1990 part 14

Sebentar tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Azmi Ibrahim menuju ke Istana Negara untuk menghadap kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Gelanggayu, Sultan Aminul Rashid Jalaluddin Shah al-Daulah, untuk membubarkan Parlimen Gelanggayu.

Beliau akan ke Seri Bendahara untuk sidang media berkenaan pembubaran Parlimen.

Kenderaan Perdana Menteri dilihat sudahpun tiba di perkarangan istana.

--

Azlan

"Alan!" Az menjerit pada aku.
"Apa cerita bang Az?"
"Macam biasa la. Abang Iz nak jumpa kau, jom kita pergi bilik gerakan parti. Kitorang ada BBQ hari ni!"

Kami berdua menaiki kereta Az menuju ke dermaga pelabuhan, tempat yang aku akan melepak bersama geng Gagak Merah setiap kali aku dengan Az.

"Dia letak nama Abang Iz kat Tanjung Emas?" tanya aku pada Az.
"Ye, aku rasa Datuk Rahizan cuak, sebab dengar cerita, Bukit Istana campur tangan."

Aku faham dengan apa yang berlaku, tapi aku anggukkan kepala sahaja.

"Alan, kau kenal tak, supermodel nama Mastura?" tanya Az, tetiba.

Tertelan air liur aku mendengar nama tu. Kemudian aku teringat pada Ali. Eh, bang Az tak kenal ke makwe Ali? Ke dia tak pernah ambil peduli?

"Kenapa?"
"Hari tu, anak Tengku Razak, Tengku Razif, kau kenal?"
"Masa wedding Tengku Ahmad dulu, aku ada jumpa. Tapi tak kenal rapat."
"Private party dia. Si Mastura tu jadi pole dancer kat situ. Semua nak try, tapi tak dapat."
"Habis tu?"
"Termasuk Bang Iz, kahkahkah! Dia nak try la."
"Jangan kantoi dengan Kak Maria, dah la."
"Bang Iz cakap Mastura tu cakap, dia kenal kau."
"Sebab dia tu cousin Natasha."
"Laaaa, ye ke? Mampos la bang Iz! Kahkahkah! Habis mengamuk la Kak Maria nanti!"

Mereka tiba di dermaga pelabuhan, kelihatan ada ramai budak kongsi sedang bakar kambing, daging dan ayam. Sate pun ada.

Izham terus bersalaman dengan aku.

"Celaka betul kau ni, Alan! Aku pusing mana-mana je, jumpa perempuan cun je, dia petik nama kau. Kasanova kau ni ya?" Izham tumbuk lengan aku seperti brotherly bergurau.
"Bang Iz nak mengorat Mastura ke? Gila ke apa, dia tu cousin Natasha."
"Alamak, ye ke? Mampos aku, bini aku dah la rapat dengan girlfriend dia ni. Tobat aku hahaha!" kata Izham, ketawa.

Sambil membakar ayam, Bang Iz terus tanya aku.

"Kau habis belajar ni, kau ada pelan nak buat apa?"
"Carry on job radio la, bang."
"Kau nak tak, channel radio kau ni jadi national radio? Maksud aku, satu Gelanggayu boleh dengar. Bukan Wijayapura je."
"Besar modal tu, bang."
"Sekarang ni, kitorang tengah nak compete dengan Wijaya Media. Kita nak lawan naratif dia pulak."
"Bang, rasanya benda begini, elok abang tanya Pengetua."
"Dia funder radio kau ke?"
"Ya, saya cuma gerakkan channel tu je. Dia yang ada modal."

Izham menganggukkan kepala.

"Kalau macam tu, nanti aku cakap dengan dia."

Lepas habis makan BBQ, aku pulang ke rumah menaiki kereta Az. Aku berfikir tentang apa yang diceritakan Az tentang Mastura.

Kalau Mastura ni menari pole dancing kat rumah Tengku Razif, mestilah dia ni gundik atau perempuan simpanan Tengku Razif, atau Tengku Razak.

Aku pernah dengar cerita tentang Tengku Razak dan Tengku Razif pernah threesome dengan perempuan Czechoslovakia. Cerita ni Tengku Mina yang cakap pada aku. Tak tau la kesahihan cerita.

Tapi, kenapa dua kali peristiwa tu berlaku? Ditambah dengan peristiwa Cindy hari tu, aku jadi makin paranoid.

--

Parti Persekutuan melancarkan manifestonya. Antaranya ialah dengan mempertingkatkan infrastruktur untuk rakyat seperti jalanraya, telefon, dan juga membawa lebih banyak pelaburan dari luar.

Parti Jujur pada pemilihan tahun ini sekali lagi memilih Datuk Hamdi sebagai ketuanya.

Uncle Daniel masih bertanding di parlimen Puncak Jaya. Nampaknya dia sudah ada funder baru. Datuk Mohd Nor, yang baru-baru ini mendapat tender membina stadium baru untuk Sukan Komanwel.

Sejak dia dapat kontrak tu, mencanak-canak naik syarikatnya, Nadi Wijaya Corporation. Dia bercadang untuk membeli sahaja syarikat arwah Datuk Abdullah tu, Citra Sari Corporation, tinggal mana pergabungan syarikat itu, akan menjadikan Datuk Mohd Nor sebagai billionaire hartanah terkaya di Wijayapura.

Tapi untuk itu, dia terpaksa menunggu Natasha untuk dewasa.

Dia terus telefon Luqman yang sedang belajar di Wales.

"Hello, Luqman. Daddy ni, saja je call. Luq kat sana ok ke? Daddy nak beritahu, Natasha belajar di Bristol. Bristol dengan Cardiff tak jauh kan? Seberang je sungai tu. Daddy nak Luq jumpa dia, ok? Ala, pandai-pandai la, kau kan lelaki! Okay, kau ada kelas? Baik. Nanti daddy telefon kau lagi."

--

Azlan

"Izham, aku tak rasa kau akan mampu handle channel radio atau TV seluruh Gelanggayu macam Wijaya Media buat. Bukan nak perkecilkan kau atau cita-cita kau, tapi belum tiba masanya lagi," kata Pengetua di kerusinya.

"Maksud Pengetua?" tanya Izham.

"Untuk broadcast televisyen, benda pertama kau harus tahu ialah kau perlu bina menara telekomunikasi, atau kau sewa dengan syarikat yang dah bina menara tu. Begitu juga dengan radio. Buat masa ni, kos untuk komunikasi massa memang mahal. Tapi kau tunggulah dalam hujung dekad, atau dekad 2000an, nanti semua orang pun boleh broadcast."

"Semua orang?"
"Ya, ada satu teknologi yang dipanggil sebagai Internet. Azlan sedang belajar dengan budak-budak sains komputer tu. Mungkin buat masa ni, kau bagilah Azlan belajar dulu macam mana nak handle ni. Dia pun muda lagi."

"Ha, Azlan. Umur kau berapa tahun ni?" tanya Izham pada aku.
"Hari Isnin ni, 21 tahun."
"Haaa, baru aku teringat."

Pengetua bangun dari kerusinya, kemudian membuka lacinya.

"Hari Isnin ni, aku tak ada di sini. Aku ke Temasik, ada urusan di situ. Jadi, sempena hari lahir kau yang ke-21, ayah kau wasiatkan aku supaya beri jam tangan ni pada kau."

Pengetua menyerahkan jam Patek Philippe Calatrava kepada aku.

"Panjang sejarah jam ni, jam ni dihadiahkan oleh Almarhum Sultan Jaafar pada ayah kau, selepas dia menang pertandingan catur di peringkat rantau Nusantara. Jam ni, dia pakai semasa kemalangan tu berlaku. Dan sekarang, aku serahkan pada kau."

Aku merenung jam tu, dan menyentuh jam tu. Ia mengingatkan aku ke memori yang silam. Di belakang ada terukir lambang jangka lukis, sesiku L dan satu mata dengan bentuk tiga segi.

Lambang apa ni?

Semasa aku belum masuk tadika, aku pimpin tangan ayah aku, dan aku lihat jam ini. Sebelum dia pergi meninggalkan kami.

"Jam mahal ni, Pengetua. Seratus ribu ringgit tak lari ni," kata Izham.
"Tak ternilai, Bang Iz. Tak ternilai."

Aku menitiskan air mata.

"Terima kasih, Pengetua."
"Kau dah dewasa. Amanah aku pada ayah kau, telah aku selesaikan. Mulai hari ni, kau dah boleh buat keputusan kau sendiri. Tapi kalau kau perlukan nasihat, sementara aku masih hidup, kau jumpalah aku."

"Pengetua dah macam ayah saya sendiri."

Aku terus peluk Pengetua.

"Nanti aku bagi hadiah birthday kau," Izham pula tepuk bahu aku.

--

Hari pernamaan calon, aku mengiringi Izham sebagai calon ahli Parlimen Parti Persekutuan. Rasanya memori aku masih segar, dua tahun lepas aku mengiringinya ke sini.

"Lagi lima tahun, kau pulak yang akan jadi calon pilihanraya," kata Izham pada aku.
"Ishhh, lambat lagi kot."
"Percayalah cakap aku. Kau dah masuk umur 21 tahun ni, berebut-rebut ahli politik nakkan kau kat side dia."
"Macam mana perasaannya jadi calon pilihanraya ni?"
"Kali pertama, macam kau nak bersanding kali pertama. Kali kedua ni, macam kau nak bersanding kali kedua."

Pada pilihanraya kecil Tanjung Emas tahun 1988, Izham menang pilihanraya kecil Tanjung Emas menewaskan Rashid Jaafar dari Parti Jujur, dengan majoriti undi 7,976.

Pada pilihanraya kali ini, beliau berdepan dengan Azhar Kamaruddin, dari Parti Jujur, dan seorang ahli perniagaan bernama Taufik Razak yang bertanding sebagai calon bebas.

"Kalau aku menang, aku akan cuba lobi Tengku Razak untuk dapatkan aku jawatan Timbalan Menteri Komunikasi. Kalau aku dapat tu, kerja aku akan jadi lebih senang."

Aku dengar saja kata Izham tu, tapi aku tahu, Tengku Ariffin dan lobi kuat dengan Datuk Rahizan.

Sekarang baru aku faham, politik Gelanggayu ini terbelah dua, bukan hanya sebab Parti Persekutuan terbelah dua, tapi keluarga al-Daulah pun terbelah dua.

Dalam keluarga al-Daulah, Tengku Mahkota bersama dengan Tengku Razak bertarung dengan Tengku Ariffin. Tengku Ahmad nampak seperti berkecuali, tapi tak tahulah.

Sementara itu Sultan Aminul Rasyid berada di tengah-tengah untuk mendamaikan kedua belah pihak.

Untuk Parti Persekutuan pula, ia terbelah antara Datuk Rahizan dengan Tengku Razak dan Datuk Syafie.

Parti pembangkang adalah seperti pemberontak separatist wilayah seperti Gerakan Melaut Merdeka atau pemberontakan di Wilayah Utara oleh puak Lamas yang beragama Kristian. Kecil, tapi mampu membuatkan establishment kalut memikirkan masalah yang dicetusnya.

--

Azlan

Gelanggayu ada 10 buah negeri tetapi semuanya bernaung di bawah kuasa Sultan. Apakah ini sebenarnya satu sifat imperialistik?

Persoalan itu aku pernah tanya dengan Pengetua, tetapi Pengetua bertanya pada aku, apakah itu imperial dan apakah itu kedatuan.

Dan kenapa nama parti ini, Parti Persekutuan, sedangkan parti ini tidak langsung pun berjuang untuk autonomi negeri-negeri, sebaliknya hanya membiarkan satu kerajaan pusat bernaung di bawah pemerintahan keluarga al-Daulah.

Sejak Parti Persekutuan mula memerintah negara ini sejak tamatnya rusuhan kaum 1969 dan kudeta menggulingkan kerajaan Parti Rakyat pimpinan Tun Rizal Samad, negara ini mempunyai tiga perdana menteri dari parti ini, iaitu Tun Iskandar Ali, Tun Zairi Abu Bakar dan Datuk Seri Azmi.

Tun Iskandar datang dari jalur nasionalis Melayu Gelanggayu, yang pada asalnya dalam parti Kongmegayu. Parti ini ditubuhkan pada tahun 1923 oleh Syed Hussein Syed Ibrahim, yang mula mendapat kesedaran kebangkitan rakyat Gelanggayu.

Syed Hussein, yang mendapat inspirasi ini melalui pergerakan nasionalis India, di mana beliau pernah tinggal di Malabar, dan mengikuti pergerakan Khilafat, yang mahu mempertahankan sistem khalifah di Turki Uthmaniyyah, selepas Ataturk menjatuhkan sistem itu.

Pun begitu, menjelang 1930an, muncul sebuah gerakan nasionalis aliran kiri iaitu Gerakan Rakyat (GERAK). Dipimpin oleh Rizal Samad, mereka lebih gemar prinsip sekularisme dan liberalisme serta keadilan sejagat.

Keluarga al-Daulah semasa itu memerintah Gelanggayu dengan Residen Gelanggayu, Sir Charles Thomas mentadbir dari segi ekonomi dan pertahanan.

Kedua-dua pihak, baik GERAK di sebelah kiri atau Kongmegayu di sebelah kanan, mendesak agar kemerdekaan segera diberi.

Pada 7 Disember, 1941, Ryukyu menyerang Pearl Harbor, dan Gelanggayu juga ditakluk selepas Wijayapura digempur hebat oleh tentera laut Ryukyu.

Bagaimanapun Ryukyu menyerah kalah di Gelanggayu pada 1 September, 1945 selepas pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki.

Pemberontakan Parti Komunis Gelanggayu yang ditaja oleh Mao Zedong dan Jozef Stalin di Soviet, mengakibatkan Gelanggayu berdepan dengan huru-hara.

GERAK dan Kongmegayu, yang bergabung menentang pendudukan Ryukyu, juga bergabung menentang komunis. Bagaimanapun muncul tidak ada kepercayaan dari pihak Kongmegayu memandangkan kebanyakan ahli GERAK ini ahli parti sebelah kiri.

Pada tahun 1947, India dan Pakistan merdeka dari British, menyebabkan desakan yang kuat dari rakyat untuk kemerdekaan.

Residen British ketika itu, Sir Harold Henderson mencadangkan pilihanraya diadakan bagi menubuhkan kerajaan autonomi, selepas bantahan besar-besaran terhadap Gelanggayu Union.

GERAK, yang menukarkan nama menjadi Parti Rakyat apabila Tengku Mahkota ketika itu, Tengku Jaafar, telah menang dalam pilihanraya yang julung kali diadakan pada tahun 1951.

Tun Rizal Samad menjadi Perdana Menteri pertama Gelanggayu. Pun begitu beliau merasa amatlah sukar untuk mentadbir dengan ada 10 buah negeri di dalam satu pentadbiran.

Pada 1950an, ekonomi selepas perang berkembang pesat dan Tun Rizal amat popular. Pun begitu, Tun Rizal hanya menumpukan untuk memperkayakan parti dan pucuk pimpinannya.

Parti Rakyat, merupakan parti yang mempunyai sokongan berbilang kaum, sementara Kongmegayu lebih tertumpu dari kelompok Melayu konservatif.

Dan untuk meraih sokongan rakyat di luar Wijayapura, Tun Iskandar menjenamakan semula partinya menjadi Parti Persekutuan, dengan memperjuangkan autonomi negeri.

Serangan Parti Komunis Gelanggayu juga gagal dikawal oleh kerajaan Tun Rizal, menyebabkan beberapa entiti gerakan pemisah seperti Gerakan Melaut Merdeka dan Gerakan Pembebasan Lamas, iaitu kaum asli di Wilayah Utara.

Rusuhan kaum, serangan komunis, serangan gerakan pemisah serta ketidakpuasan hati penyokong Parti Persekutuan, menyebabkan Sultan Gelanggayu, mengarahkan Jeneral Yahya Atan, melancarkan kudeta pada 6 Jun, 1969.

Jeneral Yahya Atan kemudian menggantung Parlimen, dan dilantik oleh Pemangku Raja Gelanggayu, Tengku Aminul Rasyid sebagai ketua kerajaan sementara.

Jeneral Yahya Atan kemudiannya menubuhkan kerajaan junta tentera, dan mengumumkan pengisytiharan darurat, serta menubuhkan badan pentadbiran sementara yang dipanggil Majlis Reorganisasi Nasional.

Dalam masa setahun, Jeneral Yahya Atan menyiasat penipuan pilihanraya, dan mendapati Parti Persekutuan telah memenangi pilihanraya itu, walaupun ada pihak mengatakan Jeneral Yahya Atan sudah ada deal dengan Tun Iskandar di pintu belakang.

Tun Iskandar kemudian menjadi Perdana Menteri kedua, dari tahun 1970 hingga 1981, dengan menumpukan pembangunan di semua sepuluh buah negeri di Gelanggayu, dengan mewujudkan Majlis Gabenor, sebuah badan yang terdiri daripada gabenor-gabenor di Gelanggayu, bagi mengimbangi kuasa Parlimen yang dikuasai kerajaan Pusat.

Menurut Perlembagaan Gelanggayu, setiap rang undang-undang yang diluluskan perlu melalui Majlis Gabenor, sebelum dibawa ke meja Sultan untuk ditandatangani.

Pada tahun 1976, Sultan Jaafar mangkat, dan digantikan oleh Sultan Aminul Rasyid. Sultan Aminul Rasyid menjanjikan keterbukaan kepada Parlimen, iaitu sekiranya Sultan tidak menandatangani rang undang-undang itu dalam masa 40 hari, undang-undang itu sah.

Ada yang kata kelulusan itu diluluskan tanpa dibaca oleh Sultan Aminul Rasyid, ada yang syak Tun Iskandar mengugut Sultan yang dikatakan mempunyai anak luar nikah dan boleh menyebabkan keluarga al-Daulah menggulingkan baginda. Atau Jeneral Yahya di belakang Tun Iskandar.

Tun Iskandar melepaskan jawatannya pada Mac 1981 dan digantikan oleh Tun Zairi Abu Bakar, yang merupakan salah seorang daripada jeneral dalam Majlis Reorganisasi Nasional, menjadi Perdana Menteri selepas beliau menang dalam pemilihan Parti Persekutuan.

Bagaimanapun pada 6 Julai, 1981, beliau meninggal dunia akibat cardiac arrest, apabila berita anak sulung beliau, Zahar telah merogol seorang gadis di Air Putih.

Tetapi ada ura-ura menyatakan Tun Zairi dibunuh oleh seorang putera diraja al-Daulah kerana kegagalan beliau menangani masalah pemberontakan.

Ada yang kata, sebab putera raja ini mabuk, dia tembak seorang lelaki di kelab, dan apabila Tun Zairi mahu mengambil tindakan, beliau dibunuh dengan disuntik racun.

Zahar bagaimanapun lepas dari pendakwaan, dan Datuk Seri Azmi, yang merupakan Timbalan Presiden Parti Persekutuan ketika itu, dilantik sebagai Perdana Menteri.

Datuk Seri Azmi menyambung semua dasar yang dilakukan oleh Tun Iskandar, tetapi dengan dasar penswastaan dan neoliberalisme, sejajar dengan Reaganomics atau trickle down economy yang digunapakai oleh Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan dan Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher.

Pada tahun 1982, Datuk Seri Azmi menang bergaya, tetapi menjelang tahun 1986, perpecahan antara dua kem, iaitu kem Datuk Seri Imad Salleh dan kem Datuk Rahizan semakin ketara.

Pemilihan 1988 menyaksikan Datuk Seri Imad mahu mencabar Datuk Seri Azmi sebagai Presiden parti yang baru, mendakwa "tujuh tahun sudah cukup lama".

Bagaimanapun Datuk Seri Imad meninggal dunia, sekaligus Datuk Seri Azmi kekal menjadi Presiden.

Dan pada tahun 1989, Datuk Rahizan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan dengan menjawat jawatan itu, beliau secara automatik menjadi Ketua Pengarah Pilihanraya Parti.

Ini bermakna, urusan keluar masuk dana parti, senarai calon, manifesto serta strategi, disusun oleh Timbalan Presiden parti, sebelum diluluskan oleh Presiden parti.

Apa yang menjadi perbalahan utama Datuk Rahizan dengan Tengku Razak, ialah Datuk Rahizan mengenepikan calon-calon "Bukit Istana".

Bukit Istana merujuk kepada keluarga al-Daulah, yang berpusat di Istana Negara, di Bukit Istana, Wijayapura.

Antara nama-nama yang diketepikan ialah orang-orang Datuk Syafie. Pada awalnya, Datuk Rahizan mengatakan beliau mengenepikan Datuk Syafie kerana kes rasuah yang melibatkan kompleks balai polis di Layarjaya bernilai dua ratus lima puluh juta ringgit.

Selepas pertelingkahan yang berlanjutan sehingga melibatkan Tengku Mahkota, Datuk Seri Azmi memanggil semua pihak untuk berdamai dan bermain golf, yang dipanggil media sebagai "Golf Summit".

Datuk Rahizan dan Tengku Razak bersetuju untuk berdamai, dan nama-nama yang disingkirkan, dikembalikan semula dalam senarai, kecuali Datuk Syafie yang disabitkan kes rasuah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top