1990 part 7

Azlan

Aku berbuka puasa dengan Natasha di Hotel Regent. Ada bufet hotel jemputan Uncle Daniel, Ahli Parlimen Puncak Jaya.

"My dad will haunt at me kalau dia tau I buka puasa kat function Parti Jujur."

"Alah, makan je pun. Lagipun, my uncle kot. Takkan nak tolak. Ni pun bukan function Parti Jujur. Ini function Puncak Jaya FC. Your dad pun ada sekali."

Natasha senyap je. Lagipun dia tahu, Uncle Daniel pun ada share dengan dia masa dia hidup dulu. Takkanlah dia nak menghantui kita semata-mata nak berbuka puasa kat function business partner dia.

Dalam politik, Parti Persekutuan dan Parti Jujur mungkin rival, tapi dalam business, terutamanya kerajaan pusat Gelanggayu dan kerajaan negeri Wijayapura yang berbeza, ramai je berbeza parti tapi joint-venture (JV) sama-sama.

Satu kepala untuk bufet ialah seratus lima puluh ringgit. Tapi makan ni pun, rasanya tak sampai lima puluh ringgit pun.

Bufet Ramadhan adalah satu cara hotel untuk mark up harga untuk para kapitalis atau ahli politik yang nak cuci duit.

"Looks who's here! It's your uncle, Azlan!"
"Hi Uncle Azlan!"

Jessica, dah besar dia ni. Dulu masa aku first time jumpa dia, umur dia dua tahun je.

Uncle kau panggil aku? Aku ni sepupu kau lah!

"Mommy, if he is Uncle Azlan, she is Auntie Natasha, am I right?" tanya Jessica pada Mak Su.

Natasha dah tersipu malu.

"I dah kena panggil makcik dah, dah tua dah I!" Natasha tutup mukanya.

"No, Jessie. Azlan is not your uncle. He is your cousin."

Aku ketawa melihat telatah Jessica bersama Mak Su. Cepat betul masa berlalu.

"You kena makan lasagna ni, sedap. Lagi satu, you kena practice makan Italian food. Kita nak pergi sana nanti."
"Practice makan Italian food? Nat, dulu you tak ingat ke I kat sekolah, I bawak bekal apa? You tak ingat ke dulu I yang masakkan you spaghetti?"
"Eh, haah! Lupa pulak!"
"I masa kecik dulu dah pernah pun pergi Itali. Tapi korang plan nak pergi mana ni?"
"According from my mom, plan kita nak pergi Rome, Florence, Pisa, lepas tu, Venice."
"Aduh, semua tempat tourist je tu. Dah la World Cup, confirm penuh. Confirm bersesak-sesak."
"Then, what's your plan, Marco Polo?" Natasha panggil aku macam tu dengan sarkastik.
"I don't know, tapi kalau boleh, pergi tempat yang orang tak sesak, boleh tak?"
"Macam mana la you ni nak tengok World Cup? Ingat tak sesak ke dalam stadium tu?"
"I nak pergi tengok Roman architecture and historic places."
"Semua tempat I sebut tu historic places, Alan. Hadap je lah, banyak songeh la you ni."

Aku sengih je tengok telatah aku.

Tiba-tiba, Mastura datang menyapa kami. Damn it!

"Hi Nat, hi Alan. Lama tak nampak?"

Aku diam sahaja, tak nak cakap.

"Your boyfriend ni pemalu la, Nat."
"Baguslah macam tu...tak pemalu nanti susah hati I," kata Natasha.
"Oh really...Mmm, so, jadi ke korang pergi Italy tu?"
"Yup, pergi dengan mor."
"I see. Baik-baik, jaga boyfriend you ni Nat, nanti ada je Italian girls yang bagi dia fellatio kat dia."
"Fellatio? Apa tu?"
"It's an Italian word for Italian sausage," Mastura kenyit mata pada aku.

Dia sengaja pakai kebaya jarang dan nampak lurah, dan sengaja je tayang pada aku. Apa tujuan dia ni sebenarnya? Dari awal lagi aku tak faham dengan dia ni.

Natasha pandang aku dengan mata yang musykil.

"Okay, I ada kerja sikit. See you, ciao," Mastura lambai tangan pada kami berdua.

"Kenapa dia tu?"
"Dia memang macam tu. Mentang-mentang dia cantik."
"You pun cantik juga, Nat."
"Tapi I tak pandai menggoda macam dia. Tengok la dia tu. Asal dia jalan mana-mana je, mesti lelaki pandang dia macam mata dah nak terkeluar dari tengkorak."
"You pun ramai gak lelaki usha, I rilek je."
"You tak takut I pergi kat lelaki lain?"
"I tau you ni jenis setia."
"Then, jangan memperlekehkan kesetiaan I."
"Okay."

Mana pulak Ari ni? Kata nak datang. Aku ada peluang baik nak naikkan karier bolasepak dia ni.

Aku tengok jam, dah pukul 8 malam. Mamat ni lupa ke?

15 minit kemudian, barulah Ari terhegeh-hegeh sampai.

"Sorry, lambat. Traffic jam," jawapan standard Ari.

"Dah nak habis dah makanan tu. Cepat makan, lepas ni aku nak perkenalkan kau dengan Uncle Daniel. Oh ya, Nat, ni Ari. Ari, ni girlfriend aku."

"Eh hari tu..."
"Takde hari tu hari tu, pergi ambil makanan cepat."

Aku tau dia nak cakap pasal Tengku Aminah. Aku dengan dia tu tak ada apa-apa.

"Kenapa dengan hari tu?"
"Takde la, hari tu dia ingat girlfriend I si Mazlin tu. Padahal dia yang kejar I."
"Mazlin, yang Exco Akademik tu ke? Euw."
"Tu la."

Lepas habis Ari makan, aku bawa Ari berjumpa dengan Uncle Daniel.

"Uncle, meet Ari. Dia ni best footballer in my university."
"Azhari Mahmood! My scout team always mention your name bila dalam meeting. You asal mana?"
"Saya orang Melaut."
"Sama la dengan my wife, my wife ni auntie kepada Azlan. Jemput duduk."

Aku pulak rasa macam nak terberak. Aku cuba tahan tapi rasa macam tak berdaya. Dia seolah-olah macam bola di hujung garisan gol.

Asakan perut aku makin mengganas. Aku rasa aku dah kena food poisoning.

Sedap di tekak tapi sakit di perut.

"Sorry Uncle, Ari. Nature calls, I got to go. Korang borak dulu."

Dalam kesenakan aku menahan sakit perut, aku rasa macam nak merangkak menuju ke tandas. Aku nampak Mastura sedang berada di tepi memandang aku. Tapi aku tak mempedulikannya. Perut aku sudah semakin tak berdaya.

Jahanam perut aku.

Aku terus buka pintu bilik air dan terus buka seluar, dan terus duduk. Aku fikir bagi batch awal ni jatuh dulu, lepas tu baru aku kunci bilik air ni.

Belum sempat aku kunci, Mastura menerjah pintu bilik air aku.

"What the hell?"
"You diam je, you carry on je."
"I tengah berak la!"
"I know. I letak laxatives kat atas your food masa borak tadi. I dah lama aim you, Azlan."

Aku tak tahu mana satu aku nak fokus ni. Nak teruskan pemberakan, atau nak terajang je perempuan ni.

"You tak geli ke?"
"Ni fetish I."
"Wha-"

Lepas tu, apa yang berlaku tu, korang faham sendiri je lah.

--

Lagu Di Antara Gadis berkumandang dalam kereta.

"Lately lagu rock kapak ni banyak ya korang main? Ni lagu budak-budak motor je," kata Natasha sambil touch up lipstick dalam kereta.

Aku masih kebingungan tentang apa yang berlaku dalam tandas hotel tadi. Belum pernah terlintas dalam fikiran untuk aku bayangkan perkara macam tadi berlaku.

"Tak Saiful, Hafiz," tu je respon aku.
"Hafiz? That guy yang specky, shy tu? You know, ada classmate I, crush dengan dia tau."
"Classmate you?"
"Yup. Nama dia Amira. She always like stalking him like crazy."

Wow, aku tak tau pulak yang Hafiz ni ada peminat.

"But Hafiz tengah madly in love dengan seseorang."
"Siapa?"
"You rajin beli Suara Kampus?"
"Masa zaman you kempen MPP tu je lah. Why?"
"Pernah dengar nama Wan Adilah Wan Radzi?"
"Wow, tak sangka mat rock boleh pergi kat perempuan jenis macam tu. Dia tu budak RPM. Kawan Mastura. Masa kat sekolah dulu agak bitchy juga dia. Dah masuk universiti barulah berubah. Agaknya dah takde Mastura jadi baiklah dia."
"You dulu Kolej 9, tak jumpa dia?"
"Jumpa lah, tapi tak tegur. We must tolong Hafiz."
"Tolong apa?"
"Make over him, God's sake!"
"I already make over him la."
"Esok, bawak dia pergi jumpa I. Biar I kasi dia tip top hot, I bawa dia pergi saloon, kasi haircut dia macam Tom Cruise macam filem Top Gun."
"Merepek la you ni."
"Serius. Plus, he is a nice guy. He deserves to be happy."
"Tapi kesian la Amira tu nanti."
"Dah kata Amira tu classmate I. Dia dah habis dah macam I. Tunggu nak masuk degree je."

Kenapa beriya-iya pulak si Nat ni nak tolong Hafiz? Aku dah la confused dengan apa yang berlaku dalam tandas hotel tadi, ni aku confused dengan Nat pulak.

--

Kenderaan Tengku Razak tiba di perkarangan kediaman Tengku Mahkota di Jalan Pancha Delima, di kawasan elit berhampiran Istana Negara.

Beberapa skuad elit Sayap Kuning, unit paramiliter yang bekerja secara peribadi untuk keluarga al-Daulah mengawal ketat kawasan tersebut.

Unit sniper akan menembak sesiapa sahaja orang yang tak berkenaan daripada datang.

"Tengku Razak, Yang Amat Mulia Tengku Mahkota ada dalam bilik. Yang Amat Mulia sedang tunggu Tengku," kata setiausaha sulitnya.

"Baik."

Tengku Razak masuk dalam bilik, dan Tengku Mahkota sedang hisap curut.

"Adinda, dah ada barang yang aku nak tu? Aku nak tengok."
"Ada, kanda. Ada ni."

Tengku Razak keluarkan sampul surat yang berisi kandungan rahsia.

"Duduk dulu, aku nak tanya sikit."
"Baik, kanda."

Tengku Mahkota tuang cognac XO jenis Napoleon ke gelasnya. Dihirupnya sedikit.

"Aku nak tanya sikit tentang Ace ni..." Tengku Norman pegang sampul tadi.

"Ya, kanda."
"Dia di kem mana? Kem kita atau kem lagi satu?"
"Nampaknya dia dijaga oleh pengetuanya. Jadi Pengetuanya memang sengaja mengaburkan kita. Kejap dia ke sini, kejap dia ke sana. Tapi tak ada pula orang yang mengesyaki sesuatu. Tapi kanda, dinda sebenarnya suspect kanda Ipin cuba nak rampas jawatan tengku mahkota kanda."
"Kanda tau, Ajak. Kau tak perlu risau pasal tu. Mata aku memerhatikan dia. Setakat ni, ayahanda masih bela dia lagi. Ingat, kalau ayahanda cuba nak letakkan Ipin sebagai tengku mahkota, Sayap Kuning tak teragak-agak untuk gulingkan ayahanda. Beringat sikit," kata Tengku Norman.

Tengku Razak tahu situasi sekarang mungkin Pengetua cuba menggunakan Mina untuk rapatkan dengan Azlan, untuk menjatuhkan Tengku Norman.

Tengku Norman pun perlu berhati-hati memandangkan Tengku Ariffin kawal media.

"Perhatikan budak ni. Dia mungkin ancaman paling besar yang kita bakal hadapi, atau dia adalah senjata yang paling ampuh untuk kita membina empayar kita."
"Tidakkah kanda rasa pacal bernama Azlan ini terlalu banyak diperkatakan, padahal tidak ada apa pun lagi yang mampu dilakukannya?"

"Nampaknya keluarga al-Daulah sudah mula melupakan Sumpahan Sayyid Muluk. Dan ini berbahaya. Mohon periksa. Tapi jangan terlalu dekat. Dan jangan campur tangan tentang hidupnya. Kita pun tak pasti adakah dia ini orangnya."
"Junjung kasih, kanda."

Sambil tersengih membelek gambar dalam sampul, Tengku Mahkota bermonolog.

"Bukan main lagi kau ya, Mastura. Bagus."

--

Sejak Tembok Berlin diruntuhkan, penduduk Jerman Barat dan Jerman Timur boleh berulang alik tanpa halangan.

Mereka merancang pada bulan Oktober ini, untuk menyatukan dua Jerman itu menjadi sebuah negara.

Yahya tiba di Berlin, tetapi dia menuju ke sebuah tanah perkuburan, tempat di mana kawan baiknya, Vyacheslav ditembak mati.

Vyacheslav merupakan agen KGB yang kemudiannya belot dan meminta bantuannya untuk menamatkan Perang Dingin.

Tetapi dalam satu misi itu, dia ditembak mati oleh Stasi, iaitu rejim Jerman Timur.

Yahya memandang batu nesan itu, kemudiannya dia meletakkan papan catur di sebelah kuburnya.

"Aku harap kau jumpa partner main catur kat sana, sebelum turn aku tiba, Vya."

Selepas ke Berlin, Yahya bertemu sekali lagi dengan Presiden Bush, kawan baiknya, Henry Kissinger, dan rakan baiknya Robert Faulkner, yang merupakan pemimpin Freemason di Washington, berbincang tentang New World Order.

New World Order adalah satu projek dunia tanpa sempadan, dengan bertunjangkan idea liberal demokrasi untuk seluruh dunia.

Ini kerana jangka hayat musuh Amerika Syarikat, Soviet Union sudah tidak lama lagi akan tamat.

Satu demi satu blok Timur, dari Jerman Timur, Czechoslovakia, Romania, Bulgaria, Poland, Hungary sudah mulai jatuh.

Freemason, Illuminati, dan kelompok Skull and Bones bermesyuarat untuk menetapkan orde baru dunia selepas tamatnya Perang Dingin, dan menunggu blok komunis runtuh.

Yahya meminta agar Gelanggayu dibenarkan memiliki senjata nuklear, seperti Israel. Sebagai balasannya, tentera Amerika dibenarkan untuk menduduki kem X, di Bandar Tun Zairi Abu Bakar untuk menjaga zon kawasan itu dari diketahui oleh orang lain.

Walaupun Gelanggayu sudah menandatangani perjanjian bersama negara-negara Pentas Sunda untuk menjadikan kawasan itu bebas nuklear, tetapi Yahya merasakan Gelanggayu mempunyai keperluan strategik, seperti Israel yang dikelilingi negara-negara Arab yang jauh lebih besar dan ramai penduduknya, Gelanggayu pula memiliki kawasan yang luas tetapi mempunyai penduduk tidak seramai jiran-jirannya seperti Suvarnabhumi, Arroyo atau Majapahit.

Kalau tidak ada senjata nuklear, maka Gelanggayu mudah untuk ditewaskan dan dijatuhkan. Dan Yahya tidak mahu itu berlaku.

Turut sama ialah bekas Perdana Menteri Temasik, Lim Kuan Yau. Selepas ini Presiden Bush akan ke Temasik untuk sidang APEC, dan mereka akan berbincang tentang perkara ini.

Sekiranya menjadi republik, Gelanggayu akan perlahan-lahan disatukan semula dengan Temasik, dengan ekonomi dan teknologi paling kaya di seluruh Pentas Sunda.

Lagipun, di Temasik, Jeneral Yahya sudah mendapat pangkat jeneral terhormat, maknanya jika berlakunya perang saudara di Gelanggayu, Jeneral Yahya boleh minta askar Temasik untuk membantu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top