1987 part 8
Azlan
Selepas satu perjalanan yang jauh, kami tiba di bandar Kuala Melaut, yang terletak kurang lebih 10 kilometer dari Teluk Tenang. Kami tiba pada waktu subuh.
Kedengaran bunyi ombak laut sayup-sayup kedengaran saat Azan Subuh baru habis berkumandang.
"Ayah, bangun. Solat subuh."
"Baik, baik anakku," Tok Aki baru terjaga dari tidur.
Selepas solat subuh, kami bersarapan di gerai Mek Timah, yang terkenal dengan nasi kukus gulai ikan kurau untuk sarapan pagi. Ada bermacam-macam kuih tradisional juga terhidang.
Permandangan pagi di Bandar Kuala Melaut sangat indah. Dah lama aku tak melihat permandangan yang cantik macam ni.
"Tok Aki!"
Aku memaling ke belakang, dan aku nampak Pak Long Jamal yang baru balik dari masjid selepas solat Subuh.
"Pak Long Jamal?"
"Azlan! Lama betul keluarga kau tak jenguk kami kat sini. Ibu sihat?"
"Sihat, tapi sibuk, Pak Long. Duduklah."
"Teh tarik satu, Mek!"
Pak Long buka surat khabar. Kelihatan gambar di muka depan tertulis, Datuk Seri Imad cabar jawatan Presiden.
"Datuk Seri Imad nak cabar Datuk Seri Azmi dalam pemilihan Presiden?" aku terkejut.
"Apa yang kau terkejutnya, Lan. Mana ada orang nak jadi Timbalan lama-lama," Pak Long ketawa.
Dengan ramainya Ahli Parlimen yang merupakan orang-orang Datuk Seri Imad, maka peluang Datuk Seri Imad akan lebih cerah untuk jadi Perdana Menteri.
Datuk Syafie akan jadi Gabenor Wijayapura, atau mungkin Timbalan Perdana Menteri. Makin cerahlah masa depan Izham dan Azham lepas ni.
"Bukan main khusyuk kau baca politik, minat ke?" tanya Fauzan.
Aku mengangguk.
"Umur kau berapa?"
"18 tahun."
"Kau ni remaja yang paling perangai orang tua yang pernah aku jumpa," Abang Fauzan ketawa.
"Apa maksud abang?"
"Umur 18 tahun, tapi dah level-level umur Pak Long kau dah bila baca berita politik."
"Siapa je yang memiliki kuasa, dia takkan nak lepaskan kuasa tu. Macam cincin JR Tolkien. Bagus novel tu," kata Tok Aki yang tenang menghirup air teh.
"Tok Aki baca Tolkien?"
"Ya, tapi kalau kau baca sejarah Gelanggayu zaman purba, dia punya epik tu, dah macam tahap Ramayana dan Mahabharata. Penipuan, tikam belakang, khianat. Semua ni memang ada dalam politik. Orang naif je percaya politik ni bersih," kata Tok Aki.
"Saya percaya kita boleh bersihkan sistem politik negara kita menjadi lebih bersih," kata aku.
"Politik ni, Azlan, macam kolam najis yang penuh. Kau sekarang datang ke tepi kolam tu, dengan baju yang putih, bersih. Kau nak bersihkan kolam najis tu, kau masuk dalam kolam tu," Tok Aki hirup air tehnya lagi.
"Lepas tu, kalau kau tak sedar dalam kolam najis tu macam mana, dengan kau sendiri akan tenggelam."
"Tapi kalau takde siapa yang nak bersihkan kolam najis tu, siapa nak bersihkan?" tanya aku.
"Kalau kau sanggup nak bersihkan, takde bermasalah. Tok Aki selaku rakyat jelata berbesar hati kalau kau nak bersihkan. Tapi jangan rasa diri tu boleh bersihkan kolam najis tu tanpa secalit najis pun akan terpalit ke baju putih bersih kau."
Aku terdiam. Kebenaran itu memang pahit rasanya. Tapi golongan muda macam aku sering dipandang sinis oleh orang tua, sebab jadi idealis yang cuba mengubah sesuatu.
Tapi kita tahu ada sesuatu yang tak kena dalam sistem politik kita.
--
Kami singgah di rumah Pak Long Jamal, sambil Mak Long sediakan kopi untuk kami.
"Dah besar dah anak buah Mak Long ni!" Mak Long picit dua pipi aku. Daripada kecik lagi Mak Long ni suka gomol pipi aku.
"Zan, dah mengantuk teruk aku tengok kau ni. Kau tidur lah dulu kat rumah aku ni, karang dah segar, bawak la balik rumah lori kau tu," kata Pak Long Jamal sambil bermain dam haji bersama Tok Aki.
Aku melihat gambar Tok Aki masa muda dulu. Kelihatan gambarnya segak memakai uniform Askar Melayu Gelanggayu. Ada gambar dia sedang bermain catur dengan pegawai British.
Kemudian aku nampak gambar ayah dengan usia muda, mungkin tadika atau darjah satu, memegang piala.
"Tok Aki, ni ayah saya kan?"
"Haah. Tu gambar dia jadi juara pertandingan catur peringkat Wijayapura. Darjah tiga dia dah jadi wakil negara main catur."
Gambar abah dengan pemain catur terkemuka dunia macam Mikhail Tal, Bobby Fischer, Boris Spassky, Viktor Korchnoi.
"Hebat betul orang Soviet ni main catur. Yang lelaki tua sebelah dia tu?" tanya aku.
"Pengetua kau lah," Tok Aki menggerakkan buah damnya.
Sedang aku belek-belek album foto Tok Aki, aku terjumpa gambar Tok Aki sedang berpeluk dengan Pengetua.
Eh, Tok Aki kenal Pengetua? Atau mungkin aku tak perasan selama ni?
Adakah keberadaan aku di sini ialah kerana interconnection ayah aku? Apa rancangan mereka ni sebenarnya?
Semua ni berlegar dalam pemikiran aku. Dan mula muncul teori yang macam-macam.
--
Aku membaca buku Sejarah Gandawa yang menceritakan pengembaraan epik Raja Gautama yang memimpin tentera bergajah menyeberangi Sungai Raya dalam satu peperangan epik dengan Raja Gurwara yang mahu menakluk Gandawa dengan ribuan tentera berkuda yang mengepung mereka.
Dikatakan Raja Gurwara mempunyai 15,000 orang bala tentera, sedangkan Raja Gautama hanya ada 7,000 orang.
Jika Raja Gautama kalah, memang tak akan wujudlah ketamadunan Gandawa yang akhirnya menjadi Kesultanan Gelanggayu bila Islam tiba di sini.
"Kau baca buku sejarah Gandawa?" tanya Tok Aki.
"Oh ya, haah. Baca buku ni, dari dulu nak baca tapi tak ada masa."
"Empayar Gandawa ni dulu luas, lebih luas dari Gelanggayu hari ini. Tapi perang saudara, rebut takhta, berebut puteri, akhirnya tamadun ni berpecah belah dan dikuasai keluarga al-Daulah, dan akhirnya dijajah British."
Aku terus tutup buku.
"Tok Aki, betul ke dulu atok saya kena masuk penjara?"
"Keadaan negara masa tu huru hara. Rusuhan dari beberapa negeri yang mahu keluar dari kerajaan Gelanggayu dan merdeka. Gerakan pemisah masa tu sangat kuat. Kemudian ada komunis, kemudian ada askar Amerika yang nak ke Dai Viet, berlabuh di sini. Sekarang ada lagi, cuma berkubu di tengah hutan."
"Tok Aki ni sokong gerakan pemisah ke?"
"Keluarga al-Daulah rasa terancam dengan gerakan pemisah ni, maka dia tahan semua golongan cendikiawan, penulis, penggiat seni dan ahli politik pembangkang."
"Kenapa mereka buat macam tu?"
"Sebab mereka tahu, budak yang dikatakan bakal menjatuhkan kerajaan al-Daulah oleh Sayyid Muluk, sudah dilahirkan. Maka mereka bimbang kuasa mereka akan hilang. Bila Datuk Rizal gagal mengawal keadaan, tentera pimpinan Jeneral Yahya Atan, melakukan kudeta, sehari selepas pilihanraya pada tahun 1969."
"Orang marah dengan Sultan ke?"
"Orang memang marah dengan sultan dah lama dah, cuma menanti tanda, anak keturunan Tengku Ishak yang keenambelas itu akan memimpin perjuangan. Dan apabila kau lahir, keturunan Tengku Ishak yang keenambelas pun dah muncul."
"Yang keenambelas itu, saya?"
"Ya, sebab tu aku bawa kau ke sini untuk lengkapkan latihan kau. Supaya kau kenal jatidiri kau, Azlan. Perkara macam ni langsung Pengetua tak ajar kau kan?"
Aku geleng kepala.
"Kau Melayu, kau Islam. Maka kau perlu lengkapkan ilmu pengetahuan kau tentang budaya Melayu dan agama Islam, sebelum kau mulakan perjuangan."
--
Datuk Abdullah kecewa bila dapat tahu projek ibu negara yang dicadangnya telah ditolak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Azmi Ibrahim, bila dapat tahu bahawa Tengku Norman, tengku mahkota Gelanggayu mahu projek ibu negara baru itu dibina di Kota Warisan.
"No matter how hard you try, if the King's son blocking our way, we will never achieve anything."
Datuk Abdullah mengalami serangan sakit jantung. Mrs Birgitt dan Natasha jadi panik.
Datuk Abdullah dikejarkan ke hospital, dan masuk wad kecemasan. Datuk Mohd Nor dan Pengetua juga menemani keluarga Datuk Abdullah.
"Nat, you okay?" kata Luqman.
"I'm fine, thanks, Luq."
"Alan mana?"
"Dia bodoh. Balik kampung tapi tak beritahu."
Luqman memikirkan mungkin inilah peluangnya untuk mendekati Natasha.
"Nat, jadi tak kita main video game this weekend?"
"Luq, not now!"
Natasha terus meninggalkan Luqman dan cuba menenangkan diri. Luqman mengejar Natasha dan pegang tangannya.
Natasha terus lempang Luqman.
"Don't you dare to hold my hand macam tu!"
"I'm sorry, Nat."
"Tak malu ke dengan Alan? I'm his girlfriend, and you kata he is your best friend."
"I tak sengaja, Nat. Sorry."
"Get off from my face."
"Sorry..."
"Get off!"
Luqman angkat tangan dan undurkan diri.
"Abang dengan adik sama je perangai! Suka-suka nak pegang orang!"
--
Dalam keseorangan, Ali membelek-belek majalah hiburan, dan dia ternampak gambar Mastura. Lagu Memori Luka dari kumpulan Headwinds berkumandang dalam bilik.
"Lain macam kau tenung gambar tu? Buat modal ke," tanya Amir yang memandang Ali.
"Takdelah. Dulu, aku pernah bercinta dengan dia, sebelum dia famous."
"Ah, membongak la kau! Dia tu anak pengarah terkenal, Rahim Sazali. Duduk pun kat Bukit Henderson sana. Dah la dia tu kacukan. Kutu macam kita ni mana dia nak pandang."
"Aku cakap kau tak caya," kata Ali.
Ali tenung sahaja gambar Mastura pakai baju spandex warna pink neon dengan rambut menggerbang.
"Mastura, gadis pan Asia yang mencari lelaki yang berbudi bahasa dan penuh kesopanan. Kepala butoh dia la ayat camni," kata Ali.
"Ala, macam kau tak tau ayat majalah hiburan macam ni. Gambar pakai bikini tepi swimming pool, tapi cari lelaki beriman. Jadahnya," kata Amir.
Tiba-tiba warden penjara datang mengetuk pintu.
"Ali, ada orang nak jumpa kau."
"Ha? Siapa?"
"Pergi je lah kat bilik jumpa tetamu tu."
Ali datang, dan nampak Azlan datang dengan membawa tupperware makanan.
"Eh, jauh kau datang! Betul ke kau datang ni, Alan?" mata Ali seperti tidak percaya Azlan datang.
"Kan aku janji aku akan datang melawat kau. Aku datang la," Azlan memeluk Ali.
"Kau bawak apa ni?" tanya Ali.
"Aku tak dapat jumpa spaghetti kat Kuala Melaut ni, jadi aku gantikan dengan mi. Entah sedap ke tak. Aku buat dengan kuah bolognais macam kau suka aku masak dulu."
"Ehhh, kau masak mestilah sedap, Alan."
Ali buka tupperware dan terus makan.
"Sini macam mana? Okay tak?" tanya Azlan.
"Kat sini okay lagi dari yang lama dulu. Kau asal datang jauh-jauh weh!"
"Kampung aku kat sini je lah."
"Sini? Kampung kau kat sini?"
"Takde la sini. Kat Teluk Tenang. 30 kilometer dari sini."
"Kau datang naik apa?"
"Aku pinjam motor Pak Long aku. Bila kau boleh keluar ni?" tanya Azlan.
"Tahun depan kot. Sebab aku dah repeat case."
"Ali, aku harap kau tak marah aku pasal hari tu, aku lutut dagu kau?"
"Fikir balik masa tu, sakit gila wei! Haha!"
"Aku duduk sini terus Li. Aku dah malas duduk Wijayapura lagi."
"Eh, habis tu, awek kau Natasha, apa cerita?"
"Entahlah. Biarkan je lah."
"Eh jangan macam tu, Lan. Dia tu baik."
"Bukan sebab dia, tapi kawan-kawan dia tu, aku tak boleh nak ngam la. Semak."
"Ala, kau layankan je lah."
"Buat masa ni, aku nak tenangkan fikiran aku kat sini."
"Eh, Lan, kau bagi la alamat kau. Nanti bila aku dah keluar nanti, aku datang la."
Azlan ambil pen dan tulis pada sekeping kertas.
"Cepat sihat, Li. Nanti kau boleh tolong aku kat kebun kobis arwah atok aku."
"Alan, bukan aku nak cakap apa la, tapi sayanglah. Kau punyalah bijak pandai, kerja kebun kobis. Pengetua mesti kecewa dengan kau."
"Malas la aku nak fikir buat masa ni. Eh, makan kasi habis tu. Nanti aku datang lagi."
"Terima kasih, Lan."
"Takde apa la ni, Li. Eh, makan cepat sikit. Aku nak ambik tupperware tu. Kang Mak Long aku marah aku pulak."
"Ye lah, ye lah! Wei, sedap la kau masak ni Lan."
"Cepatlah baik, kau duduk dengan aku, hari-hari aku boleh masak untuk kau."
"Lan, dah banyak kali kau selamatkan aku."
"Lepas ni tolong la aku, jangan hisap dadah lagi."
"Hisap dada boleh?"
"Kau jangan nak melucah sangat, Ali!"
"Eh tu kan ayat menteri kerja raya..."
"Haha! Cepat sikit makan, jap lagi aku nak pulang motor Pak Long aku ni."
Ali dan Azlan, susah untuk dipisahkan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top