1989 part 4

Sidang media di Seri Bendahara hari ini menarik ramai para wartawan dari dalam dan luar negeri. Bersesak-sesak wartawan berhimpit-himpit mencari ruang untuk kamera televisyen.

Masing-masing menanti pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Azmi Ibrahim untuk mengumumkan timbalannya.

Ramai pemerhati politik menjangkakan Datuk Rahizan bakal menjadi timbalannya, sekaligus 'proses menghalau' golongan Pro-Imad bermula.

Mereka menanti Perdana Menteri untuk membuat pengumuman.

Beberapa minit kemudian, Perdana Menteri keluar bersama Datuk Rahizan, yang kedua-duanya memakai songkok dan suit hitam, seperti baru pulang dari Istana Negara.

"Assalamualaikum, semua," Perdana Menteri mula memegang rostrum. Latar belakang jata negara Gelanggayu, menunjukkan pengumuman penting bakal diumumkan.

"Hari ni, ada dua perkara yang nak saya umumkan. Pertama, selepas bertemu dengan Baginda Sultan Gelanggayu, Sultan Aminul Rasyid Jalaluddin Syah al-Daulah, baginda telah memperkenankan perlantikan Datuk Rahizan sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru."

Pancaran cahaya kamera berpancaran ke muka Datuk Seri Azmi dan Datuk Rahizan, yang tersenyum lebar depan kamera.

"Sehubungan dengan itu, sekiranya saya berada di luar negara atau bercuti, Datuk Rahizan yang akan memangku jawatan saya."

Datuk Rahizan tidak dapat menahan senyumannya saat Datuk Seri Azmi melafazkan ayat itu.

"Dipersilakan, Datuk Rahizan, untuk bercakap sepatah dua," Datuk Seri Azmi berundur dan Datuk Rahizan mara ke rostrum.

"Assalamualaikum, kepada semua para media yang hadir, saya dengan ini bersyukur ke atas hadrat Ilahi, dan merafak sembah terima kasih atas perkenan Paduka Baginda Sultan, ke atas perlantikan saya selaku Timbalan Perdana Menteri. Saya juga berterima kasih, kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Azmi Ibrahim, atas perlantikan ini. Saya berjanji, atas perlantikan ini, saya akan terus memikul amanah ini dengan sebaiknya. Seterusnya, jemput Perdana Menteri, untuk kembali ke rostrum, untuk pengumuman kedua."

"Pengumuman kedua, ialah berkenaan ibu negara baru Gelanggayu, yang akan mula dibina pada tahun hadapan. Selepas empat tahun kita dalam proses timbang kira, dan penilaian dari segi ekonomi, strategik dan pelbagai sudut dari jangka panjang, jemaah Kabinet telah bersetuju, bahawa tapak ibu negara baru Gelanggayu, yang diberi nama Kota Warisan, akan didirikan berhampiran pekan Padang Tinggi, dan fasa pertama dijangka siap pada tahun 2000. Kerja meratakan tanah akan bermula tidak lama lagi."

--

"Datuk Seri Azmi telah bertindak dengan adil dalam hal ini, dia bagi Jeneral, Rahizan. Tapi dalam hal projek ibu negara, dia bagi Tengku Norman. Rasanya both sides pun ada yang tak puas hati, but kalau daddy dalam situasi Azmi sekarang, daddy pun akan buat macam tu," kata Datuk Hamdi yang berbincang dengan anaknya, Shahrizal.

"So, what is our next move?" tanya Shahrizal.
"Dari apa yang daddy baca right now, Jeneral nak kita align dengan Rahizan. Tapi bukan sekarang. Right now, Rahizan baru nak bina coalition dia. Kita carry on je jadi pembangkang, until the tide has turn. Then, kita boleh buat move kita."
"Tak boleh ke kita buat move dulu? Takkan semua benda kita kena tunggu Jeneral?" tanya Shahrizal.
"Son, dalam hal ni, gajah sama gajah bergaduh, kita yang kancil ni jangan ada kat tengah-tengah. Buat masa ni, kita dapat dana pun dari Jeneral. Kalau kita salah langkah, bahaya. We better be careful. Both are not easily forgiving."

--

Datuk Seri Abdullah menonton sidang media secara langsung melalui TV di katil wadnya.

"Well, there goes my billion dollar project, gone by the wind," Datuk Abdullah menggenggam tangannya, marah.
"Daddy, sabar."

Aku hanya berdiam diri, memandangkan aku tahu, puncanya daripada aku, yang telah menggagalkan Datuk Ghani apabila beliau tewas mengejut dalam pilihanraya 1986.

Terpaksa Datuk Abdullah downscale projek itu menjadi kawasan bandar baru sahaja, memandangkan kerajaan negeri Kenidiri tidak berminat untuk ibu negeri baru, kerana kurang kemampuan.

Tapi dulu pun dia dah pernah bincang dengan aku dulu, apa perlu dia buat kalau tak dapat jadi ibu negara.

Tapi aku faham, orang kalau rugi sampai berbilion ni mestilah ada sakit hati bila situasi macam ni. Tapi aku percaya, Pengetua takkan biarkan macam tu je.

Dah pasti ada percaturannya.

Cuma itulah, Datuk Abdullah makan hati dengan sikap Datuk Seri Azmi, yang pada akhirnya membuangnya begitu sahaja, dan marah dengan Tengku Mahkota, Tengku Norman kerana merampas projeknya.

"Masa melawat dah tamat," kata jururawat kepada aku dan Natasha.

"Saya balik dulu, Datuk."

Aku salam cium tangan. Natasha pun turut ikut serta.

"Boleh nampak your dad marah dengan Tengku Norman," kata aku melangkah keluar dari wad Datuk Abdullah.
"So, macam mana plan kita?"
"Kita tak boleh buat untuk ni buat masa sekarang, Nat. We are powerless right now. Mungkin akan datang kita boleh lakukan sesuatu."
"Jangka masa?"
"Lagi 20 tahun. Nak persuade majoriti rakyat untuk buat benda ni, makan masa. Let's finish our first mission dulu, dengan menang kerusi MPP."
"Nak tak, kita jumpa Datuk Rahizan? Dia kan Timbalan Perdana Menteri?" tanya Natasha.
"Bukan sekarang. Tunggu saki baki orang Datuk Seri Imad dibuang oleh Datuk Rahizan, barulah kita boleh bertindak."
"Nanti apa kata Az?" tanya Natasha.
"Itulah, nampaknya kita kena bahagi dua tugas ni, Nat. You handle Datuk Rahizan, I handle puak Datuk Syafie. Kita discuss dalam kereta."

Dalam kereta, aku membincangkan idea aku dengan Natasha. Tugas Natasha, ialah berbaik-baik dengan Datuk Rahizan dan bina connection dengan office TPM di Seri Bendahara.

Tugas aku pula ialah mengajak Datuk Syafie dan pengikutnya, untuk keluar parti. Sama ada tubuh parti baru, atau bergabung. Tapi ini pelan jangkamasa 10 tahun. Apa-apa pun boleh berlaku.

--

Datuk Rahizan melangkah masuk ke pejabat Timbalan Perdana Menteri. Dia tersenyum puas.

"Akhirnya...tapi ini bukanlah yang terakhir..."

Dia melangkah ke mejanya, kemudian duduk di kerusi. Dia pegang meja.

"Macam ni rupanya meja orang nombor dua paling penting dalam kerajaan. Tapi, sampai bila nak nombor dua, kan? Lagi 10, 11 tahun, bila ibu negara baru Kota Warisan siap, aku akan pastikan aku orang pertama yang merasa pejabat Perdana Menteri, di ibu negara yang baru," dia bermonolog dalam hati.

Untuk menyusun langkah, dia memikirkan apa dia perlu buat untuk misinya, menjadi Perdana Menteri pada tahun 2000.

Dia mendial telefon.

"Bakri, datang sini jap," seperti biasa, dia menghubungi setpolnya.

Datuk Bakri datang.

"Ya, Datuk?"
"Malam ni saya nak buat meeting. Tolong book conference room di Hotel Hilton, jam 9 malam ya?"
"Datuk nak jemput siapa?"
"The usual suspects," kata Datuk Rahizan, senyum. Sebagai setpol yang dah lama bersama, Datuk Bakri mengangguk faham.

--

Azlan

Aku dipanggil duduk bersama Datuk Syafie, anak-anaknya, Izham dan Az, dan beberapa konconya untuk membincangkan tentang apa yang perlu dilakukan.

"Susah macam ni, Datuk. Datuk Rahizan bila dah jadi Timbalan, dia ada pengaruh besar bila nak mengatur calon pilihanraya nanti."

"Silap-silap orang Datuk Rahizan tapau semua nanti."

Datuk Syafie diam, dan berfikir, apa keputusan yang perlu dibuat.

"Kita keluar parti! Tubuh parti baru!" kata seorang hulubalangnya.

"Kos. Kita dah tak banyak duit sejak Datuk Seri Imad meninggal dulu," kata Izham.

Az mencuit lengan aku.

"Apa dia?"
"Kau ada idea?"
"Ada."
"Apa dia?"
"Kalau aku cakap, abah kau kasi ke?"
"Cakap dulu, kalau bagus, why not?"

Az bangun.

"Saudara Azlan, dia kata ada idea."

Mata semua memandang ke arah aku. Aku berdehem, membersihkan kerongkong.

"Kalau tengok keadaan sekarang, kemungkinan pilihanraya akan datang, kalian semua takkan dapat jadi calon. Silap-silap Datuk Syafie pun tak akan dapat tempat. Ada yang cadangkan, keluar parti, tubuh parti baru. Agak adventurous, tapi kos tinggi. Kita nak daftar ROS lagi, nak design logo baru lagi. Semua tu leceh. Jadi, saya ada satu cadangan."

Aku membelek pada kertas, yang aku conteng tadi.

"Saya mencadangkan kita keluar parti, dan beramai-ramai menyertai Parti Gagasan Ummah Bersatu. Kenapa? Sebab dia parti kecil, menang cuma 3 kerusi Parlimen sahaja. Daripada 144 kerusi Parlimen yang dimenangi Parti Persekutuan, saya rasa lebih daripada separuh adalah orang Datuk Seri Imad."

"Takkan kita nak join parti dakwah camtu pulak? Dengan badan tattoo apa semua ni, camana?" kata kepala gangster Gagak Merah.

"Sabar dulu. Pendapat saya, ialah mereka parti kecil, kita lagi ramai. Kita masuk parti tu, dan dalam pemilihan parti tu, kita pilih orang kita. Dengan cara ni, barulah kita boleh ada parti baru, tanpa buat parti baru."

"Kau boleh kawtim ke dengan parti tu, Azlan?"
"Boleh. Yang penting, jumpa dulu. Saya ada orang yang kenal dalam Majlis Syura parti tu."

Az menepuk bahu aku.

"Aku rasa bapak aku patut ikut kau."
"Ya, Datuk Syafie, Izham, Az. Saya rasa inilah cara terbaik untuk kecilkan pengaruh Datuk Rahizan."

Datuk Syafie mengangguk.

"Boleh cuba, esok aku akan call Tuan Haji Syaaban, Presiden Gagasan Ummah. Atau, aku ada satu lagi pilihan."

"Apa dia, ayah?" tanya Izham.

"Bukit Istana."

Bukit Istana merujuk kepada ahli kerabat diraja al-Daulah.

--

Datuk Rahizan dan 'the usual suspects' sudah berkumpul di conference room, Hotel Hilton.

"Aku dapat mencium rasa, bahawa tahun depan, Datuk Seri Azmi akan bubarkan Parlimen. Orang dalam ada mengatakan, dari 144 ahli parlimen Parti Persekutuan, 80 orang semuanya orang kuat Datuk Seri Imad. Takut bentang belanjawan, tak cukup korum, kena usul undi tak percaya," kata Datuk Rahizan.

"Walaupun Datuk Rahizan dah jadi Timbalan Perdana Menteri, takde jaminan kedudukan kita stabil," kata MP Sungai Lalang, Jamil Shaari.

Haji Ghani, bekas ahli Parlimen Teluk Chendana yang tewas dengan Haji Kasbi, bersuara mahu membalas dendam akan kekalahan lepas.

"Okay semua. Macam tu, kita dah kena bersedia. Gendang perang akan mula dipalu tak lama lagi," Datuk Rahizan bangun dari kerusi. Semua terus berdiri, dan kemudiannya menunggu di tepi laluan untuk bersalam dengan Datuk Rahizan.

--

Wan Radzi dan Tengku Norman duduk berdua di clubhouse mereka.

"Mereka akan buang orang-orang Imad, dan gantikan dengan orang-orang Rahizan dalam pilihan raya akan datang. Apa buah fikiran kau dalam hal ni, Radzi?"

"Pada fikiran saya, Tengku, Datuk Seri Azmi memang play safe kat sini. Takpe, kita backing dia dulu. Tapi, kalau tidak, saya boleh contact kawan saya untuk tolong untuk jatuhkan Rahizan," tanya Wan Radzi.
"Siapa kawan kau tu?"
"Tok Aki. Orang yang boleh lawan dengan Jeneral Yahya. Dia sanggup bekerjasama dengan kita, tapi kita kena Islamik sikit lah," kata Wan Radzi.

Tersembur wiski Tengku Norman.

"Islamik? Kita tengah mabuk ni, lepas tu kau nak suruh kita join mereka?"
"Apa kata, kita jumpa dengan Tok Aki ni dulu. Tok Aki ni tahu kelemahan Jeneral."
"Islamik pun Islamik la, janji kita boleh halang move Yahya berdebah ni," kata Tengku Norman.

--

Pengetua sedang duduk seorang diri, sambil menulis notanya. Dia tahu di Seri Bendahara, Datuk Seri Azmi telah buat political move untuk memperkukuhkan dirinya, dengan melantik Rahizan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Tapi move ini sebenarnya memperkukuhkan Tok Aki, sebab Rahizan pun orang Tok Aki, hubungan mereka melalui kumpulan Zamrud Hijau.

Asalnya kumpulan Gagak Merah dan Zamrud Hijau ni dari satu kumpulan, tetapi politik mereka berubah selepas merdeka terutamanya dalam berebut kawasan.

Kerana itu Ali dihantar ke Suvarnabhumi untuk belajar selok-belok dunia bawah tanah ni. Kerana misi Yahya adalah mahu menyatukan semua untuk menyokong Azlan.

Dia tahu, Ali di sana dalam keadaan yang baik. Dia tahu Ali boleh memimpin kumpulan itu dengan baik. Sejak Mamat meninggalkan Songkhla, Yahya yang menghulurkan dana kepada Awe Bamrung dan Man Pattaya, dan menyokong gerakan Pattani merdeka yang diperjuangkan oleh ayah Mawar dahulu.

Tetapi Awe Bamrung dan Man Pattaya menyangka wang itu datang dari Mamat, tetapi sebenarnya dari Yahya.

Yahya tahu geopolitik di Pentas Sunda ini macam ni permainannya. Semua negara bagi duit kepada pihak separatist untuk melemahkan sesama negara Asia Tenggara.

Gelanggayu fund gerakan separatist Pattani di Suvarnabhumi, dan gerakan pembebasan Moro di selatan Mindanau di Arroyo, Suvarnabhumi pula fund gerakan separatist Lamas di Wilayah Utara, Majapahit fund gerakan separatist di Melaut, Gelanggayu dan Temasik fund gerakan separatist Acheh, Australia fund gerakan separatist Papua, dan Kwantong dan Suvarnabhumi fund Khmer Rouge untuk melemahkan pengaruh Dai Viet.

Dan selaku negara yang berada di tengah-tengah rantau ini, Gelanggayu perlukan pemimpin yang pakar dalam hal yang sebegini. Sama ada perlu lebih kuat daripada jiran yang lain, atau dipijak jiran yang lain.

Kalau dahulunya, Pentas Sunda ini begini juga.

Kemudian Gelanggayu dan Konbaung yang merupakan sebahagian dari British Bharat, dijajah British. Dai Viet, Khmer dan Lao pula dijajah Perancis, sementara Kundor-Sumatera dan Majapahit dijajah oleh Belanda, dan Suvarnabhumi merdeka.

Ini kerana kecemerlangan rajanya, Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn mengawal polisi luar.

Yahya berfikiran akan datang konflik pasti akan berlaku juga. Gelanggayu harus ada pemimpin seperti Mongkut dan Chulalongkorn.

Situasi di penghujung Perang Dingin mungkinlah memperlihatkan komunisme semakin runtuh, hasil perancangannya dengan agen KGB yang membelot, Vyacheslav, yang merupakan kawan baiknya.

Selepas tamat Perang Dingin ini, Yahya menjangkakan Amerika Syarikat akan menjadi superpower, namun kebangkitan Kwantong selepas Deng Xiaopeng membuat dasar buka pintu ekonominya juga tidak boleh dipandang rendah.

Satu hari nanti, Amerika Syarikat akan bertembung dengan Kwantong, dan perebutan Kepulauan Spartly di Laut Wijaya ini sudah pasti akan membuatkan Gelanggayu tersepit.

Sebab itulah Azlan dihantar ke jurusan Geopolitik dan Perhubungan Antarabangsa, disamping Yahya sendiri akan mendidiknya untuk menjadi Sang Penguasa.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top