1990 part 5
Azlan
Petang tu, Natasha jumpa aku dan ajak aku main squash di bangunan gimnasium universiti. Dia siap beli dua raket squash untuk lawan dengan aku.
"You kena bersenam la, Alan. I tengok you asyik sibuk je dengan kerja you. Final exam lagi," kata Natasha sambil drive.
"Alan, Alan! Kuatkan lagu tu! Lagu favorite I ni!"
Lagu Step By Step dari New Kids On The Block. Aku hanya toleh tepi je.
"Kenapa?" tanya Natasha.
"Nothing," aku toleh balik.
"Tau la bukan taste music you."
"Memang pun."
"Habis tu, nak kena semua taste music macam you ke?"
"Tak cakap macam tu pun."
"Yang you tarik muka tu, kenapa?"
"Takde apa lah."
Natasha tutup radio.
"Selagi you dengan perangai snobbish you ni, jangan mimpi la nak pergi jauh dalam your life. Not just politics, kerja biasa pun orang takkan nak kawan dengan you!"
"I ada je kawan kat universiti ni," kata aku.
"You je rasa dorang tu kawan you. Padahal dorang rapat dengan you sebab kuasa yang you ada je."
"Kenapa tiba-tiba marah I ni? Sebab I tak kuatkan lagu favorite you on radio?"
Natasha parking kereta tepi jalan. Kemudian dia menangis. Aku rasa dia bukan marah aku ni.
"You don't know what I feel right now, Alan. Nama je boyfriend, tapi you tak faham pun apa yang I rasa."
"Okay, tell me, apa yang you rasa?"
"Sejak my dad meninggal, I rasa suffocate. You mana faham apa perasaan I?"
Aku diam je, bagi dia habis cakap.
"How do you feel when someone you love has taken away?"
"Trust me, Nat. I dah lalui this phase. At least you lalui when you're 20. I was through this when I was 7."
Baru dia teringat yang bapak aku dah meninggal tahun 1976 lagi.
"I'm sorry..."
"Tak payah cakap sorry lah. Kan lelaki yang kena minta maaf, no matter what? You sendiri yang cakap macam tu masa kita kat Teluk Chendana dulu."
Dari menangis tu, dia terus ketawa, sebab aku buat lawak.
"I'm sorry sebab tak kuatkan bunyi lagu favorite you."
"Alan, tiba-tiba I rasa malas nak main squash."
"Pulak. Ni I dah pakai baju sukan ni, you tak nak pulak."
"Sebenarnya, I nak bagi hadiah ni pada you. Ingat tak, three years ago, yang you kata you nak travel sama-sama dengan I? So, I simpan duit. Lepas tu ada la duit arwah my dad sikit. So, I bought three flight tickets to Rome. Kita pergi sana masa World Cup. You kan minat bola?"
"Not really. Just happened tolong your dad kat dia punya football club je."
"Masa tu you dah cuti kan?"
"Bulan Jun dah start cuti. Tapi budak-budak team radio ada je sini. Dorang nak jaga radio."
"Biarlah dorang jaga. You pergi dengan I ek? Dulu you yang nak ni."
"I bincang dulu dengan Pengetua."
"Ala, asyik kerja je, bila nak cuti? Lagipun, after this, I dah study kat UK. Kita dah takde masa lagi dah nak bersama."
Aku melepas satu nafas yang berat.
"Sayang, I tau la you ni anak murid kesayangan Pengetua. But you need a rest. Lagipun cuti kan? Suruhlah Hafiz jaga. Tak lama, dua minggu je kita di Italy, lepas tu sambunglah kerja balik," Natasha cuba memujuk aku.
"You ada beli tiket World Cup ke?" tanya aku.
"Nak beli kena pergi situ lah. Tapi tak payahlah pergi match yang macam Argentina ke, West Germany ke, England ke, Italy ke. Pergi yang murah-murah."
"You sokong apa?"
"I usually root for Denmark la, my mom orang sana. But this year Denmark tak qualify, so I rooted for West Germany. You?"
"Most of my friends support Argentina, probably sama la kot."
"You buat passport tau? Takkan passport pun I nak kena sponsor?"
"Alright. Currency macam mana?"
"Itu kita urus kemudian. Yang penting bawa badan you, buat passport. I dah penat menghadap Wijayapura ni."
--
"Kau nak pergi Itali dengan Natasha?" tanya Pengetua.
"Ya," kata aku.
"Belikan aku curut jenama Tuscano. Aku bagi kau duit nanti."
"Tapi Radio siapa nak jaga?"
"Azlan, kalau kau nak jadi leader, kau kena trust timbalan kau. Siapa timbalan kau dalam organisasi ni?"
"Tak ada. Tapi defacto, Faiz."
"Kau pergi dua minggu kan? Lagipun World Cup bulan Jun. Sekarang baru April. Raya dulu, lepas tu kau pergilah sana. Sebagai ketua, kau tak boleh bolot semua kuasa. Kau harus delegate kuasa tu. Faiz patut main lebih banyak peranan, bukan hanya jadi pak turut kau. Sekarang, kau jumpa Faiz, dan kau ajar dia macam mana nak urus syarikat. Besok kau kena pergi Amerika ke, pergi Europe ke, Faiz juga kena handle di sini bila kau tak ada."
"Faham, Pengetua."
Pengetua pegang bahu aku.
"Nampaknya, kau dah semakin matang. Dan kau memang perlu berehat. Kau dah kuat bekerja. Aku suka sinergi dalam pasukan syarikat yang kau bina ni. Tapi ini hanya permulaan, sebelum kau melangkah lebih jauh."
"Terima kasih sebab tunjuk ajar, Pengetua."
"Sempena umur kau dah menjelang 21 tahun, aku nak bagi kau sesuatu. Tapi tunggu lepas kau beli curut Tuscano."
"Thank you, cikgu!"
Balik dari office Pengetua, aku terus ketuk bilik Faiz.
"Faiz, kau stay masa bulan 6 kat sini kan?"
"Mestilah. Aku kan nak ulas World Cup, kenapa?"
Aku capai kerusi dan duduk berdepan dengannya.
"Bulan 6 ni, Natasha ajak aku vacation. Jadi, aku tak ada kat sini."
"Kau pergi mana?"
"Kalau aku sebut ni, kau jangan terkejut. Aku dengan dia nak pergi Itali."
"Woi, pergi tengok World Cup ke? Fuyoo untunglah ada makwe kaya!"
"Aku pun keluar duit aku sendiri la."
"Lan, kau pergi sana, belikan aku jersi Maradona, boleh?"
"Kau nak Argentina ke Napoli?"
"Mana-manalah. Janji ada nama Maradona."
"Taksub betul kau dengan Maradona. Dah siap dah gambar kau lukis tu?"
"Dah!"
Faiz buka almarinya, dan tunjukkan lukisannya yang dah siap.
"Besok, kau pergi bookshop bawah ni, lepas tu kau frame. Lepas tu claim."
Faiz tersenyum bangga.
"Ni kau lukis muka siapa pulak?"
"Adilah."
"Aik, kau pun syok kat dia?"
"Bukanlah. Kau gila ke? Aku punya type mesti jenis Cindy Crawford. Tu, roommate kau tu, dia upah aku suruh lukis."
Aku geleng kepala.
"Kat sini aku risau sikit. Kau tolong tengok-tengokkan si Hafiz tu. Aku nak pergi bercuti ni pun, aku risau takut budak tu hanyut."
"Kau jangan risau, Lan. Kau pergi sana, aku handle organisasi ni. Yang penting, kau beli jersi Maradona."
"Kalau jersi kosong je? Mana la tau aku kat sana macam mana. Kau print la nombor tu sendiri, ok?"
Aku dan Faiz bersalaman sebelum gerak ke bilik.
Hafiz sedang berangan dengan berlatarbelakangkan lagu Search, Fantasia Bulan Madu.
"Assalamualaikum," kata aku, tapi tak menyahut. Budak ni teruk betul angaunya. Sampai aku kena tutup radio.
"Weh!" Hafiz terkejut.
"Aku bagi salam, kau tak menyahut. Kau ni Islam ke tak?"
"Waalaikumsalam," barulah Hafiz menjawab. Dia buka kembali radio.
"Sedap betul lagu pilihan Saiful ni," kata Hafiz.
"Kau kalau dah angau, lagu apa pun kau cakap sedap."
"Kau tau, cinta ni kuasa yang paling terkuat dalam dunia," kata Hafiz, tersengih.
"Salah, dalam dunia ni ada dua benda paling berkuasa."
"Kalau kau cakap duit, maknanya jawapan kau cliche," kata Hafiz.
"Graviti, dan realiti. Dan realitinya, duit dan kuasa benda paling berkuasa dalam dunia. Graviti, kau kaya macam mana sekalipun, duduk dalam kapal terbang, kena tembak dengan Soviet, jatuh juga. Jadi kalau kau tanya aku, benda paling berkuasa dalam dunia, graviti. Lepas tu realiti."
Hafiz tarik kerusi dan berpaling pada aku.
"Kau tak percaya pada cinta ke, Lan?"
"Percaya, tapi jangan sampai benda tu mengaburi realiti hidup."
"Kau dengan Nat, macam mana?"
"Gitu je lah. We met, we fuck, sekali sekala bertengkar, lepas tu dia nangis, aku pujuk. Same old same old."
"Kau dah couple dengan Nat berapa tahun?"
"Empat."
"Sebelum Nat, siapa girlfriend kau?"
"Aku sebenarnya tak berminat sangat topik ni. Ye lah, aku pernah la jatuh cinta, tapi aku tak suka cakap dengan orang."
"Kenapa?"
"Sebab cinta ni macam dadah. Kau boleh khayal bila dilamun cinta. Bila kau hisap dadah, kau tunjuk kat orang, orang pandang hina pada kau."
"Kau rasa hina ke jatuh cinta?"
"Takdelah macam tu. Cuma kalau kau terlalu menunjuk yang kau kejar perempuan tu, menampakkan kau ni sebagai lelaki yang lemah. Dan perempuan tak suka lelaki yang lemah."
Hafiz bakar rokok.
"Aku bulan 6 ni, aku pergi Itali dengan Nat. Aku tak nak sebab angau kau ni, kau sampai lupa kerja, lupa pelajaran, lupa tujuan kau kat sini."
"Ah, kau ni. Macam bapak-bapak pulak," Hafiz menempelak.
"Jangan jatuh cinta kalau kau tak pasti apa jawapan balasnya. Sebab jatuh cinta ni, bila kau terbang, kau lupa graviti yang bernama realiti kehidupan. Kalau kau jatuh, sakit. Tapi kalau pasti dengan jawapannya, kau pasti mendarat dengan aman."
"Tapi bila aku tanya kau dengan Nat, kau pun tak pasti. Sebab tu kau pergi ke Hanis, kan?"
Aku hanya menjeling pada Hafiz. Malas betul aku bila bercakap dengan orang angau.
"Azlan, kau rasa, Adilah tu dah ada pakwe ke?"
"Entah, kau tanyalah dia."
"Ish, mana boleh aku tanya soalan macam tu."
"Kau kalau suka dia, kau yang tanya. Kalau dia tak nak jawab, tu hak dia. Kalau dia bagi jawapan yang kau tak nak dengar, kau kena terima lah."
"Tapi, macam mana aku nak tarik perhatian dia?"
"Kau perform kerja kau, lepas tu kau berjaya. Lepas tu dia akan pandang kau. Kalau dalam keadaan sekarang ni, banyak lagi lelaki yang lebih baik untuk dia pilih. Kenapa dia perlu pilih kau, kalau kau sendiri pun tak bagi jaminan untuk dia?"
"Kau tolong aku ya, Azlan. Kau idola aku."
"Sejak bila pulak aku diidolakan ni?"
"Serius. Aku rasa semua orang kat sini pandang tinggi kat kau."
Aku terus capai kain pelekat.
"Pandang pada Tuhan. Dia yang menciptakan segala-galanya. Pandang aku, buat apa. Dah, solat dulu."
--
Adilah mencebik bila nampak yang Azlan masih keluar dengan Natasha. Rasa cemburunya mula membuak-buak, dia mengetip bibirnya.
Adilah memikirkan dia perlu merancang sesuatu untuk menyingkirkan Natasha.
Dalam masa sama, dia sudah mula merasakan Mina juga sedang cuba memotong peluangnya.
"Nak buat macam mana ni ya? Bukan si Natasha je, tapi si Mina ni pun dah mula nak kacau dah."
Puas dia memikirkan caranya.
Dia berjalan ke arah public phone di asramanya, kemudian dia menelefon ayahnya.
"Ayah, Dila nak balik rumah kejap. Ayah jemput tau."
--
Sampai sahaja di rumah, dia lihat minyak senyonyong yang telah diperam sejak sekian lama, yang dibuat oleh arwah neneknya, untuk arwah makciknya Wan Rohana, tetapi tidak sempat untuk digunakannya.
"Sikit lagi nak siap ni, nenek, Dila gunakan minyak ni ya? Dila akan cuba hentikan keluarga Tengku Ishak untuk jatuhkan keluarga al-Daulah."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top