1991 part 2
Kenderaan Haji Syaaban tiba di kediaman Tengku Mahkota. Selepas pilihanraya 1990, Parti Gagasan Ummah Gelanggayu dilihat seperti parti kain buruk dan tidak relevan dengan perkembangan zaman.
Partinya kalah semua kerusi yang ditandinginya, termasuklah Haji Syaaban sendiri.
"Tengku Mahkota..." Haji Syaaban tiba di depan pintu ruang tamu istana agam. Tengku Mahkota yang sedang menghisap paip, duduk kaki bersilang, dengan uniform tenteranya, baru lepas pulang merasmikan sesi akademi tentera yang baru.
"Duduk, Tuan Haji."
Haji Syaaban tunduk, dan terus duduk menghadap Tengku Mahkota.
"Aku nak takeover parti tuan haji," kata Tengku Mahkota, tanpa berlapik.
"Tapi tengku, bukankah dalam Perlembagaan ada mengatakan, bahawa Sultan dan Tengku Mahkota dilarang dalam memasuki politik?" kata Nasrul, pembantu kepada Haji Syaaban.
"Nasrul, jangan biadab," Haji Syaaban menyinggung lengan pembantunya.
"Patik mohon ampun, tengku," Nasrul cepat-cepat sujud sembah.
"Aku perlukan vessel political party. Maknanya, aku akan menggunakan parti tersebut dalam urusan politik. Aku akan melantik seorang proksi sebagai Presiden parti," kata Tengku Mahkota.
"Macam mana tu, Tengku Mahkota? Dalam parti kami, ahli parti akan memilih ahli Majlis Syura, dan Majlis Syura yang akan memilih Presiden parti. Tengku tak boleh langgar macam tu sahaja," kata Nasrul lagi.
"I will make it legal. Sebagai langkah untuk menjadikan parti ini lebih relevan di masa depan, aku akan melantik Tengku Anuar, anak kepada Datuk Pengelola Bijaya Istana. Tengku Anuar akan memimpin parti ini bagi pihak aku. Tugas Haji Syaaban sebagai presiden parti, akan aku naikkan menjadi Penasihat Parti. Tapi kata akhir semua tertakluk kepada aku."
Nasrul dan Haji Syaaban berpandangan sesama sendiri.
"Sebagai balasannya, aku akan masukkan dana dalam parti ini melalui sebuah shell company yang diwujudkan untuk menyalurkan dana. Yang itu biar aku akan lantik siapa CEOnya."
"Tapi, tengku mahkota, Majlis Syura tidak membenarkannya..."
"Pergi mampos dengan Majlis Syura kau tu! Bersistem syura macam nak rak, tapi satu kerusi pun tak menang. Lepas tu nak ada banyak kepala, buat keputusan pun susah. Aku bagi kamu semua tempoh sebulan, untuk menyelesaikan masalah ini. Aku nak pastikan anjing-anjing korporatis antarabangsa ni tidak menunggang demokrasi negara Gelanggayu ini demi kepentingan mereka, faham?"
"Faham, tengku mahkota," jawab Nasrul.
Tengku Norman mempunyai perancangannya sendiri. Dia sebenarnya sudah muak dengan sistem demokrasi yang mewujudkan lebih banyak Napoleon kecil, yang mempunyai struktur yang menyerabutkan, dan terlalu banyak mewujudkan karenah birokrasi yang menyusahkan rakyat.
Tengku Norman merupakan seorang yang berpegang kepada falsafah Thomas Hobbes, yang berkata dalam bukunya yang bertajuk Leviathan, bahawa ada tiga jenis kerajaan, iaitu monarki, demokrasi dan aristokrasi.
Menurut Hobbes, demokrasi adalah "pemerintahan aristokrat yang retorikal", dan pemerintahan republik diktator seperti "aristokrat yang gagal".
Menurut Hobbes, monarki adalah sistem yang paling stabil, kerana insentif antara monarki dan rakyat adalah seiring, kerana rakyat sebagai subjek dan semua harta adalah milik negara.
Berbanding demokrasi yang lebih mudah terdedah dengan korupsi dari pihak pemodal.
Monarki lebih cenderung untuk membuat keputusan jangka panjang dengan lebih cermat, kerana tidak akan ada perubahan drastik dalam pemerintahan, berbanding dalam demokrasi, apabila berlakunya pertukaran pemimpin.
Tetapi Perlembagaan Gelanggayu yang telah ditandatangani oleh nendanya, Sultan Jaafar pada tahun 1949, selepas diberikan kemerdekaan daripada British, ialah memastikan Gelanggayu sebuah negara demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan seperti di United Kingdom.
Tetapi melihat betapa lemahnya rakan sejawatnya di England, Putera Charles dalam politik United Kingdom, Tengku Norman mahu menjadi lebih besar daripada sekadar ahli keluarga diraja.
Tengku Norman mahu menjadikan Gelanggayu sebagai sebuah empayar yang unggul, yang menguasai seluruh Nusantara.
Dan untuk masuk dalam politik ini, Yang Mulia memerlukan sebuah parti yang mampu menarik golongan rakyat terutamanya di bahagian pedalaman.
Ini kerana banyak kawasan pedalaman, menurut maklumat dari unit perisik Sayap Kuning, ramai yang menyokong gerakan pemisah kerana jurang ekonomi dan pembangunan yang terlalu tertumpu kepada Wijayapura.
Dan sebagai bakal Sultan Gelanggayu, Tengku Mahkota mahu Majlis Gabenor ini dimansuhkan dan diganti dengan sistem Kedatuan, di mana ketua bahagian wilayah digantikan dengan keluarga al-Daulah.
Kerana dia sudah mula mencium gerakan republikanisme, terutamanya dalam sayap puak Jeneral Yahya, yang kini ada Datuk Rahizan sebagai orang nombor dua dalam kerajaan.
Dan tengku mahkota merasakan adindanya, Tengku Razak, tidak akan mampu menahan pengaruh Datuk Rahizan dalam pilihanraya akan datang.
Pada lima tahun daripada sekarang, sekiranya dibiarkan, Datuk Rahizan akan semakin berkuasa. Dan lagi sepuluh tahun pula, mungkin takhtanya pula akan runtuh.
Tengku Mahkota tidak mahu dia digulingkan dan dimasukkan dalam lipatan sejarah sebagai pemerintah monarki terakhir Gelanggayu.
--
Nasrul balik rumah dengan kepala yang serabut. Tak lama lagi, mungkin parti yang memperjuangkan Islam seperti Gagasan Ummah ini tidak wujud lagi di bumi Gelanggayu ini.
Tetapi dalam masa sama dia faham, titah keluarga al-Daulah, terutamanya sultan, dan tengku mahkota sebagai bakal sultan, perlu dijunjung.
"Bang, cepatlah bang, kita nak pergi wedding Syifa ni," kata isterinya, Hasanah yang sedang pakai make up.
Sambil mandi tu, Nasrul memikirkan apa jalan yang boleh dilakukan supaya Islam menjadi teras dalam parti tengku mahkota ni.
Nasrul bersiap dengan fikirannya bercelaru, dan hanya dalam satu bulan sahaja tempoh yang diberikan kepadanya, amat sukar untuknya menyakinkan Majlis Syura untuk ikut ini.
Dan sekiranya kata Tengku Mahkota disanggah, maka kemungkinan besar pengharaman parti akan berlaku.
--
Majlis perkahwinan antara anak saudaranya, Syifa dengan Wan Malek, suasananya penuh meriah.
Hafiz dan Adilah, turun dari teksi, menuju ke rumah saudaranya.
"Kat sini jangan pegang tangan tau," kata Adilah.
Hafiz mengangguk.
"Dila?"
"Ya, Hafiz?"
"Ayah awak seorang yang judgmental ke?"
"Kalau pakai baju Melayu macam ni, tak perlu risaulah. Awak dah hensem dah ni."
"Tapi, next time kalau saya nak jumpa ayah awak, kena pakai kemas-kemas kan?"
"Tak kisah pun, cuma kalau boleh janganlah baju gambar tengkorak. Atau gambar setan. Pakai je baju biasa. Tapi seeloknya, kemaslah, macam ni."
Adilah capai songkok Hafiz, kemudian dia tepuk-tepuk.
"Berhabuk sikit," kata Adilah, yang kemudiannya pakaikan butang baju Melayu di leher Hafiz.
"Butangkan baju, kan hensem tu."
Hafiz tersenyum bangga bila Adilah panggil dia "hensem".
Ternyata keluarga Adilah ni keluarga upper middle class yang hebat. Ayahnya seorang pegawai atasan istana, sementara ibunya seorang pakar bedah di sebuah hospital terkemuka.
"Ayah, ibu, perkenalkan, ini kawan Adilah, nama dia Hafiz."
Ayah Adilah menghulurkan salam pada Hafiz. Hafiz tahu, dia perlu kelihatan yakin.
"Apa khabar?"
"Baik, pakcik."
"Kerja ke belajar?"
"Baru dapat kerja."
"Kerja di mana?"
"Pegawai teknikal, Kementerian Pendidikan."
Ayah Adilah tepuk bahu.
"Bagus."
Hafiz terpinga-pinga.
"Jemput makan dulu, pakcik ada hal di dapur kejap."
Hafiz pandang pelik kepada Adilah. Adilah hanya angkat bahu sahaja.
--
"Itu boyfriend si Adilah ke?"
"Bukan orang sebarangan tu. Baru dapat kerja pegawai teknikal Kementerian Pendidikan, tapi dah mampu pakai baju Melayu yang dijahit Haji Tarmimi. Jeneral tentera, menteri, pegawai peringkat tertinggi atau kerabat je mampu pakai macam ni. Sampin dia pun, sampin untuk ke istana. Bukan semua orang mampu pakai macam tu."
"Awak ni, janganlah terima budak tu sebab pakaian. Tapi sebab hati budi pekerti. Adilah pun nampak kekok dengan dia lagi. Baru lagi ni."
"Nanti panggil Dila, cakap dengan dia, aku nak jumpa boyfriend dia."
--
"Kenapa ayah awak tu?" tanya Hafiz.
"Saya tak tahu. Tiba-tiba je dia macam terlalu okay dengan awak. Ayah saya ni garang tau."
Hafiz menggaru-garu kepalanya yang gatal, sambil songkoknya dipegang oleh Adilah.
"Awak jangan risaulah, dia tepuk bahu awak tu, maknanya dia ok dengan awak tu."
Adilah membawa Hafiz.
"Ayah, ini Hafiz. Kawan Adilah."
Pak Wan Radzi terus menghulurkan salam kepada Hafiz.
"Ayah nak bawa si Hafiz ni berbual kejap, boleh tak Dila?" tanya Pak Wan Radzi kepada Adilah.
"Boleh, ayah. Ayah borak la dengan Hafiz dulu."
--
Hafiz
Aku terpinga-pinga kenapa tiba-tiba aku kena panggil macam ni.
"Jangan takut, Hafiz. Nama pakcik, Wan Radzi."
Aku mengangguk sahaja.
"Asal dari mana?"
"Air Putih."
"Air Putih, belah mana tu?"
"Kampung Sungai Raya."
"Dah daftar mengundi?"
"Belum lagi, masa mengundi hari tu tak sempat nak daftar."
Pak Wan Radzi terus buka kotak rokok.
"Tak hisap," kata Hafiz.
"Tak hisap rokok ke, tak nak kantoi dengan makwe? Tak rock la macam ni."
Aku tersengih-sengih.
"Kamu ni serius ke dengan Dila tu?"
"Kami baru je dalam proses mengenali hati budi..."
"Amboi, jawapan macam artis. Bukan apa, ayah Dila tu tak nak la dia bercampur dengan orang sebarangan. Jadi, sebab tu dia tanya macam-macam."
Aku hanya angguk kepala.
"Pakcik ni, orang kuat politik ke?" tanya aku.
"Agak kuat juga, cuma tahun lepas parti pakcik kalah teruk."
"Pakcik bertanding pilihanraya?"
"Tak cukup duit. Tapi tu lah, parti pakcik pun macam dah nak bungkus. Ramai yang dah mula keluar parti. Akar umbi makin melemah."
"Pakcik parti apa?"
"Gagasan Ummah."
Ooo, parti yang penuh dengan pak lebai tu ke?
Aku tak tergamak nak tanya.
"Elok-elok jadi pegawai tu. Nanti kalau senang, kita mengeteh. Ni kad pakcik, senang-senang, call lah."
Adakah sebab baju Melayu Azlan ni, tiba-tiba orang melayan baik sampai macam ni? Apa yang istimewanya baju Melayu ni?
--
Adilah
Pandai si Hafiz ni rupanya ya. Dia tahu dia nak jumpa dengan ayah aku, dia pakai baju Melayu yang ditempah di kedai Haji Tarmimi.
Jahitan baju Haji Tarmimi ni kemas dan hanya orang yang menjawat jawatan tinggi sahaja yang mampu pakai baju tu. Keturunan al-Daulah, menteri, pegawai tinggi.
Macam mana nak tahu beza antara baju Melayu biasa dengan baju Melayu dari Haji Tarmimi? Tengok pada kainnya. Kainnya bukan jenis panas macam kain baju Melayu yang selalu dijual dan dipakai orang biasa tu.
Kain ni memang dibuat dengan penuh tradisi, maka nak menghasilkan kain ini pun memerlukan kepakaran yang sangat tinggi.
Tapi ayah Hafiz pun bukanlah orang yang ada hubungan dengan kerabat atau pegawai tinggi pun. Ayah dia pun penyanyi pop yeh-yeh. Aku nampak baju tu macam sedikit ketat, seolah-olah bukan fit ke baju dia.
Aku tahu ni baju Azlan, sebab masa wedding Jimmy dengan Tengku Khairunnisa dulu, aku nampak dia pakai baju dan sampin ni.
Jadi jangkaan aku, Hafiz pinjam baju Azlan sebab dia nak impress ayah aku.
Hafiz dah datang. Kejap, kejap.
"Awak dah jumpa ayah saya?"
"Haah, tadi. Dia dengan Pakcik Nasrul borak pasal politik. Tak faham saya."
"Dah awak kerja pegawai di Kementerian Pendidikan. Jadi, memang awak kena tau semua ni."
"Memang kena ke?"
"Memang. Ayah saya ni pegawai kepada askar istana, yang digelar Sayap Kuning. Jadi sebab tu lah saya hadiahkan awak buku politik tu dulu. Sebab ayah saya boleh bantu awak dalam karier ni nanti."
"Baiknya hati awak, nak tolong saya."
"Mestilah, awak kan buah hati saya."
--
"Kau dah masuk Form One ni, berlagak la kau," kata Merlina sambil makan potato chips Jack and Jill perisa onion and sour cream.
"Nak berlagak apanya. Masuk sekolah menengah je kot."
"Aku bosan la sekolah rendah ni, Kimi. Aku ni, harta aku lagi kaya daripada guru besar aku. Aku ingat aku nak cakap dengan mak aku daftar private school je lah."
"Amboi, berlagaknya kau."
"Mestilah. Aku kaya kot. Bosan aku sekolah harian ni. Cikgu pun boring."
"Tapi kau main saham ni, kau tak pernah rugi ke?"
"Pernah la rugi. Kadang-kadang saham aku jatuh juga. Cuma aku pandai la kawal semua. Kau tau, kau kena belajar rajin-rajin, kerja kuat untuk jadi kaya ni, semua mitos. Kau nak kaya cepat, ada tiga cara. Pertama, born rich. Macam keluarga al-Daulah. Atau anak-anak taikun billionaire belaan Jeneral Yahya tu. Kedua, jadi ahli politik. Yang ketiga, main saham dan kau kena pandai baca pasaran saham. Belajar tinggi-tinggi ni takkan kaya punya, percaya la cakap aku."
"Apahal teruk betul fahaman kau ni, Mer?"
"Betul apa, aku cakap ni, Kimi. Kau tengok, pelajar terbaik macam mana pun jadi doktor ke cikgu, makan gaji juga. Baik jadi B atau C grade student, lepas tu buat duit, suruh A student buat kerja untuk kita. Tak gitu, Kimi? Kimi?"
Kimi nampak gitar di sebuah kedai gitar. Dia membayangkan dirinya macam Kirk Hammett, gitaris Metallica yang sedang popular sekarang.
"Kau nak gitar ni ke, Kimi?"
"Mahal la, Mer."
"Kau reti main gitar tak?"
"Aku ada belajar sikit dengan member-member. Dengan abang knowledge."
"Kalau aku belikan gitar untuk kau ni, kau boleh janji pada aku tak?"
"Apa dia?"
"Bila kau jadi rock star, kau jangan lupakan aku."
"Eh, mestilah."
"Janji?"
Merlina tunjuk jari kelingking.
"Janji," Kimi memaut jari kelingkingnya.
"Jom masuk. Aku nak tengok sendiri kau pandai main gitar ke tak."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top