1987 part 4
Ke hadapan Hanis,
First of all, saya memilih untuk menulis surat sebab nak rasa lebih authentic. Mungkin atas kesunyian hari ini, saya menulis surat ini.
"Aarrrggh, amende aku nak tulis ni, gila!"
Kertas yang dah berapa puluh helai aku cuba menulis surat. Ternyata benda ni terlalu susah untuk Generasi X macam aku.
Sebab sejak wujudnya telefon rumah di Gelanggayu yang pesat sejak 70an, aku dah tak biasa nak tulis surat macam zaman abah atau atok nenek aku bercinta dulu!
Aku terus telefon rumah dia. Tapi mungkin belum sampai rumah lagi. Atau mungkin dia letih.
Esok sahajalah aku telefon. Kan bagus kalau ada telefon yang boleh bawak dengan tangan macam Datuk Seri Azmi tu?
Aku cuba menulis lagu, dengan menekan-nekan keyboard synthesizer tu.
"Kenangan yang termanis, kau yang bernama Hanis..."
Aku pukul bibir aku. Tapi betul lah, perkataan yang rhyme dengan manis, ialah Hanis? Kalau Natasha, perkataan apa yang rhyme dengan Nat?
Perkataan yang rhyme dengan Nat, semua berakhir bunyi jahat. Khianat, laknat, lahanat.
Apa aku merepek ni?
Sedang aku menulis surat tu, aku dengar pintu rumah aku diketuk.
Aku buka pintu dan aku nampak Natasha di depan pintu.
"Dah malam ni."
"Alan, I need to talk to you."
"You sendiri cakap I kera sumbang kan?"
"Look, Alan. I'm sorry. I wish you accept my apology. I regret for what I said."
"Masuklah," aku cuba mendengar dari dia pulak.
"I buat air," aku ke dapur, masak air dan milo.
"I'm sorry, I nampak you dengan chessboard tu. Maybe you pissed off dengan I sebab I tak boleh fokus nak lawan chess dengan you."
"I have nothing against video games," aku menggodak air milo.
"I faham, mungkin you tak minat into kind of technology, suka benda-benda old school, I get it. And you pun tak suka riuh rendah."
Aku hanya memandangnya sambil letakkan ketulan ais dari freezer.
"Sebab tu you boleh kawan dengan my dad, kawan dengan Pengetua, but you need to accept the fact that you're still young. Jangan sampai tua sebelum waktunya. Enjoy your youth, nanti bila dah tua, you'll going to miss it."
Aku hulurkan mug kepada Nat, dan aku kembali ke ruang tamu. Aku duduk dan aku hanya diamkan diri sahaja.
"Alan, kenapa diam je?"
"I nak dengar your explanation, sebab tu I bagi you masuk."
"Explanation?"
"Pasal kera sumbang tu. I nak you explain yang tu."
"Pasal kera sumbang tu, semua orang kat HouseNoizy cakap macam tu. Dorang cakap you ni stucked up. Orang nak lepak dengan you pun segan. I know you berkawan dengan Pengetua, but don't let his old mindset eats you."
"Sebelum Pengetua jadi kawan I lagi, I dah memang macam ni."
"So please change it. Kalau tak, susahlah I nak kena adapt. I memang jenis extrovert. You sendiri nampak. I ni jenis mudah peramah."
"Jadi, you nak I jadi peramah?"
"Bukanlah mulut becok, tapi bergaul. If you don't like it, fake it until you make it. There's no harm trying?" Natasha menggenggam tangan aku.
"I datang ni sebab I memang mengaku I salah dalam hal ni. Sebab tu I nak minta maaf, sebab I sayang you sangat-sangat. I understand your introvert issues ni dah banyak kali terbangkit. I have nothing against the wallflowers, it's just I'm being me," kata Natasha.
"And I'm being myself too."
"I know, but can you have a little bit compromise? Please? Lagipun, Luqman kan best friend you. Dia sendiri cakap dengan I tadi."
"Tak tau pulak dia anggap I macam tu."
"Next Saturday, you, I dengan Luqman, kita main game Nintendo, okay? I ajar you main Super Mario."
"I kerja la hari weekend."
"Kerja apa?"
"Cashier Pasaraya Sri Intan."
"Kerja cashier je pun."
"Nat, I'm working," aku tekankan sikit nada aku kat 'working' tu.
"Okay, Alan. I'm sorry. I didn't mean that. Berapa gaji you? I boleh minta my dad suruh you kerja kat company dia sementara you belum masuk universiti."
"Nat, it's not about money."
"Then it's about what? Why wasting your youth for something like working?"
"Because I believe my dad teaches me to not being a spoil brat."
"Alan..."
Natasha terus memeluk aku dari belakang. Diusap-usapnya rambut aku.
"I takde niat nak hina your work. I nak you happy. I nak you senang dengan kawan-kawan I. Lagipun, Luqman kata you're his best friend."
"Kenapa pulak dengan Luqman dalam hal ni?"
"I, dia, Cindy, Zizan nak ajak you main video game kat rumah I. Jom lah. Please."
"Okay, under one condition."
"Apa dia?"
"I nak kita lawan chess dulu."
"What?"
"Repeat game chess, or no hangout."
Natasha terus salam tangan aku.
"Deal."
"Okay then, we see on Saturday."
"I love you, Alan!"
Perempuan, akan guna apa cara untuk menawan hati lelaki.
--
Walaupun aku dah habis bersekolah dan sedang menunggu keputusan SPG, tapi aku masih ke sekolah untuk bertemu Pengetua. Pengetua kata dia nak jumpa aku jam 2 petang.
Jadi aku mengambil kesempatan untuk makan di kantin sekolah. Entah kenapa masa aku sekolah dulu, aku tak pernah ambil pot untuk makan di kantin sekolah, dan kalau makan pun, aku tidak rasa seperti sesuatu yang perlu dirindukan.
Tapi bila aku dah habis sekolah, aku mula merindu makanan di kantin sekolah?
Sejak dua menjak ini, aku jadi bercelaru. Terutamanya sejak Ali masuk hospital, aku dan Natasha bergaduh sebab video game, Luqman cuba nak mengambil perhatian Natasha dari aku, dan kehadiran anak setpol Gabenor Kenidiri bernama Hanis.
Dinamik perhubungan dah berubah dalam masa dua tahun. Bayangkan macam mana susahnya untuk kau mempertahankan hubungan persahabatan, atau percintaan lagi 20 tahun dari sekarang.
--
Pengetua ajak aku bersiap, siap pakai jersi Puncak Jaya yang berwarna biru belang hitam seperti Inter Milan.
Antara sebab pemilihan warna ini adalah kerana minat bolasepak funder utama kelab ini, Tengku Ahmad ialah terhadap kelab Serie A itu.
"Siapa lawan?"
"Puncak Jaya lawan Bandar Cahaya FC."
"Perlu ke kita pergi ni?"
"Oh ya, sangat perlu. Kita ada business deal di sini. Encik Daniel pun ada. Lagi satu, tolong aku call Datuk Abdullah."
"Telefon office dia?"
"Ya, telefon office dia. Cakap pada dia, Pengetua nak jumpa dia di stadium Puncak Jaya."
Aku dial nombor telefon Datuk Abdullah dan ajak dia tengok bola. Bila sebut Pengetua nak jumpa, sesibuk mana pun dia, mesti dia akan batalkan semua pertemuan perniagaan lain.
--
Daniel, atau Uncle Danny, ahli parlimen Puncak Jaya mengajak aku untuk duduk di dek atas, bersama pengulas bolasepak. Entah kenapa aku rasa aku patut panggil dia Pak Su je.
Sementara itu, Pengetua dan Datuk Abdullah bertemu di bilik lain.
"Alan, ni la dia, pengulas bolasepak terkemuka negara, Asmawi Abu Bakar."
Aku tak tengok bola, jadi aku tak tahu dia terkemuka atau tak. Aku terus bersalam dengannya.
Kelihatan dia sedang mengenakan bedak untuk live di televisyen petang ini.
"Ada live TV ke?"
"Oh, ni kejohanan Piala FA. Mestilah ada walaupun Puncak Jaya ni masih kelab kecil."
Sebagai kelab baru, kelab ini sering menjadi pasukan belasahan dan tidak dipandang sebagai pencabar serius dalam kejohanan.
Memandangkan kamera pun sudah on air, jadi aku undurkan diri untuk memberi ruang kepada Asmawi mengulas perlawanan.
Aku rasa macam menarik pulak untuk bekerja dalam kelab bolasepak. Dulu masa arwah ayah hidup dulu, dia peminat bolasepak Liverpool. Itu yang Aziz pun minat sama juga.
Ali pun minat bola juga, tapi peminat Arsenal. Macam Datuk Abdullah juga lah.
Tetapi aku seperti nak tahu organisasi bolasepak yang menguruskannya seperti politik juga.
Aku rasa bosan juga kerja supermarket lama-lama. Mungkin kalau aku kerja di kelab bolasepak, dapatlah aku melihat sendiri bagaimana nak gerakkan parti politik.
Kelab bolasepak, after all, serupa macam parti politik juga. Ada fanatikus dan ada rivalry.
"Uncle Danny..."
"Ya, Azlan?"
"I want to work with you."
"Ish, mana boleh. Uncle parti lawan. Your girlfriend's father orang kuat Parti Persekutuan."
"No, I want to work in Puncak Jaya FC."
"Kerja apa? Jaga tiket stadium? Niaga burger?"
"Anything. I want to understand football from the perspective of people who love watching it."
"Okay, next Saturday, datang stadium, 12 o'clock, sharp. Pakai kemas, and I give you a role as marketing team for this football club."
"Deal."
Aku bersalam dengan Uncle Danny dan aku rasa Pengetua takkan membantah dengan kerja ni.
--
Perbualan antara Azlan dan Daniel itu dicuri dengar oleh Mastura. Mengetahui perkara itu, Mastura terus mencari Datuk Abdullah, dan menawarkan diri untuk bekerja di kelab bolasepak Puncak Jaya.
"You handle team marketing, boleh?" tanya Datuk Abdullah.
"Boleh je, uncle. No problem."
"Alright. Uncle nak you tarik at least 5,000 new members for our fan club."
"Should be no problem, uncle."
Mastura tersenyum sinis. Tak lama lagi mesti Azlan kena bekerja di bawahnya. Pandailah Mastura menjadikan Azlan sebagai toyboynya.
--
Azlan melihat game permainan video Super Mario ini membosankan, berbanding kalau main di arked. Di arked ada Alpha Mission, Contra atau Space Invaders iaitu game kapal terbang tembak-tembak yang lebih kena dengan jiwanya.
Natasha, Azizan, Luqman dan Cindy bergilir-gilir bermain game, tetapi Azlan mula rasa bosan.
"Alan! Jom la main game. Your turn," kata Natasha.
"You guys main lah."
"You dah promise dengan I kan?"
"Takde game lain ke?" tanya Azlan.
"Kau nak game macam mana? Nanti aku bawakkan," kata Luqman.
Azlan malas nak cakap dengan Luqman. Sebaliknya dia terus keluar dari rumah dan mengambil udara.
"Apa masalah you dengan Luq? He's offering you his video game, but you ignores him?"
"I thought you pernah cakap yang you menyampah dengan Luqman jongos ni?"
"Alan, yeah itu dulu but now he's cool."
"Sebab apa dia cool? Sebab dia pandai tukar kabel video game kat TV?"
"Alan, you dah janji you nak hangout dengan kitorang hari ni kan?"
"And yes, I tunaikan janji I. How about your promise?"
"Why are you bother so much about that stupid chess match?"
"Stupid chess match, you say? My dad was a European Champion. Your mom was a Danish champion."
"Alan, you rasa intimidate ke I kalahkan you chess? Apa yang you tak puas hati dengan I?"
"I cuma ajak repeat, that's all."
"Well I'm not on the mood!"
Mrs Birgitt pandang mereka berdua sedang bergaduh.
Natasha terus tak puas hati, dan masuk biliknya.
Azlan bawa papan caturnya, dan berjalan menuju ke arah Mrs Birgitt.
"Can you teach me how to play Muzio Gambit?" tanya Azlan.
"Ooohh, poor Azlan. You know, your dad was one of the best chess player in the world. He only lost three times, as far as I remember. Lost to Boris Spassky at Prague, lost to Mikhail Tal at Lausanne, and lost to Bobby Fischer at New York Chess Tournament. All of them were world champions."
"Wow."
"He has his own gambit, you know? But I'm pretty sure his move is almost similar like Capablanca and Euwe."
"Mrs Birgitt, does my dad had crush on you?"
"When I was like, 12 or something, yup. But unfortunately I didn't had the same feeling towards him. I don't know, probably he's too brash."
"Brash?"
"Absolutely contrast with your character, Azlan. After he moved to America, he joined rock and roll band and became famous. He told me he like chess when he was a kid, but as he grew older, he kinda hate the game."
"Why?"
"That Pengetua, gave him pressure so much, he finally gave up. He was poised to be crowned World Champion one day, but he retires early. Okay, let's play chess," Mrs Birgitt menyusun buah caturnya.
Azlan seperti baru faham kenapa ayahnya masa dia kecil dahulu tak suka dengan Pengetua.
--
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumsalam, eh Puan Faridah. Apa khabar?" kata Encik Khamis, iaitu bekas setiausaha kepada arwah ayahnya di Bank Negara, Tun Ismail Ali.
"Khabar baik."
"Anak puan Faridah, Azlan mana?"
"Macam biasalah, kena ikut cakap Pengetua. Yang Aziz tu kat universiti. Jadi aku bawak je lah anak si Hashim ni, yang kakak ni, Marina. Yang muda ni, Merlina."
"Ooohh, Marina dan Merlina. Jemputlah masuk."
Kelihatan anak Encik Khamis, Fazrul sedang menonton cerita kartun iaitu cerita Transformers. Apabila Fazrul nampak Marina dan Merlina, dia jadi segan.
"Korang nak main Monopoly tak?" tanya Encik Khamis.
"Nak!"
Encik Khamis bawa permainan boardgame Monopoly dan bawa ke meja.
Entah macam mana, main berempat, dengan Faridah menjadi banker atau penjaga duit, Merlina, yang paling muda antara lima orang ini, tapau habis semua orang sampai bankrap dalam masa tiga jam setengah mereka bermain.
"Betul-betul kapitalis kau ni, Merlina. Dalam Monopoly pun kau rakus mengaut kekayaan," kata kakaknya Marina.
Merlina hanya duduk silang kaki sambil kira duit Monopoly.
"I love money," kata Merlina sambil tersenyum.
"Dah, dah. Kemas. Nanti kejap lagi Uncle Khamis nak order pizza."
--
"Apa rancangan puan ni nanti?" tanya Encik Khamis.
"Jauh lagi ni. Aku kena slow-slow tarik si Azlan tu. Orang tua tu masih kuat lagi."
"Jeneral Yahya?"
"Dia betul-betul nak jadikan Azlan tu apprentice dia. Sampai aku yang ibu dia pun, tak boleh nak decide untuk dia. Tapi tak apa, macam mana pun kita kena teruskan groundwork yang Tun Iskandar dah rancangkan untuk kita."
"Kalau Fazrul, Marina dan Merlina ni jadi team untuk Azlan satu hari nanti, kita kena dari awal latih mereka ni," kata Encik Khamis.
"Fazrul ni, aku akan letak dia di admin. Marina bahagian law. Merlina, aku nampak dia terror business. And advertising. Maknanya, dia ni kalau kita latih betul-betul, akan jadi pakar propaganda. Sekarang ni, Azlan masih mabuk bercinta dengan anak Datuk Abdullah tu."
"Kenapa?"
"Dia kena kahwin dengan Tengku Aminah kalau nak dapatkan kuasa tu. Kalau tak, susah. Dia akan jadi orang biasa je. Susah nak naik."
"Yang tu biarkan Jeneral Yahya je yang buat, Puan Faridah. Sebab, kalau puan yang aturkan, takut nanti Azlan jadi benci dengan puan sebab mengatur-aturkan hidupnya. Biarlah kebencian itu hanya kepada Jeneral Yahya," kata Encik Khamis sambil mengambil pizza dari kotak.
"Betul tu. Nanti aku bincang perkara ni dengan Tengku Ipin. Game ni kena main dengan halus. Dengar cerita, Ipin agak kecewa juga bila dapat tahu yang Azlan bercinta dengan Natasha."
"Nak buat macam mana, Puan Faridah. Tengku Mina tu jarak umurnya jauh sangat dengan Azlan. Baru Form Two. Azlan tu dah nak masuk universiti dah."
Mata Faridah memandang ke arah Merlina, yang sedang memegang kucing.
Dalam hatinya terdetik, 'kalau apa-apa jadi pada Mina, aku akan cuba susun untuk Merlina pulak. Budak ni bijak orangnya. Azlan perlukan perempuan bijak, bukannya perempuan cantik'.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top