1989 part 2

Azlan

"Kau kenapa termenung jauh ni?" tegur Joe Kambing, yang merupakan bassist kepada Digital Tribe.

Orang panggil dia kambing bukanlah sebab dia berbau kambing, tapi ayah dia berniaga lamb chop di tepi jalan. Aku ikutkan nak je bawa Natasha ke sini, tapi sebab dia mungkin dah biasa makan di St Pierre, aku malas la.

Hari tu steak dia termasak lebih sikit pun dia dah bising. Natasha ni kalau nak makan steak, dia suka medium rare je.

Aku jenis tak kisah. Kalau orang buat rare pun aku makan, orang buat level well done pun aku makan. Level congratulations pun aku makan.

Anyway, hari ni ada meeting band Digital Tribe. Tujuan aku dipanggil ialah sebab mereka dapat jemputan dari Universiti Wijayapura, universiti aku untuk perform sempena graduation day.

"Takde tempat lain ke nak perform?" kata aku, melepaskan keluhan paling berat.
"Ala Lan, kau pun perform pakai helmet kau tu. Orang takkan cam kau punya."
"Kepala hotak kau orang tak cam aku. Hari tu aku hampir-hampir kantoi, budak kelas aku nampak aku pakai helmet tu."

Just in case, Digital Tribe ni dibarisi oleh Acap (vocalist), Joe Kambing (bassist), Abu Kidal (guitarist), Jamal (drummer) dan Mat Danger (keyboardist/guitarist), iaitu aku.

Aku dah pernah cakap kan, aku pakai helmet tu sebab aku tak nak orang cam aku.

"Aku paling pelik kan, dalam ramai-ramai antara kita ni, si Mat Danger ni paling ramai gadis yang kejar. Selalu vocalist ke, guitarist ke," kata Acap, sambil kunyah lamb chop.

"Entah, mana je kita perform, semua para gadis tanya, Mat Danger mana? Buat penat je aku goreng gitar macam Malmsteen," kata Abu Kidal.

"Sebab style doh pakai helmet sambil perform," kata Joe Kambing.

"Weh, apa kata kau buat gimik?" kata Jamal.

"Apa dia?"
"Memandangkan dah ramai gila para gadis tanya siapa Mat Danger, apa kata kau bukak je helmet kau masa performance tu nanti. Mesti confirm kita punya demo kaset akan laku keras!" kata Jamal pada aku.
"Ah, tak nak la aku."
"Come on Lan, do it for the band la."
"Kalau para gadis kejar aku, mampos aku. Natasha aku macam mana?"
"Kalau gadis kejar kau, kitorang kawan-kawan la akan membantu. Kau tau, aku dapat tau baru-baru ni, kita dah ada fan club, kau tau tak? Ada perempuan, orang Kwantung tapi duduk sini..." Joe Kambing cerita dengan excited.
"Cindy..." aku terus je jawab. Aku dah tau siapa.
"Kau kenal ke budak perempuan tu? Kau ni, hero para gadis seluruh Gelanggayu la, Mat Danger. Macam mana kau kenal dia?" tanya Acap.
"Kawan Nat. Budak kelas aku dulu tu."
"Payahlah semua Nat dah block kau. Susah la kau nak jadi kasanova, Lan!" kata Abu Kidal.

Semua berdekah ketawa.

"Joe, kasi aku lamb chop satu!" kata Acap.
"Jap, aku cakap dengan bapak aku."

Tapi aku terfikir cakap Jamal tadi, kalau betul la gimik tu berjaya, aku boleh berkempen untuk pilihanraya kampus tahun ni.

Basically pilihanraya kampus di UW macam ni, setiap ada 20 kolej kediaman dalam universiti.

Kolej kediaman ini akan memilih 10 orang untuk pentadbiran pelajar di peringkat kolej. Daripada 10 tu, ada tiga orang akan dipilih untuk ke Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Ahli MPP ni kira macam ahli parlimen, tapi peringkat kampus. Jadi jumlah kerusi ada 60 la kalau macam tu.

Kalau betul la karektor Mat Danger aku ni diminati para gadis, kalau aku buka helmet, mesti ramai akan mengundi aku, ye tak?

Tak nak. Aku rasa elok aku kekalkan misteri Mat Danger tu. Kalau orang dah tahu siapa Mat Danger tu, takde la misteri lagi, walaupun dah ada segelintir yang tahu.

--

"Cantik la, geng kita ada yang nak jadi YB!" kata Din, tumbuk bahu aku.
"Aku nak radio kolej pasang lagu best sikit. Aku nak Green River, aku nak Pixies, aku nak Sonic Youth!" kata Faiz.

Aku ketawa.

"Ingat YB ni Santa Claus ke?"
"Hekeleh, suruh orang undi dia, tapi tak nak backup isu kita. Blah la, belum undi lagi dah nak tipu rakyat," kata Hafiz. Aku tau dia berseloroh tu. Orang Air Putih memang macam tu. Gurau kasar.

"Ok, aku akan tunaikan korang punya hajat semua, tapi ajar aku macam mana nak kawal radio," kata aku.
"Kau tau ke kawal radio?" tanya Faiz.
"Hafiz, kau tau kan? Hari tu aku tengok kau tau guna," tanya Azlan.

"Tahu, tapi nak masuk office radio kolej tu, depan bilik Penggawa," kata Hafiz.

Penggawa tu macam warden la dalam Universiti Wijayapura.

"Benda nak pecah masuk tu, aku boleh settlekan. Kerja kau, ajar aku macam mana nak kendalikan mesin tu."

"Adventure ni," Din mengangguk setuju.

"Kau tak rasa ke ada orang jaga radio kolej tu?" tanya Faiz.

"Tang tu kita kena gamble la. Kau nak control ke tak?" tanya aku.

"Weh, aku on," kata Hafiz.
"Kasi jadik!" kata Din.
"Awak camana, Hanis?"

Hanis tunjuk ibu jari bagus.

"Kau, Faiz?"
"On, jom kita gerak bilik Penggawa!"

Jam 11 malam, kami berlima menghendap bilik radio kolej.

"Hekeleh, selama ni autopilot rupanya. Patutlah lagu ulang-ulang," kata Faiz.

Aku sedang cuba mengorek kunci dengan guna dawai. Dengan skill MacGyver ni, aku boleh pecah masuk bilik ni.

Bilik berjaya dibuka. Din dengan Hanis usha line. Hafiz dengan Faiz tolong on suis dan pasang semua. Aku perhatikan mereka, supaya aku dapat buat sendiri nanti.

"Mic on weh. Benda ni terus masuk Kolej18 FM. Cakap," kata Hafiz, singgung lengan aku seban tak nak sebut nama aku.

"Hello, hello, Mat Danger DJ anda malam ni! Kita dah on air ke?"

"Ye lah, doh!" kata Hafiz. Faiz dah duduk tepi mengekek.

"Apa khabar korang semua? Tengah study ke tu? Kepada para gadis yang sedang teringat kat pakwe ni, Abang Mat Danger nak kirimkan lagu The Smiths, There Is The Light That Never Go Out!"

"Bak tang kaset kau!" kata aku pada Faiz.

Aku, Faiz dan Hafiz bergive me five penuh keterujaan.

--

"Kau memang awesome la, Lan! Macam ni, aku bukan je undi kau, aku kempen untuk kau!" kata Faiz, menepuk bahu aku.
"Aku sebenarnya perlukan bantuan korang untuk kempen pilihanraya kampus ni. Aku ada la dana sikit, tapi tak banyak. So, aku bayar korang semua sorang seratus, sanggup tak tolong aku?"
"Tolong kempen? Kau roommate aku kot!"
"Bukan. Unit perang saraf. Kerja korang, menganjing ketua-ketua ni. Biar budak sem 1 tak respect senior. Sebar surat layang."
"Huish, jahatnya," kata Hanis.
"Dalam politik, persepsi adalah segalanya. Tapi aku tak nak korang buat direct. Korang kutuk sipi-sipi, tak sebut nama. Bermula dengan abang senior ni, aku tak puas hati, nama dia, Kamaruzzaman abang sikat rambut tepi. Mat petak. Mat belia. Tapi jangan sebut nama," aku menerangkan tugas kotor yang perlu dilakukan untuk karier politik pertama aku.

Dulu masa kat sekolah, aku benci politik ni. Tapi bila dah masuk universiti, aku rasa inilah tujuan Pengetua masukkan aku dalam universiti di sini.

--

Esok pagi, aku tengok di papan kenyataan Kolej 18, ada banyak surat dari para gadis tentang Mat Danger. Aku dah biasa dapat surat cinta, tapi tak pernah dapat sebanyak macam ni.

Aku pergi fakulti pun, semua bertanya tentang radio kolej semalam.

"Mat Danger budak fakulti mana weh? Dari cara dia cakap, macam budak Geopolitik dan Hubungan Antarabangsa," kata gadis berbaju kurung bunga pink.

"Curious nak tengok muka dia la!" gadis blaus merah pula menggedik.

"Next week kan Digital Tribe perform. Jom nak kita mengendap siapa dia."
"Dengar kata dari senior aku kat RPM dulu, Mat Danger tu handsome orangnya."
"Ye ke, excitednya! Dia dah la pandai main keyboard, main gitar. Tapi kenapa dia pakai helmet ya?"
"Nak cover muka dia la. Macam misteri gitu."

Sedang aku menelaah buku di kafetaria, Natasha hentak buku depan meja aku. Bergegar teh tarik aku.

"Menyampah! Semua my friends cakap pasal Mat Danger."
"Kenapa?"
"Macam la tak tau siapa dia tu. Eiii, bencilah!"
"Kenapa ni, Nat?" aku pegang tangan dia.
"Macam mana la I nak pergi UK, tak tenteram la I kalau macam ni!" Natasha berpeluk tubuh, mencebik muka.
"Hey, you masih gadis bawa bunga majlis kahwin Kak Maria dengan abang Iz, yang I puja lah."
"I takut la. Sedangkan budak perempuan kat Teluk Chendana tu, selamba je cium you depan I."
"You pun ramai peminat jugak, Nat."
"Tak macam Mat Danger!"
"Shh! Shh! Orang dengar nanti."

Susah betul la dia ni bila dia merajuk.

--

Lagu Always Somewhere dari kumpulan Scorpions berkumandang sambil Az mengetuk bola snooker.

"Kau jadi apa? Calon MPP? MPP tu apa?" tanya Az sambil masukkan bola merah.

"Macam Ahli Parlimen. Tapi peringkat universiti."
"Ada jugak ek kat tempat kau belajar ni belajar politik? Gangster takde ke dalam tu. Budak nerd je ke dalam kelas tu."
"Sebab tu aku nak mintak tolong kau."
"Buat kerja jahat? Kau nak aku buat apa?"
"Sebar surat layang. Kau cetak banyak ni, lepas tu sebar dalam kolej."
"Cantik, demi kau Lan, aku buat. Nanti aku cari budak aku suruh buat. Daus, kau kenal?"
"Kenal, yang mulut celupar dengan awek aku tu."
"Ya, yang aku dengar si Ali tampar dulu tu. Aku bagi budak tu bawah kau. Kalau dia buat slack, aku sendiri tampar dia."
"Lek la, takyah la camtu."
"Sistem gangster macam tu. Kena tempeleng dengan bos ni perkara normal, Lan. Bila kau nak?" Az light rokok.
"Minggu depan."
"Kolej 18 kan? Ok, ngam."

--

"Kenapa Tengku nak sangat ubah ibu negara tu ke Kota Warisan? Memang betul, Wijayapura semakin sesak, tapi I don't think we need to build new capital city," tanya Datuk Sidek kepada Datuk Seri Azmi.

"Aku tertekan sebenarnya ni. Ada dua projek yang pada aku bagus. Projek di Teluk Chendana bagus, tapi masalahnya ia sangat hampir dengan Majapahit. Tapi dari segi ekonomi, memang bagus. Tapi Kota Warisan ni Tengku nak bina, sebab..."

Datuk Seri Azmi buka peta.

"Sini Kota Warisan. 10 kilometer dari sini..."
"Bandar Tun Zairi Abu Bakar? Bandar tentera?"
"Asalnya tu projek Jeneral Yahya masa zaman Perang Dai Viet dulu. Presiden Johnson datang ke sini dulu untuk jadikan pengkalan Amerika. Lepas Perang Dai Viet tamat, Jeneral Yahya jadikan tempat ni untuk tempat uji peralatan tentera. Tapi, Tengku Norman mahu Sayap Kuning intip kegiatan Jeneral Yahya."
"Intip? But Jeneral Yahya is a decorated hero. A military servant for many many years."
"Ada konflik antara Jeneral Yahya dan Tengku Norman. Dan aku berada di tengah-tengah, tersepit. Dua-dua ada pengaruh. Tengku Norman ada Sayap Kuning, tapi Sultan percaya dengan Jeneral Yahya. Sebab tu bila Tengku Norman buat move cuba nak jatuhkan aku dengan gunakan Datuk Seri Imad, dia suruh aku naikkan Rahizan. Tapi sudah pasti aku tak percayakan Rahizan juga. Cuma sementara ni, aku perlukan dia. Bila Rahizan cuba jatuhkan aku nanti, aku akan minta bantuan Tengku Norman pula."
"Boleh pulak Datuk Seri makan dua kolam ni?"
"Apa boleh buat, nak hidup dalam politik Gelanggayu memang macam ni."

--

Adilah memerhatikan sahaja gelagat Azlan dan Hanis. Dengan bantuan jurukamera professional dari contact kawan ayahnya dari Sayap Kuning, Adilah dapat gambar-gambar Hanis dan Azlan bermesra, dan bercium.

Adilah kemudian membawa gambar-gambar itu kepada Jimmy.

"So, you tak percaya lagi dengan I?" tanya Adilah.
"I dah suspect si Hanis tu curang, tapi dengan si bangsat tu!"
"I tahu, Hanis bukan nak sangat kat you. Ayah dia ni orang Jeneral Yahya, kalau you nak tahu," kata Adilah.
"Siapa ayah dia?"
"Assistant secretary kepada Gabenor Kenidiri. One of their project, nak bina ibu negara dekat Teluk Chendana, so that near future, Majapahit pun bina ibu negara berhampiran situ. Betawi ni lagi 30 tahun, macet banget!"
"Apa niat Jeneral Yahya?"
"You tak tahu ke Jimmy? Jeneral Yahya nak tubuhkan kerajaan republik. Sebab tu dia groom Azlan."
"Celaka!"
"Sabar dulu, Jimmy. My dad cakap, dia tak nak Tengku Norman jadi next Sultan. He's too reckless and a bit dimwit. Dia nak you. Lagipun, you pangkat pakcik."
"Betul tu."
"So, let me buat kerja I, you rilek tepi."
"Apa rancangan you?"
"Goda Azlan sampai dia tergelincir dari jadi Yahya's golden boy."
"Nakal betul you ni. You ingat Natasha tak marah ke?"
"Ingat I heran ke Natasha tu? Come on!"
"Alright, tapi you janji kan you tolong I dapatkan takhta tu?"

Adilah sentuh bibir Jimmy.

"Habis tu, I penat buat kerja, I dapat apa?"
"You jadi Permaisuri."
"Well, dalam chess, Queen yang paling berkuasa kan?"
"Jangan sampai I checkmate, sudah lah."

--

Pengetua memanggil Hanis masuk ke pejabatnya.

"Aku tak berapa berkenan dengar cerita macam-macam pasal kau dengan Azlan ni, Hanis."
"Bukan ke Tuan Jeneral yang nak saya goda dia, supaya dia putus dengan Natasha?"
"Memang la aku suruh kau buat macam tu, tapi berhati-hati sikit. Kau tu dah la ada kerja mengintip Tengku Ahmad."

Hanis mencebikkan mukanya. Dia rasa agak tertekan dan keliru dengan permintaan Pengetua.

"Kau sedar kan, yang jodoh Azlan ni bukan dengan kau?"
"Sedar, tuan jeneral."
"Aku tak nak kau tersangkut dengan perasaan kau tu. Aku tau kau memang ada hati dengan Azlan tu. Tapi apa yang aku suruh ni, kau jangan melebih-lebih. Karang pening aku nak menjawab Tengku Ariffin."
"Kenapa pulak macam tu?"
"Sebab jodoh Azlan dengan anak dia. Aku ada perancangan aku. Kalau kau tersangkut dengan perasaan kau, serabut aku nanti. Aku suruh kau putuskan dia dengan Natasha je, bukan nak suruh kau ganti tempat dia. Sedar sikit tempat kau tu kat mana!"
"Faham, tuan jeneral."
"Dah, kau balik ke studio ni. Kau jangan cakap apa-apa pasal ni pada Azlan, faham?"
"Faham, tuan jeneral."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top