1987 part 3

Azlan

Hari ini adalah hari lahir Natasha yang ke-18. Sudah pastilah ramai kawan-kawannya datang dan memenuhi rumah.

Mrs Birgitt sibuk membuat kek bersama pembantu rumahnya, sementara Datuk Abdullah dan aku bekerjasama untuk menghiaskan ruang tamu untuk tetamu yang bakal datang nanti.

Aku tak pernah merayakan hari lahir aku. Orang je yang sambut hari lahir aku. Selalunya bila ibu atau Tengku Ariffin buat birthday party aku, aku hanya muncul masa tiup lilin, kemudian aku akan masuk bilik atau duduk di luar rumah.

Pada aku hari lahir sebenarnya cuma tarikh mengingatkan diri kau yang kau sudah setahun lebih tua, dan setiap hari adalah selangkah menuju tarikh kematian.

Aku pun tak tahu bila aku akan mati, tapi bila aku mati nanti, hasrat aku ialah biarlah kubur aku berada di keliling kebun kobis.

Lagu Rick Astley Never Gonna Give You Up berkumandang di rumah Natasha dengan kuatnya. Kawan-kawan Natasha pun sudah mula datang dan memberi hadiah.

Sakit kepala aku dibuatnya bila ada ramai orang datang. Jadi aku hanya lepak di dapur dan hanya keluar bila aku dipanggil.

"Zizan! Yay, you're coming! You date dengan Cindy ke sekarang? Asyik berkepit je dengan dia?"

"We? Dating? Takde lah, we're just friends je lah," Cindy membalas. Zizan masih tahu yang dia masih di zon kawan lagi. Dia tak tahu cara untuk melangkah menuju ke depan, walaupun dia ni anak Perdana Menteri.

Bakat politik ni tak diturunkan secara keturunan, jadi sebab tu Zizan masih gagal nak mengorat Cindy. Kalau dia berbakat dalam politik, dah lama dia boleh mengorat Cindy ni.

Luqman datang bersama Datuk Mohd Nor. Ketika Datuk Mohd Nor sedang berbual dengan sahabat akrabnya, Datuk Abdullah, Luqman mengusha Natasha dalam keadaan yang tidak menyelesakan Natasha.

Saat kek dengan bersusun lapan belas lilin dibawa dari belakang oleh Mrs Birgitt, semua menyambutnya dengan meriah.

"Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Natasha, happy birthday to you!"

--

Zizan menghadiahkan konsol Nintendo untuk Natasha, jadi dia excited dengan hadiah paling cool tahun 1987.

Tetapi Natasha tak tahu pasang, dan Zizan pun pasang video game sebab anak Perdana Menteri ada technician sendiri di rumah.

"Alan, can you help me?"

Aku dah bawa papan catur sebab nak lawan Natasha, tapi nampaknya Natasha lebih interested dengan video game terbarunya.

"I tak tahu pasang video game," aku menjawab dengan jujur.

Tiba-tiba Luqman mengangkat tangan dan tahu tentang video game.

Bila aku nampak Luqman pegang tangan Natasha sebab nak ajar main video game, aku jadi pissed off, dan blah. Lagipun semua orang berkerumun depan Super Mario, dan semua orang tengah syok Luqman dengan skill bermain Super Mario, aku pun blah.

Aku cuba mengkaji gerakan juara catur dunia, Bobby Fischer dan Mikhail Tal dalam perlawanan mereka, jadi aku susun atur semula perlawanan, membuat simulasi sendiri mengikut chess notation yang aku baca dalam buku catur yang aku pinjam dari Pengetua, dan aku bermain catur seorang diri.

"Hai, sorang je ke tu?"

Rupanya anak setpol Gabenor Kenidiri yang dulu, Hanis.

"Aaa...Hanis kan?"
"Wah, awak ingat saya lagi kan?"
"Yes, you're the one yang awkwardly kissing me at 1986 election, mestilah ingat."

Hanis rasa segan bila aku kata macam tu.

"Boleh ajar saya main tak?"
"Nak main? Tak nak join video game?"
"Tak minat. Bunyi dia bising sangat."

Hanis ni jenis tak suka crowd rupanya. Patutlah asal party yang aku jumpa dia je, mesti nak menyelit dengan aku.

Aku susun catur dan mengajarnya pergerakan asas catur.

"Yang bentuk macam tembok istana ni, namanya Rook. Orang tempat saya panggil Castle..."

Hanis ketawa comel. Aku tak tahu macam mana nak explain, tapi macam perempuan Ryukyu.

"Rook ni jalan tegak, macam ni."

"Knight ni jalan bentuk L, macam ni. Sebab dah nama pun kuda, kenalah ada belok-belok."

"Yang lonjong ni?"

"Bishop. Paderi. Dia makan senget. Yang tinggi pakai tiara ni, queen. Ni boleh jalan semua arah, menegak atau senget macam ni. Hujung ke hujung."
"Yang ada salib ni?"
"Tu king. Yang boleh jalan semua arah juga, cuma satu tapak."
"Kenapa Queen begitu berkuasa?"
"Sebab dalam perhubungan cinta, perempuan lebih berkuasa."
"Sebab tu awak takut dengan Natasha, kan?"

Hanis naik kening. Aik, lain macam je cabaran dia ni.

"Saya ada teman pacar, tapi dia tu boring lah. Dia tak macam awak. Awak interesting," kata Hanis.

Adakah dia sedang mencaturi hati aku? Aku belum lagi checkmate dengan game kau, Hanis.

"Apa yang interesting?"
"Sebenarnya saya dah lama stalk awak. Sejak New Year's Eve 1986 lagi. Masa tu ada parti di villa Bukit Henderson."

Hanis pintal-pintal rambut.

"Malam tu, awak dengan boyfriend saya berbual tentang Soviet di Afghanistan, tapi saya tak duduk sebelah dia. Saya berhampiran dia."
"Kenapa tak duduk sebelah?"
"Dia dah ditunangkan dengan seorang kerabat diraja Gelanggayu. Anak perempuan Tengku Razak, Tengku Khairunnisa. Adik dia baya awak."

"Berapa umur awak ni?" aku pun dah berawak-saya ni.

"18 tahun," lepas tu dia gelak kecil. Dia cuba menggedik dengan aku. Nampaknya aku berjaya melarikan diri dari percaturan kata cinta si Queen. Sebaya aku la ni.

"Bolehlah," aku puji sikit. Puji lebih-lebih nanti aku lupa Natasha ni karang.

"Jom ambik angin kat tepi bukit tu kejap?"

Kami berdua duduk di tembok benteng tepi bukit yang menghadap laut. Rumah Natasha ni cantik sebab atas bukit dan boleh nampak laut.

Hanis keluarkan sebuah novel dan memberikan pada aku.

"Buka mukasurat 59, dan itu adalah nombor telefon dan alamat rumah saya."
"Nak buat apa?"
"Kalau rindu nak berbual ke?"

Dia cuba checkmate aku.

"Novel apa ni?"
"Novel cinta. Mesti lelaki segan nak pegang buku cinta. Takut kena cop mat jiwang karat kan?"
"Eh?"
"Bagi saya, tak salah pun kalau lelaki jadi sedikit romantik. Betul tak?"
"Setiap orang ada preference dia?"

Hanis terus panjat benteng tu dan duduk, kaki terjuntai atas bukit sambil menghadap laut.

"Sayang sekali, kita duduk di sebelah timur. Kalau barat, time macam ni matahari terbenam. Cantik tempat ni," kata Hanis.

"Kalau matahari timbul dari barat, naya lah! Hahaha!"

"Saya tahu, jujurnya, awak kekok kan dengan keluarga kaya elit macam ni?"
"Saya kekok dengan semua orang."
"Saya asalnya macam awak juga. Ayah pesawah, mak suri rumah."
"Pesawah? Awak duduk di Ketil ke? Jauh gila?"
"Dah la jauh, jalan berlubang-lubang. Tanah merah lagi pun banyak. Banyak lori balak."

"Ketil kat mana?"
"Tanjung Kapur, pernah dengar tak? Ia pekan kecil, tepi Sungai Kapur dengan Sungai Ketil. Tak besar la penduduk dia, macam pekan dua baris kedai je lah. Tapi tempat tu cantik, sawah padi menguning."

Aku dapat bayangkan kawasan Tanjung Kapur tu macam mana cantiknya apabila padi masak.

"Bukan ayah awak jadi setpol kepada Gabenor sekarang ke?"
"Ayah saya ketua cawangan Parti Persekutuan Tanjung Kapur. Bertanding tahun 1982, kalah dengan Parti Jujur kerusi Ahli Dewan Negeri."
"Ooo, macam tu."
"Lepas tu dia jadilah setpol Gabenor ni. Lepas tu, bila dah kenal dengan orang itu, orang ini, tu yang jadi orang penting. Dah lupa dah macam mana rupanya Tanjung Kapur."

Aku mengangguk.

"Satu hari nanti saya akan ke Tanjung Kapur. Apa makan best kat situ?"
"Situ banyak makanan lautlah. Kepah, kerang, ketam, sotong, ikan tembakul."
"Ikan tembakul bukan haiwan dua alam ke? Bukan tak boleh dimakan ke?"
"Entah, saya pun tak tahu. Okaylah, saya pergi dulu. Duduk lama-lama depan rumah Natasha ni, awak pula kena marah nanti," Hanis terus turun dari benteng dan kembali memakai high heelnya.

"Hanis, nanti dulu!"

Dia habis pakai kasut tingginya, dia terus tarik pipi aku, dan cium bibir aku.

"Buku ni macam mana nak pulang?"
"Mukasurat 59!"

Celaka, aku kena checkmate dengan perempuan ni.

--

Aku kembali ke rumah dan mereka semua masih tak habis main game. Luqman suddenly rasa semua orang accept dia, barulah dia rasa dia jumpa ramai kawan.

Aku pergi ke Mrs Birgitt, dan aku ucapkan terima kasih, dan aku mahu pulang. Hari dah lewat untuk pulang rumah.

Aku ucapkan terima kasih dan aku mahu beransur pulang kepada Datuk Abdullah.

Datuk Abdullah, yang melihat Natasha asyik berkhayal main video game dan tidak mengendahkan aku mahu pulang, marah Natasha.

"Alan dah nak balik tu! Hormatlah sikit," Datuk Abdullah tinggikan suara.

Natasha memandang aku dengan pandangan pelik.

"Kenapa nak balik awal? Ada video game ni. Jom la main, Alan!"
"Tak boleh, I kena balik rumah, masak nasi, masak lauk untuk abang I. Ibu I demam hari ni."
"Eii, kejaplah!"

Natasha terus capai kunci kereta dan aku terus mengekornya.

"Nat, Nat, Nat, Nat, Nat! It's okay. I boleh balik sorang. Tak perlu rasa diri terpaksa nak hantar I rumah. I can go home, alone."
"My dad suruh I hantar you."
"It's okay, cakap dengan your dad, tak payah susah-susah."
"Alan, you jangan nak passive aggressive boleh tak?"
"Apa bendanya yang passive aggressive ni?"
"You nampak kan, I tengah main game?"
"Yes, I nampak?"
"Lepas tu you menggatal nak balik?"
"I have to go, mak I kat rumah tengah sakit. You nak main game, you mainlah. I can go home alone."
"Alan, stop jadi kera sumbang, boleh tak!" Natasha terus tengking aku.

Suara Natasha tu dah la nyaring, bila dia menjerit semua orang boleh dengar.

Semua yang tengah main game tu terus senyap dan perhatikan aku dan Natasha dari tingkap. Aku nampak semua menghendap.

"You're right. I memang kera sumbang pun. Got to go."

Aku terus balik, tukar bas dua kali, jalan kaki dan menuju ke farmasi membeli ubat untuk ibu aku.

Sampai je rumah, aku jadi letih. Aku malas nak fikir, jadi aku terus landing kepala aku di sofa. Aku ambil nafas kejap, dan beberapa saat untuk badan aku mula rasa selesa di rumah, aku dengar suara ibu.

"Alan, kau dah balik?"
"Dah, ibu."
"Ada belikan ubat untuk ibu?"
"Ni, ada ni. Ibu makan ubat ya?"

Entah kenapa aku asyik terfikirkan tentang Hanis masa aku masak. Sudahnya aku terletak garam terlebih tiga sudu.

Bila aku sendiri makan, aku terkejut kenapa hari ni masin gila ni.

"Kau nak bagi orang darah tinggi ke?" tanya abang aku.
"Aziz, adik kau dah tolong masak dah tu. Makan je lah. Letak air masak sikit kat sambal tu. Orang baru jumpa endut, tu yang jadi angau tu."
"Kau dengan Natasha tu confirm ke?"
"Makan kunyah habis, Long. Terpercik nasi kau, gila."
"Dah, dah. Depan rezeki."
"Entahlah, abang Aziz. Aku pun tak tau macam mana nak jawab soalan kau tu," aku terus basuh tangan dan angkat pinggan, basuh pinggan.

Takde selera aku nak fikir pasal perangai Natasha maghrib tadi.

Aku terus tengok buku tu, dan aku belek-belek. Buku novel ni novel cinta. Mira Edora tulisan Khadijah Hashim.

Kisah cikgu sekolah bercinta dengan anak murid. Aku belek ke mukasurat 59. Dia tulis nombor telefon rumah dan alamat rumah di Kenidiri.

Aku tak nak telefon. Aku hantar surat. Lagi rare. Teknologi-teknologi ni, semua tak best! Biar ada perasaan tunggu surat terbalas. Dia punya geli geleman yang poyo, tapi best.

Aku tak percaya, gadis bernama Hanis ni buat aku tak boleh tidur lena!


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top