1990 part 12
Tengku Norman berkenan untuk mencemar dulu melawat ke wad Datuk Seri Azmi yang sedang terlantar sakit.
"Tengku mahkota..." Datuk Sidek sebagai setpol kepada Datuk Seri Azmi, merafak sembah.
"Macam mana keadaan Datuk Seri sekarang?" tanya Tengku Norman.
"Tengku mahkota, selepas operation, Datuk Seri dijangka dapat sedarkan diri pada hari esok. Keadaannya stabil dan harapnya dia tak apa-apalah."
"Datuk Sidek...beta nak periksa sikit."
"Tentang apa tu, Tengku Mahkota?"
"Datuk Seri, tahu tentang budak yang disebut oleh Sayyid Muluk dalam mimpinya tu?"
"Maaf Tengku Mahkota, patik kurang periksa tentang itu. Tapi patik ada mendengar tentang sejarah tu."
"Tak apa. Lagi satu, beta nak bertanya, ada tak Datuk Seri tahu siapa belakang Datuk Rahizan ni?"
"Rasanya dia tahu. Tapi dia terpaksa lantik Datuk Rahizan sebagai Timbalan, sebab Datuk Seri Imad pun mengancam dia dulu. Jadi Datuk Rahizan mahu jadi Timbalan."
"Walau apa cara sekalipun, dan kalau boleh, tolong jangan benarkan Datuk Rahizan jadi Perdana Menteri. Aku seboleh-boleh tidak mahu gunakan kuasa tentera untuk kudeta. Aku masih percaya pada demokrasi, tapi jangan sampai institusi diraja ini dihancurkan puak-puak ni."
"Menurut perintah, Tengku Mahkota."
"Aku ke Bukit Istana dulu. Nanti bila Datuk Seri dah sedar, khabarkan pada aku, kerana aku ada sesuatu ingin periksa dengan dia."
"Baik, menurut perintah, Tengku Mahkota."
--
Hafiz
"Hafiz! Hafiz!"
Aku menoleh ke belakang, dan Adilah mengejar aku.
"Baik-baik lari tu, awak tu dah la pakai kasut tumit tinggi."
"Awak jalan laju sangat."
"Ada apa?"
"Saya nak minta maaf dengan awak tentang semalam."
"Semalam? Kenapa ya?"
"Sebab saya tinggalkan awak macam tu je. Dan sebagai tanda saya minta maaf, saya nak belanja awak makan."
"Kat mana?"
"Ayam Goreng Harun! Hari ni kan dia ada offer tau, kalau beli set Buttermilk Chicken tu, dapat curly fries percuma. Selalu kena tambah dua ringgit setengah."
"Bila awak nak pergi tu?"
"Sekarang lah. Ke awak ada kelas?"
Takpe, demi Adilah, aku ponteng kelas.
"Takde."
"Kalau awak ada kelas, janganlah ponteng. Takpe, saya tunggu awak."
"Betul, takde kelas."
"Habis tu, tu bawa buku?"
"Baru balik kelas."
"Tapi ini kan depan kolej kediaman awak. Fakulti awak kat sana tu. Bohong dengan saya ek? Jangan la macam tu. Kita datang sini sebab nak belajar, kan?"
"Tapi awak nak gerak sekarang?"
"Kelas saya batal. Jadi saya nak belanja awak lah."
"Sungguh?"
"Nak saya temankan awak berjalan sampai fakulti awak?"
Aku pandang dia dengan pelik.
"Nak tak?"
"Tak jauh ke? Dah la pakai kasut tumit tinggi."
"Jom lah jalan! Nanti awak lambat sampai kelas."
Aku tak mimpi kan ni? Aku tampar pipi aku? Eh betul ni. Eh, betul la! Aku tak mimpi! Betul la ni! Aku harap aku tak mimpi. Ya, aku memang tak bermimpi!
Sampai ke pintu dewan kuliah, aku tengok kawan kelas aku pun tak ada.
Ternampak nota dari lecturer aku di papan kenyataan.
"Kelas batal, harap maklum"
Aku terus berlari, menuju ke kafetaria, nampak Adilah baru nak minum teh o ais.
"Eh, kenapa awak patah balik?"
"Kelas batal!"
"Ala, tau tadi awal-awal kita dah gerak. Saya minum air dulu ya? Hangat la kat luar tu."
Kelas batal adalah perkataan paling lunak yang suka didengari pelajar selain 'duit dah masuk'. Heaven!
--
"Nak makan apa?" tanya pelayan pada kami.
"Hari ni ada offer Buttermilk Chicken set, kan? Bagi saya dua!" kata Adilah.
"Air nak air apa?"
"Awak nak air apa?"
"Air mineral je lah."
"Ye lah, kan? Hangat hari ni. Air mineral juga. Tapi nak ais."
"Baik," kata pelayan tu.
"Saya minta maaf pasal semalam, awak tak marah kat saya kan?" tanya Adilah pada aku.
"Tak, langsung tak."
"Awak ni, baik la. Selalu je tolong saya."
"Biasa je lah."
"Awak nak tengok wayang tak lepas ni?"
"Cerita apa?"
"Awak minat rock kapak, kan? Filem Fenomena, tau tak?"
"Huish, ye lah. Tapi cerita tu dah lepas lama ke?"
"Ada lagi lah! Kita tengok ya? Saya belanja."
"Tak, tak. Wayang saya belanja. Awak belanja makan ni."
"Tapi awak dah selalu belanja saya. Duit teksi masa bulan puasa dulu tu berkali-kali awak bayar. Bagi la awak peluang saya belanja awak."
"Eh, banyak ke duit awak ni? Macam menang loteri je."
"Ish, kalau menang loteri takdelah saya nak belanja makan. Haram, tau tak? Ni duit gaji saya kerja dengan Suara Kampus lah."
Hari ini terasa lebih indah daripada biasa. Walaupun panas membahang, tapi bila berjalan dengan bidadari dunia macam Adilah, semuanya terasa nyaman sahaja.
--
2 Ogos, 1990
Presiden Iraq, Saddam Hussein hari ini melancarkan perang ke atas Kuwait. Serangan ini disebabkan kegagalan rundingan di Jeddah antara Iraq dan Kuwait berkenaan dengan tuduhan Saddam bahawa Kuwait mencuri petroleumnya di Rumaila.
Penaklukan itu menyebabkan harga minyak mentah meningkat dari $21 setong kepada $28 setong.
Sebagai Pemangku Perdana Menteri, Datuk Rahizan cuba untuk menyelesaikan isu kenaikan ini dengan menambah subsidi agar beban rakyat tidak terlalu berat.
Tapi ada satu masalah besar, kerana Kementerian Kewangan dikawal oleh Tengku Razak.
Dalam perjanjian antara Pengetua dan Tengku Norman sambil disaksikan oleh Datuk Seri Azmi, jawatan Kementerian Kewangan ini secara konsensus diletakkan kerabat diraja Gelanggayu.
Pun begitu, perkara ini tidaklah tertulis dalam Perlembagaan, maka sebenarnya tak ada masalah pun untuk melantik Menteri Kewangan dari kalangan ahli parlimen yang bukan dari keluarga al-Daulah.
Cuma ada dua masalah. Pertama, Datuk Rahizan cuma Pemangku Perdana Menteri, sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Azmi Ibrahim masih dirawat di hospital.
Masalah kedua, jika dia berjaya menggulingkan Datuk Seri Azmi menerusi undi tidak percaya, ini mencetuskan masalah dengan keluarga al-Daulah.
Dan itu pun, dia takkan mampu buat memandangkan lebih 80 orang Ahli Parlimen merupakan bekas saki-baki penyokong arwah Datuk Seri Imad.
Datuk Seri Rahizan sekarang menjadi sitting lame duck, dalam situasi harga minyak yang sedang melambung naik.
Maka dia dengan berat hatinya, menandatangani dokumen untuk menaikkan harga minyak, dari 85 sen satu liter, ke seringgit satu liter, mulai tengah malam ini.
Ini kerana keengganan Tengku Razak untuk bekerjasama meningkatkan kadar subsidi untuk mengekalkan harga tersebut, atas alasan tidak mahu 'lebih banyak masalah akan timbul'.
--
"Laaaah, gila la harga minyak sampai seringgit seliter ni. Mampos la aku nak gerak pergi kerja macam ni. Bodoh punya kerajaan," kata Faiz yang mengeluh di stesen minyak Petrogayu.
Kesan kenaikan harga minyak di pasaran dunia menyebabkan harga bahan mentah semua naik. Harga bawang, cili, bawang putih, beras, ikan, ayam, daging kotak, daging segar dan semua barangan lain naik harga.
Ini kerana disebabkan kos pengangkutan yang meningkat akibat kenaikan harga minyak.
Tadi baru lepas makan, Faiz merungut.
"Aik bang, biasa seketul ayam lapan posen je. Ni naik seringgit dua ni dah kenapa pulak? Abang jangan la Yahudi sangat," kata Faiz sambil keluarkan duit.
"Yahudi mendenya. Kau tak baca surat khabar ke harga minyak naik? Habis tu ayam ni kau ingat aku ternak belakang dapur kedai aku?"
"Ala bang, tau la harga minyak naik tapi jangan la naik sampai 40 sen bang."
"Dah harga minyak naik, supplier barang aku pun naikkan harga, aku pun terpaksa la naikkan harga. Aku kena juga bayar gaji pekerja, bayar api, air, bayar duit supplier, bayar sewa kedai."
"Ish, teruk kan bang Datuk Rahizan ni jadi Pemangku Perdana Menteri. Baru memangku je, dah macam-macam naik harga. Melampau betul."
"Kau ni salahkan Datuk Rahizan buat apa. Tu, perang kat Kuwait tu, Iraq serang. Kau salahkan Saddam Hussein la," kata peniaga tu.
"Okaylah bang, saya gerak dulu."
Faiz malas nak berdebat lagi dengan abang jual nasi campur tu. Dia pun selalu makan situ. Tapi lepas ni mungkin dia kena kurangkan makan di luar dan masak sendiri.
"Start ni kena jimat dah. Beli telur ke, dah tak boleh makan ayam dah. Aduh, gila la harga minyak naik ni. Duit gaji macam tu jugak."
--
Azlan
Aku dan Mrs Birgitt menyusun beg Natasha dalam bonet kereta, sambil Cindy datang menyibuk, menemani sahabatnya sejak kecil, untuk belajar di UK.
Menurut Natasha, dia kenal Cindy pada tahun 1975, di pusat daycare dan tadika. Kemudian bersekolah rendah di kelas yang sama. Makan sama-sama. Membesar sama-sama.
Cindy merupakan peserta koir yang pemalu, suka duduk belakang. Natasha suka duduk di depan. Sebagai anak kacukan, Natasha sentiasa dapat perhatian ramai orang, dan secara tak langsung, Cindy pun jadi popular sama.
Tapi hari ini, mereka terpaksa menerima hakikat, yang apabila dewasa, masing-masing perlu menuju ke jalan hidup masing-masing.
"Don't be too sad, guys! I'll be back in 1993, 1994 at max. So, janganlah sedih-sedih. Once in a while I balik la Wijayapura," kata Natasha dalam kereta.
Aku memandu, cuma diam mendengar Radio Universiti, si Faiz dan Ari sedang bercakap tentang persiapan Gelanggayu menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada tahun 1998.
"Flight you pukul berapa?" tanya aku.
"Dari Gelanggayu 4:30 petang. Direct flight so sampai Heathrow dalam pagi macam tu lah."
"Okay," kata aku.
"Hey, don't be sad. I will write you letters."
"Okay."
Natasha membelai-belai rambut aku.
"Kita dah more than five years together, kan? I'm sure we can survive another three?" kata Natasha, cuba memujuk aku.
"Okay."
"Dari tadi asyik okay je," Natasha hairan.
"Risau la, nak hantar girlfriend pergi oversea lama."
"I'll write you letters. I'll call you. Kalau ada duit I balik."
"Alright."
Selepas menurunkan barang-barangnya dan menghantar begnya di bagasi Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Jaafar, kami berpelukan dan bercium Perancis sebelum Cindy berpelukan dan menangis untuk merelakan pemergian sahabatnya jauh dari Wijayapura, dan Mrs Birgitt sebagai seorang ibu yang telah membesarkannya selama 21 tahun, dan mereka berpelukan sebagai seorang ibu dan anak.
"Take care yourself, mor. Cindy, take care yourself. Alan, I love you, wait for me, it's just three years, and I will be back for you."
Kelihatan mata Natasha bergenang melihat kami bertiga melambai saat dia mula menuju ke ruang menunggu pelepasan.
Lagu Richard Marx, Right Here Waiting berkumandang dalam kereta saat aku terus mengenangkan setiap saat aku bersama Natasha.
Oceans apart day after day
And I slowly go insane
I hear your voice on the line
But it doesn't stop the pain
If I see you next to never
How can we say forever
Wherever you go
Whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes
Or how my heart breaks
I will be right here waiting for you
I took for granted, all the times
That I thought would last somehow
I hear the laughter, I taste the tears
But I can't get near you now
Dari saat aku mula-mula nampak dia kat wedding Kak Maria, saat aku kacau dia masa dia jadi perpustakawan sekolah, atau masa aku masak untuk dia, atau saat kami bergelak ketawa di St Pierre.
Dia mungkin berlainan karektor dengan aku, tapi dia buat aku rasa cinta yang pertama. Mungkin ada banyak kali bergaduh, berselisih faham, dan isu Hanis merupakan isu paling getir, tapi, walaupun Natasha begitu, dia tetap setia dengan aku. Aku harap dia terus begitu.
Kereta tiba di rumah Mrs Birgitt dan aku hantarkannya pulang, sebelum aku menghantar Cindy ke rumah.
Dalam kereta aku hanya diam sahaja, tak cakap apa-apa. Cindy hanya pandang aku sahaja.
"Why are you becoming so cold to me, Alan?"
"Huh, what?"
"You, you cuba elakkan diri dari I."
"Look, I'm not on the mood to having a debate."
"I bukan nak debate. I nak tahu, kenapa you dah tak nak cakap langsung dengan I?"
"Sebab I sayangkan Nat, dan after peristiwa tu, I rasa susah."
"Ada I cakap tak kat Nat pasal tu? Tak, kan? Pandai makan, pandai simpan la."
"Cindy, you tak rasa guilty ke, buat macam tu kat your bestfriend boyfriend?"
"Guilty, tapi I can deal with it. Lagipun, dari kecik dia selalu dapat attention. I cuma tumpang sisa-sisa attention yang dia dapat."
"Cindy, this is Nat that we talking about. How could you say something like this belakang dia?"
"Stop the car."
Kau dah kenapa suruh aku berhenti kat kawasan gelap takde orang ni, gila?
"Stop the car!"
"Eh, nak stop kenapa? Tengah gelap-gelap macam ni."
"Stop."
"Okay, fine. Ish dia ni."
Aku berhenti di tepi bukit, menghadap laut.
Tiba-tiba dari belakang, dia seluk seluar aku.
"Let me blow your dick."
"Cindy!"
"Come on!"
"Cindy, not here, not now, no no no!"
Dia letak pistol kat tengkuk aku.
"Do as I say."
"Cindy, you gila ke?"
"Takde banyak kereta lalu sini, so you relax, okay?"
Aku boleh je tumbuk geng si Harry anak Datuk Mubin sampai patah gigi, tapi kenapa aku tak boleh nak lawan dengan Cindy ni?
"Cindy! Stop it!"
"I dah lama usha you. I dah lama stalk you. I dah lama geram dengan you. Alih-alih Natasha yang dapat. It's been a long time I've been waiting for this!"
"Cindy..."
"You nak I blow you or you nak I tembak you?"
"Please, not here. I bukan anjing liar nak main kat luar."
Dia buka seluar aku, kemudian dia campak bawah semak.
"Wei bodoh, kot yer pun kau gersang tak yahlah buang seluar aku kat situ. Gelap tu aku nak cari balik."
Dia terus blow aku, walaupun aku cuba melawan.
"Cindy, please."
"I don't care."
--
Dua jurukamera mengambil gambar dari sudut di mana Cindy sedang melakukan fellatio. Jelas muka dan badan Azlan.
Selepas gambar itu diambil, dua jurukamera itu terus menaiki kereta menuju ke bilik gelap mereka untuk mencuci foto yang diambil tadi.
Selepas selesai mencuci gambar, jurugambar itu menyerahkan gambar tersebut kepada seseorang dalam kereta yang bercermin gelap.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top