1989 part 7

Azlan

"Hah, muka kau terpampang besar kat Suara Kampus punya paper. Aku nak cari paper ni gila susah. Biasa berlambak je kat kafetaria tu. Jual 50 sen pun tak laku," Hafiz campak suratkhabar ke meja.

"Kau ni dah tahap selebriti dah ni, Lan," kata Faiz sambil main game brick Tetris.

Aku belek akhbar tu.

--

Azlan bertanding MPP, mahu pelajar bijak komputer

Oleh: Wan Adilah binti Wan Radzi

Azlan bin Muhammad Niat, calon ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Wijayapura bagi sesi 1989/90, berhasrat untuk mendirikan kelas komputer sekiranya terpilih dalam pilihanraya kampus kali ini.

Azlan berkata, pada masa depan nanti, teknologi komputer akan menjadi semakin penting.

"Dengan kelas komputer, kita boleh belajar benda asas komputer seperti Lotus 123, kerana masa depan adalah komputer," kata Azlan dalam satu sesi temubual di studio radio Kolej18.

Azlan juga melabelkan dirinya sebagai seorang yang pragmatik, serta mahu merapatkan hubungan antara pelajar dan pihak pentadbiran universiti.

Beliau yang merupakan pelajar dari Fakulti Sains Politik dan Sains Sosial, dalam jurusan Geopolitik dan Perhubungan Antarabangsa, merupakan bekas pelajar Kolej Melayu Wijayapura, dan merupakan pemain keyboard untuk kumpulan electronic rock terkenal, Digital Tribe.

Ayahnya, Muhammad Niat, merupakan bekas juara catur negara sekitar tahun 1950an.

Beliau juga merupakan peminat ahli falsafah dari Perancis, Jean Paul Sartre, memberi pendapat tentang demonstrasi golongan belia di Jerman Timur sebagai "tuntutan untuk bebas dari cengkaman diktator".

--

Aku lipat balik surat khabar tu. Kemudian tersenyum.

"Macam baca surat cinta je kau ni, Lan. Tersengih-sengih," kata Faiz.
"Woi, woi, woi! Kasi la chance kat kitorang pulak. Natasha tu girlfriend kau. Dengan Hanis pun kau tangkap lentok, ni Adilah pulak. Tak payah la jadi playboy pulak," kata Hafiz sambil makan maruku.

"Entah, kesian la sikit roommate kau ni. Lama dia single," kata Faiz.
"Kalau aku terpilih jadi MPP, bila kau buat kelas komputer tu, ramai la awek masuk nak belajar," kata aku.
"Aku professional sikit bila mengajar. Takdenya aku nak kacau anak murid ni," kata Faiz.
"Poyolah kau. Padahal kau yang rancang nak cari awek lepas ni," kata Hafiz.

"Aku senyum bukan sebab makwe tu pun. Aku dah pernah jumpa dia pun. Duduk dekat dengan kawasan rumah aku. Selalu je nampak dia kat supermarket tempat aku kerja dulu. Aku senyum sebab strategi aku dah berjaya," kata aku.
"Ye la, aku cakap je, Lan," kata Hafiz.
"Kita ni jangan lemah pasal perempuan, Fiz. Barulah perempuan nak kat kita. Kau pun kena la improve sikit penampilan kau kalau kau nak dengan dia."

Hanis datang, pakai cermin mata hitam. Bibir luka, dagu lebam.

"Hanis..."
"Jangan tanya kenapa."

Semua pandang Hanis.

"Relationship kau dengan balak kau ni toksik, Hanis. Clash je lah," kata Din.
"Kalaulah sesenang tu."
"Kenapa?" tanya aku.
"Takde apa. Cuma nak cakap, mulai hari ni, saya letak jawatan dalam Radio18 ni."
"Hanis, come on la. Kita semua member kot," kata Faiz.

Hanis dah start menangis.

Tiba-tiba Natasha datang, nak cakap tentang laporan berita di Suara Kampus.

"Alan, apa perempuan ni buat kat sini?" tanya Natasha.
"Dia kerja sini. Jadi DJ radio."
"Patut la you beriya-iya nak jadi DJ radio kat sini! Mentang-mentang la jadi DJ tu semua perempuan kolej boleh klimaks bila dengar, you nak pasang skandal dengan dia ni pulak?"
"Nat, apa benda you merepek ni?"
"Perempuan ni kan yang cium you masa kat Teluk Chendana dulu kan?"
"Alan, gerak dulu," kata Hanis.
"Nanti dulu Hanis."
"I guess I don't belong here," kata Hanis.
"Nanti dulu!"

"Nat, lek Nat. Hanis ni, kawan kitorang. Dia memang kerja sini dengan kitorang," kata Hafiz.
"Kau diam!" herdik Natasha.
"Kenapa nak sound kawan I pulak?" aku terus terjah.
"Ooo, bila lepak dengan kawan-kawan I, you jadi kera sumbang, duduk one corner tak bercakap dengan orang. Bila kat sini, pandai pulak berkawan dengan orang?"
"Yes, because most of time memang I tak rasa belong to your friends pun. I selesa berkawan dengan dorang ni. Sebab bila lepak dengan kawan you, you guys tak share common interests pun. Kawan-kawan you pun tak share taste music macam dorang."
"Kenapa you nak bangkitkan isu ni balik? Balik-balik common interest! Balik-balik isu taste muzik! You ingat taste muzik you tu gempak sangat ke?"
"Sebab taste I gempak la I jadi musician, Nat."
"Aarrrghh shut up!"
"Weh, gerak dulu. Semak betul," Hanis terus gerak.
"Hafiz, kejar Hanis," kata Faiz.

Hafiz ke luar kejar Hanis yang mula berjalan di koridor.

"Sekarang, you nak apa?" aku tanya Natasha.
"I nak jaminan yang you takkan tinggalkan I bila I ke UK nanti."
"I rasa you yang akan tinggalkan I nanti. Lagi pulak si Luqman tu dah lama nak try you. Dia sekarang kat Wales. Sedang elok."
"You yang salah sangka pasal I. I sayangkan you, tapi sejak you kerja dengan radio ni, dating pun tak nak, call pun dah takde dah. Datang rumah pun takde dah."
"Nat, you tu final year. Banyak final project. Lagipun you pun bertanding jadi MPP jugak."
"Sama-sama busy, tapi kenapa I je yang selalu terhegeh-hegeh datang cari you?" kata Natasha.

Faiz bangun.

"Dah la, tak payahlah gaduh. Camnilah, Lan. Kau take a day off. Pergilah dating dengan Natasha. Takpe, aku handle studio ni, okay?" Faiz tepuk bahu aku.

"Dan Nat, rilek la. Hanis tu kawan kitorang. Aku tak tau la kalau kau ada bad history dengan Hanis, tapi dua-dua datang sini sebab dua-dua minat muzik dan minat jadi DJ radio. Kau tak boleh nak paksa Lan suka apa dia suka, apa dia tak suka."

"Boring betul la gaduh-gaduh ni. Habis hilang cakra kedamaian aku," Faiz terus ke konti dan pasang lagu New Order, Bizarre Love Triangle.

Memang celaka mamat ni bila pilih lagu.

--

Dalam kereta, aku diam sahaja. Sambil memandu, aku terus terfikir nak makan kat mi udang di Jalan Hassan semalam. Cuma, aku dengan Nat, jadi aku tak nak bocorkan tempat-tempat aku sangat.

"Nak makan kat mana?" tanya aku.
"Entah," Natasha berpeluk tubuh dengan marah.
"Entah tu kat mana?"
"Tak tahu," kata Natasha lagi.

Aku berhenti depan perhentian bas. Ada orang lalu lalang di situ.

"Hi, boleh tumpang tanya, tau tak kedai makan 'entah' kat mana? Girlfriend saya nak makan 'tak tahu'."

Budak perempuan tu gelak je dengan aku.

"Boleh tak simpan sarkastik awak tu, Alan?"
"You nak kita date, fine. I dah ambik day off. I nak ponteng kelas hari ni demi you. Sekarang, you pulak tiba-tiba entah, tak tahu. Dah kenapa?"
"Kenapa lately you dah jadi lain, Alan? Mana Alan yang dulu I kenal?"
"To be honest, I pun tanya soalan yang sama juga."
"Mana Alan yang segan dengan perempuan, yang pemalu dulu? Kenapa sekarang sejak semua orang kenal you, ramai gila perempuan nak rapat dengan you. You tak ingat ke, yang I ni dari dulu dengan you?"
"Ingat, sebab tu setiap kali perempuan datang, I akan cakap, I ada girlfriend. Siap sebut lagi nama you."
"Bohong! Lelaki tak boleh percaya."
"Kalau tak boleh percaya, kenapa couple dengan lelaki macam I? Pergi la jadi lesbian, sana."

Natasha mencebik.

"You're overthinking, Nat. I dengan Faiz, Hafiz, Din, Hanis, semua lepak je, kawan. Dulu masa mula-mula kita couple pun, you tiba-tiba nak halang I kawan dengan Ali. Cuba you rapat dengan dorang, elok-elok, maybe dorang boleh lepak je dengan you."
"Tapi kenapa setiap kali kita gaduh, isu pasal kita tak sama style, tak sama taste music, mesti you nak bangkitkan?" tanya Natasha.
"Sebab realiti memang macam tu. I suka A Flock of Seagulls dan New Order, you suka Madonna dan Cyndi Lauper. I suka dress up rugged, you suka dress up macam Molly Ringwald. And I'm okay with that, cuma I tak boleh masuk dengan kawan-kawan you je. Dah la, jom gerak. Kita makan kat Ayam Goreng Pak Harun je lah."
"Tak nak."
"Nak makan apa?"
"Sukati you lah."
"Camtu Ayam Goreng Pak Harun."
"Tak nak."
"St. Pierre?"
"Tak nak."
"Pempek Kundur kat Restoran Kwantung?"
"Tak nak jugak!"
"Habis tu?"
"Sukati you lah."
"Okay, let's go random."

--

Last-last aku berhenti makan rojak kat depan area rumah aku. Tapi aku terkejut bila nampak dah mula orang taman aku pakai jersi team Puncak Jaya FC. Aku tersenyum, tapi dalam masa sama, aku rasa marah, sebab apa yang Tengku Ahmad tu buat pada Hanis.

I'm going to work my ass off until I have ability to avenge for Hanis!

Lepas makan rojak, aku decide untuk berhenti di rumah Natasha.

"Jom?"
"Buat apa berhenti depan rumah I?"
"Ada dendam belum tertunai."

Natasha berkerut dahi.

Aku keluarkan papan catur.

"Alan, dah dua tahun pun masih tak puas hati ke I kalahkan you?" kata Natasha.

"Yes," kata aku.
"Fine, kita lawan."

Aku dan Natasha masuk ke rumahnya, dan duduk di kerusi sofanya.

Entah macam mana hari tu dia banyak buat blunder. Banyak kesilapan-kesilapan kecil dia yang menyebabkan aku berjaya mendominasi permainan.

Tinggal lagi tiga step sebelum aku berjaya nak checkmatekan dia, dia jatuhkan kingnya.

"I resign," kata Natasha.
"Kenapa?"
"Takde guna pun I teruskan match ni. You dah nak menang dah pun. Bishop I dah habis, rook I pun you dah habiskan. Queen I, tadi I blunder. Most of my pawns pun tak boleh gerak mana. You win."

Natasha menghulurkan salam.

"You're getting better. Congratulations. I nak naik atas dulu."

Kenapa dia macam dingin je dengan aku? Takkan kalah chess jadi macam ni?

--

Adilah, Mina, Mastura dan Cindy bertemu untuk membincangkan tentang situasi Azlan dan Natasha, yang dikatakan sedang bergaduh.

"Betul ke Cindy, Alan tengah gaduh dengan Nat?" tanya Mastura.
"Dia kan your cousin, why don't you ask her?" kata Cindy.
"I dah tahu dah sebab apa," kata Adilah.
"Sebab apa?" tanya Mina.

Adilah tahu Mina ni ada niat untuk dapatkan Azlan juga. Tak padan dengan budak sekolah. Jadi, niat Adilah untuk trigger Mina.

Adilah tahu psikologi Mina yang suka membakar. Dia tahu habit Mina ni sebab Adilah satu sekolah dengan Mina, dan Mina pernah ada rekod bakar orang. Orang panggil dia Crazy Mina.

"Sebab she found out Azlan was secretly dating dengan Hanis. Alah, lagipun, Hanis tu selalu je ada kat studio kat situ. Entah-entah selalu berenyam kat situ," kata Adilah.

Mata Adilah menjeling ke arah muka Mina. Ternyata mukanya merah padam dan sedang marah.

Rancangan Adilah untuk triggerkan Mina sudah berjaya. Kalau apa-apa yang Mina buat, pasti akan ditutup oleh Sayap Kuning sebab sudah menjadi tugas mereka melindungi keluarga al-Daulah, dan menghapuskan bukti jenayah yang mereka lakukan.

Orang tengah terbakar, Adilah tinggal curahkan minyak petrol sahaja.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top