1989 part 8
Natasha
I memang tak boleh fokus main chess tadi dengan dia. I masih tak boleh terima, dari ramai-ramai perempuan, perempuan tu juga yang ada dengan dia.
I know dia tu anak kepada kawan my dad, but why dia selalu nak dekat dengan my Alan?
Sejak masuk universiti, dah jadi popular di universiti, dia dah jadi orang lain. He's not Alan I used to know.
I tak kata dia lupa diri. Dia still layan I dengan baik. Dia masih lagi datang rumah I, borak dengan my mom and my dad. But he's changing. Dia bukan Alan yang I mula-mula kenal masa wedding Kak Maria dulu.
I admit, I agak judgmental dengan kawan-kawan dia. Dulu, masa I gaduh dengan dia pasal Ali, dia tahan balik rumah jalan kaki sebab dia percaya his friends above everyone's else, termasuklah I sebagai girlfriend dia sendiri.
I sedar benda tu, and sebab tu lah I cuba rapat dengan Ali, and it did well. Ali pun okay dengan I.
But this girl, it left me scar inside my heart to see dia and Alan bermesra macam tu. You ingat I tak tau ke yang Alan selalu bermesra-mesraan, selalu keluar sama-sama dengan perempuan tu?
You ingat I boleh percaya ke kalau dia kata "we just friends"?
Wijayapura ni maybe a big city, but I have a lot of friends here and there. Bila I dapat tahu perangai dia macam ni, I selalu tanya diri I, apa salah I sampai dia buat I macam ni?
I tak nak break up dengan Alan. I believe kalau I mampu convincekan dia yang I truly love him, he wouldn't go anywhere. I still believe in him, walaupun ramai kawan I cakap I ni stupid.
Cindy, especially. But bukannya I tak tahu niat Cindy tu. I know she had crush on Alan for many years. No wonder la masa mula-mula tu Cindy kata dia ni playboy la.
But Alan wants me and that's why Cindy bukan main lebih-lebih cakap pasal ni.
But, despite that, I still in love with him. But I don't know what to do. Lagi pulak, next year I pergi UK, berjauhan dari dia. Lagi lah I tak tenteram.
I harap hati dia tak pernah berubah dari I. I still believe this relationship can be saved. Tapi, how to make that girl go away?
--
Azlan
"Kau perlu beri tumpuan kepada pemilihan MPP ni. Walaupun strategi radio kolej kau setakat ini nampaknya berjaya, tapi kalau kau asyik ponteng kelas dan selalu miss deadline assignment, markah gred semester kau akan rendah. Kau tau kan, untuk jadi MPP, paling rendah pun B-?" kata Pengetua pada aku di bilik Penggawa.
"Saya minta maaf, cikgu. Saya memang cuba untuk menang dalam pilihanraya ni."
"Tapi jagalah perkara hakiki macam markah gred semester ni. Janganlah sebab kau sibuk sangat dengan radio kolej tu, kau sampai lupa nak tumpukan pada pelajaran?"
"Saya siapkan semua assignment..."
"Tapi kau dah mula ponteng kelas. Kau dah mula buat perangai lama kau balik. Azlan, aku cuba sedaya upaya untuk beri laluan kepada kau, untuk mencapai cita-cita kau. Tapi kalau kau tak boleh nak dengar nasihat aku, apa yang aku buat ni, sia-sia."
Aku hanya diamkan diri. Nampak sangat kekecewaan Pengetua terhadap perangai aku.
"Cuba kau cakap dengan aku, apa masalah kau sekarang?" tanya Pengetua, sambil bakar curut, silang kaki.
"Tak ada masalah."
"Habis tu kenapa kau tak pergi kelas Dr Ariff tadi? Dia mengadu pada aku yang kau dah dua kali buat macam ni. Lagi sekali kau tak datang kelas tanpa surat doktor, memang dia barred kau dari masuk exam hall. Kau tak boleh masuk exam hall, kau rasa kau boleh lulus ke kalau core subject kau gagal?"
"Saya cuba pujuk Natasha tadi. Dia merajuk, sebab saya rapat dengan Hanis."
"Kau ni, ni bukan masalah, ini mencari masalah! Kau tau tak, dalam sejarah dunia, dah berapa ramai pemimpin kecundang di kaki perempuan? John Profumo, Menteri Kabinet Britain tahun 1963, terpaksa meletak jawatan sebab skandal seks dengan Christine Keeler. Datuk Aziz Dahalan, Menteri Pertahanan, dulu ada skandal seks dengan budak bawah umur, kena pecat dengan Perdana Menteri. Ada perempuan ni memang seronok, Azlan. Tapi kau kena ingat, seronok tu lah yang akan menjatuhkan kedudukan kau bila kau ada di atas nanti."
"Saya minta maaf, Pengetua."
"Fokus sikit, Azlan. Aku benarkan kau kerja dalam radio kolej tu, sebab dengan harapan, kau gunakan studio tu untuk kau sebarkan kempen kau. Tapi kalau kau ada kat situ sebab kau nak bercinta dengan sorang lagi gadis, lepas tu cinta tiga segi ni merosakkan reputasi kau, dan tumpuan kau pada hidup ni, jangan sampai aku larang kau, Azlan. Aku dah banyak bagi muka pada kau ni."
"Baik, Pengetua. Saya minta maaf."
"Kita ni lelaki. Jangan sebab perempuan, kita jadi lemah dan jatuh. Ingat pesanan aku tu."
"Faham," aku cium tangan Pengetua.
"Lepas ni kau nak ke mana?" tanya Pengetua.
"Tenangkan fikiran."
"Ni, lagi satu," Pengetua buka laci mejanya.
"Dah keluar surat layang dah ke atas kau. Orang cakap kau ni playboy, selalu kekah anak dara orang."
Aku baca satu per satu perkataan dalam surat layang tu. Tapi aku juga yang mulakan game ni. Aku syak ini permainan dari Kamaruzzaman.
--
Hanis dapat sepucuk surat di celah pintunya.
"Datang studio, ada hal penting."
Hanis fikir kawan-kawannya, atau mungkin Azlan mahu menyelesaikan masalah pagi tadi dengan baik. Jadi dia bersiap, kemudian terus berjalan ke studio.
Apabila dia tiba di studio, pintu terbuka, tapi tak ada orang.
"Kenapa biarkan pintu terbuka macam ni? Nanti orang curi equipment karang?"
Apabila Hanis masuk, tiba-tiba pintu dikunci dari luar. Hanis bau minyak tanah.
Beberapa saat kemudian, ada orang baling molotov cocktail dari tingkap. Studio radio terbakar, dan Hanis terperangkap.
"Tolong, tolong!" Hanis menjerit dari dalam, ketuk pintu dan panik untuk menyelamatkan diri.
"Tolong! Korang! Tolong!"
Api semakin marak. Banyak barang-barang musnah dijilat kebakaran. Hanis semakin lemas dengan asap dan bau kerosin yang makin menyesakkan rongga pernafasannya.
Dia sudah tak berdaya, sehingga akhirnya dia tersungkur.
--
Azlan
Aku tiba dalam jam 8:30 malam, dan nampak studio radio terbakar. Aku terkejut, dan terus bergegas ke sana.
Kelihatan pihak bomba sedang memadamkan kebakaran.
"Woi, bomba cakap ada orang dalam tu!" kata Faiz.
"Siapa?" tanya Din.
"Perempuan. Hanis ke?"
Aku terus panik, dan terus berlari menuju ke kolej kediaman Hanis.
Tapi entah kenapa gerak hati aku rasa, perempuan tu memang Hanis? Sebab siapa lagi yang ada akses untuk masuk dalam studio tu?
Setengah jam kemudian, bomba berjaya memadamkan api.
Aku dapat tahu dari roommate Hanis yang Hanis ke studio. Dari situ lutut aku pun jadi lemah, dan terus aku melutut dalam perasaan penuh pilu.
"Hanis...." aku menahan sebak. Tangan kanan aku menggenggam untuk tumbuk orang.
Siapa punya kerja ni, sialan!
--
Jenazah Hanis selamat dihantar ke rumah ibu bapanya keesokan hari. Aku tak dapat pergi, dan begitu juga dengan kawan-kawan yang lain.
Masing-masing sugul mengenangkan apa yang berlaku.
"Apa bising-bising tu?" kata Din.
"Orang nak pergi stadium, tengok bola."
Aku terfikir sesuatu yang jahat. Aku teringat bulan April lepas, semasa perlawanan Piala FA England antara Liverpool menentang Nottingham Forest di Hillsborough Stadium.
Orang berasak-asak untuk masuk ke stadium, sehinggakan mati ramai orang.
Hati aku merasakan ini kerja Tengku Ahmad. Aku dah lama berdendam sejak aku nampak muka Hanis lebam kena tumbuk.
Aku terus capai jaket aku, kemudian aku fikir satu perkara yang aku perlu lakukan untuk balas dendam.
Membakar stadium Puncak Jaya semasa perlawanan sedang berlangsung.
"Kau nak ke mana tu, Azlan?" tanya Hafiz.
"Ada urusan penting."
Aku terus memandu menuju ke stadium. Kelihatan orang ramai sedang menyanyi-nyanyi sementara menantikan perlawanan bolasepak antara Puncak Jaya menentang Ketil FC.
Sepak mula bermula jam 8:45 malam. Aku menunggu jam 9 malam, untuk aku memulakan kerja. Dalam perlawanan sedang berlangsung, aku menuang minyak petrol di bawah tempat duduk orang ramai.
Aku nampak ada orang nyalakan flare. Perkara ini biasa dalam budaya bolasepak. Jadi apa-apahal, mereka akan halakan isu bakar flare dan keselamatan stadium yang tidak dikawal ketat.
"This is for you, Hanis," aku bakar mancis dan aku light rokok. Lepas tu puntung rokok tu aku campak pada tempat aku letakkan minyak petrol tadi.
Kebakaran semakin merebak, saat aku melangkah masuk kembali dalam kereta. Aku mendengar suara orang menjerit, "panas, panas! Api! Api!"
Keadaan yang penuh sesak dengan orang yang sedang menonton bolasepak itu, menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.
Ya, aku bakar stadium kelab bola sepak daerah aku sendiri. Dah lama aku menanti detik ini. Aku percaya aku lepas.
--
Wijaya Times melaporkan seramai 26 orang mati akibat berasak-asak dengan 46 orang yang lain dikejarkan ke hospital akibat kecederaan dan kesesakan nafas.
Sementara itu, pihak pengurusan Puncak Jaya FC dipanggil pihak polis atas aduan orang ramai ekoran keselamatan yang tidak ketat sebagai punca kematian.
Disebabkan tidak tahan dengan asakan orang ramai, Tengku Ahmad melepaskan syernya dalam Puncak Jaya FC, dan ia dibeli oleh seorang jutawan yang menceburi bidang hartanah.
Datuk Mohd Nor membeli Puncak Jaya FC selepas memikirkan ia merupakan projek sahabatnya, Datuk Abdullah.
Apabila Datuk Abdullah mendapat tahu peristiwa ini, dia sakit jantung dan dikejarkan ke hospital.
Aku terus bergegas ke hospital bila dapat tahu yang Datuk Abdullah dimasukkan ke wad kecemasan.
Aku nampak Natasha sedang bersama Mrs Birgitt, yang risau tentang keadaan Datuk Abdullah. Aku terus berdiri di sebelah Natasha.
"Alan?"
"Nat, your dad okay?"
"Tak, dia sesak nafas sampai kena pakai oxygen mask. Semua pasal isu kebakaran stadium tu. Lepas tu, bila Tengku Ahmad lepaskan syer, dia dapat tahu dia kerugian 15 juta ringgit. Tu yang terus dia sakit tu."
Semuanya sebab aku. Tapi Tengku Ahmad terlepas macam tu je. Tapi aku sendiri pun tak pasti, adakah dia terlibat dalam peristiwa ni? Atau orang lain yang dengki dengan aku?
Tapi kenapa Hanis yang harus mati?
Doktor datang menuju ke arah kami, dengan wajah yang berat hati. Gerak hati aku, rasa yang ia mungkin sesuatu yang tak elok.
"Doctor, how's the condition of my husband?"
"I'm sorry, madam. Your husband died 5 minutes ago. Our team trying to save him, but he's losing his will to stay alive. I'm sorry again."
Natasha terus peluk aku, dan menangis. Aku hanya membelai rambutnya, sambil memikirkan betapa bodohnya tindakan aku.
1989, sama seperti 1976, pedihnya sama bila arwah ayah meninggal. Kali ini, Hanis dan Datuk Abdullah.
Aku takkan biarkan mereka ini terlepas macam tu je. Aku akan membalas dendam.
--
Adilah
Sorang bakar studio radio kampus, sorang lagi bakar stadium. Dan aku tahu dua-dua ni kerja siapa.
Orang kata, bunuh dua burung dengan satu batu.
Tapi aku akan simpan rahsia ni, sebab aku boleh mengugut jika mereka cuba nak halang hasrat keluarga Wan Demang untuk naikkan Tengku Ahmad sebagai Sultan.
Kalau si gila Tengku Norman tu ambilalih takhta dari Sultan Aminul Rasyid, alamatnya malapetakalah negara ni. Dia punya gila, mengalahkan Tony Montana dalam filem Scarface. Dia tak suka, dia main tembak je orang. Hari-hari hisap kokain.
Aku pun hisap juga tapi aku masih waras. Tapi yang lebih penting, daripada aku biarkan sepupu aku, Wan Amisha yang jadi Permaisuri, lebih baik aku je yang jadi Permaisuri. Dia tu dah la tak secantik aku, bimbo pulak tu.
Cuma kalau aku dapat naikkan Tengku Ahmad, dia mesti putuskan dengan Tengku Khairunnisa. Biar aku sahaja yang jadi Permaisuri lepas ni.
Cuma macam mana nak susun tu nanti. Ah, tapi nak naikkan Tengku Ahmad ni untuk dapatkan kuasa je. Kemudian barulah aku akan jadikan Azlan, sebagai lelaki pemuas nafsu aku.
Dia nak melawan, aku pegang rahsia dia. Kalau dulu aku bakar fail dia, kali ni aku ada semua buktinya. Dia akan ikut perintah aku, sekaligus memadamkan riwayat cerita Sayyid Muluk tu. Biar ia jadi dongeng semata-mata, hahaha!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top