1990 part 1

"Duduk," kata Datuk Mohd Nor pada Natasha.

Peguam Datuk Abdullah, Encik David, duduk di sebelah Natasha.

"Sebelum arwah meninggal dunia, arwah ada pesan supaya aku jadi caretaker syarikat dia kalau apa-apa jadi pada dia, dengan bersyarat, Natasha dan Mrs Birgitt ada hak untuk bersuara. Dan Natasha hanya boleh menjawat syarikat ni selepas habis graduate degree. Ini dokumennya," Datuk Mohd Nor letakkan fail di atas meja.

Encik David membelek-belek dokumen itu.

"Whereas, Natasha kata dia tak setuju untuk I, selaku caretaker untuk lantik anak I, Damian sebagai wakil I untuk jaga company ni sementara dia di UK untuk study."

"I disagree, Datuk," kata Natasha.
"Jadi, you nak siapa handle company ni? I have my own company to handle. Damian anak I, why you have problem with him?"
"I don't like him!"

Mrs Birgitt cuba menenangkan Natasha.

"Don't get personal, sweetheart."
"But, mor..."
"Kalau you tak nak sign, I tak boleh nak jaga company ni. Melingkup ke apa, siapa nak jaga? Damian ada qualification, dia baru grade dari Harvard Business School. Rasanya takde problem kat sini?"

Natasha mencebik. Damian hanya tersengih.

"Please, Nat. It won't be long. Three years, then you can handle the company."
"Mor..."
"David, can you give her a little advice?"

Natasha terus keluar dari pejabat peguam tu, dan terus capai kunci kereta. Dia hanya duduk sahaja dalam kereta.

Setiap kali dia terpandang muka Damian, peristiwa dia hampir dirogol tu terus flashback.

Lagu Michael Bolton, How I Suppose To Live Without You berkumandang saat dia buka radio dalam kereta. Bercucuran air mata bila dia mengenangkan pemergian ayahnya.

"How I suppose to live without you, daddy?"

Pintu kereta diketuk.

Mrs Birgitt nak masuk dalam kereta.

"They agreed to discuss about this later. Honey, I know your issue with Damian, but for daddy, please tolerate about this. I cannot handle the company, so does you."

"Why daddy ask Datuk Mohd Nor for help? He's a scammer!"

Natasha terus masuk gear, dan memandu ke rumah.

--

Azlan

Aku sedang membelek buku sebab aku dah masuk final year, jadi aku kenalah rajin belajar. Sem lepas aku ngam-ngam B minus untuk melayakkan jadi MPP.

Sejak jadi MPP ni, keadaan makin sibuk dan aku ada banyak benda nak kena kejar. Dengan Pengetua suruh aku jumpa bermacam-macam jenis orang lagi, dengan pergi jumpa Tengku Aminah lagi.

Macam manalah hidup seorang Perdana Menteri macam Datuk Seri Azmi tu. Mungkin sebab tu yang banyak buat keputusan ialah Timbalannya.

Sama ada Datuk Seri Imad, atau sekarang ni, Datuk Rahizan.

Hafiz and gang banyak membantu aku dari segi pengurusan di pejabat Penghulu Pelajar. Dan Faiz bukan main seronok dapat equipment radio baru. Dia bercita-cita nak jadi DJ radio.

Radio Kolej18 FM pun kini dah berubah nama jadi Radio Universiti Wijayapura, 118.5 FM, dan kini bersiaran di seluruh Wijayapura.

Kami berjaya memohon lesen penyiaran radio dari Gabenor Wijayapura, Datuk Ibrahim Abu Samah, yang kebetulan kawan baik Pengetua.

Dengan ini, kami mampu menjana duit untuk aktiviti universiti serta dapat mewujudkan peluang pekerjaan.

Faiz baru-baru ni baru lantik Acap, vocalist band aku sebagai DJ, gantikan Mat Danger yang semakin sibuk dengan pelbagai kerja.

"Hello hello hello, DJ Acap Panjang on air sekarang. Kita bersiaran di konti pejabat Penghulu Pelajar Universiti Wijayapura. Apa khabar Datuk Penghulu?"

"Khabar baik, sibuk kat sini," aku bercakap seorang diri depan radio. Pandai pulak Acap ni promote aku.

"Untuk Penghulu Pelajar Universiti Wijayapura, saya sampaikan lagu terbaru dari Faith No More, Epic!"

Sukati kau la, Acap. Aku banyak kerja ni. Bebel la kau kat konti radio tu.

Pintu pejabat aku diketuk.

"Masuk," aku tutup buku aku.

"Tuan Penghulu Pelajar, ni ada pelajar nak minta tolong."

"Apa khabar?" aku hulurkan tangan untuk bersalam.

"Ayah dia meninggal semalam, dia nak balik kampung, tapi tak ada tambang."

Aku tengok muka budak tu sedih je.

"Sebentar, saya panggil setiausaha saya, Hafiz!"
"Yo!"
"Tabung Bantuan Pelajar limit boleh keluar berapa?"
"Dua ratus ringgit."
"Kampung awak tu kat mana?" aku tanya budak lelaki tu.
"Sungai Kelubi, kat Sri Kencanapura."
"Tambang berapa ke sana?"
"Tiga puluh ringgit."
"Lima puluh ringgit, cukup?" aku tanya budak tu.

Budak tu mengangguk kepala setuju.

"Siapa nama ni?"
"Hamzah. Hamzah bin Abdul Malik."
"Hafiz, kau bagi budak ni lima puluh ringgit dari Tabung Bantuan Pelajar. Duit nak balik sini, ada?"

Dia geleng kepala.

"Nah, ni duit aku, tiga puluh ringgit."
"Takpelah, nanti saya kena ganti."
"Kau ganti bila kau dah senang nanti. Sebab tu aku tanya nama penuh kau. Kat Padang Mahsyar apa-apa hal aku boleh tuntut."
"Terima kasih, bang."

Selain pengiklanan di radio, sumber kewangan kami juga datang dari event management dan kelas komputer yang dikendalikan oleh Din. Jadi, radio universiti ni keuntungannya kami split dua, 50% kami bagi kepada pihak universiti, lagi 50% kami masukkan dalam akaun bank koperasi Pejabat Penghulu.

Daripada situ barulah aku dapat bayar gaji Hafiz, Faiz, Acap dan Din. Sekarang ni kami sedang dalam proses nak beli Suara Kampus dari pihak universiti. Dalam proses nego harga.

Dan dari pejabat Penghulu Pelajar ini, aku belajar kenapa cashflow sangat penting untuk menjamin kesetiaan orang bawah kepada aku.

Dalam hal ni, aku banyak belajar dengan taikun media terkemuka, tak lain dan tak bukan, dengan Tengku Ariffin. Dia banyak memberi tunjuk ajar untuk aku bagaimana untuk menguruskan sebuah syarikat media dengan baik.

Pintu pejabat aku diketuk.

"Masuk."

Pengetua datang bersama Tengku Aminah.

"Wah, ada pejabat sendiri nampaknya?" tegur Tengku Aminah pada aku.
"Biasalah, jadi Penghulu Pelajar."
"Tertanya-tanya, bila Mat Danger nak jadi DJ radio lagi?"
"Mat Danger bersara dah. Banyak kerja sekarang. DJ Faiz ada, Dj Acap ada."
"Ok cashflow kat sini?"
"Dapat duit dari advertising, event management, kelas komputer."
"Since dah boleh buat event management, tak nak cuba bawa band luar masuk ke sini? Daddy I boleh tolong."
"Band apa?"
"Kalau boleh jangan yang melucah sangat lah. Sebab nanti kena gam masuk TV."

Aku terus panggil Faiz.

"Ada apa, Lan?"
"Duduk jap. Okay, cakaplah idea you tadi," kata aku pada Tengku Aminah.
"Macam ni, my dad, Tengku Ariffin, nak bawa band dari Ryukyu. Flipper's Guitar, pernah dengar?"

Faiz menggelengkan kepala.

"Dia main jazz, ada elemen shoegaze."

Faiz terbeliak pandang aku saat Tengku Aminah sebut shoegaze.

"Ngam sangat tu!"
"Kalau takde apa aral, kita nak buat masa April atau Mei. Kat sini, ok tak?"
"Jangan April atau Mei. Tu bulan exam. Buat bulan Julai. Semester baru start, orang pun banyak duit lagi," kata Faiz.
"Pada mulanya my dad minta saya cadangan. Saya cakap HouzeNoizy, tapi terlalu kecil. Jadi kalau Dewan Tuanku Canselor boleh rasanya."
"Boleh rasanya. Nanti kita teruskan perbincangan ni. Ni kad saya," Faiz hulurkan kad pada Tengku Aminah.

"I takde card. Name card I cuma IC yang ada nama my dad je."
"Nama Tengku..."
"Tengku Aminah. But you can call me Mina."

--

Tengku Aminah dan Pengetua jalan seiringan menuju ke kereta.

"Nampaknya Azlan telah berjaya membentuk pasukannya sendiri, Pengetua."

"Belum lagi. Masih banyak yang dia perlu belajar sebelum menjadi pemimpin kita."

"Saya yakin, jika Azlan mampu memilih orang-orang yang terbaik di sekelilingnya, dia mampu melakukannya. At last, dendam Tengku Ishak akan dapat dilaksanakan. At last, ramalan Sayyid Muluk berlaku juga."

"Jangan terlalu yakin, Mina. Dia tu mudah tersentuh emosinya."

"Pengetua, kalau katakan Azlan tak mampu melakukannya, Pengetua ada pilihan lain?"
"Pilihan lain? Pilihan lain tu tak ada, Mina. Sebab tu kau kena tolong dia, walaupun kau terpaksa khianati keluarga kau sendiri."
"Memang betul Mina khianati keluarga sendiri, tapi begitu juga daddy, sebab daddy tahu, kalau Tengku Norman berkuasa, habislah. Dia tu demagog. Kita perlu hentikan dia, walau apa cara sekalipun. Kalau terpaksa mengkhianati keluarga demi rakyat, Mina sanggup."

"Tak ramai orang muda yang berfikiran macam kau ni, Mina. Cuma aku ingin pesan pada kau, hati-hati. Rahsia ini terlalu besar untuk disorokkan kalau keluarga al-Daulah dapat tahu. Orang Sayap Kuning amat teliti pasal ni."

Pengetua belek surat khabar.

"Hmm, nampaknya pilihanraya semakin hampir," kata Pengetua.
"Kenapa?"

Pengetua tunjuk satu mukasurat akhbar besar, satu op-ed tentang ibu negara baru Gelanggayu.

Kota Warisan, ibu negara Gelanggayu untuk alaf baru

Dalam sebuah negara yang berdaulat, ibu negara biasanya merupakan tempat di mana pentadbiran negara itu berpusat.

Biasanya ibu negara itu terletak dekat dengan kawasan perdagangan agar ekonomi negara tersebut terus berkembang pesat.

Wijayapura telah menjadi ibu negara Gelanggayu al-Daulah sejak tahun 1000, apabila Raja Gautama I membuka kawasan ini.

Wijayapura menjadi pelabuhan tersibuk di dunia, yang menghubungkan timur dan barat, dengan menjadikan Gelanggayu sebuah negara yang makmur.

Tetapi kesesakan lalu lintas di bandaraya ini, disamping pencemaran udara dan air, sering menjadikan urusan kerajaan menjadi lambat dan tidak begitu efisien.

Terdapat beberapa langkah modenisasi di Wijayapura seperti pembinaan keretapi bawah tanah, pembinaan lebuhraya, serta sistem pengangkutan awam yang lebih baik, namun semua ini masih tidak dapat mampu menampung kehendak dan permintaan ekonomi Gelanggayu dengan baik.

Pada Rancangan Gelanggayu ke-7 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Azmi Ibrahim, ada mencadangkan agar ibu negara baru dibina bagi memenuhi keperluan semasa.

Selepas meneliti perancangan serta melihat impak pembangunan dari segi ekonomi dan ekologi, Kerajaan Persekutuan Gelanggayu memilih Kota Warisan sebagai ibu negara baru Gelanggayu.

Kota Warisan terletak kira-kira 100 kilometer dari Wijayapura, di kawasan yang berbukit bukau di Padang Tinggi, Geri.

Kawasan ini strategik kerana berhampiran dengan bandar tentera, Bandar Tun Zairi Abu Bakar serta terletak di kawasan yang strategik untuk pembangunan setempat.

Projek ini akan mula dibina pada tahun ini, dan dijangka siap pada tahun 2000.

Jika Raja Gautama membuka Wijayapura pada alaf yang lalu, kerajaan hari ini membina Kota Warisan untuk alaf yang akan datang.

"Banyaknya jargon untuk bohong orang dalam tulisan ni," kata Tengku Aminah. Dia belek suratkhabar tu.

"Wijaya Times, daddy kena buat kerja undercover la ni."

Pengetua hanya ketawa.

"Lupa nak beritahu," kata Pengetua.
"Apa dia, Pengetua?"
"Tok Aki kata, golongan pemberontak akan mulakan serangan. The resistance has begun."

--

Kimi dan Merlina duduk berdua sambil makan pop-ice gigit plastik tepi perasan sirap limau yang berharga lima sen satu.

"Kimi, tahun depan kau sekolah menengah kan?"
"Haah, apasal?"
"Mesti nanti kau makin sibuk. Kau dah tak nak tolong buatkan kerja sekolah aku lagi."
"Haha, jangan la cakap macam tu, Mer."
"Aku bosan la sekolah ni. Aku kalau ikutkan hati, aku nak berhenti je sekolah. Aku dah ada business sendiri kot."
"Mana boleh wei. Lagipun kalau kau tak pergi sekolah, kau takde sijil. Takde sijil macam mana kau nak buat loan bank?"
"Tak boleh loan bank ek kalau takde sijil?" tanya Merlina.
"Ye la. Kau kena ada sijil universiti."
"Hotak kau. Apek bengkel kereta tu start business tu mana ada sijil. Kau ni mengarut je la, Kimi."
"Takde la, susah kalau takde sijil universiti," kata Kimi.
"Ye lah tu. Kalau la ada teknologi, belajar benda kat komputer je. Tak payah pergi universiti lagi."
"Siapa nak iktiraf ilmu yang kau belajar tu kalau takde universiti?"
"Aku rasa kan, masa depan nanti, universiti kita tak payah ada bentuk bangunan. Kita bukak komputer je, semua ilmu ada kat situ."
"Mengarut la kau ni. Banyak tengok cerita Doraemon la kau ni."
"Bukanlah Kimi! Kau bayangkan, akan datang mesti ada teknologi yang macam tu punya. Hari tu masa abang Hafiz repair komputer aku, dia yang cakap camtu kat aku."
"Habis tu, kalau semua benda belajar dalam komputer, buku macam mana?"
"Buku akan ada je lagi. Tapi orang lagi senang baca kat komputer. Kalau zaman sekarang ni, kau nak tau pasal planet, kau beli encyclopedia pasal planet. Akan datang, kau taip je nama planet tu, semua benda ada tulis," kata Merlina.
"Susah aku nak bayangkan. Gila kau, mana muat semua buku dalam dunia nak masuk dalam komputer tu."
"Aduh kau ni, Kimi. Tak ada imaginasi betul lah!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top