1989 part 9
Azlan
Selepas talkin bacaan Yasin untuk arwah Datuk Abdullah, aku duduk seorang diri, termenung di tembok masa aku dan Hanis berjumpa di birthday Natasha dulu.
Aku pegang buku novel Mira Edora yang dia beri pinjam pada aku, dan aku renung nombor telefon yang dia pernah bagi dulu.
Hanis seorang yang periang, dan selalu bertindak di luar jangkaan. Dia bukan macam Natasha. Dia buat aku rasa, dialah orang yang aku ingin sentiasa bersama.
Sekarang, aku rasa menyesal, sebab atas amarah aku, Puncak Jaya FC kini dikenakan tindakan oleh GAF (Gelanggayu Association Football), badan persatuan bolasepak Gelanggayu kerana mengabaikan soal keselamatan.
Sementara itu, pasukan rival, Wijayapura United muncul juara liga sekali lagi. Nampaknya projek Puncak Jaya ini dalam masa gelap kalau ia berterusan begini.
Kemungkinan besar denda, dan mungkin digantung daripada menyertai liga. Semuanya sebab aku. Bayangkan, kalau orang tahu aku yang buat benda ni, aku dah tak boleh balik rumah lagi. Pergi mana-mana je akan dikecam, dan dicemuh.
Tapi aku tak peduli tu semua. Aku hanya fikirkan tentang dendam yang perlu aku lunaskan. Aku masih bersyukur yang aku tak kantoi dalam kejadian tu.
Pihak penyiasat mendakwa api dari flare penyokong terkena saluran gas dari paip dapur stadium. How convenient. Aku tak rasa penyiasat tu siasat betul-betul. Mungkin hanya sekadar nak siapkan kerja.
Atau mungkin ada orang yang ada kuasa melindungi aku.
Tapi, Tengku Ahmad hanya lepaskan share, dan Datuk Abdullah menanggung hutang berjuta ringgit. Aku rasa malu dengan Datuk Abdullah. Semua ni salah aku.
Mungkin betul kata Pengetua, aku perlu belajar lagi. Apa yang berlaku ini, menunjukkan realiti yang sebenar. Aku masih lagi mentah.
Tiba-tiba aku ditepuk bahu.
"Kau okay?" kata Pengetua.
"Entah."
Pengetua bakar curut.
"Aku bersimpati atas kematian Hanis dan kebakaran studio radio kolej tu. Aku harap kau jadi kuat. Dugaan ni berat, tapi kalau kau nak jadi pemimpin, kau kena ketepikan perasaan, dan memilih pilihan yang betul."
Aku pandang Pengetua.
"Aku tahu apa yang kau buat di stadium masa berlaku peristiwa tu."
"Macam mana Pengetua tahu?"
"Aku kan Pengetua kau. Aku tau semua yang kau buat. Aku yang bayar pihak penyiasat tu supaya tutup kes, dan senang untuk pihak kelab claim insurans. Lagipun ketua polis negara tu kawan aku."
Aku dah mula cuak. Berapa banyak benda yang dia tahu pasal aku ni?
"Kau marah dengan Tengku Ahmad, sebab Hanis selalu kena pukul dengan dia. Lepas tu, peristiwa studio terbakar tu, kau mahu balas dendam. Aku tanya kau, apa yang kau dapat lepas tu? Kepuasan? Sekarang ni, 26 orang telah terbunuh di tangan kau. 26 orang. Lepas tu, disebabkan peristiwa tu, Datuk Abdullah sakit jantung, dan meninggal dunia. 27 nyawa melayang atas sebab kau tak mampu mengawal perasaan dengan baik."
"Saya rasa saya memang tak layak jadi pemimpin," aku berterus-terang.
"Pernah dengar pepatah, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan?" tanya Pengetua.
Aku mengangguk.
"Dah kau pilih jalan ni, kenapa nak takut untuk kau patah balik pulak?"
"Maksud cikgu?"
"Tok Aki ada cakap kau kena jumpa dengan pakcik kau, Osman Kassim?"
Aku mengangguk. Pakcik aku kini mengetuai pemberontakan di Melaut, jadi perjumpaan ini bakal ditemukan dalam keadaan rahsia.
"Esok, Mina akan jemput kau. Kita akan ke Melaut esok."
"Kita ke Teluk Tenang?"
"Ya, kau, aku, Tok Aki dan Mina."
Selama ni aku benci kepada rasuah, rupanya rasuah yang menyelamatkan aku daripada masuk penjara.
--
Setiap kali aku keluar dengan Pengetua, rule pertama ialah berpakaian kemas. Jadi pagi Sabtu tu aku pakai necktie dan suit seperti selalu kalau aku nak jumpa dengan dia.
Tengku Aminah tiba dengan kereta Rolls Royce di depan asrama aku.
"Kau nak ke mana macam ni punya smart?" Hafiz yang baru dari tandas.
"Aku ada urusan."
Hafiz tengok depan asrama ada Rolls Royce. Dan ternampak awek cun dalam kereta tu.
"Peh, awek naik Rolls Royce."
"Tengku Aminah. Dia nak jumpa aku," aku capai beg pakaian aku.
"Kau nak pergi mana ni?"
"Melaut, aku pergi dua hari."
"Dengan anak tengku? Next level kau ni."
"Aku pergi dulu, Hafiz."
"Patutlah selalu awek melekat. Level James Bond dah roommate aku ni," kata Hafiz.
"Okay, gerak dulu."
Aku melangkah keluar dari asrama dan terlihat Pengetua dah tunggu depan koridor, pandang aku dengan muka yang sedikit marah, dengan tunjuk jam tangan menunjukkan aku dah lewat.
"Cepat sikit, kita tak boleh tertinggal flight."
"Kita naik flight?" tanya aku.
"Kau ingat kita ada masa nak naik kereta, besok pagi baru sampai?"
Aku mengangguk.
Pemandu Tengku Aminah buka pintu kereta untuk aku dan Pengetua. Tengku Aminah menghulurkan aku Tic-Tac.
Teruk ke nafas aku?
"Rileks, ambil je," Tengku Aminah kenyit mata pada aku sambil jatuhkan dua biji gula-gula Tic Tac ke tangan aku.
"Sebenarnya, aku nak bawa kau berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri," kata Pengetua.
"Datuk Rahizan?"
"Ya. Tapi kena jauh dari sini. Tu yang semua pergi ke rumah Tok Aki."
"Dorang ada kat situ?"
"Ya. Tok Aki dah sampai rumahnya semalam."
Kenapa aku rasa benda ni serius sangat?
Kereta tiba di lapangan terbang, dan aku pelik kenapa tak masuk bangunan, sebaliknya lalu di jalan yang dibuka pintu pagar apabila pemandu tersebut menunjukkan lencana tertentu.
Kelihatan sebuah private jet sedang tersedia.
"Kita naik private jet?"
"Ya, takkan naik tikar Aladdin pulak?" kata Tengku Aminah, ketawa.
Kami naik ke private jet, yang bergerak sebaik sahaja semua sudah naik.
"Ada apa ni?"
"Aku akan beritahu segalanya."
"Segalanya?"
"Ya, segalanya."
Aku duduk berdepan dengan Tengku Aminah. Dia senyum sahaja memandang aku.
"Kenapa senyum macam tu?"
"Awak kuat."
"Maksud awak?"
"Saya ucap takziah atas apa yang berlaku terhadap Hanis, dan Datuk Abdullah."
Aku mengangguk.
Penerbangan dari Wijayapura ke Tanjung, lapangan terbang terdekat dengan Teluk Tenang adalah dalam masa dua jam. Kalau naik kereta, satu hari.
Dalam masa dua jam tu, aku, Pengetua dan Tengku Aminah main blackjack.
Aku diberitahu bahawa Tengku Aminah merupakan wakil negara dalam pertandingan blackjack. Dia mewarisi dari Tengku Ariffin yang juga mahir dalam permainan kad.
Dari tengok cara shuffle card je dah tahu dia memang pandai main. Aku sendiri shuffle card berterabur. Dia boleh muka tenang sahaja.
Selepas mendarat di Lapangan Terbang Kuala Melaut, sebuah limosin sudah menanti kami bertiga.
"Roger, Ace has arrived!" kata seorang pegawai keselamatan bercakap melalui walkie-talkie.
"Roger," bunyi walkie talkie membalas kembali.
Aku terus masuk dalam limosin tersebut, dan Tengku Ariffin yang ada dalam kereta tu.
"Lama daddy tunggu?"
"Around 10 minutes. Tak ada lah lama sangat."
Kereta tiba di rumah ladang kobis, berhampiran dengan rumah Tok Aki.
Kelihatan semua dah tunggu aku.
"Ace, selamat hari lahir ke-20, jemput duduk," kata seorang pegawai yang juga berpakaian suit dan necktie.
Tok Aki pakai baju Melayu dan sampin. Begitu juga dengan Datuk Rahizan.
Aku gamam, tak tahu nak cakap apa. Aku pun terlupa hari ni hari lahir aku yang ke-20.
Datuk Rahizan bangun dan pandang pada aku.
"I knew you are The Chosen One since the beginning," kata Datuk Rahizan pada aku.
"In 10 years, we all going to launch a revolution, and Ace, you are our next leader," kata Datuk Rahizan, bersalam dengan aku.
10 tahun dari sekarang...1999?
"Dengar cerita dari istana, Tuanku Sultan Aminul Rasyid baru balik dari London, lepas baik dari bypass surgery. Paling lama dia boleh jadi Sultan, at max, 10 tahun. Kalau lebih pun mungkin 2-3 tahun. Pihak istana dah bersedia, kemungkinan Tengku Norman akan jadi Sultan Gelanggayu yang baru."
"Okay..., kenapa?"
"Tengku Norman ni psikopath. Megalomaniac. Sadistic. Kalau kita tak fight, matilah anak-anak kita."
"Kenapa saya?"
"Dalam masa 10 tahun, Jeneral Yahya akan melancarkan Revolusi Nasional, dan kemudian menggulingkan Tengku Norman."
"Datuk, Datuk kan under oath jadi Timbalan Perdana Menteri, yang taat setia dengan Tuanku."
"Taat setia dengan Sultan Aminul Rasyid, bukan dengan Tengku Norman," kata Datuk Rahizan.
"Maaf, terlewat," Osman Kassim tertunggu di depan pintu.
"Silakan duduk," kata Datuk Rahizan.
Aku terkejut bagaimana Timbalan Perdana Menteri, CEO konglomerat media terbesar negara, dan ketua tentera pemberontak boleh ada dalam satu meeting yang sama.
Aku juga diberitahu, yang ayah aku dibunuh, macam yang Tengku Aminah pernah beritahu aku. Jadi, kalau semua ni sebab akulah The Chosen One macam dalam prophecy Sayyid Muluk ni, peristiwa bakar studio radio tu berkaitan dengan aku?
"Stay salute, and say happy birthday, to our Ace," Datuk Rahizan mahu semua orang berdiri dan memandang aku.
Aku terketar-ketar saat aku mendengar lafaz ba'iah mereka semua kepada aku, Ace mereka untuk political move mereka di masa depan.
--
Selepas upacara itu, aku buka televisyen untuk menonton laporan Sukan SEA yang berlangsung di negara ini.
Ketika ini aku sedang menonton acara snooker wanita untuk acara pingat emas. Peserta dari Arroyo menentang peserta dari Gelanggayu, Wan Adilah Wan Radzi.
Eh, apasal nama dia ni macam aku pernah dengar ya?
Selepas lama aku menonton dan amati perlawanan ini, barulah aku sedar yang dia ni perempuan yang interview aku untuk Suara Kampus tempoh hari.
Boleh tahan juga dia ni main snooker. Silap-silap Ali yang jadi jaguh pusat snooker kat Puncak Jaya tu pun boleh kena tapau dengan dia ni.
"Wan Adilah menang ke?" tanya Pengetua yang baru masuk ke dalam bilik hotel.
"Pengetua kenal dia?"
"Anak Wan Radzi, ketua Sayap Kuning. Kau kenal dia?"
"Hari tu dia ada interview saya dalam Suara Kampus."
"Hati-hati dengan dia, Azlan."
"Kenapa?"
"Kau kena sedar, apabila kau sudah diangkat menjadi Ace, Sayap Kuning akan melihat kau sebagai potensi untuk menjatuhkan kedudukan mereka. Kau faham cakap aku?"
Entahlah, aku kadang-kadang rasa macam Pengetua nak kongkong hidup aku. Suka hati aku la nak kawan dengan sesiapa, betul tak?
"Azlan, kecikkan sikit bunyi televisyen tu. Aku ada panggilan penting," kata Pengetua.
Aku perlahankan bunyi televisyen, kemudian aku dengar sahaja perbualan Pengetua.
"White House? Yes, may I speak with Mr. President? Hey, George, how are you? How's Barbara? I need to discuss with you about our operation in West Berlin...yes, Operation Mindcraft. When are you returning to Texas? I see you at your ranch."
Aku dah tak terkejut langsung kalau Pengetua panggil Presiden George Bush sebagai George sahaja. Dahulu dia panggil Presiden Ronald Reagan pun nama Ron sahaja.
Apa yang Pengetua buat sampai dia jadi orang yang begitu penting, sampai dia boleh keluar masuk White House dan jumpa Presiden macam kawan sendiri?
Agaknya ini untuk kepentingan geopolitik Gelanggayu juga. Gelanggayu adalah negara yang terbesar di rantau Pentas Sunda, tapi mempunyai penduduk yang paling kecil. Gelanggayu ada 35 juta orang penduduk.
Sebagai perbandingan, Suvarnabhumi ada 50 juta, Dai Viet ada 70 juta, Majapahit ada 120 juta dan Arroyo ada 70 juta.
Dari segi geopolitical standpoint, ini sangat vulnerable.
Sebab itu hubungan Wijayapura dengan Washington kena kekal penting dan perlu ada base tentera Amerika di sini.
Dan aku dengar Pengetua ada rancangan nak membina satu senjata yang canggih di Bandar Tun Zairi Abu Bakar, yang dahulunya dipanggil sebagai Bandar X.
"Azlan, siap. Ikut aku pergi Texas untuk berjumpa dengan Presiden Bush."
Apa? Jumpa Presiden Amerika?
"Move, now!" jerit Pengetua ke telinga aku.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top