1989 part 1

New Year's Eve, 1989

Plan roadtrip kali ke entah berapa kali, tak kesampaian sebab Datuk Abdullah, yang masih belum sembuh sepenuhnya dari sakit, mula rasa lemah badan.

Jadi, Natasha tak jadi nak gerak jauh sampai ke Teluk Tenang, sebaliknya kami hanya melepak di Teluk Wijayapura dan melihat kapal berlabuh.

"Lepas ni, we're no longer teenagers. We are young adult," kata aku sambil melihat kapal berlabuh.
"Because umur kita dah tak ada teen kat belakang tu?"
"Yup, next year we are 20 years old."
"Tak sangka, kan?"
"One day kita akan tua juga."

Natasha kelihatan diam sahaja dari tadi. Seolah-olah berfikir sesuatu.

"Kenapa, Nat?"
"I don't know whether I should tell you this or not."
"Apa dia?"
"Next year is my final year kat UW."
"I know."
"You pulak baru second year."
"Stating the obvious."

Nat kelihatan bingung.

"Alan, my mor nak I study kat UK next year. Dia dah register nama I dah kat sana."
"Sana? Mana?"
"Bristol. Dekat dengan Wales so dekatlah dengan Luqman tu."
"Okay, jadi kenapa?"
"I kalau boleh nak jauhkan diri dengan keluarga dorang ni. After you know, what happened kan?"
"Tapi pelik, hari tu masa you main game kat rumah dulu, you nampak ok je dengan Luqman."
"I tak tau pun dia adik Damian masa tu. Kalau I tau, I layan je you masa tu."
"Dah you asyik menghadap game je."
"Alan, promise to me, when I come back here in 1992, stay with me."
"I memang akan stay. Tapi you la kat sana, macam mana? Jumpa mat salleh mata biru rambut blonde, nanti lupa pulak gelap mata coklat rambut hitam ni."
"Ada pulak macam tu."

Aku belai rambut dia, sambil pandang mata dia.

"Pergi je la study. Nanti I dah ada duit nanti, I akan tengok you kat sana. Tapi kalau final year you sangkut, macam mana?"
"Eiii jangan la kata I sangkut! My mor nanti sembelih I buat frikadeller nanti!"
"Pemenang surat Perdana Menteri 1986, kalau sangkut, malu dia, peh!"
"Eh you pun menang sekali ya? Dah la masuk universiti lambat!"

Bunga api meletup di tengah bandar. Lagu The Final Countdown dari Europe berkumandang, sayup-sayup dari sini.
"Happy new year, 1989, Alan."
"Happy 3rd anniversary, Nat."

--

1 Januari 1989 adalah hari Ahad, maka hari ini adalah hari pertama aku untuk mengajar kelas piano anak Tengku Ariffin, Tengku Aminah.

Aku diberi alamat rumah di rumah nombor 2, Jalan Cendana, dan sepanjang pemanduan aku, dikelilingi pokok ru dan padang golf.

Ada beberapa rumah agam yang dibina era Edwardian, menghadap Teluk Wijayapura, dan ada padang.

Aku rasa aku pernah duduk rumah ni masa aku kecil dulu. Masa ayah aku masih hidup lagi.

Suzaine, isteri Tengku Ariffin, sedang menyiram pokok bunga. Pada mulanya aku cakap hello dalam bahasa Inggeris, tapi dia pandang aku dalam keadaan blur. Sampai la aku teringat yang dia ni orang Perancis.

"Bonjour, madam!"
"Bonjour, qui êtes vous?"
"Je m'appelle Azlan. Nous sommes rencontrés à l'anniversaire de Tengku Aminah."
"Aaahh! Pardonne moi! Je suis devenu oublieux ces jours-ci. Vous pouvez parler Francais?"
"Oui, un peu."

Madame Suzaine ni, dia tak ingat aku sebab dia ada masalah memori. Maksudnya dia mudah jadi pelupa. Dia tak ingat yang dia pernah jumpa aku, jadi aku cakap la yang aku pernah jumpa dia masa kat birthday party Tengku Aminah.

Aku tau ni daripada ayah. Ayah kata dengan aku, dulu sebelum berkahwin dengan Tengku Ariffin, Suzaine ni pernah jadi girlfriend dia. Tapi masalahnya dia ada memori yang teruk, dia pun tak ingat.

"Où est Tengku Ariffin?" aku tanya, mana husband dia.
"Il travaille. Être PDG d'une société de médias est très occupé pendant les vacances."

Menjadi CEO untuk sebuah syarikat media ni memang sibuk pada hujung minggu, jadi dia bekerja.

Kejap, Suzaine ni tak boleh cakap bahasa Inggeris langsung ke? Mampos aku kalau macam ni.

"Parlez anglais?" aku tanya dia boleh tak cakap Bahasa Inggeris. At least macam Mrs Birgitt, dia bolehlah berbahasa Inggeris.

"Attendez, s'il vous plait. Je vais appeler Mina."
"Merci, madame Suzaine."

Beberapa minit kemudian, Tengku Aminah turun dari biliknya. Dia memakai baju frock dress berwarna biru muda, rantai mutiara, sarung tangan.

"Piano ada di sini."

Aku duduk sebelah dia, kemudian dia duduk sebelah aku. Perfume Perancis ni buat aku tak senang duduk. Aku terus jadi bodoh dan tak tau apa yang aku nak belajar apa.

"Ok, ni not C."
"Tahu."
"Ni C sharp."
"Tahu."
"Ini D."

Dia terus tunjuk skill main pianonya. Ternyata dia dah tahu main. Dah aku pun belajar main piano dengan nenek dia.

"Kalau macam ni, dah dikira tahu main. Kenapa tak belajar dengan orang yang lebih proper je?"

Dia gelak.

"Saja."
"Saja? Tapi ayah awak bayar saya untuk ajar main piano?"
"Dia tak percaya saya pandai main piano. Dia tak tahu pun. Saya cakap saya nak belajar main piano, dia bayarlah awak."
"Lepas tu kenapa ayah awak nak bayar saya sampai seribu ringgit sebulan? Tak ke banyak tu? Ayah awak orang media, lagi ramai kenal artis yang berbakat."

"Awak keyboardist kumpulan Digital Tribe kan?"

Dia pegang tangan aku.

"Sorry, Mina. Saya dah ada girlfriend."
"Tau."
"Kalau macam ni, saya balik dulu."
"Nanti dulu!"

Aku toleh pada dia.

"Please..."
"Maaf, saya balik dulu. Saya tak nak bohong ayah awak kalau macam ni."
"Saya janji saya tak akan beritahu sesiapa pasal ni. Awak buat-buat ajar saya, saya buat-buat belajar, dan awak dapat seribu ringgit sebulan. Deal?"
"What's the catch?"
"Saya nak kenal awak dengan lebih mendalam lagi."
"Mina..."
"Please."
"I dah ada girlfriend lah."
"Kenapa nak ada satu kalau boleh ada dua, atau tiga?"

Aku terus tersentap bila dia sebut 'tiga'.

"Saya kenal Nat, dan saya kenal Hanis. Nat kawan kepada Cindy, yang jadi Presiden Fanclub Digital Tribe. Hanis pula kekasih gelap Jimmy, dan Jimmy tu cousin saya. Macam ni, saya akan rahsiakan hubungan awak dengan Hanis, dari Nat dan Jimmy. Tapi awak kena jadi boyfriend saya."
"Sorry, you're too young to me."
"Takpe, saya boleh tunggu sampai saya dah cukup dewasa untuk awak. Lagipun, awak boleh tunggu ke Nat bila dia study di UK nanti? Atau awak boleh makan hati ke bila Hanis keluar dengan Jimmy?"

Celaka, baru umur 16 tahun dah ada pemikiran yang sebegini evil.

"Saya percaya, Pengetua pilih awak sebab awak ada sesuatu yang semua orang nak."

"Semua orang nak?"
"Mungkin awak tak baca lagi buku tulisan Sayyid Muluk, tentang ramalan pada masa depan."
"Kenapa semua orang cakap pasal ramalan Sayyid Muluk ni tiap kali cakap pasal saya?"

"Ikut saya."
"No, saya tunggu sini."
"Jangan fikir melencong lah. Saya nak bagi buku tu."
"Okay, saya berdiri depan pintu bilik."

Dia ke rak bukunya, dan menghulurkan aku sebuah buku dalam tulisan Jawi.

"Sayyid Muluk ini berasal dari Samarkand, dan dia mengembara ke Gelanggayu. Pada masa tu, dia merupakan seorang pendakwah dan ahli perubatan. Dia meramalkan, akan ada seorang lelaki yang akan menyatukan semula seluruh wilayah Gelanggayu yang telah hilang."

"Apa kait mengaitnya dengan saya?" aku mula jadi tak faham.
"Rasanya terlalu awal untuk beritahu awak semua ni, tapi mesti ada sebab kan, bila semua pembesar cari awak. Tak apa, nanti bila sampai masanya, saya akan cerita lagi."

"I don't believe I heard this kind of story..."
"Sejauh mana betulnya ramalan Sayyid Muluk ni, saya tak tahu. Tapi kalau awak dah faham, awak akan tahu kenapa semua pembesar berlumba-lumba cari awak."
"Saya balik dulu."
"Datang ya, minggu depan."

--

"Baru 16 tahun, dah menyeramkan!" aku bermonolog seorang diri sambil memandu. Mina ni seorang yang menakutkan aku. Kau pernah tak jumpa orang yang cakap benda bukan-bukan, lepas tu tengok-tengok benda tu berlaku?

Macam Nostradamus?

Aku rasa aku perlu bercakap benda ni pada Pengetua. Sebab Pengetua yang nak sangat aku jadi 'tutor' piano untuk Tengku Aminah ni, padahal dia dah pandai main piano.

Ada konspirasi ke yang sedang berlaku sekarang ni? Dan adakah dalam konspirasi ni, aku berada di tengah-tengah?

--

"Sayyid Muluk al Samani ni merupakan pendita yang dari keturunan Nasr II, iaitu pemerintah empayar Samani yang memerintah Farurud dan Khorasan pada kurun ke-8 Masehi. Nasr II ni keturunan Nuh ibn Asad, yang dilantik oleh pemerintah Abbasiyah, yang memerintah kawasan Asia Tengah," Pengetua layan curut sambil menggerakkan buah catur.

"Kenapa dia ni berpengaruh dalam Kesultanan Gelanggayu?"
"Sebab dia pendita. Kau pernah dengar, mata pena lebih tajam dari mata pedang?"

Aku mengangguk.

"Dia dijemput oleh Sultan Muzaffar I untuk menyebarkan Islam di Gelanggayu. Tetapi, apabila Sultan Mansur I mangkat, berlaku perebutan takhta antara dua putera mahkotanya, Tengku Ismail dan Tengku Ishak."
"Macam dalam komik tulisan Jawi yang saya jumpa kat rumah atok," tanya aku.
"Anyway, Tengku Ishak yang sebenarnya disebut oleh Almarhum Sultan Muzaffar sebagai Tengku Mahkota, kerana Tengku Ishak ni, perwatakannya warak, sentiasa bersama rakyat dan pandai menjaga adab. Tengku Ismail pula biadab, suka berjudi dan suka berfoya-foya."

"Apa yang berlaku?"
"Tengku Ismail lebih tua daripada Tengku Ishak, tapi perangai Tengku Ismail ni menyebabkan baginda tuanku tak berkenan. Tapi, Tengku Ismail rapat dengan pembesar dan hulubalang tentera. Jadi berlakulah perang saudara di Gelanggayu. Dalam perang itu, Tengku Ishak tewas. Kemudian dia cuba menakluk Wijayapura sekali lagi, juga gagal. Akhirnya dia bersembunyi di Teluk Tenang."

Aku terkejut bila mendengar Teluk Tenang.

"Jadi, apa kaitnya dengan Sayyid Muluk?"
"Sayyid Muluk menyebelahi Tengku Ishak, dan mencetuskan Tengku Ismail yang masa tu dah jadi Sultan. Sayyid Muluk dihukum minum racun dari sejenis pokok enau, nama racun tu, azimat berduri."

Azimat berduri? Ni kalau guna ayat macam ni untuk lirik lagu rock kapak, boleh pergi ni.

"Dua hari sebelum Sayyid Muluk dihukum bunuh, dia dikatakan mendapat alamat dari mimpi. Keturunan Tengku Ishak akan datang, ada seorang lelaki, anak kedua dari keturunan yang ke-16, akan berjaya menggulingkan Kesultanan Gelanggayu, dan mendirikan kerajaan rakyat."
"Kerajaan rakyat?"
"Republik. Macam Rom, Greek. Harus diingat, Samarkand dibuka oleh orang Greek pada zaman Alexander The Great."
"Jadi, apa kaitannya dengan saya?"
"Arwah ayah kau, adalah keturunan yang ke-15. Dulu masa muda, aku ingatkan ayah kau. Sekali rupanya, kau."

--

Pulang dari rumah Pengetua, ibu suruh aku datang kedai dia di Seksyen 25 Puncak Jaya.

Ibu aku dah ada kedai menjual sticker sekarang.

Kedengaran ada band 60an perform kat atas kedai mak aku. Main lagu 60an, Salam Mesra dari A. Halim.

Aku masuk sahaja, aku nampak penyanyi pop yeh yeh tahun 60an, Samsudin Karim sedang menyanyi.

Nampak ibu aku kemain menari agogo bersama abang aku, Aziz.

"Terima kasih buat Puan Faridah kerana menjemput kumpulan kami untuk membuat persembahan sempena perasmian kedai printing beliau bersama Cik Merlina. Jadi sebelum tu, saya nak panggil anak saya, Hafiz untuk ke depan," kata Samsudin.

What? Hafiz roommate aku tu, bapak dia penyanyi pop yeh yeh ke? Apasal karektor dia lain gila daripada ayah dia?

Eh, aku pun karektor lain daripada ayah aku juga.

"Haaaa, Puan Faridah, anak puan, Azlan dah sampai! Azlan, mari sini!" kata Samsudin penyanyi pop yeh-yeh.

"Eh, apa kau buat kat sini, Lan?" tanya Hafiz, berbisik sebelah aku.
"Patutnya aku yang tanya kau, apa kau buat kat sini. Ni kedai ibu aku."
"Ye lah, Puan Faridah isteri Mamat. Ayah aku suruh datang, sebab nak mintak tolong setup komputer dengan mesin printing. Tolong ibu kau lah."
"Oohhh."

"Saudara saudari, sebelum tu, saya nak ucapkan terima kasih kepada hadirin kerana sudi datang ke majlis ini. Sebelum saya undur diri, saya ingin ucapkan tahniah kepada Puan Faridah dan Cik Merlina, pemilik syarikat ini kerana sudah memiliki syarikat pencetakan. Mari ke depan!" kata Samsudin.

Eh, budak kecik ni ke jadi partner ibu aku? Biar betul?

"Begini, saya nak kongsi satu cerita tentang bagaimana hubungan saya rapat dengan arwah Mamat. Arwah Mamat ni dulu masa di Amerika, dia pemain gitar rock and roll, kemudian dia habis belajar, dia ke Temasik dan berjumpa dengan encik Hashim, ayah kepada Merlina ni. Kemudian apabila berlaku ketegangan politik, Temasik berpisah dengan Gelanggayu, akibatnya tak ada bas nak ke Wijayapura. Paling dekat, ke Air Putih. Jadi Mamat ni tersidai di tempat saya jual nasi lemak. Dan saya bantu dia, dalam masa sama, dia ajar saya main gitar, maka sebab itulah saya jadi penyanyi pop yeh-yeh!"

Oh, macam tu rupanya.

--

Ketika aku sedang mencedok mihun, aku nampak Hafiz sedang khusyuk melihat teknologi komputer bersama budak kecik yang jadi business partner ibu aku.

"Ibu, biar betul budak tu jadi business partner ibu? Kalau ayah dia, Alan percaya la," kata aku.
"Budak ni pandai niaga la, Alan. Takpelah, buat masa ni ibu la jaga hal-hal urusan tu semua. Dia ni kerja dia buat grafik."
"Buat grafik? Biar betul?"

Ibu kemudian menunjukkan sticker-sticker band kepada aku.

"Ni semua dia yang buat. Ramai orang suka sticker ni," kata Faridah.

Huih, biar betul dia lukis lambang Metallica ni.

Aku pandang budak yang bernama Merlina dan Hafiz menghadap komputer.

"Weh, jadi huruf Scorpions adik ni, macam mana adik buat?" tanya Hafiz.
"Scorpions senang la."
"Def Leppard reti buat?"
"Itu lagi senang. Kejap, siap lambang yang ni, saya buatkan untuk abang satu."

--

Selepas tamat majlis perasmian, Merlina duduk di atas kerusi sambil makan potato chips perisa sour cream and onion.

Jarang betul orang suka makan flavor ni. Selalu orang suka BBQ atau cheese je. Dia kemudian buka TV dan tonton filem Tamil sambil ketawa sorang-sorang.

"Dik, dik faham ke cerita ni?"
"Faham la, kan ada sari kata tu. Abang ni belajar universiti, baca sari kata pun tak reti!"

Terkedu aku bila budak ni main smash aku macam tu je.

Ibu tersenyum sambil duduk di sebelah aku.

"Garangnya budak ni," kata aku.
"Dia macam kau la masa kau kecik dulu. Masa kecik kan kau suka baca buku berat-berat. Yang dia, pandai guna komputer, pandai buat grafik."

Kejap lagi Merlina kentut. Celakak, dia ni jenis perempuan yang takde nak cover ayu langsung. Main kentut je, selamba.

"Asal jeling? Tak pernah kentut ke?" tanya Merlina pada aku.

Huih, cengih betul dia ni.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top