1990 part 8

Azlan

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Jaafar, Wijayapura

Aku, Natasha dan Mrs Birgitt tiba di lapangan terbang jam 8 pagi. Penerbangan dari Wijayapura akan transit ke Lapangan Terbang Raja Chulalongkorn di ibu negara Suvarnabhumi, Krung Thep, sebelum menuju ke Lapangan Terbang Leonardo Da Vinci Fiumincio, di Rome.

Faiz memandu kereta aku, jadi aku serahkan segala tanggungjawab aku pada dia.

"Take care Radio Universiti elok-elok sepanjang aku takde ni."
"Takde hal, boss!" Faiz salam aku. Aku terus tarik tangannya, dan peluk dia.

"Take care semua. Kirim salam Din, Hafiz, Saiful dengan Adilah. Jaga team kita baik-baik, Faiz."
"Okay."
"Kirim salam kat Maradona!" jerit Faiz.

Aku dan Natasha hanya gelengkan kepala, tanda itu satu perkara yang mustahil untuk bertemu dengan bintang bolasepak nombor satu dunia tu.

Aku terus genggam tangan Natasha dan berjalan ke dalam lapangan terbang.

Penerbangan dari Wijayapura ke Krung Thep memakan masa dua jam, dan dari Krung Thep ke Rome pula selama 17 jam.

Aku terus membaca buku frasa dalam bahasa Itali, ternyata ia lebih kurang seperti bahasa Perancis. Kedua-duanya dari keluarga bahasa Latin.

Dalam beg aku, aku bawa buku sejarah Rom yang aku suka baca sejak kecil lagi, dan akhirnya, selepas sekian lama, aku ke tempat yang aku impikan selama ini.

Entah macam mana pakaian ketat uniform pramugari ini mengingatkan aku pada Mastura. Mukanya pun gaya yang lebih kurang.

Terflashback balik perkara tu, traumatik aku. Lagi teruk dari adik johnny bau perencah megi asam laksa dulu.

"You ok, Alan? Ni bukan first time kan you naik flight?"
"Yes, tapi ni first time dengan you."
"Kita stop di Krung Thep dulu, kemudian baru ke Rome. Masa tu pun kita dah tidur."

Sejam penerbangan, kapal terbang melewati Teluk Tenang. Aku boleh nampak kebun kobis di tepi bukit, menghadap laut. Boleh juga nampak jeti bandar Kuala Melaut dan medan seleranya, walaupun ketinggian 35,000 kaki dari aras laut.

Kapal terbang mendarat di Krung Thep, aku rasa lapar. Sementara menunggu urusan bagasi untuk beg ke kapal terbang Lufthansa yang menuju ke Rome, aku ajak Mrs Birgitt dan Natasha untuk makan dulu.

Pegawai tu kata dalam dua jam untuk memindahkan semua bagasi beg tu ke kapal terbang lagi satu, yang kapal terbangnya akan bergerak jam 7:00 malam waktu Suvarnabhumi.

Aku mencari makanan halal di lapangan terbang ni, dan semuanya tulisan bahasa Suvarnabhumi.

Sampailah aku nampak sebuah restoran yang tertulis perkataan 'halal'.

Pada mulanya Natasha asyik dok cakap, "darurat je lah, ish, Islamik betul la you ni. Main romen takde pulak fikir halal haram."

Tapi Mrs Birgitt ni suruh Natasha hormat pendirian agama aku, jadi dia pun diam.

Jadi aku terus capai menu untuk makan tengah hari. Ternyata aku teringin untuk makan makanan Suvarnabhumi.

"Sawadeekap, may I know what you want to eat, eh, Alan! Nat!"
"Ali? Apa kau buat kat sini?"

Berpeluk excited la kami bertiga.

"Restoran ni, aku punya! Dulu, aku kerja sini kejap. Lepas tu aku dah kaya, aku beli restoran ni dari owner aku."

Aku tarik baju Ali.

"Asal kau tak kerja dengan Tok Aki?"
"Panjang ceritanya, Lan."
"Pendekkan."
"Senang cerita, budak Diamond Hijau cari aku. Aku terpaksa lari."
"Kau jadi kaya macam ni, macam mana? Menang loteri?"
"Seludup dadah. Seludup perempuan. Seludup arak. Apa je aku tak seludup. Lepas tu ada la funder dari sorang Menteri tu."
"Siapa?"
"Aku tak boleh beritahu. Aku ada kongsi aku sendiri kat sini. Satu hari nanti, aku balik Wijayapura, lepas tu aku akan hapuskan semua kongsi kat situ."
"Termasuk Gagak Merah?"
"Kalau mereka halang aku."

Aku hanya mendiamkan diri. Tak mungkin aku tergamak beritahu Az kalau macam ni.

"Korang nak makan ikan siakap ke, tomyam ketam ke, korang order la. Aku belanja!"

"Aku order nasi goreng Pattaya je lah. Nak naik flight nanti bergelodak perut aku karang."
"Transit ke? Nak ke mana?"
"Itali."
"Fuyooo, pergi tengok World Cup ke? Cayalah Lan! Kau kirim salam dengan Paul Gascoigne!"
"Siapa tu?"
"Pemain England la! England til I die!"

Budak punk memang macam ni agaknya. Aku hanya senyum je.

"Kau sokong siapa?"
"Entah. Gelanggayu tak layak World Cup, aku tak tau nak sokong mana. Tapi member aku suruh cari jersi Maradona."
"Argentina, always cheating! Dah la gol pakai tangan! Nat, nak order apa?"
"Crab fried rice ni sedap tak?" tanya Natasha.
"Mestilah sedap. Kalau tak sedap, dia jadi crap fried rice. C R A P!"
"You're funny la, Ali! Okay, crab fried rice satu. Mor?"
"Just anything soupy?"
"Soup? Tomyam! Gearbox tomyam! Air korang nak air apa?"
"Plain water, please," kata Mrs Birgitt.
"Same here."
"Sama la, air kosong."
"Nat pergi tengok World Cup juga ke?"
"Denmark takde, so sokong negara jiran terdekat, West Germany. Sweden, rival pulak."
"You, Nat's mother? Watching football also?"
"Nah, not my thing. Just want to see sceneries," Mrs Birgitt hanya tersenyum.

Ali terus ke belakang, arahkan pekerjanya masak, kemudian buka radio lagu New Order, World In Motion.

Lagu tema World Cup 1990 untuk pasukan England.

--

Hafiz

Faiz tersenyum melihat perlawanan Piala Dunia di televisyen seorang diri, sambil ditemani oleh Ari. Ari, Exco Sukan dan pemain bolasepak, jadi dia tau tentang taktikal dan background pemain.

Fikiran aku pula melencong ke Kolej 9. Hubungan aku dengan Adilah semakin rapat. Semakin kerap assignment diberi bersama, dan kami kelihatan serasi. Dia menulis laporan, aku pula menambah perisa untuk jadi tulisannya sedap.

Cuma ia masih sangkut di peringkat, "sekadar kawan". Ramai lelaki cuma memikat, tapi dia tolak semuanya.

Milik siapakah gadis ini?
Wajah lembut bagaikan sutera
Ingin hatinya aku miliki
Apa akan terdaya?
Adakah akan terdaya?

Milik siapakah hati ini?
Bagai berkurun lama kesepian
Ingin aku mencurahkan kasih
Kepada yang sudi
Adakah ia sudi?

Lama telah kuimpikan
Gadis sepertinya
Mengisi taman hati
Dengan cahaya kasih suci

Aku duduk di kiubikel aku, dan melayan seorang diri feeling dengar radio pasang lagu Sudirman.

Adilah, hadirlah kau ke dalam hatiku!

--

Azlan

Hari ketiga aku di bumi Julius Caesar.  Ternyata makanan di sini memang mencabar terutamanya bab halal ni.

Contohnya bila hari panas, dan kau nampak gelatto, tekak kau menginginkan ais krim penuh krim tu mengalir, tapi alangkah kecewanya kau bila kau tau ada lemak babi atau alkohol dalam tu.

Begitu juga bila nak makan pasta alla gricia, tau-tau ada guanciale, iaitu sejenis daging babi yang diawetkan.

Sudahnya aku ke supermarket imigran, terutamanya di imigran Libya (sebab aku nampak gambar Muammar Gaddafi sebesar alam depan counter kedai), aku beli mi segera, atau ke kedai Tunisia yang menjual shakshuska.

Kalau aku di Rome, masih lagi ada macam-macam makanan. Tapi kalau aku ke Florence, atau ke Venice, mampos la aku makan roti je kot.

Tapi kalau soal makanan aku nak komplen, memang buat malu je lah aku dengan ibnu Battuta.

Baru aku tau betapa susahnya kau nak jadi Islam di bumi Eropah. Di sini, aku menemuramah seorang ahli pemberontak pemisah Sahara Barat bernama Hamid, yang merupakan ahli Frente Polisario, yang memberontak menentang kerajaan Morocco.

Dia mengagumi kepimpinan Gerakan Melaut Merdeka, Osman Kassim, yang berjuang tanpa menjadi proksi kepada Amerika Syarikat atau Soviet Union.

Aku cakaplah aku kenal dia, sebab aku pakcik aku. Kebetulan pun kampung aku memang di Melaut.

Katanya, perjuangan rakyat Sahara Barat sama seperti Gerakan Melaut Merdeka, dan berharap satu hari nanti dapat ke sana untuk membantu perjuangan.

Aku juga bertemu dengan ahli PLO, Ayman al-Zahiri, dan kami berkongsi pendapat tentang pertarungan geopolitik rantau Arab.

Mereka berkata, selepas Anwar Sadat mengkhianati perjuangan rakyat Arab dengan mengiktiraf Israel, warga Arab berharap kepada Saddam Hussein dan Muammar Gaddafi.

Aku tak cari orang-orang ini secara terserempak, tapi nama-nama dan organisasi-organisasi yang aku sebut ni ada disenaraikan oleh Pengetua untuk aku jumpa dan berhubung, untuk membantu perjuangan golongan pemisah.

Mereka mendapat dana menerusi kutipan derma solat Jumaat, serta beberapa orang berharta dari Acheh, Melaut, dan pemberontak di Yaman, serta beberapa sumber lagi.

Dana juga datang dari penjualan heroin secara haram yang datang dari Afghanistan, terutamanya keadaan di sana sekarang yang huru-hara akibat pengunduran Soviet sejak 1988.

Perang saudara masih berterusan, walaupun tentera kafir komunis Soviet sudah berundur.

Aku membeli jersi Argentina tertulis Maradona dan Cannigia yang terjual di sebuah kedai berhampiran Stadio Olimpico. Ini untuk Faiz dan Ari.

Natasha pula mencari barang-barand branded Itali seperti Armani atau Dolce Gabbana untuk melaram dan berlagak di Paragon Mall atau Rizal Square.

Atau Yaomall yang baru dibuka baru-baru ni. Makin banyak pula shopping mall dibuka di Wijayapura. Shopping mall makin banyak dibuka, perpustakaan makin banyak ditutup.

Ini apa yang Pengetua kata, "kesedihan realiti dalam modeniti".

Jangan tanya aku macam-macam. Aku baru dapat buku Deleuze, Foucoult, Derrida dan Francis Fukuyama dari Pengetua. Dia suruh aku baca semua ni, bersamaan dengan laporan aku bertemu dengan pemimpin pemberontak di Rome.

Untuk Din pula, aku belikannya cermin mata hitam Ray Ban Wayfarer.

Untuk Adilah, aku belikan coklat tiramisu dari Venice. Dan untuk Hafiz, aku belikan dia jaket kulit Versace agar dia kelihatan tampan.

Untuk Pengetua, dia punya curut Tuscano lah.

Sepanjang aku di Itali, ada juga pertengkaran aku dan Natasha. Aku mahu ke muzium, Natasha mahu ke mall. Aku cakap, nak buat apa ke mall, kalau di Wijayapura pun ada mall.

Dia bukannya tak suka muzium, tapi dia kata "dah banyak kali dia pergi dengan arwah daddy".

Masa mula-mula aku kenal dia, kan dia baca sejarah buku Villanova, iaitu sejarah sebelum Etruscan, sebelum Rom wujud lagi.

Tapi sebab ini kali pertama aku ke sini, dia layankan sahaja aku. Mungkin sebab tak nak Mrs Birgitt bosan. Mrs Birgitt kaki shopping kuat.

Lagu Nessun Dorma dari Luciano Pavarotti mengiringi aku saat aku termenung dari kota tujuh bukit ni. Dari tingkap hotel aku, boleh ternampak Vatican City.

Itu sahaja, nanti aku balik Wijayapura, aku sambung balik. Esok mereka nak ke Pompeii, untuk melihat bandar Rom yang ditenggelami abu Vesuvius.

Sekian, dari Roma, La Città Eterna, ciao, buonasera!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top