1987 part 2

Telefon berbunyi di pejabat Perdana Menteri, Seri Bendahara.

"Hello?"
"Kalau kau mahu selamat, dan karier politik kau kekal, jangan luluskan projek di Teluk Chendana."

Telefon diletak.

Datuk Seri Azmi pantang dicabar. Siapa yang berani ugut Perdana Menteri ni?

Dia memanggil setiausaha politiknya, Datuk Sidek untuk menyiasat panggilan tadi.

"Macam mana panggilan tu boleh lepas kawalan cencom (central communication)? Pelik ni."

"Kita kena arahkan polis siasat siapa call ni, ini mengugut Perdana Menteri," kata Datuk Sidek.
"Jangan," kata Datuk Seri Azmi.
"Kenapa?"
"Hari ni lunch hour awal ya? Aku nak bawa kau makan kat satu tempat sedap."

Datuk Seri Azmi bersama Datuk Sidek menuju ke Bukit Besar, kawasan yang agak ceruk dari Wijayapura, tetapi mempunyai sedikit industri ringan macam industri buat roti, kek, bengkel kereta, bengkel lori, tempat cetak buku atau majalah.

Ada sebuah restoran dengan masakan Geri tradisional dengan masak ikan puyu masak lemak belimbing besi.

Restoran Haji Salleh namanya.

Datuk Sidek terkejut melihat tempat makan itu kena bersila, bukan atas meja.

"Apa yang kau tunggu? Duduk ler?" kata Datuk Seri Azmi yang dah bersila dan buka kasut, letak di tepi rak kasut.

Uniknya restoran ini ialah ia menyediakan makanan cara kampung, jadi makan pun kena macam kampung.

"Assalamualaikum, Datuk Seri. Nak makan apa hari ini?" kata pelayan yang tersenyum manis.

"Nasi, tiga set. Ikan puyu masak lemak, ikan pari bakar, air asam tu perah limau lebih sikit, ulam-ulam tu. Air, air suam je lah."
"Sambal belacan nak."

Datuk Seri Azmi dan pemandunya melihat Datuk Sidek masih canggung nak duduk bersila.

"Sekali try ni, memang datang berkali ni. Kau cuba dulu, aku dulu pun tak tahu ni. Rahman anak aku yang bawa aku ke sini," kata Datuk Seri Azmi.

"Teh o," kata pemandu Perdana Menteri.

"Air tembikai," kata Datuk Sidek.
"Datuk Seri, kenapa tak nak laporkan pada polis pasal tadi?"
"PDRG bawah Menteri Dalam Negeri."
"Datuk Seri Imad?"
"Ya, tapi aku tak percaya dengan dia. Aku syak dia merancang sesuatu untuk jatuhkan aku. Aku saja je biarkan dia tunjuk taring dia pilihanraya tahun lepas."
"Habis tu, Datuk Seri percaya Datuk Seri Rahizan?"
"Pun aku tak percaya juga, tapi dia ni belum membahayakan lagi."

Dalam beberapa minit kemudian, Pengetua datang bersama Datuk Seri Rahizan. Telefon sebesar batu bata NEC 9A dikeluarkan dari briefcase Pengetua.

"Apa cerita ni, Azmi?"

"Ada orang ugut supaya saya jangan luluskan projek di Teluk Chendana," kata Azmi.
"Kau rasa siapa?" tanya Pengetua.
"Orang-orang Wan Radzi. Jeneral, ginilah, saya minta maaf pada Datuk Abdullah, saya tak berani nak lawan titah Tengku Mahkota."
"Aku faham, Azmi. Biarkan dia ambil projek ibu negara di Kota Warisan, aku, Abdullah dan Mat Nor ada rancangan lain di Teluk Chendana. Aku tau apa niat Tengku Norman nak sangat bina Kota Warisan berhampiran dengan bandar tentera yang aku bina dari zaman Presiden Johnson datang Gelanggayu dulu."

--

"Mujur kau ni hidup lagi, Ali. Kalau mati kat katil aku, memang aku dah tak boleh tidur situ lagi lah. Selamanya roh kau kacau aku," Azlan bergurau sambil melihat Ali semakin ceria.
"Aku cekik-cekik kau dalam tidur, haha!" kata Ali, ketawa.
"Nat, tell him."
"My dad cakap, ada satu tempat rehab kat Sungai Banol. Far away from here. You pergi drug rehab dulu, lepas tu my dad cakap dia akan tolong you."
"Tolong apa?"
"Ada kerja, jadi bodyguard. You nak tak?"
"Ya, jadi bodyguard. Gaji besar."
"Tak boleh la. Saya dah janji dengan Az," kata Ali.
"Wak Am yang suruh aku carikan kau kerja ni," kata Azlan.
"Kenapa?"

Azlan hanya mengangkat bahu.

"Rehab tak lama, 6 bulan je," kata Natasha.

Ali rasa lain macam. Dia rasa macam Azham mahu tinggalkannya.

"Panggil Wak Am datang sini," Ali bangun dan terus duduk.

"Ali, baring Li. Kau belum sihat," Azlan menyuruhnya supaya bawa bertenang.

"Baik kau panggil dia, sebelum aku mengamuk kat hospital ni!"
"Aku beritahu dia, Li. Kau, baring, ok?"

Natasha dah berdiri di belakang Azlan, menyorok, takut Ali mula mengamuk.

"Rilek, bawa bertenang. Aku call."

Azlan keluar dari bilik wad Ali dan terus mencari public phone.

Public phone pertama, rosak. Public phone kedua, masuk syilling, tak sangkut.

"Masa ni la semua nak rosak," Azlan bermonolog dalaman.

Azlan turun di tingkat bawah dan gunakan public phone di depan hospital.

"Hello, Wak Am. Datang hospital jap. Ali nak mengamuk ni."

--

"Ali, kau dengar sini, bukan Az tak nak ambik kau jadi bodyguard dia, tapi kau tu asyik hisap dadah je, dia pun naik risau. Dah macam Tony Montana dah kau ni," kata Wak Am cuba nak menenangkan keadaan.

Ali menangkap seorang jururawat dan mengugut untuk mencederakan dengan pisau.

"Ali, letak pisau tu."
Natasha dah panic, pergi beritahu pengawal keselamatan di bawah.

"Macam ni, Ali. Az cakap, kau sober dulu, baru dia cakap dengan kau. Okay?"

"Macam ni korang balas jasa aku selama ni? Macam ni kau kata, brotherhood?"

"Ali, sebab brotherhood la kitorang nak kau sober," kata Azlan.
"Kau apa tau sakit aku, Lan!"
"Aku tak tau apa kau sakit, tapi benda yang kau ambik ni, buat rosak badan kau. Kau kena pulih dulu."
"Arrrgghhh!" Ali tiba-tiba menyerang Azlan dengan pisau. Azlan tepis tangan Ali, dan naikkan lutut ke dagu.

Ali tergigit lidah dan pitam.

"Sorry bro, aku terpaksa," Azlan peluk kepala Ali ketika ramai pengawal keselamatan sudah mengikat tangan dan kaki Ali.

"Ali, aku nak kau pulih. Aku janji, aku akan lawat kau, aku akan sokong kau sampai kau pulih. Yang penting kau pulih."

Ubat pelali disuntik. Dalam beberapa minit dia meronta, akhirnya dia terus pengsan.

--

Dalam kereta, Azlan sugul. Dia seperti tak tahu nak cakap apa. Natasha yang memandu pun hanya diam. Hanya celotehan DJ radio sahaja yang menemani.

"Alan?"

Azlan tersentak dengan panggilan Natasha.

"You tak sengaja buat tu. Kalau you tak defend diri you, you cedera, lepas tu, ramai lagi yang cedera. I tau you sayangkan dia," Natasha membelai rambut Azlan ketika saat lampu merah.

Azlan termenung merenung side mirror kereta. Ternyata dia masih trauma dengan peristiwa tadi. Matanya berkaca, seperti menyesal dia melakukan perkara itu kepada Ali.

"Jom, kita pergi somewhere, tenangkan fikiran you?" kata Natasha.

--

"I rasa kan, I kena tukar I punya style la. You rasa?" Adilah tanya kepada Mina yang sedang bermain poker dengan Mastura dan Cindy. Adilah sedang berlatih bermain snooker seorang diri di meja snooker Tengku Ariffin.

Tahun ini dia akan mewakili Gelanggayu di acara snooker Sukan Asia Tenggara yang akan berlangsung di Betawi, Majapahit.

"Maksud you?" tanya Mastura.
"I rasa Azlan tak suka perempuan yang bitchy."
"I pernah dengar dari mulut dia masa dia satu kelas dengan I dulu. Dia cakap dia tak suka budak perempuan RPM. Ramai pundamauneh," kata Cindy.
"Pundamauneh tu apa?" tanya Adilah.
"Bitch la, dalam bahasa Tamil. Tu apa I pernah dengar," kata Cindy.
"Patutlah godaan I tak berkesan," kata Mastura.
"Mina rasa Azlan suka girl yang classy. Yang ada style, tapi bijak. Independent, and tak cakap benda kosong," kata Mina.
"Patut la dia pergi ke Natasha," kata Cindy.
"Yeah, cousin I tu nerd kaki chess tu jugak yang dia suka. Pelik betul I," kata Mastura.
"I boleh tukar image I. I rasa, I nak pergi Majapahit nanti, I nak lepak Bandung. Kat situ kan ada Institut Teknologi Bandung. Kemudian ramai perempuan jenis sastera gitu. I nak cuba tiru gaya macam tu, and then cuba goda dia, amacam?" tanya Adilah.
"Azlan suka perempuan yang boleh cakap lebih dari dua bahasa," kata Mina, yang fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Perancis.
"Really? Then patutnya dia suka I la. I can speak Malay, English, Mandarin and Cantonese," kata Cindy.
"Sebab you Kwantong, Cindy," kata Adilah.
"You're racist, Dila."
"No, I tak racist. Tapi I cakap je yang you different race. I walaupun mix Arab, masih ada darah Melayu. Lagipun, you ni gross la Cindy. Kot ya pun bj dia, kumur la mulut dulu. Dah bau Maggi asam laksa dia punya batang berjuntai," kata Adilah.

Semua ketawa kecuali Cindy.

"I wasn't thinking anything masa tu. Dah nampak peluang tu, I try la. I baru makan Maggi masa tu," kata Cindy.
"Did you take any photos?" tanya Mastura.
"Ala, daddy I bawa kamera dia pergi Hong Kong. Takde lah," kata Cindy.
"Haha! No proof, Cindy," kata Mastura.
"Lain kali you kena record, so you ada proof untuk blackmail dia. Itu basic la, Cindy," kata Adilah.

Mina diam, dan perhatikan sahaja perangai mereka bertiga. Dia tahu antara tiga ni, dia yang paling muda. Tapi kalau dia main permainan ini cukup lama, dia boleh dapatkan Azlan.

Sekarang dia Form Two, Mastura dah kerja buat modelling di majalah fesyen, dan Adilah dah Form Five. Cindy baru habis belajar. Memanglah advantage kepada mereka. Tapi nanti advantage kepada dia pula.

--

Faridah datang ke rumah Hashim untuk berbincang dengan kawan baiknya berkenaan mencari Mawar. Ketika Faridah tiba, Ayuni sedang menonton filem Telugu yang berjudul Donga, lakonan Chiranjeevi dan Radha.

Scene Chiranjeevi bertukar menjadi hantu vampire dan menari macam Michael Jackson untuk lagu Golimaar ni sudah ditonton berulang kali oleh Merlina, sampai boleh dia hafal step menari lagu tu.

"Geli mat mat mat mat! Kasi Leman kalkulator enche Tabooorrr! Yay Pak Leman tak meleter, yay mau taboorr! Kanggaru patahkan shinguard Amar, walaupun tak bayar tak berbudaya Amaaar, geli mat mat mat mat!" jerit Merlina sambil menari-nari meniru gaya di TV.

"Entah berapa kali entah anak aku tengok filem ni. Kau tau, ni cerita favorite dia. Aku tak paham kenapa dia suka sangat tengok cerita ni," kata Hashim kepada Faridah.

"Unta kah ni? Mata go yeah! Kucing kacang betik, Muthu kata lentik, I lari for my table on my dooooo!"

"Mer! Diam lah, akak nak baca buku ni! Bising la kau nyanyi lagu orang Bharat tu. Bukannya kau faham pun," kata kakaknya, Marina yang sedang buat kerja sekolah.

"Tak fun la kakak ni!" kata Merlina.

"Dah, dah. Mer, kata ada lukisan nak tunjuk kat Aunty Idah?" kata Ayuni yang sedang menghidangkan makanan tengah hari.

"Ada, ada! Aunty Idah tengok tau!"

Merlina berlari ke biliknya, dan kemudian dia tunjukkan lukisannya.

Gambar plastik Jack and Jill perisa spring onion and garlic.

"Hah? Kau lukis gambar plastik potato chips?" tanya Merlina.
"Haah! Mer suka lukis tulisan. Cuba tengok yang ni?"
"Hah? Rota keropok udang? Ni, keropok Popo? Hah? Biskut Apollo?" Faridah garu kepalanya.
"Budak ni minat kerja grafik agaknya. Hari tu dia tunjuk kat aku, dia lukis logo kepala motor Suzuki aku," kata Hashim.
"Hari tu dia lukis balik kotak KFC yang saya beli tu, Mer. Orang lain lukis pokok, lukis rumah, dia lukis kotak KFC," kata Ayuni.
"Jadi graphic designer pun kaya jugak. Dah besar kau boleh design billboard," kata Faridah.
"Mer suka tengok billboard!"
"Haah, hari tu sampai keluar kepala kau. Kalau kena sagat dengan motor, padan muka kau nanti," kata Marina.

Faridah fikir, kalau tak design billboard pun, satu hari nanti mungkin Merlina akan menceburi bidang pengiklanan. Tahun 1986 sektor pengiklanan di Gelanggayu dah capai hampir RG100 juta. Akan datang mungkin lebih tinggi lagi.

"Ada masa depan budak ni," bisik Faridah memerhatikan lukisan-lukisan Merlina.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top