Raja Gautama dengan rakusnya merampas harta ini, tapi harta itu sebenarnya telah disumpah. Jika sekiranya pengikut keturunan Raja Gautama masuk ke kawasan ini, muntah darah sampai matilah jawabnya."
"Tapi dulu kan Tengku Aminah pernah makan di sini?" tanya aku.
"Sebab Tengku Aminah menentang keluarga Sultan. Sebab itu, Sayap Kuning tak boleh masuk ke sini."
"Dia bukan ikut keturunan?"
"Bukan, dia ikut pengikut. Kawasan Bukit Besar ini dahulunya dipanggil daerah derhaka. Siapa yang mahu menderhaka kepada Sultan, datanglah ke sini, nescaya Sultan tak mampu buat apa-apa."
"Jadi, Bukit Besar ni dah macam negara sendiri? Macam Vatican City tu?"
"Secara ilmu geografi, tidak. Masih Gelanggayu. Tapi ilmu mistik, ini bukan wilayah kedaulatan Sultan. Hanya kawasan ini sahaja. Jadi kalau kau nak mulakan base kau, mulakan di sini."
Ilmu mistik bukanlah sesuatu yang mudah untuk difahami. Jujurnya, aku masih tak faham.
"Tapi kenapa semua ahli politik berkumpul di Restoran Haji Salleh? Mereka ini berkomplot nak jatuhkan Sultan ke?"
"Ada yang tak, ada yang ya. Tapi punca utama, sebab makanan kat sini sedap dan asli. Memang rasa masakan kampungnya."
"Kalau ada orang cuba mengintip bagi pihak Sultan di sini, macam mana?"
"Keluar dari sempadan daerah Bukit Besar tu, muntah darahlah dia. Sumpahan Aguban Srivandas akan menimpanya. Tak kisahlah dia belum lagi beritahu atau dah beritahu pakai telefon, kalau dia ada niat nak membantu Sultan, di kawasan ni, muntah darah la dia."
--
Datuk Rahizan, Pengetua, Tengku Ariffin dan aku duduk berempat sambil makan bersila dan berbincang tentang langkah seterusnya. Kerja-kerja menghasut rakyat perlu dilakukan ke arah mobilisasi menggulingkan al-Daulah dan menggantikan dengan kerajaan republik.
"Kita takkan mampu gerakkan semua ni kalau tak ada mandat rakyat. Setakat kalau kita hanya bergantung kepada label Parti Persekutuan. Kita perlu satu gerakan massa untuk jatuhkan keluarga ni," kata Datuk Rahizan.
"Perkara tu tak susah, Datuk. Selagi Wijaya Media wujud, benda tu tak jadi masalah," kata Tengku Ariffin.
"Tapi Wijaya Media melaporkan berita utama. Kalau melawan nanti lama-lama kena cekup juga. Kita tau la al-Daulah ni pengaruhnya kuat dalam masyarakat."
"Boleh saya mencelah?" kata aku.
"Apa dia, Ace?"
"Memandangkan sasaran kita pada tahun 2009, kita ada lebih kurang 18 tahun dari sekarang," kata aku, memberi pandangan sebagai anak muda.
"Okay, apa point Ace dalam hal ni?"
"Memupuk generasi melawan biarlah bermula dari ketika masih muda lagi. Jadi, saya perlukan orang-orang saya untuk masuk ke dalam Wijaya Media, untuk mempengaruhi orang muda. Kita gunakan radio, tv, dan akhbar. Kita mainkan lagu-lagu menentang establishment seperti lagu punk, grunge, metal untuk menarik mereka. Kemudian kita gunakan ahli falsafah kiri seperti Derrida atau Chomsky untuk melemahkan pemikiran mereka ini."
"Maksudnya, wujudkan generasi yang sering mempertikai?" kata Datuk Rahizan.
"Ya, wujudkan aktiviti subversif. Paling mudah sebenarnya menggunakan muzik. Tahun 1990 dulu, empat band heavy metal terbesar buat konsert di Moscow. 1 juta anak muda turun. Hasilnya, tengoklah tak berapa lama lagi, Soviet Union akan jatuh," aku dengan tenang hirup teh.
"Dia ni dah predict Soviet Union jatuh sejak 1985 lagi," kata Pengetua.
"Tapi yang tu rejim komunis. Kita nak tumbangkan keluarga al-Daulah."
"Sama je, cuma tukarlah modul menentang komunis tu kepada menentang monarki. Anak muda akan ikut sahaja, sebab mereka cepat bersemangat. Smells like teen spirit, pernah dengar?" aku tanya Tengku Ariffin.
Tengku Ariffin geleng kepala.
"Percayalah, lagu ni akan jadi tersangat popular, dan Radio Universiti akan menjadi radio pertama yang akan buka lagu ini di Gelanggayu. Masa ni, tengoklah macam mana rating kita dalam demografi remaja dan orang muda. Lepas tu kita masukkan lagu-lagu pemberontakan, lagu melawan. Padahal tu semua, bawah label kapitalis juga."
Tengku Ariffin memandang Datuk Rahizan, kemudian buat muka kagum dengan aku.
"Tapi saya ada satu request, Tengku."
"Apa dia?"
"Term saya sebagai Penghulu Pelajar di universiti dah nak habis. Jadi saya perlukan tempat yang baru untuk radio ni. Saya nak pindah ke sini."
"Di Bukit Besar?" tanya Tengku Ariffin.
"Sebab di sini selamat. Ada Aguban Srivandas."
Tengku Ariffin dan Datuk Rahizan berpandangan sesama sendiri.
"200k untuk setup semua, cukup tak?" tanya Tengku Ariffin.
"Cukup."
"Good. Macam tu, kita boleh proceed yang ni," kata Datuk Rahizan.
--
"Terbaiklah! Abang aku hantar CD Nirvana yang aku pesan tu! Aku orang pertama seluruh Gelanggayu yang ada CD ni woi!" jerit Faiz keseronokan apabila memegang CD Nevermind yang dipesannya.
"Takdenya kau yang first. Kat radio lain dah pasang. Kau je baru dapat," kata Saiful.
"Okay la, kat universiti ni la kita first."
"Pasang la, pasang la!" Din berdiri di belakang. Saiful pula seperti kanak-kanak riang berjoget di belakang.
"Kejap, lepas lagu ni, kita pasang!"
Aku sampai ke studio, melihat Din dan Saiful sedang headbanging.
"Dah sampai CD Nirvana kau?" tanya aku pada Faiz.
"Ye la, dah sampai dah! Punyalah lama aku tunggu ni!"
"Enjoy guys, aku ada satu benda nak beritahu korang lepas ni."
Aku terus masuk ke pejabat, kemudian buka coat dan necktie aku, sambil membiarkan sahaja mereka bertiga melalak.
--
Hafiz
"Dah banyak kaset kita bertukar, ada lagu-lagu baru tak?" tanya Adilah, berjalan di rak kaset.
Lagu Smells Like Teen Spirit memang sedang popular di mana-mana. Pergi mana-mana kedai kaset, hampir semua kedai buka lagu ni. Ia seperti lagu kebangsaan untuk seluruh generasi remaja.
Brader-brader jual kaset sudah mula memakai baju flannel dan seluar jeans koyak, dan dressed up macam tak mandi sebulan.
Adilah beli kaset Mariah Carey, sementara aku takde nak beli apa-apa, lebih ke arah beli buku komputer untuk kerja aku di Kementerian Pendidikan.
So far, alhamdulilah, kerja aku bagus, gaji aku pun baik.
Adilah bagaimanapun hanya dapat jadi pengacara di TV Pendidikan. Selepas interview di Wijaya TV secara misterinya tiba-tiba digagalkan, aku membantu Adilah untuk menjadi pengacara di TV Pendidikan.
Bayarannya okay, cuma tidaklah seglamour seperti menjadi pembaca berita atau pengacara TV di Wijaya TV.
Crowd Adilah pun, yang minat dia kanak-kanak yang berusia 7-10 tahun. Yang memang menonton TV Pendidikan di sekolah.
"Satu perkara saya nak pesan, kalau nak pakai macam abang jual kaset tadi, jangan harap ayah saya nak pandang," kata Adilah sambil memegang tangan aku.
"Tu grunge, kanojo. Grunge ni style."
"Style yang bukan-bukan je lah, tengok abang tu, rasa macam setahun tak mandi."
Awek, kalau tak mengomel, tak sah.
"Jom, kita makan kat situ?"
Kelihatan sebuah gerai burger yang sudah berevolusi menjadi pusat medan selera. Pelbagai jenis makanan seperti nasi ayam Kwantung, soto Majapahit, char kuey teow Tanjung Penaga, rojak Temasik dan pempek Kundur.
Jangan buat joke zaman tok kadok pepek kendur tu. Dah bosan dengar.
"Nak makan apa?" seorang brader yang berpakaian flannel bundle, cap ke belakang, rambut panjang, dan seluar koyak menuju ke Adilah.
Adilah terkejut.
"Awak nak makan apa?" tanya aku.
"Minum air je lah. Air teh bunga kotak."
"Makan?"
Adilah menggelengkan kepala.
"Teh o suam satu, nasi lemak sebungkus," kata aku.
Sebaik sahaja abang tu blah ke dapur, Adilah terus berbisik pada aku.
"Apa pakai macam ni nak serve orang?"
"Biarlah dia..."
"Dengan rambut panjang..."
"Koibito..."
"Dewan Bandaraya Wijayapura bagi ke?"
Aku hanya buat straight face.
"Cuba awak tengok rambut panjang, lepas tu kuku tak potong. Awak kalau kena cholera, tak tanggung ya?"
"Ni port saya makan dari sebelum saya couple, dorang ni okay la."
"Ye la tapi ni soal kebersihan. Saiful yang mat rock pun kerja tempat pakcik saya, takde la macam ni."
Point Adilah ni memang ada benarnya, tapi dalam masa sama aku okay je sebab dulu ni la root aku. Aku jadi serba salah, kalau aku ikut girlfriend, member-member akan meninggalkan aku.
Lagipun dorang ni pun member lepak aku juga. Cuma sejak aku kerja Kementerian Pendidikan, rambut aku pendek dan pakai baju kolar, dorang kata aku kehilangan taring.
Pergi office pun aku rasa terasing, pergi lepak dengan member pun aku rasa terasing.
Keterasingan ini menyebabkan aku rasa aku macam makhluk asing di tengah kota.
Macam lagu The Pixies, bertajuk The Happening.
--
"And I swear that I don't have a gun! No I don't have a gun!" nyanyi Merlina sambil mendengar Kimi bermain gitar lagu Nirvana, Come As You Are.
Semua budak-budak generasi Kimi dan Merlina mengidolakan Kurt Cobain. Dan Merlina memang buat duit kaw-kaw sejak dia menjual sticker grunge smiley, dan sticker Nirvana.
Memandangkan Merlina dah ada duit yang banyak, dia juga melabur ke segmen print t-shirt. Maka ramai orang menempah t-shirt band grunge seperti Nirvana, Pearl Jam, Soundgarden, The Melvins, Green River, Mudhoney dan pelbagai lagi band grunge.
Band metal seperti Metallica dan Megadeth juga ramai, tapi buat masa ni grunge menjadi popular seluruh dunia.
Syarikat Merlin Printing sekarang dah memiliki tingkat atas dan tingkat bawah bangunan. Dah tak main sewa lagi dah, beli terus.
Ini ditambah lagi dengan Azlan membawa Izham dan Azham ke syarikat ini untuk mencuci duit, sama ada duit songlap projek kerajaan oleh Izham selaku menteri, atau duit gangster dan jual beli dadah dan rokok seludup oleh Azham.
Dah ada banyak mesin, dah ada lima orang pekerja, dari tukang jaga mesin, ke tukang angkat barang dan hantar barang.
Orang ramai nampak syarikat ni macam Faridah seorang je yang handle, tapi sebenarnya Faridah buat untuk Merlina. Dia tahu, satu hari nanti, Merlina akan bekerja untuk Azlan.
Dan Azlan akan jadi seorang yang memegang jawatan yang berkuasa. Maka dia perlukan orang yang bijak macam Merlina untuk menjadi sidekicknya.
--
Tengku Aminah melihat pakaian-pakaian yang dia baru beli di Milan. Dia belek, beberapa helai bajunya, dan memikirkan yang mana paling cantik untuk dia pakai sempena hari lahirnya yang ke-18.
Tahun ini dia berusia 18 tahun. Dah lama dia menunggu detik mencapai umur dewasa, sebab dia ingin buktikan kepada Azlan yang dia mampu jadi lebih cantik dari sesiapapun.
Lagipun ayahnya sudah merancang untuk jodohkan dia dengan Azlan, maka dia perlu berusaha lebih keras lagi untuk memastikan Azlan benar-benar mencintainya.
Lagi pula dia dapat tahu yang Adilah cuba nak masuk dalam Wijaya TV sebagai pembaca berita, nampak sangat ada agenda.
Sebab tu dia curi surat permohonan kerja Adilah dan buangnya ke dalam tong sampah. Sebab Azlan pun tak lama lagi akan bekerja dalam Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat di bawah Izham, maka keraplah dia ke Wijaya TV.
Dia akan pastikan Azlan tidak akan dirampas oleh sesiapa, kecuali dirinya.
Dia tahu dulu Adilah merancang dengan Cindy untuk buatkan Natasha putus dengan Azlan, dan walaupun benda itu membuatkan dia marah dengan Cindy, Mina rasa perkara tu perlu dilakukan.
Natasha perlu dipisahkan tapi bila Azlan single nanti, dia pula yang perlu berusaha keras.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top