1990 part 16
"You have teach him well," kata Iskandar sambil menggerakkan pawnnya.
"Hmm..." Pengetua hanya berdehem.
"Arwah ayah dia pasti bangga dengan apa yang kita buat."
"Kadang-kadang degil juga budak ni. Ikutkan hati, geram juga."
"Darah muda. Biasalah tu. Macam ayah dia juga."
"Kau tak jumpa Azmi?"
"Azmi? Hari tu ada jumpa. Nak ambik berkat Tok Guru katanya sebelum bubar Parlimen."
"Baru sekarang nak panggil kau Tok Guru."
"Tapi tuan Jeneral la guru kepada kita semua. Sebab itu our Ace panggil tuan Jeneral, Pengetua."
Jeneral Yahya menggerakkan bishopnya.
"Rasanya, boleh ke budak ni jadi ketua gerakan kita?"
"Apa Jeneral tak percaya kepada Azlan? Serahkan pada Tuhan. Kita dah buat apa yang terbaik untuk negara ni. Yang lain, biarkan Tuhan yang menentukan."
"Ada jumpa Tun Rizal?"
"Jumpa je. Dah tua ni, tak larat lah nak gaduh. Main catur je lah petang-petang."
"Ikutkan, sama je orang Parti Rakyat dan orang Kongmegayu ni. Dua-dua nak runtuhkan Bukit Istana. Cuma haluan sahaja berbeza."
"Sebab tu kita kena bersatu, baru boleh menang. Tapi masa tahun 1969 tu, semua ego mahu berkuasa."
"Oh ya, Tok Aki kirim salam."
"Waalaikumsalam. Alhamdulilah, hidup lagi dia tu ya?"
Pengetua ketawa.
"Orang baya kita je boleh buat joke macam ni ya? Hahaha!"
"Tuan jeneral tu, jaga kesihatan. Asyik hisap curut je. Curut Che Guevara yang saya bawak dari Havana dulu, tuan dah habis hisap?"
"Yang tu aku tak hisap, Is. Yang tu aku frame. Walaupun aku dan Ernesto tak sama pandangan politik atau ekonomi, tapi untuk aficionado curut, itu barang antik tu. Ikonik."
"Check," kata Tun Iskandar.
"Eh, masih berbisa lagi rupanya? Macam ni, aku resign. Lagi dua step je lagi, aku checkmate."
Tun Iskandar menghulurkan salam kepada Jeneral Yahya, friendly gesture untuk menyerah kalah dalam permainan catur.
"Resign sebelum kena checkmate. Itu pengajaran yang tuan ajar saya dulu untuk jadi ahli politik. Saya balik dulu."
"Terima kasih, Is. Sebab sudi datang."
Tun Iskandar angkat tangan, sebelum pengiring keselamatannya menolak kerusi rodanya.
--
Tun Iskandar berhenti di rumah arwah abangnya, dan disambut oleh Faridah.
"Macam mana dengan anak saya?" tanya Faridah.
"Anak kau okay, cuma Jeneral cakap, kadang-kadang dia ni kepala batu."
"Biasalah tu. Ikut perangai Mamat bapak dia jugak."
"Perangai Mamat memang kuat kat anak kau tu. Tang bagus dia, Mamat ni kalau bab berhubung dengan rakyat marhein, dia cukup bagus. Tang tak bagusnya, pantang nampak perempuan. Habis!"
--
Azlan
Telefon pejabat Penghulu Pelajar berbunyi.
"Alan, kat office ke malam ni?"
"Siapa ni?"
"Ish kau ni, member baik kau, Az la!"
"Oh Az, ada apa?"
"Ada office tak malam ni?"
"Balik pukul 10 malam. Ada kerja, apahal?"
"Aku dengan Bang Iz ada hadiah untuk kau."
"Hadiah?"
"Sebab tu kau jangan balik. Suruh semua pekerja kau balik."
"Amende pulak ni, nak bagi hadiah pun nak kena berahsia dengan colleague ke?"
"Hadiah yang ni tak boleh kongsi. Alah, kau tunggu je lah, okay?"
"Okay."
"Yang penting jangan ada sesiapa pun, tau!"
"Okay, baik Az!"
--
Adilah
Aku ada satu rancangan untuk Mastura. Idea ni aku dah terfikirkan lama dah.
Ideanya ialah...aah! Korang semua tunggu sahajalah!
Aku tahu Abang Izham mahu pegang tengkuk Azlan. Dalam masa sama, dia sedang 'berperang' dengan Tengku Ariffin dalam media.
Ayah aku bukannya bodoh, tak tahu apa niat Jeneral Yahya tu. Dia sedang nak groom Azlan untuk jadi pemimpin republikan yang mahu gulingkan kesultanan al-Daulah.
Rancangannya pada tahun 1969 hampir berjaya. Ayah cerita, arwah atok aku, Tan Sri Sir Wan Husin dan adiknya Wan Hamid dua-dua dibunuh tragis oleh Jeneral Yahya.
Aku saja berlakon semua ini untuk mendapatkan maklumat tentang Azlan untuk aku salurkan kepada ayah aku.
Aku akui, aku memang cintakan Azlan. Daripada dulu lagi. Tapi dalam masa sama, sebagai bakal pewaris ketua Sayap Kuning seperti mana yang ayah telah janjikan, aku tahu kisah Sayyid Muluk. Dan aku tahu siapa Azlan.
Sebab itu aku akan pastikan aku sendiri akan menakluk jiwanya, sebelum dia menakluk seluruh negara ini dan menukarnya kepada republik.
Tetapi aku perlu lakukan satu drama. Aku tahu tentang sebuah teknologi yang dipanggil sebagai 'internet'. Aku berkali-kali dengar dari Hafiz. Naik muak aku dengar.
Aku tahu, teknologi masa depan ini mampu mengubah dunia, dan jauh lebih berpengaruh daripada media televisyen.
Aku tahu kenapa Azlan rapat dengan Hafiz. Dia nak gunakan Hafiz. Tengok cara Azlan layan Hafiz pun dah tahu, macam mainan untuk dia. Dan aku peduli apa pun dengan Hafiz.
Tapi Hafiz memandang tinggi pada Azlan. Dia kata pada aku, Azlan ni daripada kecik lagi, ayah dia cakap, dah ada sifat pemimpin.
Dan aku tahu Azlan mahu jadikan Hafiz sebagai orang yang menguasai internet dan berpihak kepada political move dia pada masa depan.
Aku perlu jadi batu api kepada Hafiz dan Azlan. Maka aku ada satu rancangan panjang. You mark my words, by the end of this story, you will remember my name.
There's a lot of reason why people called me.... Psycho Dila.
--
Azlan
Entah amende pelik la hadiah Az dengan Bang Iz ni. Jadi aku suruh semua balik awal. Playlist radio pun aku setkan siap-siap.
Dah sampai pukul 9 malam ni, suasana sunyi sepi pulak. Seram pulak duduk kat dalam bangunan ni sorang-sorang.
Tiba-tiba ada orang ketuk pintu pejabat.
Aku buka pintu, kelihatan Mastura pakai bra dan seluar dalam lingerie dengan riben diikat di kepala.
"Hello, I'm your belated birthday present for tonight."
"Mastura, apa ni?"
"You tak rakus ke tengok I ni?"
"Mastura..."
Mastura terus menarik tali leher aku menuju ke pejabat, sebelum adegan panas berlaku di atas meja Penghulu Pelajar.
--
Adilah
Saya rasa berdebar. Saya tak tahu dia suka hadiah ini atau tak. Saya harap dia suka.
Saya jumpa buku terjemahan dari tulisan Leo Strauss, yang berjudul Sejarah Falsafah Politik di kedai buku universiti. Azlan mesti suka buku ini.
Saya bungkus cantik-cantik, kemudian saya ikat dengan reben. Saya harap dia suka. Saya juga mohon maaf, baru sekarang saya mampu beli buku ni. Masa hari lahir dia yang lepas, saya tak mampu nak berikan pada dia.
Saya nampak lampu pejabat terang. Kesian Azlan. Bekerja sampai ke malam demi kami semua. Dia bakal menjadi ketua negara satu hari nanti. Saya percaya, negara akan jadi lebih baik di bawah pemerintahannya.
Perlahan-lahan saya menuju ke pejabat, saya lihat pintu tak berkunci. Saya terdengar suara perempuan menjerit.
Saya tolak pintu pejabatnya, saya nampak, dia dan....
Seorang perempuan, mungkin model, sedang melakukan perkara terkutuk itu dalam pejabat. Hati saya tersentak.
"Go away, girl! Go away!" perempuan itu terus tolak saya. Hati saya remuk, dan hancur. Saya terus lari dan bawa hadiah saya itu. Dalam lari itu, saya menangis.
Saya tak sangka macam ni rupanya sikap Azlan. Sedang Natasha berada jauh di UK, dia bermukah dengan perempuan cantik di dalam pejabat!
Saya hanya menangis di tepi tangga. Saya rasa betapa bodohnya diri saya selama ini, memuja lelaki yang mempunyai akhlak yang seperti ini.
Kalaupun dia jadi kekasih saya, saya takkan benarkan perkara itu terjadi sampai sudah sah hubungannya.
Mungkin saya tak pakai tudung, tapi saya tahu mana batas adab saya sebagai orang Melayu dan Islam.
"Dila?"
Saya toleh belakang. Saya nampak Hafiz.
"Kenapa ni?"
"Saya tak mahu diganggu. Pergi dari sini."
"Dila..."
"Pergi!"
Hafiz angkat tangan, dan terus capai helmet motornya.
Selepas beberapa minit saya menangis, barulah saya dengar bunyi motor Hafiz.
Kemudian saya terfikir, adakah saya melayan Hafiz terlalu buruk? Dia baik pada saya. Tak ada orang yang begitu baik pada saya macam Hafiz.
Perlahan-lahan saya berjalan menuju ke Kolej 18. Saya harap dapat jumpa Hafiz. Saya tahu saya dah tersilap.
Tibanya saya di kolej 18, saya nampak Hafiz seorang diri, bermain gitar.
Hati saya rasa seperti mendengar suara Hafiz yang meruntun hiba, seolah-olah merasai apa yang saya rasa.
"Hafiz?"
Hafiz menoleh ke belakang.
"Dila?"
"Saya minta maaf sebab marah awak tadi."
Hafiz terus lap air mata.
"Hah? Marah? Eh, mana ada."
Alah, Hafiz ni pandailah nak cover sedih dia.
"Boleh saya duduk?"
"Eh, silakan kalau sudi."
Hafiz pakai baju gambar tengkorak.
"Takutlah tengok baju Hafiz," kata saya.
"Eh, nak saya tukar ke?"
"Eh, tak payahlah. Itu kan identiti Hafiz. Kalau orang lain pakai, takut. Tapi Hafiz pakai, comel."
"Ye ke? Ala, beli kat bazar karat je. Dua ringgit je baju ni."
"Awak suka pergi bazar karat?"
"Ya, kenapa?"
"Awak tau kan, kedai mi udang Kuala Sepetang di Jalan Hassan?"
"Tau, selalu makan situ."
"Itu kedai pakcik Saiful. Saiful couple dengan kakak saya."
"La, Saiful tak pernah cakap pun."
"Bila awak free? Sabtu pagi? Kita pergi bazar karat sama-sama?"
Mata Hafiz seolah-olah bersinar.
"Awak ajak saya keluar ke?"
"Ya, kalau awak sudi."
"Nyiru tapak tangan, Stadio Olimpico saya tadahkan!"
"Sebenarnya, saya nak minta maaf sebab saya selalu layan awak dengan buruk."
"Eh, takdelah. Okay je."
"Saya tahu sebenarnya awak sukakan saya. Tapi saya sukakan Azlan, sampailah dia menghancurkan hati saya tadi."
Hafiz terdiam dan memandang dengan penuh harap kepada saya.
"Tapi, sekarang baru saya sedar, yang mana betul-betul sayangkan saya. Saya bodoh, saya tak hargai semua tu."
Hafiz hanya diam sahaja.
"Awak sudi terima hadiah ni daripada saya?"
"Apa ni?"
"Buku tentang politik. Kalau awak minatlah."
Hafiz terus senyum.
"Awak senyum pun dah jadi hadiah untuk saya."
"Sebenarnyakan, dulu ada akak senior, Amira nama dia. Setiap hari dia suka cakap dia sukakan awak. Saya ingat awak dengan dia?"
"Hah? Takdelah! Dulu dia jadi kakak facie, lepas tu sibuk nak jadikan saya adik angkat la, ajak keluar makan lah."
"Jadi, awak tak ada sesiapalah?"
"Ya, eh. Tak ada sesiapa, tapi ada seseorang dalam hati."
Saya senyum.
"Macam nilah, mulai saat ini, sampai hujung tahun ni, saya bagi tempoh percubaan. Kalau saya berpuas hati, awak boleh jadi kekasih saya. Tapi dengan beberapa syarat."
"Apa dia?"
"Jangan merokok depan saya, jangan pegang-pegang kecuali saya okay, dan walau macam mana sekalipun, jangan bohong saya."
"Baik, setuju."
Saya hulurkan buku tu pada Hafiz.
"Semoga bermanfaat."
"Tengoklah, mana tahu satu hari nanti saya nak jadi ahli politik. Tapi, saya tak minat jadi ahli politik. Saya nampak dorang ni semua pembelit, penipu. Azlan tu rare la."
"Bila dah ada kuasa, mula melencong."
"Eh, Cik Adilah? Jadi anti-establishment pulak ya?"
"Nanti tunjukkan saya mana awak beli baju tengkorak ni. Saya nak jadi budak rock!"
"Cantik kan bulan hari ni?" kata Hafiz.
Saya tersipu malu. Nampak sangat dia betul-betul belajar budaya Ryukyu untuk pikat hati saya.
"Ya, secantik hati budi awak."
Amacam, power tak aku berlakon jadi perempuan suci? Benih kebencian Hafiz kepada Azlan akan mencengkam, dan dia akan bantukan aku untuk projek masa depan aku.
--
Merlina menjerit keseronokan apabila tengok keputusan Indeks Wijaya hari ini mencapai keuntungan yang memberansangkan, dengan saham oil and gas seperti Shell, Exxon, Chevron, dan Petrogayu semua masuk saham top ten paling aktif dengan keuntungan tertinggi.
"Fulamakatak! Petrogayu naik $2.60! Kejap, kejap! Bak kalkulator aku, Kimi! Bak kalkulator aku!"
Kimi pelik melihat gelagat Merlina yang excited tengok bursa saham, kemudian menghulurkan kalkulator.
"Kasi murah kalkulator yaayy enche Taboo! Yayy Pak Leman yaayy mau tabooo! Kanggaroo patahkan shinguard Ammar! Walaupun tak bayar tak budaya, amma! Gelimat!" jerit Merlina menyanyi lagu Golimaar yang menjadi lagu kegemarannya sejak kecil.
"18,000÷1.50=12,000. 12,000×(2.60-1.50)=13,200+18,000=31,200! Aku untung wei! Aku untung! Kejap, aku nak call remisier aku!"
Kimi tergaru-garu kepala macam mana budak umur 10 tahun boleh lepas beli saham. Ingat ni macam beli gula-gula ke?
Aunty Idah masuk ke kedai, terus pandang Merlina.
"Apa cerita?"
"Naik $2.60!"
"Fuyoooo! Tak sangka kau memang bijak main saham! Otak kau memang otak Yahudi, Mer!" jerit Faridah.
Kimi hanya berdiri di belakang garu kepala.
"Aunty, aunty dengan Merlina main saham ke?"
"Ye la! Gila wei budak ni! Kalau aku tau budak ni pandai main saham, dah lama aku contact kawan-kawan ayah aku tolong cari stok yang sedap."
"Jap, aunty ada insider ke?"
"Eh, arwah bapak aku bekas Gabenor Bank Negara. Ismail bin Ali."
"Oooh, yang dulu pernah kena dakwa pasal menyeludup duit tu ya?" tanya Kimi.
"Kau diam! Tu adalah pembohongan orang politik yang nak kenakan arwah bapak aku!" kata Faridah.
"Okay, okay. Sorrylah aunty Idah, Kimi dengar cerita tu dari ayah je."
"Sekarang boleh keluarkan duit terus tak?" tanya Faridah.
"Dia cakap kita ada option beli saham Shell. Nak tak?"
"Beli!"
"Okay, nak beli saham Shell. Berapa unit?"
"Harga dia satu unit berapa, Mer?"
"$4.00."
"Ah, remisier kau nak try cong kau tu. Beli saham Nadi Wijaya la, sebab dengar cerita dorang mungkin dapat kontrak bina stadium Sukan Komanwel."
"Nadi Wijaya boleh beli tak? Berapa harga dia? Satu unit 60 sen."
"Mur mur, Mer! Beli!" kata Faridah.
"Berapa?"
"10,000 unit. Ala kalau rugi pun modal kita $6,000 je, Mer!"
"Okay, tuan. Puan Faridah nak 10,000 unit, Nadi Wijaya. Ya, esok pagi tepat bursa bukak jam 8 terus beli. Nanti puan terus wired duit. Baik, terima kasih."
"Weh, lain macam betul kayanya kita main saham ni. Dapat bisnes buat poster pilihanraya, lepas tu main saham. Gila betul kau ni."
Kimi memandang pelik dengan gelagat Merlina dan Faridah yang ketawa terkekek-kekek keseronokan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top