1990 part 2
Lagu Sejati dari kumpulan Wings berkumandang saat aku masuk ke dalam pejabat. Pejabat aku dah macam port mat rock kapak dah.
Aku rasa sikap camni Faiz kena tegas sikit. Aku tak nak benda ni jadi isu pihak atasan.
"Apasal bro?" kata Acap, yang sedang baring kat sofa sedang silang kaki baca majalah VariaMuzik.
Aku dah la nak final year ni, ada banyak kerja lagi, banyak benda aku nak kena fikir. Jangan la macam ni.
"Cap, kaki tu, turun. Ni office Penghulu Pelajar, bukan HouseNoizy. Papahal, aku yang kena."
"Aduh, lek la. Kita member satu band kot?"
"Ye lah, memang lah satu band. Sebab tu aku bagi kau kerja sini."
"Hekeleh, baru Penghulu Pelajar, dah kerek!" Acap sinsing lengan.
"Aku malas nak bergaduh ni, Cap. Yang kena marah, aku. Kau boleh je kerja mana-mana kalau kau tak suka peraturan kat sini. Aku dah bagi peluang."
Faiz dah nampak aku mula menggenggam kertas.
"Cap, kemas la sikit. Nanti orang Timbalan Naib Canselor datang, sound nanti. Aku pun kerja sini jugak, Cap," Faiz mula nak tunjuk sikap tegas.
"Aku bagi kau pilihan, Cap. Kau berubah, atau kau blah," kata aku.
"Camtu, aku halau kau dari Digital Tribe!"
"Okay, takde hal. Kelas hari minggu ajar piano bayar lagi mahal la dari gig kat HouseNoizy tu."
"Ah, blah la kau, Azlan! Baru dapat pangkat sikit, dah kerek!"
Aku hanya melihat Acap blah, dan tak kuasa aku nak menghalang. Pada aku, orang takde disiplin tak boleh masuk team aku. Aku kat sini sebab aku ada rancangan aku.
"Dah tu, siapa nak jaga syif malam?"
Tuk! Tuk! Tuk!
"Siapa pulak?" aku buka pintu pejabat.
Kelihatan Adilah dan Saiful sedang berdiri di depan pintu.
Adilah senyum dengan giginya tersusun rapi dan putih bak mutiara.
Aku nampak dia pegang buku bahasa Ryukyu. Paper bahasa la tu.
"Ada apa?" kata aku.
"Oh ya, maaf. Ni, Saiful ni tanya, ada kerja kat sini tak?"
"Kebetulan kami cari DJ baru. Tapi nak kena tahu taste lagu dulu. Masuk dulu, kita bawa bincang," aku jemput mereka masuk.
"Hafiz, tolong interview dia ni kejap, aku ada benda nak bincang dengan Faiz."
Aku tarik Faiz ke tepi.
"Kenapa?"
"Budak ni memang team korang perlukan. Dia ni budak telecom engineering. Dia bab-bab teknologi fiber optic ni, dia faham betul."
"Serious?"
"Hari tu Adilah bawa aku makan. Jumpa dia, borak dengan dia. Dia ada juga cakap pasal internet. Aku rasa korang boleh ngam."
"Cantik! Weh, kau keluar dengan Adilah? Yang lelaki tu, abang dia ke?"
"Bukan, boyfriend kakak dia. Tapi rapat la jugak."
"Kau ni, jangan la serong line Hafiz wei."
"Apasal?"
"Hafiz minat Adilah. Dulu masa Hanis sukakan kau tu, dia makan hati."
Aduh, aku bab jiwa ni aku malas nak layan ni.
"Aku takde apa la dengan Adilah tu. Dia je yang ajak aku keluar hari tu."
"Kau dah ada Natasha. Lepas tu Tengku apa nama dia tu..."
"Mina, Tengku Aminah."
"Haa.."
"Aku takde apa la dengan anak tengku tu. Aku ajar dia kelas piano je."
"Nampak macam loaded je. Naik Rolls Royce."
"Bapak dia Tengku Ariffin la. Pemilik syarikat tv dengan paper, Wijaya Media."
"Bapaklah!"
"Sebab tu aku nak korang professional kat sini. Kalau projek ni jadi, dia nak beli company ni. Kau juga yang akan jadi CEO anak syarikat ni nanti."
"Aku memang dah agak, kawan dengan kau ni memang istimewalah!"
"Butoh, mula-mula aku datang dulu, kau yang paling skeptik dengan aku. Dah tahap macam ni, baru nak cakap camni."
Faiz nak jilat pun, agak-agak la. Tapi dalam nak naik ke tangga atas, menjilat adalah satu strategi ampuh.
"Kehkehkeh, aku nak hire dia ni. Tapi aku nak channelkan dia ke bidang lain. Yang Adilah tu nak kerja sekali ke?"
"Dia kan kerja Suara Kampus. Kalau Suara Kampus kita mampu beli dari pihak universiti, boleh la kita hire dia jadi ketua editor."
Aku dan Faiz kembali masuk ke dalam pejabat. Hafiz hulurkan borang minta kerja pada Faiz.
Aku terus masuk ke dalam pejabat, dan aku terus duduk di meja aku. Belakang kerusi aku ada gambar Augustus Caesar sebagai latar belakang office aku.
Aku tengok taste muzik dia.
"Pink Floyd, Flower Pot Men, The Beach Boys, Simon and Garfunkel, The Doors...aaah, mamat ni jenis psychedelik psychedelik ni. Faiz, ngam dengan kau ni. Mamat ni sahih kaki Lucy In The Sky With Diamonds!" kata aku, ketawa.
"Cantik, sekarang susah nak dapat barang woi! Mamat tu mesti ada punya," kata Faiz yang euforia.
"Dua syarat."
"Apa dia?"
"Performance jangan drop, lagi satu, jangan layan kat sini."
"Baik!" Faiz terus tabik.
Aku terus keluar dan bersalam dengan Saiful.
"Tahniah, boleh jadi DJ. Tapi, tak ganggu ke kelas kau nanti?"
"Sekarang tengah cuti."
"Berapa lama?"
"Tiga bulan."
"Rules kat sini simple je, pakaian kemas, strictly no alcohol or drugs in our office, apa-apahal, inform awal-awal. Get it?" kata aku pada Saiful.
"Baik, faham."
"Kau boleh pasang lagu ikut suka kau, asalkan jangan melucah atau violent. Aku malas nak soal sesi jawab dengan pejabat Naib Canselor."
"Baik."
"Ada apa-apa soalan?"
"Sini ada pakai vinyl tak?"
Aku pandang Faiz. Terkebil.
"Kaset, mungkin CD tak lama lagi nak upgrade. Kami takde vinyl."
"Saya ada vinyl. Dan ada adapter masuk ke radio."
"Kalau kau reti pasang, dan tak menyusahkan, silakan. Do as you please."
"Thank you, Azlan!"
Saiful dan Adilah kelihatan seronok bila aku terima sahaja dia bekerja.
Yang si Hafiz ni tiba-tiba pulak tunjuk rajin. Sebenarnya dalam hidup ni, tak perlu tunjuk rajin. Kau cuma perlu tunjuk hasil je.
Kalau kau rilek-rilek, tapi hasil gempak, confirm makwe terpikat. Kau tunjuk rajin tapi tak nampak hasil, awek tak minat.
Adilah cuit tangan aku, kemudian dia hulur sekeping kertas.
"Awak free tak hari ni? ❤"
Aku pandang Hafiz yang tengah buat rajin tu, kemudian aku pandang kembali Adilah.
"Jam 7:30 malam, bus stop Dewan Canselor."
Adilah mengangguk, kemudian tersenyum.
"Okay, Saiful. Ni surat tawaran kerja. Esok boleh datang jam 9:00 pagi, sebab Faiz ada kelas. Aku ada hal dengan Azlan. Kejap lagi, Faiz akan tunjuk kau cara nak kendali konti," kata Hafiz, kemudian berjabat tangan dengan Saiful.
Saiful tersenyum.
"Welcome to Radio Universiti Wijayapura. Kita ni walaupun private entity, tapi masih tertakluk pada law universiti."
"Baik, faham."
"Faiz, tunjukkan bilik konti."
--
Adilah sudah bersiap-siap sejak dia habis kelas jam 5 petang tadi. Dia sibuk memilih pakaian yang terbaik yang dia ada, supaya Azlan memberikan perhatian kepadanya.
Selepas memilih baju frock berwarna biru lembut dan selepas menghabiskan hair spray yang mampu menipiskan ozon, Adilah memakai kasut tumit tinggi supaya kelihatan tinggi dan cantik.
Semuanya untuk membuatkan Azlan menyedari dirinya.
Adilah tunggu di perhentian bas mulai pukul 7 malam, walaupun berjanji jam 7:30 malam. Bagaimanapun Azlan tiba jam 7:45 malam dan dia sudahpun berpeluh dan digigit nyamuk maghrib.
"Lama ke tunggu?" tanya Azlan.
"Kejap je," kata Adilah, tersipu.
"Macam lama je tunggu situ. Tak solat maghrib dulu ke?"
"Period."
"Oh, alasan mudah kaum wanita bila meninggalkan solat."
Adilah rasa macam nak facepalm dirinya pun ada. Tak sangka Mat Danger yang main kumpulan band rock ni boleh beri ceramah agama padanya.
"Kita nak ke mana ni?" tanya Azlan.
"Tengok wayang? Saya nak tengok cerita Pretty Woman."
"Kat mana?"
"Paragon Mall?"
Azlan geleng kepala. Tu danger zone. Berapa ramai pula kawan-kawan Natasha selalu ke situ.
"Saya tak rasa macam nak tengok wayang."
"Habis tu?"
"Jom makan, lapar."
"Okay," Adilah bersetuju sahaja dengan Azlan.
"Saya minta maaf sebab saya kena balik pejabat jam 9 malam ni. Saya kena siapkan proposal saya untuk projek konsert Flipper's Guitar kat Dewan Canselor."
"Awak nak bawa band tu ke Gelanggayu? Awak serius?"
Azlan mengangguk.
"Awak tahu tak tu favourite band saya?"
"Tak tau, tapi memang ada dalam perancangan. Wijaya TV nak sponsor kalau berjaya bawa mereka ke sini."
"Awak ada kenal dengan orang di Wijaya TV ke?"
"Tengku Ariffin tu, anak dia, saya ajar piano. Jadi rapatlah."
"Saya ajak awak keluar ni, Natasha tak marah ke?"
"Kalau dia tahu, marahlah."
"Jadi, dia tak tahu lah?"
"Dia boleh jadi tahu kalau kita ke Paragon Mall. Lif, pasu bunga, lampu, tong sampah, semua macam spy dia. Keliling bangunan tu ada ramai sama ada kawan dia, saudara dia, kawan kepada ayah dia, kawan kepada mak dia, saudara kepada kawan kepada ayah dia, macam-macam."
Adilah mengangguk faham kenapa Azlan tak mahu ke Paragon Mall.
"Awak nak ke mana?" tanya Adilah.
"Pernah dengar Ayam Goreng Harun?"
"Saya tinggal di Puncak Jaya kot. Takkan tak tahu?"
"Awak kena try ayam goreng rendang dia."
"Saya tahu lah."
--
Azlan
Macam biasa, restoran makanan segera Ayam Goreng Harun ni penuh sesak dengan orang, terutamanya hujung bulan, musim dapat gaji.
Pak Harun datang mengelap meja.
"Azlan, lama tak nampak?"
"Dah masuk universiti. Sibuk sikit."
"Girlfriend mat salleh kau mana? Ni keluar dengan si Adilah pulak. Kau jangan macam-macam, bapak Adilah ni aku kenal."
"Ish, kawan je lah, pakcik."
Aku nampak Adilah tarik muka.
"Nak makan apa? Hari ni, kita ada menu special. Korang nak try, Buttermilk Chicken Burger?"
"Burger macam mana tu?"
"Dada ayam, pakcik celup dengan tepung dengan susu buttermilk. Lepas tu bila makan, crispy la."
"Lain macam je resipi pakcik ni. Janganlah, kitorang student je ni."
"Takpelah, kalau sedap, saya tulislah artikel tentang restoran pakcik dalam Suara Kampus. Azlan pun boleh promote restoran pakcik dalam Radio Universiti."
"Okay, kalau korang promote, Pak Harun kasi harga kawan-kawan, amacam?"
"Steady, Pak Harun!"
"Air nak air apa?"
Adilah nampak air Sudi.
"Kasi Sudi Oren ya?"
"Kau Azlan?"
"Teh o ais je lah. Kurang manis. Tak nak manis-manis."
"Pak Harun siapkan dulu ya!"
"Awak rapat dengan Pak Harun ni?" tanya Adilah.
"Masa kecil dulu, dia selalu datang rumah. Dia kawan ayah saya. Sampailah ayah meninggal. Tapi saya terus beli sampai ke hari ni."
"Maafkan saya, boleh saya tahu kenapa ayah awak meninggal?"
"Pemandu mabuk. Langgar dia masa dia pulang dari kerja."
"Innalillah. Habis tu, keluarga awak, siapa yang sara?"
"Mula-mula, ibulah. Tapi dah besar, tu yang kerja kat Pasaraya Sri Intan."
Aku terpandang pada televisyen. Datuk Seri Azmi duduk bersebelahan dengan Datuk Rahizan.
Nampak Datuk Rahizan sedang membersihkan habuk pada baju bush jacket Datuk Seri Azmi selaku perdana menteri. Recorder dan microphone banyak berada di atas meja.
"Jentera parti, bila-bila masa sudah bersedia. Kita tidak ada masalah," kata Perdana Menteri dalam televisyen.
"Hmm, dah nak pilihanraya la ni," kata aku. Adilah juga tertonton televisyen, menjadi ralit.
"Kenapa awak cakap macam tu?"
"Nampak gayanya macam tu. Makin sibuklah saya nanti. Dah la nak final year ni."
"Kenapa awak cakap makin sibuk?" tanya Adilah.
"Takde apa."
Memang perangai wartawan. Semua benda nak tau.
"Haaa, sampai pun Buttermilk Chicken ni. Korang try, amacam, sedap tak?" Pak Harun bawa dua pinggan ke meja kami.
"Besar sangat burger ni, Pak Harun. Besar muka. Mana saya larat nak makan ni," kata Adilah.
Pak Harun juihkan bibir ke aku.
"Banyak sangat ni, Pak Harun. Tapi sebab ni baru test, takpelah. Apa kata Pak Harun kecikkan saiz burger ni, lepas tu bolehlah jual murah sikit."
"Kau rasa burger macam ni, lima ringgit boleh jual tak?"
"Nanti orang banding dengan Zinger Burger KFC tu. Zinger Burger harga satu set dah tujuh ringgit setengah."
"Baik, thank you Azlan. Nanti aku buat macam kau cakap tu. Dah ready nak market nanti, kau tolong promote ya?"
"Buat gini je," kata aku sebelum memulakan kata.
"Adilah, berapa harga iklan kat Suara Kampus?"
"Dua ringgit setengah untuk satu kolum. Maksimum sepuluh ringgit."
"Pak Harun buat sistem kupon. 50 percent off, atau buy one free one. Better 50 percent off sebab akan galakkan orang nak beli, tapi kalau untuk tujuan promosi, buy one free one. Limited offer sampai hujung bulan depan sempena launching. Orang yang beli Suara Kampus akan gunakan kupon tu untuk beli burger pakcik."
"Macam Pizza Hut selalu buat tu ke?"
"Ya, macam tu, barulah akan ada customer dan kalau sedap, mereka akan datang lagi. Saya boleh suruh budak radio tolong promote."
Bersinar-sinar muka Pak Harun.
"Makan dulu, Azlan, Adilah! Karang sejuk pulak burger tu."
--
Kereta berhenti depan kolej 9, iaitu kolej kediaman Adilah.
"Thanks, sebab temankan saya malam ni."
"Takde hal. Cuma nanti, tolonglah Pak Harun tu. Dia pun orang taman kita juga," kata aku.
"Azlan..."
"Ya?"
"Awak tak nampak saya ke?"
"Ni depan mata ni. Nampak la."
"Saya sukakan awak."
"Pertama, saya dah ada girlfriend. Kedua, saya tak boleh..."
"Sebab?"
"Hafiz sukakan awak. Look, saya tak nak keharmonian dalam team Radio Universiti kacau. Maafkan saya."
Adilah dah start menangis.
"Awak tak boleh buat macam ni, Adilah. Kita boleh je berkawan, kan?"
"Saya memang tak boleh bertanding dengan Natasha, kan?"
"Tujuan saya ajak awak keluar ni, sebab saya nak kenal awak. Bukanlah cinta kalau tiba-tiba je. Awak tak kenal saya."
"Saya minta maaf kalau saya melampau."
"Dahlah, janganlah nangis. Ada masa nanti, kita lepak lagi."
"Okay."
Aku kesat air mata dia. Dia membalas dengan senyuman.
"Saya balik dulu?"
"Okay! Keep on smiling!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top