1990 part 15
Seorang lelaki tua dipangku oleh seorang pengiring keselamatannya, keluar dari sebuah limosin. Apabila keluar sahaja dari kereta, banyak wartawan termasuk wartawan Suara Kampus, Wan Adilah Radzi mengambil gambar lelaki tua itu.
Lelaki itu ialah bekas Perdana Menteri kedua, Tun Iskandar Ali.
Tun Iskandar hadir di acara merasmikan dewan serbaguna pelajar, sejajar dengan manifesto yang dibawa Penghulu Pelajar, Azlan Muhammad Niat.
Timbalan-timbalan naib canselor semua terkejut, macam mana seorang Penghulu Pelajar, yang selama ini dipandang 'budak hingusan' sahaja, tiba-tiba mampu membawa seorang bekas Perdana Menteri.
Azlan memakai baju suit yang dia beli dari Itali, kelihatan kemas, tampan dan bakal menjadi pemimpin negara. Senyumannya itu, dia berlatih setiap hari, dengan meniru gaya John F. Kennedy senyum, di depan cermin.
Di belakang Azlan, seorang lelaki tersenyum bangga. Pengetua. Dia merasa bangga, membesarkan Azlan. Dia sudah menganggap Azlan seperti anaknya sendiri.
Kerana dia ditakdirkan anaknya meninggal dunia akibat letupan bom di dalam kereta. Ditakdirkan isterinya meninggal dunia dalam penderitaan selepas itu.
Jadi, dia melihat Azlan sebagai anak kandungnya sendiri.
Azlan menjadi popular apabila berjaya membawa Tun Iskandar, figura popular dari kalangan masyarakat Gelanggayu, kerana pada zaman beliaulah, ekonomi Gelanggayu berkembang pesat.
Adilah di tepi dinding dewan pelajar mundar-mandir, sambil stalk Azlan dari tepi. Terpesona dengan ketampanannya, Adilah berkali-kali menghendap Azlan.
Setiap kali Azlan melafazkan ucapan, Adilah rasa seperti mahu inzal.
Kemudian baru dia sedar yang dia kena siapkan soalan wawancara untuk ditulis di Suara Kampus.
Terpaksa dia lupakan niatnya menghendap anak Muhammad Niat ni.
Dia terus berlari menuju ke stesen radio, sebab lepas ini Tun Iskandar akan melawat stesen ini.
Faiz, Hafiz, Saiful dan Din sedang berkemas. Ari sedang lap aircond.
Adilah masuk dalam office, tak buka kasut.
"Weh, weh, weh! Hafiz dah sapu baek punya karpet tu, kau selamba je masuk office pakai kasut. Apa, kau ingat kau kat Amerika ke?" Saiful terus sound Adilah.
Orang Sepetang, kuat makan pedas. Mulut laser.
"Sorry bang Saiful!" Adilah terus buka kasut di luar. Adilah terpandang Hafiz terus sapu kembali debu kasut Adilah, tanpa banyak soal.
"Sorry, Hafiz."
"Takpe," Hafiz hanya senyum.
Din dan Ari kemudian sibuk menyapu lantai koridor.
"Siapa boleh tolong Dila?"
Faiz, Din, Saiful, dan Ari seraya berkata: "Hafiz!"
Hafiz hanya menahan malu melihat perbuatan supportive mereka terhadap perasaannya pada Adilah.
"Okay, sekarang Dila perlukan sepuluh soalan untuk ditanyakan kepada Tun Iskandar. Dila buntu sangat sekarang, boleh Hafiz tolong fikirkan tak? Biar Dila je tulis."
"Okay, kejap. Habis sapu ni."
Ari bercakap dengan Exco Akademik, Mazlin melalui walkie-talkie.
"Woi, Mazlin. Lama lagi ke ucapan?"
"15 minit lagi."
"Okay, korang ada 10 minit."
Kelam-kabut Hafiz memikirkan soalan-soalan. Dalam beberapa minit, Azlan tiba di pintu.
"Tun Iskandar dah habis berucap. Tak payah nak fikir lagi, Hafiz. Nah, ni soalan yang saya dah tulis. Ambil je soalan ni," Azlan terus hulurkan sekeping kertas yang berlipat.
"Thank you, Azlan!" terjerit riang Adilah.
"Dila, pergi make up kat office I. Hafiz, kemas semua ni. Come on guys, we have five fucking minutes!" jerit Azlan.
Ari pasang lagu MC Hammer, U Can't Touch This sambil memberi semangat kepada semua untuk memperkemaskan sebelum ketibaan bekas perdana menteri.
Hafiz hanya menyisihkan diri, sambil cuci mop di tepi paip. Baru dia bersemangat bila kawan-kawan dia support, sekali bila Azlan datang, dengan begitu mudah, impiannya hancur.
--
Saiful sebagai juruteknik, mengawal bunyi mikrofon, dan perakam audio dan video. Tugas ini diarahkan oleh Azlan, sebagai rekod kepada Universiti Wijayapura.
Ini kerana Tun Iskandar merupakan seorang yang sukar untuk bertemu dengan media. Dia sering dilihat mahu bersendirian dan tidak mahu coverage media.
Berjaya membawa Tun Iskandar ke universiti, lebih hebat daripada berjaya membawa Sultan Aminul Rasyid yang memanjang kat London tu je.
Baginda berkenan berangkat pulang masa nak bubar Parlimen, rasmi Parlimen, bagi pangkat, atau hal-hal melibatkan baginda.
Urusan lain, semua dilakukan oleh Tengku Mahkota, dengan call terus ke London, melaporkan pada ayahandanya.
Kerja Sultan Aminul Rasyid, setiap hari, bangun pagi, sarapan British tea, bermain boling padang dengan beberapa orang House of Lords, atau kerabat diraja Windsor waktu petang.
Tetapi Tun Iskandar dilihat arkitek kemodenan Gelanggayu yang sebenar. Beliau bukan seperti Tun Rizal hanya nak bantu kawan-kawan bekas penjajah.
Tun Iskandar, dari jalur Kongmegayu, sememangnya nasionalis dan dianggap perdana menteri terbaik setakat ini.
Adilah sudah kelihatan bersedia, tetapi gementar. Mana tahu, dengan wawancara ini, dapatlah dia interview kerja sebagai pembaca berita di Wijaya TV.
Tugas Faiz ialah sebagai penyambut tetamu, sementara Ari, Hafiz dan Din membuat kerja-kerja belakang seperti menyediakan makanan kepada tetamu, dan mengangkat barang.
"Cepat sikit, Hafiz. Kejap lagi dorang nak makan, nak pakai pinggan mangkuk."
Ari pandang Hafiz.
"Fokus, Fiz! Hal tadi tu, kau lupakan!"
Hafiz cuba untuk fokus, dan tabahkan hati.
Tun Iskandar sudah tiba. Dia bersalaman bersama Faiz dan Saiful, kemudian melihat peralatan radio sambil Faiz menerangkan bagaimana untuk menggunakannya.
Adilah sudah bersedia di konti. Semua orang di Wijayapura bersedia membuka channel Radio Universiti. Wijaya TV mendapat hak eksklusif penyiaran.
Semua kamera dan audio dihalakan ke Adilah dan Tun Iskandar, yang duduk berdepan.
Tangan Adilah bergetar, tapi dia yakin dia mampu melakukan temubual ini.
"Camera!"
"Set!"
"Light!"
"Set!"
"Audio?"
"Set!"
"Action!"
--
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Wan Adilah Wan Radzi, pelajar tahun akhir diploma komunikasi massa, Universiti Wijayapura tahun 1990, merasa amat bertuah kerana bekas perdana menteri, Tun Iskandar Ali, sudi diwawancara bersama Suara Kampus, dengan kerjasama Wijaya TV.
Adilah: Apa khabar Tun?
Tun Iskandar: Alhamdulilah, sihat. Syukur, Allah kurnia umur panjang.
Adilah: Kita tanya soalan santai dulu, boleh?
Tun Iskandar: Boleh sahaja.
Adilah: Tun dilahirkan pada tahun 1928. Tun sudah capai umur 62 tahun, tahun ni?
Tun Iskandar: Tahun ni, ya.
Adilah: Baik, alhamdulilah Tun. Soalan saya yang pertama, apa rahsia umur Tun yang masih nampak muda?
Tun Iskandar: Saya amalkan petua orang dulu. Kalau nak sihat, minum teh serai. Air teh yang dimasak bersama serai. Kalau makan, nasi segenggam. Kuah jangan banyak garam sangat, tak elok untuk jantung.
Adilah: Baik, petua tu. Soalan seterusnya, bagaimanakah kehidupan Tun selepas bersara dari jawatan Perdana Menteri?
Tun Iskandar: Bila kita dah bersara tu, bersaralah. Kita bagi orang muda pula buat kerja. Kita dah tua, kita duduk rumah sajalah. Buat persiapan untuk akhirat pula.
Adilah: Selepas Tun bersara, Tun dilihat jarang mengadakan temuramah bersama media. Tapi hari ini, Tun sudi pula bersama kami. Boleh kami tahu mengapa?
Tun Iskandar: Pertamanya, saya dijemput sahabat saya ni untuk datang bermain catur. Kebetulan, Azlan cucu ponakan saya jadi Penghulu Pelajar, nak minta saya rasmi bangunan. Saya kata lah pada dia, "alah, dah tua ni, suruhlah Perdana Menteri yang rasmikan. Naib Canselor ke", sebab saya segan. Dulu zaman saya jadi PM dulu, boleh lah. Ni dah bersara, duduk rumah lah. Tapi sebab mengenangkan jasa sahabat saya ni terlalu banyak untuk saya, jadi saya tak dapat nak menolaklah. Lagipun, Penghulu Pelajar ni, anak bekas juara catur Gelanggayu. Ayah dia dulu, pernah main catur dengan saya.
Adilah: Baik. Apa pandangan Tun mengenai pilihanraya tahun ini?
Tun Iskandar: Saya tak nak komen apa-apa lah. Sebab urusan parti, biarlah mereka sendiri uruskan. Saya punya masa, dah tamat. Cuma, pada sayalah, apa yang penting, negara ini masih lagi mengamalkan demokrasi, mengekalkan keamanan dan keharmonian masyarakat, dan kedaulatan negara ini terus dijamin.
Adilah: Tun bercakap tentang demokrasi sebentar tadi. Saya nak tanya, sebagai generasi muda, macam saya, lahir pada tahun 1970an, saya tidak merasa rusuhan kaum tahun 1969, apa pandangan Tun, melihat peristiwa tersebut secara retrospektifnya?
Tun Iskandar: Apabila saya mengenang kembali peristiwa tu, saya bergenang air mata. Sebak, melihat perpecahan kaum dalam negara ini. Sama ada saya, atau Tun Rizal tergamak sampai ke tahap begitu. Masa saat-saat persaraan, saya dan Tun Rizal selalu bertemu, berbual, dan bermain catur bersama, kami berbual tentang itu. Dan itulah perkara yang kami kesal: politik membawa kepada perpecahan kaum. Sedangkan sepatutnya, politik itu menjadi wadah kepada perpaduan negara.
Adilah: Sepanjang menjadi Perdana Menteri, Tun dianggap sebagai Bapa Permodenan Gelanggayu. Boleh tak Tun terangkan, apa visi dan misi Tun untuk negara ini?
Tun Iskandar: Hasrat saya satu saja, untuk menjadikan Gelanggayu sebuah negara bangsa yang moden dan membina peradaban yang hebat, seperti di zaman Gandawa, di zaman Raja Gautama I, dan di zaman Kesultanan Gelanggayu pada era Sultan Mansur. Untuk Rennaissance bangsa ini.
Adilah: Sepanjang menjadi Perdana Menteri, apakah perkara yang paling sukar yang Tun hadapi.
Tun Iskandar: Kalau sebelum jadi Perdana Menteri, tahun 1969 lah. Masa Parlimen kena gantung. Junta tentera memerintah. Masa tu, saya dari Parti Persekutuan, cuba nak berkerjasama dengan pihak tentera, dan dalam masa sama bersiap-sedia semula membina demokrasi negara ni. Kalau semasa menjawat Perdana Menteri, dah tentu masa krisis minyak dunia tahun 1973. Macam mana nak jawab dengan rakyat, harga minyak tiba-tiba naik mendadak? Disebabkan itu, tahun 1974, saya bersama Tengku Abdul Rahman, Menteri Kewangan masa tu, menubuhkan PETROGAYU. Supaya kita tidak akan ada masalah kenaikan harga petroleum mendadak.
Adilah: Apakah saat-saat yang Tun tak dapat lupakan, yang indahlah, sepanjang menjadi Perdana Menteri?
Tun Iskandar: Sudah pastinya, apabila saya mengangkat sumpah di hadapan Tuanku Sultan Jaafar, sebagai Perdana Menteri Gelanggayu. Menang pilihanraya 1974, dan 1978, walaupun tahun 1978 itu ada berlaku serangan bom di Melaut, tapi pada saya, yang itu manis. Dan semasa Gelanggayu menjuarai Piala Nusantara, menewaskan Majapahit, 1-0, tahun 1972, serta pasukan bola sepak layak ke Olimpik Munich.
Adilah: Apakah hobi Tun di masa lapang?
Tun Iskandar: Bermain catur. Saya ada satu cerita. Masa itu, tahun 1962, saya diberi peluang mengikuti ayah Penghulu Pelajar ni, Muhammad Niat, untuk mengikut Grandmaster Catur dari Argentina, Miguel Najdorf.
Miguel ada berbual dengan saya, tentang pertemuannya dengan Che Guevara. Dan mereka pernah bertarung catur, dan seri.
Selain itu, ada juga bertemu dengan beberapa pemain catur seperti Bobby Fischer, Mikhail Tal, Imran Muhammad dari Kundur, bagi saya itu pengalaman terindah.
Selain itu, hobi saya berkebun, mendengar lagu klasik, dondang sayang, dan membaca buku, terutamanya buku-buku agama.
Adilah: Soalan terakhir, apa pesanan Tun kepada semua rakyat Gelanggayu?
Tun Iskandar: Putera-puteri pertiwi tanah air, jangan dikuburkan musuh di tanah sendiri, jangan hanyut dalam buaian musuh. Inilah satu-satunya tanah air yang kita ada. Jagalah keharmonian dan keamanan negara ini.
Adilah: Sekian, kami dari pihak Suara Kampus dan Universiti Wijayapura mengucapkan ribuan terima kasih kerana kesudian Tun, datang merasmikan Pusat Media Universiti kami.
--
"Good job, good job, Dila!" Azlan tepuk tangan.
"Ya Allah, nervous tau awak! Awak, thanks tau sebab soalan tu. Awak dah selamatkan saya!" kata Adilah, tersenyum riang.
"Ah, kena la sediakan teks awal-awal. Soalan ni pun Tun dah tau lama dah. Saya dah bagi itu hari dah."
"Awak dengan Tun cucu keponakan?"
"Ya, begitulah. Dia ni pakcik ibu saya."
"Apa hubungan awak dengan Penggawa?"
"Ayah angkat. Dia kawan baik ayah saya. Lepas ayah saya meninggal, dia la yang tengok-tengokkan saya."
"Oooh, eh, awak! Hari tu hari lahir awak ya?"
"Dah lepas."
"Awak tunggu hadiah dari saya tau. Nanti saya bagi."
"Anytime. Thanks tau, Dila!"
Adilah dengan seronoknya berlari dengan perasaan girang.
Hafiz hanya pandang sahaja mereka berdua, sambil membawa dulang karipap menuju ke van.
--
Merlina sudah keletihan. Sejak pembubaran Parlimen ni, dia tak putus-putus dapat job, design poster untuk calon pilihan raya. Design sticker, dan macam-macam lagi.
Sedang dia keletihan itu, tiba-tiba Aunty Idah datang dan campakkan dia envelope.
"Apa ni?"
"Cekodok pisang. Lagi mau tanya. Duit la! Duit bahagian kau. Separuh aku dah masukkan ke dalam bank."
Merlina buka sampul surat itu dan tergamam.
"Berapa ni, Aunty?"
"Dua puluh lima ribu. Bahagian kau sepatutnya 50, tapi lagi separuh aku masukkan kat ASG. Amanah Saham Gelanggayu. Ayah kau yang suruh."
"Macam ni, aunty. Memandangkan Mer ni budak umur sepuluh tahun, nak buat apa duit banyak-banyak, ye tak?" kata Merlina.
"Betul tu."
"Macam ni. Dua ribu bagi ayah, dua ribu bagi ibu. Seribu ni, Mer guna. Lagi dua puluh ribu ni, Mer nak buat investment portfolio. Mer ingat nak beli saham."
Aunty Idah terkejut melihat kenyataan Merlina yang lain macam.
"Kau merepek apa ni?"
"Bukan merepek. Sini, cuba Aunty tengok surat khabar ni. Harga saham Petrogayu tengah naik sebab Saddam Hussein serang Kuwait, harga minyak tengah naik. Semalam Mer tengok saham tu $1.20. Hari ni naik 30 sen. Mer jangka besok naik lagi. Kalau $20,000 ni, Mer guna beli saham Petrogayu, tak payah naik mencanak lah, sampai $2.00 je pun cukup. Kejap, Mer ambik kalkulator."
"Eh, budak ni. Sembang saham mengalahkan broker," kata Faridah.
"Mer gunakan $18,000 beli saham ni, sebab komisen kena bagi broker dalam $2,000. Sekarang harga $1.50 seunit. Kalau $18,000, Mer dapat beli 12,000 unit. Kalau cecah $2.00, maknanya Mer dapat untung $6,000."
"Tu kalau kau untung. Kalau saham kau jatuh? Kau jugak rugi."
"Aunty kena la buat analisis dulu. Buat masa ni, saham oil and gas tengah kencang di seluruh rantau Asia. Aunty tengok Indeks Nikkei kat Ryukyu. Indeks Hang Seng kat Hong Kong, Temasik Indeks kat Temasik. Oil and gas memang tengah naik sebab perang ni."
"Lain macam betul pengetahuan pasaran saham kau ni."
"Mestilah, Aunty. Mer kan bakal jadi menantu Aunty bila kahwin dengan abang Azlan nanti?"
"Woi, kau tu sekolah rendah lagi! Azlan tu dah masuk universiti. Apa kau merepek ni? Kesian la Kimi menunggu cinta kau!"
"Tak nak la si Kimi tu! Buat kerja pun lembab!"
Kimi yang baru tiba di depan pintu, dengar dari mulut Merlina, dan rasa kecil hati dengan kata-katanya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top