1991 part 1
Hafiz
New Year's Eve, 1991
Aku dan Adilah berjanji untuk bertemu di tangga Bangunan Canselori.
Aku berdebar. Kalau dia terima aku sebagai boyfriend, dia datang. Kalau dia tak datang, maknanya aku kena buat garisan sempadan kawan dengan dia.
Tak boleh aku bayangkan betapa susah aku nak terima hakikat, tapi aku kena belajar kalau dia tak nak aku, tak apalah. Sekurangnya, bak kata Saiful, aku dah mencuba.
Yang penting kena berani. Kena reject pun tak apalah.
Lagu Kawan dari Ruhil Amani pulak berkumandang di telinga aku. Memang kurang asem la lagu ni. Aku bayangkan Adilah pula yang nyanyi lagu ni.
Mungkin aku akan menangis macam Diego Maradona menangis masa kalah World Cup hari tu kat Jerman Barat.
Mana ada lagi dah Jerman Barat. Jerman sekarang dah bersatu.
Aku tengok, jam dah sejam dari masa yang dijanjikan. Janji pukul 10:30 nak tunggu. Ni dah nak 11:40 dah ni.
Pukul 12 aku balik lah. Anggap je la aku kena reject dengan Adilah.
Hati semakin resah, gelisah, dan aku mula rasa nak menangis.
"Hafiz! Maaf, maaf! Dila terlambat!"
Dia datang, jeng jeng jeng!
"Hafiz lambat sebab Dila tengah nak pilih baju yang mana paling sesuai. Harap Hafiz suka baju ni."
Adilah pusing-pusing keliling aku.
"Awak pakai apa pun cantik."
"Awak bawa semua kaset-kaset awak?"
"Bawak."
"Okay," Adilah keluarkan semua kaset dari semua muzik kegemarannya, sementara aku pula bawa semua album muzik kegemaran aku.
Aku bawa kaset Bumiputera Rockers, Search Cinta Buatan Malaysia, Wings Hukum Karma, Led Zeppelin dan demo band bernama Halilintar.
Dila bawa kaset band-band dari Ryukyu macam Flipper's Guitar, penyanyi Mariya Takeuchi, dan beberapa band dari UK tapi aku tak pernah dengar, macam The Sundays atau Spandau Ballet.
Kami buat perjanjian, dalam masa seminggu, kami kena dengar lagu favorite pasangan masing-masing untuk memahami antara satu sama lain, kemudian tulis dalam diari apa perasaan kami bila dengar lagu kegemaran pasangan masing-masing.
Lepas tu seminggu kemudian, kami akan membincangkan tentang taste muzik kami.
Aku tak tau, Adilah yang nak macam ni. Aku ikut je.
"Saya nak awak jujur tau, kalau awak tak suka, awak cakap je tak suka. Okay?"
"Okay."
Dia simpan semua kaset aku dalam begnya, dan aku simpan kaset dia dalam beg.
Lagi beberapa minit je nak 1991.
"Sekejap je kan 1990 ni?" kata Adilah.
"Sekejap? Rasa macam lama gila," kata aku.
"Masa ni subjektif, kan? Ada orang rasa sekejap, ada orang rasa lama. Padahal sama je, 365 hari."
"Betul lah tu," kata aku.
Keadaan diam seketika. Malaikat lalu.
"Dila..."
"Ya, Hafiz?"
"Pasal apa yang kita cakap dulu, macam mana?"
"Pasal relationship kita?"
Aku mengangguk.
"Sebenarnya saya dah terima awak sejak hari tu lagi. Cuma masa tu saya tak berani, sebab saya takut saya silap buat keputusan. Maaf, saya memang macam ni orangnya."
"Jadi, saya dah jadi boyfriend awak?"
"Ya, sebab tu, esok, saya nak bawa awak pergi wedding sepupu saya. Awak ada tak baju Melayu?"
"Ada, ada."
"Pakai lengkap tau. Ayah saya ni seorang budayawan. Kalau awak pakai baju Melayu dengan jeans macam mat rock selalu buat dulu, memang ayah saya halau awak."
Alamak, memang selama ni aku pakai baju Melayu dengan seluar jeans pun. Raya pun aku macam tu.
Aku cuba tanya Azlan, macam mana nak selesaikan masalah ni.
"Hafiz, boleh tak saya panggil awak koibito?" tanya Adilah.
"Koibito? Amende tu?"
"Bahasa Ryukyu, maksudnya kekasih hati."
Aku tergelak.
"Saya panggil awak koibito juga ke?"
"Tak, untuk lelaki, kanojo."
"Ooo, lelaki kanojo, perempuan koibito?"
"Tak, tak. Saya panggil awak koibito. Awak panggil saya kanojo."
"Oklah. Kena belajar bahasa Ryukyu lepas ni."
"Ganbatte kudasai, koibito!"
Jam berdetik pukul 12 tengah malam.
"Selamat tahun baru, koibito. Terima kasih atas segala yang awak curahkan pada saya."
"Selamat tahun baru, kanojo. Saya yang patut terima kasih sebab akhirnya awak terima saya."
Adilah pegang tangan aku.
"Lepas grad ni, awak sambung belajar ke?"
"Tak, saya dapat tawaran kerja dengan Wijaya TV selaku wartawan. Awak macam mana?"
"Saya dapat offer kerja dengan Kementerian Pendidikan. Jadi pegawai teknikal dan multimedia."
"Waaah, hebat tu."
"Nak kumpul duit."
"Untuk apa?"
"Meminang awak."
"Target?"
"1995, mungkin."
"Jangan paksa diri awak. Saya akan tunggu awak, okay?"
--
Azlan
"Lambat balik? Berdating ke?" aku tanya Hafiz. Melihat dia tersengih-sengih macam kerang busuk tu, aku dah agaklah dia baru balik dating dengan Adilah.
"Lan, aku besok ada wedding nak kena pergi ni. Adilah ajak aku. Tapi aku ada baju Melayu je. Seluar takde, sampin pun takde."
Aku tergelak. Teringat aku masa first date aku dengan Natasha dulu. Sampai aku kena paksa Pengetua beli baju Melayu kat Haji Tarmimi lagi. Baju Melayu kat situ dah la harganya mahal untuk golongan elit je.
"Kau pakai je baju Melayu aku. Tapi aku nak kau jaga elok-elok baju tu. Tu kalau aku nak pergi istana, aku pakai baju tu. Kain songket tu, harga beribu. Tenunan tangan tu."
Hafiz tersenyum.
"Senyum, senyum. Kau dah berjaya ngorat Adilah ni, apa plan kau?" tanya Azlan.
"Zizan offer aku job kat Kementerian Pendidikan."
"Zizan Azmi? Kau berkawan dengan anak Perdana Menteri, kau tau tak? Macam mana kau boleh kenal?"
"Nat yang bawa aku jumpa dia."
Natasha ni, dia senyap-senyap je, dah ada plan lain ke? Macam mana aku boleh tak tau ni.
Tapi tak apalah, Zizan pun baik orangnya.
"Kau dah tak nak join group radio ke?" tanya aku.
"Bukanlah macam tu..."
"Pergi la, kalau kau ada masa depan kat situ. Adilah pun pergi Wijaya TV, kau tau kan?"
"Dia beritahu aku tadi."
"Usaha keras sikit, Fiz. Dia kalau pergi wartawan tu, setahun dua, jadi pembaca berita. Jadi pembaca berita ni, dugaan besar beb. Nanti ada la Datuk offer jadi perempuan simpanan, jadi gundik. Kau juga melepas. Kalau kau nak kekal dengan dia, kau kena jadi powerful, barulah orang takut nak rampas awek kau."
"Faham."
"Kerja elok-elok. Nanti ada masa, datang la sini. Faiz dengan aku pun ada rancangan untuk radio ni."
"Din, macam mana?"
"Dia carry on buka kelas komputer kat universiti."
"Thank you, Lan. Sebab pinjamkan baju Melayu ni."
"Aku ucapkan terima kasih juga pada kau, sebab tolong aku banyak benda sejak aku kenal kau," aku tepuk bahu Hafiz.
--
Adilah
Ah! Penatnya aku nak berdepan dengan Hafiz ni. Mamposlah aku kalau macam ni. Dah la sejenis tak nak pakai deodorant, rambut pulak macam hutan rimba, aku naik rimas dibuatnya.
Tapi sebelum Azlan dapat Hafiz yang ada pengetahuan tentang internet tu, aku mesti tarik Hafiz untuk pergi ke pihak ayah aku. Sebab tu besok aku ajak dia ke wedding cousin aku.
Ayah aku ni kalau pandang si Hafiz ni, memang langsung takkan berkenan. Macam mana aku nak explain dengan ayah aku pasal Hafiz ni.
Ayah aku ada rancangan. Dia nak aku jadi bini kedua Jimmy lepas Tengku Khairunnisa, tapi aku dah cakap, aku tak nak.
Dia jawab kenapa, dan aku explain yang aku nak tarik Azlan untuk ke side kita, supaya ramalan Sayyid Muluk tu tak menjadi. Lagipun Azlan tu kalau dibentuk, boleh jadi aset yang cukup baik untuk Sayap Kuning.
Lagipun tak bestlah jadi bini kedua! Aku ni dah biasa jadi yang pertama dalam segala hal. Tiba-tiba nak jadi yang kedua.
Hafiz beritahu aku sekarang dia kerja dengan Azizan, anak kepada Datuk Seri Azmi. Jujur cakap, orang dalam Sayap Kuning ni pun tak percaya pada dia. He's a fucking snake. Main dua kolam. Dengan Tengku Norman pun dia join, dengan Jeneral Yahya pun dia join.
Sebab tu perlu pantau dia ni supaya boleh tengok dia cenderung ke arah siapa. Sekarang ni nampak macam dia cenderung ke arah Jeneral Yahya. Terutamanya bila dia dah lantik Rahizan sebagai timbalan perdana menteri.
Aku dah penat! Aku nak rehat dulu. Esok, aku kena berlakon lagi. Aku tak tahu berapa lama aku boleh tahan dengan Hafiz ni.
Aku kena belikan dia spray mulut, tak pun belikan dia chewing gum kalau macam ni.
--
Telefon di pejabat Perdana Menteri berbunyi. Panggilan telefon itu dari jauh.
Datuk Seri Azmi angkat telefon itu.
"This is from White House, The President wants to talk to you," kata suara tersebut.
Datuk Seri Azmi sudah tahu apa niat Washington, tetapi sebagai "strategic partner of the Pacific", dia perlu melayani panggilan ini.
Presiden George HW Bush di dalam talian. Pertamanya, pihak Washington mahu membincangkan tentang kerjasama strategik Amerika dan Gelanggayu dalam kerangka pembangunan di rantau Asia Pasifik.
Datuk Seri Azmi melayan saja bunyi bunga-bunga ni. Datuk Seri Azmi tahu, Presiden ini bekas ketua CIA dan bekas perwakilan Amerika di UN, mesti kena ada belok-belok.
Panggilan telefon itu berakhir dalam masa 15 minit, membincangan rundingan APEC yang dibincangkan di Kota Temasik pada tahun lalu, serta lanjutan tentang dasar perdagangan yang baru.
Pada Datuk Seri Azmi, ini semua "ayat bunga-bunga" sahaja. Ini sebab Datuk Seri Azmi tahu, yang dia perlu ke White House dalam masa terdekat, kerana sebagai negara Islam yang kuat dalam perindustrian dan perdagangan, Gelanggayu mempunyai pengaruh yang kuat dalam negara-negara Islam.
Sebab, panjang cerita sangat, nak dipendekkan, Amerika mahu serang Iraq dalam masa terdekat.
Amerika sudahpun merancang meletakkan semua aset ketenteraannya di negara Teluk. Dari lapangan terbang tentera Turki di Incirlik, pesawat-pesawat pengebom sudahpun mula dikumpulkan.
Resolusi 678 yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di mana Gelanggayu menduduki kerusi ahli tidak tetap, dan mengundi menyokong usul tersebut, keputusan tersebut dilakukan atas dasar tidak mahu Iraq menjajah Kuwait.
Datuk Seri Azmi sebenarnya berbelah bahagi kerana dalam desakan negara-negara Teluk seperti Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu yang mahu Gelanggayu menyokong perang tersebut, perang tersebut sebenarnya tidak popular di negara ini.
Menurut kajian survey, lebih 60 peratus rakyat Gelanggayu menolak serangan Amerika ke atas Iraq, kerana solidariti negara Islam.
30 peratus pula menyokong kerana Saddam Hussein merupakan seorang diktator yang menakluk negara jirannya, Kuwait.
10 peratus lagi tidak memberikan jawapan secara jelas.
Pun begitu, jika Datuk Seri Azmi mendengar cakap rakyat ini, negara-negara luar akan melihat Gelanggayu sebagai penyokong diktator yang membunuh orang Kurdish dan menyerang Kuwait, Saddam Hussein.
Tetapi memandangkan dia tahu yang George Bush dan Jeneral Yahya adalah kawan baik dan semasa zaman Tun Iskandar, syarikat Bush banyak melabur di Gelanggayu, dia kena layan juga permintaan Bush ni. Lagipun dari sejak merdeka lagi, Gelanggayu dah jadi sekutu Amerika.
Perang Goryeo, perang Dai Viet, dan sekarang Perang Teluk. Gelanggayu akan sentiasa jadi pengkalan untuk Amerika.
--
Azlan
Di Freemason Lodge di Jalan Henderson, Pengetua masuk ke dalam bangunan tersebut bersama aku.
Kelihatan pintu kayu yang diperbuat daripada kayu merbau tersergam besar di depan mata. Simbol pengukur dan sesiku L serta huruf G terpampang di depan mata aku.
Hati aku merasa gerun atas ketidaktahuan aku tentang perkara ini. Selama ini aku hanya mendengar tentang Freemason dari mulut-mulut penggemar cerita teori konspirasi seperti Az atau Ali, tapi aku tak pernah mengetahui apa itu Freemason sehingga aku ke dalam bangunan ini.
Kedengaran lagu C major Serenade of Strings dari Piotr Tchaikovsky berkumandang di hujung bilik.
Pengetua terus masuk ke sebuah pejabat.
"Jeneral Yahya, Perdana Menteri sedang tunggu dalam pejabat tuan," kata seorang pegawainya.
Pengetua mengangguk.
Barulah aku tahu yang rupanya Pengetua ni seorang ahli Freemason di Gelanggayu. Hampir enam tahun aku kerap bersamanya.
Aku baru tahu hari ini. Entah berapa banyak rahsia lagi yang ada dalam diri dia yang aku tak tahu.
Dia suruh aku tunggu di luar, kerana ada sesuatu yang perlu dibincangnya bersama Perdana Menteri.
Jadi aku hanya duduk di sebuah kerusi, dan menanti dalam bangunan itu tanpa aku tahu apa-apa yang berlaku.
Selepas setengah jam, barulah mereka berdua keluar dari pejabat, dan aku hanya mengikutinya dari belakang.
Dalam kereta, aku terpinga-pinga dengan tindakan Pengetua membawa aku ke Freemason Lodge tadi.
"Kau ada soalan ke, Azlan?" tanya Pengetua.
"Ada banyak, sampai tak tahu nak tanya yang mana satu."
"Kenapa aku bawa kau ke Freemason Lodge?"
"Itu salah satunya."
"Jumpa member."
"Freemason ni cult ke?"
"Tak ada lah."
"Gangster, kongsi?"
Pengetua geleng kepala.
"It's a fraternity."
"Samalah?"
"Sama tapi tak serupa. Nanti kau dah jadi ahli, barulah kau sendiri akan tahu apa bezanya."
"Betul ke apa yang orang dalam teori konspirasi tu cakap tentang Freemason tu?"
Pengetua buka suratkhabar bahagian hiburan. Bahagian yang aku rasa dia paling jarang nak sentuh.
"Apa yang kau tau tentang model popular yang sekarang dah nak jadi pelakon ni, Mastura Abdul Rahim?" tanya Pengetua.
Aku menelan air liur pahit. Adakah Pengetua sudah mencium hubungan aku dengan Mastura?
"Dia ada banyak gosip dengan orang kenamaan, kerabat diraja dan menteri."
"Adakah gosip yang kau dengar tu benar?" tanya Pengetua.
"Ada yang betul, ada yang mengarut."
"Sebab kau pun kenal Mastura, sebab tu kau cakap ada yang mengarut. Yang mana betul tu, kau tahu tu betul, tapi kau diam je kan?"
Aku mengangguk.
"Jadi, persoalan tu sama lah dengan Freemason. Apa yang kau dengar pasal Freemason?"
"Mereka berkonspirasi mengawal dunia?"
"Itu apa yang kau dengar dari mulut orang, kan? Mulut orang yang kau dengar tu, ahli Freemason ke tak?"
Aku geleng kepala.
"Kalau dia bukan ahli Mason tapi dia bercakap tentang Mason, itu namanya dia sedang bergosip. Gosip ni sedap didengar daripada mendengar kebenaran."
"Jadi, macam mana nak tahu kebenaran tentang Freemason?"
"Ayah kau, dulu dia selalu kerap ke sini bermain catur. Disebabkan dia menang main catur dengan semua orang di sini, Sultan Jaafar bagi dia jam yang kau pakai tu. Sebab tu kau tengok belakang jam kau, ada lambang Freemason."
Ayah aku seorang ahli Freemason?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top